You are on page 1of 16

1.

0 Pengenalan

Istilah kurikulum berasal dari bahasa Latin, curere, iaitu track yang digunakan dalam
balap kereta kuda. Istilah ini kemudian dipopularkan oleh John Franklin Bobbit dalam
bukunya The Curriculum yang diterbitkan pada tahun 1918. Menurut Bobbit, kurikulum
merupakan suatu naskah panduan mengenai pengalaman yang harus diperolehi oleh para
pelajar. Kurikulum diibaratkan sebagai “jalur pacu” atau “kenderaan” untuk mencapai
tujuan pendidikan dan kompetensi yang cemerlang oleh para pelajar.

Menurut Grayson (1978), kurikulum adalah suatu perencanaan untuk


mendapatkan keluaran (outcomes) yang diharapkan dari suatu pembelajaran. Perencanaan
tersebut disusun secara berstruktur untuk suatu bidang pembelajaran, sehingga
memberikan ilmu dan interaksi untuk mengembangkan strategi pembelajaran. Masteri di
dalam kurikulum harus diorganisasikan dengan baik agar sasaran (goals) dan tujuan
(objectives) pendidikan yang telah ditetapkan dapat tercapai. Sedangkan menurut
Harsono (2005), kurikulum merupakan gagasan pendidikan yang digambarkan dalam
praktik. Saat ini definisi kurikulum semakin berkembang, sehingga yang dimaksud
kurikulum tidak hanya gagasan pendidikan tetapi juga termasuk seluruh program
pembelajaran yang telah direncanakan dari setiap institusi pendidikan.

Menurut Grundy, S (1987) kurikulum merupakan program yang melibatkan


aktiviti antara guru dan murid yang dirancang sedemikian rupa sehingga para pelajar
akan mencapai sebanyak mungkin tujuan akhir kegiatan pendidikan di sekolah.
Kurikulum bukan hanya susunan sederhana mengenai perencanaan yang akan
diimplementasikan, namun ia juga terdiri daripada proses yang aktif seperti perencanaan,
perlaksanaan, dan evoluasi yang saling berhubungan timbal balik dan berintergrasi
sebagai suatu proses.

Di bawah konteks Pendidikan di Malaysia, kurikulum merupakan suatu rancangan


yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur
kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Peranan kurikulum pendidikan di
Malaysia adalah untuk mengembangkan potensi pelajar-pelajar dari segi intelek, rohani,

1
jasmani, dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang
membawa ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan
terlatih untuk keperluan negara. Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu kandungan pelajaran dan sukatan pelajaran serta segala aktiviti pengajaran
dan pembelajaran; dan aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab, dan unit
beruniform. (Abdullah Sani, 2005).

2.0 Kurikulum yang Dipilih

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi


menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang.
Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan murid menghadapi cabaran
pendidikan pada abad 21.

Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan
semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka
sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu
pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana serta dapat menggunakan teknologi
maklumat dan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan
cabaran dalam kehidupan.

Teknologi Kejuruteraan ialah satu mata pelajaran elektif yang merupakan set
kandungan yang terdapat di dalam bidang Teknologi dan Vokasional. di peringkat sekolah
menengah atas. Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berfikiran
kreatif dan kritis serta boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan perkembangan
teknologi semasa, bahasa grafik yang digunakan disampaikan dengan maklumat yang
tepat dan terperinci bergantung kepada penerimaan, simbol dan penyelarasan yang
spesifik dalam bidang kejuruteraan. Kandungan Sukatan Pelajaran Teknologi
Kejuruteraan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Mata pelajaran ini merupakan

2
lanjutan daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu manipulatif menengah
rendah.

3.0 Siapa guna/peringkat?

Kurikulum Teknologi Kejuruteraan ini telah diguna pakai oleh pelajar-pelajar


menengah atas, iaitu terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 di sekolah
menengah harian biasa, sekolah menengah asrama penuh, dan sekolah-sekolah menengah
yang ada menawarkan mata pelajaran aliran teknik dan vokasional ini.

Masyarakat yang tidak dapat menguasai sains dan teknologi merupakan masyarakat
yang mundur kerana kualiti warganegara adalah merupakan aset kepada negara. Menurut
Syed Jalaluddin Syed Salim dan Rahim M. Sail (Utusan Malaysia, Sabtu,16hb. Jun 2001)
Pengajaran sains dan teknologi hendaklah menarik dan tidak membosankan agar dapat
ditanam dalam minda pelajar bahawa sains dan teknologi mudah dipelajari dan sekali gus
memperkukuhkan minat dan sikap positif terhadapnya.

Guru yang berdedikasi serta berinovatif pendekatan pengajarannya amatlah perlu


diperingkat sekolah menengah, demi meyakinkan pelajar-pelajar bahawasanya mereka
mampu dan boleh menguasai ilmu sains dan teknologi.

4.0 Mereka yang terlibat dalam Kurikulum ini. (Stakeholder)

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), sebelum ini dikenali sebagai Pusat


Perkembangan Kurikulum (PPK) telah ditubuhkan pada tahun 1973 sebagai sebuah Unit
iaitu Unit Perkembangan Pelajaran di Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar
Pelajaran. Pada tahun yang sama, unit ini diasingkan daripada induknya untuk dijadikan
sebagai satu bahagian baru di bawah Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Berikutan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia, berkuatkuasa 16 Jun
2008 Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) kini dikenali sebagai Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK).

3
Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan
mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di peringkat sekolah menengah atas. Matlamat
mata pelajaran ini ialah menyediakan pelajar yang kenal, faham teknologi, produktif,
inovatif dan kreatif serta mengamalkan nilai-nilai murni secara bersepadu supaya dapat
berfungsi dalam kehidupan harian dan berinteraksi dengan masyarakat berorientasi
teknologi kita dengan berkesan. Selain pihak KPM, pihak sekolah, guru, para pelajar dan
industri juga turut memainkan peranan yang penting dalam menjayakan kurikulum ini.

Pihak sekolah turut memainkan peranan dalam menguruskan jadual waktu yang
telah diperuntukkan untuk mata pelajaran ini, selain ini memastikan infrastruktur yang
diperlukan dalam menjayakan mata pelajaran ini disediakan. Bagi pelajar, mereka
merupakan peneraju yang akan melaksanakan dan mempelajari mata pelajaran ini. Guru
pula sebagai fasilitator yang akan memudah cara dan menyampaikan ilmu kepada para
pelajar untuk memastikan kurikulum ini dapat dijalankan mengikut perancangan.

Selain itu dimasa akan datang juga didapati sektor perindustrian akan
menggunakan peralatan dan automasi yang cangih terutama daripada teknologi yang
diimport. Maka negara ini memerlukan pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi bagi
mengendalikan alat-alat ini. Oleh itu jenis pekerja yang diperlukan adalah pekerja-
pekerja yang mempunyai kelulusan ijazah, diploma atau sijil lepasan SPM terutama
dalam bidang vokasional dan teknologi. Selain ciri-ciri yang tersebut di atas sumber
tenaga manusia perlu bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 ialah sumber tenaga
manusia yang mempunyai motivasi tinggi, sanggup bekerja kuat, sanggup meningkatkan
produktiviti.

Kenyataan Ahamad Sipon (2001), jelas menunjukkan dalam memfokuskan ke


arah sebuah negara maju, maka pendidikan yang bercorak teknik dan vokasional
merupakan satu cabang aliran pendidikan yang mampu untuk menampung kehendak
tersebut.

4
5.0 Bila/bagaimana digubal

Mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan merupakan satu mata pelajaran yang baru
diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah akademik pada tahun 1996 untuk pelajar-
pelajar tingkatan empat dan lima. Mata pelajaran ini secara amnya adalah lanjutan
daripada komponen kemahiran manipulatif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup yang
diajar di peringkat menengah rendah.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia ( 1996 ),


menggariskan bahawa matlamat mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan bertujuan untuk
menyediakan pelajar yang kenal faham dengan teknologi, produktif, inovatif dan kreatif
serta mengamalkan nilai-nilai murni secara bersepadu supaya dapat berfungsi dalam
kehidupan seharian dan berintraksi dengan masyarakat berorientasi teknologi dengan
berkesan.

Dalam tempoh dua tahun ( tingkatan empat dan lima) mempelajari Teknologi
Kejuruteraan, pelajar-pelajar akan didedahkan dengan lima bidang utama isi kandungan
mata pelajaran ini iaitu bidang Pembuatan, Pengangkutan dan Kuasa, Perhubungan,
Pembinaan serta bidang Rekabentuk Perindustrian (Pusat Perkembangan Kurikulum,
1990). Kandungan mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan yang merangkumi lima bidang
ini akan disampaikan oleh guru dengan pelbagai kaedah dan pendekatan berpandukan
objektif yang telah ditetapkan.

Hasilnya diharapkan pelajar akan dapat menjadi pelajar yang berpengetahuan


serta memahami perkembangan, kepentingan, kesesuaian dan relevannya teknologi.
Selain itu, pengalaman pembelajaran Teknologi Kejuruteraan diharap dapat menjadikan
pelajar berkenaan manusia yang produktif, inovatif dan kreatif. Nilai-nilai murni yang
diterapkan dalam kurikulum matapelajaran ini diharapkan dapat diamalkan secara
bersepadu oleh pelajar-pelajar dalam kehidupan seharian dan dalam interaksi mereka
dengan masyarakat.

5
6.0 Jenis Reka Bentuk

Pembetukan kurikulum melibatkan beberapa langkah yang sistematik iaitu bermula


dengan pengenalpasti apakah komponen kurikulum, sumber pembentukan, konsep serta
dimensi kurikulum yang perlu diberi perhatian ( Rahim, 2007). Jenis reka bentuk
kurikulum terbahagi kepada tiga iaitu rekabentuk tumpuan subjek, rekabentuk tumpuan
pelajar dan rekabentuk tumpuan masalah. Ketiga-tiga reka bentuk ini mempunyai cirri
yang berbeza-beza antra satu dengan yang lain.

Reka bentuk tumpuan subjek terbahagi kepada empat komponen. Pertama reka
bentuk subjek yang melihat kurikulum atau subjek mata pelajaran sebagai terasnya, iaitu
pelajar akan belajar mengikut subjek tertentu. Kedua rekabentuk disiplin ilmu yang
melihat kurikulum menekankan subjek secara mendalam, dimana pelajar akan belajar
sebagaimana pakar dalam subjek tersebut denan menjalankan ujikaji dan sebagainya.
Ketiga rekabentuk bidang luas iaitu menggbungkan dua atau lebih subjek dalam satu
kurikulum, contohnya dalam bidang sains sosial, ekonomi atau sains teras dalam KBSM.
Keempat reka bentuk korelasi yang melihat kurikulum dihubungkan dengan aspek-aspek
penting antara satu subjek dengan subjek yang lain dalam kurikulum. Contohnya dalam
bidang sains yang melibatkan mata pelajaran fizik, kimia dan biologi dalam KBSM.

Rekabentuk tumpuan pelajar juga melibatkan empat keadaan yang berbeza dalam
pembentukan kurikulum. Pertama tumpuan kepada kanan-kanak dengan melihat
keperluan pelajar sebagai asasnya. Kedua tumpuan pengalaman yang melihat pengalaman
pelajar sebagai satu sumber. Ketiga, tumpuan melampau yang membiarkan kanak-kanak
memilih apa yang perlu mereka belajar. Keempat, reka bentuk humanistik iaitu
kurikulum yang menekan kepada perkembangan dan pencapaian pelajar.

Rekabentuk tumpuan masalah pula mengambil kira suasana kehidupan semasa


dan masalah utama dalam memberi pendidikan umum. Masalah dalam masyarakat
digunakan untuk proses pembentukan kurikulum yang dikehendaki yang mampu
menyelesaikan masalah yang dihadapi.

6
Daripada penerangan berikut didapati kurikulum Teknologi Kejuruteraan
menekankan rekabentuk kurikukum tumpuan pelajar dan tumpuan subjek dimana ianya
menggabungkan penekanan terhadap pengalaman melakukan sesuatu serta pelajar perlu
menguasai sesuatu bidang dengan kerja amali. Penekanan kedua-dua rekabentuk ini
dalam kurikulum mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan membolehkan matlamat mata
pelajaran ini yang ingin melahirkan pelajar yang produktif, inovatif dan kreatif akan
tercapai. Justeru keberksanan kurikulum mata pelajaran ini menuntut pelajar menjadi
manusia seimbang sejajar dengan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan boleh di
capai dengan kesinambungan usaha bersama semua pihak yang terlibat bukan sahaja
bergantung kepada kurikulum yang digariskan.

7.0 Kelemahan/Kekuatan

Satu kajian yang bertujuan mengenalpasti permasalahan pembelajaran dalam mata


pelajaran teknologi kejuruteraan : satu tinjauan di sekolah-sekolah menengah dalam
Daerah Batang Padang, Perak Tengah dan Hilir Perak oleh Ahmad Zairi Hj Abas telah
dijalankan oleh pada tahun 2002. Hasil kajian ini mendapati beberapa masalah yang
menjadi kekangan kepada pelajar dalam menguasai mata pelajaran Teknologi
Kejuruteraan adalah ;

i) pelajar tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat ulangkaji


diluar waktu persekolahan
ii) peruntukan masa serta persediaan awal untuk mempelajari mata pelajaran
Teknologi Kejuruteraan di sekolah masih kurang
iii) keadaan fizikal bengkel yang tidak teratur dan tidak selesa
iv) kaedah pengajaran guru yang membosankan
v) guru jarang memberi latihan dan ujian
vi) soalan yang dikemukakan oleh guru kurang jelas dan serta sukar untuk
difahami oleh pelajar.
vii) Sukar untuk mendapatkan bahan rujukan

7
Selain itu terdapat juga beberapa kelemahan yang telah dibincangkan dalam
mesyuarat Panitia Teknologi Kejuruteraan peringkat daerah Mersing bagi tahun 2009.
Antaranya adalah ;
i) kekangan masa untuk menyiapkan kerja kursus
ii) guru kurang menguasai semua bab dalam mata pelajaran Teknologi
Kejuruteraan kerana bukan opsyen
iii) peralatan bengkel Teknologi Kejuruteraan tidak disenggara dengan berkala
dan boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar
iv) guru baru tidak diberi latihan untuk menggunakan kit bantu mengajar yang
dibekalkan di sekolah-sekolah
v) bahan pengajaran yang terhad. Rujukan hanya boleh dibuat menggunakan
buku teks Pengajian Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal.

Melihat kepada persepsi guru serta pelajar mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan
ini, pelbagai spekulasi tentang kelemahan kurikulum mata pelajaran Teknologi
Kejuruteraan boleh digambarkan. Namun realitinya memerlukan pembuktian yang jelas
agar punca utama permasalahan ini dapat dikenalpasti. Jadual 1 merupakan ringkasan isi
kandungan mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan bagi tingkatan empat dan lima, masa
yang diperuntukkan bagi setiap bab dan juga jumlah bilangan muka surat buku teks bagi
bab tersebut.

Jika dilihat secara menyeluruh kandungan yang terdapat dalam silibus ini sangat
padat dan memerlukan guru membuat perancangan yang betul bagi memastikan setiap
bab berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Bidang kejuruteraan yang ditawarkan
pula menggabungkan tiga bidang iaitu awam, elektrik dan mekanikal. Justeru sehingga
tahun 2007 tidak ada satu institusi pengajian pun yang mengeluarkan tenaga kerja yang
berkepakaran dalam ketiga-tiga bidang kejuruteraan ini serentak. Dengan kata lain sejak
diperkenalkan sehingga tahun 2007 guru yang mengajar mata pelajaran Teknologi
Kejuruteraan adalah pakar dalam salah satu bidang kejuruteraan dan meraka terpaksa
mengajar sesuatu yang diluar bidang kepakaran mereka.

8
Bilangan
Jumlah
Bil Topik mukasurat buku Pengkhususan
masa
teks
Pengenalan kepada bidang
Teknologi Kejuruteraan Jadual 1
Awam , elektrik,
1. 2 waktu
1- Pembangunan dalam 12 mekanikal
Teknologi Kejuruteraan
Pembuatan
1- pengenalan kepada teknologi 10
pembuatan
2. 2- alatan 26 Mekanikal 65 waktu
3- bahan-bahan kejuruteraan 12
4- proses pembuatan 34
5- kawalan alam sekitar 9
Perhubungan
1- Pengenalan kepada proses 6
perhubungan
3. 2- Perhubungan Elektronik 23 Elektrik 54 waktu
3- Sistem Komputer 24
4- Teknologi Komunikasi Masa 21
Hadapan
Pengangkutan dan Kuasa
1- Pengenalan kepada 7
pengangkutan dan kuasa
2- Pengangkutan 8
Awam , elektrik,
4. 3- Sumber tenaga 31 62 waktu
mekanikal
4- Kawalan 61
5- Teknologi pengangkutan dan 8
kuasa dimasa hadapan
6- Kawalan alam sekitar 10
Pembinaan
1- Pengenalan kepada 17
Teknologi Pembinaan
2- Persediaan untuk projek 20
pembinaan
3- Rekabentuk dan 14
perancangan projek
5. 4- Pengurusan aktiviti 9 12 Awam 69 waktu
pembinaan
Isi kandungan kurikulum ini juga amat padat dan mempunyai sumber rujukan
yang terhad. Bayangkan latar belakang pelajar yang mangambil mata pelajaran Teknologi
Kejuruteraan adalah kebanyakannya yang gagal menempatkan diri di Sekolah Menengah
Teknik. Peringkat koognitif pelajar ini adalah pada tahap sederhana dan lemah. Justeru
kurikulum ini dilihat sangat sukar untuk difahami kerana menggabungkan bidang
pengajian teknikal yang mempunyai aras tinggi. Pembahagian mengikut topik tidak
seimbang kerana ada bab yang sangat panjang dan sangat ringkas.

Topik yang paling sukar bagi pelajar dan guru adalah sistem kawalan (hidrolik,
pneumatik, elektrohidrolik, elektropneumatik) dan perhubungan elektronik ( isyarat,
pemancar, gelombang, talian). Ini adalah disebabkan kandungan yang terlalu banyak
dalam satu bab menyebabkan pelajar biasanya menjadi keliru.

Walaubagaimana pun terdapat kelebihan bagi pelajar yang mengambil mata


pelajaran ini kerana mereka akan didedahkan dengan kemahiran ketukangan, pembinaan
dan juga perhubungan yang dapat digunakan selepas tamat persekolahan. Aliran
kemahiran yang terdapat di institusi latihan kemahiran tempatan menawarkan aliran yang
pelbagai dimana sedikit sebanyak asasnya telah dipelajari dalam mata pelajaran
Teknologi Kejuruteraan di peringkat sekolah. Berikut merupakan contoh bidang yang
ditawarkan di Industrial Training Institutes (ITIs), Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran
Belia Negara ( IKBN).

Kesinambungan topik dalam


Bil Bidang ditawarkan
Teknologi Kejuruteraan
1. A02 Pemesinan Am Pembuatan
2. A03 Pemesinan CNC Pembuatan
3. A04 Pembuat Acuan & Alat Pemotong Pembuatan
4. A05 Pembuat Acuan Pembentuk Pembuatan
5. A06 Teknologi Foundri Pembuatan
6. A07 Pembuat Corak Foundri Pembuatan

10
7. A08 Kimpalan Arka & Gas Pembuatan
8. A09 Fabrikasi Logam Pembuatan
9. A11 Automotif Pengangkutan dan Kuasa
10 Rekabentuk Industri
A12 Rekabentuk Produk Industri
.
11 Pengangkutan dan Kuasa
A13 Kenderaan Perdagangan Berat
.
12 Pembuatan
A15 CADD Mekanikal
.
13 Perhubungan
B01 Juruelektrik
.
14 Perhubungan
B04 Teknologi Instrumen Perindustrian
.
15 Perhubungan
B05 Teknologi Elektronik Industri
.
16 Pembinaan
C06 Diploma Teknologi Binaan
.
17 Pembuatan
E01 Teknologi Plastik
.
18 Pembuatan
E02 Teknologi Seramik
.
19 Perhubungan
F01 Teknologi Komputer (Sistem)
.
20 Perhubungan
F02 Teknologi Komputer (Rangkaian)
.
21 Perhubungan
F03 Teknologi Perisian (Sistem Maklumat)
.
22 Perhubungan
F04 Teknologi Perisian (Pengaturcaraan)
.
23 Perhubungan
F05 Teknologi Perisian (Multimedia)
.
24 Perhubungan
F06 Teknologi Komputer (Keselamatan)
.
25 Pembuatan
V02 Teknologi Pembuatan Bersepadu
.
26 V03 Automotif Pengangkutan dan kuasa

11
27 Rekabntuk industri
V04 Pelukis Pelan Senibina
.
28 Pembinaan
V05 Penyenggaraan Bangunan
.
29 Pembinaan
V11 Teknologi Pembinaan
.
30 Perhubungan
V12 Teknologi Maklumat
.
31 Pembuatan
Pembuat Acuan dan Alat pemotong
.
32 Pembuatan
Mekanik Industri
.
33 Pembuatan
Kimpalan Gas dan Arka
.
34 Pembuatan
Pemesin Am
.
35 Pembuatan
Tool Design Draughtman
.
36 Pembuatan
Tek. Mekanikal – alatan & Acuan
.
37 Pembuatan
Tek. Mekanikal – Pemesinan
.
38 Pembuatan
Tek. Mekanikal – Senggaraan
.
39 Pembuatan
Pengeluaran Plastik
.
40 Pengangkutan dan Kuasa
Mekanik Kenderaan Motor
.
41 Pengangkutan dan Kuasa
Mekanik Motorsikal
.
42 Pengangkutan dan Kuasa
Mekanik Kenderaan Perdagangan
.
43 Pengangkutan dan Kuasa
Mekanik Jentera Berat
.
44 Juruelektrik Automotif Rendah Pengangkutan dan Kuasa

12
45 Pembinaan
Jurubina Bangunan
.
46 Rekabentuk Industri
Perabot & Hiasan Dalam
.
47 Pengangkutan dan Kuasa
Operator Kren Menara
.
48 Perhubungan
Elektronik Industri
.
49 Perhubungan
Elektronik Audio
.
50 Perhubungan
Pendawaian Elektrik
.
51 Pengangkutan dan Kuasa
Penjaga Jentera Elektrik
.
52 Perhubungan
Teknologi Maklumat (Rangkaian)
.
53 Perhubungan
Teknologi Maklumat (Sistem Komputer)
.
54 Perhubungan
Multimedia
.

8.0 Cadangan Penambahbaikan

Kurikulum mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan ini telah menjelaskan kita


beberapa kelemahan dan juga kekuatan yang ada dalam perlaksanaan mata pelajaran ini
di sekolah harian sejak tahun 1996. Justeru beberapa cadangan penambah baikan boleh
dilakukan untuk membolehkan mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan ini mencapai
matlmat yang digariskan dengan semaksima mungkin. Selaian itu ianya dapat membantu
semua pihak yang berkenaan dalam memastikan penguasaan pelajar serta keberkesanan
mata pelajaran ini dalam membantu pelajar mendapatkan pekerjaan yang diminati dimasa
hadapan.

13
Antaranya cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah :

i) Menyeimbangkan kandungan mata pelajaran bagi setiap bab supaya


pelajar tidak merasakan ada bab yang amat sukar bagi mereka fahami.
Contohnya bab kuasa yang sangat panjang menggabungkan banyak topik
yang sukar untuk difahami oleh pelajar serta memerlukan masa yang lama
untuk menghabiskan bab tersebut.

ii) Kandungan kurikulum ini bukan sahaja perlu dipadatkan dan


diringkaskan dari gabungan ketiga-tiga bidang kejuruteraan, namun ia
seharusnya dipermudahkan bagi membolehkan pelajar dari tahap
sederhana dapat menguasai dan menyukai mata pelajaran ini kerana
bersesuaian dengan tahap mereka.

iii) Masa pengajaran perlu digabungkan dengan jangkamasa amali dan juga
kerja kursus supaya guru dan pelajar mempunyai masa yang mencukupi
untuk menjalankan amali dan menyiapkan kerja kursus. Selain itu guru
mampu fokus kepada topik dan membuat ulangkaji sebagai persediaan
pelajar sebelum peperiksaan. Kebiasaannya kerja-kerja amali akan
dilakukan pada waktu cuti atau diluar waktu P&P. Ini menyebabkan
pelajar tiada masa untuk mengulangkaji pelajaran atau membuat
persediaan untuk pelajaran seterusnya.

iv) Guru perlu diberi latihan yang merangkumi semua bidang dalam mata
pelajaran Teknologi Kejuruteraan supaya menjadi pakar dalam mata
pelajaran ini. Kurikulum ini perlu menekankan keupayaan guru dalam
menguasai semua bidang teori dan amali yang memakan masa yang lama.

14
9.0 Rujukan

Abdul Rahim Hamdan, 2007. Pengajian Kurikulm, Johor : Penerbit Universiti


Teknologi Malaysia Skudai.

Ahmad Zairi Hj Abas, 2002 Permasalahan pembelajaran dalam mata pelajaran


teknologi kejuruteraan : satu tinjauan di sekolah-sekolah menengah dalam Daerah
Batang Padang, Perak Tengah dan Hilir Perak. Projek Sarjana Muda, Universiti
Teknologi Malaysia.

Laporan Jawatankuasa Kabinet. 1979. Mengkaji Pelaksanaan Dasar, Kuala


Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mohd Daud Hamzah, 1994. Reka Bentuk Kurikulum Sekolah, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

M S. Howard Nicholls dan Audrey Nicholls, 1987. Perkembangan Kurikulum:


Satu Panduan Praktis (Terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Budaya dan Pustaka.

Peter S Hlebowitsh. 2005. Designing the School Curriculum. Boston ; Pearson


Education Inc.

Grayson Lawrence, 1978, On a Methodology for Curriculum Design, Engineering


Education

Grundy, S., 1987, Curriculum: Product or Praxis? Lewes: Falmer Press.

Abdullah Sani Yahya 2005. Mengurus Sekolah, PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd.

15
16

You might also like