You are on page 1of 17

Muqaddimah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Al-Hamdulillah,syukur kepada Allah Ta’ala, Solawat serta salam buat Junjungan Mulia Nabi
Muhammad s.a.w dan para ahli keluarganya,sahabat-sahabat serta pengikut baginda yang setia
lagi jujur hingga keakhir zaman.

Dengan izin dan rahmat Allah dapatlah saya menyiapkan tugasan yang bertajuk Kaedah-kaedah
Penulisan Rasm Uthmani ini sebagai pelengkap kepada pengajian Modul HBQE 1203 Rasm
Uthmani.Sesungguhnya, bidang pengajian ini terlalu banyak menyimpan sejarah yang
sememangnya perlu dipelajari dan diamalkan oleh setiap muslim. Kefahaman terhadap sejarah
kaedah penulisan rasm akan memantapkan lagi cara membaca al-Quran dan menambah
keyakinan terhadap isi kandungannya yang telah diwahyukan.Dewasa ini, semakin banyak
cabaran yang datang mengancam masyarakat Islam dari pelbagai sudut termasuklah dari aspek
sejarah keagongan Islam yang seboleh mungkin ingin di putar belitkan faktanya.Dalam soal
kaedah pembacaan al-Quran, golongan musuh Allah telah menyebarkan dakyahnya dengan
menyatakan bahawa ia adalah ciptaan manusia semata-mata.Justeru itulah,maka wujudnya
pelbagai wajah qiraat yang pada mereka direka dengan sewenang-wenangnya.

Adalah menjadi harapan saya agar apa yang dihasilkan ini dapat memberi manfaat kepada
semua sebagai bahan sampingan untuk percambahan ilmu rasm khususnya buat diri saya
sendiri dan sesiapa yang sudi mentelusurinya di kemudian nanti.Terima kasih tidak terhingga
buat tutor, Dr. Mohd Sharani bin Mohd Naim atas bimbingan dan tunjuk ajar yang tidak jemu-
jemu dihulurkan di setiap sesi tutorial, hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Tidak lupa
juga kepada rakan seperjuangan yang sentiasa bersedia untuk berkongsi buah fikiran,idea juga
sumber maklumat dari awal hingga akhir .

Akhir kalam, apa yang kurang itu adalah kelemahan diri saya, Allah sahaja yang Maha
Mengetahui dan kepada Nya saya bertawakkal.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Pengenalan
Al-Quran ialah kalam Allah s.w.t yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan
perantaraan Malaikat Jibril yang ditulis dalam mashaf dan disampaikan kepada kita dengan cara
mutawatir dan menjadi ibadat apabila membacanya. Al-Quran juga merupakan mukjizat terbesar
kepada Nabi Muhammad s.a.w dan sebuah kitab yang paling banyak dibaca oleh manusia.Hal ini
diakui oleh para pengkaji termasuk sarjana barat,antaranya ialah James A. Mechener
(Mei;1995)yang menulis
“The Koran is probably the most often read book in the world,surely the most often
memorized and possibly the most often influential in daily life of the people who”.

Susunan al-Quran sebagaimana yang dapat dilihat dan dibaca hari ini adalah mengikut susunan
sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Sebelum al-Quran dibukukan dalam bentuk mashaf,para
sahabat Rasulullah s.a.w telah menghafalnya dengan berbagai wajah bacaan yang disandar
secara langsung kepada Baginda s.a.w samada menghafal sebahagian atau pun keseluruhan 30
juzuk.Mereka adalah para huffaz yang berusaha memastikan setiap ayat al-Quran terpelihara dan
disebar luas.

Walau bagaimana pun, kepelbagaian ini akhirnya menyumbang kepada perselisihan dan
perbezaan pendapat di kalangan umat Islam terutama selepas sebilangan huffaz syahid di medan
Yamamah yang berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakr. Zaman Khalifah Uthman
bin Affan menyaksikan kemuncak perselisihan itu yang hampir membawa kepada pertumpahan
darah dan kafir mengkafir sesama saudara Islam. Demi menyelamatkan ummah dari terus di
robek oleh arus perpecahan yang dahsyat, Khalifah Uthman telah membuat keputusan yang bijak
dengan memerintahkan Zaid bin Thabit dan beberapa orang cendikiawan ketika itu,membuat
penyusunan semula al-Quran berdasarkan mashaf yang telah dibuat semasa zaman Khalifah Abu
Bakr r.a. Mashaf ini kemudiannya disebar luas keseluruh empayar Islam .Kaedah penulisan dan
bacaan dalam mashaf ini kemudiannya dikenali sebagai Kaedah Rasm Uthmani yang
dinisbahkan kepada jasa Khalifah Uthman b. Affan r.a. Mashaf ini menjadi sumber rujukan
untuk membaca dan menulis al-Qur’an yang diiktiraf oleh para ulama’ sebagai yang paling
sempurna dan muktabar.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Rasm Uthmani Serta Keistimewaannya.

Pengertian
Rasm bermaksud satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau ungkapan bagi
memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang
membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf.
Menurut Abdul Qadir Leung(2008;126) kalimah rasm bermaksud penulisan , penulisan
berhubung dengan ejaan huruf-huruf yang berbentuk perkataan dalam ayat dari segi
penggunaan, penyusunan, penyambungan dan pemisahan.

Rasm Uthmani pula ditakrifkan sebagai ilmu yang membincangkan kaedah penulisan kalimah-
kalimah ayat Al-Quran yang diguna dan dipersetujui oleh Khalifah Uthman ketika proses
penyalinan dan penulisan Al-Quran dilakukan. Ibrahim (2007;35) berkata Rasm Uthmani juga
diistilahkan sebagai “Rasm Mushaf” oleh “Majma’ Buhuth al-Islamiyyat” yang memberi
maksud “ ketentun atau pola yang digunakan oleh Saidina Uthman ibn Affan bersama sahabat-
sahabat lainnya ketika penulisan (penyelarasan) al-Quran, berkaitan dengan susunan huruf-
hurufnya , yang terdapat dalam mushaf-mushaf yang dikirim ke berbagai daerah dan Bandar,
serta mushaf al-Imam yang berada di tangan Khalifah Uthman sendiri”.

Penulisan Rasm ini dibuat berdasarkan apa yang telah diriwayatkan oleh para ulama’ rasm
(tulisan) daripada mashaf-mashaf yang telah dihantar oleh Khalifah Uthman r.a ke Kota
Basrah,Khufah,Syam, Makkah dan Madinah termasuklah yang diperuntukkan khas bagi rujukan
Khalifah di Kota Madinah.

Keistimewaan Rasm Uthmani


Terdapat lima kelebihan utama pada Mushaf Rasm Uthmani yang menjadikan ia perlu
diutamakan berbanding kaedah penulisan lain,iaitu;

1-Tulisan Rasm Uthmani adalah mengikut sanat Rasulullah s.a.w dan telah diwarisi oleh
penulis-penulis mashaf al-Quran hingga zaman kini.
Menurut Haji Uthman (1983;I) Rasm Uthmani ditulis dan di bariskan mengikut riwayat Hafs b.
Sulaiman bin al-Mughirah al-Asadi al-Khufi bagi bacaan ‘Asim bin Abi al-Najudi al-Khufi al-

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Tabi’I daripada Abi Abd.Rahman Abdillah bin Habib al-Sulamiy daripada Uthman bin
Affan,Ali bin Abi Talib,Zaid bin Thabit dan Abi bin Ka’ab daripada Rasulullah s.a.w.

2-Bertepatan Dengan Pembentangan Terakhir.


Setelah sempurna penurunan al-Quran,sungguhnya Jibril telah mendatangi Rasulullah dan
membuat semakan bacaan buat kali terakhir dan ketika berlakunya peristiwa ini Baginda
ditemani oleh Zaid bin Thabit.Oleh itu,semasa menerima tanggungjawab dari Khalifah Abu
Bakr dan Uthman supaya mengumpul dan menulis semula ayat-ayat al-Quran,beliau
melakukannya mengikut apa yang didengar sewaktu berlakunya pembentangan itu.Sebarang
ayat yang pernah diturunkan semasa hayat Rasulullah atau yang terdapat dalam mana-mana
catatan sahabat yang tidak terdapat dalam pembentangan terakhir itu adalah dianggap mansuh
dari penulisan al-Quran.

3-Mashaf Rasm Uthmani ditulis berdasarkan kepada riwayat mutawatir.


Jawatankuasa menyalin mashaf yang dibentuk oleh Saidina Uthman terdiri dari empat orang
sahabat iaitu Zaid bin Thabit, Abdullah bin al-Zubair, Said bin al-Asr dan Abdul Rahman bin
al-Harith bin Hisyam.Mereka merupakan orang yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam
ilmu al-Quran,manakala bacaan mereka pula diakui benar segolongar besar para sahabat .

4-Merangkumi Tujuh Huruf al-Quran


Para ulama telah berbeza pendapat dalam menterjemahkan erti tujuh huruf sebagaimana yang
telah diriwayatkan dalam hadith berkaitan.Walau bagaimana pun, perbezaan ini telah berjaya
diseragamkan oleh Mushaf Rasm Uthmani sekaligus dapat menyatukan bentuk bacaan al-
Quran walaupun terdapt perbezaan dalam qiraat. Menyatukan rumusan surah mengikut
susunan asal iaitu tetrib susunannya sesuai dengan tertib surah dan ayat yang diperkenalkan
sehingga sekarang.

5-Salah Satu Rukun Bacaan al-Quran


Rasm Uthmani telah disepakati seluruh ulama’ dan diterima susunan ayat, kalimah dan
hurufnya.Tidak seorang pun yang diperbolehkan untuk mengingkarinya.Oleh keran itu, bacaan
al-Quran yang bertepatan dengan mashaf Rasm Uthmani merupakan salah satu dari tiga rukun
bacaan al-Quran.Berpandukan kepada fatwa Imam Malik,al-Quran hendaklah ditulis dengan
Rasm Uthmani.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Kaedah Penulisan Rasm Uthmani
Menurut Al-Syaykh Ibrahim(1995:25), penulisan Al-Quran Rasm Uthmani juga dikenali
dengan nama Rasm Istilahi, iaitu penulisan yang tidak selari dengan kaedah penulisan rencana
(imla’i). Penulisan Rasm Uthmani tidak mengikut pada lafaz bacaan kerana sebahagian besar
kalimahnya ditulis menggunakan enam kaedah sepertimana berikut;

Kaedah Meniadakan Huruf ( Hazaf).


Hazaf bermaksud membuang atau mentiadakan huruf-huruf tertentu dalam struktur kalimah
tertentu dari al-Quran.Terdapat lima huruf yang terlibat dalam kaedah ini iaitu huruf alif, wau,
ya , lam dan nun yang terdapat pada kalimah tetentu .Hazaf juga berlaku kepada huruf-huruf alif,
wau, dan ya pada kata permulaan (fawatih) surah tertentu al-Quran.

Hazaf berlaku dalam tiga bentuk iaitu;


1- Hazaf Isyarah- bermaksud hazaf yang bertujuan menunjukkan wajah-wajah qiraat tentu.
2- Hazaf Ikhtisor - bermaksud hazaf peringkasan seperti pengguran alif pada struktur kata
jama’ Muzakkar Salim dan Jama’ Muannath Salim.
3- Hazaf Iktisor - bermaksud hazaf pembatasan yang bermaksud hazaf alif pada kalimah-
kalimah tetentu tanpa melibatkan kalimah lain.

Berikut adalah sebahagian daripada contoh-contoh hazaf huruf tertentu berserta keterangan
berkaitan;
Huruf Kalimah
Tempat dan keadaan contoh
hazaf asal
Alif pada Kalimah “ basmalah” ‫ﺑﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻟﺮﲪﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ‬ ‫ﺑﺎﺳﻢ ﺍﷲ‬

Alif Alif “Al-Takrf” didahului huruf lam ‫ﺍﻥ ﺃﻭﻝ ﺑﻴﺖ ﻭﺿﻊ ﻟﻠﻨﺎﺱ ﻟﻠﺬﻯ ﺑﺒﻜﺔ‬ ‫ﻝ ﺍﻟﺬﻯ‬
( ‫)ا‬ ta’kid atau jar.
Kalimah di awalnya hamzah Qata’ ‫ﻗﻞ ﺀﺍﷲ ﺃﺫﻥ ﻟﻜﻢ ﺃﻡ ﻋﻠﻰ ﺍﷲ ﺗﻔﺘﺮﻭﻥ‬ ‫ﺃ ﺍﷲ‬
disusuli hamzah wasal atau Qata’
Wau Bila ia berturut-turut dalam satu ‫ﺍﺫ ﺗﺼﻌﺪﻭﻥ ﻭﻻ ﺗﻠﻮﻭﻥ ﻋﻠﻰ ﺃﺣﺪ‬ ‫ﺗﻠﻮﻭﻥ‬
(‫)و‬ kalimah
Dibuang wau yang menumpang huruf ‫ﻭﻓﺼﻴﻠﺘﻪ ﺍﻟﱴ ﺗﺌﻮﻳﻪ‬ ‫ﺗﺆﻭﻳﻪ‬
hamzah

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Dibuang wau pada empat kata ‫ﺳﻨﺪﻉ ﺍﻟﺰﺑﺎﻧﻴﺔ‬ ‫ﺳﻨﺪﻋﻮ‬
perbuatan yang marfuk
Ya Ya “mutakallim” pada kedudukan ‫ﻳﺄﺑﺖ ﺇﱏ ﺭﺃﻳﺖ ﺃﺣﺪ ﻋﺸﺮ ﻛﻮﻛﺒﺎ‬ ‫ﺃﺑﱵ‬
“isim munada”
Ya tambahan di akhir kalimah yang ‫ﻭﺍﻟﻴﻞ ﺇﺫﺍ ﻳﺴﺮ‬ ‫ﻳﺴﺮﻱ‬
tidak berfungsi sebagai “nidak”
Ya “isim manqus” berbaris dua di ‫ﻣﺴﺘﺨﻒ ﺑﺎﻟﻴﻠﻮﺳﺎﺭﺏ ﺑﺎﻟﻨﻬﺎﺭ‬ ‫ﻣﺴﺘﺨﻔﻲ‬
hadapan atau baris dua di bawah
Lam Pada lam kedua dalam kalimah ‫ﺍﻟﺊ ﺩﺍﻥ ﻭﺍﻟﻠﻴﻞ‬,‫ﺍﻟﱵ‬,‫ﺍﻟﺬﻳﻦ‬,‫ﺍﻟﺬﺍﻥ‬,‫ﺍﻟﺬﻯ‬
Lam pada lafzul Jalalah ‫ﺍﷲ‬
Nun Nun yang pertama pada kalimah ‫ﻣﺎ ﻟﻚ ﻻ ﺗﺄﻣﻨﺎ ﻋﻠﻰ ﻳﻮﺳﻒ‬ ‫ﺗﺄﻣﻨﻨﺎ‬
“ ‫ ”ﺗﺄﻣﻨﻨﺎ‬..
Huruf nun yang ke dua dalam ‫ﻧﻨﺠﻰ‬
kalimah “ ‫ ﻧﻨﺠﻰ‬.”
‫ي‬,‫و‬,‫ا‬ Huruf-huruf dipermulaan surah pada . ‫ ﻥ‬.‫ﻕ‬ ‫ ﻧﻮﻥ‬,‫ﻗﺎﻑ‬
surah-surah tertentu.

Rahsia Penggunaan Huruf-Huruf Hazaf


Kajian yang dibuat para ulama mhruf yang dihazafkan sebenarnya memberi erti yang tersirat.
Contohnya huruf Wau yang dihazafkan selepas huruf Ayn’ pada kalimah ( ‫ ) وﯾﺪع‬dalam firman
Allah ( ‫ ) وﯾﺪع اﻹﻧﺴﻦ‬adalah untuk memperkukuhkan lagi kenyataan bahawa doa seseorang itu
cepat sampai kepada Allah.

Kaedah Menambah Huruf ( ‫) اﻟﺰﯾﺎدة‬


Ziadah merupakan satu perkara penting yang perlu diketahui dalam penulisan dan pembacaan
Rasm Uthmani.Ziadah bermaksud menambah huruf-huruf tertentu pada kalimah – kalimah
tertentu dalam al-Quran. Huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi pada semua keadaan ketika
membacanya. Huruf-huruf tambahan (‫ ) اﻟﺰﯾﺎدة‬tersebut ialah alif , wau, dan ya sepertimana
contoh-contoh berikut;

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Huruf
Kedudukan dalam struktur ayat Contoh
Ziadah
Alif Selepas wau ganti nama pada jamak muzakkar ‫ﻭﻻ ﺗﻨﺴﻮﺍ ﺍﻟﻔﻀﻞ ﺑﻴﻨﻜﻢ‬
bersambung dengan “fiil Mudhari’ dan Amar
di hujung kalimah
Selepas wau jamak muzakkar salim yang ‫ﺇﻧﺎ ﻛﺎﺷﻔﻮﺍ ﺍﻟﻌﺬﺍﺏ ﻗﻠﻴﻼ‬
berada di hujung kalimah
Alif selepas huruf wau bagi semua “fiil ‫ﻳﺪﻋﻮﺍ ﻣﻦ ﺩﻭﻥ ﺍﷲ ﻣﺎ ﻻ ﻳﻀﺮﻩ‬
mudharik”
Huruf wau yang ditukar daripada alif ‫ﻭﺃﺣﻞ ﺍﷲ ﺍﻟﺒﻴﻊ ﻭﺣﺮﻡ ﺍﻟﺮﺑﻮﺍ‬
Alif selepas huruf mim pada kalimah ‫ ﻣﺌﺔ‬dan ‫ﻳﻐﻠﺒﻮﺍ ﻣﺎﺋﺘﲔ‬
pecahannya
Wau Huruf wau selepas hamzah pada kalimah ‫ﺳﺄﻭﺭﻳﻜﻢ ﺩﺍﺭ ﺍﻟﻔﺴﻘﲔ‬
“‫”ﺳﺄورﯾﻜﻢ‬
Selepas hamazah pada kalimah “ ‫”أوﻟﻮ‬ ‫ﻭﺃﻭﻟﻮﺍ ﺍﻷﺭﺣﺎﻡ ﺑﻌﻀﻬﻢ ﺃﻭﱃ ﺑﺒﻌﺾ‬
Kalimah “ ‫”أوﻟﻲ‬ ‫ﻭﻟﻜﻢ ﰲ ﺍﻟﻘﺼﺎﺹ ﺣﻴﻮﺓ ﻳﺄﻭﱃ ﺍﻷﻟﺒﺐ‬
Ya Ziadah Ya selepas hamzah pada kalimah ‫ﺃﻓﺈﻳﻦ ﻣﺎﺕ ﺃﻭ ﻗﺘﻞ ﺍﻧﻘﻠﺒﺘﻢ ﻋﻞ ﺃﻋﻘﺒﻜﻢ‬
“ ‫”أﻓﺎﯾﻦ‬
Huruf Ya pada kalimah “ ‫”ءاﻧﺂى‬ ‫ﻭﻣﻦ ﺀﺍﻧﺂﻯ ﺍﻟﻴﻞ ﻓﺴﺒﺢ ﻭﺍﻃﺮﺍﻑ ﺍﻟﻨﻬﺎﺭ‬

Rahsia Penggunaan Kaedah Ziyadah


Para ulama’ berpendapat bahawa penggunaan huruf ziadah ini dapat membantu untuk
mengetahui asal baris bagi sesuatu huruf. Sebagaimana yang di ketahui,pada peringkat awal al-
Quran ditulis tanpa sebarang tanda atau baris.Contohnya kalimah (‫ ) ﻧﺒﺈى‬ditambah huruf Ya’
selepas Hamzah bagi menunjukkan ia berbaris kasrah.Selain itu,para ulama juga berpendapat
bahawa penggunaan huruf ziadah adalah untuk memberi makna berbeza bagi perkataan
tertentu.Contohnya ziadah huruf Ya pada kalimah ( ‫ ) ﺑﺄﯾﯿﺪ‬adalah bagi menguatkan lagi makna
kekuasaan Allah.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Kaedah Menulis Huruf Hamzah ( ‫) اﻟﮭﻤﺰة‬
Menurut Abd Ghani (2008;45) dalam Mushaf Rasm Uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf
hamzah adalah berbeza antara satu sama lain bergantung kepada kedudukannya.Berikut adalah
contoh-contoh penulisan hamzah mengikut kedudukannya;
Kedudukan Hamzah Keadaan Penulisan Contoh Kalimah
Awal kalimah atau Dutulis dengan surah(rumah) Alif samada ia ‫ ﺳﺄﺳﺮﻑ‬, ‫ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ‬,‫ﺃﻧﺰﻝ‬
didahului huruf ziadah. fathah, kasrah atau dhummah.
Pertengahan kalimah 1- Ditulis tanpa surah sekiranya ‫ﺳﻮﺀﺓ‬
sebelumnya terdapat huruf sukun.
2- Ditulis dengan surah Ya jika ia kasrah ‫ﻓﺌﺔ‬
atau sukun dan didahului kasrah
3- Ditulis dengan surah Wau apabila ia
dhummah atau sukun dan didahului
‫ﺍﳌﺆﻣﻨﻮﻥ‬
dhummah.
4- Ditulis dengan surah Alif apabila ia
fathah atau sukun dan didahului fathah.
‫ﺳﺄﻟﺘﻢ‬
1- Ditulis dengan surah Ya jika sebelumnya ‫ﻗﺮﺉ‬
kasrah.
2- Ditulis dengan surah Wau jika ‫ﺇﳕﺮﺅﺍ‬
sebelumnya baris dhummah.
Hujung Kalimah
3- Ditulis dengan surah alif jika sebelumnya
‫ﻣﻦ ﺳﺒﺄ‬
baris fathah.
4- Ditulis tanpa surah jika sebelumnya ‫ﺍﳉﺐﺀ‬
baris sukun
1- Ditulis tanpa surah jika selepasnya alif ‫ ﻳﺌﻮﺩﻩ‬, ‫ ﻣﺘﻜﺌﲔ‬, ‫ﺀﺍﻣﻦ‬
atau wau atau ya
Hukum-hukum Khas 2- Hamzah al-Wasl ditulis dengan surah alif .‫ﺍﻻﺭﺽ‬, ‫ﺍﺳﺠﺪﻭﺍ‬
jika ia tidak dimasuki sebarang adat atau
dimasuki Alif Lam al-Ta’rif .Tetapi

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


terdapat lima keadaan ia ditulis tanpa
surah;
1- Hamzah pada Lam Ta’rif yang ‫ﻟﻼﺀﺳﻼﻡ‬
dimasuki Lam Jar atau Lam Ibtida’
2- Hamzah yang dimasuki Hamzah al-
‫ﻓﺄﺗﻮﺍ‬
Qat’.
3- Hamzah yang terletak pada Fi’l Amr
( ‫ )اﺳﺄل‬apbila didahului wau atau fa’. ‫ﻓﺴﺌﻠﻮﺍ‬
4- Hamzah yang dimasuki hamzah al-
Istifham. ‫ﺀﺍﷲ‬
5- Hamzah pada lafaz ( ‫ )اﺳﻢ‬pada firman
‫ﺑﺴﻢ ﺍﷲ‬
Allah (‫) ﺑﺴﻢ اﷲ‬

Rahsia Kaedah Penulisan Huruf Hamzah


Penulisan huruf-huruf Hamzah dengan surah yang berbeza sebenarnya mempunyai rahsia
tersendiri. Perbezaan pada bentuk surah itu sebenarnya menjadi simbul wujudnya kepelbagaian
wajah qiraat yang diharuskan. Contohnya kalimah (‫ ) ﺑﻤﺆﻣﻨﯿﻦ‬yang ditulis dengan surah Wau
adalah kerana kalimah tersebut dibaca dengan huruf Wau oleh sesetengan ahli qiraat.

Kaedah Mengganti Huruf ( ‫) اﻹﺑﺪال‬.


Ibdal ialah menukar sesuatu huruf kepada huruf yang lain . Dalam penulisan Mushaf Rasm
Uthmani, “ al-Badl” merupakan perkara penting yang perlu diketahui dan di beri perhatian
kerana huruf yang menggantikan sesuatu huruf itu tidak boleh dibaca sama sekali,sebaliknya
yang dibaca adalah huruf asal yang digantikan itu.Huruf tersebut terbahagi kepada lima bahagian
iaitu;
Huruf Ibdal Tempat/Keadaan Kalimah Berkaitan Surah :Ayat
Huruf
Empat kalimah yang ‫اﻟﺮﺑﻮا‬. ‫ اﻟﺤﯿﻮة‬. ‫ اﻟﺰﻛﻮة‬. ‫اﻟﺼﻠﻮة‬
berulang-ulang
Ibdal huruf Alif
Empat kalimah dalam . ‫ وﻣﻨﻮة‬. ‫ اﻟﻨﺠﻮة‬. ‫ ﻛﻤﺸﻜﻮة‬. ‫ﺑﺎﻟﻐﺪوة‬
kepada huruf Wau
surah tertentu

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Apabila Alif terletak ‫ ﻗﻞ إن اﻟﮭﺪى ھﺪى اﷲ‬- Ali Imran :73
hujung kalimah, ‫ ﻗﺎﻟﻮا ﺳﻤﻌﻨﺎ ﻓﺘﻰ ﯾﺬﻛﺮھﻢ‬- Al-Anbiya’: 60
walaupun ia berhubung ‫ وإن ﻟﻨﺎ ﻟﻸﺧﺮة واﻷوﻟﻰ‬- Al-Lail : 13
dengan dhamir.
Huruf Alif pada ‫ ﻗﺎﻟﺖ أﻧﻰ ﯾﻜﻮن ﻟﻲ ﻏﻠﻢ‬- Maryam : 20
Ibdal huruf Alif
kalimah(‫أﻧﻰ‬-bagaimana) ‫ ﻗﺎﻟﻮا ﻓﺄﺗﻮا ﺑﮫ ﻋﻠﻰ اﻋﯿﻦ اﻟﻨﺎس‬- Al-Anbiya’ : 61
Kepada Huruf Ya’
dan kalimah-kalimah ‫ ﺣﺘﻰ زرﺗﻢ اﻟﻤﻘﺎﺑﺮ‬- Al-Takathur : 2
, ‫ ﻣﺘﻰ‬, ‫ ﺑﻠﻰ‬, ‫ إﻟﻰ‬, ‫ ﺣﺘﻰ‬, ‫ﻋﻠﻰ‬ ‫ وإﻟﻰ ﺛﻤﻮد أﺧﺎھﻢ ﺻﻠﺤﺎ‬- Hud : 61
. ‫ﻟﺪى‬ ‫ ﺑﻠﻰ وھﻮ اﻟﺨﻠﻖ اﻟﻌﻠﯿﻢ‬- Yasin ; 81
‫ وﯾﻘﻮﻟﻮن ﻣﺘﻰ ھﺬا اﻟﻮﻋﺪ‬- Yasin : 48
‫ إذ اﻟﻘﻠﻮب ﻟﺪى اﻟﺤﻨﺎﺟﺮ ﻛﻈﻤﯿﻦ‬- Ghafir : 18
Huruf Nun Tawkid ‫ ﻟﯿﺴﺠﻨﻦ وﻟﯿﻜﻮﻧﺎ ﻣﻦ اﻟﺼﻐﺮﯾﻦ‬- Yusof : 32
Huruf Nun kepada Khafiyyah ‫ ﻛﻼ ﻟﺌﻦ ﻟﻢ ﯾﻨﺘﮫ ﻟﻨﺴﻔﻌﺎ ﺑﺎﻟﻨﺎﺻﯿﺔ‬- Al-Alaq : 15
Huruf Alif Huruf Nun pada
kalimah ( ‫) ﻓﺈذا‬ ‫ ﻓﺈذا ﻻ ﯾﺆﺗﻮن اﻟﻨﺎس ﻧﻘﯿﺮا‬- Ah-Nisa’ : 53
Kalimah ( ‫ ) رﺣﻤﺔ‬pada tujuh tempat dalam al-Quran
iaitu surah Al-Baqarah:218, Al-A’raf : 56 , Hud : 73
Maryam : 2 , Al-Rum : 50 , Al-Zukhruf:32 , Al-
Zukhruf:32.
Contoh:
.‫ أوﻟﺌﻚ ﯾﺮﺟﻮن رﺣﻤﺖ اﷲ‬- Al-Baqarah:218
‫ إن رﺣﻤﺖ اﷲ ﻗﺮﯾﺐ ﻣﻦ اﻟﻤﺤﺴﻨﯿﻦ‬- Al-A’raf : 56
Ibdal Ta’ al-
‫ ذﻛﺮ رﺣﻤﺖ رﺑﻚ ﻋﺒﺪه زﻛﺮﯾﺎ‬- Mayam : 2
Marbutah kepada
Kalimah ( ‫ ) ﻧﻌﻤﺔ‬pada sebelas tempat dalam al-Quran
Ta’ al-Maftuhah
iaitu pada surah Al-Baqarah : 231, Al-Imran:103,Al-
Maidah: 11, Ibrahim : 28 dan 34, Al-Nahl : 72, 83
dan 114, Lukman : 31, Fatir : 3 , Al-Tur: 29.
Contoh:
Al-Baqarah:231
. ‫ واذﻛﺮوا ﻧﻌﻤﺖ اﷲ ﻋﻠﯿﻜﻢ‬-
Ali-Imran : 103
.‫ واذﻛﺮوا ﻧﻌﻤﺖ اﷲ ﻋﻠﯿﻜﻢ إذ ﻛﻨﺘﻢ أﻋﺪاء‬-
Kalimah ( ‫ ) ﺳﻨﺔ‬pada lima tempat iaitu pada surah-
surah Al-Anfal:38, Fatir:43 (sebanyak 3 kali),

10

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Ghafir:85.
Contoh;
.‫ﻓﮭﻞ ﯾﻨﻈﺮون إﻻ ﺳﻨﺖ اﻷوﻟﯿﻦ‬ - Fatir: 43
.‫ﻓﻠﻦ ﺗﺠﺪ ﻟﺴﺴﻨﺖ اﷲ ﺗﺒﺪﯾﻼ‬ - Fatir: 43
. ‫وﻟﻦ ﺗﺠﺪ ﻟﺴﻨﺖ اﷲ ﺗﺤﻮﯾﻼ‬ - Fatir: 43
Kalimah ( ‫ ) إﻣﺮاة‬pada tujuh tempat berikut;
Al-Imran: 5, Yusof: 30 dan 51, Al-Qasas:9, Al-
Tahrim:9,10 (dua kali) dan 11.
Contoh ;
(Yusof:30) .‫ وﻗﺎل ﻧﺴﻮة ﻓﻰ اﻟﻤﺪﯾﻨﺔ اﻣﺮأت اﻟﻌﺰﯾﺰ‬-
(Al-Qasas; 9). ‫ وﻗﺎﻟﺖ اﻣﺮأت ﻓﺮﻋﻮن ﻗﺮت ﻋﯿﻦ ﻟﻰ وﻟﻚ‬-
Kalimah ( ‫ ) ﻣﺮﺿﺎة‬pada semua tempat dalam al-
Quran.
Contoh;
Ibdal Ta’ al-
(Al-Tahrim: 1). ‫ ﺗﺒﺘﻐﻰ ﻣﺮﺿﺎت أزوﺟﻚ‬-
Marbutah kepada
Kalimah ( ‫ )ﻟﻌﻨﺔ‬pada surah Ali-Imran: 61 dan
Ta’ al-Maftuhah
Al-Nur: 7 .Ayat tersebut ialah;
.‫ﻓﻨﺠﻌﻞ ﻟﻌﻨﺖ اﷲ ﻋﻠﻰ اﻟﻜﺬﺑﯿﻦ‬ - Ali Imran :61
.‫واﻟﺨﻤﺴﺔ ان ﻟﻌﻨﺖ اﷲ ﻋﻠﯿﮫ‬ - Al-Nur: 7
Kalimah ( ‫ ) ﻣﻌﺼﯿﺔ‬pada dua tempat dalam surah al-
Mujadalah: 8 dan 9 .
Tujuh kalimah mufrad iaitu;
‫ ﺷﺠﺮت – اﺑﻨﺖ‬-‫ ﻗﺮت‬-‫ ﺛﻤﺮت‬-‫ ﺑﻘﯿﺖ‬-‫ وﺟﻨﺖ‬-‫ﻓﻄﺮت‬ -
Contoh:
‫إن ﺷﺠﺮت اﻟﺰﻗﻮم‬ - Al-Dukhan : 43
‫ﻗﺮت ﻋﯿﻦ ﻟﻰ وﻟﻚ‬ - Al-Qasas : 9
Ibdal Wau kepada Semua kata nama dan kata perbuatan yang
Alif mempunyai tiga huruf dan asal huruf ke tiganya
Wau,kalimah tersebut ialah:
‫اﻟﺼﻔﺎ – ﺷﻔﺎ – ﺳﻨﺎ – أﺑﺂ‬ -
Contoh;
‫إن اﻟﺼﻔﺎ واﻟﻤﺮوة ﻣﻦ ﺷﻌﺎﺋﺮ اﷲ‬ - Al-Baqarah:158

11

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


‫ﻣﺎ ﻛﺎن ﻣﺤﻤﺪ أﺑﺂ أﺣﺪ‬ - Al-Ahzab : 40
Melainkan 6 kalimah yang ditulis dengan huruf Ya
iaitu kalimah;
‫واﻟﻀﺤﻰ – ﺳﺠﻰ – دﺣﮭﺎ – ﺗﻠﮭﺎ – ﻃﺤﮭﺎ – زﻛﻰ‬
Contoh:
‫( واﻟﯿﻞ إذا ﺳﺠﻰ‬1) ‫ واﻟﻀﺤﻰ‬- Al-Duha : 1& 2

Rahsia Penggunaan Huruf-huruh Ibdal


Para ulama melihat bahawa huruf-huruf ibdal mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mereka
berpendapat penggunaan huruf-huruf ini dapat dijadikan panduan untuk mengetahui asal bagi
sesuatu huruf.Dalam penulisan Rasm Uthmani,penggantian huruf wau dan Ya dengan huruf alif
adalah yang paling banyak berlaku,contohnya perkataan ( ‫ ) اﻟﺼﻠﻮة‬yang ditulis dengan huruf Wau
menggantikan Alif disebabkan Wau itu adalah huruf asal bagi kalimah tersebut. Begitu juga
dengan kalimah ( ‫ ) اﻟﮭﺪى‬yang ditulis dengan huruf Ya menggantikan huruf Alif kerana Ya
merupakan huruf asal kalimah tersebut.

Kaedah Menulis Perkataan Berangkai dan Berpisah ( ‫) اﻟﻮﺻﻞ واﻟﻔﺼﻞ‬.


Menurut Al-Zarkasyi, Al-Wasl wa al-Fasl adalah kaedah menyambung dan memisahkan tulisan
pada huruf-huruf atau kalimah-kalimah yang tertentu .Di dalam Rasm Uthmani terdapat banyak
kalimah sama yang ditulis dengan cara bersambung pada suatu tempat tetapi ditulis dengan cara
terpisah di suatu tempat yang lain sepertimana berikut;
Tempat-tempat ditulis secara sambung Tempat-tempat ditulis terpisah serta
Kalimah
serta contoh contoh
Semuanya ditulis dengan cara sambung Al-A’rof:105 & 169, at-Taubah: 118,
‫( أﻻ‬kecuali pada sepuluh tempat Hud:26, al-Haj:26, Yasin:60, al-
sebagaimana tercatat disebelah). Dukhan:19,al-Mumtahanah:12
(‫)أن ﻻ‬ Contoh; Dan Nun:24.
(Al-Baqarah:282) ‫ ﻓﻠﯿﺲ ﻋﻠﯿﻜﻢ ﺟﻨﺎح أﻻ ﺗﻜﺘﺒﻮھﺎ‬- (Nun:24) ‫ أن ﻻ ﯾﺪﺧﻠﻨﮭﺎ اﻟﯿﻮم ﻋﻠﯿﻜﻢ ﻣﺴﻜﯿﻦ‬-
‫ إﻣﺎ‬dan ‫أﻣﺎ‬ Semuanya ditulis bersambung (kecuali Surah al-Ra’d:40
(‫إن ﻣﺎ‬/‫ )أم ﻣﺎ‬pada surah al-Ra’d:40). ‫ وإن ﻣﺎ ﻧﺮﯾﻨﻚ ﺑﻌﺾ اﻟﺬي ﻧﻌﺪھﻢ أوﻧﺘﻮﻓﯿﻨﻚ‬-
Contoh;
(Al-Isra’:23). ‫ إﻣﺎ ﯾﺒﻠﻐﻦ ﻋﻨﺪك اﻟﻜﺒﺮ أﺣﺪ ھﻤﺎ‬-

12

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


‫ ﻋﻤﺎ‬Ditulis bersambung pada semua tempat Al-A’raf :166
(‫( )ﻋﻦ ﻣﺎ‬kecuali pada al-A’raf:166). ‫ ﻓﻠﻤﺎ ﻋﺘﻮ ﻋﻦ ﻣﺎ ﻧﮭﻮا ﻋﻨﮫ‬-
Contoh;
(Al-Baqarah:74). ‫ وﻣﺎ اﷲ ﺑﻐﻔﻞ ﻋﻤﺎ ﺗﻌﻤﻠﻮن‬-
‫ إﻧﻤﺎ‬Semua ditulis bersambung (kecuali pada Al-An’am:
(‫ )إن ﻣﺎ‬al-An’am:134). ‫إن ﻣﺎ ﺗﻮﻋﺪون ﻷت‬
Contoh;
(At-Taubah:18)‫إﻧﻤﺎ ﯾﻌﻤﺮ ﻣﺴﺠﺪ اﷲ ﻣﻦ ءاﻣﻦ ﺑﺎﷲ‬
‫ أﻧﻤﺎ‬Semua ditulis bersambung (kecuali pada Al-Haj:62
(‫ )أن ﻣﺎ‬dua tempat iaitu al-Haj:62 dan ‫ وأن ﻣﺎ ﯾﺪﻋﻮن ﻣﻦ دوﻧﮫ ھﻮ اﻟﺒﻄﻞ‬-
Luqman:30).Contoh; Luqman:30
(Al-Kahfi:110). ‫ ﯾﻮﺣﻰ إﻟﻲ أﻧﻤﺎ إﻟﮭﻜﻢ إﻟﮫ وﺣﺪ‬- ‫ وأن ﻣﺎ ﯾﺪﻋﻮن ﻣﻦ دوﻧﮫ اﻟﺒﻄﻞ‬-
‫ ﻛﻠﻤﺎ‬Semua tempat ditulis bersambung (kecuali Ibrahim :34
(‫ )ﻛﻞ ﻣﺎ‬pada surah Ibrahim:34). Contoh; ‫وءاﺗﻜﻢ ﻣﻦ ﻛﻞ ﻣﺎ ﺳﺄﻟﺘﻤﻮه‬
(Al-Baqarah:25) ‫ ﻛﻠﻤﺎ رزﻗﻮا ﻣﻨﮭﺎ ﻣﻦ ﺛﻤﺮة رزﻗﺎ‬-
‫ أﻣﻦ‬Semua ditulis bersambung (kecuali pada Terdapat pada empat tempat iaitu al-
(‫ )أم ﻣﻦ‬empat tempat –sila lihat sebelah). Nisa’:109, al-Taubah;109, al-Saffat:11
Contoh; dan Fussilat:40.Contoh;
(Al-Mulk:22) ‫ أﻣﻦ ﯾﻤﺸﻰ ﺳﻮﯾﺎ ﻋﻠﻰ ﺻﺮط ﻣﺴﺘﻘﯿﻢ‬- (Al-Nisa’:109) ‫ أم ﻣﻦ ﯾﻜﻮن ﻋﻠﯿﮭﻢ وﻛﯿﻼ‬-
Lam Semua huruf Lam al-Jar dengan kalimah Terdapat pada empat tempat iaitu al-
al-Jar selepasnya (kecuali pada empat tempat- Nisa’:78, al-Kahfi:79, al-Furqan:7 dan
sila lihat sebelah). Contoh; al-Ma’arij:36. Contoh;
(Al-Fatihah:4). ‫ ﻣﻠﻚ ﯾﻮم اﻟﺪﯾﻦ‬- ( Al-Furqan:7).‫ وﻗﺎﻟﻮا ﻣﺎ ل ھﺬا اﻟﺮﺳﻮل‬-
‫ ﯾﻮﻣﮭﻢ‬Semua kalimah ini ditulis bersambung Terdapat pada dua tempat iaitu
(‫( )ﯾﻮم ھﻢ‬kecuali pada dua tempat seperti sebelah). Ghafir:16 dan al-Dhariat:13.
Contoh; Contoh;
(Al-Zukhruf:83) ‫ ﺣﺘﻲ ﯾﻠﻘﻮا ﯾﻮﻣﮭﻢ اﻟﺬى ﯾﻮﻋﺪون‬- (Al-Dhariat:13). ‫ ﯾﻮم ھﻢ ﻋﻠﻰ اﻟﻨﺎر ﯾﻔﺘﻨﻮن‬-
‫ ﻓﯿﻤﺎ‬Semua kalimah ini ditulis bersambung Terdapat pada dua tempat iaitu al-
(‫( )ﻓﻲ ﻣﺎ‬kecuali pada dua tempat seperti sebelah). Syuara’:146 dan al-Baqarah:240.
Contoh; Contoh;
(Al-Sajdah:25) ‫ ﻓﯿﻤﺎ ﻛﺎﻧﻮا ﻓﯿﮫ ﯾﺨﺘﻠﻔﻮن‬- (Al-Syuara’:146) ‫أﺗﺘﺮﻛﻮن ﻓﻲ ﻣﺎ ھﮭﻨﺎ ءاﻣﻨﯿﻦ‬
‫ ﻣﻤﺎ‬Semua kalimah ini ditulis bersambung Terdapat pada dua tempat iaitu al-Nisa’

13

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


(‫( )ﻣﻦ ﻣﺎ‬kecuali pada dua tempat seperti sebelah). :25 dan al-Rum : 28. Contoh;
Contoh; ‫ھﻞ ﻟﻜﻢ ﻣﻦ ﻣﺎ ﻣﻠﻜﺖ أﯾﻤﻨﻜﻢ ﻣﻦ ﺷﺮﻛﺂء‬
(Yasin:71).‫ أﻧﺎ ﺧﻠﻘﻨﺎ ﻟﮭﻢ ﻣﻤﺎ ﻋﻤﻠﺖ أﯾﺪﯾﻨﺎ أﻧﻌﻤﺎ‬- (Al-Rum: 28)
‫أﯾﻦ ﻣﺎ‬ Terdapat pada tiga tempat iaitu al-Baqarah Semua kalimah ini ditulis terpisah
(‫ ) أﯾﻨﻤﺎ‬: 115, al-Nahl:76 dan al-Nisa’:78. (kecuali pada tiga tempat seperti
Contoh; sebelah). Contoh;
(Al-Baqarah:115). ‫ ﻓﺄﯾﻨﻤﺎ ﺗﻮﻟﻮا ﻓﺜﻢ وﺟﮫ اﷲ‬- (Ali Imran:112)‫ ﺿﺮﺑﺖ ﻋﻠﯿﮭﻢ اﻟﺬﻟﺔ أﯾﻦ ﻣﺎ ﺛﻘﻔﻮا‬-

‫ إن ﻟﻢ‬Terdapat pada satu tempat sahaja iaitu; Semua kalimah ini ditulis terpisah
(‫)إﻟّﻢ‬ (Hud:14) ‫ ﻓﺈﻟﻢ ﯾﺴﺘﺠﯿﺒﻮا ﻟﻜﻢ‬- (kecuali pada surah Hud:14). Contoh;
(Al-Kahfi:6). ‫إن ﻟﻢ ﯾﺆﻣﻨﻮا ﺑﮭﺬا اﻟﺤﺪﯾﺚ أﺳﻔﺎ‬-
‫ أن ﻟﻦ‬Terdapat pada dua tempat sahaja iaitu al- Semua kalimah ini ditulis terpisah
(‫ )أﻟﻦ‬Kahfi: 48 dan al-Qiyamah:3). Contoh; (kecuali pada al-Kahfi: 48 dan al-
(al-Kahfi:48) ‫ أﻟﻦ ﻧﺠﻌﻞ ﻟﻜﻢ‬- Qiyamah:3). Contoh;
(Al-Balad:5) ‫ أﯾﺤﺴﺐ أن ﻟﻦ ﯾﻘﺪر ﻋﻠﯿﮫ اﺣﺪ‬-

Rahsia Penggunaan Kaedah Menyambung dan Memisahkan Kalimah


Kaedah ini juga mempunyai kaedah yang tersendiri. Jika dilihat dari segi makna,sememangnya
kalimah tersebut mempunyai makna berbeza apabila bersambung dan berpisah.Sebagai contoh,
kalimah (‫ ) أم ﻣﻦ‬yang dipisahkan dalam Firman Allah S.W.T ( ‫ ) أم ﻣﻦ ﯾﻜﻮن‬dan disambung pula
pada Firman Allah ( ‫) أﻣﻦ ﯾﻤﺸﻰ‬.Apabila ditulis dengan terpisah ia bermakna ( ‫) ﺑﻞ‬,tetapi
membawa makna lain pula jika ditulis bersambung.

Kaedah Ma Fih Qira’atan (Kalimah yang mempunyai dua wajah bacaan)


Kaedah penulisan kalimah yang tergolong dalam kumpulan ini boleh dibahagikan kepada tiga
bahagian;
1- Bertepatan penulisannya dengan dua wajah qiraat
Antara kalimah yang terbabit ialah (‫ )ﻓﻜﮭﯿﻦ‬yang ditulis dengan hazaf huruf Alif tetapi boleh
dibaca sama ada panjang atau pendek pada huruf Fa’.
2.Ditulis mengikut salah satu dari dua wajah qiraat.
Keadaan ini berlaku apabila salah satu dari dua bacaan tersebat lebih masyhur.Contohnya
kalimah (‫ ) اﻟﺼﺮط‬yang ditulis dengan huruf Sad berbanding huruf Sin yang kurang masyhur
penggunaannya dikalangan ahli qiraat yang mutawatirah.
3.Berlaku penambahan disebabkan wajah qiraat yang berbeza.
14

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Penambahan ini berlaku apabila perbezaan yang wujud antara qiraat tidak dapat diselaraskan
sama sekali menyebabkan kaedah tulisan yang diguna oleh sesuatu qiraat tidak boleh diguna
pakai oleh qiraat lain.Contoh seperti firman Allah (‫ ) ﺟﻨﺖ ﺗﺠﺮى ﺗﺤﺘﮭﺎ اﻷﻧﮭﺮ‬yang di tulis
sedemikian pada sesetengah mashaf dan ditambah kalimah (‫ ) ﻣﻦ‬selepas (‫ ) ﺗﺠﺮى‬pada mashaf
yang lain.

Rahsia Penggunaan Kaedah Penulisan yang Sama


Kaedah ini digunakan bagi menyesuaikan kalimah tersebut dengan pelbagai jenis wajah bacaan
yang diharuskan.Contohnya kalimah ( ‫ ) ﯾﺨﺪﻋﻮن‬ditulis tanpa huruf Alif selepas Kha dalam
Firman Allah ( ‫ ) وﻣﺎ ﯾﺨﺪﻋﻮن إﻻ أﻧﻔﺴﮭﻢ‬bagi membolehkannya dibaca oleh qiraat yang mengekalkan
Alif tersebut atau qiraat yang menghazafkannya. Ini merupakan satu lagi kelebihan yang terdapat
pada Rasm Uthmani iaitu terdapatnya beberapa kalimah yang ditulis dengan kaedah tulisan yang
sama,walau berbeza pada wajah bacaannya (qiraat).

Hukum menggunakan Rasm Uthmani


Sesungguhnya pihak orientalis sentiasa mencari peluang untuk menyebarkan dakyah jahat
mereka terhadap Islam. Hal sedemikian tidak terkecuali dalam urusan pembacaan dan penulisan
al-Quran al-Syarif. Pelbagai tohmahan telah dibuat terhadap kepelbagaian yang berlaku dalam
wajah qiraat dan penulisan al-Quran termasuklah dakwaan bahawa al-Quran dibaca dan tulis
dengan sesuka hati mengikut selera dan kehendak nafsu.Oleh itu saya berpendapat, adalah
menjadi satu kefarduan bagi setiap muslim untuk mempelajari serta menggunakan Mashaf Rasm
Uthmani dalam pembacaan mahupun penulisan al-Quran. Berdasarkan kepada kajian yang
dibuat oleh para ulama,mereka bersependapat bahawa Mushaf Rasm Uthmani adalah yang
terbaik untuk dijadikan panduan dan diguna pakai masa kini kerana ia menepati dengan apa yang
diajar oleh Rasulullah s.a.w, malah itulah kaedah yang sewajar digunakan selamanya.Keteguhan
pegangan dan pengetahuan yang mendalam terhadapnya akan menjadi benteng penghalang
kepada ancaman orientalis untuk melakukan dakyah terhadap kemukjizatan al-Quran yang
sememang akan terpelihara sehingga akhir zaman.

15

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Kesimpulan
Ramai ulama’ telah meneliti dan menyelidik penulisan kalimah-kalimah dalam mushaf Uthmani.
Mereka juga telah membuat beberapa siri perbahasan mengenai perkara tersebut. Hasil dari
perbincangan itu, lahirlah beberapa buah buku seperti “al-maqna’” karangan Imam Abu Amru
al-Dani, “ Al-Rasm” karangan Seikh Muhammad bin Yusof Atfish yang menerangkan tujuan
serta rahsia disebalik kelainan cara penulisan tersebut.Amatlah wajar bagi setiap muslim
memahami rahsia disebalik penulisan Rasm Uthmani disamping mengusai ilmu tajwid yang
wajib itu.

16

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com


Rujukan:

Abd. Rahman Abd Ghani (2008),Rasm Uthmani Pelengkap Pembacaan al-Quran.


Kuala Lumpur:Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Al-Quran, Mushaf al-Madinah al-Nabawiyah, Kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd.

Ahmad Kamarudin Ibrahim (2007), Rasm Uthmani.


Seri Kembangan: Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Al-Hafiz Jalal al-Din Abd al-Rahman al-Sayuti (1987), Al-Itqan fi Ulum al-Quran, juz 2.
Beirut: Dar Ibn Kathir.

Al-Syaykh Ibrahim bin Ahmad al-Marghani al-Tunisi (1995), Dalil al-Hayran


ala Mawrid al-Zam’an I Fanny al-Rasm wa al-Dabt .
Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Haji Abd.Qadir Leong (2008), Tajwid al-Quran Rasm Uthmani.


Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd.

Sya’ban Muhammad Ismail(Dr)(1986),Al-Qiraat Ahkamuha wa Masdaruha.


Kaherah: Dar al-Salam

http://nayie.blogspot.com/2009/03/rasm-uthmani.html

http://kerabujantung.blogspot.com/2009/05/awas-quran-bukan -rasm-uthmani.html.

http://syathibie.blogspot.com/2008/10/al-rasm-uthmani-17.html

17

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

You might also like