You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN

1.1 Sejarah perkembangan bahasa Melayu di Malaysia

Bahasa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara

(Kepulauan Melayu). R.H. Geldern, iaitu seorang ahli pengkaji prasejarah

yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah

berdasarkan kajian yang dibuat terhadap kapak tua (beliung batu) yang

ditemui.

1
Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga Nusantara di bawah rumpun

bahasa Austronesia. Istilah Austronesia membawa pengertian pulau-pulau

selatan (Asmah, 1985:35). Austronesia pula dipecahkan kepada empat

keluarga, iaitu Indonesia (Nusantara), Melanesia, Mikronesia dan Polinesia.

Istilah Malayo-Polenesia digunakan oleh Wilhem von Humboldt, ahli

bahasa yang telah mengkaji aspek keserumpunan bahasa antara bahasa

Melayu dengan bahasa-bahasa di daerah Polinesia. William Marsden

mendapati bahasa Melayu dan bahasa Polinesia itu merupakan bahasa

serumpun.

2
Ismail Hussien (1948:5) mengatakan bahawa bahasa Melayu hanyalah

merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan Melayu.

Oleh sebab bentuknya yang amat sederhana dan berkemungkinan menerima

unsur asing dan sifatnya yang dapat dilenturkan buat memenuhi keperluan

semasa, maka jadilah bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang terpenting

dalam sejarah bahasa-bahasa di kepulauan Melayu. Bahasa Melayu yang

pesat perkembangan sehingga dijadikan bahasa kebangsaan bagi negara

Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam.

Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar jumlahnya

dibandingkan dengan bahasa lain seperti bahasa Jawa atau bahasa Tagalog.

Magellan telah mengatakan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa

lingua franca di alam Melayu dari Acheh hingga ke kepulauan Maluku.

3
Kepentingannya sebagai bahasa lingua franca kerana sifatnya yang

sederhana dan mudah menerima pengaruh asing, tidak terikat kepada

perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah

berbanding dengan bahasa Jawa.

Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali.

Pada awal 1970-an, Bahasa Malaysia dinamakan sebgai "Bahasa Melayu".

Kemudian Bahasa Melayu ditukarkan kepada "Bahasa Malaysia" atas sebab

politik pada 1970 sehingga 1986. Namun kemudiannya nama "Bahasa

Melayu" digunakan semula terutama dalam pendidikan iaitu pada 1986

sehingga jun 2007. Bermula pada 1 Julai 2007, bahasa Kebangsaan Malaysia

dinamakan kembali kepada "Bahasa Malaysia" sebagai simbol bahawa

bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Tujuan lain

4
ialah untuk mencapai perpaduan kuam dalam negara kita iaitu "Bangsa

Malaysia" dan tidak akan berlaku lagi peristiwa pada 13 Mei 1969.

Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah

Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara

152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa

kebangsaan ialah bahasa Melayu.

Sejak tahun 1957, apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai

kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan yang

disarankan oleh Suruhanjaya Reid. Pemilihan bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor, iaitu bahasa Melayu

mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini. Pada waktu itu,

5
kumpulan ini membentuk 49.78 peratus, manakala kaum Cina merupakan

37.1 peratus dan kaum India 11.0 peratus (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu,

hlm. 1260).

Faktor kedua ialah bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat

pribumi bagi negara ini. Oleh itu, bahasa Melayu dapat melahirkan jati diri

penduduk negara ini. Faktor ketiga ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai

alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan

masalah bagi komunikasi umum.

Akhirnya, keempat ialah bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa

pentadbiran di negeri Melayu. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa

6
kebangsaan dan juga alat perpaduan tidak disanggah oleh mana-mana pihak.

Pengisytiharan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa

rasmi dalam semua urusan pentadbiran tidak menyekat penggunaan dan

pembelajaran bahasa-bahasa lain dalam urusan bukan rasmi. Pada

dasarnya, pengiktirafan dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan dikawal oleh dasar bahasa kebangsaan dan dari segi undang-

undang, dasar ini telah dimaktubkan melalui perlembagaan dan akta.

Pada 7 Mac 1957, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan dengan

sebulat suara meluluskan Penyata Razak. Penyata ini adalah bertujuan untuk

mewujudkan suatu sistem pelajaran nasional bagi Persekutuan Tanah Melayu

yang Merdeka yang dapat diterima oleh seluruh rakyat serta memenuhi

kehendak mereka dan yang dapat menggalakkan perkembangan

7
kebudayaan, sosial dan ekonomi ke arah satu bangsa dengan tujuan hendak

menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini dan

dalam pada itu memelihara pertumbuhan bahasa dan budaya orang-orang

bukan Melayu yang menetap di negara ini (Undang-Undang Pelajaran 1957,

2008).

You might also like