You are on page 1of 9

“Konsep seorang guru menurut perspektif Islam”

Pengenalan

Bagi membincangkan tajuk “Konsep seorang guru menurut perspektif Islam”


maka perlu difahamai terlebih dahulu akan konsep pendidikan menurut Islam.
Pendidikan menurut Islam mempunyai kedudukan yang tinggi. Ini dibuktikan
dengan wahyu pertama yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang
menyuruh bagainda membaca dalam keadaan beliau yang ummi. Di samping itu,
wahyu ini juga mengandungi suruhan belajar mengenali Allah s.w.t., memahami
fenomena alam serta mengenali diri yang merangkumi prinsip-prinsip aqidah,
ilmu dan amal. Ketiga-tiga prinsip ini merupakan teras kepada falsafah
pendidikan Islam.

Definisi pendidikan juga kerapkali menampakkan perbezaan dalam penekanan


dan konsepnya di kalangan sarjana Barat. Ahli falsafah Amerika, John Dewey
menyatakan bahawa pendidikan adalah “The process of forming fundamental
dispositions, intellectual and emotional forwards nature and fellow men.”

Prof. H. Hone pula berpendapat: “Education is the eternal process of superior


adjustment of the physically developed, free conscious, human beings to God as
manifested in the intellectual, emotional and relational environment of men.”

Ahli falsafah Yunani yang terkenal, Plato mengatakan pendidikan bererti


memberi keindahan dan kesempurnaan yang mungkin diberikan kepada jasmani
dan rohani

Dilihat dari takrif yang diberikan Srajana Barat, difahamkan bahawa pendidikan
itu hanya sebagai proses melatih akal, jasmanu dan moral supaya dibentuk
menjadi manusia dan warganegara yang baik. Manakala menurut perspektif
Islam, pendidikan mempunyai pengertian dan konsep yang lebih luar atau
syumul.

Prof. Hassan Langgulung (1987) menegaskan pendidikan sebagai merubah dan


memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu masyarakat melalui
pelbagai proses. Proses pemindahan tersebut ialah pengajaran, latihan dan
indoktrinasi. Pemindahan nilai-nilai melalui pengajaran ialah memindahkan
pengetahuan dari individu kepada individu yang lain; dan latihan ialah
membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh kemahiran, sementara
indoktrinasi pula menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh
orang lain. Ketiga-tiga proses ini berjalan serentak dalam masyarakat primitif dan
moden.

Dr. Yusuf al-Qardawi (1980) pula mendefinisikan pendidikan sebagai pendidikan


bagi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan
tingkahlaku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia bagi menghadapi
masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan
kepahitan.

Kesimpulannya, pendidikan menurut Islam ialah satu proses berterusan untuk


merubah, melatih, dan mendidik akal, jasmani, dan rohani manusia dengan
berasaskan nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi melahirkan insan
yang bertaqwa dan mengabadikan diri kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkan
kejayaan di dunia dan akhirat.

Konsep Pendidikan

Pendidikan berakar umbi daripada perkataan didik yang bererti pelihara, ajar dan
jaga. Setelah dijadikan analogi, pendidikan boleh dihuraikan sebagai satu proses
yang berterusan untuk menjaga dan memelihara pembesaran tubuh badan dan
pertumbuhan bakat manusia dengan rapi supaya dapat melahirkan orang yang
berilmu, baik tingkah laku dan dapat mengekalkan nilai-nilai budaya di kalangan
masyarakat.

‘Pendidikan’ di dalam Bahasa Arab

Walaupun ketiga-tiga istilah (di bawah) merujuk kepada pendidikan, ‘tarbiyah’


adalah yang tepat dan sering digunakan. Ini adalah kerana perkataan ‘tarbiyah’
menurut sarjana Pendidikan Islam berasal dari “rabb” yang merujuk kepada Allah
s.w.t sebagai pendidik umat manusia

Ta’lim

Firman Allah s.w.t. bermaksud :

“Dan Dia telah mengajar Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan
gunanya, kemudian ditunjukkan kepada Malaikat lalu ia berfirman: Terangkanlah
kepada aku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar.”

Tarbiyah

Firman Allah s.w.t. bermaksud:

“...dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata), Wahai Tuhanku, cucurkanlah


rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih
sayangnya memelihara dan mendidikku sesama kecil.”

Ta’dib

Hadith Rasulullah s.a.w.

“Allah mendidikku, maka Dia memberikan kepadaku sebaik-baik pendidikan.”


Guru Menurut Islam

Guru menurut Islam lebih tepat dikatakan sebagai “Da’i”, pendakwah yang
memperjuangkan nilai-nilai tertentu, yakni nilai-nilai Islami. Seorang guru
berperanan penting dalam melaksanakan misi amar ma’ruf nahi munkar, maka
cirri khas seorang guru itu haruslah menyebarluaskan informasi tentang perintah
dan larangan Allah SWT. Pesannya haruslah berisi usaha untuk mempengaruhi
manusia agar berperilaku bersesuaian dengan ajaran Islam. Berikut adalag
beberapa peranan seorang guru di dalam Islam yang patut diambil sebagai
panduan:

A. Sebagai Pendidik (Muaddib)

Dalam kaitannya dengan fungsi edukasi yang Islami, harusalah lebih banyak
menyodorkan pemberitaan yang lebih membawa muatan kepada ajaran Islam.
Mendidik umat Islam agar melaksanakan perintah Allah SWT dan menjauhi
segala larangan-Nya. Memikul tugas untuk mencegah umat Islam dan
berperilaku yang menyimpang dari syari’at Islam, serta melindungi umat dari
pengaruh media massa non-Islami yang anti Islam.

B. Sebagai Musaddid (Pelurus Informasi)

Dalam hal ini, setidaknya ada 3 hal yang harus diluruskan oleh jurnalisme Isla.
Pertama, informasi tentang ajaran dan umat Islam. Kedua, informasi tentang
karya-karya atau prestasi umat Islam. Ketiga, dituntut mampu menggali,
melakukan penelitian tentang kondisi umat Islam di berbagai penjuru dunia.
Dalam kaitannya sebagai pelurus informasi ini, jurnalistik Islam dituntut harus
mampu mengikis fobia Islam (Islamopobhia) yang merupakan prioduk
propaganda pers barat yang anti Islam.
C. Sebagai Mujaddid (Pembaharu)

Pembaharu yang dimaksudkan adalah penyebar paham pembaharuan akan


pemahaman dan pengamalan ajaran Islam (reformasi Islam). Jurnalistik Islami
haruslah menjadi alat bagi para pembaharu Islam yang menyerukan Islam.
Memegang teguh Al-Quran dan As-Sunnah, memurnikan pamahaman tentang
Islam dan pengamalannya. Ikut serta sebagai alat memberikan informasi dalam
usaha membersihkan ibadah umat dari bid’ah, khurafat, tahayul dan isme-isme
asing yang non-Islam , dan menerapkannya dalam segala aspek kehidupan
umat.

D. Sebagai Muwahid (Pemersatu)

Dalam menjalankan fungsinya sebagai muwahid ini, dimaksudkan jurnalistik


Islam dapat menjadi jembatan yang mempersatukan umat Islam. Jurnalistik
Islam harus mampu menerapkan kode etik jurnalistik yang berupa impartiality
(tidak memihak pada golongan tertentu) dan mampu menyajikan dua sisi
pandang setiap informasi. Jurnalistik Islami harus mampu membuang jauh-jauh
sikap sekterian.

E. Sebagai Mujahid (Pejuang)

Dalam fungsinya sebagai pejuang, maksudnya mencoba menampilkan tulisan-


tulisan yang berusaha keras membentuk pendapat umum yang mendorong
penegakkan nilai-nilai Islam, menyemarakkan syi’ar Islam, mempromosikan
syi’ar Islam, mempromosikan citra Islam yang positif dan rahmatan lil ‘alaamin,
serta menanamkan ruuhul jihad di kalangan umat.

Berkait dengan peranan guru dalam bidang akhlak maka peranan yang paling.
Penting ialah memahamkan pengertian akhlak yang sebenar menurut perspektif
Islam . Akhlak dalam Islam mempunyai pengertiannya yang tersendiri. Rasulullah
diutus untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia. Rasulullah menerangkan
"Addin atau agama ialah akhlaq yang baik. Orang yang paling hampir di sisiku
pada hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaqnya." Banyak lagi hadith-
hadith dan ayat-ayat al-Qur'an yang menerangkan tentang akhlaq tidak dapat
kita perturunkan di sini.

Apakah yang dimaksudkan dengan akhlak? Adakah persoalan- persoalan pokok


yang menjadi topik-topik perbicaraan ilmu akhlaq ? Bagaimana membangunkan
akhlaq ? Inilah soalan-soalan yang perlu difahami sebelum seseorang guru
berjaya dalam melaksanakan tugas murni mereka.

Pengertian Akhlak

Dari segi bahasa, "Akhlaq ialah kata jama' dari "Al Khulq". Dalam lisan 'l Arab ia
bermakna tabiat atau watak .Ia juga bermakna maru'ah, ADDIN atai FITRAH
menurut Qamus 'l Muhit.

Pada hakikatnya ia adalah penyifatan tentang gambaran batin seseorang.


Gambaran jiwa, ciri-cirinya dan kandungannya yang tersendiri. Ini mencerminkan
lahiriah , sifat seseorang dan segala kandungan sifat itu. Gambaran ini samada
yang zahir atau batin boleh disifatkan dengan sifat yang terpuji dan sebaliknya
yang tercela.

Menurut Imam Al Ghazali, Al-Khulq ialah suasana kejiwaan yang mantap yang
menerbitkan perbuatan, perbuatan itv terbit begitu sahaja tanpa berfikir dan
merenung panjang. Sekiranya suasana kejiwaan yang menjadi sumber
perbuatan itu memerlukan tindak-tanduk yang baik. Tetapi kalau muncul yang
sebaliknya, maka suasana kejiwaan itu dinamakan sebagai akhlaq yang buruk.

Aliran rasional dalam kalangan failasuf muslim seperti Ibnu Maskawaih


menakrifkan akhlaq seperti berikut :

"Sesuatu keadaan (sika) diri yang mendorong sesorang bertindak melakukan


perbuatan yang serasi dengannya tanpa merenung dan berfikir panjang
Keadaan atau sikap ini terbahagi kepada dua :

Yang tabi'i dan semula jadi

Yang diperoleh melalui kebiasaan dan latihan sehingga menjadi sebati dan
sifat diri

Perbincangan

Oleh sebab itu soal membangun manusia merupakan soal asas bagi agama
samawi. Para Rasul diutus untuk membanqun kemanusiaan yang semakin pudar
dan larut dihanyutkan oleh badai nafsu dan godaan syaitan. Pudar lantaran
mengikut pimnpinan manusia munafiq dan tidak punya pegangan. Apabila rasul-
rasul yang diutus untuk mendidik manusia telah pulang ke rahmat Allah tugas ini
dipikul oleh para alim ulama' Mereka mendidik umat rasul dengan ajaran-ajaran
yang diwarisi oleh Tuhan Pencinta manusia yang mereka warisi dari para rasul.
Dekikianlah, pula terus berkembang. Perkembangan membawa kemajuan dan
kesan-kesannya.

Di samping proses Islamisasi ilmu-ilmu. yang bercorak sekular. Para pendidik


tersebut perlu memperdalamkan pencapaian dan peningkatkan bentuk
penghayatan mereka terhadap ajaran Islam. Dengan demikian ber berkuranglah
perbedaan dalam kesan pembelajaran yang ditinggalkan oleh para guru
terhadap murid-murid. Mereka perlu didampingkan dengan para ulama untuk
merujuk pandangan Islam dalam hal-hal yang mereka sendiri kurang arif.
Hubungan ini perlu demi mamastikan pertautan semula pemikiran Islam di
kalangan umat Islam Dalam waktu yang sama para ulama harus meningkatkan
daya penggarapan mereka terhadap ilmu umum demi meneguhkan kepercayaan
umat terhadap kecendikiawanan mereka.
Kesimpulan

Demikianlah, perubahan demi perubahan dilalui. Kini pendidikan tidak lagi


merupakan golongan ustaz atau ulama. Sifat' dan pesatnya perkembangan ilmu
itu sendiri tidak lagi memungkinkan demikian. Yang mungkin ialah para pendidik
ilmu diserapkan dengan pendekatan Islam dalam bidang ilmu takhassus yang
mereka pelajari. Dengan penyerapan ini diharapkkan unsur-unsur akhlaq akan
membajai pengajaran mereka dalam berbentuk keperibadian bangsa dan
warganegara.
Rujukan:

1) http://kamalzharif.kamaludin.net/index.php?option=com_content&task=vie
w&id=17&Itemid=40

2) http://zulzaidi.blogspot.com/2008_07_01_archive.html

3) http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/2008_11_01_archive.html

4) http://temanpetunjuk.blogspot.com/2007_08_01_archive.html

You might also like