You are on page 1of 32

TAHAP KEMAHIRAN ICT DALAM KALANGAN PELAJAR SEMESTER 5 DAN

6 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN EKONOMI UNIVERSITI


PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

LOW JOHAN (D20061026778)


MUHAMAD REZUALI BIN HASSANUDDIN (D20061026783)
YANG SHAHRIN BIN AB AZIZ (D20061026784)
ADNAN BIN KADIR (D20061026796)

DR. JANE TENG YAN FANG


FAKULTI PERNIAGAAN DAN EKONOMI
ABSTRAK

Kajian ini merupakan suatu kaji selidik untuk melihat tahap kemahiran pelajar semester
5 dan 6 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Melihat kepada perkembangan ICT di Malaysia kini, sememangnya wajar bagi bakal
pendidik yang bergraduasi di UPSI mempunyai tahap kemahiran ICT yang baik dan
dapat mengaplikasikannya ketika mengajar nanti. Pihak kerajaan telah menyediakan
dana yang besar untuk meningkatkan sistem pendidikan dengan membekalkan peralatan-
peralatan ICT yang terkini bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan
berlaku. Sumbangan kerajaan akan lebih bermakna jika penggunaan sepenuhnya oleh
pendidik untuk mendidik anak bangsa. Justeru itu setiap guru perlu mempunyai
kemahiran dalam menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini
akan dijalankan ke atas 36 orang pelajar semester 5 dan 6 ISMPE UPSI melalui set soal
selidik yang disediakan. Data yang diperoleh akan diproses dan keputusan yang
diperoleh akan dibincangkan. Kajian ini ingin melihat hubungan tahap kemahiran ICT
pelajar dengan faktor latihan, kekerapan dan kesesuaian subjek ICT.

2
SENARAI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

ABSTRAK i
ISI KANDUNGAN ii
SENARAI RAJAH iv

Bab 1 PENDAHULUAN
1.0 PENGENALAN 1
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN 3
1.2 PERNYATAAN MASALAH 4
1.3 OBJEKTIF KAJIAN 5
1.3.1 Objektif Umum
1.3.2 Objektif Khusus
1.4 KEPENTINGAN KAJIAN 6
1.5 LIMITASI KAJIAN 6
1.6 DEFINISI OPERATIONAL 7

Bab 2 SOROTAN LITERATUR


2.0 PENGENALAN 9
2.1 INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY 9
(ICT)
2.2 KEMAHIRAN ICT 10
2.3 ICT DALAM PENDIDIKAN 13
2.4 KESIMPULAN 15
2.5 REKA BENTUK KONSEPTUAL 15

Bab 3 METODOLOGI KAJIAN


3.0 PENDAHULUAN 17
3.1 KAEDAH PENGUMPULAN DATA DAN 17

3
REKABENTUK KAJIAN
3.2 PROSEDUR KAJIAN 18
3.3 TEMPAT KAJIAN 20
3.4 PENSAMPELAN KAJIAN 20
3.5 INSTRUMEN KAJIAN 20
3.6 KAJIAN RINTIS 20
3.7 PENGANALISIS DATA 21
3.8 KESIMPULAN 22

BIBLIOGRAFI 23

LAMPIRAN

4
SENARAI JADUAL

RAJAH 1 : Gambar rajah reka bentuk konseptual untuk kajian 16


RAJAH 2 : Gambar rajah menunjukkan langkah-langkah yang 19
telah dan akan dijalankan di dalam kajian ini.

5
Bab 1
PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN

Walaupun Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information Communication


Technology (ICT) telah lama bertapak namun ia masih boleh dianggap baru dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Penggunaan ICT hampir meliputi seluruh urusan
sesebuah negara seperti pengurusan pentadbiran kerajaan, pembangunan negara, meramal
perkembangan ekonomi negara dan sebagainya. Walaupun penggunaannya amat meluas,
masih terdapat segelintir masyarakat kita yang masih belum mendapat pendedahan
tentang penggunaan ICT dalam kehidupan harian dan ada juga yang masih sangsi dengan
kemajuan teknologi sehinggakan masih mengamalkan corak konvensional dalam
pengurusan aktiviti harian. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun sedang
mengamalkan prinsip globalisasi, sememangnya Malaysia perlu melengkapkan diri

6
dengan pengetahuan ICT yang terkini supaya tidak ketinggalan berbanding dengan
negara-negara lain. Kemahiran ICT amat penting untuk mencapai wawasan negara dalam
melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan profesional (Megat Aman Zahiri
Megat Zakaria, Baharudin Aris, Jamalludin Harun, na). Justeru itu, pihak kerajaan
memainkan peranan penting dalam menyediakan platform serta kemudahan ICT kepada
masyarakat dan memberi galakan kepada penggunaan ICT secara menyeluruh.

Menerusi Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9, 2006), pihak kerajaan telah


membuat peruntukan yang besar terhadap pembangunan ICT negara. Di antara
perancangan yang telah dibuat dalam pembangunan ICT negara adalah dengan
memberikan peruntukan yang besar dalam pembangunan ICT di peringkat sekolah.
Natijahnya adalah untuk menyediakan asas yang kukuh kepada masyarakat melalui
pendidikan di sekolah. Antara yang terdapat di dalam bantuan berikut adalah 1)
Menyediakan infrastruktur seperti makmal atau bilik komputer; perkakasan seperti
komputer, komputer riba, projektor LCD dan pelayan (server), 2) Membangunkan
perisian khusus dan program TV pendidikan bagi membantu P & P, 3) Melatih guru bagi
meningkatkan kompetensi mengintegrasikan ICT dalam P & P, dan 4) Melatih pentadbir
sekolah menggunakan ICT dalam pengurusan. Selain daripada RMK-9, kerajaan juga
telah menggariskan perancangan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-
2010 serta memberikan dana yang besar untuk membangunkan prasarana ICT di
peringkat sekolah. Antara matlamat pelan tersebut adalah untuk merapatkan jurang digital
dengan menyediakan kemudahan ICT antara lokasi dan meningkatkan kemahiran ICT di
kalangan guru dan pelajar (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, 2006).

Sememangnya penggunaan ICT di peringkat sekolah lagi banyak membantu


menyediakan asas kepada pelajar terhadap kemudahan teknologi yang ada dalam
kehidupan. Di samping itu, penggunaan ICT banyak membantu dalam pengajaran dan
pembelajaran. Terdapat mata pelajaran khusus yang di ajar berkaitan ICT di peringkat
sekolah. Di samping itu, pengurusan dan pentadbiran sekolah juga telah banyak
melibatkan penggunaan ICT. Namun begitu, masih ramai guru yang tidak mahir
menggunakan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Justeru itu, institusi

7
pendidikan telah memberikan penekanan terhadap kemahiran ICT bagi bakal-bakal guru
supaya apabila keluar mengajar nanti, guru telah mempunyai kemahiran yang jitu dan
dapat memberikan sumbangan yang amat baik terhadap pendidikan negara. Universiti
pendidikan dan maktab-maktab perguruan turut menyediakan kursus wajib kepada bakal
guru untuk mendalami ilmu ICT dan memberikan opsyen kepada pelajar untuk
mendalami ilmu tersebut melalui subjek-subjek ICT yang ditawarkan. Kementerian
pendidikan juga memperuntukkan supaya guru-guru supaya menghadiri kursus yang
berkaitan dengan ICT untuk memantapkan lagi di dala ilmu tersebut.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kemahiran ICT di peringkat sekolah sememangnya tidak dapat disangkal kepentingannya


dalam sistem pendidikan negara masa kini. Untuk melahirkan generasi yang celik IT,
pendidikan ICT seharusnya dimulakan seawal pendidikan sekolah rendah dan berterusan
sehingga pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi. Oleh itu, pengetahuan
ICT di kalangan guru adalah penting untuk memberikan maklumat dan informasi kepada
pelajar. Pendedahan kemahiran ICT kepada bakal pendidik adalah satu agenda utama
setiap institusi pendidikan supaya bakal guru tidak janggal dengan peralatan ICT di
sekolah nanti dan dapat mengaplikasikannya dalam P&P mereka.

Pengetahuan ICT tidak hanya berkisar kepada kemahiran penggunaan komputer


dan aplikasinya sahaja. Kemahiran ICT turut meliputi penggunaan peralatan-peralatan
lain seperti penggunaan LCD projektor, mesin OHP, mesin pengimbas dan peralatan-
peralatan elektronik lain. Pada masa kini, kebanyakan pelajar telah didedahkan
penggunaan alat ICT secara tidak langsung sebelum menerima pendidikan formal di
sekolah. Misalnya penggunaan telefon bimbit pada masa kini bukan sahaja untuk
membuat dan menjawab panggilan tetapi terdapat banyak lagi fungsi lain yang terdapat di
dalam telefon bimbit pada masa kini. Telefon bimbit boleh dikategorikan sebagai alat
ICT. Jika ia digunakan dengan betul, alat tersebut akan menjadi salah satu ABM dalam
P&P. Hal ini membawa kepada kreativiti seseorang guru itu untuk mengolah alat tersebut
menjadi alat yang berguna di dalam pembelajaran. Justeru itu, bakal-bakal pendidik perlu

8
melengkapkan diri dengan kemahiran ICT supaya tidak ketinggalan dan terbelakang
daripada pelajar. Bagi pelajar-pelajar yang berada di pedalaman dan yang masih kurang
terdedah kepada peralatan ICT, menjadi tugas guru untuk memperkenalkannya dan
membimbing pelajar untuk bersedia menghadapi gelombang ICT apabila keluar dari
populasi mereka itu.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Mengikut Heinich dan Robert (1996), kemahiran dalam penggunaan ICT merupakan
suatu keperluan untuk bakal guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah. Terdapat beberapa
kajian yang menunjukkan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan mendatangkan
kesan positif, mempertingkatkan kualiti dan pencapaian. Antara pengkaji yang melihat
perbezaan antara penggunaan ICT di dalam P&P ialah Howell (1971) di mana beliau
melihat pelajar lebih tertarik untuk mempelajari sesuatu subjek (bahasa Perancis) dengan
menggunakan komputer berbanding cara konvensional. Begitu juga dengan pengkaji-
pengkaji lain yang melihat alat bantu mengajar (ABM) dengan menggunakan ICT lebih
banyak membantu memberi pemahaman kepada pelajar berbanding penggunaan ABM
yang tidak menarik. Pada dasarnya, sesi P&P pada masa ini lebih tertumpu dengan alat
Bantu mengajar yang bersifat teknologi seperti menggunakan komputer, OHP, pemancar
LCD dan sebagainya. Maka, bakal guru seharusnya peka terhadap perubahan situasi ini
agar guru-guru tidak ketinggalan dengan perubahan persekitaran di sekolah.

Pengkaji melihat masih ada segelintir bakal guru yang belum cukup ilmu teknikal
dalam mengendalikan peralatan yang bersifat teknologi apatah lagi peralatan seperti ini
sering kali digunakan di sekolah. Mengikut Norizan (2004), kegagalan guru dalam
menggunakan ICT adalah disebabkan oleh ketidakmahiran dalam menggunakan alat dan
perisian yang semakin meningkat keupayaannya. Hal ini mendorong pengkaji untuk
melihat secara mendalam mengenai situasi ini. Kementerian kini sedang giat
memperbaharui alat-alat bantu mengajar bagi memudahkan lagi guru melaksanakan tugas
mereka. Ramai yang menganggap bahawa mempelajari serba sedikit dalam pengendalian
peralatan ICT ini adalah perkara remeh. Mengikut kajian Zorinawati (1999), guru yang

9
tidak mahir dengan ICT adalah disebabkan oleh tiga faktor iaitu 1) takut kepada
komputer, 2) takut tidak mampu menangani perkembangan komputer dan 3) takut jika
mengetahui komputer, akan diberikan kerja yang banyak oleh pengetua/guru besar.
Sebagai seorang guru yang berwibawa seharusnya tahu dalam segala aspek mahu pun
dalam bidang akademik, teknikal dan sebagainya. Guru harus mengambil inisiatif dan
mengetahui perkembangan semasa untuk menarik minat pelajar dalam mendalami ilmu
yang disampaikan.

Kajian ini melihat sejauh mana pelajar semester 5 dan 6 program ekonomi (guru
pelatih) mahir dalam mengendalikan peralatan ICT. Guru yang tidak tahu mengendalikan
peralatan ini menyumbang kepada masalah yang akan wujud di sekolah kelak. Oleh yang
demikian, daripada kajian ini akan dapat mengenal pasti masalah yang wujud dalam
mengendalikan peralatan ICT bagi melicinkan proses P&P di dalam bilik darjah
seterusnya melihat keberkesanan pengajaran yang dijalankan.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1.3.1 Objektif Umum

Kajian ini telah menetapkan objektif umum kajian dan juga beberapa objektif khusus
untuk melihat apa yang sebenarnya ingin dicapai dalam kajian ini. Secara umumnya,
kajian ini bertujuan untuk melihat gambaran tahap kemahiran penggunaan ICT dalam
kalangan pelajar semester 5 dan 6 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi (ISMPE) di
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam proses P&P.

1.3.2 Objektif Khusus

Objektif khusus kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk :

1.3.2.1 Mengenal pasti tahap latihan ICT dalam kalangan pelajar semester 5 dan 6
ISMPE UPSI.

10
1.3.2.2 Mengenal pasti tahap kekerapan pelajar semester 5 dan 6 ISMPE UPSI
mengendalikan peralatan ICT.

1.3.2.3 Menganalisis tahap kesesuaian subjek ICT yang diajar semasa mengikuti latihan
ISMPE di UPSI.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Antara kepentingan kajian adalah seperti berikut:

1.4.1 Mengaitkan dapatan kajian dengan teori-teori yang sedia ada dan
menambahbaikkan teori tersebut.

1.4.2 Memberi cadangan terhadap organisasi yang terlibat dalam merangka subjek ICT
di UPSI untuk menambahbaikkan struktur subjek tersebut supaya sesuai dengan
kehendak terkini.

1.5 LIMITASI KAJIAN

Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah mengambil kira beberapa perkara bagi
membatasi kajian. Kajian in adalah merupakan kajian jangka masa pendek iaitu kurang
daripada empat bulan. Ianya disebabkan oleh sumber, tenaga dan masa yang terhad.

11
Ketepatan maklumat adalah bergantung kepada kefahaman, kerjasama, serta kejujuran
responden menjawab soalan-soalan yang terkandung dalam borang soal selidik.

Kajian hanya dilakukan melalui soal selidik secara tertutup berdasarkan tiga skala
iaitu tidak setuju, setuju dan sangat setuju. Selain itu, kajian ini juga hanya melibatkan
dua kelas pelajar ISMPE iaitu sebanyak 36 orang pelajar sahaja yang terdiri daripada
pelajar semester 5 dan 6. Batasan ini dibuat bagi memudahkan pengkaji membuat kajian
yang mempunyai skop kajian yang khusus. Pengkhususan skala responden ini
menyebabkan dapatan kajian tidak menyeluruh kepada jumlah pelajar sebenar ISMPE
yang berada di dalam UPSI. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini mungkin mempunyai
ralat berikutan pendapat atau pandangan yang tidak seimbang.

1.6 DEFINISI OPERASIONAL

Definisi konsep ada kalanya dirujuk sebagai definisi teori yang harus bersandarkan pada
sesuatu teori atau telah diperkukuhkan oleh kajian-kajian lepas. Ia memberi maksud yang
lebih abstrak atau umum. Definisi operasional pula ialah definisi yang digunakan oleh
penyelidik untuk menjelaskan responden, pemboleh ubah yang hendak diuji atau di
manipulasi dalam kajian. Ia memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu
boleh diperhatikan atau dimanipulasikan. Definisi operasional menentukan prosedur yang
spesifik bagi melaksanakan kajian ke atas definisi konsep mengenai sesuatu, individu atau
objek. Dengan cara ini ia memberi peluang untuk mengkaji pemboleh ubah itu secara
empirik. Beberapa istilah yang digunakan dalam penulisan ini memerlukan definisi yang
terperinci. Definisi ini perlu kerana pengertian umum dengan pengertian dalam kajian ini
mungkin berbeza. Istilah-istilah tersebut ialah:

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) - Teknologi yang digunakan oleh


individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan

12
bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks,
grafik, suara, animasi dan maya. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau
kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang
tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama (‘synchronous’) melalui
rangkaian setempat atau global. Menurut Paisley dan Chen (1982) dipetik daripada
Brown (1997) maklumat bermaksud , "Information can be defined both structurally and
functionally. Structurally it is a system of encoding a message so that it can be stored,
retrieved and manipulated, and functionally it is something that alters a person's
cognitive organisation". Ia bermaksud Maklumat dapat ditakrifkan dari segi struktur dan
dari segi fungsi. Dari segi struktur ia adalah satu sistem yang mengekod pesanan supaya
ia boleh disimpan, dikembalikan dan dimanipulasikan dan berfungsi untuk mengubah
organisasi kognitif seseorang. Komunikasi mengikut Brown (1997), “The interchange of
information, and again may be viewed in terms of the structure of that interchange or its
function in affecting people's understanding and knowledge. Information and
communication are, therefore, inextricably linked”. Di sini dapat dirumuskan bahawa
komunikasi membawa maksud proses penukaran maklumat. Apabila digabungkan
maklumat dan komunikasi, maka istilahnya adalah seperti yang tertera di atas.

13
Bab 2
SOROTAN LITERATUR

2.0 PENGENALAN

14
Dalam bab ini penyelidik akan membincangkan dapatan daripada kajian yang terdahulu
mengenai penggunaan ICT dalam pendidikan. Kajian-kajian yang diambil berdasarkan
kepada kesesuaian dan hubung kait dengan tajuk yang dibincangkan.

2.1 INFORMATION COMMUNICATION TECHONOLOGY (ICT)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan
teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan
oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna
dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks,
grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan
tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan
kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu
bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan
cepat dan dalam masa yang sama melalui rangkaian setempat atau global (Rozina
Jamaludin, 2000).

Teknologi Maklumat atau lebih dikenali dengan singkatan IT (Information


Technology) telah menjadi satu keperluan dalam kehidupan kita pada masa kini. IT
merupakan alat utama dalam era maklumat kerana IT menjadi teras dalam komunikasi
antara manusia dan pembekalan maklumat kepada masyarakat. Oleh itu, pengetahuan
tentang IT adalah penting bagi membentuk masyarakat yang bermaklumat.

Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seterusnya telah


meningkatkan penggunaan Internet, web dan jaringan (networking) dalam pendidikan.
Perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih
fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran, di samping
mewujudkan lebih peluang untuk proses kolaborasi yang lebih meluas dalam proses
pendidikan (Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2003). Perkembangan baru ini telah
mengembangkan lagi konsep pembelajaran kolaboratif melalui alat-alat konvensional

15
seperti listserv, newsgroup, emel dan “Internet Real-Chat” (IRC) di samping penggunaan
konferensi audio (audio conferencing) dan konferensi video (video conferencing).

Dalam kajian Kellah M. Edens (2008), beliau mengatakan bahawa kemajuan


teknologi maklumat seterusnya telah menyebabkan meningkatnya penggunaan web dan
Internet untuk tujuan pendidikan. Struktur maklumat dalam web yang berdasarkan
kepada kaedah hiperteks dan hipermedia yang mengandungi pelbagai maklumat dalam
berbentuk teks, grafik, animasi, audio dan video dihubungkan dan dipersembahkan dalam
bentuk yang tidak linear. Rangkaian maklumat ini membolehkan maklumat dikongsi
bersama-sama dalam pelbagai bentuk dan mengakibatkan berkembangnya kolaborasi
antara manusia. Situasi baru ini memberi peluang yang lebih meluas kepada pendidikan
sains yang lebih fleksibel dan terbuka dari segi masa dan kaedah serta meningkatnya
interaksi sosial dalam pendidikan.

2.2 KEMAHIRAN ICT

Kemahiran komputer sebenarnya berkait rapat dengan kemahiran ICT. Merujuk kepada
Simonson et al. (1987), setiap individu mampu menguasai kemahiran komputer sekiranya
mereka mempunyai sikap yang positif termasuk menghilangkan kegelisahan atau
menunjukkan minat yang mendalam dalam penggunaan komputer, dan kesedaran akan
bertanggungjawab terhadap komputer. Selain itu, kemampuan untuk menilai
tanggungjawab, memilih dan melaksanakan pelbagai kegunaan aplikasi komputer untuk
menjadi lebih berguna dan efisien dalam sesuatu kerja. pengetahuan yang bersesuaian
untuk menggunakan perkakasan dan perisian untuk aplikasi komputer.

Kemahiran ICT dianggap sebagai pemangkin kepada individu untuk


memaksimumkan keupayaan teknologi digital. Pada peringkat tertinggi, kemahiran ICT
dapat menggalak dan melahirkan inovasi, transformasi individu dan perubahan
masyarakat (Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2003). Dupagne. M. (1992) pula
menyentuh tentang latihan perguruan yang mencukupi adalah penting untuk membina
keyakinan dan kemahiran guru terhadap penggunaan teknologi komputer dengan sepenuh

16
masa di sekolah. Sebenarnya latihan komputer dalam kalangan guru-guru tidak dapat
dilaksanakan lagi kerana pendidikan komputer di sekolah-sekolah sendiri menghadapi
masalah kritikal. Perisian khas untuk kursus dalam perkhidmatan serta bengkel perlu
dibangunkan untuk memperbaiki kecekapan pengaplikasian komputer dalam kalangan
guru.

Kajian yang lepas oleh Jackson, Clements dan Jones (1984) yang bertujuan
menilai tahap kesedaran dan penggunaan IT di kalangan fakulti di Universiti Georgia.
Hasilnya telah menunjukkan sikap terhadap komputer dan kesedaran penggunaan
komputer di universiti tersebut adalah positif. Statistik menunjukkan 85% responden
telah mengikuti aktiviti kesedaran komputer seperti bengkel, seminar dan belajar
bersendirian dan 86% responden mempamerkan minat untuk belajar lebih mendalam lagi
penggunaan IT. Manakala, dalam satu kajian oleh Shields (1986) di Universiti Brown
melaporkan lebih 80% daripada responden mempunyai serba sedikit pengalaman
menggunakan komputer. Hampir 75% daripadanya menggambarkan pengalaman yang
positif dan lebih 69% menyatakan mereka berminat menggunakan komputer dengan lebih
kerap.

Dapatan yang diperoleh oleh Ranjit Kaur & Chua Lay Siok (2000) menunjukkan
bahawa tiada perhubungan yang signifikan antara jantina, umur, kelulusan tertinggi dan
saiz sekolah dengan sikap terhadap penggunaan komputer. Walau bagaimanapun, terdapat
hubungan yang signifikan terhadap penggunaan komputer antara kemahiran dan
pengetahuan komputer serta takut terhadap komputer. Kajian ini menunjukkan tahap
penggunaan komputer di sekolah sederhana tetapi mempunyai kepakaran yang rendah
untuk membangunkan perisian komputer. Sikap terhadap penggunaan komputer
dipecahkan kepada empat bahagian iaitu keyakinan, kesukaan, kebimbangan dan
penggunaan dalam profesion. Keseluruhan kajian mendapati sikap penggunaan komputer
adalah positif tetapi penggunaannya dalam profesion di bawah tahap purata. Dapatan
kajian terhadap 60 orang guru pelatih Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM) didapati
bahawa 70% daripada responden menyatakan tidak tahu menggunakan komputer. Kajian-

17
kajian ini menunjukkan masih terdapat jurang antara harapan Kementerian Pendidikan
dengan keadaan amalan sebenar yang wujud di sekolah.

Kajian Agarwal & Day (1998) meninjau pengalaman fakulti di universiti atau
kolej yang pernah menggunakan ICT sebagai alat pembelajaran subjek ekonomi. Hasil
kajian beliau mendapati bahan kursus yang terdapat pada web mempunyai potensi untuk
meningkatkan tahap pembelajaran dari aspek persediaan kelas, menggalakkan
penyertaan, menarik perhatian, dan paling penting ialah meningkatkan interaksi antara
pengajar dan pelajar. Kajian Agarwal dan Day (1998) tentang kesan Internet/web
terhadap pembelajaran Ekonomi melalui Internet/web mendapati kemudahan akses
maklumat dengan menggunakan Internet telah meningkatkan penggunaan data-data
ekonomi. Penggunaan data-data sebenar ini telah meningkatkan kefahaman teori
ekonomi. Selain itu, kajian ini mendapati pembelajaran melalui Internet/web telah
meningkatkan komunikasi antara pengajar dengan pelajar dan meningkatkan kualiti
pembelajaran, dan juga mempunyai kesan ke atas pengekalan (retention) dan persepsi
pelajar terhadap pelajaran Ekonomi.

Pengetahuan dan kemahiran dalam ICT tidak menjamin pengintegrasiannya


dalam kurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru untuk membuat
persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat
untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Sikap serta keyakinan dan efikasi yang
tinggi membantu memudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rozina Jamaludin (2000) menyarankan
bahawa satu cara yang ideal untuk meningkatkan efikasi guru terhadap penggunaan ICT
ialah dengan menyediakan latihan kemahiran ICT kerana ia berupaya meningkatkan
efikasi guru. Menyokong pendapat Rozina Jamaludin (2000) ialah Roblyer. M. &
Edwards. J. (2004) yang menyatakan bahawa apabila guru menggunakan ICT untuk
tujuan pengajaran, keyakinan diri akan muncul sebagai petunjuk yang penting ke atas
seseorang guru untuk mengajar ICT dalam bilik darjah. Hal ini diperkukuhkan lagi oleh
Yusni Abd Rahman & Wan Mohd Rani Abdullah (2001) yang mengatakan bahawa

18
penggunaan ICT dalam pengajaran adalah bergantung kepada keyakinan diri guru untuk
mengguna dan mengendali peralatan ICT.

2.3 ICT DALAM PENDIDIKAN

Rozina Jamaludin (2000) menyatakan bahawa guru merupakan aset sekolah,


pelaksanaan sebarang program pendidikan bergantung kepada kesediaan, kecekapan,
sikap, komitmen, pengetahuan, sokongan dan keterampilan guru, lebih-lebih lagi bidang
yang memerlukan kemahiran khusus seperti komputer dan teknologi. Para penyelidik
telah membuat kesimpulan bahawa latihan guru masa kini sepatutnya dapat membantu
guru untuk bersikap positif terhadap penggunaan komputer. Apabila komputer diperkenal
di sekolah, guru tidak berasa selesa dan cuba menolak penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran. kajian mereka mendapati bahawa guru-guru beranggapan
bahawa komputer khususnya teknologi maklumat akan mengambil alih peranan mereka
sebagai pengajar kerana komputer berupaya membekalkan ilmu yang lebih meluas dan
ini akan mencabar profesion dan keupayaan guru.

Penggunaan alat bantu mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan minat serta
merangsang minda pelajar di zaman siber ini dan telah dianggap dan diakui sebagai
pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran (Heinich et al, 1999). Proses pengajaran-
pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan
penerimaannya melalui beberapa teknik seperti berbantukan komputer dan perisian,
melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau maklumat atau
melalui sistem Internet, perisian dan pangkalan data.

Menurut Rozina Jamaludin (2000), dalam konteks pendidikan, teknologi


maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan,
memproses, menyalurkan dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak
untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala Halimahtun Saadiah
dan Nor Azilah Ngah (2003) pula mendapati kejayaan ICT dalam pendidikan bukan
hanya terletak pada teknologi tetapi juga faktor lain seperti pendekatan pedagogi, subjek

19
yang diajar, jenis pelajar, tahap pencapaian pelajar, keperluan pelajar, guru dan
persekitaran bilik darjah. Dalam hal ini Irfan Naufal Umar (2004) pula mendapati
penggunaan ICT dalam proses P&P membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia
nyata serta membolehkan pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal; memudahkan
kolaboratif dan perbandingan global dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta
dan disebarkan dengan mudah. Selain daripada itu, Harris (2000) pula mengkategorikan
penggunaan ICT dalam P&P kepada tiga, iaitu:-

i. Pertukaran interpersonal seperti penyertaan dalam kumpulan perbincangan


eletronik, bilik darjah global yang melibatkan pelajar-pelajar bertukar pendapat
tentang sesuatu topik dan hubungan elektronik dengan pakar.

ii. Koleksi maklumat yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru-guru berkongsi


atrikel, sumber pengajaran dan rancangan pengajaran atau berkongsi data untuk
dianalisis.

iii. Projek yang melibatkan penyelesaian masalah yang melibatkan pelajar daripada
pelbagai lokasi meninjau sesuatu dan kemudiannya berkongsi kaedah dan dapatan
kajian. Di samping itu pautan hiperteks dan hipermedia pula membolehkan
pelajar menentukan sendiri arah tuju pembelajaran, kelajuan pembelajaran dan
urutan pembelajaran.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003) pula mendapati penggunaan ICT
dalam P&P membolehkan pelajar bersifat aktif dalam pencarian maklumat dan membina
pengetahuan daripada maklumat yang diperolehnya serta berpeluang menghubungkaitkan
pengetahuan merentas mata pelajaran tanpa disekat oleh masa dan jarak. Mengikut
Norhaniza Abdul Kadir (1994), hasrat untuk mencapai penggunaan ICT secara
menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan dua jenis perubahan
dalam kalangan guru. Pertama, guru harus diyakinkan bahawa terdapat banyak kebaikan
dan kepentingan penggunaan ICT dalam P&P. Kedua, guru perlu diberikan kemahiran
yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif.

20
Baharudin Aris, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2001)
pula mengatakan bahawa latihan ICT diperlukan bukan sahaja untuk melatih kemahiran
penggunaannya tetapi juga untuk meyakinkan penggunaannya dalam P&P dalam
kalangan guru. Malah Norizan (2003) dalam kajiannya mendapati wujud perhubungan
yang baik antara kemahiran ICT dengan amalan ICT dalam P&P. Manakala beliau
mendapati guru-guru masih tidak pasti akan keupayaan mereka untuk menggabungkan
ICT dalam pengajaran. Kebanyakan daripada mereka masih berada di tahap ‘perlu
belajar’ untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT.

Penggunaan ICT ini dalam bilik darjah tradisional mempunyai kesan positif ke
atas proses pembelajaran. ICT ini dapat memperluaskan pembelajaran luar bilik darjah,
melibatkan pakar dari luar bidang pendidikan untuk mengimbangkan hubungan antara
guru dan pelajar, meningkatkan tanggungjawab dan inisiatif pelajar, memudahkan
pelajar-pelajar mengakses sumber-sumber pembelajaran, dan meningkatkan penyertaan
dalam kelas (Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal, 2000).

2.4 KESIMPULAN

Berdasarkan sorotan kajian di atas jelaslah menunjukkan sudah ramai pengkaji sama ada
pengkaji tempatan dan barat membuat kajian tentang keberkesanan ICT dalam P&P.
Pembelajaran Berbantukan ICT merupakan kaedah pembelajaran yang paling interaktif
dan berinformasi serta mula diminati oleh guru dan pelajar (Yali Zhao, 2007). Hal ini
jelas menunjukkan bahawa tahap kemahiran dalam penggunaan ICT tersebut dapat
membantu mempertingkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun
begitu kajian ilmiah tentang keberkesanan pembelajaran subjek ekonomi berbantukan
ICT masih terlalu kurang. Oleh itu diharapkan kajian ini akan menambahkan khazanah
pembelajaran ekonomi berbantukan ICT untuk rujukan pengkaji yang akan datang.

2.5 REKA BENTUK KONSEPTUAL

21
Reka bentuk konseptual merupakan gambaran kajian ini secara kasar. Ia ditunjukkan di
dalam bentuk gambar rajah. Dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat faktor-faktor yang
memberi gambaran mengenai tahap kemahiran ICT dalam kalangan pelajar semester 5
dan 6 ISMPE UPSI. Terdapat tiga faktor yang ingin di lihat dan dijadikan sebagai objektif
kajian. Reka bentuk tersebut ditunjukkan seperti mana gambar rajah di bawah:

22
Rajah 1: Gambar rajah reka bentuk konseptual untuk kajian

Bab 3
METODOLOGI KAJIAN

23
3.0 PENDAHULUAN

Metodologi kajian merujuk kepada cara yang paling berkesan bagi mendapatkan
maklumat yang berguna dengan kos yang minimum dalam mencapai sesuatu
penyelidikan (Majid Konting, 1990). Bagi memberi fokus khusus, bab ini akan
menerangkan pemilihan metodologi kajian yang sesuai untuk di aplikasi bagi mencapai
tujuan kajian asal. Untuk membincangkan metodologi kajian ini, beberapa aspek akan
diberi penekanan iaitu reka bentuk kajian, lokasi kajian, populasi dan sampel kajian,
instrumen kajian, kajian rintis, prosedur pengumpulan data dan seterusnya analisis data.

3.1 KAEDAH PENGUMPULAN DATA DAN REKABENTUK KAJIAN

Pada umumnya reka bentuk kajian bertujuan untuk membantu dan membimbing pengkaji
ke arah mendapatkan maklumat yang diperlukan di dalam kajian. Kaedah tinjauan
digunakan di dalam penyelidikan dengan cara pengumpulan data daripada kumpulan
yang dikaji dengan menggunakan satu set soalan soal selidik. Kajian yang dijalankan ini
merupakan satu penyelidikan yang berbentuk deskriptif. Pendekatan kuantitatif diguna
pakai bagi mendapatkan data yang diperlukan melalui instrumen kajian iaitu soal selidik.
Melalui kaedah ini, ianya dapat memudahkan pengkaji untuk mengumpul, menganalisis
dan menginterpretasikan data yang diperoleh. Semasa menjalankan kajian, pengkaji
menggunakan borang soal selidik dengan harapan dapat mengumpulkan maklumat
dengan cepat dan mendapat gambaran yang mendalam tentang permasalahan kajian.
Responden hanya perlu menyatakan keadaan sebenar berpandukan soalan yang
disediakan.

3.2 PROSEDUR KAJIAN

Setiap kajian yang dijalankan haruslah mempunyai langkah-langkah kajian seperti mana
yang dirancang dan telah dijalankan. Begitu juga dengan kajian ini, pengkaji telah

24
melakarkan langkah-langkah yang telah dan akan dijalankan untuk melengkapkan kajian
ini. Langkah-langkah kajian ditafsirkan dalam bentuk gambar rajah seperti di bawah:

Rajah 2: Gambar rajah yang menunjukkan langkah-langkah yang telah dan akan
dijalankan di dalam kajian ini

25
3.3 TEMPAT KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

3.4 PENSAMPELAN KAJIAN

Dalam kajian ini, populasi kajian terdiri daripada 60 orang pelajar semester 5 ISMPE.
Menurut Mohd Najib Abdul Ghafar (1999), sampel adalah sumber untuk mendapatkan
data kerana sampel sebenarnya mewakili keseluruhan populasi yang besar. Kesemua
yang menjadi sampel kajian ini adalah dipilih secara pensampelan sistematik. Oleh itu,
seramai 36 orang pelajar semester 5 ISMPE telah dipilih dalam menjalankan kajian ini.

3.5 INSTRUMEN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran penggunaan ICT dalam
kalangan pelajar semester 5 Pendidikan Ekonomi. Pengkaji menggunakan soal selidik
untuk tujuan mengumpulkan data kuantitatif responden. Instrumen berbentuk soal selidik
mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data senang diproses untuk dianalisis.

Instrumen kajian yang dijalankan terbahagi kepada empat bahagian iaitu


Bahagian A mengandungi 1 item tentang maklumat responden. Responden hanya perlu
menandakan di dalam petak-petak yang disediakan berkaitan dengan diri responden.
Maklumat latar belakang ini terdiri daripada jantina sahaja. Bahagian B mengandungi 6
item yang mengukur tahap kemahiran responden terhadap penggunaan ICT. Bahagian C
pula terdiri daripada 13 item yang melihat tahap kekerapan responden menggunakan ICT.

26
Bahagian 4 terkandung 4 item yang menilai keberkesanan subjek ICT yang ditawarkan
kepada pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

3.6 KAJIAN RINTIS

Menurut Polit et al (2001) kajian rintis merujuk kepada versi kajian kecil atau percubaan
yang dilakukan sebagai persediaan untuk kajian yang lebih besar atau utama. Kajian
rintis juga merupakan pra ujian untuk mencuba instrumen kajian khusus. Kelebihan
kajian rintis adalah dapat membantu pengkaji memperoleh petunjuk awal tentang item-
item yang mungkin tidak tepat atau gagal.

Sebelum soal selidik ini dilaksanakan kepada responden sebenar, kajian rintis
dilaksanakan terlebih dahulu oleh pengkaji. Kajian rintis dilakukan bagi menentukan
kesahan serta kebolehpercayaan soal selidik di samping menguji kefahaman responden
terhadap item-item dalam soal selidik yang diberikan. Tujuan kajian rintis ini dilakukan
adalah untuk mengetahui tahap kebolehpercayaan item-item kajian supaya bila diulang
uji kepada responden yang sama atau responden yang mempunyai ciri-ciri yang sama
akan mempunyai nilai ketekalan yang setara.

Selain daripada itu, ianya juga dilakukan untuk memastikan ketepatan pernyataan
item dari sudut nahu dan tatabahasanya sama ada dari segi penggunaan istilah dan
struktur ayat supaya mudah difahami oleh responden dan mengetahui tahap kemampuan
responden untuk memahami kehendak soal selidik. Dengan ini, responden dapat
menjawab persoalan tersebut dengan baik dan jawapan tersebut menggambarkan dirinya
yang sebenar.

Pengkaji telah melaksanakan kajian rintis ini ke atas 15 orang pelajar semester 6
ISMPE. Responden yang dipilih bukan responden sebenar kajian. Hasil daripada kajian
rintis yang dilakukan, didapati bahawa responden tidak menghadapi masalah di dalam
memahami item-item soal selidik tersebut. Borang soal selidik yang telah diisi lengkap
oleh responden telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For The Social

27
Sciences Version 11.5 (SPSS). Dapatan analisis menunjukkan keseluruhan nilai-nilai
alpha (α) untuk semua item dalam soal selidik ialah 0.55. Nilai alpha kebolehpercayaan
yang sesuai digunakan dalam penyelidikan bagi sesuatu alat ukur ialah yang mempunyai
nilai yang lebih daripada 0.70. Ini menunjukkan bahawa nilai dan tahap
kebolehpercayaan item-item soal selidik adalah tinggi dan boleh digunakan bagi tujuan
penyelidikan sebenar.

3.7 PENGANALISIS DATA

Semua maklumat yang terkumpul dianalisis dengan menggunakan program Statistical


Package for Social Science (SPSS) versi 11.0. Bagi tujuan analisis latar belakang
responden pada Bahagian A, kaedah analisis statistik deskriptif digunakan untuk
mendapatkan kekerapan dan peratusan. Data-data kemudiannya disusun dan diterangkan
dalam bentuk jadual.

3.8 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan secara terperinci berkenaan metodologi


kajian yang merangkumi reka bentuk, kaedah pensampelan, prosedur kajian dan cara-cara
penganalisisan data. Dapatan kajian ini adalah berdasarkan analisis data yang telah
dijalankan dengan kaedah-kaedah yang telah dinyatakan untuk mendapatkan jawapan
kepada persoalan-persoalan kajian yang telah ditetapkan oleh pengkaji untuk tujuan
kajian ini. Metodologi kajian ini membantu pengkaji dalam mencapai objektif kajian.

28
BIBLIOGRAFI

Agarwal, R, & Day. A.E (1998). The Impact of The Internet on Economic Education.
Journal of Economic Education. 29 (2), Pg. 99-110.

Baharudin Aris, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2001). Sistem
komputer dan aplikasinya. Kuala Lumpur: Penerbit Venton Publishing.

Brown, A.L. (1997), "Transforming schools into communities of thinking and learning
about serious matters", American Psychologist, vol.5, no.52, pp.399-413.

Dupagne. M. (1992). Teachers’ attitudes towards computers: A review of literature.


Journal of Research on Computing in Education. 24 (3): 142-158.

Gagne. R. M.(1987). Foundations of Instructional Technology. New York: Lawrence


Erlbaum.

Heinich, R, Molenda. M, & Russell. J. D. (1999). Instructional Media and the New
Technologies of Instruction. New York: Macmillan.

Jackson. W. K, Clements D. G. and Jones. L. G. (1984). Computer Awareness and Use at


a Research University. Journal of Educational Technology Systems.13(1): Pg. 47-
56.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam pendidikan. Pahang: PTS
Publication & Distributors.

29
Kellah M. Edens. (2008). The Interaction of Pedagogical Approach, Gender, Self
Regulation, and Goal Orientation Using Student Responde System Technology.
The Journal of Research on Technology in Education. 41,2: Pg. 161.

Kerajaan Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Kuala Lumpur:


Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharudin Aris dan Jamalludin Harun. (na).
Kemahiran ICT di kalangan guru-guru pelatih UTM : Satu tinjauan. 1st
International Malaysian Educational Technology Convention. Universiti
Teknologi Malaysia.

Milton Chen and William Paisley (1982). Children and Microcomputers. Beverly Hills:
In Search of Excellence. New York: Harper and Row.

Norhaniza Abdul Kadir (1994). Tahap Penggunaan, Kemahiran Sikap dan Pengetahuan
Pensyarah-pensyarah Pendidikan Vokasional di Kolej Menengan
Vokasionalseluruh Semenanjung Tentang Komputer: Kajian Ilmiah, Ijazah Pendidikan
UPM .

Norizan Ahmad (2003), Kemahiran dan Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Sains
di Sekolah Menengah : Lebih Banyak Soalan Dari Jawapan, Maktab Perguruan
Teknik Kuala Lumpur.

Pelan Induk Pendidikan 2006-2010 (2006), Online diperolehi daripada


http://www.moe.gov.my/ pada 31 Julai/2009.

Ranjit Kaur & Chua Lay Siok. (2000). Tinjauan penggunaan internet di kalangan guru
pelatih institut bahasa (IBMM) ke arah pembelajaran elektronik di Institut

30
Bahasa Melayu Malaysia Kuala Lumpur. Seminar Teknologi Maklumat dan
Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL Kuala Lumpur. 2 April.

Rozina Jamaludin. (2000). Asas-asas multimedia dalam pendidikan. Siri Pengajian dan
Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad (2007). ICT daalam Pendidikan: Prospek dan
Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32 (2007) 139 – 152.

Roblyer, M. D., & Edwards, J. (2004). Integrating educational technology into teaching.
NJ: Prentice-Hall.

Shields, M. (1986). Computing at Brown - An ongoing study. Perspectives In Computing.


The Journal of Research on Technology in Education. 6(2): Pg. 57-62.

Simonson, M. R., Maurer, M., Montag-Torardi, M. dan Whitaker, M. (1987).


Development of a Standardized Test of Computer Literacy and a Complex Anxiety
Index. Journal of Educational Computing Reseach. 3(2): 231-247.

Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal. (2000). Pembelajaran secara elektronik (atas talian).
http://www.kuwi.net.my/artikel/e-learning.htm.

Yali Zhao. (2007). Social Studies Teacher’ Perspective of Techonology Integration. The
Journal of Technology and Teacher Education. 15, 3: Academic research Library.
Pg. 311.

Yusni Abd Rahman & Wan Mohd Rani Abdullah (2001). Mengukur kesediaan Guru
Menggunakan Komputer dalam Menajalankan Tugas Pentadbiran dan
Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

31
32

You might also like