P. 1
PERKAKASAN KOMPUTER

PERKAKASAN KOMPUTER

5.0

|Views: 3,935|Likes:
Published by Shares_Together

More info:

Published by: Shares_Together on Aug 31, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/10/2014

pdf

text

original

PERKAKASAN KOMPUTER

MONITOR

Perkataan “Monitor” telah mula digunakan oleh syarikat IBM yang bermakna sebuah unit paparan (display devices). Dalam bahasa latin pula perkataan “Monitor” ini bermakna “untuk panas”(to Warm). Perkataan monitor ini kekal digunakan hingga sekarang. Pada asasnya monitor adalah sama seperti TV tetapi TV mempunyai beberapa litar tambahan yang tidak terdapat pada monitor. BEKAS(CASING)

Bekas (Casing) merupakan kulit komputer bagi Unit Pemprossan Pusat. Di dalam bekas ini mempunyai Papan Utama, Kad Paparan, Memori Secara Rawak, Pemacu-pemacu dalaman, Bekalan Kuasa dan aksesori komputer.

1

Unit ICT SKDWK

PERKAKASAN KOMPUTER
PAPAN KEKUNCI (KEYBOARD)

Dalam penggunaan komputer, langkah pertama sebelum dapat menggunakan ianya perlukan dimasukkan data ke dalamnya. Pelbagai cara untuk memasukkan data ke dalam komputer contohnya cakera liut, modem, tetikus , pengimbas ataupun daripada komputer utama daripada network, tetapi cara yang paling banyak digunakan adalah dengan memasukkan data melalui papan kekunci. Di Malaysia papan kekunci (Keyboard) mempunyai 3 jenis iaitu papan kekunci P/S2 , papan kekunci Normal dan papan kekunci USB

TETIKUS (MOUSE)

Tetikus ialah satu alat yang digunakan dengan menggunakan tangan untuk menggerakkan penanda (kursur) keseluruh bahagian 'skrin monitor'. Rekabentuk tetikus ini terdiri daripada satu bola berat yang diperbuat daripada getah yang akan berpusing bila tetikus digerakkan. Tetikus mempunyai 2 hujung penyambungan diantaranya adalah jenis 'serial port' dan 'PS/2'. Jenis tetikus terbahagi kepada 3 : iaitu serial mouse , optical mouse dan wireless mouse .

2

Unit ICT SKDWK

PERKAKASAN KOMPUTER

PENCETAK (PRINTER)

Pencetak moden merupakan alat canggih. Perkakasan elektronik yang terdapat dalam sebuah pencetak sama dengan perkakasan elektronik yang terdapat dalam komputer itu sendiri. Pencetak mempunyai 6 jenis iaitu jenis Dot-Matrik, jenis Daisy Wheel, jenis Ink-Jet / jenis Bubble Jet, jenis Chain, jenis Drum dan jenis Laser.

PENGIMBAS (SCANNER)

Alat Pengimbas ini boleh dianggap sebagai terbalik fungsi Pencetak (Printer). Pencetak menjalankan tugas menukarkan data/maklumat digital kepada keluaran pada kertas, manakala Pengimbas pula menukarkan keluaran kekal pada kertas kepada data/maklumat digital untuk digunakan oleh komputer. Ia boleh digunakan untuk menyalin gambar kepada isyarat digital untuk dimasukkan ke dalam komputer. Ia juga mempunyai 2 jenis yang ketara iaitu jenis tangan dan jenis mendatar.

3

Unit ICT SKDWK

PERKAKASAN KOMPUTER

PEMBESAR SUARA

Pembesar suara (Speaker) merupakan alat untuk mengeluarkan bunyi dari komputer. Ia juga hanya untuk mengeluarkan bunyi semata-mata. Pembesar suara mempunyai banyak jenama dan jenisnya. KAD JARINGAN (NETWORK CARD)

Kad Jaringan (Network Card) merupakan alat untuk digunakan sebagai perantaraan antara komputer dalam sesebuah kawasan. Ianya digunakan untuk menghubungkan komputer-komputer dalam sesuatu kawasan setempat.

KAD TV (TV CARD)

Kad TV (TV Card) merupakan alat yang menerima gelombang televisyen daripada stesyen teleyisyen. Secara tidak langsung menjadikan komputer itu sebagai TV.

4

Unit ICT SKDWK

PERKAKASAN KOMPUTER

KAD BUNYI (SOUND CARD)

Kad Bunyi (Sound Card) adalah alat yang telah dicipta untuk kegunaan komputer bagi mengeluarkan bunyi. Secara tidak langsung menjadikan sesebuah komputer dapat dijadikan hiburan bagi pengguna.

AD RADIO (RADIO CARD)

Kad Radio (Radio Card) merupakan alat yang dicipta untuk menerima gelombang radio FM/AM dan menjadikan sesebuah komputer dapat menerima gelombang radio.

5

Unit ICT SKDWK

PERKAKASAN KOMPUTER

PEMACU BACA / TULIS / BACA-TULIS

Pemacu Baca/Tulis/Baca-Tulis (CD-RW) merupakan alat yang dapat digunakan sebagai penyimpan maklumat dan dapat menggantikan Pemacu Cakera Liut kerana ianya dapat menyimpan kedalam cakera padat dengan saiz yang besar dan sehingga 680MB bagi setiap cakera padat tetapi ianya bergantung kepada jenis cakera padat yang digunakan. PEMACU DVD

Pemacu DVD (Digital Versatile Disc, ) sepertimana yang diketahui ia merupakan Pemacu Video Cakera Digital . Ianya mula diperkenal pada tahun 1996 dan kegunaannya lebih kepada wayang gambar (Movie) dan penyimpanan data. Pemacu DVD ini akan mengantikan Cakera Padat, Cakera Laser and VHS dalam semua aplikasinya.

6

Unit ICT SKDWK

PERKAKASAN KOMPUTER

PEMACU CAKERA PADAT (CD-ROM)

Pemacu ini merupakan salah satu daripada alat untuk memasukkan data ke dalam komputer. Pemacu ini hanya dapat membaca memori sahaja dan tidak boleh menyimpan memori ke dalam cakera keras. Pemacu cakera padat baca sahaja ini lebih dikenali sebagai "CD-ROM (Compact Disk Read Only Memory)" PEMACU CAKERA KERAS

Pemacu Cakera Keras merupakan alat untuk menyimpan dan mengeluarkan. Pemacu Cakera Keras juga digunakan sebagai tempat untuk dimasukkan perisian untuk menjalankan sesebuah komputer pada masa sekarang. Pemacu ini ada banyak jenama dan jenis. PEMACU CAKERA LIUT

Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive) merupakan alat yang digunakan sebagai tempat menulis dan membaca daripada cakera liut

7

Unit ICT SKDWK

PERKAKASAN KOMPUTER
(Floppy Disk) tetapi Cakera Liut terhad untuk menyimpan data kerana saiznya hanya 1.44MB.

PAPAN INDUK

Papan induk (Mainboard) merupakan jantung bagi setiap komputer. Papan induk ialah papan litar yang besar yang terletak dibahgian bawah casis unit system (system unit). Papan system diperbuat daripada kepingan “fiberglass” yang berwarna hijau/kuning dan di atasnya dipenuhi dengan litar bersepadu, perintang, kapasitor dan litar elektronik (electronic

KAD PAPARAN

Kad Paparan (VGA Card) merupakan salah satu alat yang penting dalam sesebuah komputer. Kad Paparan adalah alat yang menghubungkan antara Papan Utama (Mainboard) dengan Unit Paparan (Monitor). Kad Paparan mempunyai banyak jenis diantaranya jenis AGP, jenis PCI dan lain-lain lagi. Jenis bagi Kad Paparan bergantung kepada jenis slot pada Papan Utama. Kelajuan Kad Paparan ini pula bergantung kepada memori kad tersebut.

8

Unit ICT SKDWK

PERKAKASAN KOMPUTER

RAM (Ingatan Secara Rawak)

RAM merupakan ingatan yang boleh baca dan tulis. RAM terdiri daripada litar bersepadu (IC) yang boleh ditulis di dalamnya, dan juga ianya mengandungi program atau data yang boleh dibaca daripadanya. Ingatan RAM ini boleh dianggap sebagai kertas atau papan hitam bagi komputer. Ingatan RAM ini akan hilang sekiranya bekalan kuasa komputer terputus atau dipadamkan.

UNIT PEMPROSESSAN

Unit Pemprosessan Pusat (Mikroproses) boleh dianggap sebagai "Pusat Saraf" bagi sistem komputer. Ia merupakan bahagian yang paling rumit dan berkuasa dalam mikrokomputer / Komputer Peribadi. Mikropemproses ini terdapat dalam bentuk Litar Bersepadu yang berjumlah berjuta-juta litar di dalamnya. 9
Unit ICT SKDWK

PERKAKASAN KOMPUTER
Unit Pemprosessan Pusat ini mempunyai pelbagai jenama antaranya Intel Pentium, AMD, Cyric, dan lain-lain lagi.

10

Unit ICT SKDWK

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->