You are on page 1of 1

Jenis-Jenis Mouse

Mouse atau dalam Bahasa Melayu di panggil tetikus salah satu peranti input yang
diperlukan untuk melengkapkan sesebuah sistem komputer.Walau apa pun sistem operasi yang
digunakan samada Microsoft Windows , Linux , Unix dan sebagainya tetap memerlukan
mouse.Mouse boleh diibaratkan sebagai tangan manusia.Tanpa mouse kita tidak dapat
menggunakan komputer dengan sempurna walaupun ada sesetengah perkara boleh dilakukan
menggunakan keyboard.

Mouse berfungsi sebagai pengerak cursor pada skrin monitor.Pada masa kini terdapat 4 jenis
sambungan mouse ke komputer iaitu :

1. Standard Serial Mouse.


2. PS2
3. USB
4. Wireless

Antara ciri-ciri fizikal pada mouse pada masa sekarang : tetikus bebola dengan wayar , tetikus
bebola tanpa wayar , tetikus optik/laser dengan wayar , tetikus optik/laser tanpa
wayar.Kebiasanya pada mouse terdapat 2 hingga 3 butang yang mana mempunyai fungsi yang
tertentu.Secara default , butang sebelah kiri untuk membuka atau memulakan sesuatu program
atau data.Butang yang kanan pula untuk melihat properties file atau program tersebut.Namun
begitu setting tersebut boleh diubah mengikut kesesuain pengguna dengan klik pada “Start -
Setting - Control Panel - Mouse”.

You might also like