You are on page 1of 19

PENYELEWENG

AN AQIDAH
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA : NOOR HIDAYA BT MOHD JAMIL
NO. KP: 761112-01-5124
KURSUS: KPLI- KDC- PEMULIHAN KUMP. 2
PENYELEWENG
AN AQIDAH
SUBTOPIK
v PENGENALAN
v TAKRIF PENYELEWENGAN AQIDAH
v JENIS-JENIS PENYELEWENGAN AQIDAH
v JEMAAH AL-AHBASH DAN BAHAYANYA KEPADA
MASYARAKAT
v LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN MELALUI
PENDIDIKAN
v KESIMPULAN
PENGENALAN
 Pendidikan aqidah merupakan asas kepada pembinaan
Islam pada diri seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan
Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki aqidah
menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan
oleh Allah swt. Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh
Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus
kepada pembinaan aqidah.
 Tazkirah ini akan membincangkan jenis-jenis
penyelewengan aqidah, kebahayaan terhadap masyarakat
dan langkah-langkah pencegahan dalam menangani
masalah penyelewengan aqidah.
 Tajuk “penyelewengan aqidah” memerlukan kefahaman
kepada aqidah islam yang sebenar dan unsur utama di
dalam aqidah islam iaitu iman yang shahih.
 Setelah memahami aqidah islam dan iman yang shahih,
maka kita akan dapat membina keyakinan dan jati diri
sebagai muslim yang teguh iman dan dapat membezakan di
antara pengaruh ajaran yang benar dan menyeleweng
seterusnya memperolehi redha Allah.
TAKRIF PENYELEWENGAN
AQIDAH
 Menurut Kamus Dewan (1998), seleweng
bermaksud menyimpang dari arah yang betul.
Dalam hal ini, perkataan sesat mempunyai
persamaan dengan maksud perkataan seleweng.
Oleh itu, perbincangan tentang penyelewengan
aqidah boleh diertikan dengan perbincangan
mengenai ajaran sesat.

Penyelewengan aqidah atau ajaran sesat


boleh didefinisi sebagai sebarang ajaran atau
amalan yang dibawa oleh orang Islam atau
bukan Islam yang mendakwa ajaran dan amalan
tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan
kepada ajaran Islam, sedangkan pada
hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu
bertentangan dengan ajaran Islam yang
bersandarkan al-Qur’an dan as-Sunnah
Rasulullah S.A.W. (dikenali dengan iktiqad Ahli
JENIS-JENIS PENYELEWENGAN AQIDAH
JENIS-JENIS PENYELEWENGAN AQIDAH
I. Kepercayaan kepada rukun iman dan asas akidah secara
bertentangan dan tidak selaras dengan akidah ASWJ.
Contohnya, mempercayai ada kitab lain yang menyaingi atau
memansuhkan al-Quran. Jemaah Al-Ahbash dalam bab al-Qadr,
berfahaman Jabariyyah mendakwa Allah yang menolong
seorang kafir atas kekufurannya sedangkan keimanan yang
shahih menuntut kita beriman bahawa seorang yang kafir itu
menjadi kafir kerana tindakan mereka mengingkari perintah
Allah bukan atas kehendak Allah kerana setiap manusia itu
telah dikurniakan akal agar mereka berfikir.
II. Mempertikai kebenaran al-Quran dan hadis baginda SAW
contohnya golongan syi’ah yang mempertikaikan al-qur’an yang
ada sekarang sudah tidak asli sedangkan Allah telah berjanji
bahawa al-Qur’an itu akan dipelihara sehingga kiamat tiba.
Mereka mengubah ayat-ayat tertentu di dalam al_qur’an supaya
selari dengan dakwaan mereka tentang kehebatan imam
mereka yang 12 itu melampaui kehebatan para sahabat
rasulullah saw.Dan juga golongan anti hadith yang
mempertikaikan hadis –hadith itu banyak yang bercanggah
dengan al-qur’an disebabkan mereka cuba menghuraikannya
dengan akal mereka sendiri yang dangkal.
III. Mana-mana ketua kumpulan atau sebarang orang yang
mendakwa diri atau orang lain sebagai nabi terakhir, Nabi Isa,
Imam Mahdi al-Muntadzar atau yang seumpamanya contohnya
kes rasul melayu iaitu Abdul Kahar Ahmad yang mendakwa
JENIS-JENIS PENYELEWENGAN AQIDAH
(sambungan)
IV. Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar
di dunia sebagai agama yang sepatutnya menjadi anutan
kepada umat manusia. Contohnya pengaruh ajaran ayah Pin
yang jelas menyatakan dia adalah pemimpin agama baru yang
menyatukan seluruh umat manusia.
V. Pendewaan diri, pemimpin atau kumpulan ajaran tersebut
secara bertentangan dengan akidah ASWJ contohnya jema’ah
al-Arqam yang mengagungkan pemimpin mereka Ashaari
secara taksub dan berlebih-lebihan.
VI. Mengadakan bidaah atau pendapat baru yang
bertentangan dengan akidah ASWJ dan syariah yang
berasaskan dalil qat’ie. Contohnya ajaran Guru Yahya di Batu
Pahat pada awal 80-an yang mengamalkan zikir-zikir
VII. Menafsir dan menghuraikan al-Quran dan hadis mengikut
sesuka hati. Contohnya penerbitan tafsir al-Qur’an dalam
bahasa melayu yang dinamakan “BACAAN” sekitar tahun 90-an
oleh Othman. Beliau juga mentafsirkan al-qur’an itu menurut
kefahaman beliau sendiri dengan mengerjakan solat 3 waktu
sehari sahaja. Contoh lain ialah ajaran pemuda Kahfi yang
memberi pemahaman menyeleweng dalam melaksanakan
ibadah.
JEMAAH AL-AHBASH
(SEBUAH JEMAAH YANG SESAT & MENYELEWENG DARI MAZHAB AHLI SUNNAH WAL
JAMA’AH)
JEMAAH AL-AHBASH
(SEBUAH JEMAAH YANG SESAT & MENYELEWENG DARI MAZHAB AHLI SUNNAH WAL
JAMA’AH)
BAHAYA JEMAAH AL-AHBASH
LANGKAH PENCEGAHAN MELALUI
PENDIDIKAN
PENDIDIKAN AQIDAH ISLAM
1. Mengakui keesaan Allah swt
Matlamat utama pendidikan aqidah Islam ialah mendidik
manusia supaya mengakui keesaan dan ketunggalan Allah swt
sebagai tuhan yang wajib disembah. Tiada sekutu bagiNya. Firman
Allah swt:
"Katakanlah (wahai Muhammad) Dia ialah Allah Yang Maha Esa.
Allah menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang
hajat. Ia tiada beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa
yang setara denganNya"
(al-Ikhlas : 1-4)
Aqidah merupakan asas kepada kekuatan dan pembinaan Islam
sebagai al-Din maka wahyu-wahyu yang terawal yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad saw menjurus kepada pendidikan Aqidah bagi
menanam keyakinan yang teguh dalam jiwa manusia tentang
keesaan Allah swt.
2. Melahirkan manusia yang patuh dan tunduk kepada Allah
swt .
Pendidikan aqidah juga penting untuk mendidik manusia supaya
patuh dan tunduk kepada kebesaran dan keagungan Allah swt. Ibu
PENDIDIKAN AQIDAH ISLAM
3.
(SAMBUNGAN)
Membentuk keperibadian insan
Aqidah dapat membentuk dan mendidik orang yang
mengambilnya menepati dengan hakikat dan tabiat kemanusiaan
yang asli seperti yang dikehendaki oleh penciptanya. Pendidikan
aqidah bermatlamat untuk membentuk nilai akhlak dan
keperibadian seseorang insan yang akan mencorakkan gerak laku
amal perbuatan selaras dengan peranan dan tanggungjawab
manusia sebagai khalifah Allah swt. Aqidah inilah yang akhirnya
menjadi sumber kekuatan Islam. Itulah hakikat kekuatan umat Islam,
kekuatan jiwa dan rohani serta peribadinya yang menjadi asas kepada
kekuatan jasmaninya. Di dalam sejarah kegemilangan umat Islam
yang silam kita mendapati bahawa umat Islam di masa itu telah
dibentuk dan dididik oleh aqidah yang akhirnya melahirkan kekuatan
yang sungguh kental dan luar biasa.
Contohnya Bilal , bahawa aqidah telah memberikan kekuatan
kepadanya. Abdul Rahman bin Auf dan Osman bin Affan sanggup
membelanjakan hartanya kerana mempertahankan Islam sehingga
tiada apa lagi yang dimiliki melainkan Allah swt dan Rasul. Ali bin
Abi Talib sanggup mempertaruhkan nyawanya kerana Rasulullah
saw dan banyak lagi contoh-contoh yang ditunjukkan oleh para
KEIMANAN YANG SHAHIH

 Pemahaman Iman yang sahih disisi Ahlul Sunnah Wal Jamaah ialah bermaksud : “Pengakuan
keimanan kepada perkara yang dibawa oleh Nabi Muhammad salallahualaihiwasalam
dengan iktiqad hati, pengakuan pada lisan dan amalan perbuatan serta menunaikan
segala tuntutannya melalui hati, lisan dan anggota badan dengan ikhlas kepada Allah
swt, disertai cinta dan kasih kepada perkara keimanan dan ahlinya serta membenci pula
kepada kekufuran dan ahlinya maka iman itu bertambah dengan ketaatan serta
berkurang dengan kemaksiatan dan iman itu mempunyai enam rukun yang wajib
diketahui dan terbahagi kepada beberapa cabang.”
“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan
tetapi Sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat-
malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada
kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan
pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya,
mendirikan solat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila
dia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam
peperangan. mereka Itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka Itulah orang-
orang yang bertakwa.” (Al-Baqarah : 177).
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa baginda nabi sallahualaihiwasalam ketika menjawab
pertanyaan Jibrail mengenai iman dengan menyebut : “Iaitu kamu beriman kepada Allah,
malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhirat serta beriman kepada
qadar yang baik dan buruk.” (hadith sahih, riwayat Bukhari dan Muslim).
Sabda baginda nabi salallahualaihiwasalam juga : “ Iman itu terbahagi kepada tujuh puluh lebih
bahagian yang paling tinggi ialah kalimah lailahaillallah (tiada tuhan yang berhak
disembah selain Allah) dan serendah-rendahnya ialah menghilangkan duri di jalanan dan
malu itu sebahagian dari iman.” (Hadith sahih, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).
Juga di dalam hadith yang baginda menyebutkan : “Aku memerintahkan kamu beriman kepada
Allah yang satu dan tahukah kamu apakah itu iman kepada Allah ? iaitu kamu
bersyahadah tiada tuhan yang berhak disembah selain-Nya yang satu dan tidak
mensyirikkan-Nya serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan menunaikan khumus
(harta rampasan perang) dari apa yang kamu perolehi.” (hadith sahih, riwayat Bukhari dan
Muslim).
PEMANTAPAN ILMU BERDASARKAN AL-
QUR’AN DAN AS-SUNNAH

 Ilmu yang benar yang akan membawa kepada


kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat itu adalah
ilmu yang disandarkan pada al-Qur’an dan as-Sunnah
sahaja. Ibadah yang tidak ada nas dan dalil daripada
al-Qur’an dan as-Sunnah adalah tertolak dan tidak
diterima oleh Allah swt maka oleh kerana itu maka
setiap orang hendaklah belajar dan mendalami agama
secara berterusan dari sumber-sumber yang shahih
iaitu A-l-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw.
Baginda rasul pernah bersabda sebagai maksud "
Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah
ucapan Allah dan sebaik-baik ajaran adalah
ajaran Rasulullah. Dan sesungguhnya sejelek-
jelek perkara adalah sesuatu yang diada-adakan
(dalam agama), kerana sesungguhnya sesuatu
yang baru diada-adakan (dalam agama) adalah
bid'ah dan setiap bid'ah adalah kesesatan."
(Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 867).
PENGHAYATAN DAN PENGAMALAN
AJARAN ISLAM YANG SHAHIH
 Hendaklah segala amalan itu dilakukan
semata-mata untuk mendapatkan
keredhaan daripada Allah dan bukan kerana
sebab-sebab lain.
 Segala ilmu yang diperolehi hendaklah
diamalkan dan dihayati dengan yakin
dan ikhlas.
 Amalan-amalan yang sejajar dengan
sunnah Rasulullah saw sahaja yang boleh
diamalkan kerana selain dari itu tidak akan
diterima amalannya.
 Menghayati dengan bersungguh-sungguh
hikmah disebalik segala amalan yang
diperintahkan oleh Allah SWT.
KESIMPULAN
Ajaran sesat akan sentiasa
mengancam keimanan kita kepada Allah
sehingga hari kiamat tiba kerana ini
adalah janji syaitan kepada Allah yang
berjanji akan menyesatkan anak Adam
sehingga hari kiamat melainkan hamba-
hamba Allah yang beriman.
Maka untuk membela diri kita
daripada pengaruh ajaran sesat ini, kita
harus mendalami dan memahami ilmu
agama yang shahih berdasarkan al-qur’an
dan as-sunnah seterusnya menjadi hamba
yang teguh dan ampuh imannya dengan
meletakkan Allah sebagai matlamat hidup
kita di dunia dan akhirat.
Matlamat Sebuah Kehidupan
‫ب‬ِ ‫ماتِي لِلِهِ َر‬
َ ‫م‬
َ َ‫حيَايَ و‬
ْ ‫م‬ ُ ُ ‫صلَتِي وَن‬
َ َ‫سكِي و‬ َ َِ ِ ‫ل إ‬
‫ن‬ ْ ُ‫ق‬
‫ن‬
َ ‫مي‬ ِ َ ‫الْعَال‬
Yang Bermaksud : “Katakanlah:
Sesungguhnya solatku, ibadahku,
hidupku dan matiku hanyalah untuk
Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-
An’am : 162)
RUJUKAN
 Al-Qur’an al-Kariim
 Shahih Bukhari
 Shahih Muslim
 Sunan Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasa’ei, Ibn Majah
 “Fatwa Iman” , Karya Bestari Sdn Bhd, Muhammad Bin Soleh al-Munajjid,
Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz.
 “Awasi Fahaman Takfir al_Ahbash”:Abu Syuaib, Majalah I Feb 2008.
 www.ahlalhdeeth.com
 www.fatwaislam.com
 www.qaradawi.net
 www.albani.co.uk
 www.zuhayli.net
 www.alhawali.com
 www.ustaz.blogspot.com
 www.drmaza.com
 http://al-qayyim.net
 http://al-ahkam.net
 www.saifulislam.com
 www.darulkautsar.com

You might also like