P. 1
masalah kurikulum baru

masalah kurikulum baru

|Views: 2,516|Likes:
Published by senseysue

More info:

Published by: senseysue on Aug 28, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/28/2013

pdf

text

original

Tajuk : Masalah dalam Pelaksanaan Kurikulum Baru Oleh : Suhaiza binti Zainoldin @ Zainuddin

Pengenalan

Perkembangan kurikulum di Negara kita menunjukkan peningkatan yang semakin baik saban tahun. Perubahan yang berlaku dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah membuka mata kita tentang pentingkan sistem pendidikan diselarikan dengan perkembangan dan kepesatan Negara. Ini bagi menjamin keperluan tenaga kerja yang semakin meningkat dan pelbagai. Justeru kewujudan mata pelajaran baru terutama diperingkat sekolah telah memberi ruang kepada masyarakat amnya mempelajari lebih banyak kemahiran baru untuk diaplikasikan dalam sektor pekerjaan. Perbezaan yang wujud antara keperluan sektor pekerjaan dengan penghasilan tenaga kerja mahir diperingkat sekolah dan institusi pengajian Tinggi adalah tertakluk kepada kurikulum yang dibentul dan dilaksanakan di semua peringkat. Oleh itu kurikulum ini perlu menepati kehendak yang digariskan oleh majikan supaya tidak berlaku lambakan tenaga dalam bidang yang tidak diperlukan. Di sini kurikulum adalah asas kepada keperluan semasa yang sering berubah dan dilihat sebagai satu penentu kepada kewujudan bidang pekerjaan baru di negara ini. Kurikulum baru yang diwujudkan di negara kita memerlukan penelitian yang mendalam agar perlaksanaannya dapat memenuhi matlamat yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seterusnya dapat melahirkan modal insan cemerlang. Walau bagaimanapun terdapat pelbagi kekangan yang dihadapi baik di pihak penggubal mahupun pelaksana. Dalam konteks ini

masalah yang wujud merupakan satu kekangan yang nyata dan amat memerlukan perhatian semua pihak. Oleh kerana perlaksanaannya di peringkat permulaan, boleh dikatakan ianya merupakan satu ujikaji bagi melihat sejauhmana keberkesanan perlaksanaan mata pelajaran baru ini terhadap bidang pekerjaan. Pastinya berlaku perbagai kelemahan dan kekurangan dalam perlaksanaanya di peringkat awal ini. Justeru penulisan ini akan melihat sejauhmana kelemahan yang berlaku dalam perlaksanaan kurikulum baru di peringkat sekolah.

Kekurangan alat bantu mengajar

Alat bantu mengajar merupakan satu bahan yang menjadi penguat kepada sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya mampu memperjalaskan konsep dan memudahkan ingatan para pelajar terhadap satu perkara yang disampaikan oleh guru. Alat bantu mengajar juga dapat menjadi medium perantara untuk menyampaikan maklumat dengan lebih cepat dan tepat. Justeru kepentingan dalam penggunaan alat bantu mengajar tidak dapat dinafikan lagi. Namun masalah yang sering dihadapi apabila sesuatu kurikulum baru dilaksanakan adalah kurangnya alat bantu mengajar yang ingin digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila satu kurikulum baru dibentuk ianya hanya diperjelaskan dengan dokumen sukatan pelajaran dan juga huraian sukatan pelajaran. Proses pembinaan alat bantu mengajar biasanya akan dilakukan oleh guru serta pihak yang berpengalaman tentang kurikulum yang dibentuk. Jadi ianya akan mengambil masa untuk guru mengenalpasti alat bantu mengajar yang perlu disediakan bagi membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Alat bantu mengajar

boleh terdiri dari objek sebenar, model, gambarah, foto, tayangan slid dan juga video. Akibat yang ketara dalam kekurangan alat bantu mengajar ini adalah guru sukar untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran akibat alat yang tidak mencukupi. Guru juga terbatas dari segi kreativiti kerana alat yang terhad setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Oleh itu sangat perlu untuk penggubal kurikulum memikirkan tentang alat bantu mengajar yang sepatutnya untuk setiap bab dalam kurikulum baru yang digubal.

Kekurangan kepakaran guru

Apabila satu kurikulum baru diperkenalkan maka tugas untuk menyampaikan kurikulum ini akan dipikul oleh guru yang telah dilatih dalam bidang tersebut. Selain itu guru tersebut harus mempunyai ilmu pengetahuan yang menyeluruh tentang semua isi kandungan yang terdapat dalam kurikulum yang ingin dilaksanakan ini. Persoalannya, berapa lama masa yang perlu diambil untuk melatih guru-guru agak benar-benar mahir dalam bidang kurikulum baru yang ingin dilaksanakan ini. Adakah guru-guru yang dilatih telah mencapai tahap yang sepatutnya untuk mengajarkan kurikulum baru ini kepada para pelajar. Pada peringkat awal perlaksanaan sesebuah kurikulum maka dilihat semua tenaga pengajarnya adalah guru yang dikira amatur. Tiada yang boleh diiktiraf sebagai pakar bedasarkan pengalaman mengajar mata pelajaran tersebut kerana semuanya baru. Oleh itu apabila berlaku satu pertikaian maka tiada satu individu yang khusus untuk dijadikan rujukan kerana kurangnya pengalaman dan kepakaran terhadap kurikulum yang baru dilaksanakan. Di peringkat sekolah terdapat gelaran guru pakar, guru cemerlang, jurulatih utama dan guru rujukan. Mereka merupaka individu yang diiktiraf kepakarannya dalam

subjek tertentu. Justeru mereka menjadi sumber rujukan bagi guru-guru lain yang menghadapi masalah dalam pengajaran mata pelajaran tersebut. Dengan perlaksanaan kurikulum baru ianya akan mengambil masa sekurang-kurangnya lima tahun untuk seseorang guru itu diiktiraf sebagai pakar dalam bidangnya. Tempoh ini dilihat sebagai tempoh yang sukar untuk perlaksanaan kurikulum baru kerana tiada sumber rujukan yang benar-benar mahir dan berpengalaman dalam membantu apabila timbul masalah.

Kekurangan bahan rujukan

Bahan rujukan merupakan satu lagi perkara penting dalam apa juga kurikulum yang diajar. Baik diperingkat sekolah mahupun pusat pengajian tinggi, bahan rujukan memainkan peranan penting dalam membantu guru dan pelajar mempelbagaikan sumber untuk dirujuk bagi meningkatkan kefahaman masing-masing. Lazimnya bahan rujukan utama yang dibekalkan bersama kurikulum baru yang dilaksanakan di sekolah adalah buku teks. Ianya meliputi keseluruhan topik yang akan diajar beserta huraian dan latihan yang mengikut aras kemahaman tertentu bergantung kepada objekif pengajaran yang telah digariskan. Justeru bahan rujukan ini adalah nadi utama dalam membantu guru dan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun biasanya terdapat kesilapan yang berlaku dalam penulisan buku teks, guru dan pelajar yang menggunakannya dalam perlaksanaan kurikulum baru tidak mempunyai pilihan kerana tiada sumber rujukan lain yang lebih efektif untuk dirujuk. Kekurangan bahan rujukan ini juga menyebabkan kesukaran kepada pelajar untuk mempelbagaikan kaedah

pembelajaran mereka terutama bagi pelajar yang sering belajar sendiri dirumah.

Kadangkala pelajar juga membuat perbandingan antara mata pelajaran baru ini dengan mata pelajaran yang sudah lama dijalankan diperingkat sekolah yang mempunyai pelbagai bahan rujukan yang mudah didapati di kedai-kedai buku. Di sini pelajar akan mempunyai persepsi bahawa kurikulum yang baru ini lebih sukar kerana mereka tidak dapat memperolehi bahan rujukan lain selain buku teks untuk dirujuk.

Peruntukan masa yang tidak mencukupi

Dalam setiap kurikulum yang dibentuk, peruntukan masa juga memainkan peranan penting dalam memastikan semua proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna tepat mengikut perancangan. Peruntukan masa yang tidak bersesuaian dengan kandungan kurikulum akan mengakibatkan isi kandungan kurikulum tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan mungkin berlaku keciciran dalam sesetengah bab kerana guru mengejar masa untuk menghabiskan silibus. Sekiranya peruntukan masa yang diberikan terlalu panjang untuk penyampaian kurikulum yang sedikit maka ianya akan menyebabkan berlaku istilah sambil lewa dalam pengajaran dan pembelajaran kurikulum baru ini. Jadi sesetengah kurikulum baru memerlukan tempoh percubaan tahun pertama untuk melihat maklum balas dari guru dan pelajar tentang peruntukan masa yang ditetapkan. Sekiranya tidak mencukupi maka penilaian semula akan dibuat untuk menggugurkan beberapa subtopik dalam kurikulum tersebut sehingga semua dilihat dapat memenuhi masa yang ditetapkan dengan lancar dan silibus dapat dihabiskan dengan jayanya. Peruntukan masa untuk perlaksanaan kerja kursus dan amali juga perlu dititik beratkan kerana ianya akan melibatkan masa tambahan. Biasanya pelajar akan

mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja kursus terutama bagi kerja kursus yang melibatkan penggunaan alatan di bengkel. Oleh itu peruntukan masa dilihat sebagai satu masalah yang perlu diambil perhatian setiap kali sesebuah kurikulum dibentuk.

Tiada contoh soalan peperiksaan sebenar

Dalam peperiksaan awam yang besar seperti SPM dan STPM, soalan peperiksaan merupakan satu lagi bahan yang penting bagi digunakan oleh guru dan pelajar-pelajar sebagai latihan. Selain dapat memberi gambaran tentang bentuk soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan awam yang sebenar, ianya dapat membantu guru dan pelajar dalam membiasakan menjawab kertas soalan sebenar serta mendapatkan keyakinan dalam menyelesaikan soalan peperiksaan. Dalam perlaksanaan kurikulum baru, masalah yang jelas dihadapi pada tahun pertama dan kedua adalah tiada contoh soalan bagi peperiksaan sebenar. Ini akan meimbulkan masalah kepada guru unutk merangka bentuk soalan latihan yang sesuai dengan bentuk soalan sebenar dalam peperiksaan awam. Selain itu ianya akan menyebabkan pelajar kurang keyakinan dalam menjawab soalan latihan kerana tidak pasti adakah bentuk soalan sebegini yang akan ditanya dalam peperiksaan sebenar kelak. Pelajar dan guru biasanya akan membuat spekulasi tentang bentuk soalan yang akan di tanya dalam peperikssaan dan sekiranya tekaan mereka tepat maka ianya menjadi ssatu kelebihan kepada pelajar tersebut. Namun sekiranya tekaan mereka kurang tepat maka pelajar akan menghadapi masalah untuk menjawab soalan peperiksaan sebenar kerana tidak bertepatan dengan soalan latihan yang biasa dibuat. Oleh itu adalah disarankan satu modul bentuk soalan peperiksaan sebenar dikeluarkan bersama-sama

kurikulum baru dan buku teks bagi membantu guru dan pelajar dalam menguasai topik dalam kurikulum ini disamping dapat meningkatkan lagi kefahaman mereka dalam mata pelajaran baru ini.

Kesimpulan

. Kurikulum baru yang diwujudkan di negara kita memerlukan penelitian yang mendalam agar perlaksanaannya dapat memenuhi matlamat yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seterusnya dapat melahirkan modal insan cemerlang. Walau bagaimanapun terdapat pelbagi kekangan yang dihadapi baik di pihak penggubal mahupun pelaksana. Antara masalah yang sering dihadapi apabila sesuatu kurikulum baru dilaksanakan adalah kurangnya alat bantu mengajar yang ingin digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu masalah kekurangan kepakaran guru dalam isi kandungan kurikulum, kekurangan bahan rujukan, peruntukan masa yang tidak mencukupi dan tiada contoh soalan peperiksaan sebenar. Justeru diharapkan penggubal kurikulum dapat menyediakan alat bantu mengajar dengan mencukupi, mempelbagaikan bahan rujukan yang pelbagai untuk rujukan para pelajar dan menyediakan satu modul bentuk soalan peperiksaan sebenar dihantar bersama kurikulum baru dan buku teks.

Rujukan Abdullah Sani Yahya 2005. Mengurus Sekolah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Abdul Rahim Hamdan, 2007. Pengajian Kurikulm, Johor : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Ahmad Zairi Hj Abas, 2002 Permasalahan pembelajaran dalam mata pelajaran teknologi kejuruteraan : satu tinjauan di sekolah-sekolah menengah dalam Daerah Batang Padang, Perak Tengah dan Hilir Perak. Projek Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia. Curtis R. Finch and John R.Crunkilton, 1993. Curriculum Development in Vocational and Technical Education, Planning, Content and Implimentation. Needham Heights, MA United States of America Grayson Lawrence, 1978, On a Methodology for Curriculum Design, Engineering Education Laporan Jawatankuasa Kabinet. 1979. Mengkaji Pelaksanaan Dasar, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohd Daud Hamzah, 1994. Reka Bentuk Kurikulum Sekolah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. M S. Howard Nicholls dan Audrey Nicholls, 1987. Perkembangan Kurikulum: Satu Panduan Praktis (Terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Budaya dan Pustaka. Peter S Hlebowitsh. 2005. Designing the School Curriculum. Boston ; Pearson Education Inc.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->