Professional Documents
Culture Documents
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Tajuk kertas ini pilihan saya sendiri sebagai menggantikan tajuk asal yang
diberi oleh Pengerusi Seminar Kecil Tulisan Jawi ini kepada saya, iaitu “Pelajaran
Jawi Masa Kini”. Saya tidak dapat membicarakan tajuk asal itu kerana
kesempitan skopnya dan pengetahuan saya mengenai juga terhad.
1.2 Saya fikir tajuk yang saya pilih ini sesuai dengan peserta seminar yang
sebahagian besarnya terdiri daripada bakal guru. Saya berpendapat mereka
sangat memerlukan gambaran umum tentang betapa berharganya tulisan Jawi.
Hal ini saya bicarakan di bawah tajuk kecil “Tulisan Jawi dalam Sejarah Bahasa
Melayu”. Isu ini merupakan pokok kertas kerja dan amat sesuai dengan tujuan
seminar ini.
1.3 Supaya kertas kerja ini menjadi lebih lengkap, saya bicarakan juga “Tulisan
Jawi dalam Kurikulum” dan “Sikap Kita Terhadap Tulisan Jawi”. Melalui tajuk-tajuk
keci ini saya berharap para peserta terdorong untuk membuat rumusan ke arah
mengagungkan semula tulisan Jawi.
1.4 Sungguhpun tajuk kertas ini pilihan saya sendiri, hal ini tidaklah bermakna
isi dan persembahannya sudah cukup sempurna. Saya mengakui kelemahan
saya dan berharap dapat mempelajari sesuatu daripada seminar ini. Kata orang,
pada masa ini tiada rotan akarlah berguna. Mudah-mudahan usaha kecil ini ada
juga faedahnya.
1
Ismail Hussein, 1981, Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita (Kuala Lumpur: Dewan
bahasa dan Pustaka), h. 5.
2
Ibid, h. 21.
3
Ibid, h. 20-21. Saya Cuma bersetuju setakat bahasa perantaraan sahaja.
4
Ibid, h. 27.
Jawi Jiwa BM 2
Syed Muhammad Naguib al-Attas yang mengatakan bahawa sebelum Islam tiba
di Kepulauan Melayu, tiada terdapat suatu bahasa umum yang dapat digelar
bahasa Melayu. Menurut beliau,
“Bahasa ‘Melayu kuno’ yang difikirkan orang itu sebenarnya tiada dapat
dirumuskan sebagai Melayu, kerana zaman itu nampaknya belum timbul
konsep bahasa Melayu. Prasasti-prasasti kala sebelum Islam tiada
memberi kesimpulan yang cukup dan jelas terhadap bentuk sifat bahasa
orang Melayu; hanya seolah-olah tulisan-tulisan yang terpahat padanya,
adalah bentuk sifat bahasa campuran bahasa Pali dan lain-lain yang
mungkin pula merupakan bahasa golongan tertentu yang tiada
membayangkan bahasa orang sehari-hari. … Nampaknya besar pula
kemungkinan bahawa pada zaman pra-Islam tiada terdapat satu tulisan
tunggal, satu abjad, yang menyatu padu serta dengan kukuhnya mengikat
bahasa meliputi golongan-golongan yang dapat diberi gelaran Melayu.”5
2.5 Daripada perbincangan tadi kita dapat membuat beberapa kesimpulan
tentang kedudukan bahasa Melayu serta tulisannya sebelum kemunculan tulisan
Jawi. Pertama, bahasa Melayu mula tumbuh pada abad ketujuh Masehi. Kedua,
abad ketujuh hingga abad kedua belas merupakan tahap perkembangannya
secara evolusi. Pada tahap ini bahasa Melayu berkemungkinan menjadi bahasa
perantaraan di Kepulauan Melayu tetapi belum dapat menyaingi bahasa Jawa
yang terbukti lebih maju.6 Pada tahap ini bahasa Melayu belum dapat
menyatukan pelbagai bahasa daerah yang terdapat di Kepulauan ini, iaitu belum
menjadi bahasa persatuan kerana belum dianggap standard. Pada tahap ini juga
bahasa Melayu mula, secara evolusi, menjadi bahasa ilmu pengetahuan tetapi
belum boleh dianggap sebagai bahasa ilmu pengetahuan yang sebenarnya.
Ketiga, bahasa Melayu menggunakan berbagai-bagai tulisan tetapi belum
mempunyai satu sistem tulisan yang praktis.7
2.6 Kemunculan tulisan Jawi membuka lembaran baharu dalam sejarah
bahasa Melayu. Sebuah batu bersurat dijumpai pada tahun 1899 Masehi di
Sungai Teresat, kira-kira, 32 kilometer dari muara Sungai Terengganu. Pada batu
itu terpahat huruf Arab-Melayu dianggap tulisan Jawi tertua di Asia Tenggara. Batu
bersurat itu bertarikh Jumaat, 4 Rejab 702 Hijrah bersamaan dengan 22 Februari
1303 Masehi.8 Inti batu bersurat itu ialah pengumuman sepuluh fasal “syarat
undang-undang”. Pengumuman itu dimulakan dengan perisytiharan supaya
semua raja dan orang besar yakin dan berpegang teguh pada agama Islam dan
ajaran Rasulullah SAW.
2.7 Batu itu disurat supaya pengumuman dan perisytiharan itu sampai kepada
kumpulan sasarnya. Hal ini bermakna, sebelum tahun 1303 Masehi, sekurang-
kurangnya di Terengganu, sudah ada orang yang mengetahui (boleh membaca)
tulisan Jawi. Jika tidak, masakan si penyurat memilih tulisan itu untuk
5
Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam dalam Sejarah Kebudayaan Melayu (Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1977), h. 42 – 43. Kenyataan ini saya fahami berkaitan
dengan bahasa Melayu sebagai bahasa umum. jadi, kenyataan ini tidak bercanggah dengan
maksud bahasa Melayu sebagai lingua franca.
6
Bahasa Jawa pada masa itu sudah tersebar luas. Seni sasteranya tinggi dan digunakan oleh
mereka yang bertamadun tinggi pula.
7
Ismail Hussein, op. cit., h. 32.
8
Lutfi Abas dan Omar Awang, “Kesan Pengaruh Islam dan Bahasa Arab ke Atas Bahasa Melayu”,
dalam Islam dan Kebudayaan Kebangsaan, ed. Hamdan Hassan (Kuala Lumpur: Utusan Melayu,
1979), h. 101.
Jawi Jiwa BM 3
menyampaikan mesejnya. Juga, apabila diteliti tulisan pada batu itu, terdapat 20
daripada 29 abjad Arab dan lima huruf ciptaan. 20 abjad Arab itu ialah:
Walaupun abjad Arab yang digunakan itu cuma 20, hal ini tidaklah bermakna si
penyurat tidak mengetahui huruf-huruf yang lain. Semasa menulis satu catatan
ringkas, tidak semestinya semua huruf terpakai. Oleh itu dapat kita katakan
bahawa pada tahun 1303 Masehi huruf tulisan Jawi sudah lengkap, iaitu 29 huruf
Arab dan lima huruf ciptaan.9 Apabila mengingat bahawa proses menyesuaikan
sesuatu tulisan untuk digunakan sebagai tulisan bahasa lain dan proses
penciptaan huruf baharu memakan masa yang panjang; apabila mengingat
bahawa tulisan Jawi itu tidak lengkap dengan serta-merta, dapat kita katakan
bahawa tulisan Jawi wujud pada akhir abad ketiga belas. Abjad tulisan Jawi itu
lengkap dan digunakan untuk menyampaikan maklumat pada awal abad keempat
belas.
2.8 Jelas pada kita bahawa huruf Arab menjadi asas tulisan Jawi. Tulisan ini
sebenarnya dapat dinamai tulisan Arab-Melayu tetapi orang Melayu lebih suka
menamakannya tulisan Jawi. Kata jawi berasal daripada istilah Arab al-Jawah.
Sumber-sumber Arab sebelum abad keempat belas Masehi menunjukkan bahawa
orang Arab menggelar semua bangsa di Kepulauan Melayu ketika itu,
terutamanya bangsa-bangsa di Sumatera, sebagai Jawi atau al-Jawah.10 Tidak
syak lagi daripada kata inilah kemudian tercipta ungkapan beras jawi dan masuk
Jawi. Beras jawi ialah beras biasa (bukan beras pulut). Nasi daripada beras ini
menjadi makanan utama semua bangsa di Kepulauan Melayu. Hal ini
menunjukkan satu sifat umum mereka dari satu sudut. Masuk Jawi, kadang-
kadang disebut juga masuk Melayu, dari segi lahiriahnya bermakna berkhatan
tetapi takrif sebenarnya ialah memeluk agama Islam. Dengan kata lain, orang
Arab menggelar semua penduduk di Kepulauan Melayu yang sudah memeluk
agama Islam sebagai Jawi atau al-Jawah. Makna kata ini memperlihatkan
penyataan berbagai-bagai bangsa melalui satu agama sesuai dengan tuntutan
agama itu sendiri. Dengan ini jelas pula pada kita akan sebab bahasa Melayu
dinamakan juga bahasa Jawi dan tulisan bahasa itu dinamakan tulisan Jawi.
Bahasa Jawi dan tulisan Jawi itu ialah bahasa dan tulisan semua penduduk
Kepulauan Melayu yang sudah memeluk agama Islam. Dengan ini juga jelas
pada kita bahawa Islam dan mereka yang menyampaikan risalahnya melakukan
9
Ibid, h. 102.
10
Syed Muhammad Naguib al-Attas, op. cit., h. 43.
Jawi Jiwa BM 4
peranan utama untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa umum, bukan
bahasa satu bangsa lagi tetapi bahasa semua bangsa atau bahasa persatuan,
dengan tulisan Jawi sebagai tulisan tunggal mengikat dan menyatukan bahasa-
bahasa daerah ke dalam satu golongan yang disebut bahasa Melayu. Dengan
kata lain, bahasa Melayu mula menjadi bahasa baku apabila penduduk
Kepulauan Melayu menerima Islam dan menerima abjad Arab sebagai tulisan
bahasa Melayu. 11Lebih jauh daripada itu, Profesor Syed Muhammad Naguib al-
Attas berkata:
“Konsep Jawi yang merangkum pelbagai bangsa itu sebagai satu
berdasarkan penyatupaduan bahasa Melayu sebagai bahasa umum
melalui alat satu tulisan yang sama terdapat di mana-ana dalam kalangan
bangsa Melayu-Indonesia inilah juga salah satu unsur kebudayaan yang
menggerakkan proses sejarah ke arah pemupukan faham kebangsaan
dalam peribadi masyarakat Melayu-Indonesia.”12
2.9 Penggunaan tulisan Jawi sebagai tulisan bahasa Melayu menolong bahasa
itu menjadi bahasa pengantar dan bahasa ilmu pengetahuan di institusi
pendidikan Islam seperti masjid, surau dan pondok. Bahasa Melayu dan tulisan
Jawi menjadi bahasa dan tulisan rasmi kerajaan Melayu-Islam, iaitu Samudera-
Pasai (1280 – 1409 Masehi), Melaka (1409 – 1511 Masehi), Aceh (1511 – 1650
Masehi) dan Johor-Riau (1650 – 1800 Masehi). Kitab agama dan hasil
kesusasteraan pada zaman ini menggunakan bahasa Melayu bertulisan Jawi.
Hikayat Raja-raja Pasai, Sejarah Melayu, Hukum Kanun Melaka, Syair Perahu,
Rubai Hamzah Fansuri, Syarab al-‘Asyikin, Bustanus Salatin, Bustanul Katibin,
Gurindam Dua Belas dan Tuhfat an-Nafis ialah karya contoh daripada sekian
banyak hasil kesusasteraan Melayu yang menggunakan tulisan Jawi. Hasil
kesusasteraan ini sangat tinggi nilainya. Malah, Syair Perahu dan Rubai Hamzah
Fansuri karya Hamzah Fansuri (1550 – 1600 Masehi) dan Gurindam Dua Belas
karya Raja Ali Haji (1809 – 1870 Masehi) sukar ditandingi hingga kini. Kenyataan
ini menunjukkan tulisan Jawi adalah praktis. Selama beberapa abad tulisan Jawi
berupaya menjadi tulisan tunggal mengiringi bahasa Melayu sebagai bahasa
perantaraan, bahasa kebangsaan, bahasa rasmi pemerintahan, bahasa ilmu
pengetahuan dan bahasa kesusasteraan.
2.10 Tidaklah dapat disangkal lagi bahawa pengaruh Islam dan tulisan Jawi
memungkinkan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu. Perkembangan ini
memungkinkan pula bahasa Melayu menerima beribu-ribu kosa kata Arab,
termasuk istilah dalam bidang falsafah yang dianggap sebagai ilmu duniawi yang
tertinggi. Bahasa Arab itu bukan sekadar menambah perbendaharaan kata
bahasa Melayu tetapi memberikan jiwa baharu terhadap kata-katanya. Tentang
hal ini, Abdul Rahman Rukaini menulis:
“Dari sudut pandangan Islam, perkataan langit, bumi, bulan, bintang,
gunung, sungai (tidak semestinya kata Arab) dan sebagainya bukan
sahaja memberikan erti kejadian alam atau benda yang telah dijadikan
tetapi juga memberikan erti siapa yang menjadikan dan untuk siapa
dijadikan. Jadi jiwa bangsa Melayu yang sebelumnya kuat dipengaruhi
oleh faham dogmatis yang tahayul telah bertukar menjadi jiwa yang
rasional lagi intelektual.
“… Penerimaan itu bukan setakat itu sahaja tetapi melibatkan penerimaan
hakikatnya sekali gus. Maka itulah yang dilaksanakan dalam sistem
11
Lutfi Abas dan Omar Awang, op. cit.
12
Syed Muhammad al-Attas op. cit.
Jawi Jiwa BM 5
pendidikan tradisi (zaman Islam di Alam Melayu), iaitu menerapkan jiwa
kata-kata itu dalam kehidupan sehari-hari. …. dan hal ini menjadi asas
pembentukan pandangan hidup mereka.”13
Bahasa dan tulisan yang mempunyai jiwa yang utuh tidak akan mudah
mengalah kecuali, seperti yang akan dijelaskan nanti, bangsa yang
memiliki tulisan itu sendiri meracunnya. Demikianlah juga halnya
dengan bahasa Melayu dan tulisan Jawi. Tulisan Jawi tetap berdaulat pada
peringkat awal konteks Kepulauan Melayu dengan kuasa-kuasa Barat.
Warisan sejarah yang masih dapat dibaca di perpustakaan luar negara14
menunjukkan surat izin berniaga dan perjanjian antara raja-raja Melayu
dengan penjajah Barat menggunakan bahasa Melayu dan tulisan Jawi.
2.11 Abjad Jawi yang sebahagian besarnya berasal daripada abjad bahasa
Arab (bahasa al-Quran) itu pernah menolong mengurangkan perbezaan sebutan
dalam kalangan penutur bahasa Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana Islam
menyuruh penganutnya membaca al-Quran dengan betul (irab). Imam
sembahyang juga dituntut supaya terdiri daripada qari atau orang yang terbaik
bacaan al-Qurannya. Melalui ilmu tajwid, antara lain, ditegaskan cara
mengeluarkan bunyi huruf dengan betul. Oleh sebab semua huruf hija’iyah al-
Quran itu digunakan dalam tulisan Jawi, mubaligh dahulu melafazkannya dengan
sebutan yang betul dan tetap. Khabar diucapkan /xabar/, “ramai” diucapkan
/ramai/ dan kata yang seharusnya diucapkan /a/ tetap diucapkan demikian dan
bukan /ə/. Oleh sebab kedudukan mereka dipandang tinggi ketika itu, sikap
mereka diteladani oleh penutur lain. Hal ini menyebabkan pengucapan bahasa
Melayu itu agak seragam. Malangnya, semasa kuasa-kuasa Barat menjajah
Kepulauan Melayu ini, kita dijauhkan (atau sengaja menjauhkan diri kerana takut
dianggap kolot) daripada bahasa al-Quran itu dan dijauhkan daripada ilmu tajwid.
Apabila kita lupa pada dasar tulisan itu, kita mulai menemukan masalah atau
sengaja menari-cari sebab untuk berasa sukar mengucapkannya. Di sini saya
turunkan keluhan seorang ahli bahasa kita, Lutfi Abas, yang sepatutnya menjadi
keluhan kita juga.
“Izinkan juga di sini saya menyentuh adanya segolongan orang Melayu
yang mahu melafazkan alif be te se dan yang menganggap mereka
berbeza daripada orang Melayu yang lain, baik di Malaysia sendiri atau di
luar Malaysia yang melafazkan alif ba ta sa. Golongan yang pertama
beranggapan bahawa persatuan sesama Melayu biarlah dilambangkan
oleh huruf pertama sahaja, dan mulai dari huruf kedua mereka berbeza
daripada orang Melayu yang lain. (Hal ini ialah) satu kejahilan yang
merosakkan ikhwan Islam.
“Huruf alif bukan sahaja lambang persatuan tetapi juga lambang
kekuasaan atau kekuatan. Huruf itu berdiri tegak. Huruf itu melambangkan
pengislaman seluruh jazirah Arab, Afrika Utara dan Andalusia. Huruf itu
juga melambangkan pengislaman seluruh Nusantara. Orang Melayu jadi
terbangun daripada tidur mereka selama berabad-abad, bangkit berdiri,
mendirikan syiar Islam, dan mendirikan kerajaan Islam. Bangsa Melayu
terkenal sebagai orang yang berani mengharungi laut Nusantara dan
belayar jauh sampai ke benua lain.
“Dengan sedih saya mengatakan di sini semangat itu kelihatan seperti
pudar, dan bunyi /ə/ mulai kedengaran di mana-mana menggantikan bunyi
13
Abdul Rahman Rukaini, “Pencemaran Istilah Agama Islam (Bahagian I)”, Dewan Bahasa, 23: 5
(Mei 1979), h. 26 -27.
14
Lihat Ismail Hussein, op. cit., h. 37 – 40. Antaranya ialah di perpustakaan London dan Leiden.
Jawi Jiwa BM 6
/a/. Bunyi /ə/ ialah lambang kejahilan, kembali ke zaman jahiliah, dan tiada
mempunyai semangat. Dalam ilmu bahasa, perubahan bunyi /a/ kepada
bunyi /ə/ disebut proses neutralization. Bunyi itu dilafazkan dengan
menggunakan tenaga sedikit mungkin. Lidah dalam keadaan rehat
sehingga orang sedang tidur pun boleh mengeluarkan bunyi itu tanpa
disedarinya.”15
2.12 Penjajahan Barat sebagai alasan, sikap orang Melayu sendiri sebagai
puncanya, lama-kelamaan tulisan Jawi hidup segan mati tak mahu. Pada tahun
1904, satu panitia dibentuk oleh Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang
dikenali dengan nama Panitia Wilkinson, untuk membentuk sistem ejaan Rumi
yang telah mula diperkenalkan sedikit-sedikit sebelumnya. Panitia ini diketuai oleh
H. Conway Belfield, Pemangku Residen British, Perak; D.G. Campbell,
Pemangku Residen British, Selangor; R.J. Wilkinson, Inspektor Sekolah-sekolah
Melayu. Hasilnya, ejaan Rumi yang dinamakan Ejaan Sekolah tetapi lebih dikenali
dengan nama Ejaan Wilkinson, menjadi ejaan rasmi bagi bahasa Melayu di
Malaya. Pada bulan Januari 1954, Kongres Persuratan Melayu se-Malaya yang
kedua di Sereban membuat rumusan: “Bahawa Kongres Persuratan Melayu se-
Malaya yang kedua yang bersidang di Seremban pada 1 Januari 1954 ini, setelah
mengkaji penyata tulisan Jawi-Rumi yang dibentangkan oleh Jawatankuasa
Penyiasat Tulisan Jawi-Rumi itu, mengambil keputusan sudah sepatutnya tulisan
Rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan
Jawi sehingga asa akan menentukannya.” Pada bulan Mac tahun yang sama,
Asas 50 mengemukakan memorandum menyokong ketetapan kongres itu.
Memorandum itu menghuraikan sebelas kelebihan tulisan Rumi dan satu
sahaja kekurangannya, serta satu sahaja kelebihan tulisan Jawi (yang dianggap
kekurangan juga) dan dua belas kekurangan tulisan Jawi.16 Bagaimanapun
perkara ini diimbangi oleh Sidang Bahagian C (i), Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu Tanah Melayu Ketiga pada bulan September 1956. Rumusan
sidang itu diturunkan sepenuhnya:
“Sidang Bahagian C (i) telah mengambil ketetapan membentuk satu badan yang
diberi tugas memelihara tulisan Jawi:
(a) Bagaimana cara-cara memelihara tulisan Jawi supaya kekal hidup di Malaya
ini, dan
(b) Bagaimana cara-cara menyamakan ejaan tulisan Jawi yang digunakan di
Malaya dengan ejaan tulisan Jawi yang digunakan di Indonesia.
Sidang ini mengambil ketetapan memberi kuat kuasa membentuk badan tersebut
kepada Lembaga Tetap Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Tanah Melayu.
Lokman Musa,
Pengerusi,
Sidang Bahagian C (i)”17
Peristiwa-peristiwa ini mungkin mempengaruhi penggubalan Akta Bahasa
Kebangsaan dan tercatatlah ayat ini dalam akta itu: “Tulisan bagi bahasa
kebangsaan ialah tulisan Rumi dengan syarat bahawa ini tidak melarang
penggunaan tulisan Melayu, yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi
bahasa kebangsaan.”18 Dengan kata lain tulisan Jawi tetap dilindungi.
Bagaimanapun, sebelum tahun 1970, bolehlah kita katakan tulisan Jawi hidup
15
Lutfi Abas dan Omar Awang, op. cit., h. 110.
16
Memoranda Asas 50 (Kuala Lumpur: Oxford, 1962), h. 14 – 30.
17
Ibid, h. 265 – 266.
18
Malaysia, Akta Bahasa Kebangsaan, 1963/69 (Disemak 1971) (Kuala Lumpur: Pencetak
Kerajaan, 1971), h. 7.
Jawi Jiwa BM 7
berkelana di masjid surau, pondok, di pinggir kurikulum sekolah Melayu dan agak
subur sedikit di negeri-negeri Pantai Timur dan Utara Semenanjung.
19
Kementerian Pelajaran Malaysia, Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia untuk Tingkatan I – III
(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973), h. 16.
20
Bahagian Latihan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia
Kursus Perguruan Asas Dua Tahun (Kuala Lumpur: Bahagian Latihan Guru, 1973), h. 7 dan 16.
21
Soalan Jawi ialah soalan pilihan. Calon boleh memilih puisi (Rumi) atau Jawi.
Jawi Jiwa BM 8
3.4 Program Latihan Perguruan Asas Tiga Tahun yang dimulakan di
Semenanjung pada tahun 1981 dan di Sabah serta Sarawak pada tahun 1982
menjanjikan harapan baharu dalam banyak hal termasuk penggunaan tulisan
Jawi. Semua guru pelatih mesti mempelajari tulisan Jawi dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu Teras (BMT, PM101). Pelajaran Jawi dalam BMT bertujuan
supaya mereka dapat
(i) menggunakan ejaan Jawi dengan betul
(ii) mengenal pasti kesilapan ejaan dan membetulkannya
(iii) menambah kemahiran dan kelancaran membaca Jawi
(iv) membaca dan memahami bahan bertulisan Jawi dalam surat
khabar, majalah dan bahan-bahan lain
(v) berminat untuk membaca bahan bertulisan Jawi
(vi) menambah kecekapan menulis Jawi
(vii) menggunakan tulisan Jawi dalam kerja bertulis, dan
(viii) meninggikan bentuk tulisan Jawi22
Selain itu, guru pelatih Pengajian Melayu diajarkan sistem ejaan Jawi sebagai
sebahagian daripada tajuk kajian bahasa pada peringkat pertama dengan
peruntukan masa selama 12 jam atau lebih kurang 10% daripada peruntukan
masa kajian bahasa pada peringkat pertama itu.23
3.5 Kesungguhan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) melaksanakan program
itu dijelmakan dengan mewajibkan soalan mengenai tulisan Jawi dijawab dalam
peperiksaannya. Misalnya, kertas peperiksaan Bahasa Malaysia Teras (PM 101)
1984 memestikan calon menjawab soalan mengenai tulisan Jawi tanpa pilihan
dengan peruntukan markah sebanyak 16.5%. Hal ini merupakan satu petanda
baik. Kita berharap pada masa akan datang peruntukan markah ini digenapkan
menjadi 20% dan usaha dilakukan untuk menentukan matlamat yang dinyatakan
tadi benar-benar tercapai.
3.6 Kedudukan tulisan Jawi dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
tidaklah sekukuh kedudukannya dalam kurikulum lama. KBSR menetapkan
pelajaran Jawi mula diajarkan pada tahap II, iaitu mulai darjah empat.24
Bagaimanapun, jika guru benar-benar melaksanakannya, ada harapan kisah lama
tidak berulang lagi. Sekiranya maktab perguruan gagal melahirkan guru yang
mampu melaksanakan program baharu ini serta program lain yang mungkin
menyusul, kit akan terus hampa.
Jawi Jiwa BM 9
menggambarkan sikap “tidak apa” dalam kalangan ahli bahasa kita tentang hal
ini. Sikap yang sama tertayang lagi beberapa tahun kemudian apabila tulisan Jawi
langsung tidak disentuh oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran ketika meneliti kurikulum Bahasa Malaysia.26 Namun, sikap tidak ambil
peduli ini tidak menyeluruh. Seminat Dasar V dalam Kongres Kebudayaan
Kebangsaan 1971 mengenai “Nilai-nilai Sosial yang Penting di Sisi Pemupukan
Keperibadian Malaysia” merumuskan agar digalakkan semula pengajaran dan
penggunaan tulisan Jawi.27 Seminar Pendidikan Islam Malaysia di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1972 juga membuat rumusan yang
serupa.28 Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia yang
membuat perakuan supaya sistem ejaan Jawi yang ada kini dikaji dan
diperkemas,29 memperlihatkan sikap positif jawatankuasa yang berkenaan
terhadap tulisan Jawi.
4.2 Konvensyen Tulisan Jawi di Terengganu pada 9 hingga 11 April yang lalu
menunjukkan perubahan besar sikap masyarakat kita terhadap tulisan itu.
Rumusan yang dibuat nampaknya cukup menyeluruh.30 Pelaksanaan rumusan itu
menjanjikan harapan baharu untuk kebangkitan tulisan Jawi. Di bawah payung
pemerintah yang cenderung melihat diri sendiri, cenderung melihat masa lalu
untuk mengenal diri dan untuk membina masa hadapan, dan mengutamakan
nilai-nilai Ilahi semula; rasanya apa-apa yang sudah dirumuskan itu segera
menjadi bukti. Kita menjangka tidak lama lagi tulisan Jawi akan menunjangi
bahasa Melayu semula. Peranannya pada masa hadapan tidaklah sama dengan
peranannya masa lalu. Kita menjangka, tidak lama lagi tulisan Jawi sebagai
tunjang, tulisan Rumi sebagai adik yang gagah, akan bersama-sama membina
bahasa, sastera, budaya dan tamadun kita.
5.0 PENUTUP
5.1 Nyatalah pada kita bahawa tulisan Jawi sangat berharga. Tulisan itu
berjaya memainkan peranan yang cukup besar dan sangat penting untuk
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang berwibawa dalam semua
bidang kehidupan kita. Tulisan jawi memungkinkan bahasa Melayu digunakan
oleh lebih 175 juta manusia di Asia Tenggara dan, dari segi jumlah penuturnya,
merupakan bahasa yang kelima di dunia.31 Sayangnya, ketika ini tulisan Jawi
semacam terpisah daripada bahasa yang pernah dibinanya itu. Disebabkan oleh
proses sejarah dan kelalaian pemiliknya yang bersikap seperti kacang lupakan
kulit, tulisan itu hidup merana dan baru pada akhir abad kedua puluh ini
menunjukkan tanda untuk berjiwa semua.
5.2 Oleh sebab berbagai-bagai pihak sudah dan sedang berusaha meletakkan
tulisan Jawi semula pada tepatnya yang wajar, kita mesti menyokong usaha-
usaha itu. Sesuai dengan perisytiharan Batu Bersurat Terengganu, sesuai dengan
26
Lihat Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979), h. 84 – 86.
27
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, op. cit., h. 522.
28
Kamal Hassan, “Ke Arah Penyerapan Unsur-unsur Islam dalam Dasar Pendidikan Negara”,
dalam Islam dan Kebudayaan Kebangsaan, ed. Hamdan Hassan (Kuala Lumpur: Utusan Melayu,
1979), h. 56.
29
Kementerian Pelajaran Malaysia, Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa
Malaysia (Kuala 1981), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 131.
30
Berdasarkan berita akhbar pada 1 April 1984. Petikan berita itu dilampirkan.
31
Sutan Takdir Alisjahbana, “Saat-saat dan Unsur-unsur yang Memutuskan untuk Perkembangan
Bahasa Indonesia-Malaysia”, Dewan Bahasa, 27: & (Julai 1983), h;. 442.
Jawi Jiwa BM 10
usaha menerapkan nilai-nilai Islam, sesuai dengan dasar kebudayaan
kebangsaan, menyedari bahawa bahasa Arab ialah bahasa pilihan Islam, dan
untuk menjadi supaya tulisan Jawi terus hidup; sudah sampai masanya bahasa
Arab disejajarkan dengan bahasa Inggeris dalam kurikulum kita supaya
bahasa itu terus mendasari perkembangan batin bahasa Melayu.
BIBLIOGRAFI
Abbas Mohd. Sharif, 1979. “Ulasan Terhadap Rencana Abdul Rahman Rukaini:
Pencemaran Terhadap Istilah Agama Islam”, Dewan Bahasa, 23: 10
(Oktober 1979), h. 60-69.
Abdul Rahman Rukaini, 1979. “Pencemaran Istilah Agama Islam I – III”, Dewan
Bahasa, 23: 5 – 7 (Mei – Julai 1979), h. 23 – 28.
Abdul Rahman Rukaini, 1982. “Tulisan Jawi: Ditelan Mati Emak”, Dewan Budaya,
1: 2 (Januari 1982), h. 4 – 5.
Abdul Samad Ahmad, 1974. Sejarah Kesusasteraan Melayu I. Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan, 1980. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.
Amran Kasimin, 1979. “Transliterasi Arab-Melayu”, Dewan Bahasa, 23: 10
(Oktober1979), h. 48 – 59.
Edwar Djamaris, 1980. “Ulasan terhadap Rencana ‘Transliterasi Arab-Melayu’
Tulisan Amran Kasimin”, Dewan Bahasa, 24: 1 (Januari 1980), h. 66 – 68.
Ismail Hussein, 1981. Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamal Hassan, 1979. “Ke Arah Penyerapan Unsur-unsur Islam dalam Dasar
Pendidikan Negara”, dalam Hamdan Hassan, penyusun, 1979. Islam dan
Kebudayaan Kebangsaan Kuala Lumpur: Utusan Melayu.
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 1973. Asas Kebudayaan
Kebangsaan. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1972. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia
untuk Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1973(a). Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia
untuk Tingkatan I – III. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1973(b). Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia
Kursus Perguruan Asas Dua Tahun. Kuala Lumpur: Bahagian Latihan
Guru.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1979. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1981. Laporan Jawatankuasa Mengkaji
Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Jawi Jiwa BM 11
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1982. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia
Teras. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1983. Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah 1983.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1984. Sukatan Pelajaran Pengajian Melayu,
Pendidikan Perguruan Asas Tiga Tahun, Edisi Kedua. Kuala Lumpur:
Bahagian Pendidikan Guru.
Lutfi Abas dan Omar Awang, 1979. “Kesan Pengaruh Islam dan Bahasa Arab ke
Atas Bahasa Melayu”, dalam Hamdan Hassan, penyusun, 1979. Islam dan
Kebudayaan Kebangsaan Kuala Lumpur: Utusan Melayu.
Malaysia, 1971. Akta Bahasa Kebangsaan (Akta 32). Kuala Lumpur: Pencetak
Kerajaan, 1971.
Memoranda Asas 50, 1962. Kuala Lumpur: Oxford.
Sulaiman Mohd. Noor, 1983. “Huruf Hija’iyah: Masalah Transliterasi dan Tafsiran
Makna dalam Bahasa Malaysia”, Dewan Bahasa, 27: 12 (Disember 1983),
h. 847 – 857.
Sutan Takdir Alisjahbana, 1983. “Saat-saat dan Unsur-unsur yang Memutuskan
untuk Perkembangan Bahasa Indonesia-Malaysia”, Dewan Bahasa, 27: 7
(Julai 1983), h. 440 – 448.
Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1977. Islam dalam Sejarah Kebudayaan
Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zainal ‘Abidin Ahmad, 1965. Pelita Bahasa Melayu I. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Lampiran 1
Konvensyen Gesa Tulisan Jawi Diletakkan pada Tahap yang Tinggi
Utusan Malaysia, 13 April 1984.
Jawi Jiwa BM 12
• Meminta Kementerian Pelajaran, khasnya Bahagian Pendidikan Guru,
memastikan bahawa pensyarah maktab perguruan yang mengajarkan
kurikulum tulisan Jawi benar-benar menguasai ejaan serta kaedah
mengajarkan Jawi.
• Menggesa kerajaan memberatkan penggunaan tulisan Jawi pada papan
tanda, logo, lambang, iklan, surat akuan, watikah, mata wang dan lain-lain.
• Kerajaan hendaklah menarik balik surat pekeliling Ketua Setiausaha Negara
(rujukan surat diselidiki oleh panitia konvensyen) yang melarang
penggunaan tulisan Jawi pada mana-mana bangunan dan sebagainya.
• Semua kementerian dan jabatan kerajaan mestilah mengikuti segala
perkembangan tentang pelaksanaan tulisan Jawi dengan menyertai
konvensyen, seminar dan sebagainya yang berkaitan dengan
penggunaannya di kementerian dan jabatan.
Jawi Jiwa BM 13