You are on page 1of 8

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara
yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu.
Kaedah kaedah yang digunakan dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani.
Antara kaedah yang disarankan ialah :
1. Kaedah Kuliah
2. Kaedah Perbincangan
3. Kaedah Kuliah-Demonstrasi
4. Kaedah Latihan
5. Kaedah Penemuan
6. Kaedah Projek
7. Kaedah Persembahan Lisan
8. Kaedah sebahagian-keseluruhan.
Kesemua kaedah-kaedah diatas boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani (PJ), tetapi hanya dua kaedah yang popular digunakan iaitu kedah kuliah dan
keadah kuliah-demonstrasi.
KAEDAH KULIAH
Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim
digunakan didalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian
dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu
digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau memberi taklimat berkenaan dengan
matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan
rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan lagi jika bergabung dengan
teknik lain.
Berikut adalah satu contoh kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani :
1. Pengenalan
• Menerang dan menjelaskan skop pelajaran
• Memeberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka
• Cuba membangkitkan minat
• Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar termasuk pelajar di
barisan belakang.
1. Persembahan
• Kuat tetapi nada mesra
• Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai
• Huraikan istilah yang digunakan
• Bercakap dengan semua pelajar
• Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstarsi dan lain-lain
• Ulang butiran penting
• Guna lawak jenaka
• Mengatahui isi kandungan pelajaran dan yakin
1. Penutup
• Mengulangi point-point utama
• Menggalakkan perbincangan
• Meneguhkan point yang lemah

KAEDAH KULIAH – DEMONSTRASI


Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani.
Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan
demonstarsi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya
demonstarsi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan.
Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstarsi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan jasmani :
1. Pendahuluan
• Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk, melutu dan
berdiri
• Mnegenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah
• Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini
1. Demonstrasi
• Melakukan demonstarsi mengikut kadar pergerakan sebenar
• Ikut cara dan prosedur yang piawai
• Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan
1. Demonstrasi dan pengajaran
• Semasa membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya
• Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan
• Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak
diberitahu.
• Gunakan kaedah ansur maju dan megajar mengikut turutan yang sebenarnya.
• Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.
1. Ulang demonstarsi dan butiran yang penting
• Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit
• Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan
• Beri butiran penting
1. Penutup
• Ulang butiran penting
• Menggalakkan perbincangan
• Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran

KAEDAH ATAU GAYA PENGAJARAN


Terdapat beberapa gaya atau keadah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalan pengajaran
dan pembelajaran pendidikan jasmani. Gaya-gaya yang dipraktikan mestilah membawa satu
objektif iaitu setiap murid akan dapat manfaat daripada gaaya yang dikemukakan. Gaya atau
kaedah pengajaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang utama iaitu :
1. Kaedah/Gaya Langsung
2. Kaedah/Gaya Gabungan
3. Kaedah/Gaya Tidak Langsung

GAYA LANGSUNG GAYA GABUNGAN GAYA TIDAK LANGSUNG

Limitasi Penyelesian masalah


• Gaya Arahan
Penemuan latihan
• Gaya Tugasan Terbimbing Bertindak balas
Semak kendiri
Penerimaan beramai
Penerokaan

GAYA LANGSUNG
Gaya ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada
keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula. Gaya ini berdasarkan
Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran itu
berlaku dari luar kedalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul
(Gallahue, 1993). Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan
dengan cara yang betul.

KELEBIHAN KELEMAHAN

1. Kaedah yang berkesan 1. Tidak ambil kira perbezaan individu


2. Berfokus kepada yang ingin (kesesuai perkembangan), anggap
dipelajari pelajar mencapai tahap
3. Tidak banyak peluang untuk salah pembelajaran dan kemajuan yang
faham dan salah interpretasi sama (kesesuai umur kumpulan)
4. Persekitaran pembelajaran yang 2. Lebih mementingkan matlamat atau
berstruktur hasil pengalaman pembelajaran
daripada proses pembelajaran itu.

GAYA TIDAK LANGSUNG


Gaya ini berpusatkan pelajar. Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada
mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan,
penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasakan Teori Pembelajaran Kognitif yang
mengangapkan pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses
pembelajaran itu adalag sama penting dangan hasil pembelajaran berkenaan.

KELEBIHAN KELEMAHAN

1. Membolehkan pelajar menetapkan 1. Memakan masa yang panjang.


matlamat dengan cara mencapainya Lebih masa untuk cuba-jaya,
2. Memberi kebebasan kepada pelajar bersoal-jawab.
dan memberi peluang kepada 2. Memerlukan guru-guru untuk
mereka untuk bertanggungjawab berlatih dan bersabar. Guru yang
3. Mengambil kira perbezaan tidak biasa dengan gaya inisentiasa
dikalangan pelajar menghadapi masalah untuk
menggunakannya secara berkesan.
4. Memberi peluang kepada pelajar
merasai kejayaan pada tahap 3. Sukar untuk mengawal kelas
kebolehan sendiri. 4. Sukar untuk memastikan
kesinambungan dalam pelajaran

GAYA ARAHAN
Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari,BAGAIMANA ia dilakukan serta
MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti>Pelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin
menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue( 1995).Langkah-langkah yang terlibat
adalah seperti berikut :

GURU PELAJAR

1. Mengawal penuh pengajaran 1. Menjimatkan masa untuk


1. Memilih aktiviti membuat percubaa
2. Menentukan bagaimana dan bila 2. Individu mendapat kurang
3. Mengawal tingkah laku perhatian
4. Menilai keputusan
Ciri – ciri gaya arahan
1. Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahran yang akan
dipelajari oleh pelajar .
2. Pelajar berlatih.
3. Guru memberi komen am tentang prestasi kelas.
4. Jika perlu,guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut.
5. Pelajar berlatih.Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yangmemerlukan bantuan
secara individu atau atau berkumpulan.
6. Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta menilai
perlakuan
Penemuan Terbimbing
Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah llimitassi ( Bilbrough & Jones, 1968 ) .Ia memberi
pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan
dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru.Sebagai contoh ‘ Cari dua cara untuk
mengimbangkan badan dengan tiga titik’
Kelebihan –kelebihan
1. membenarkan penglihatan lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran.
2. Mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan pelajar mempunyai peluang belajar
mengikut tahapnya sendiri.
3. Memupuk pembangunan arah kendiri
Penyelesaian Masalah
Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang,memahami
masalah dan memikir dengan logik dan sistematik.Di dalam kelas pendidikan jasmani,selepas
guru memberi beberapa soalan,pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah-angkah
berikut :
1. Menganalisi dana memahami masalah
2. Menyenaraikan syarat-syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.
3. Guna pelbagai startegi untuk mendapatkan maklumat –maklumat
4. Membentukkan jawapan yang mungkin
5. Pilih dan uji penyelesaian alternatif
6. Pilih penyelesaian paling sesuai.
7. Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.
Kelebihan-kelebihan
1. Kaedah ini mengalakkan interaksi antara pelajar-pelajar.
2. Ia memupukkkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi
3. Ia menggalakan ingatan tentang apa yang dipelajari.
Kelemahan kelemahan
1. Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusat guru.
2. Kaedah ini kadangkala suar untuk melibatkan setaip pelajar dengan berkesan.Pelajar
yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan
dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.
Kejayaan gaya penyelesaian masalah bergantung kepada :
1. Kesediaan pelajar untuk mengambil bahagian dalam pengalaman pembelajaran.
2. Keupayaan guru untuk memberi masalah dan membimbing prose penyelesaian itu.
Mengikut Thomas,Lee & Thomas (1988) ,gaya pengajaran yang dipilih bergantung
kepada tugas mengajar,objektif pengajaran dan sifat pelajar.

Saiz kelas Gaya pengajaran

Seluruh kelas
• Langsung
• Penyelesaian masalah

Kumpulan kecil
• Stesen

Individu
• Lembaran kerja /tugas

RANCANGAN TAHUNAN,PENGGAL DAN MINGGUAN


Dalam melaksanakan program pendidikan jasmanai di sekolah,satu perancangan yang yang rapi
perlu diadakan.Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan
yang baik.Ia juga memberi tuju hala kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik
disamping memmastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius.
Graham (1992) menyenaraikan faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu
perancangan yang rapi seperti berikut :
1. Jumlah masa pengajaran yang terhad
Walaupun sejak bukan Disember 1993,Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat
keputusan menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan jasmani dan kesihatan
untuk Tahap satu menjadi ‘Tiga Waktu’ manakala mengekalkan dua waktu untuk Tahap
ll,masa yang diperuntukkan itu masih lagi tidak mencukupi.Memandangkan masa yang
terhad itu,kita perlu mengkaji semula atau membuat perancangan tentang bilangan
objektif yang boleh kita capai dalam satu-satu tahun itu.
2. Persekitaran pengajaran
Selain daripada objektif,faktor-faktor klain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz
kelas,peralatan dan kemudahan.Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk
memastikan kejayaan kelas pendidikan jasmani.Jika saiz kelas itu besar,maka masalah
kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul.Justeru itu, perancangan
diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut.Misalnya ,suatu kumpulan kecil boleh
dibentuk,Misalnya suatu kumpulan kecil boleh dibentuk untuk tujuan diatas.
3. Latar Belakang Guru
Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya.
Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Dengan latihan
yang diberikan oleh maktab-maktab perguruan di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa
mereka memang mampu untuk mengajarkan pendidikan jasmani di sekolah. Dalam
persoalan ini, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting.
4. Latar Belakang Pelajar
Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan di kalangan pelajar itulah yang memerlukan
perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan
yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang
dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga
menyebabkan pelajar kurang minat terhadap pendidikan jasmani.

Rancangan Kerja Tahunan


Rancangan kerja tahunan perlu diadakan untuk memebri satu gambaran keseluruhan terhadap
kurikulum yang telah disediakan. Ia adalah penting bukan sahaja sebagai panduan tugas, bahkan
sebagai perancangan penggunaan peralatan dan kemudahan yang wujud di sekolah . Dengan
perancangan yang rapi, maka masalah kekurangan alat dan kemudahan boleh diselesaikan
dengan mencari jalan alternatif. Rancangan tahunan juag menolong memastikan pendidikan
jasmani diajar sebagai satu proses yang berterusan. Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yang
sama boleh disusun supaya megikut prinsip ansur maju.

FORMAT PERSEDIAAN MENGAJAR PENDIDIKAN JASMANI


Tarikh : ……………………………..
Waktu : ………………………..
Kelas : …………………………..
Bil Murid : …………………………
Umur : …………………………….
Matapelajaran : …………………………….
Kemahiran : ……………………..
BSPP : ………………………..
Pengalaman sedia ada : ………………………..
Objektif : Di akhir pelajaran ini, murid-murid dapat ……………………………..
Penerapan nilai : ………………………………

BAHAGIAN GERAK KERJA BUTIRAN PENGELOLAAN BSPP


(WAKTU) MENGAJAR KELAS CATATAN

Memanaskan Pilih 2 atau 3 Perkara- Pentingkan Nyatakan


badan aktiviti ringkas perkara gambarrajah. jenis dan
(3 minit) penting yang Bagaimana bilangan
disebut oleh melaksanakan Buat catatan
Gerak kerja Senaraikan aktiviti guru, jelas, aktiviti ? untuk
kumpulan ikut turuta unsur tepat dan mengigati
maju padat guru segala
(8 minit)
perkera
Pemainan Namakan seperti
keci permainan langkah
(7 minit) keselamatan/
kaedah/nilai
Penutup Aktiviti pulihan/
(2 minit) perbincangan

You might also like