You are on page 1of 46

TCP/IP

Transmission Control Protocol/Internet Protocol (TCP/IP) adalah


protokol yang diterima pakai untuk kegunaan Wide Area Network
(WAN), Local Area Network (LAN) dan Internet.

Kita mungkin telah ketahui mengenai architecture DOD


(Department of Defense). Dari namanya kita sudah dapat meneka
DOD dibina oleh pihak tentera. Diperkenalkan diawal tahun 70 an
dan architecture tidak jauh lari dari Model OSI. Dibawah
disertakan perbandingan diantara Model OSI dan DOD.

OSI Layer Protokol Digunakan DOD Layer


File Electronic Terminal Network
Application
Transfer Mail Emulation Management
Simple
File Simple Mail Process/
Presentation Network
Transfer Transfer TELNET Application
Management
Protocol Protocol Protocol
Protocol
(FTP) (SMTP) *RFC 854*
Session (SNMP)
*RFC 959* *RFC 821*
*RFC 1098*
Transmission Control User Datagram Protocol
Host-to-
Transport Protocol (TCP) (UDP)
Host
*RFC 793* *RFC 768*
Internet
Internet Control
Addess Resolution
Protocol Message
Network ARP *RFC 826* Internet
(IP) Protocol
RARP *RFC 903*
*RFC 791* (ICMP)
*RFC 792*

Network Interface Card:


Data Link Ethernet, StarLAN, Token Ring, Arcnet Network
*RFC 894, RFC 1042, RFC 1051* Access or
Local
Transmission Media: Network
Physical
Twisted Pair, Coaxial, Fiber Optics, Wireless dll

Jadual 1: Menunjukkan perbandingan diantara Model OSI dan


DOD

*RFC = Request for Comments

187
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Di dalam model OSI terdapat 7 lapisan, tetapi di dalam Model
DOD hanya terdapat 4 lapisan.

Lapisan Proses/Penggunaan (Process/Application)

Lapisan ini jika dibandingkan dengan lapisan OSI merangkumi


lapisan Penggunaan (Application), Persembahan (Presentation)
dam Sidang (Session). Lapisan ini menyediakan protokol untuk
komunikasi aplikasi antara nod (node-to-node) dan mengawal
spefikasi antaramuka pengguna.

Aplikasi dan servis yang ada di dalam lapisan ini adalah:

1. Telnet (Terminal Emulation)


Telnet asalnya datang dari “Telephone Network”. Aplikasi
Telnet sering digunakan untuk pengguna dari jauh (remote
client) mencapai, menggunakan servis dan menjalankan
arahan yang ada di dalam Pelayan. Aplikasi Telnet sering
digunakan pada Linux, Unix, peralatan seperti penghala
(Router), suis (switch) dan sebagainya.

Paparan hanyalah di dalam bentuk text dan menu, menu disini


seperti yang digunakan di dalam ms-dos. Perisian telnet.exe
boleh didapati secara percuma setiap perisian OS Microsoft.
Boleh dicapai di c:\windows. Selain dari itu perisian seperti
Netterm juga boleh digunakan. Sila pergi ke laman
http://www.securenetterm.com untuk mendapatkannya.

Contoh 1:
Dari rumah saya telah mendail ke pejabat dan menggunakan
perisian telnet untuk memasuki Pelayan DHCP melalui
penggunaan telnet.

188
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Rajah 1: Telnet

Selepas login menggunakan akaun rozaimy dan memberikan


laluannya, saya perlu menukar akses dari pengguna biasa
kepada pengguna super user iaitu root. Sekiranya ingin
mematikan servis DHCP, hanya perlu menaip arahan ps ax
untuk mendapatkan nombor tugasan DHCP. Dari contoh
dibawah nombor tugasan untuk DHCP adalah 28249. Oleh itu
arahan kill –9 28249 akan menamatkan servis DHCP

Rajah 2: Menamatkan servis

Untuk mengaktifkan semula arahan /etc/rc.d/init.d/dhcpd start


perlu ditaipkan.

Rajah 3: Mengaktifkan servis

189
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Dengan menggunakan aplikasi telnet, pengguna dapat
mengawal pelayan dari jauh.

Contoh 2:
Selain memasuki pelayan (Server), telnet juga boleh
digunakan untuk memasuki penghala (Router).

Rajah 4: Contoh memasuki router Cisco7200

190
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Rajah 5: Contoh memasuki router Proteon

Rajah 6: Contoh memasuki suis Baystack 450-24T

2. FTP (File Transfer Protocol)


FTP merupakan protokol FTP dan juga program FTP.
Digunakan untuk memindahkan data diantara dua buah
komputer.

191
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Pengguna FTP hanya boleh melihat direktori, mengambil dan
menghantar data. Pengguna FTP tidak boleh menjalankan
sebarang arahan seperti di dalam Telnet. Penguna perlu
mempunyai perisian FTP seperti ftp.exe atau wsftp.exe untuk
mencapai Pelayan FTP. Katalaluan yang betul perlu untuk kita
mencapai pelayan FTP. Aplikasi boleh diperolehi di
http://www.wsftp.com/.

Pelayan FTP yang menerima pengguna Anonymous tidak


memerlukan katalaluan, ini kerana pelayan jenis ini selalunya
hanya membenarkan pengguna mengambil data dari pelayan
tetapi tidak membenarkan pengguna menghantar data kepada
pelayan.

Contoh 1:
Aplikasi DOS ftp.exe

Rajah 7: FTP di dalam mod DOS

Aplikasi Windows WS_FTP

Rajah 8: FTP di dalam mod tetingkap

192
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Fungsi dan kegunaan adalah sama untuk ftp di dalam ms-dos
atau windows. Ftp di dalam ms-dos, memerlukan penguna
mengetahui arahan seperti get untuk mendapatkan data dari
pelayan, arahan put untuk menghantar data ke palayan dan
arahan ls untuk melihat fail di dalam directori pelayan.

3. TFTP (Trivial File Transfer Protocol)


Sama seperti FTP, tetapi tidak boleh melihat direktori dan
tidak mempunyai kata laluan untuk memasukinya.

Apabila mengunakan TFTP, kita perlu tahu nama fail untuk


dipindah atau diambil. Program TFTP sering digunakan untuk
menghantar atau menerima data dari perkakasan seperti
Penghala (Router) dan Suis (Switch). Data ini selalunya kecil
seperti data konfigurasi dalam bentuk text atau data untuk
meningkatkan Firmware pada penghala atau suis.

Contoh:
Program TFTP digunakan di dalam Switch Lucent P550R

Rajah 9: TFTP

4. NFS (Network File System)


Protokol ini digunakan untuk pengkongsian fail pada dua
sistem operasi yang berlainan seperti Unix dan NT. Sekiranya
NFS diletakkan di dalam Pelayan NT, maka pengguna Unix
dapat mencapai fail di dalam Pelayan NT tadi dengan adanya

193
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
NFS. Tanpa NFS, komputer yang menggunakan sistem
operasi Unix tidak akan dapat mencapai fail di dalam Pelayan
NT disebabkan oleh berlainan kawalan sekuriti, panjang nama
fail, case sensitivity dan sebagainya.

5. SMTP (Simple Mail Transfer Protocol)


Protokol ini digunakan untuk menghantar email. Apabila kita
mengkonfigurasi akaun email, kita perlu mengisi ruangan
pelayan SMTP dan POP3. Pelayan SMTP dan POP3 boleh
berfungsi di dalam satu pelayan atau pelayan yang berlainan.

Fungsi SMTP untuk menghantar email yang kita hantar dan


akan disimpan oleh pelayan SMTP di dalam cakera keras dan
akan dimasukkan di dalam ruangan menunggu (queue) untuk
dihantar kepada penerima. Sekiranya pelayan penerima tidak
menjawap (dalam kes ini pelayan POP3), maka email tadi
akan tersimpan di dalam ruangan menunggu dan akan
dihantar semula selepas 15 minit dan akan cuba selama empat
hari lamanya sebelum pelayan SMTP membuang email
tersebut. Walau bagaimanapun kekerapan dan tempoh
percubaan menghantar email mungkin berubah mengikut
konfigurasi pelayan SMTP yang dibina.

POP3 pula digunakan untuk kita menerima email dari pelayan


POP3. Ini kerana semua email kita disimpan di dalam pelayan
POP3 sebelum kita mengambilnya. Semua email yang
dihantar oleh pelayan SMTP akan disimpan oleh pelayan
POP3 penerima. Apabila penerima menggunakan perisian
email seperti Outlook Express, maka protokol POP3
digunakan untuk mengambil email tersebut dari pelayan
POP3.

Aplikasi Outlook Express merupakan contoh terbaik


kegunaan SMTP dan POP3.

194
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Rajah 10: Menunjukkan konfigurasi POP3 dan SMTP

6. LPD (Line Printer Daemon)


Protokol ini digunakan untuk pengkongsian mesin pencetak
melalui sistem rangkaian dengan mengunakan TCP/IP.

7. X Windows
Merupakan paparan grafik (GUI = Graphical User Interface)
yang digunakan untuk operasi client-server. Kalau dalam OS
keluaran Microsoft kita panggil Windows.

8. SNMP (Simple Network Management Protocol)


Protokol ini digunakan untuk mengambil data sesuatu
perkakasan yang ada di dalam sistem rangkaian. Data ini
boleh datang dari penghala, suis dan komputer peribadi.
Dengan data ini, kita boleh menggunakannya sebagai rujukan,
amaran awal dan sebagainya.

195
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
9. DNS (Domain Name Service)
Digunakan untuk resolves host names. Sering digunakan di
dalam Internet. Apabila kita menaip www.komputer.com.my
maka paparan laman komputer akan dipaparkan. Pelayan
DNS akan memberikan alamat IP yang merujuk kepada
www.komputer.com.my. Adalah lebih mudah untuk menaip
www.komputer.com.my dari alamat IP. Alamat IP komputer
mungkin berpindah dari masa kesemasa, tetapi dengan adanya
pelayan DNS, pengguna tidak perlu mengetahui alamat IP
yang baru.

10. Bootp (Bootstrap Protocol)


Digunakan untuk komputer yang tidak mempunyai pemacu
cakera liut dan cakera keras untuk mendapatkan maklumat
tertentu dengan menghantar alamat MAC (MAC address)
kepada pelayan BootP. Pelayan BootP pula akan
membandingkan alamat MAC dengan senarai fail BootP. Di
dalam senarai fail BootP tersebut ada tercatat alamat IP untuk
setiap alamat MAC.

Alamat MAC (lebih dikenali dengan nama Hardware


Address) adalah berbeza untuk setiap NIC (Network Interface
Card). Hasilnya, komputer tersebut akan memperolehi
maklumat seperti dibawah:
a) Alamat IP komputernya sendiri
b) Alamat IP dan nama hos untuk Pelayan
c) Nama fail yang perlu untuk letakkan di dalam memori dan
melakukan boot-up
d) BootP merupakan satu program yang lama dan telah
digantikan dengan Dynamic Host Configuration Protocol
(DHCP)

11. DHCP (Dynamic Host Configuration Protocol)


Apabila komputer pengguna disetkan untuk menggunakan
DHCP, pelayan DHCP memberikan maklumat yang
dikehendaki seperti:
a) Alamat IP untuk pengguna tersebut
b) Default Gateway (jika ada)
c) Subnet Mask

196
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
d) Alamat IP Pelayan DNS (jika ada)
e) Alamat IP Pelayan WINS (jika ada)

Contoh:

Rajah 11: Pelayan DHCP memberikan berbagai maklumat


IP.

a) Host Name adalah nama komputer yang digunakan


b) DNS servers merujuk kepada Pelayan DNS
c) Node Type merujuk kepada jenis topologi sama
ada bus, ring, star atau hybrid
d) Adapter Address merupakan MAC address untuk
NIC
e) IP Address adalah alamat IP yang diperolehi dari
Pelayan DHCP

197
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
f) Subnet Mask diperolehi dari Pelayan DHCP
g) Default Gateway merupakan alamat IP untuk
Router
h) DHCP Server merupakan Pelayan DHCP yang
memberikan maklumat mengenai b, e, f, g, h, i, j, k
dan l
i) Primary WINS Server merupakan Pelayan akan
menukarkan alamat IP kepada nama komputer
(netbios name)
j) Secondary WINS Server merupakan pelayan
gantian sekiranya pelayan utama gagal berfungsi.
k) Leased Obtained adalah tarikh mula mendapat
maklumat dari Pelayan DHCP
k) Leased Expires adalah tarikh lupus maklumat yang
diperolehi dari pelayan DHCP, selepas tarikh
tersebut, alamat IP mungkin diambil oleh
komputer lain.

Lapisan Host-to-Host

Fungsi lapisan ini sama seperti lapisan Pengangkutan (Transport)


yang ada di dalam model OSI. Berfungsi untuk memberi servis
kepada lapisan Aplikasi dan memastikan komunikasi dan
penghantaran data dapat dilakukan dengan baik tanpa kesilapan
(error-free). Ia mengawal susunan paket (packet sequence) dan
integriti data (data integrity).

Terdapat dua protokol di dalam lapisan ini:


1. Transmission Control Protocol (TCP)
2. User Datagram Protocol (UDP)

1. Transmission Control Protocol (TCP)


Ramai orang mengetahui Internet yang kita gunakan
mengunakan protokol TCP/IP tanpa mengetahui bahawa TCP
dan IP merupakan dua benda yang berlainan. TCP merupakan
teknik bagaimana data akan dibawa kelapisan yang lain. Di
dalam Model OSI, TCP berada di dalam lapisan
Pengangkutan (Transport), manakala di dalam Model DOD
berada di dalam lapisan Host-to-Host. Di dalam kedua-dua

198
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Model ini, pembawa data untuk mengunakan IP hanyalah TCP
dan UDP.

Di dalam lapisan Host-to-Host, TCP mengambil data dari


lapisan aplikasi/proses dan memecahkan data tersebut dalam
bentuk segmen (segment). Masa ini, setiap segmen akan diberi
nombor mengikut urutan supaya segmen ini dapat disusun
semula oleh TCP pada penerima. Setiap penghantaran
segmen, protokol TCP akan menunggu pengesahan
(acknowledgement) dari penerima. Sekira pengirim tidak
menerima pengesahan, segmen tersebut akan hantar semula.

Sebelum penghantaran boleh dibuat, mesti terdapat


perhubungan diantara TCP pengirim dan TCP penerima.
Kesepakatan dalam menentukan jumlah segmen yang perlu
dihantar sebelum pengesahan dilakukan diproses di sini.
Hasilnya terbentuklah satu perhubungan yang dikenali sebagai
talian maya (virtual circuit). Ini menyebabkan TCP dikenali
sebagai Connection –Oriented.

Dalam erti kata lain, Sekiranya Abu ingin menghantar barang


kepada Ali, maka Abu perlu mendapatkan pengesahan dahulu
yang Ali ada di rumahnya. Setelah itu barulah Abu dapat
menghantar barang tersebut.

Perbezaan antara pembawa TCP dan UDP

TCP Penerima akan menghantar balik pengesahan kepada


pengirim, ini seperti kita menggunakan talipon. Mula-
mula kita angkat gagang dan mula mendail nombor rakan
kita. Apabila ada jawapan dari rakan kita, kita mula
berborak sehinggalah salah seorang akan mengatakan
bye!. Baru kita meletakkan gagang talipon tersebut.

TCP menjamin kualiti penghantaran tetapi mempunyai


kos overhead yang tinggi

199
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
TCP dikenali sebagai connection-oriented protocol,

TCP header bersaiz 20 octets.


UDP Pengirim akan menghantar data tanpa perlu menunggu
balasan dari pihak penerima. Dengan kata lain, pengirim
tidak ambil peduli sama ada data tersebut sampai
kedestinasi atau tidak. Ini seperti kita melancong keluar
negara, dari situ kita menghantar poskad ke kampung.
Kita tidak perlu tahu sama ada poskad yang kita hantar
sampai kedestinasi atau tidak.

Pemindahan data menggunakan pembawa UDP


mempunyai kurang overhead berbanding dengan TCP
kerana header UDP tidak mempunyai data sequencing,
acknowledgements atau flow control. Ini membuat UDP
sesuai digunakan untuk penghantaran data seperti email.

UDP juga dikenali sebagai connectionless.

UDP header bersaiz 8 octets


dan UDP (User Datagram Protocol)

Lapisan Internet

Fungsi lapisan ini sama seperti lapisan Rangkaian (Network) yang


ada di dalam model OSI. Berfungsi untuk menghantar data
keseluruhan sistem rangkaian. Lapisan ini mengambil kira alamat
hos (host) dengan mengunakan alamat IP (Internet Protocol) dan
mengawal routing data (dalam bentuk paket) di dalam sistem
rangkaian yang berbagai (multiple network). Ia juga mengawal
flow komunikasi antara dua hos.

Terdapat empat protokol yang berada di dalam lapisan ini:


• Internet Protocol (IP)
• Internet Control Message Protocol (ICMP)
• Address Resolution Protocol (ARP)
• Reverse Address Resolution Protocol (RARP)

200
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Lapisan Network Access

Lapisan ini sama seperti kabungan lapisan Talian Data (Data


Link) dan Fizikal (Physical). Lapisan ini berfungsi memastikan
pertukaran data diantara hos dan sistem rangkaian dengan
mengunakan alamat perkakasan (hardware address) dan
menentukan protokol yang akan digunakan untuk menghantar
data secara penghantaran fizikal (physical transmission).

Sejarah TCP/IP

Sejarah TCP/IP bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1969


apabila jabatan Defense Advanced Research Projects Agency
(DARPA) melakukan ujian sistem rangkaian mengenai pensuisan
paket (packet-switching).

1 Advanced Research Agency Network (ARPANET) mula


970 mengunakan Network Control Protocol (NCP)
1 Spefikasi Telnet “Ad Hoc Telnet Protocol” dihantar
972 sebagai RFC 318
1 RFC 454 “File Transfer Protocol” diperkenalkan
973
1 Transmission Control Protocol (TCP)
974
1 Standart IP diperkenalkan di RFC 791
981
1 TCP/IP protocol suite diperkenalkan oleh Defence
982 Communications Agency (DCA) dan ARPA
1 ARPANET bertukar dari NCP kepada TCP/IP
983
1 Domain Name System (DNS) diperkenalkan
984
Alamat IP (IP Addressing)

Setiap alamat IP terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Network ID


dan Host ID.Network ID umpama Jalan Utama, manalah Host ID
merupakan alamat rumah yang ada di dalam jalan Utama tadi.
Alamat IP bersaiz 32 bit dan dibahagikan kepada empat bahagian,

201
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
iaitu setiap bahagian mempunyai 8 bit. Contoh 8 Bit berbanding
decimal.

8 bit

1 1 1 1 1 1 1 1

128 64 32 16 8 4 2 1

255 nilai decimal

Ada 2 cara membaca alamat IP, iaitu cara binari dan decimal.
Nombor binari diwakili dengan nombor 0 dan 1, manakalah
Decimal diwakili dengan nombor 0 sehingga 9.

Contoh penukaran binari kepada decimal

Binari Nilai Bit Decimal


00000000 0 0
00000001 1 1
00000011 1+2 3
00000111 1+2+4 7
00001111 1+2+4+8 15
00011111 1+2+4+8+16 31
00111111 1+2+4+8+16+32 63
01111111 1+2+4+8+16+32+64 127
11111111 1+2+4+8+16+32+64+128 255

Jenis Kelas Alamat (Address Classes)

Terdapat 5 jenis kelas Alamat yang ada iaitu A, B, C, D dan E.

• Kelas A bit pertama mesti bermula dengan 0.


• Kelas B 2 bit mesti bermula dengan 10.

202
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
• Kelas C 3 bit mesti bermula dengan 110.
• Kelas D 4 bit mesti bermula dengan 1110.
• Kelas E 4 bit mesti bermula dengan 1111.

• Julat alamat Kelas A diantara 1 sehingga 126.


• Julat alamat Kelas B diantara 128 sehingga191.
• Julat alamat Kelas C diantara 192 sehingga223.
• Julat alamat Kelas D diantara 224 sehingga 239.
• Julat alamat Kelas E diantara 240 sehingga 255.

Walaubagaimanapun kita hanya dibenarkan menggunakan kelas


dari jenis A, B dan C sahaja. Alamat IP mempunyai 32 bit dan
dipecahkan kepada 4 bahagian yang mana setiap satu mempunyai
8 bit dan kita wakili setiap bahagian sebagai w.x.y.z . Sekiranya
alamat IP tersebut adalah 191.254.253.13, w = 191, x =254, y
=253 dan z = 13 atau dalam bentuk binari adalah:

10111111.11111110.11111101.00001101 = 191.254.253.13

Cara mengiranya adalah dengan nilai decimal kepada binari


seperti ini:
(rujuk rajah pertukaran binari kepada decimal)

Kalau 1 kita ambil nilai decimal mengikut kedudukannya di


dalam bentuk binari dan nilai 0 untuk binari 0.

191 = 1011111 = 128 + 0 + 32 + 16 + 8 + 4 + 2 + 1

254 = 1111110 = 128 + 64 + 32 + 16 + 8 + 4 + 2 + 0

253 = 1111101 = 128 + 64 + 32 + 16 + 8 + 4 + 0 + 1

13 = 00001101 = 0 + 0 + 0 + 0 + 8 + 4 + 0 + 1

Selain cara ini kita juga boleh menggunakan mesin kira


(Calculator) yang disediakan pada setiap perisian Windows.

1. Klik butang Start


2. Programs
3. Accessories
4. Calculator

203
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
5. Klik pada View dan pilih dari Standard kepada Scientific.

6. Taip angka 191 dan lepas klik kat butang Radio (Radio
Button) pada Bin (binari).

Rajah 12: Mesin kira boleh menukarkan format decimal


kepada binari

7. Nilai 1011111 akan dipaparkan. Lakukan seterusnya untuk


254. Tetapi jangan lupa klik butang Radio kepada Dec
(Decimal) sebelum taip angka 254.

204
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Rajah 13: Cara penukaran decimal ke binari

Alamat Kelas A (Class A)

Alamat IP dibahagi kepada 4 bahagian iaitu w.x.y dan z. Dimana


setiap huruf akan diwakili dengan 8 bit.

Undang-undang mengatakan bit yang pertama mesti 0 (pertama


dari belah kanan), merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit
bermula dari 00000000 sehingga 01111111.
Nilai binari kepada decimal.

Decimal = binari

0 = 00000000
1 = 00000001
2 = 00000010
3 = 00000011
4 = 00000100
5 = 00000101
6 = 00000110

205
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
7 = 00000111
8 = 00001000
dan seterusnya sehingga
126 = 01111110
127 = 01111111 (ini nilai yang terakhir, sebab bit yang pertama
mesti 0 untuk IP kelas A)

Maka IP kelas A bermula dari 0 hingga 127 TETAPI nilai 0


merupakan network number dan tidak boleh digunakan dan 127
merupakan local loop back (digunakan untuk melakukan ujian
terhadap diri sendiri seperti menggunakan arahan ping pada
alamat IP sendiri), juga tidak boleh digunakan. Oleh itu IP kelas A
bermula dari 1 sehingga 126.

Sekiranya kita melihat alamat IP seperti ni 1.10.134.8 kita tahu


ianya di dalam IP kelas A. Ini kerana pangkal 1 adalah di dalam
IP kelas A. Begitu juga IP 13.233.222.32 berada di dalam IP kelas
A.

Alamat Kelas B (Class B)

Undang-undang mengatakan 2 bit permulaan mestilah 10 (dari


sebelah kanan), merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit
bermula dari 10000000 sehingga 10111111.
Nilai binari kepada decimal.

Decimal = binari

128 = 10000000
129 = 10000001
130 = 10000010
131 = 10000011
132 = 10000100
133 = 10000101
134 = 10000110
135 = 10000111
136 = 10001000
dan seterusnya sehingga
190 = 10111110

206
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
191 = 10111111 (ini nilai yang terakhir, sebab 2bit permulaan
mestilah 10 untuk IP kelas B)

Maka julat alamat IP kelas B bermula dari 128 sehingga 191.


Sekiranya alamat IP tersebut adalah 155.76.76.8, nilai 155
menunjukkan alamat IP tersebut berada di dalam kelas B.

Alamat Kelas C (Class C)

Undang-undang mengatakan 3 bit permulaan mestilah 110 (dari


sebelah kanan), merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit
bermula dari 11000000 sehingga 11011111.
Nilai binari kepada decimal.

Decimal = binari

192 = 11000000
193 = 11000001
194 = 11000010
195 = 11000011
196 = 11000100
197 = 11000101
198 = 11000110
199 = 11000111
200 = 11001000
dan seterusnya sehingga
222 = 11011110
223 = 11011111 (ini nilai yang terakhir, sebab 3 bit permulaan
mestilah 110 untuk IP kelas C).

Maka julat alamat IP kelas C bermula dari 192 sehingga 223.


Sekiranya alamat IP tersebut adalah 200.76.76.8, nilai 200
menunjukkan alamat IP tersebut berada di dalam kelas C.

Alamat Kelas D (Class D)

207
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Undang-undang mengatakan 4 bit permulaan mestilah 1110 (dari
sebelah kanan), merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit
bermula dari 111000000 sehingga 111011111.
Nilai binari kepada decimal.

Decimal = binari

224 = 11100000
225 = 11100001
226 = 11100010
225 = 11100011
227 = 11100100
228 = 11100101
229 = 11100110
230 = 11100111
231 = 11101000
dan seterusnya sehingga
238 = 11101110
239 = 11101111 (ini nilai yang terakhir, sebab 4 bit permulaan
mestilah 1110 untuk IP kelas D).

Maka julat alamat IP kelas D bermula dari 224 sehingga 239.


Sekiranya alamat IP tersebut adalah 230.76.76.8, nilai 230
menunjukkan alamat IP tersebut berada di dalam kelas D.

Alamat Kelas E (Class E)

Undang-undang mengatakan 4 bit permulaan mestilah 1111 (dari


sebelah kanan), merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit
bermula dari 111100000 sehingga 111111111.
Nilai binari kepada decimal.

Decimal = binari

240 = 11110000
241 = 11110001
242 = 11110010
243 = 11110011
244 = 11110100

208
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
245 = 11110101
246 = 11110110
247 = 11110111
248 = 11111000
dan seterusnya sehingga
254 = 11111110
255 = 11111111 (ini nilai yang terakhir, sebab 4 bit permulaan
mestilah 1111 untuk IP kelas E).

Maka julat alamat IP kelas E bermula dari 240 sehingga 255.


Sekiranya alamat IP tersebut adalah 243.76.76.8, nilai 243
menunjukkan alamat IP tersebut berada di dalam kelas E.

Nota:
Alamat IP yang dibenarkan untuk digunakan hanyalah IP kelas A,
B dan C. IP kelas D sering digunakan untuk multicast seperti yang
digunakan di dalam protocol OSPF. IP kelas E pula digunakan
untuk ujian.

Subnet Mask

Di dalam protocol IP, selain memberikan alamat IP kita perlu juga


mengisikan ruangan Subnet Mask. Terdapat default subnet mask
untuk setiap kelas.

IP kelas A 255.0.0.0
IP kelas B 255.255.0.0
IP kelas C 255.255.255.0

Sebagai contoh:

Alamat IP 10.100.10.1, default subnet mask adalah 255.0.0.0


Alamat IP 191.254.1.23 default subnet mask adalah 255.255.0.0
Alamat IP 192.168.3.1 default subnet mask adalah 255.255.255.0
Selain daripada default subnet mask yang dikhaskan untuk setiap
kelas, IP kelas A boleh menggunakan default subnet mask kelas B
dan C. Manakala IP kelas B boleh menggunakan default subnet

209
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
mask kelas B dan C. Tetapi IP kelas C hanya boleh menggunakan
default subnet mask kelas C.

JANGAN guna IP kelas C dan default subnet mask kelas A atau


B. Walaupun komunikasi berjaya dilakukan tetapi mengundang
masalah apabila terdapat dua jenis alamat IP digunakan.

JANGAN guna alamat IP yang berakhir dengan nombor 0 dan


255. Seperti 192.168.10.0 dan 192.168.10.255 (untuk kelas C),
191.254.0.0 dan 191.254.255.255 (untuk kelas B), 10.0.0.0 dan
10.255.255.255 (untuk kelas A). Sebab 0 merupakan nombor
network dan 255 merupakan nombor broadcast.

JANGAN guna alamat IP lebih besar dari 255 sebab nombor


tersebut tidak wujud.

Pengguna Alamat IP Subnet Mask


Fitry 10.100.10.1 255.0.0.0
Safry 10.200.150.1 255.0.0.0
Ah Chong 10.100.10.2 255.255.0.0
Mutusamy 10.100.150.2 255.255.0.0
Halimatus 10.101.10.3 255.255.0.0
Rabiatul 10.100.10.4 255.255.255.0
Ruzila 10.100.10.5 255.255.255.0
Jadual 1: Alamat IP dan Subnet Mask

Merujuk kepada jadual diatas,

PC Fitry dan Safry boleh berkomunikasi antara satu sama lain.


Cara paling mudah untuk memeriksa sama ada komunikasi dapat
dilakukan hanya dengan menggunakan arahan PING. Pada PC
Fitry, arahan dibawah perlu dilakukan:

1. Ping 10.100.10.1 - ini dikenali ping local, biasakan ping


alamat IP sendiri sebelum ping PC lain. Sekiranya
keputusan berjaya. Maka pemacu NIC (Network Interface
Card) dan konfigurasi alamat IP adalah betul. Sekiranya
keputusan gagal, maka kita perlu memeriksa semula NIC,
pemacu NIC dan konfigurasi alamat IP.

210
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
2. Ping 10.200.150.1 - ini dikenali ping remote. Sekiranya
keputusan berjaya. Maka kedua-dua PC dapat
berkomunikasi. Sekiranya gagal, Safry perlu melakukan
ping local untuk memastikan pemacu NIC dan konfigurasi
alamat IP adalah betul. Sekiranya ping local menunjukkan
hasil yang positif, maka kabel rangkaian mengalami
kepincangan.

Seterusnya PC Ah Chong diletakan di dalam hab (hub) yang


sama. Keputusan ping akan gagal kerana Ah Chong mempunyai
subnet mask yang berbeza. PC Mutusamy pun akan gagal
berkomunikasi dengan PC Fitry dan Safry tetapi boleh
berkomunikasi dengan PC Ah Chong.

Keputusan seterusnya, PC Halimatus akan gagal berkomunikasi


dengan semua PC. Manakala PC Rabiatul dan Ruzila hanya boleh
berkomunikasi antara satu sama lain tetapi tidak boleh
berkomunikasi dengan PC lain.

Kenapa pula?

Masih ingat lagi cara perkelasan dilakukan terhadap alamat IP.


Setiap alamat IP dibahagi kepada dua, iaitu Network dan Host.

Kelas IP Pecahan Network dan Host


A network.host.host.host
B network.network.host.host
C network.network.network.host
Jadual 2: Menunjukkan pecahan terhadap Network dan host pada
setiap kelas

Network merupakan nama jalan, manakala host pula adalah


nombor rumah.

Sebagai contoh di dalam satu taman A perumahan:

1. Alamat IP 100.10.200.1. Nombor 100 permulaan adalah


merupakan Jalan 100 dan 10.200.1 merupakan nombor
rumah.

211
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
2. Alamat IP 100.200.230.10. Nombor 100 permulaan adalah
merupakan Jalan 100 dan 200.230.10 merupakan nombor
rumah. Kedua-dua PC berada di dalam jalan yang sama
(nombor network yang sama) maka berkomunikasi boleh
dilakukan.

Contoh alamat IP kelas B. Kita namakan Taman B.

1. Alamat IP 191.254.200.10. Nombor 191.254 merupakan


nombor jalan dan 200.10 adalah nombor rumah.

2. Alamat IP 191.254.200.20. Nombor 191.254 merupakan


nombor jalan dan 200.20 adalah nombor rumah. Kedua-
dua PC berada di dalam jalan yang sama (nombor network
yang sama) maka berkomunikasi boleh dilakukan.

Contoh seterusnya kita mengunakan untuk alamat kelas C. Kita


namakan Taman C.

1. Alamat IP 192.168.1.10. Nombor 192.168.1 merupakan


nombor jalan dan 10 merupakan nombor rumah.

2. Alamat IP 192.168.1.20. Nombor 192.168.1 merupakan


nombor jalan dan 20 merupakan nombor rumah. Kedua-
dua PC berada di dalam jalan yang sama (nombor network
yang sama) maka berkomunikasi boleh dilakukan.

Merujuk kepada kepada jadual 1, PC Fitry dan Safry


menggunakan default subnet mask kelas A maka

Nombor 10 adalah nombor jalan, 100.10.1 merupakan nombor


rumah untuk Firty dan 200.150.1. Kedua-dua PC berada di dalam
jalan yang sama (nombor network yang sama) maka
berkomunikasi boleh dilakukan.

Untuk memudahkan kefahaman, sila rujuk jadual 3.


Pengguna Alamat IP Subnet Mask Network Host
Fitry 10.100.10.1 255.0.0.0 10 100.10.1
Safry 10.200.150. 255.0.0.0 10 200.150.1
1

212
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Ah Chong 10.100.10.2 255.255.0.0 10.100 10.2
Mutusamy 10.100.150. 255.255.0.0 10.100 150.2
2
Halimatus 10.101.10.3 255.255.0.0 10.101 10.3
Rabiatul 10.100.10.4 255.255.255. 10.100.1 4
0 0
Ruzila 10.100.10.5 255.255.255. 10.100.1 5
0 0
Jadual 3: Pembahagian Network dan host dari jadual 1

Merujuk jadual 3, Fitry dan Safry mempunyai nombor network


yang sama. Ah Chong dan Mutusamy mempunyai nombor
network yang sama. Rabiatul dan Ruzila mempunyai nombor
network yang sama. Hanya PC yang berada di dalam jalan yang
sama (nombor network yang sama) barulah berkomunikasi boleh
dilakukan.

Apabila nombor network bernilai 10. Maka alamat PC yang


dibenarkan adalah 10.0.0.1 sehingga 10.255.255.254. Jumlah
alamat IP adalah 16,777,214. Kiraannya 2^24 (dua kuasa 24)
tolak 2 = 16,777,214 (16 juta!).

Nombor network 10.100, alamat PC yang dibenarkan adalah


10.100.0.1 sehingga 10.100.255.254. Jumlah alamat IP adalah
65,534. Kiraannya 2^16 (dua kuasa 16) tolak = 65,534 (65 ribu!)

Nombor network 10.100.10, alamat PC yang dibenarkan adalah


10.100.10.1 sehingga 10.100.10.254. Jumlah alamat IP adalah
254. Kiraannya 2^8 (dua kuasa 8) tolak 2 = 254.

Kalau semua PC di dalam jadual 3 ditukar default subnet mask


kelas A, kesemua PC akan dapat berkomunikasi kerana
mempunyai nombor network yang sama. Sila rujuk jadual 4.

Pengguna Alamat IP Subnet Mask Network Host


Fitry 10.100.10.1 255.0.0.0 10 100.10.1
Safry 10.200.150. 255.0.0.0 10 200.150.1
1
Ah Chong 10.100.10.2 255.0.0.0 10 100.10.2
Mutusamy 10.100.150. 255.0.0.0 10 100.150.2

213
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
2
Halimatus 10.101.10.3 255.0.0.0 10 101.10.3
Rabiatul 10.100.10.4 255.0.0.0 10 100.10.4
Ruzila 10.100.10.5 255.0.0.0 10 100.10.5
Rajah 4: Menukar default subnet mask

Kelebihan melakukan subnetting:

1. Mengurangkan trafik di dalam rangkaian – Setiap


tambahan PC akan menyebabkan penambahan trafik di
dalam system rangkaian.

2. Optima prestasi rangkaian – dengan kurangnya trafik,


prestasi rangkaian mencapai prestasi maksima.

3. Mudah dikendalikan – Lebih mudah mengendalikan


sekiranya berlakunya kepincangan.

Subnetting Kelas C

Internet merupakan saluran maklumat yang tiada batasan, maka


banyak syarikat mempunyai sambungan ke Internet sama ada
melalui cara mendail ke Internet atau mempunyai talian suwa
(leased line).

Penggunaan talian dail tidak perlu melakukan sebarang perkiraan


terhadap alamat IP tetapi penggunaan talian suwa akan diberikan
satu blok alamat IP. Maka terpulang kepada kita untuk memilih
alamat IP yang mana untuk penghala (router), pelayan dan
sebagainya selagi kita tidak menceroboh alamat IP syarikat lain.

Contoh:

IP address serial line 161.7.5.251, subnet mask 255.255.255.252


dan LAN bermula dari 204.104.5.193, subnet mask
255.255.255.224

atau

214
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
IP address serial line 161.7.5.251, subnet mask 30 bit dan LAN
bermula dari 204.104.5.193, subnet mask 27 bit
Dari contoh yang diberikan kita perlu meletakkan alamat IP
161.7.5.251 pada antaramuka siri (serial interface) pada penghala
(router) dan ini tidak menjadi sebarang masalah. Setiap penghala
mempunyai sekurang-kurangnya dua antaramuka iaitu
antaramuka siri dan pangkalan Ethernet (port Ethernet). Masalah
timbul apabila ingin meletakkan alamat IP di dalam pangkalan
Ethernet pada penghala dan alamat IP pada pelayan. Untuk itu,
kita perlu mengetahui teknik pengiraan subnetting.

Syarat untuk membolehkan sesuatu blok alamat IP boleh di


subnet adalah:

1. Mesti terdapat sekurang-kurangnya dua bit di setkan ON


pada bahagian 8 bit terakhir alamat IP.

2. Mesti terdapat sekurang-kurangnya dua bit di setkan OFF


pada bahagian 8 bit terakhir alamat IP.

Senarai Subnet yang dibenarkan di dalam kelas C adalah:

Binari Decimal Subnet mask


11000000 192 255.255.255.192
11100000 224 255.255.255.224
11110000 240 255.255.255.240
11111000 248 255.255.255.248
11111100 252 255.255.255.252

Tujuan kita mempelajari teknik pengiraan adalah untuk


mengetahui:

1. Berapa banyak subnet? 2^X –2 (2 kuasa X ditolak 2,


dimana X adalah nilai binary yang disetkan ON = 1)

2. Jumlah hos (host) untuk setiap subnet? 2^X –2 (2 kuasa X


ditolak 2, dimana X adalah nilai binary yang disetkan OFF
= 0)

215
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
3. Nilai permulaan setiap subnet? 256 – subnet mask

4. Nombor host setiap subnet? Nilai antara 0 dan 1 pada


setiap subnet

5. Nombor rangkaian (network)? Nilai awal pada setiap


subnet

6. Nombor broadcast setiap subnet (broadcast number)?


Nilai akhir pada setiap subnet

Latihan 1

Subnet Mask 255.255.255.192 (26 bit)

Satu alamat IP kelas C iaitu 192.168.1.xxx subnet mask


255.255.255.0 (24 bit). Apabila subnet berakhir dengan 0 maka
alamat IP akan bermula dari 1 (dimana xxx = 1) dan berakhir
dengan 254 (dimana xxx = 254). Seperti sebatang jalan, dikenali
sebagai jalan 192.168.1, maka jalan masuk adalah 192.168.1.0
yang juga dikenali sebagai nombor rangkaian (network number)
dan penghujung jalan 192.168.1.254 merupakan jalan mati yang
juga dikenali sebagai nombor broadcast (broadcast number). Di
antara nombor rangkaian dan nombor broadcast adalah nombor
yang boleh digunakan oleh peralatan rangkaian seperti printer dan
komputer.

Rajah 14: Alamat IP untuk subnet mask 24 bit

Sekiranya alamat IP yang sama iaitu 192.168.1.xxx dan subnet


mask adalah 255.255.255.192 (26 bit). Mula-mula kita kena tukar
nilai decimal 192 kepada binari.

216
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
192 11000000

1. Berapa banyak subnet? 2^2 –2 (2 kuasa 2 ditolak 2) = 2


(terdapat 2 bit yang ON)

2. Jumlah hos (host) untuk setiap subnet? 2^6 –2 (2 kuasa 6


ditolak 2) = 62 (terdapat 6 bit yang OFF)

3. Nilai permulaan setiap subnet? 256 – 192 = 64 (nilai 192


diambil dari nombor subnet mask). Jadi nombor permulaan
setiap subnet adalah 64 dan 128 (64 + 64). Nombor subnet
seterusnya adalah 192 tidak boleh digunakan kerana sama
dengan nombor subnet mask. Ini menjadikan jalan 192.168.1
akan mempunyai 2 lorong kecil.

4. Nombor host setiap subnet? Untuk lorong 64, alamat IP adalah


192.168.1.65 sehingga 192.168.1.126. Untuk lorong 128,
alamat IP adalah 192.168.1.129 sehingga 192.168.1.190.

5. Nombor rangkaian (network number)? Untuk lorong 64,


nombor rangkaian adalah 192.168.1.64 dan untuk lorong 128,
nombor rangkaian adalah 192.168.1.128.

6. Nombor broadcast setiap subnet (broadcast number)? Untuk


lorong 64, nombor broadcast adalah 192.168.1.127 dan untuk
lorong 128, nombor rangkaian adalah 192.168.1.223.

217
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Rajah 15: Jalan dan lorong untuk Subnet 192

Rajah 16: Menunjukkan fungsi subnet mask

218
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Merujuk rajah 16, PC Ahmad boleh berkomunikasi dengan PC Ali
tetapi tidak boleh berkomunikasi dengan PC Siti dan Abu. Ini
disebabkan alamat IP PC mereka berada di lorong yang berlainan,
sila rujuk rajah 15. Begitu juga Siti hanya boleh berkomunikasi
dengan Abu tetapi tidak boleh berkomunikasi dengan PC Ahmad
dan Ali.

Kesimpulannya walaupun menggunakan hab yang sama, alamat


IP pada lorong 64 hanya boleh berkomunikasi dengan PC yang
menggunakan alamat IP yang ada di dalam lorong tersebut.
Untuk membolehkan PC dari lorong 64 dan 128
berkomunikasi, peralatan seperti penghala (router)
diperlukan.

Latihan 2

Subnet Mask 255.255.255.224 (27 bit)

Alamat IP yang sama iaitu 192.168.1.xxx tetapi subnet mask


255.255.255.224.

Tukar 224 dari decimal ke binari.


224 11100000

1. Berapa banyak subnet? 2^3 –2 (2 kuasa 3 ditolak 2) = 6


(terdapat 3 bit yang ON).

2. Jumlah hos (host) untuk setiap subnet? 2^5 –2 (2 kuasa 5


ditolak 2) = 30 (terdapat 5 bit yang OFF)

3. Nilai permulaan setiap subnet? 256 – 224 = 32 (nilai 224


diambil dari nombor subnet mask). Jadi nombor permulaan
setiap subnet adalah 32, 64, 96, 128, 160 dan 192 (jumlah
mesti 6 kerana jumlah subnet adalah 6). Nombor subnet
seterusnya adalah 224 tidak boleh digunakan kerana sama
dengan nombor subnet mask. Ini menjadikan jalan 192.168.1
akan mempunyai 6 lorong kecil.

219
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Rajah 17: Menunjukkan lorong pada subnet 224

4. Nombor host setiap subnet? Sila rujuk rajah 17.


a) Lorong 32 – alamat IP dari 192.168.1.33 sehingga 62
b) Lorong 64 – alamat IP dari 192.168.1.65 sehingga 94
c) Lorong 96 – alamat IP dari 192.168.1.97 sehingga 126
d) Lorong 128 – alamat IP dari 192.168.1.129 sehingga 158
e) Lorong 160 – alamat IP dari 192.168.1.161 sehingga 190
f) Lorong 192 – alamat IP dari 192.168.1.192 sehingga 222

5. Nombor rangkaian (network number)? Sila rujuk rajah 17.


a) Lorong 32 –192.168.1.32
b) Lorong 64 –192.168.1.64
c) Lorong 96 – 192.168.1.96
d) Lorong 128 – 192.168.1.128
e) Lorong 160 – 192.168.1.160
f) Lorong 192 – 192.168.1.192

6. Nombor broadcast setiap subnet (broadcast number)? Sila


rujuk rajah 17.
a) Lorong 32 –192.168.1.63
b) Lorong 64 –192.168.1.95
c) Lorong 96 – 192.168.1.127
d) Lorong 128 – 192.168.1.159
e) Lorong 160 – 192.168.1.191
f) Lorong 192 – 192.168.1.223

220
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Latihan 3

Subnet Mask 255.255.255.240 (28 bit)

Alamat IP yang sama iaitu 192.168.1.xxx tetapi subnet mask


255.255.255.240.

Tukar 240 dari decimal ke binari.


240 11110000

Terdapat 4 bit ON untuk jumlah subnet dan 4 bit OFF untuk


jumlah host. Selain dari menggunakan lakaran jalan dan lorong,
kita juga boleh menggunakan jadual untuk memudahkan
perkiraan.
1. Jumlah subnet ialah 2^4 - 2 (dua kuasa empat tolak 2) =
14

2. Jumlah hos ialah 2^4 - 2 (dua kuasa empat tolak 2) = 14

3. Permulaan subnet ialah 256 – 240 = 16, seterusnya 32, 48


dan berakhir dengan 224

Subnet Nombor Nombor Lingkungan


Rangkaian Tersiar IP Sah
192.168.1.xxx 192.168.1.xxx 192.168.1.xxx
16 16 31 17 – 30
32 32 47 33 – 46
48 48 63 49 – 62
64 64 79 65 – 78
80 80 95 81 – 94
96 96 111 97 – 110
112 112 127 113 – 126
128 128 143 129 – 142
144 144 159 145 – 158
160 160 175 161 – 174
176 176 191 177 – 190
192 192 207 193 – 206
208 208 223 209 – 222

221
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
224 224 239 225 – 238

Nota:
• Nombor rangkaian sama dengan nombor subnet.
• Nombor tersiar (broadcast number) nilainya kurang satu
dari nilai subnet seterusnya.
• Lingkungan IP sah adalah lingkungan tambahan satu nilai
pada nombor rangkaian dan diakhiri dengan kurang satu
nombor dari nombor tersiar.
• Syarikat-syarikat di Malaysia sering diberikan alamat IP
kelas C dan subnet mask seperti 255.255.255.224 (27 bit)
atau 255.255.255.240 (28 bit) untuk syarikat yang lebih
kecil. Subnet mask 255.255.255.252 (30 bit) untuk
sambungan bersiri (serial) antara penghala (router)
syarikat kepada penghala ISP.
Latihan 4

Subnet Mask 255.255.255.248 (29 bit)

Alamat IP yang sama iaitu 192.168.1.xxx tetapi subnet mask


255.255.255.248.

Tukar 248 dari decimal ke binari.


248 11111000

Terdapat 5 bit ON untuk jumlah subnet dan 3 bit OFF untuk


jumlah host. Selain dari menggunakan lakaran jalan dan lorong,
kita juga boleh menggunakan jadual untuk memudahkan
perkiraan.

1. Jumlah subnet ialah 2^5 - 2 (dua kuasa lima tolak 2) = 30

2. Jumlah hos ialah 2^3 - 2 (dua kuasa tiga tolak 2) = 6

3. Permulaan subnet ialah 256 – 248 = 8, seterusnya 16, 24,


32 dan berakhir dengan 240

Subnet Nombor Nombor Lingkungan


Rangkaian Tersiar IP Sah
192.168.1.xxx 192.168.1.xxx 192.168.1.xxx

222
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
8 8 15 9 – 14
16 16 23 17 –22
24 24 31 25 – 30
32 32 39 33 – 38
40 40 47 41 – 46
48 48 55 49 – 54
56 56 63 57 – 62
64 64 71 65 – 70
72 72 79 73 – 78
80 80 87 81 –86
88 88 95 89 – 94
96 96 103 97 – 102
232 232 239 232 – 238
240 240 247 241 – 246

Latihan 5

Subnet Mask 255.255.255.252 (30 bit)

Alamat IP yang sama iaitu 192.168.1.xxx tetapi subnet mask


255.255.255.248.

Tukar 248 dari decimal ke binari.


252 11111100

Terdapat 6 bit ON untuk jumlah subnet dan 2 bit OFF untuk


jumlah host. Selain dari menggunakan lakaran jalan dan lorong,
kita juga boleh menggunakan jadual untuk memudahkan
perkiraan.

1. Jumlah subnet ialah 2^6 - 2 (dua kuasa enam tolak 2) =


62

2. Jumlah hos ialah 2^2 - 2 (dua kuasa dua tolak 2) = 2

3. Permulaan subnet ialah 256 – 252 = 4, seterusnya 8, 12,


16 dan berakhir dengan 248

Subnet Nombor Nombor Lingkungan


Rangkaian Tersiar IP Sah

223
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
192.168.1.xxx 192.168.1.xxx 192.168.1.xxx
4 4 7 5–6
8 8 11 9 – 10
12 12 15 13 –14
16 16 19 17 –18
20 20 23 21 – 22
24 24 27 25 – 26
28 28 31 29 – 30
32 32 35 33 – 34
36 36 39 37 – 38
40 40 43 42 – 42
44 44 47 45 – 46
240 240 243 241 – 242
244 244 247 245 – 246
248 248 251 249 -250
Subnetting Kelas B

Default Subnet Mask untuk kelas B adalah 255.255.0.0 atau 16


bit. Syarat utama untuk melakukan subnetting adalah:

1) Sekurang-kurangnya 2 bit nombor rangkaian mesti ON (1).


2) Sekurang-kurangnya 2 bit nombor hos mesti OFF (0).

Dari syarat diatas, selepas bit ke 16,

Subnet bermula dengan


11000000.00000000 192.0
11100000.00000000 224.0
11110000.00000000 240.0
11111000.00000000 248.0
11111100.00000000 252.0
11111110.00000000 254.0
11111111.00000000 255.0
11111111.10000000 255.128
11111111.11000000 255.192
11111111.11100000 255.224
11111111.11110000 255.240
11111111.11111000 255.248
11111111.11111100 255.252

224
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Dibawah disenaraikan nombor subnet mask yang boleh
digunakan di dalam kelas B

255.255.192.0
255.255.224.0
255.255.240.0
255.255.248.0
255.255.252.0
255.255.254.0
255.255.255.0
255.255.255.128
255.255.255.192
255.255.255.224
255.255.255.240
255.255.255.248
255.255.255.252

Latihan 1

Alamat rangkaian (network address) = 191.254.0.0


Subnet mask = 255.255.192.0

Nilai 192 mempunyai 2 bit ON (1) dan 14 bit OFF (0).

11.1.1.1.1.1.1.Jumlah subnet 2^2 tolak 2 = 2

11.1.1.1.1.1.2.Jumlah hos 2^14 tolak 2 = 16382

11.1.1.1.1.1.3.Permulaan subnet 256 – 192 = 64. Subnet kedua 128.


Maka subnet pertama adalah 64.0 dan kedua adalah 128.0

Subnet Nombor Nombor Lingkungan IP


Rangkaian Tersiar Sah
191.254.xxx.xxx 191.254.xxx.xxx 191.254.xxx.xxx
64 64.0 127.255 191.254.64.1
sehingga
191.254.127.254
128 128.0 191.255 191.254.128.1
sehingga

225
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
191.254.191.254

Perhatikan:
Nombor tersiar untuk subnet 64.0 adalah 127.255. Nilai tersebut
merupakan nilai kurang satu dari nombor rangkaian 128.0.

Nombor tersiar untuk subnet 128 adalah 192.255. Nilai tersebut


merupakan nilai kurang satu dari nombor rangkaian 192.0
(lorong/subnet selepas 128.0, atau nilai 192 subnet mask)

Nombor permulaan untuk subnet 64.0 adalah 191.254.64.1


(nombor selepas nombor rangkaian) dan berakhir dengan
191.254.127.254 (nombor sebelum nombor tersiar).

Nombor permulaan untuk subnet 128.0 adalah 191.254.128.1


(nombor selepas nombor rangkaian) dan berakhir dengan
191.254.191.254 (nombor sebelum nombor tersiar).

Rajah 18: Menunjukkan lorong subnet mask 192 pada kelas B

Latihan 2

Alamat rangkaian (network address) = 191.254.0.0


Subnet mask = 255.255.224.0

226
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Nilai 224 mempunyai 3 bit ON (1) dan 13 bit OFF (0).

1. Jumlah subnet 2^3 tolak 2 = 6


2. Permulaan subnet 256 – 224 = 32. Subnet seterusnya adalah
64, 96, 128, 160 dan 192. Maka subnet pertama adalah 32.0
dan yang akhir adalah 192.0

Subnet Nombor Nombor Lingkungan IP


Rangkaian Tersiar Sah
191.254.xxx.xxx 191.254.xxx.xxx 191.254.xxx.xxx
32 32.0 63.255 191.254.32.1
sehingga
191.254.63.254
64 64.0 95.255 191.254.64.1
sehingga
191.254.95.254
96 96.0 127.255 191.254.96.1
sehingga
192.254.127.254
128 128.0 159.255 191.254.128.1
sehingga
191.254.159.254
160 160.0 191.255 191.254.160.1
sehinnga
192.154.191.254
192 192.0 223.255 191.254.192.1
sehingga
191.254.223.254

Latihan 3

Alamat rangkaian (network address) = 191.254.0.0


Subnet mask = 255.255.254.0

Nilai 254 mempunyai 7 bit ON (1) dan 9 bit OFF (0).

1. Jumlah subnet 2^7 tolak 2 = 126

227
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
2. Permulaan subnet 256 – 254 = 2. Subnet seterusnya adalah 4,
6, 8, 10, 12, 14 dan seterusnya sehingga 252. Maka subnet
pertama adalah 2.0 dan yang akhir adalah 252.0

Subnet Nombor Nombor Lingkungan IP


Rangkaian Tersiar Sah
191.254.xxx.xxx 191.254.xxx.xxx 191.254.xxx.xxx
2 2.0 3.255 191.254.2.1
sehingga
191.254.3.254
4 4.0 5.255 191.254.4.1
sehingga
191.254.5.254
6 6.0 7.255 191.254.6.1
sehingga
191.254.7.254
8 8.0 9.255 191.254.8.1
sehingga
191.254.9.254
10 10.0 11.255 191.254.10.1
sehingga
191.254.11.254
… ….. …. …..
252 252.0 253.255 191.254.252.1
sehingga
191.254.253.254

Latihan 4

Alamat rangkaian (network address) = 191.254.0.0


Subnet mask = 255.255.255.0

Nilai 255 mempunyai 8 bit ON (1) dan 8 bit OFF (0).

1. Jumlah subnet 2^8 tolak 2 = 254

228
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
2. Permulaan subnet 256 – 255 = 1. Subnet seterusnya adalah 2,
3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan seterusnya sehingga 254. Maka subnet
pertama adalah 1.0 dan yang akhir adalah 254.0.

Subnet Nombor Nombor Lingkungan IP


Rangkaian Tersiar Sah
191.254.xxx.xxx 191.254.xxx.xxx 191.254.xxx.xxx
1 1.0 1.255 191.254.1.1
sehingga
191.254.1.254
2 2.0 2.255 191.254.2.1
sehingga
191.254.2.254
3 3.0 3.255 191.254.3.1
sehingga
191.254.3.254
4 4.0 4.255 191.254.4.1
sehingga
191.254.4.254
254 254.0 254.255 191.254.254.1
sehingga
191.254.254.254

Latihan 5

Alamat rangkaian (network address) = 191.254.0.0


Subnet mask = 255.255.255.128

Nilai 255 mempunyai 9 bit ON (1) dan 7 bit OFF (0).

1. Jumlah subnet 2^9 tolak 2 = 510


2. Permulaan subnet 256 – 255 = 1. Subnet seterusnya adalah 2,
3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan seterusnya sehingga 254. Eeee, sama
macam subnet mask 255.255.255.0 tetapi subnet kali ini
adalah 255.255.255.128.Maka subnet bermula dari 0.128, 1.0,
1.128, 2.0, 2.128, 3.0, 3.128, 4.0, 4.128 dan yang akhir adalah
255.0.

Subnet Nombor Nombor Lingkungan IP

229
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Rangkaian Tersiar Sah
191.254.xxx.xxx 191.254.xxx.xxx 191.254.xxx.xxx
1 0.128 0.255 191.254.0.129
sehingga
191.254.0.254
2 1.0 1.127 191.254.1.1
sehingga
191.254.1.126
3 1.128 1.255 191.254.1.129
sehingga
191.254.1.254
4 2.0 2.127 191.254.2.1
sehingga
191.254.2.126
5 2.128 2.255 191.254.2.129
sehingga
191.254.2.254
6 3.0 3.127 191.254.3.1
sehingga
191.254.3.126
7 3.128 3.255 191.254.3.129
sehingga
191.254.3.254
8 4.0 4.128 191.254.4.1
sehingga
191.254.4.127
509 254.0 254.127 191.254.254.1
sehingga
191.254.254.126
510 254.128 254.255 191.254.254.129
sehingga
191.254.254.254

Latihan 6

Alamat rangkaian (network address) = 191.254.0.0


Subnet mask = 255.255.255.192

Nilai 255 mempunyai 10 bit ON (1) dan 6 bit OFF (0).

230
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
3. Jumlah subnet 2^10 tolak 2 = 1022
4. Permulaan subnet 256 – 192 = 64 . Subnet seterusnya adalah
128. Eeee, sama macam subnet mask 255.255.192.0 tetapi
subnet kali ini adalah 255.255.255.192.Maka subnet bermula
dari 0.64, 0.128, 0.192, 1.0, berakhir adalah 254.128

Subnet Nombor Nombor Lingkungan IP


Rangkaian Tersiar Sah
191.254.xxx.xxx 191.254.xxx.xxx 191.254.xxx.xxx
1 0.128 0.255 191.254.0.129
sehingga
191.254.0.254
2 1.0 1.127 191.254.1.1
sehingga
191.254.1.126
3 1.128 1.255 191.254.1.129
sehingga
191.254.1.254
4 2.0 2.127 191.254.2.1
sehingga
191.254.2.126
5 2.128 2.255 191.254.2.129
sehingga
191.254.2.254
6 3.0 3.127 191.254.3.1
sehingga
191.254.3.126
7 3.128 3.255 191.254.3.129
sehingga
191.254.3.254
8 4.0 4.128 191.254.4.1
sehingga
191.254.4.127
509 254.0 254.127 191.254.254.1
sehingga
191.254.254.126
510 254.128 254.255 191.254.254.129
sehingga
191.254.254.254

231
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
232
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

You might also like