P. 1
Teknologi grafik, animasi, audio dan video

Teknologi grafik, animasi, audio dan video

|Views: 2,929|Likes:
Published by ummuadam_24

More info:

Published by: ummuadam_24 on Aug 29, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/04/2013

pdf

text

original

TEKNOLOGI GRAFIK, AUDIO, ANIMASI DAN VIDEO Oleh: Zuazlina Sadri 1.

0 PENGENALAN

Era pendidikan pada masa kini telah melangkah setapak demi setapak bersama dengan perkembangan teknologi multimedia, yang mana salah satu daripada aplikasi penggunaan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah dengan memanipulasikan penggunaan Komputer atau lebih dikenali sebagai Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK).

Sebagaimana diketahui umum setiap sekolah diwajibkan mempunyai makamal komputer serta kelengkapan lain yang berupa penggunaan LCD Projektor di sediakan di dalam bilik Alat Pandang Dengan (APD), ini adalah kerana Pengajaran Berbantukan Komputer amat digalakkan dikalangan guru-guru.

Menurut Jamalludin dan Zaidatun,2003 Pelbagai kaedah baru diperkenalkan bagi menjadikan pengajaran guru lebih berkesan dan pembelajaran murid lebih bermakna. Antara kaedah berkenaan adalah penggunaan Multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran yang mampu mencapai tujuan tersebut.

Lima elemen utama multimedia yang sering digunakan iaitu teks, grafik, animasi audio dan video. Namun di dalam Ulasan ini penulis lebih fokus tentang penggunaan grafik dan video dalam usaha menambah baik penganjaran dan pembelajaran. Selain itu,

1
TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)

perbincangan akan berkisarkan pro dan kontra keberkesanan grafik dan video yang disokong oleh kajian-kajian ilmiah.

2
TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)

1.0

SINOPSIS / DAPATAN

Melalui penbacaan yang telah dilakukan, mendapati artikel yang bertajuk “Ciri Ciri Video Yang Berkesan Serta Peranannya Dalam Pendidikan” lebih mengfokuskan kajian mengenai keberkesanan penggunaan video ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, peranan dan isu-isu aplikasi video dalam pendidikan.

Artikel turut mengupas mengenai hubungkaitkan ciri-ciri video yang dapat memberikan kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya, dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang menggunakan kemudahan aplikasi teknologi terkini iaitu penggunaan persembahan video yang terdapat di dalamnya elemen audio, teks, grafik atau animasi bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai.

Dengan aplikasi video, pelajar bagaikan dapat dibawa ke mana-mana sahaja, terutamanya apabila peristiwa yang ditayangkan itu berbahaya atau terlalu jauh untuk dilawati. Selain itu, video juga berperanan sebagai ejen yang dapat mengubah sikap seseorang yang mana ia lebih berkesan berbanding dengan menggunakan kaedah syarahan serta lain-lain kaedah (kaedah tradisional) yang biasa digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, antara isu-isu aplikasi video dalam pendidikan yang dibincangkan di dalam artikel ini seperti isu gabungan elemen multimedia ( teks, grafik, animasi dan audio ) yang terdapat di dalam video terbukti dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Selain itu, penggunaan video juga dapat merangsang deria penglihatan dan pendengaran

3
TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)

pelajar. Walaubagaimana pun, timbul aplikasi

juga beberapa masalah di dalam penggunaan

video seperti peralatan yang tidak lengkapi kerana kos pengurusaan dan

kewangan sekolah yang tidak mencukupi, juga timbul isu guru yang kurang berkemahiran bagi mengendalikan aplikasi video ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Namun, Perlu di perhatikan juga guru yang menggunakan video perlulah memastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai dengan mengadakan aktiviti sebelum, semasa dan selepas video ditayangkan.

Antara aspek serta ciri-ciri video yang berkesan dijelaskan di dalam artikel ini adalah seperti:

o Matlamat/ Objektif Memastikan objektif penggunaan media elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran tercapai dalam memberi kefahaman kepada pelajar.

o Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Terdapat daya penarik serta mengelakkan kebosanan. Penggunaan video juga dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam.

o Kandungan Kandungan mestilah mudah difahami, mengikut urutan (daripada topik yang mudah sehingga topik yang sukar) diisi dengan maklumat terkini dan bahasa penyampaian yang mudah.

4
TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)

o Penggunaan Penggunaan media mestilah bersesuaian dengan kos peralatan, selamatan digunakan, menjimatkan masa sekaligus meningkatkan kefahaman pelajar.

o Persembahan Teks tersusun, warna grafik dan animasi yang bersesuaian.

o Penformatan Visual yang mempunyai skrin paparan yang dapat menarik minat pelajar.

o Kreativiti Interagsi teks, grafik, animasi audio serta video yang dapat menggalakkan perkembangan kreatif dan kritikal dikalangna pelajar.

o Nilai Pendidikan Media mestilah releven dan memenuhi sukatan, menghasilkan

pembelajaran yang kekal dan bermakna serta memupuk perkembangan koordinasi mata, otak dan kemahiran motor.

o Aspek Motivasi

5
TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)

Keberkesanan

media

daripada

aspek

motivasi

berlaku

apabila

persembahan visual menarik dan diselitkan nilai murni yang bersesuaian.

o Menarik Perhatian Gabungan elemen multimedia ( teks, grafik, animasi, video dan audio ) yang berjaya menarik perhatian pelajar.

o Kognitif Video boleh digunakan dalam menyampaikan prinsip dan peraturan.

o Psikomotor Video dapat dikawal sekaligus dapat dilaju atau diperlahankan dalam menunjukkan sebarang tindak balas peringkat demi peringkat. Ringkanya, penggunaan video dapat meningkatkan prestasi pelajar sekaligus membantu guru mencapai objektif pembelajaran.

6
TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)

3.0

PERBINCANGAN Di dalam perkembangan teknologi masa kini, penggunaan elektronik amat

digalakkan terutamanya dalam memperkembangkan sistem pendidikan negara, guru-guru digalakkan menggunakan elemen teknologi dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat merangsang deria penglihatan dan pendengaran (Nurul Fatiha) pelajar sekaligus membantu guru untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Selain itu, dalam penggunaan aplikasi video yang terdapatnya elemen grafik, animasi, dipercayai mempunyai kelebihan berbanding grafik statik (Aminordin Che Lah). Penggunaan grafik dalam Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) dapat menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang lebih tinggi (Jamalludin, Baharuddin dan Zaidatun), Menurut Aminordin Che Lah lagi, grafik animasi turut membekalkan maklumat tambahan melalui dua atribut penting iaitu gerakan dan trajektori. Penggunaan grafik animasi untuk menyampaikan maklumat digambarkan sebagai pendekatan “ belajar melalui melihat” kerana gabungan penyampaian grafik dan teks mampu mengukuhkan ingatan. Apabila menyentuh aspek tarikan video dalam membantu guru ketika pengajaran dan pembelajaran yang dijelaskan dalam artikel berkenaan, saya amat bersetuju ini berdasarkan pandangan ilmiah yang lain, antaranya, penggunaan multimedia interaktif, mendapati pelajar lebih berminat dan berasa seronok ketika pembelajaran (Lee Jun Choi, Noor Shah Mohd, Salleh Peter Songan). Menurut Lee Jun Choi, Noor Shah Mohd, Salleh Peter Songan, ini adalah disebabkan keupayaan multimedia memaparkan pelbagai visual dan suara jika dibandingkan dengan media cetak misalnya, buku teks matematik dan lain-lain bahan bantu mengajar yang bersifat statik. Mendapatkan perhatian pelajar merupakan peristiwa pengajaran yang penting. Grafik animasi mampu memberi rangsangan untuk mendapatkan perhatian melalui kesan khas sama ada teks atau grafik(
7
TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)

Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003). Walau bagaimanapun, persembahan grafik animasi tidak mencukupi hanya sekadar menarik perhatian pelajar dalam set induksi tetapi perlulah dilihat penggunaannya dengan lebih mendalam sebagai jentera pembelajaran (Aminordin Che Lah). Bahkan, menurut Dublin (1996) pembelajaran melalui komputer dapat menambahkan inspirasi dan meningkatkan minat. Namun begitu, terdapat juga kajian yang dilakukan bagi mendapatkan data tentang kaitan penggunan aplikasi video atau lebih umumnya penggunaan aplikasi penggunaan multimedia dalam pendidikan dengan pencapaian pelajar mendapati mendapati keputusan yang diperolehi daripada kutipan data kuantitatifnya memihak kepada peratusan yang lebih tinggi bagi kumpulan bahan bercetak berbanding bagi kumpulan pelajar yang mempunyai pencapaian matematik sederhana dan tinggi (Lee Jun Choi, Noor Shah Mohd, Salleh Peter Songan). Namun begitu Keputusan kualitatif pula memberikan keputussan yang sebaliknya. Ini jelas menunjukkan PBK menghasilkan dapatan yang tidak konsisten (Aminordin Che Lah), hal ini terbukti melalui kajian yang dilakukan oleh Rieber yang menjalankan meta-analisis ke atas 12 kajian kesan grafik animasi dalam PBK mendapati hanya 4 kajian menunjukkan kelebihan grafik animasi secara signifikan berbanding grafik statik. Manakala meta-analisis oleh Szabo dan Schlender ke atas 22 kajian mendapati 11 kajian menunjukkan kelebihan grafik animasi dalam PBK dan 11 yang lain tidak menunjukkan kelebihan grafik animasi seperti yang diharapkan. Meta-analisis 45 kajian oleh Anglin, Towers dan Levie pula mendapati 21 kajian menunjukkan kelebihan grafik animasi secara signifikan berbanding grafik static. Kulik, Bergert dan William (1983) telah mengkaji keberkesanan penggunaan PBK terhadap 48 orang pelajar. Hasil kajiannya menunjukkan bahawa 39 orang pelajar yang menggunakan komputer memperoleh markah yang labih tinggi berbanding dengan pelajar yang menggunakan kaedah tradisional. Ini menunjukkan bahawa kita mesti sedar akan bahawa tidak ada satu media yang sempurna dan boleh memenuhi semua keperluan. Namun, kita mestilah berusaha untuk menjadikan

8
TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)

teknologi tersebut

dapat digunakan

semaksima mungkin. Penggunaan teknologi

multimedia merupakan alternatif yang tepat saat ini kerana multimedia dapat menyentuh seluruh media pendidikan dalam satu perisian (Gagne,1971). Selain itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran fokus utama seorang guru adalah memastikan setiap matlamat pengajaran mencapai objektifnya. Justeru itu, proses pengajaran memerlukan persediaan yang mantap oleh seorang pendidik sebelum terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Menurut Zawawi Hj. Ahmad (1992) pengajaran seorang guru bukanlah semata-mata dengan hanya menyampaikan kandungan pelajaran yang dikuasainya itu kepada muridnya. Seorang guru perlulah kreatif, menurut Robiah Sidin dan Hassan Langgulung (1980) Kreativiti bagi seorang guru merupakan elemen yang dapat dipergunakan untuk menghasilkan satu bentuk pengajaran dinamik. Selain itu guru yang bermatlamat sentiasa mempersiapkan diri dengan dengan ilmu pengetahuan terkini sebagai contohnya kemahiran menggunakan aplikasi penggunaan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Yusri Mat Johor (2004) mendapati 92.5% daripada 40 orang guru sejarah di 12 buah sekolah menengah dalam daerah Bentong, Pahang bersetuju bahawa penggunaan komputer dapat meningkatkan minat pelajar terhadap pengajaran sejarah. Namun menuruut Yusri Mat Johor (2004), hanya terdapat sebilanag kecil sahaja di kalangan para guru yang dapat mengendalikan dan menguasai aplikasi komputer ini sepenuhnya. Oleh itu, kurangnya kemahiran yang dimiliki oleh guru memberi kesan kepada proses pengajaran yang melibatkan penggunaan aplikasi multimedia. Kesimpulannya, segala kaedah-kaedah serta penemuan baru di dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran adalah dengan satu tujuan murni iaitu bagi memastikan setiap pelajar dapat menguasai ilmu pengetahuan bagi menempuhi dunia yang semakin memcabar ini.

9
TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)

4.0

KESIMPULAN

Dunia pendidikan sangat mengharapkan kehadiran media pembelajaran yang bermutu tinggi untuk meningkatkan kulaiti pendidikan. Kehadiran media seperti ini tidak bermakna kehilangan peranan guru sebagai penentu jalan proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, kehadiran media pembelajaran yang berkesan boleh membantu mempertingkatkanlagi mutu pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran teknologi multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana media pembelajaran ini mempunyai keupayaan yang tidak diperoleh oleh media lain sebelum ini. Teknologi multimedia adalah salah satu media pembelajaran baru yang boleh digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Ini adalah kerana multimedia menyepadukan pelbagai media; vedio, teks, suara, imej, grafik dan animasi. Selain daripada gabungan itu, satu lagi keistimewaannya yang utama ialah kebolehan interakviti. Ini dapat menarik minat pelajar serta menyokong perkembangan pelajar yang masih dalam intelensi dan kreativiti. Sekaligus memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai dan mengembang esatkan lagi system pendidikan Negara.

TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)

1 0

RUJUKAN

Grafik Dalam Pembelajaran www.sahc.kedah.edu.my/esei_karya, 7 Januari 2009 Teknologi Internet Dalam Pendidikan : Ciri, Penggunaan, Aplikasi Dan Multimedia Interaktif www.scribd.com/doc/4762752/Peranan-ICT-Dalam-Pendidikan, 8 Januari 2009

Teknologi Multimedia Dalam Pendidikan www.ctl.utm.my/publication/manuals/mm/elemenMM.pdf, 8 Januari 2009 Lee Jun Choi, Noor Shah Mohd Salleh, Peter Songan www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan, 10 Januari 2009 Penggunaan Teknologi Pengkomputeran Atau Bergantung Kepada Kreativiti Guru. www.faizalsarail.files.wordpress.com, 10 Januari 2009 Multimedia Dan Teknologi Komunikasi Dalam Pengajaran www.pibgsekolah.com/anaini/file/file/multimedia, 10 Januari 2009

Penbinaan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer Pendidikan Islam KBSR Tahun 6 www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/p, 14 Januari 2009 Kepentingan Komputer Kepada Manusia www.semestian.net/ghalib/?p=41, 14 Januari 2009 Aliran Pendidikan

TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)

1 1

www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=News&file=print&sid=378, 14 Januari 2009

TEKNOLOGI AUDIO, VIDEO, GRAFIK & ANIMASI DIGITAL (SPM 2303)

1 2

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->