You are on page 1of 8

5.

0 ISU DAN CABARAN

Golongan wanita yang bekerja juga terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan

didalam pekerjaan yang mereka ceburi. Cabaran ini merangkumi aspek fizikal dan juga mental

yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Wanita juga terpaksa bersaing dengan kaum

lelaki untuk merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan dipasaran. Namun pada masa kini

pekerja wanita telah diberi keyakinan untuk menjawat jawatan yang tinggi didalam sesebuah

organisasi. Walaubagaimanapun terdapat pelbagai cabaran yang harus dilalui oleh kaum wanita

untuk mereka memperolehi jawatan tersebut. Antara cabaran yang perlu dilalui oleh kaum wanita

didalam pekerjaan ialah masalah yang berkaitan dengan gangguan seksual ditempat kerja,

diskriminasi dan juga konflik dwikerjaya.

5.1 Gangguan Seksual di Tempat Kerja

Gangguan seksual boleh didefinisikan sebagai salah satu bentuk diskriminasi yang melibatkan

penghinaan, penganiayaan dan kelakuan yang mengancam pihak yang terlibat oleh seseorang

atau sekumpulan kerana hendak memenuhi keinginan seksual mereka. Gangguan seksual bukan

sahaja disifatkan sebagai perbuatan meraba, menyentuh, menunjukkan isyarat lucah dan buku

lucah atau mengeluarkan kata-kata lucah. Namun gangguan seksual sebenarnya lebih daripa itu.

Ab. Aziz Yusof (2007) mengatakan bahawa:

Menurut perspektif islam gangguan seksual berlaku


dalam pelbagai bentuk seperti berpakaian mengikut
bentuk badan, tutur kata atau isyarat lucah yang
digambarkan melalui tangan atau jari dan perbuatan yang
menghairahkan. Selain itu, gangguan seksual juga bukan
sahaja perlakuan lelaki kepada wanita tetapi juga wanita
kepada lelaki. (ms.308)
Jelas menunjukan bahawa golongan wanita lebih terdedah kepada gangguan

seksual berbanding dengan lelaki. Gangguan seksual merupakan pencabulan hak asasi dan

dianggap perbuatan yang tidak beretika yang boleh menimbulkan kesan negatif terhadap mangsa

iaitu golongan wanita.

5.1.1 Faktor pekerja wanita terdedah kepada gangguan seksual

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang ke arah berlakunya gangguan seksual ini terus

berlaku. Antara faktor tersebut ialah budaya organisasi, persekitaran kerja, status, kuasa dan

pengaruh dan kurang pengetahuan dan perasaan takut.

Faktor budaya organisasi boleh menjadi penyumbang kepada berlakunya gangguan

seksual kepada kaum wanita ditempat kerja. Hal ini boleh berlaku disebabkan budaya organisasi

yang terlalu longgar dalam hal ehwal pergaulan antara pekerja lelaki dengan wanita. Secara tidak

langsung perkara sebegini mendorong pekerja lelaki untuk melakukan gangguan seksual

terhadap pekerja wanita sama ada secara langsung atau tidak langsung. Selain itu, tahap

perlindungan yang diberikan kepada pekerja wanita pula adalah berada pada tahap yang lemah.

Sekiranya berlaku gangguan seksual terhadap pekerja wanita, pihak atasan organisasi hanya

memandang ringan terhadap masalah yang berlaku dan tidak mengambil tindakan yang

sepatutnya.

Faktor kedua ialah persekitaran kerja. Gangguan seksual berlaku kerana komposisi lelaki

dan wanita yang tidak seimbang dan merangsang kepada gangguan seksual ditempat kerja ini

berlaku. Jumlah pekerja lelaki yang lebih ramai berbanding dengan pekerja wanita menyebabkan

pekerja wanita lebih cenderung untuk mengalami gangguan seksual. Hal ini berlaku disebabkan,
pekerja lelaki lebih berani untuk melakukan gangguan seksual apabila mereka mempunyai

kumpulan lebih ramai dalam organisasi.

Faktor ketiga ialah status pekerja wanita tersebut. Status pekerja wanita juga menjadi

salah satu faktor yang mendorong berlakunya gangguan seksual. Status pekerja wanita yang

belum berkahwin pada kebisaanya menjadi pilihan kepada pekerja lelaki unuk melakukan

gangguan seksual ini. Hal ini disebabkan mereka merasakan wanita yang belum mendirikan

rumah tangga lebih mudah didekati dan dilayan bebanding dengan mereka yang sudah

berumahtangga. Selain itu juga pekerja wanita yang berstatuskan janda juga turut menjadi

pilihan pekerja lelaki untuk melakukan gangguan seksual.

Faktor keempat ialah kuasa dan pengaruh. Gangguan seksual ini berlaku adalah

disebabkan percubaan seseorang untuk menunjukkan kuasa dan pengaruh mereka ditempat kerja.

Gangguan seksual ini biasanya dilakukan oleh pegawai atasan yang mempunyai kuasa dan

pengaruh dalam organisasi. Pekerja lelaki yang dilantik sebagai ketua atau pengurus, kadang kala

menyalah gunakan kuasa dengan mengambil kesempatan terhadap kakitangan wanita dengan

mengugut untuk mengambil tindakan memberhentikan kerja, menyekat kenaikan pangka atau

memberi penilaian buruk jika enggan mematuhi dan mengikut kehendak mereka.

Faktor terakhir ialah kurang pengetahuan dan perasaan takut. Kebnayakan wanita yang

menjadi mangsa gangguan seksual ini adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah dan

kurang berpengetahuan mengenainya. Mereka takut untuk membuat aduan kerana bimbang akan

dibuang kerja sekiranya berbuat demikian. Disebabkan kurang pengetahuan, takut dan malu

mereka membiarkan sahaja perkara tersebut berterusan.


5.1.2 Kesan-kesan gangguan seksual kepada pekerja wanita

Gangguan seksual yang berlaku ini bukan sahaja boleh mendatangkan kesan negatif kepada

pekerja tetapi turut memberi kesan kepada organisasi jika tiada langkah pembetulan diambil.

Kesan kepada pekerja adalah seperti masalah psikologi dan psikiatrik. Mangsa akan mengalami

perasaan rendah diri, menyimpan perasaan marah dan dendam serta mudah diperolok-olokan

oleh orang lain. Kemurungan yang berpanjangan boleh menyebabkan mangsa mengalami

tekanan perasaan. Hal ini menyebabkan pekerja wanita yang menjadi mangsa ini tidak dapat

memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.

Secara tidak langsung kemerosotan prestasi kerja boleh berlaku. Mangsa akan berasa hilang

semangat dan motivasi untuk menjalankan tugas mereka. Selain itu juga, kadar ketidakhadiran ke

pejabat adalah tinggi disebabkan mereka mangsa merasa takut hendak berhadapan dengan pelaku

gangguan.

Gangguan seksual ini turut memberi kesan kepada organisasi. Organisasi tidak dapat

mencapai matlamatnya disebabkan kadar ponteng yang tinggi dan pekerja tidak dapat memberi

tumpuan yang sepenuhnya terhadap tugas mereka. Hal ini secar tidak langsung menybabkan

produktiviti organisasi tersebut menjadi lemah. Selain itu, jika mangsa membuat laporan

mengenai gangguan yang berlaku ini dan difailkan dimahkamah, pihak organisasi akan

menanggung kos yang besar untuk membayar kos perbicaraan dan kos pampas an. Hal ini telah

menyebabkan kerugian yang besar kepada pihak organisasi.


5.2 Konflik Dwikerjaya

Wanita dan dwikerjaya sudah dianggap lumrah pada masa kini. Penglibatan wanita didalam

dunia pekerjaan bukan merupakan satu faktor untuk mereka lari daripada tanggungjawab

terhadap kelaurga. Walaupun golongan wanita ini memegang jawatan yang tinggi didalam

sesebuah organisasi, namun mereka masih lagi perlu melakukan tugas mereka sebagai isteri

kepada suami dan ibu kepada anak-anaknya. Hal ini menunjukkan wanita memegang dwikerjaya

iaitu sebagai pekerja dan suri rumahtangga.

Bagi wanita yang belum bekerja, mereka tidak mempunyai banyak masalah dalam

memenuhi keperluan kerjaya yang dipilih memandagkan mereka tidak mempunyai

tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Bagaimanapun, bagi wanita yang sudah berkahwin, timbul

masalah untuk mereka menyesuaikan kerjaya diluar dan tanggungjawab dalam rumah tangga

sekiranya mereka mahu berjaya dalam kedua-dua bidang.

Tanggungjawab wanita terhadap keluarga masih lagi merupakan keutamaan, sedangkan

bagi kaum lelaki tanggungjawab terhadap kerjaya mengatasi tanggungjawab yang lain. Mereka

yang terlibat dengan pekerjaan profesional perlu mencurahkan sebahagian masa besar masa dan

tenaga yang diluangkan untuk keluarga dan rumah tangga terpaksa dikurangkan. Bagi kaum

wanita, mengabaikan suami dan keluarga merupakan satu kesalahan. Berbanding dengan kaum

lelaki, masa yang digunakan bagi aktiviti luar rumah boleh dilakukan tanpa perlu memikirkan

tanggungjawab dirumah. Suami akan merasa bebas meninggalkan rumah dan keluarga, sekiranya

mengetahui ada orang yang akan menguruskan anak dan rumah. Adalah jelas bahawa seorang

suami yang memberi masa yang banyak kepada kerjayanya tidak dianggap salah, tetapi tidak

bagi kaum wanita.


Oleh kerana wanita yang berkerja terpaksa menghadapi dua peranan yang berasingan,

mereka akan selalu menghadapi tekanan untuk melaksanakan kedua-dua tanggungjawab dengan

sempurna. Selalunya diandaikan wanita profesional akan mengurangkan komitmennya dirumah

dan begitu juga sebaliknya. Walaupun dengan adanya pembantu rumah yang dapat meringankan

kerja rumah yang perlu dilakukan oleh wanita, namun para isteri perlu mentadbir dan

tanggungjawab ini menjadi semakin besar dengan bertambahnya bilangan anak. Dwikerjaya juga

memungkinkan berlakunya konflik peranan yang boleh menjadi tembok kepada kemajuan wanita

dalam kerjaya mereka.

5.3 Diskriminasi Di Tempat Kerja

Masalah diskriminasi yang berlaku di organisasi bukan sesuatu perkara yang asing lagi. Masalh

diskriminasi dikalangan gender yang biasa berlaku adalah agihan pendapatan yang tidak

seimbang, pembahagian jawatan tertentu dan juga polisi sesebuah organisasi.

Terdapat perbezaan yang ketara dalam aspek agihan pendapatan dikalangan pekerja lelaki

dan juga pekerja wanita. Walaupun kerajaan telah mengambil langkah memberikan bayaran gaji

yang sama mengikut jawatan, namun perkara ini tidak berlaku didalam organisasi swasta.

Kebiasaanya pekerja lelaki akan diberikan wang gaji yang lebih berbanding pekerja wanita.

Pekara sebegini sering wujud didalam sektor perkilangan. Sebab yang sering digunakan oleh

pihak organisasi adalah pekerja lelaki membuat keja-kerja berat berbanding dengan pekerja

wanita. Namun mereka ini adalah dari jawatan yang sama iaitu operator pengeluaran yang

melakukan kerja yang sama. Hal ini menunujukkan wujudnya diskriminasi terhadap pekerja

wanita.
Selain itu juga, diskriminasi juga wujud dalam pembahagian jawatan tertentu. Walaupun

terdapat kemajuan dari segi bilangan iaitu lebih ramai wanita menjawat jawatan profesional dan

pengurusan, tetapi masih wujud juga had sekatan yang tidak dapat ditembusi oleh wanita.

Golongan wanita yang dianggap lemah dan emosi dijadikan sebab mereka tidak dibenarkan

memegang jawatan yang penting didalam sesebuah organisasi. Malah pekerja wanita yang

mempunya kemahiran kepimpinan dan berpengetahuan tinggi mengenai pengurusan sering

diketepikan dan pihak organisasi lebih gemar memilih pekerja lelaki yang kurang berkemahiran.

Pekara sebegini tidak seharusnya berlaku, kerana gender bukan sesuatu isu yang besar untuk

dipersoalkan kebolehan pekerja wanita untuk memegang jawatan yang tinggi.

Polisi sesebuah organisasi juga turut menimbulkan diskriminasi dikalangan pekerja

wanita. Sesetengan organisasi mengutamakan kecantikan fizikal seseorang pekerja wanita untuk

terus bekerja di organisasi tersebut. Sebagai contoh industri penerbangan negara ini masih

mengamalkan diskriminasi terhadap wanita kerana melatakkan terma kecantikan paras rupa

dalam pengambilan krew kabin wanita. Selain penampilan fizikal, diskriminasi gender berlaku

melalui polisi terhadap wanita berkahwin, hamil, berat badan, umur pesaraan, kenaikan pangkat

dan keperluan perubatan.

Berdasarkan laporan Berita Minggu, satu kes diskriminasi gender telah dilaporkan

mengenai diskriminasi gender yang berlaku di Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang mana

telah menetapkan supaya pramugari hanya dibenarkan mempunyai dua anak serta hak umur

pesaraan pada usia 45 tahun. Beatrice Fernandez merupakan pramugari MAS yang dipecat

kerana hamil dan enggan melatakkan jawatan bersesuaian dengan Persetujuan Bersama (CA)

antara syarikat dan kakitangan yang mensyaratkan pramugari hamil meletakkan jawatan atau

membolehkan majikan memecatnya jika enggan berbuat demikian. (Berita Minggu, 13 Mac
2005). Hal ini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 8(2) yang

menyatakan bahawa:

Kecuali sebagaimana dibenarkan secara nyatanya oleh


Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap
warganegara semata-mata oleh sebab ugama, kaum, ketururnan atau
tempat lahir, atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau
perlantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan dibawah satu pihak
berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang
berkenaan dengan memperolehi, memegang atau melepaskan harta
atau berkenaan dengan menubuh atau menjalankan apa-apa tred,
perniagaan, profesyen, vokesyen atau pekerjaan. (Perlembagan
Persekutuan, m.s 8)
Jelas menunjukan disini bahawa terdapat diskriminasi terhadap pekerja wanita walaupun

pekara ini bertentangan dengan hak asasi manusia. Hal sebegini tidak boleh dipandang ringan

oleh organisasi mahupun pihak kerajaan bagi mengelakkan pekara yang lebih teruk akan berlaku.

Selain itu langakah mengatasi perlulah diambil bagi membela pekerja wanita daripada terus

tertindas.

You might also like