P. 1
Plato dan Falsafah

Plato dan Falsafah

|Views: 5,955|Likes:
Published by basik
use it wisely..=)
use it wisely..=)

More info:

Published by: basik on Aug 31, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/07/2013

pdf

text

original

APRISIASI DAN KRITIKAN SENI SSL1032

PENSYARAH : DR. JOHARI BIN AB. HAMID

NAMA : MUHAMAD NURBASIK BIN BAHARUDDIN NO. MATRIK : D020081033128 KURSUS : AT 23 – PENDIDIKAN SENI FAKULTI : SENI DAN MUZIK SEMESTER : 3

1

Plato dan Falsafah 1.0 Pengenalan Perkataan falsafah dikatakan berasal daripada bahasa Yunani atau Greek Purba yang bermaksud philosophia yang bermaksud cinta akan hikmah atau cinta akan kebijaksanaan. Istilah philosophia mula digunakan dalam abad ke-7 sebelum masihi (S.M.) oleh ahli falsafah Yunani yang bernama Pythagoras. Plato juga merupakan orang yang terawal memberikan takrif dengan lebih khusus. Plato menegaskan falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara disebalik sifat luarannya iaitu perkara sebenar yang menjadi asas dan inti pati pembentukan sesuatu benda atau perkara. Kini terdapat pelbagai takrif falsafah bergantung kepada sudut pandangan dan pegangan hidup pentakrifnya. Falsafah boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikan ilmu yang berasaskan renungan dan pentaakulan untuk merumuskan sifat, hakikat dan kandungan alam yang dilihat secara keseluruhan. Ilmu falsafah juga mengambil kira data dan bahan kajian daripada semua aspek alam semesta hasil daripada kajian tentang pelbagai bidang ilmu sains misalnya sains kemanusiaan, kemasyarakatan, keseniaan, ekonomi, politik, dan lain-lain. Dalam bidang falsafah terdapat pelbagai jenis falsafah antaranya ialah falsafah nazari atau theoria iaitu pengunaan akal atau fikiran. Selain itu terdapat falsafah juga falsafah amali iaitu praktis atau teknik yang dikatakan membentuk adab masyarakat. Dalam dunia falsafah terdapat ramai tokoh terkemuka yang telah melahirkan ideologi atau pelbagai fahaman yang berbeza mengikut pendirian tersendiri. Antara tokoh tersebut adalah Plato yang cukup dikenali oleh pencinta dunia falsafah yang telah dianggap sebagai pencentus idea atau nota kaki falsafah Barat. Plato ialah seorang ahli falsafah dari zaman Greek Klasik atau lebih dikenali sebagai Athens. Plato adalah seorang yang amat berpengatahuan luas dalam pelbagai bidang antaranya ialah dalam bidang sains kemanusiaan, kemasyarakatan, keseniaan, ekonomi, politik, dan lain-lain. Plato juga telah menyuarakan pendapatnya dengan tegas, padat dengan fakta-fakta, dan logik akal. Oleh sebab itu, segala pendapat-pendapat beliau yang bernas, falsafah-falsafah, serta teori-teori yang diutarakan oleh beliau masih digunakan sampai ke hari ini.

2

Plato dan Aristotle, The School of Athens oleh Raphael 2.0 Kisah Hidup Plato Plato dilahirkan pada 428 hingga 427 BC di Athens dan meninggal dunia antara 348 hingga 347 BC di Athens ketika berusia 80 tahun. Plato berasal dari keluarga aristokrat Athens yang memiliki peranan penting di Athens sejak turun-temurun. Bapa beliau bernama Ariston iaitu seorang bangsawan keturunan raja Kordus yang sangat dikagumi oleh rakyatnya disebabkan oleh kecekapan dan kebijaksanaannya memerintah Athens. Ibu beliau pula bernama Periktione iaitu seorang tokoh dan negarawan agung di Athens. Plato adalah seorang yang bijak, beliau berpendapat kita seharusnya berfikir berdasarkan sebab dan bukan hanya berdasarkan rasa atau gerak hati. Plato juga banyak menerangkan tentang apa itu realiti dan bagaimana untuk mencapainya. Selain daripada itu, Plato juga mewujudkan beberapa persoalan bagi menjelaskan lagi sifat realiti itu sendiri, antara persoalan-persoalan tersebut ialah tentang apa itu keputihan, kebulatan, dan kepokokan (Metaphysics – Persoalan yang membawa makna). Nama sebenar Plato adalah Aristokles dan beliau mendapat gelaran Plato oleh jurulatih senamannya kerana mempunyai bahu dan dahi yang lebar. diberikan Gelaran yang itu menjadi popular dan telah melekat menjadi pangilan harian dalam

kalangan masyarakat setempat ketika itu. Ketika beliau masih kecil lagi bapanya telah meninggal dan ibunya telah berkahwin dengan Pyrilampes iaitu seorang ahli politik di Athens. Lantaran itu, Plato telah dididik dan dibesarkan oleh Pyrilampes .

3

3.0 Pengaruh Socrates Seperti kanak-kanak yang lain, Plato telah mendapat didikan dari pelbagai guru falsafah dan diantaranya adalah Socrates. Sejak berumur 20 tahun, Plato telah menjadi anak didik Socrates dan Socrates telah memberi banyak pengaruh dalam kehidupan Plato terutama dalam bidang falsafah. Malah, Plato juga sangat mengagumi Socrates dalam setiap penghasikan karyanya dan ini terbukti apabila Plato seperti kehilangan segalagalanya apabila Socrates telah ditangkap dan dihukum mati oleh pemerintah atas tuduhan menghasut golongan muda agar tidak percaya kepada dewa-dewa. Kematian Socrates menjadi titik tolak dalam kahidupan Plato terutama dalam penghasilan karyanya. Beliau telah indah dan menarik. Terdapat menghasilkan pelbagai jenis karya yang kebanyakannya dalam bentuk dialog dengan menggunakan gaya bahasa yang sangat pendapat yang mengatakan bahawa Plato telah menghasilkan sebanyak 34 buah karya sepanjang hidupnya yang merangkumi dialog dan puisi. Melalui karya yang dihasilkan, Plato bukan sahaja dikenali sebagai seorang ahli falsafasah agung malah seorang sasterawan yang terkemuka. Antara hasil penulisan beliau ialah Republic, Timaios, Apologie, Kriton, Petagoras dan pelbagai lagi. Dalam kebanyakan karya yang dihasilkan oleh Plato adalah di dalam bentuk cerita dan dialog, beliau menggunakan kaedah Sokrat iaitu kaedah yang dikembangkan oleh gurunya iaitu Socrates. Kaedah ini wujud dalam satu bentuk soal jawab atau dialog sebagai usaha meraih kebenaran dan pengetahuan. Kebanyakan persoalan-persoalan dalam bukunya adalah dalam bentuk dialog. Plato telah berhasil menyempurnakan kaedah Sokrat ini dengan menulis dialog-dialognya dalam bentuk kesusasteraan yang mampu mengagumkan semua orang dari abad ke abad. Dalam seluruh karya falsafah Plato, beliau telah meletakkan Socrates sebagai pelaku utama dalam karyanya. Hal ini membuktikan bahawa Plato sangat mengagumi, menghormati dan mencintai Socrates sehingga nama Socrates diabadikan di dalam hampir kesemua karya beliau.

4

4.0 Teori Seni Plato 4.1 Konsep Mimesis Dalam setiap penulisan Plato, terdapat pelbagai falsafah yang menjadi pegangan atau panduan dalam kehidupan masyarakat. Antaranya ialah tanggapan Plato terhadap seni yang dianggap sebagai peniruan. Di dalam bukunya yang bertajuk Republix X, Plato dengan tegasnya menyatakan bahawa seni adalah suatu ‘mimesis’, sama ada catan, lukisan, muzik, puisi atau drama adalah tiruan. Walau bagaimanapun, beliau menggunakan istilah mimesis iaitu menghasilkan tiruan atau imitasi dengan beberapa maksud yang berlainan. Dalam sistem Plato, mimesis bermaksud mengulangi atau mengeluarkan semula kata, perbuatan atau gerak tangan seseorang serta mempunyai persamaan dengan benda atau objek yang menyerupai seperti orang lain serta mewakili aksi-aksi manusia. Selain itu, Plato menggunakan konsep mimesis dengan 4 maksud yang berlainan dan maksud-maksud ini boleh bertindih antara satu sama lain. Plato menegaskan bahawa seorang pelukis dan ahli catan ialah seorang yang meniru benda yang dihasilkan oleh orang lain. Hal ini kerana benda yang dilukis dalam catannya akan nampak sama seperti objek yang asal dan orang yang bodoh akan berpendapat bahawa mereka sedang melihat benda yang asal apabila melihat catan tersebut. Mimesis sebagai proses mengulangi atau mengeluarkan kata dan gerak-geri seseorang terdapat dalam hasil respodi iaitu orang yang bercakap dan mengulangi kata seorang penyair atau dramatis. Hal ini bermaksud rapsodi itu hanya memperbanyakkan lagi apa yang telah dihasilkan oleh penyair tersebut. Mimesis sebagai penghasilan tiruan bukan sahaja merujuk kepada kepada catan ,lukisan dan arca tetapi juga merujuk kepada puisi dan drama. Plato mendakwa bahawa seorang penyair atau pelakon akan cuba meniru kelakuan dewa-dewi Yunani, namun yang menjadi permasalahannya ialah mereka memberi gambaran yang tidak tepat terhadap kelakuan aksi dan kata-kata dewa itu. Hal inilah yang menyebabkan Plato beranggapan bahawa seorang seniman iaitu penyair, pelukis, ahli catan atau pelakon wajar dibuang dari sebuah republik yang unggul. Selain itu, Plato juga menegaskan bahawa seorang seniman hanya menghasilkan sesuatu yang tiruan daripada objek yang terdapat dalam dunia fizikal dan bukan sumber untuk pengetahuan.

5

Di samping itu, Plato berpendapat sekiranya kita hendak mengetahui ciri-ciri sebuah kerusi adalah lebih baik kita mengkaji kerusi itu daripada mengkaji catan atau lukisan kerusi itu. Hal ini kerana Plato berpendapat bahawa karya seni boleh menipu kita, sebagai contoh, seorang kanak-kanak atau orang dewasa yang bodoh akan mempercayai mereka sedang berhadapan dengan kerusi apabila mereka sedang berhadapan dengan catan sebuah kerusi. 4.2 Teori Tentang Manusia, Idea, dan Pengetahuan Plato mempunyai teorinya yang tersendiri mengenai manusia, idea, dan pengetahuan. Plato telah membuat suatu perumpamaan yang sangat menarik tentang orang tahanan yang tinggal di dalam sebuah gua dalam karyanya yang berjudul Republik. Plato menyatakan kononnya di dalam sebuah gua di bawah tanah ditempatkan tahanan yang kaki dan leher mereka diikat menghadap ke dinding gua. Malah dikatakan mereka dikehendaki duduk membelakangi pintu masuk gua dan pintu ini dibiarkan terbuka bagi membolehkan cahaya dari luar dapat masuk ke dalam gua pada waktu siang. Namun terdapat juga sumber cahaya yang berasal dari unggun api yang diletakkan di atas pintu masuk gua dan di antara unggun api dan tahanan itu terdapat sebuah jalan yang terletak lebih rendah daripada unggun api tetapi lebih tinggi daripada tempat tahanan itu di tahan. Selain itu, jalan tersebut sentiasa dipenuhi oleh orang yang mundar-mandir yang membawa pelbagai jenis barangan dan disebabkan terdapat unggun api dipintu masuk gua tersebut maka terpantul bayangan orang yang lalu lalang di situ. Oleh disebabkan hampir seluruh hidup tawanan itu melihat bayang-bayang di hadapan pintu gua itu, mereka semakin percaya bahawa bayangan itu adalah realiti kehidupan mereka yang sebenarnya. Plato menegaskan bahawa gua yang berada di bawah tanah itu tidak ubah seperti dunia yang dapat dilihat oleh pancaindera manusia dan setiap bayangan yang mereka lihat itu adalah hakikat atau realiti dalam kehidupan. Selain itu, Plato turut menggambarkan perkara yang mungkin akan terjadi atau berlaku sekiranya salah seorang daripada tahanan dalam gua itu dilepaskan keluar. Tahanan itu mungkin akan menyangkan bahawa dia telah keluar dari dunia nyata dan memasuki dunia bayangan atau impian. Namun lambat laun dia akan menyedari bahawa sebenarnya apa yang dilihatnya di dalam gua hanya bayangan dan segala yang berlaku di luar gua adalah

6

kenyataan yang sebenarnya. Plato juga menegaskan bahawa hanya orang yang terlepas daripada belenggu itu sahaja yang mengetahui bahawa perkara yang dilihat di dalam gua itu bukan realiti yang sebenarnya. Hampir kebanyakkan falsafah Plato tertumpu kepada ajaranya tentang idea. Plato percaya bahawa idea adalah realiti yang sebenarnya daripada sesuatu yang dapat diketahui melalui pancaindera manusia. Hal ini kerana idea tidak akan berubah tetapi hidupan seperti bunga, pokok , manusia dan haiwan akan mati. Oleh kerana idea adalah realiti yang sebenarnya, maka menurut Plato idea bukan sekadar gambaran yang berada di dalam pemikiran manusia. Bagi Plato idea bersifat objektif kerana idea tidak bergantung kepada daya pemikiran manusia, sempurna dan tidak berubah. Plato menegaskan idea merupakan realiti kehidupan yang sebenarnya manakala alam indera bukan realiti kehidupan yang sebenarnya kerana alam indera hanya bayangan atau gambaran yang tidak lengkap dan tidak sempurna dari dunia idea. Sebagai contoh, pelbagai jenis kerusi yang terdapat dalam alam indera merupakan bayangan yang tidak lengkap berbanding kerusi yang sempurna dalam alam idea. Plato berpendapat kerusi yang ada dalam alam idea itu hanya satu manakala terdapat pelbagai kerusi yang terdapat dalam alam indera yang dianggap sebagai bayangan atau gambaran yang tidak sempurna. Namun, demikian, kerusi dalam alam indera itu mengambarkan kerusi yang sempura dan pelbagai bentuk serta rupa. Plato tidak menolak bahawa alam indera merupakan satu alam realiti namun beliau berpendapat alam itu bukanlah alam realiti yang sebenarnya. Hal ini kerana alam indera adalah alam tiruan yang diibaratkan sementara yang lahir dari alam idea dan ini menyebabkan Plato menyatakan alam idea adalah alam yang utama bagi dirinya. Namun demikian, Plato mengakui kedua-dua alam ini mempunyai realiti yang tersendiri. Bagi Plato terdapat dua cara untuk mengenal pasti kedua-dua alam ini kerana alam indera dikenalpasti melalui pancaindera sedangkan alam idea dikenali melalui akal budi. Sebagai contoh, melalui pancaindera manusia mengenali kerusi yang pelbagai seperti yang bulat, kecil atau besar. Sehubungan dengan itu, Plato berpendapat manusia memasuki alam idea dan mengenali tentang kerusi yang sempurna dan tunggal melalui akal budi. Walaupun bagaimanapun, terdapat pandangan yang menyatakan bahawa alam idea tidak beraneka

7

tetapi ini tidak bermakna alam idea hanya mempunyai satu idea sahaja. Hal ini kerana pada alam idea itu sebenarnya terdapat banyak idea namun idea tersebut hanya ada satu. Sebagai contoh hanya ada satu idea tentang kerusi dan manusia tetapi terdapat idea yang saling berkait antara satu sama lain dengan idea yang lain dan idea ini kemudian bersatu dalam satu realiti. Misalnya idea tentang manusia bersatu dengan idea tentang wanita dan penyatuan idea ke dalam realiti berkenaan disebut sebagai persekutuan. Selain daripada idea yang menyatu dalam persekutuan idea, idea juga memiliki susunan atau hireaki. Bagi Plato, idea yang berada dalam hieraki teratas adalah idea yang menerangi seluruh idea yang ada di alam idea. Manusia dapat mengetahui bahawa apa yang ada dalam alam adalah gambaran dan bayangan daripada alam idea. Dalam hal ini jiwa berperanan sebagai penghubung yang menghubungkan alam idea dengan alam indera. Menurut Plato sebelum jiwa manusia di penjara oleh tubuh, jiwa berada dalam alam idea dan jiwa itu mengenal sesuatu yang ada dalam alam idea dan apabila jiwa masuk ke dalam alam indera dan terpenjara oleh tubuh, jiwa akan teringat tentang idea. Oleh itu bagi Plato, pengetahuan adalah ingatan dan keupayaan untuk memperoleh pengetahuan bererti keupayaan untuk kembali memasuki alam idea melalui daya ingatan. 4.3 Ciri-ciri Estatika Selain itu Plato turut bermadah mengenai estatika atau lebih dikenali sebagai keindahan dan tentang ciri-ciri yang mesti terdapat pada keindahan. Plato telah menghuraikan secara panjang lebar dalam bukunya yang bertajuk Symposium mengenai persoalan objek cinta ialah keindahan. Dalam bukunya itu beliau menyampaikan dalam bentuk dialog-dialog watak utama seperti Phaedrus, Eryximachus, Aristophanes, Agathon dan Socrates. Terang-terang dalam dialog watak ini menyatakan bahawa proses mencintai tentang keindahan itu perlu diasaskan pada zaman kanak-kanak lagi. Selain itu, beliau telah menyenaraikan tujuh ciri utama, ciri yang pertama the good, yang kedua the beneficial, yang ketiga the reasonable, yang keempat the appropriate, yang kelima the balance, yang keenam the pleasant, dan ciri yang terakhir iaitu the handsome. Ciri yang pertama iaitu the good membawa maksud sesuatu yang baik, Plato bermadah bahawa sesuatu yang indah itu mestilah mempunyai ciri-ciri yang baik dan

8

tidak membawa sebarang keburukan kepada manusia dan alam. Ciri yang kedua iaitu the beneficial membawa maksud bermanfaat atau faedah kepada kita, contohnya sebuah almari. Almari tersebut menjadi tempat untuk kita menyimpan kelengkapan seharian seperti pakaian, barangan peribadi, dan sebagainya. Ini telah menunjukkan kegunaannya dan amat memberi manfaat kepada kita. Ciri yang ketiga pula iaitu the reasonable yang bermaksud munasabah. Ciri ini menerangkan bahawa sesuatu objek yang dicipta mestilah munasabah yakni melalui reka bentuknya, tujuan, dan kegunaannya. Ciri estatika yang keempat ialah the appropriate yang bermaksud berpatutan atau berpadanan. The balance atau keseimbangan adalah ciri estatika yang kelima. Ciri ini menerangkan tentang kepentingan sifat seimbang pada sesuatu objek, contohnya jika sebuah meja mempunyai hanya satu kaki sahaja sudah meja tersebut menjadi tidak seimbang dan akan menyusahkan para pengguna. Ciri yang keenam pula ialah the pleasant yang memberi maksud seronok atau pun menyenangkan. Sesuatu objek yang mempunyai nilai estatika mestilah mempunyai ciri ini kerana ianya adalah amat penting bagi bagi kita untuk menghayati sesuatu keindahannya dengan lebih mendalam. Ciri estatika yang terakhir yang telah diutarakan oleh Plato ialah the good yang bermaksud elok, baik, atau bagus. Ciri ini menerangkan tentang nilai kebaikan yang terdapat pada sesuatu benda samada alam semulajadi ataupun barangan yang dibuat oleh manusia, contohnya matahari yang menerangi bumi dan memberikan tenaga hidup kepada flora dan fauna. Sesungguhnya bidang estatik merupakan suatu bidang falsafah yang mengkaji tentang konsep keindahan baik keindahan semulajadi atau keindahan benda-benda buatan manusia. Oleh itu, kita tidak seharusnya memandang ringan tentang bidang estatika ini kerana ianya merangkumi bidang yang amat luas. Estatika juga merangkumi bidang sastera seperti puisi,esei dan novel, ia juga terdapat di dalam bidang muzik tradisional mahupun muzik moden yang menggunakan gitar, piano, biola, gendang dan juga sintisize muzik dari computer. Kita memerlukan penggunaan kelima-lima pacaindera utuk menghayati,memahami dan memanfaatkannya.

9

5.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya, di sini dapat disimpulkan bahawa Plato merupakan seoarang pemikir falsafah yang paling unggul dan berwibawa. Hal ini kerana karyaingin karya yang dihasilkan oleh Plato mempunyai makna yang tersirat dan memerlukan pentakrifan akal manusia untuk memahami dan mendalami perkara yang disampaikan oleh Plato. Plato sememangnya merupakan seorang tokoh falsafah yang terkemuka kerana setiap karya yang dihasilkan sama ada dalam bentuk puisi atau dialog mempunyai falsafah yang tersendiri. Setiap falsafah yang dihasilkan adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Oleh hal yang demikian, Plato telah dijadikan sumber inspirasi oleh ahli falsafah lain dalam penghasilan karya mereka dan Plato diibaratkan sebagai pencetus idea kepada mereka. Berdasarkan huraian yang telah dipersembahkan di atas, jelas terlihat bahawa idealisme yang dipegang oleh Plato adalah berbeza dengan idealisme moden. Hal demikian adalah kerana bagi Plato, alam idea merupakan suatu idea yang objektif. Oleh sebab itu, idealisme Plato sering disebut sebagai idealisme realisme, sedangkan idealisme moden lebih bersifat subjektif. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Plato merupakan seorang ahli falsafah yang agung melalui tulisan-tulisan yang dipersembahkannya.

10

Bibliografi Awang Sariyan . 2007. Falsafah dan Logika Melayu . Selangor : Synergymate J.H.Rapar . 1993. Falsafah Politik Plato . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Johan Jacob, Schmid . 1895 . Ahli-ahli Pemikir Besar tentang Negara dan Hukum . Jakarta : Pembangunan Lok Chong Hoe . 1997 . Plato dan Aristotle . Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia Mohammad Hatta . 1982 . Alam Fikiran Yunani . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Http://en.Wikipedia.org/wiki/Plato#searchInput

11

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->