You are on page 1of 16

Senarai Kandungan

Tajuk
Penghargaan ............................... 1

Pendahuluan ................................ 2

Objektif Kajian ............................ 3

Kawasan Kajian ............................. 4

Kaedah Kajian .............................. 8

Hasil Kajian ............................... 9

Rumusan .................................... 15

Lampiran ................................... 16

Rujukan .................................... 21

Penghargaan
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada guru Geografi saya, Puan Suriani kerana telah meluangkan
masa memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya bagi menyiapkan
projek Kajian Geografi Tempatan ini. Saya juga mengucapkan terima kasih
kepada pengetua sekolah, iaitu Puan Basinah Hj Taib yang telah
memberikan kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian ini selepas
wakt persekolahan.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada


kedua ibu bapa saya yang memberi sokongan dan dorongan untuk saya
menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang
sering menukar pendapat serta bekerjasama melakukan projek ini.

Saya juga ingin mengucapkan penghargaan kepada beberapa orang


responden yang meluangkan masa dan bekerjasama menjawab soalan-
soalan yang saya tujukan.

Pendahuluan
Bahagian Kajian Geografi Tempatan bertujuan memberi peluang
kepada pelajar menjalankan kerja amali untuk menghubungkaitkan
tema-tema geografi yang telah dipelajari dalam Sukatan Pelajaran
Tingkatan 2. Kawasan persekitaran pelajar digunakan sebagai asa
pengajaran dan pembelajaran untuk memahami beberapa aspek dan
konsep yang telah dipelajari dalam tema penduduk, petempatan dan
pengangkutan.

Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran untuk mata pelajaran


Geografi, murid-murid Tingkatan 2 diberikan peluang menjalankan kerja
amali di lapangan. Hal ini dilaksanakan melalui tema Kajian Geografi
Tempatan iaitu Perkembangan Petempatan dan Kepentingannya Terhadap
Pembangunan di Saujana Impian. Masa yang diberikan untuk menyiapkan
kajian ini ialah lapan minggu. Selepas mengumpul semmua maklumat
yang diperlukan, saya menulis laporan yang lengkap tentang kajian ini.

Objektif Kajian
Berikut adalah objektif-objektif yang ditentukan dalam melaksanakan kerja
khursus ini.

● Menamakan dan menghuraikan jenis dan pola yang terdapat di


Saujana Impian.
● Menghuraikan fungsi petempatan di Saujana Impian.
● Menyenarai dan menghurai masalah petempatan di Saujana Impian.
● Mengenal Pasti perkembangan ekonomi yang terdapat di Saujana
Impian.
● Bertujuan menerapkannilai dan unsur patriotisme terhadap kawasan
kajian.

Kawasan Kajian
Saya telah memilih Saujana Impian sebagai kawasan kajian saya.
Kawasan ini terletak berhampiran dengan kawasan perumahan saya. Ini
akan memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.

Saujana Impian terletak di Kajang, dalam daerah Hulu Langat.


Kawasan ini adalah lebih kurang 3km dari Bandar Kajang. Saujana Impian
mempunyai beberapa buah taman perumahan iaitu Impian Jaya, Impian
Setia, Impian Kasih, Impian Murni, Impian Indah, Impian Gemilang dan
Persiaran Impian Gemilang. Bilangan penduduk di kawasan ini adalah
lebih kurang 5,000 orang sahaja. Lihat peta 1 yang menunjukkan peta
kawasan Saujana Impian.

Peta lakar 1 menunjukkan kedudukan sekolah saya yang terletak


dalam kawasan perumahan Impian Kasih. Melalui pemerhatian, saya
mendapati bahawa permukaan bumi kawasan ini hampir rata.
Kawasan ini mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya sebagai tempat
kediaman, sosial dan ekonomi. Jenis ekonomi yang dijalankan di kawasan
kajian saya ialah perniagaan dan perkhidmatan. Terdapat pelbagai jenis
perniagaan yang dijalankan. Contohnya perniagaan makanan, barangan
runcit, hiasan, perabot dan lain-lain lagi. Jenis perkhidmatan yang
disediakan adalah seperti salun rambut, membuat cermin mata,
pendidikan dan komputer. Perniagaan dan perkhidmatan inilah yang
membangunkan Saujana Impian.
Kaedah Kajian
berikut adalah kaedah yang digunakan untuk melaksanakan kerja khusus
ini.

(a) Pemerhatian.
● Pemerhatian dibuat terhadap bentuk muka bumi kawasan kajian,
fungsi petempatan dan jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan.

(b) Temu bual.


● Saya telah menyediakan borang soal selidik bagi temu bual yang
telah saya jalankan.

( c) Rujukan.
● Kaedah rujukan dilakukan untuk mendapat maklumat mengenai
kawasan yang dikaji. Buku-buku rujukan dan buku teks merupakan
bahan rujukan yang utama.

Hasil Kajian
Saujana Impian adalah suatu kawasan perumahan yang didiami oleh
penduduk yang berbilang bangsa. Di sini terdapat banyak rumah, kedai,
pejabat dan kemudahan asas yang lain. Bagi kawasan yang sedang pesat
membangun ini, banyak rumah yang sedang didirikan.

Jenis kegiatan yang dijalankan ialah perniagaan dan perkhidmatan.


Di saujana Impian terdapat pelbagai perniagaan yang dijalankan. Daripada
pemerhatian, kami mendapat bahawa pelbagai jenis perniagaan dan
perkhidmatan dapat diperoleh di beberapa bahagian kedai. Di luar
kawasan kajian juga terdapat banyak kedai-kedai yang lain.

1 2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 28 30 31 32
33 34 35 36 37 38 39 40
41 42 43 44 45 46 47 48

Petunjuk.
KEDAI

1. kfc
2. king's confactionary
3. pizza hut
4. emas sadur lia
5. east ocean d-imaging
6. chicken rice shop
7. cosway
8. baat
9. silk
10. rising
11. uncle john's kopitiam
12. game station
13. news
14. inang costume
15. pappa roti
16. orkid
17. professor
18. D'khair collection
19. tesco food court
20. garden cafe
21. ratu dewi
22. bintang fashion
23. Klinik Kita
24. pos malaysia
25. england optical group
26. guiseppi mazzini traders snd bhd
27. gintell
28. s & jewellery
29. hinode shop
30. time galerie
31. poh kong
32. nagoya tekstil
33. 7 eleven
34. Ain Furnishing
35. Hidangan Ummi
36. Pet shop
37. Transilee
38.
39.
40.
Foto 1

Foto 1 menunjukkan salah satu pasar raya yang terdapat di Saujana


Impian . Saya telah membahagikan jenis perniagaan dan perkhidmatan
yang dijalankan kepada tiga kategori, iaitu kedai menjual makanan, kedai
menjual pelbagai barangan dan kedai menyediakan pelbagai barangan.

Saya telah mengumpulkan maklumat tentang jenis perniagaan dan


perkhidmatan kedai-kedai di saujana Impian. Susunannya dalam bentuk
jadual dan graf. Lihat jadual 1 dan Graf 1.

Makanan Perkhidmatan Pelbagai barangan


KFC East oceon d-imaging Emas sadur Lia
King's Confactionary guiseppi mazzini traders Cosway
snd bhd
Pizza Hut Klinik Kita Silk
Chicken Rice shop Pos Malaysia Rising
Uncle John's Kopitiam England Optical group Game station
Pappa Roti Kedai Dobi Inang Costume
Tesco food court Pusat Tusyen Sinar News
Garden Cafe Orkid
Hidangan Ummi Professor
D'Khair collection
Ratu Dewi
Hinode shop
Time Gallery
Bintang Fashion
Gintell
S and Jewellary
Poh Kong
Nagoya Tekstil
7 Eleven
Ain Furnishing

Saya telah mengumpulkan maklumat tentang jenis perniagaan dan


perkhidmatan kedai-kedai di saujana Impian. Susunannya dalam bentuk
jadual dan graf. Lihat graf
Rumusan
Petempatan di Saujana Impian yang berfungsi sebagai kawasan
kediaman yang selesa dan selamat dan perkhidmatan serta perniagaan
yang pesat membangun. Terdapat pelbagai jenis perniagaan dan
perkhidmatan di sini. Kemudahan sosial yang terdapat di sini adalah baik
dan lengkap. Kawasan ini telah menjadi suatu kawasan perumahan dan
perniagaan yang maju dan lengkap
1. Jenis bentuk muka bumi di kawasan kajian:

2. Jenis fungsi yang terdapat di kawasan kajian:

3. Jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan kajian:

4. Nama kedai dan jenis perniagaan atau perkhidmatan yang


disediakan.
Borang Soal Selidik

1. Nama:
2. Umur:
3. Jantina:
4. Bangsa:
5. Jenis pekerjaan:
6. Kedai yang di kinjungi:
7. Sebab membeli barang/menggunakan perkhidmatan di kedai-kedai
di Saujana Impian.

(tandakan pada yang berkenaan)

Komen Tandakan (/)


Makanan sedap
Tempat selesa
Dekat dengan rumah
Kedai pelbagai di satu tempat

You might also like