You are on page 1of 9

DASAR EKONOMI BARU

(DEB)
NURUL ATHIRAH BT. ABD.LAH
NURUL HIDAYAH BT. MOHD RADZI

PPISMP PK (BM)/KS/PJ
Sistem Ekonomi Zaman Pasca
Merdeka
• Selepas negara kita mencapai
kemerdekaan, tumpuan diberikan kepada
pembangunan ekonomi di kawasan luar
bandar. Tujuannya adalah untuk
mengimbangkan pertumbuhannya supaya
memanfaatkan seluruh rakyat.
Pembangunan ekonomi pada zaman ini
adalah untuk mengatasi berbagai-bagai
masalah sosioekonomi yang telah timbul
akibat dasar penjajahan British
Rancangan-rancangan ekonomi
dilaksanakan dalam dua fasa tertentu.

FASA PERTAMA
FASA KEDUA
Rancangan
Dasar Ekonomi
Pembangunan Lima
Baru (DEB).
Tahun
Dasar Ekonomi Baru (DEB).
• Berikutan insiden rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, kerajaan telah
mengambil tindakan tegas bagi mengkaji semula
matlamat,strategi,dan program pembangunan negara. Tumpuan
pembangunan ekonomi telah beralih dari pembangunan fizikal
(peningkatan hasil pengeluaran) kepada pembangunan bidang
keselamatan,perpaduan dan mewujudkan satu masyarakat yang
adil. Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
menjadi asas bagi rancangan pembangunan negara untuk tempoh
20 tahun, iaitu sehingga tahun 1990.
• Empat Rancangan Pembangunan Lima Tahun dilaksanakan iaitu
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), Rancangan Malaysia
Ketiga (19761980), Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) dan
Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990).
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)

• Walaupun RM 1, RM 2 DAN RMP telah membawa negara


ke arah peningkatan pertumbuhan ekonomi, namun
masalah ketidakseimbangan pendapatan dan
penguasaan ekonomi di antara kawasan dan kaum
menjadi semakin luas dan menggugat kestabilan
sosiopolitik negara. Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan
dengan matlamat utama untuk mencapai perpaduan
negara melalui strategi berikut iaitu membasmi
kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia bagi
menghapuskan identiti pekerjaan mengikut kaum. RMD
meliputi dua sektor utama iaitu sektor awam yang akan
merangka serta melaksanakan perancangan RMD dan
sektor swasta yang akan melaksanakan perancangan
RMD untuk mencapai matlamat DEB.
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)

• Antara matlamat-matlamat utama RMT ialah untuk


menghapuskan kemiskinan bagi menjamin keselamatan
negara, menyemaikan sikap bertanggungjawab rakyat
untuk memelihara keamanan negara, menyedarkan
rakyat supaya bersatu dalam menghadapi sebarang
ancaman negara terutamanya ancaman
komunis,menggalakkan kaum wanita menceburi bidang
pembangunan untuk sama-sama memajukan negara
dan mengingatkan rakyat betapa pentingnya berpegang
teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk
menjamin perpaduan rakyat.
Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)

• Rancangan Malaysia Keempat (RME) telah memberi


keutamaan dalam membasmi kemiskinan dan
menyusun semula masyarakai di bawah Dasar Ekonomi
Baru. Dua strategi utama untuk membasmi kemiskinan
ialah untuk menyerap sektor luar bandar yang miskin ke
sektor bukan pertanian terutamanya pembangunan
industri dan meningkatkan daya pengeluaran pertanian
melalui pembukaan tanah baru dan pembangunan
setempat dengan cara memperbanyakkan kemudahan
pengairan dan penyelidikan.
Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)

• Matlamat-matlamat utama RML ialah untuk mencapai


perpaduan negara. Kedua, mengurangkan kemiskinan
ke tahap 16.7 % dalam tahun 1990 berbanding dengan
18.4 % dalam tahun 1984 dan memajukan kawasan luar
bandar dan pertanian berkelompok yang meliputi padi,
koko dan kelapa.

You might also like