You are on page 1of 19

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

Panduan Pengguna e-Permohonan AKS

PANDUAN PENGGUNA PERMOHONAN ONLINE ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN (E-PERMOHONAN AKS)


Permohonan Calon Sedang Berkhidmat/Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) Peperiksaan Khas

Muka 1/ 19

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

Panduan Pengguna e-Permohonan AKS A. PENGENALAN - MODUL e-PERMOHONAN KUMPULAN SOKONGAN (AKS) ANGGOTA

Sistem e-Permohonan AKS ini membolehkan setiap pemohon bagi jawatan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) memohon secara online. Borang e-Permohonan ini boleh dicapai dengan mengakses laman web utama Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) www.spp.gov.my. Panduan Capaian E-Permohonan AKS Langkah 1 : Dari muka depan laman web SPP, klik Masuk Ke Laman UTAMA. Rujuk Rajah 1.

Rajah 1

Muka 2/ 19

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

Panduan Pengguna e-Permohonan AKS Langkah 2 : Di laman utama, klik Klik Tab PERMOHONAN dan Klik Ikon Anggota Kumpulan Sokongan (AKS). Di bawah tajuk DAFTAR PERMOHONAN BARU. Rujuk Rajah 2.

Rajah 2

Muka 3/ 19

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

Panduan Pengguna e-Permohonan AKS Langkah 3 : Skrin AKS e-permohonan akan dipaparkan. Sebagai pengguna baru anda perlu mendaftar dahulu. Jika pernah berdaftar, anda boleh meneruskan permohonan dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan. Sila baca Panduan Permohonan Online AKS dan iklan yang disiarkan di laman web SPP sebelum anda membuat permohonan bagi mengelakkan sebarang kesilapan. Rujuk Rajah 3.

Rajah 3

Muka 4/ 19

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

Panduan Pengguna e-Permohonan AKS

1. DAFTAR PENGGUNA BARU


Borang e-Permohonan hanya boleh diakses oleh mereka yang berdaftar sahaja. Oleh itu pengguna baru hendaklah mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada butang .

Masukkan maklumat yang diperlukan dan medan yang bertanda * , merupakan maklumat yang MESTI diisi. Sila klik butang untuk mendaftarkan akaun pemohon.

Muka 5/ 19

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

Panduan Pengguna e-Permohonan AKS

2. MENGAKSES BORANG
E-PERMOHONAN Selesai mendaftar sebagai pengguna baru , skrin Login e-Permohonan akan dipaparkan.

Masukkan No Kad Pengenalan dan .

Kata Laluan yang telah didaftarkan dan klik butang

Nota : Selepas berjaya mendaftar sebagai pengguna baru , ruang No. Kad Pengenalan pada skrin Login e-Permohonan akan sedia ada mengikut no kad pengenalan yang telah didaftarkan. Bagi kemasukan kali kedua dan seterusnya , pemohon dikehendaki mengisi sendiri kedua-dua ruang No Kad Pengenalan dan Kata Laluan.
Seterusnya skrin berikut akan dipaparkan; Skrin Menu Utama e-Permohonan AKS

Muka 6/ 19

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

Panduan Pengguna e-Permohonan AKS

Sila Klik pada butang e-Permohonan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) untuk ke borang e-Permohonan AKS.
Pengguna e-Permohonan AKS akan melalui 6 proses kemasukkan data maklumat iaitu : (sila rujuk skrin langkah e-Permohonan di bawah) 1. Maklumat Jawatan Dipohon 2. Maklumat Peribadi 3. Maklumat Perkhidmatan 4. Maklumat Kelulusan (Akademik/Peperiksaan am atau khas) 5. Perakuan Pemohon dan 6. Pengesahan Penerimaan

Sila pilih Kategori Permohonan : Berkhidmat /Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) dan klik butang TERUSKAN.

Muka 7/ 19

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

Panduan Pengguna e-Permohonan AKS

B. PERMOHONAN

CALON BERKHIDMAT / KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN (KPSL) PENGENALAN Untuk masuk ke skrin kemasukan Permohonan KPSL sila ikuti langkah berikut:

Skrin Maklumat Permohonan KPSL akan dipaparkan. Maklumat ringkas yang dipaparkan adalah No Rujukan , Tarikh Permohonan dan Status Borang Permohonan. Bagi mengisi borang e-Permohonan KPSL , sila buat pilihan Kelayakan Permohonan sama ada Akademik atau Peperiksaan , seterusnya klik butang

Muka 8/ 19

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

Panduan Pengguna e-Permohonan AKS

C.

E-PERMOHONAN KPSL (PEPERIKSAAN) KEMASUKAN DATA

Sila ikut langkah berikut untuk mengisi borang e-Permohonan KPSL (Peperiksaan)

Pada skrin Maklumat Permohonan , sila pilih PEPERIKSAAN Kelayakan Permohonan. Seterusnya klik pada butang
Pilihan Jawatan .

pada medan

untuk ke skrin seterusnya,

Muka 9/ 19

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

Panduan Pengguna e-Permohonan AKS

1. MAKLUMAT PILIHAN JAWATAN


Sila ikuti langkah berikut untuk proses seterusnya ; Paparan skrin Pilihan Jawatan.

Sila buat pilihan Pilihan dan Nama Jawatan. Kedua-dua medan ini adalah mandatori. Seterusnya klik butang Simpan . Paparan senarai jawatan yang dipilih akan dipaparkan . Sila buat pilihan jawatan-jawatan yang lain. Pengguna dibenarkan memasukkan pilihan maksimun sebanyak 5 pilihan jawatan sahaja.

Klik pada ikon untuk mengemaskini pilihan jawatan , dan klik pada ikon menghapuskan pilihan jawatan yang berkaitan. Klik butang TERUSKAN untuk ke skrin berikutnya.

untuk

Muka 10/ 19

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

Panduan Pengguna e-Permohonan AKS

2. MAKLUMAT PERIBADI
Skrin Maklumat Peribadi.

Bagi medan yang berrtanda * merupakan medan mandatori (MESTI diisi). Sekiranya butang SIMPAN diklik tanpa mengisi medan mandatori , paparan mesej amaran seperti berikut akan dipaparkan.

Pada medan tarikh , klik pada ikon untuk memaparkan pop-up kalendar seperti di bawah. Data tarikh juga boleh dimasukkan tanpa perlu klik pada pop-up kalendar, tetapi perlu mengikut format yang telah ditetapkan iaitu dd/mm/yyyy contoh : 24/12/1973

Nota: Sekiranya pop-up ini TIDAK dipaparkan , sila OFF fungsi pop-up blocker pada browser Internet Explorer.

Muka 11/ 19

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

Panduan Pengguna e-Permohonan AKS

Maklumat 2.2 Alamat Surat-Memyurat dan Pusat Temuduga.

Berikut paparan skrin bagi pilihan Negeri selain Sabah/Sarawak. Paparan medan Bahagian tidak dipaparkan. Pilihan data pada medan Daerah bergantung kepada pilihan yang dibuat pada medan Negeri.

Berikut paparan skrin bagi pilihan Negeri KHAS untuk Sabah/Sarawak. Paparan medan
Bahagian akan dipaparkan. Pilihan data pada medan ini bergantung kepada pilihan yang dibuat pada medan Negeri. Bagi medan Daerah pula bergantung pada pilihan yg dibuat pada medan Bahagian.

Muka 12/ 19

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

Panduan Pengguna e-Permohonan AKS

Medan Pusat Temuduga bergantung kepada pilihan yang dibuat pada medan Negeri . Sila klik butang SIMPAN untuk menyimpan maklumat peribadi ini. Skrin paparan maklumat peribadi yang telah diisi akan dipaparkan.

Muka 13/ 19

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

Panduan Pengguna e-Permohonan AKS

Klik pada butang TERUSKAN untuk ke skrin maklumat Perkhidmatan.

Muka 14/ 19

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

Panduan Pengguna e-Permohonan AKS

3. MAKLUMAT PERKHIDMATAN Masukkan maklumat perkhidmatan sekiranya pemohon sedang berkhidmat.

Klik butang SIMPAN untuk menyimpan maklumat perkhidmatan. Paparan skrin berikut akan dipaparkan.

Klik butang TERUSKAN untuk ke skrin maklumat kelulusan.

Muka 15/ 19

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

Panduan Pengguna e-Permohonan AKS

4. MAKLUMAT KELULUSAN
Maklumat kelulusan bagi kelayakan KPSL (PEPERIKSAAN) berbeza dengan kelayakan KPSL (AKADEMIK).

Muka 16/ 19

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

Panduan Pengguna e-Permohonan AKS Tiada medan mandatori pada skrin maklumat kelulusan bagi kelayakan PEPERIKSAAN ini. Status bahagian maklumat kelulusan ini akan berubah dari Tiada Rekod kepada Rekod Lengkap jika salah satu maklumat pada bahagian 4.3 Peperiksaan Perkhidmatan atau 4.4 Peperiksaan Khas di isi. Klik butang bahagian. Klik butang untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan pada setiap

untuk ke skrin Pengesahan.

Muka 17/ 19

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

Panduan Pengguna e-Permohonan AKS

5. PERAKUAN

Pada peringkat ini , jika bahagian yang mempunyai medan mandatori adalah berstatus Rekod Tidak Lengkap, seterusnya pengguna klik butang SIMPAN, borang permohonan ini TIDAK akan disimpan, sebaliknya skrin sistem akan meminta pengguna mengisi medan mandatori terlebih dahulu. Sepertimana yang dipaparkan oleh skrin di bawah.

Sila penuhi maklumat mandatori dan klik pada link Pengesahan untuk kembali ke skrin Pengesahan . Skrin pengesahan akan dipaparkan sekiranya proses menyimpan borang permohonan berjaya.

Muka 18/ 19

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

Panduan Pengguna e-Permohonan AKS

6. PENGESAHAN

Klik pada butang

permohonan dan mencetaknya.

untuk melihat paparan borang e-

Tunggu sehingga paparan skrin pilihan pencetak dipaparkan untuk mencetak borang permohonan berkenaan.

Klik butang

untuk kembali ke menu utama AKS E-Permohonan.

Muka 19/ 19

You might also like