P. 1
halangan komunikasi berkesan

halangan komunikasi berkesan

4.0

|Views: 20,523|Likes:
Published by senseysue

More info:

Published by: senseysue on Aug 28, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/11/2013

pdf

text

original

HALANGAN DALAM KOMUNIKASI BERKESAN DAN KAEDAH MENGATASINYA.

Sejak dilahirkan manusia mempelajari cara-cara untuk berkomunikasi dengan persekitarannya. Pelbagai cara digunakan bagi memastikan proses komunikasi dapat dilakukan. Komunikasi adalah proses dimana manusia menghantar dan menerima mesej, proses dimana manusia berkongsi atau bertukar-tukar idea, maklumat dan perasaan, proses interaksi antara manusia , dimana orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat, gerak, isyarat atau simbol, dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau mental mereka. Menurut Howard H. Dean, komunikasi adalah pelbagai cara untuk menyampaikan fikiran dan perasaan kepada khalayak ramai dan juga penerimaan fikiran dan perasaan dari orang lain.Satu proses untuk menyampaikan dan menerima idea-idea dan perasaan dengan tujuan untuk menukar perilaku orang ramai (Everett M. Rogers). Komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat atau pendapat atau idea dengan tulisan, percakapan atau imej visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur tersebut supaya bahan yang dikomunikasikan difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibat(Sillars ). Komunikasi adalah kata-kata yang mempunyai kuasa ‘magic’ atau sakti. Ia boleh membawa kegembiraan yang agung atau keputusan yang mendalam. Ia berupaya menimbulkan emosi yang mendalam dan menggerakkan tindakan manusia. (Sigmund Freud). Terdapat tiga elemen komunikasi iaitu penghantar, penerima dan saluran atau medium. Komunikasi berkesan apabila mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas oleh penerima, makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima, perubahan yang berlaku (sekiranya dikehendaki) akibat mesej adalah seperti perubahan yang dikehendaki pengguna dan mesej yang disampaikan mempunyai unsur kos-efektif. Selain itu, komunikasi dikatakan berkesan apabila dapat menimbulkan minat orang yang mendengar.

Beberapa kemahiran dalam komunikasi adalah seperti kemahiran menimbulkan minat orang, melibatkan pendengar, menghiburkan, mengenalpasti keistimewaan orang lain, membawa topik perbualan yang anda mahir. Manakala kemahiran bagi seorang pendengar pula adalah kemahiran memberi perhatian, mendengar dengan aktif, tumpu sepenuh perhatian dengan pertembungan mata, duduk ke hadapan sedikit menghadap orang yang bercakap, memberi maklumbalas lisan/bukan lisan yang positif dan bertanya soalan untuk penjelasan. Selain itu pendengar perlu memberi peluang orang lain bercakap, pertembungan mata yang wajar, sentiasa sabar, tidak menyampuk, berfikiran terbuka dan mengenalpasti maklumat bukan lisan seperti mimik muka, air muka, pertembungan mata, gambaran perasaan dari suara dan nada suara, gaya duduk atau berdiri Halangan Komunikasi Berkesan Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang menyebabkan komunikasi tersebut kurang berkesan. Antaranya adalah pemahaman yang berbeza, maklumat yang tidak mencukupi, semantik - perkataan yang berlapis/ berbagai makna (selalunya kiasan), punca yang diragukan (gosip), keadaan sekeliling yang tidak sesuai seperti bising dan sebagainya, leka memikirkan sesuatu, sekatan emosi (tidak mampu meluahkan apa yang difikirkan), kejadian yang baru berlaku (trauma), kurang minat dan prasangka. Kesemua halangan ini boleh dikelaskan kepada 5 katogori iaitu halangan fizikal, halangan bahasa, halangan sikap penghantar, halangan sikap penerima dan halangan alam sekitar. Halangan fizikal Halangan fizikal merupakan satu jenis halangan yang melibatkan kedua-dua belah pihak. Keadaan fizikal yang membezakan penyampai dan penerima dari sudut pendidikan, latar belakang, pemahaman, tahap intelektual dan sebagainya merupakan halangan yang sangat ketara dalam komikasi. Ada orang yang biasa menggunakan cara komunikasi yang agak kasar dan ada juga yang lemah lembut. Justeru ianya menjadi halangan fizikal yang ketara apabila kedua-dua golongan ini berkomunikasi. Ada juga individu yang kurang kemahiran komunikasi sejak kecil.

Halangan Bahasa Perbezaan asal usul dan keturunan menyebabkan bahasa menjadi salah satu halangan komunikasi berkesan. Penggunaan dialek yang kurang jelas, laras bahasa yang berbeza, panjang ayat yang digunakan, kefasihan sebutan, kelancaran perkataan yang digunakan dan nada suara. Kadang kala penggunaan bahasa yang tidak jelas seperti menggunakan perkataan yang susah disebut dan difahami juga menjadi penyebab maklumat yang ingin disampaikan tidak tepat. Sesuatu perkataan mungkin membawa erti yang berbeza antara individu dengan individu yang lain Halangan Sikap Penghantar Sikap penghantar yang sering memerintah, mengarah, mengancam, memberi amaran dan menghakimi menyebabkan kesan kepada penerima dimana mereka akan menjadi pasif, tidak kreatif, takut dan terkongkong. Ini juga menjadi halangan yang besar kerana komunikasi akan didorong dengan emosi dan pemikiran yang negative. Penampilan orang yang ingin menyampaikan sesuatu juga dilihat sangat penting dalam memberi keyakinan penerima untuk mendengar apa yang ingin disampaikan. Sikap penghantar yang kerap menasihat atau menyiasat dan bertanya secara terperinci akan menjadikan penerima merasa tidak selesa dan seolah-olah telah melakukan kesalahan yang besar. Ini juga akan menjadi penghalang kepada komunikasi. Halangan Sikap Penerima Sikap prejudis, konflik antara penerima dan pengirim, persepsi terhadap mesej yang hendak disampaikan. Ada penerima yang telah mengetahui maklumat yang ingin disampaikan oleh penghantar akan menganggap komunikasi itu membosankan dan mula memberi perhatian terhadap perkara lain. Sesetengah penerima tidak dapat menerima maklumat baru kerana menganggapnya tidak perlu. Manusia mendengar dan melihat apa yang mereka mahu dengar dan lihat sahaja. Pekerja yang sering ditegur tentang kerja, sesuatu hari mendapat pujian tentang kerja akan sukar mempercayai apa yang didengar dan menganggap ada mesej yang tersirat. Sekiranya kenyataan atau maklumat yang diterima bercanggah dengan apa yang disangka lebih awal akan menghalang individu

untuk terus mendengar dan menerima mesej Halangan Alam Sekitar Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap atau kotor turut mempengaruhi keberkesan satu proses komunikasi. Dalam situasi ini manusia akan mudah rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada apa juga yang ingin disampaikan. Komunikasi tidak akan dapat mencapai matlamatnya dalam keadaan persekitaran yang tegang. Alam sekitar yang tidak selamat juga mengundang kepada gangguan yang jelas dalam komunikasi misalnya sewaktu rebut petit dan banjir. Proses kominikasi sering terjejas kerana medium yang menghantar maklumat terputus atau terjejas akibat bencana alam. Halangan alam sekitar berkait rapat dengan masalah persekitaran yang menyebabkan proses komunikasi tidak efektif. Mengatasi halangan komunikasi
• • • • • • • • • • • • • • • •

Faham Jadi pendengar yang baik Teliti maklumat Galakkan orang lain memberi pendapat Hargai pendapat dan maklumat orang lain Bersemuka Bahasa yang sesuai Beri maklumbalas Cari masa yang sesuai Gunakan ‘subconscious mind’ anda Berhenti bercakap semasa penyampai maklumat sedang bercakap Beri tumpuan kepada penyampai Tunjukkan anda minat mendengar Bersabar Kawal perasaan Bertanya dengan jelas dan tepat

Setiap perkataan yang diucapkan hendaklah selari/sejajar dengan pergerakan anggota badan, memek muka dan gerak mata. Jujur kepada diri sendiri - Jika tidak faham,terus terang dengan pelanggan Sentiasa kemas Wujud suasana mesra Kawal perilaku, kesopanan dan kehalusan budi pekerti Gunakan perkataan tepat , ringkas dan tekanan suara yang lembut dan jelas Mengawal mimik muka dan pergerakan diri Bersedia untuk berkhidmat dan beri kerjasama Cuba fahami masalah orang lain Elak perkataan yang boleh menyinggung perasaan Sentiasa insaf dan berfikiran terbuka Amal “seni” percakapan (The art of Talking) - “Volume” - Tekanan Suara - Alunan Suara - Kecepatan orang

• • • • • • • • • •

Kesimpulan Proses komunikasi merupakan satu proses pertukaran maklumat antara dua atau lebih manusia. Halangan yang menjejaskan proses komunikasi ini dapat dikurangkan sekiranya penyampai dan penerima maklumat memahami peranan dan tugas masing-masing dalam mendapatkan proses komunikasi yang efektif. Dengan memastikan prinsip-prinsip komunikasi iaitu jelas, ringkas, tepat, lengkap dan sopan dipatuhi, akan membolehkan komunikasi mencapai matlamat yang diinginkan. Justeru segala halangan dan kelemahan dalam mencapai komunikasi efektif perlu diberi perhatian dan diperbaiki bagi meningkatkan kepentingan komunikasi dalam kehidupan seharian.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->