You are on page 1of 7

ADAKAH YAKJUD DAN MAKJUD MOLE PEOPLE?

Disebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan


kemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini,
masih ada satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan
ribuan makhluk misteri.Hingga kini, penerokaan demi penerokaan di
seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu
sekaligus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan
dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.
Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari
nanti, mereka akan muncul dihadapan manusia. Akan tetapi, ketika
makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-
apa.Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan
sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau
spesis baru ketika ini kerana sewaktu munculnya makhluk yang
dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan
kiamat!Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kewujudan dan lokasi
"pusat tahanan" Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada
manusia.
Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia
dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalm perkara ghaib yang
wajib diimani manusia menerusi tanda besar kiamat.Pensyarah
Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akedemi Pengajian Islam Universiti
Malaya(API-UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan
Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesis lain sebaliknya ia adalah
manusia keturunan Nabi Adam AS.Katanya, mengikut hadis, bangsa
Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh
AS iaitu Nafis yang berkembang melewati masa sehinggalah
Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar
daripada lokasi mereka.
"Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran
menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala
kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiya, ayat ke 96
dan 97", katanyaAllah berfirman menerusi ayat surah al-KAHFI ITU:
"Kemudian dia(Zulkarnain) menempuh suatu jalan(yang lain lagi).
Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati
dihadapan kedua-dua gunung itu suatu kaum yang hampir tidak
mengerti pembicaraan."Mereka berkata:"Hai
Zulkarnain,sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang
membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami
memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu
membuat dinding antara mereka?'"Zulkarnain berkata: "Apa yang
dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapanya adalah lebih baik,
maka tolonglah aku dengan kekuatan(manusia dan peralatan), agar
aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka.
Berilah aku potongan-potongan besi'."Hingga apabila besi itu sudah
sama rata dengan kedua-dua(puncak)gunung itu, berkatalah
Zulkarnain: 'Tiuplah(api itu). Hingga apabila besi itu sudah
menjadi(merah seperti) api, dia pun berkata: 'Berilah aku
tembaga(yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas
itu."Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat
melubanginya. Zulkarnain berkata: 'Ini (dinding) adalah rahmat
daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji
Tuhanku(kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji
Tuhanku itu adalah benar".
Dalam ayat surah an-Anbiya pula, Allah berfirman: "Hingga apabila
dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan
cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah
kedatangan janji yang benar(kiamat) maka tiba-tiba terbeliaklah
mata orang kafir(Merekaberkata): 'Aduhai celakalah kami,
sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan
kami adalah orang yang zalim".Dr Fauzi berkata, selain dua surah al-
Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai
Yakjuj dan Makjuj tetapi ada juga perbezaan pendapat dikalangan
ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas.
"Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj
dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan
seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah.Pendapat lain
menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal
daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka
adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.Beliau berkata,
kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehigga
kini tetapi dipisahkan daripada manusia oleh Allah SWT menerusi
tembok yang dibina oleh Zulkarnain.Katanya, tugas bangsa itu setiap
hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk
tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka
dengan kembalimeneguhkan benteng berkenaan sehinggalah
hampirnya hari kiamat.
Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj
bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu
menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat.Yakjuj dan Makjuj juga
muncul selepas kamatian Dajal yang dibunuh oleh Nabi isa AS dan
bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi.
Kekuatan mereka ikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga
tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu.
"Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman
berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj
dan Makjuj: Baginda kemudia berdoa kepada Allah SWT dan Allah
membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang
belakang badan golongn itu sehingga mati."Selepas bangsa Yakjuj
dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor
burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari
bumi", katanya.
Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya
yakin dan mempertahankan akidah islam dan tidak bertangguh
memohon keampunan dan keredaan Allah keran mereka yang masih
lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiya di
atas seperti firman-Nya:"(Mereka berkata):'Aduhai, celakalah kami,
sesunggunnya kami adalah dalam kalalaian mengenai ini, bahkan
kami adalah orang yang zalim".

YakjuD & MakjuD (berita gempar dari NASA!!)


WASHINGTON -- Weekly World News telah mendedahkan tentang
penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di
panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan
terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah
dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang
menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan
kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan


gambar-gambar eksklusif dan informasi mengenai kaum 'orang
gua'ini.

"Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar

untuk disorok". Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia


besar mengenai Mole People. "Nampaknya mereka seperti kaum
yang peramah", beliau berkata,

"Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan


mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka
tidak tahu bahasa English".

"Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan


senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu.

"Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan


penuh berhati-hati.

"Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini


mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti
berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat
ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. "Tetapi ada
pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole
tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah,
berselerak di bawah muka Bumi".

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan


juga sedikit perbezaan.

"Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh
lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari
mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki
itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole"

"Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang


melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi".

"Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara


manusia dengan
makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa
yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai


sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu
bertindak ganas.

"Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum


Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang
beliau".

"Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan,


hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah
selamat dan hidup
dari insiden itu".

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian,
alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-
buahan segar.

"Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan


bersukaria", mengikut kata sumber.

"Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka


sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka
Bumi".

NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu
segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka
makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak,
apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia".

"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia


di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek
moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?"

Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum


Mole. "Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk
asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar
Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka
berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan
bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah
Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk


meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di
bawah muka Bumi?

Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu.


Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White
House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House
untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran "mungkin
tidak untuk jangkamasa yang terdekat".

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam
bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri
nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan
sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan
"teknologi bawah tanah".

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia


bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta,
gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar
barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia
telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.
Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan
kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun
lawan masih tidak diketahui.
Wallahhu’alam.

You might also like