You are on page 1of 3

Tetikus

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Untuk kegunaan lain, sila lihat: Tikus.

Jenis-jenis tetikus bebola berwayar.

Tetikus (bahasa Inggeris mouse) merupakan peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal
gerakan penunjuk atau cursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di
atas permukaan keras dan rata. Pada masa kini terdapat beberapa jenis tetikus yang dibahagikan
kepada beberapa jenis berdasarkan ciri ciri fizikal dan keupayannya seperti:-

• Tetikus bebola dengan wayar.


• Tetikus bebola tanpa wayar.
• Tetikus optik dengan wayar.
• Tetikus optik tanpa wayar.

Tetikus ini amat diperlukan terutamanya sekali apabila menggunakan sistem pengoperasi
tetingkap ( Window ) seperti Microsoft Windows, Linux dll. Tetikus memudahkan seseorang
pengguna untuk mengendalikan perisian animasi, grafik, dan program desktop publishing.
Apabila tetikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan bergerak dalam arah yang sama
dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tetikus tersebut berada.

Setiap tetikus, pada kebiasaannya mempunyai 1 hingga 3 bebutang dan setiap bebutang
mempunyai fungsi yang berlainan. Fungsi-sungsi ini pula biasanya dikawal oleh Sistem
Pengoperasian dan perisian. Sebagai contoh dengan memilih => Control Panel =>Mouse,
seseorang boleh mengawal samaada hendak mengendalikan tetikus dengan menggunakan tangan
kiri atau kanan, bentuk penunjuk, saiz penunjuk, ciri-ciri tetikus dll. Bagaimanapun fungsi
tetikus asas masih sama dan biasanya dibahagikan kepada 4 aktiviti utama iaitu: -
1. Klik atau klik tunggal ( Click atau single click ) – untuk membuat pilihan yang tertentu
pada skrin papa
2. Dwiklik ( Double click ) – untuk membuka dokumen atau memulakan program.
3. Klik kanan ( Right click ) – untuk memaparkan senarai arah /program pada skrin
komputer.
4. Heret dan lepas ( Drag and Drop ) – untuk proses pemindahan ikon/item pada skrin.

Isi kandungan
[sorok]

• 1 Kebaikan tetikus
• 2 Keburukan tetikus
• 3 Teknologi

o 3.1 Tetikus awal

[sunting] Kebaikan tetikus


• Tetikus memudahkan pengendalian perisian tetingkap. Pengguna tidak lagi perlu
memudik menu yang berjela untuk melakukan pelbagai fungsi.
• Tetikus mudah dipelajari dan mempunyai fungsi yang piawaian.
• Tetikus tahan lama dan memerlukan penyelenggaraan yang mudah. Hanya perlu di cuci
secara berkala.
• Tetikus memerlukan liang sambungan yang piawai.

[sunting] Keburukan tetikus


• Tetikus memerlukan ruang yang rata dan luas untuk digunakan.
• Penggunaan tetikus untuk waktu yang lama secara berpanjangan akan menimbulkan
tekanan kepada pergelangan tangan.
• Tetikus berbola perlu dibersihkan secara berkala untuk memastikan pergerakan yang
lancar dan tidak tersekat-sekat.

[sunting] Teknologi
[sunting] Tetikus awal

DATAR Firstmouseunderside.jpg
trackball.jpg
Tetikus komputer yang
The world's first Paten tetikus awal. Dari kiri pertama, dipegang oleh
trackball yang ke kanan: Roda trek pencipta Douglas
dicipta oleh Tom bertentangan(Opposing track Engelbart, menunjukkan
Cranston, Fred
Longstaff dan
Kenyon Taylor
yang bekerja di wheels) oleh Engelbart, Nov.
dalam projek 1970, Templat:US Patent.
Tentera Laut Di Bola dan Roda(Ball and
Satu tetikus Smaky,
Raja Kanada wheel) oleh Rider, Sept.
roda memberikan seperti dicipta di
DATAR pada tahun 1974, Templat:US Patent.
sentuhan dengan EPFL oleh Jean-
1952. Ia Bola dan dua penggelek
permukaan Daniel Nicoud dan
menggunakan bola dengan spring (Ball and two
André Guignard.
lima-pin bowling rollers with spring) oleh
piawaian Kanada. Opocensky, Okt. 1976,
Ia tidak dipatenkan Templat:US Patent.
kerana ia
merupakan projek
rahsia ketenteraan.

You might also like