You are on page 1of 7

INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
(F02-01-04-LE1-IS1f)

TAJUK KEMAHIRAN DAN TEKNOLOGI KOMPUTER (RANGKAIAN) – TAHAP 2


TAHAP (SEMESTER 1)

No. DAN TAJUK MODUL M04 COMPUTER ASSEMBLY AND UPGRADING

No. DAN TAJUK LE1 ASSEMBLE AND UPGRADE COMPUTER


PENGALAMAN COMPONENTS
PEMBELAJARAN LE2 INSTALL AND CONFIGURE NETWORK CLIENT
WORKSTATION
LE3 UPGRADE PC
LE4 ANTIVIRUS INSTALLATION

OBJEKTIF PRESTASI ASSEMBLE AND UPGRADING COMPUTER COMPONENTS


AKHIRAN / TERMINAL BY USING EQUIPMENTS, MATERIALS AND TOOLS SUCH
PERFORMANCE AS COMPUTER, HARDWARE MANUALS, ANTIVIRUS AND
OBJECTIVE INSTALLATION PROCEDURES SO THAT:-

1. SUITABLE COMPONENTS ARE VERIFIED AND


INSTALLED PROPERLY.
2. ANTIVIRUS ARE INSTALLED ACCORDING TO
PROCEDURES.

111
ISI KANDUNGAN

LE1 – ASSEMBLE AND UPGRADE COMPUTER COMPONENTS

 TASK 01.07d – Identify pc hardware components.

 TASK 01.02 – Conduct pre-installation hardware/software inspection.

112
No. & TAJUK
PENGALAMAN
LE1 Assemble and upgrade computer components
PEMBELAJARAN

No. & TAJUK TASK 01.07d – Identify pc hardware components.


TASK 01.02 – Conduct pre-installation hardware/software inspection.
TUGASAN

Code No. : F02-01-04-LE1-IS1f


Muka : 1 drp. 5

TAJUK : BEKALAN KUASA (POWER SUPPLY)

TUJUAN :

Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai komponen-komponen dalaman komputer
iaitu bekalan kuasa supaya pelajar boleh mengenalpasti dan mengetahui fungsi - fungsi bekalan kuasa dengan
tepat.

PENERANGAN :

JENIS-JENIS UNIT BEKALAN KUASA KOMPUTER

Bekalan kuasa yang stabil pada sistem komputer adalah perkara yang perlu di titik beratkan apabila
menggunakan komputer. Mungkin sebahagian pengguna tidak menghiraukan ,tetapi kejadian ini mungkin akan
menyebabkan kehilangan data .Masalah bekalan kuasa harus dititik beratkan dan perlu di utamakan.

Unit bekalan kuasa komputer berfungsi sebagai penerima bekalan elektrik 240/110 V ac daripada punca bekalan
utama dan menukarkan ke beberapa bentuk voltan dc serta mengagihkannya ke bahagian-bahagian utama
sebuah komputer. Jika sebuah komputer tidak berfungsi langsung, antara sebab utamanya adalah kerana
masalah pada unit bekalan kuasa ini, samada ia tidak menerima bekalan utama atau ia tidak dapat berfungsi
dengan baik.

113
Code No. F02-01-04-LE1-IS1f Muka : 2 drp. 5

Paras voltan dc bekalan kuasa

Voltan Beban Kegunaan Warna wayar

+5V 4.8A Bekalan untuk IC TTL, Merah


Mikropemproses

-5V 0.5A IC TTL,Op –Amp,Speaker Putih

+12V 1.5A IC CMOS, Motor Drive, Kuning


Communication IC

-12V 0.5A Op-Amp,Motor Drive, Biru


Communication IC

Wayar Hitam adalah untuk Ground


Wayar oren untuk Power Good

Jenis –jenis unit bekalan kuasa komputer :

i. Universal
ii. Pensuisan

Unit Bekalan Kuasa Universal

Bekalan kuasa jenis ini adalah linear/tetap keluarannya.Di mana perubahan beban tidak akan mempengaruhi
keluaran. Walaupun beban yang banyak (sepatutnya boleh dibekalkan) tetapi ia tidak boleh mengawal
keluarannya dengan baik atau sebaliknya, ini yang menyebabkan litar pintas dan pembaziran tenaga. Di mana
bekalan kuasa jenis ini kecekapannya adalah 50% dari pada masukan.

Antara fungsi setiap blok ialah:

Transformer : Berfungsi menurun atau menaikkan nilai voltan bekalan 240V ke nilai yang lebih rendah,
contohnya +12 dan – 12V.

Penerus : Berfungsi menukarkan voltan ulangalik ke bentuk voltan arus terus (dc). Di dalam
bahagian ini diod-diod digunakan.

Penapis: Berfungsi mendapatkan nilai voltan dc yang tetap dan tulin. Komponen utama ialah
kapasitor.

Pengatur : Bahagian ini menetapkan nilai voltan keluaran yang di kehendaki supaya ia benar-benar
berada pada nilai tetap yang di perlukan walaupun terdapat perubahan pada lain-lain
bahagian masukan.

Pembahagi voltan : Menetapkan keluaran-keluaran voltan yang di perlukan seperti +12V, -12V,+5V dan –5V.

114
Code No. F02-01-04-LE1-IS1f Muka : 3 drp. 5

Unit Bekalan Kuasa Pensuisan

Litar bekalan kuasa pensuisan adalah lebih kompleks, tetapi tujuannya adalah untuk mengesan voltan pada
beban, membandingkan dengan nilai rujukan dan menjanakan pulse untuk pensuisan. Pada kebanyakan litar
elemen pensuisan yang digunakan adalah ‘high power transistor’ yang terletak pada sebelah primer atau
sekunder pengubah.

Bekalan kuasa pensuisan adalah lebih popular disebabkan kecekapannya. Kebanyakan rekabentuk
kecekapannya mencapai sehingga 85%. Ia kurang berlaku kehilangan tenaga secara haba, jadi bekalan kuasa
adalah lebih sejuk dan menggunakan komponen yang kecil untuk menukarkan jumlah kuasa yang sama dengan
linear. Keburukannya semakin cekap sesuatu sesuatu bekalan kuasa pensuisan itu,maka ia boleh menghasilkan
‘noise interference’ pada litar.

Rajah 1 : Gambarajah Blok Unit Bekalan Kuasa Pensuisan

Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Membaikpulih Bekalan Kuasa

1. Biarkan seketika sebelum membaikpulih. Selepas membuat pengujian bekalan kuasa hendaklah dibiarkan
seketika. Ini bertujuan untuk membenarkan ia membuang cas yang ada pada komponen bekalan kuasa
terutamanya kapasitor. Cas yang ada pada bekalan kuasa biasanya tinggi dan lambat di nyah caskan.
2. Gunakan julat / skala yang sesuai semasa menguji bekalan kuasa dengan multimeter. Ini untuk
mengelakkan kerosakan pada multimeter. Setkan julat multimeter lebih besar dari nilai yang hendak diukur.
3. Gunakan probe penguji yang tajam dan berpenebat. Ini untuk mengelakkan berlaku pintasan kesebelah
semasa membuat pengujian . Ini juga untuk mengelakkan berlakunya penyalahan voltan pada komponen
yang tidak sepatutnya diberikan. Penggunaan probe berpenebat juga mengelakkan berlaku litar pintas pada
pengguna.
4. Pastikan ada pembantu. Semasa pengujian dan membaikpulih peralatan voltan tinggi terutamanya bekalan
kuasa komputer pastikan ada pembantu yang akan membantu semasa kecemasan.
5. Bekerja dengan satu tangan sahaja. Elakkan bekerja menggunakan kedua-dua belah tangan semasa
bekalan diberikan pada alat yang dibaiki. Ini untuk mengelakkan litar pintas pada badan.

115
Code No. F02-01-04-LE1-IS1f Muka : 4 drp. 5

Menganalisa Kegagalan Fius Pada Bekalan Kuasa

Fius adalah komponen perlindungan kepada bekalan kuasa dan juga komputer dari rosak yang disebabkan oleh
litar pintas, lebihan beban, spike dan sebagainya. Fius yang terputus perlu ditukar dengan fius yang baru yang
mempunyai julat kuasa yang sama dengan fius asal. Menganalisa kegagalan fius boleh membantu menentukan
kerosakan pada sistem. Di bawah menunjukkan contoh kerosakan hasil analisa kegagalan fius.

Fius Jenis Kaca Cerah (Soft Fuse)


• Titik hitam yang cair – Fius lama
• Mendakan warna timah dan berpeluh – lebihan beban
• Terbakar – litar pintas

Tanda Bekalan Kuasa Mengalami Lebihan Beban

Beberapa tanda menunjukkan bekalan kuasa mengalami lebihan beban. Antaranya adalah seperti di bawah:

a). Fius terbakar dan mendakan warna timah dan berpeluh


b). Kedengaran bunyi aneh pada bekalan kuasa
c). Komponen pada bekalan kuasa menjadi lampau panas
d). Keluar asap pada bekalan kuasa
e). Berlaku retakan kecil atau bau/bunyi terbakar pada bekalan kuasa

Pada keadaan biasa ‘soft fuse’ akan menunjukkan tanda-tanda terbakar apabila berlaku litar pintas pada sistem
komputer atau bekalan kuasa itu sendiri , jadi untuk memastikan litar pintas tersebut berlaku pada komputer atau
bekalan kuasa, maka pengenalpastian yang sesuai adalah perlu. Seperti menggunakan bekalan kuasa yang lain
pada komputer asal, sekiranya masalah yang sama berlaku pada bekalan kuasa yang baru, maka litar pintas
pada komputer jika sebaliknya, maka litar pintas adalah pada bekalan kuasa itu sendiri.

116
Code No. F02-01-04-LE1-IS1f Muka : 5 drp. 5

SOALAN :

1. Nyatakan perbezaan antara bekalan kuasa jenis pengubah dengan pensuisan.


2. Berikan tanda-tanda bekalan kuasa mengalami lebihan beban.
3. Nyatakan fungsi bekalan kuasa dalam sistem komputer.

RUJUKAN :

1. Nota E-311 Baikpulih Komputer, Politeknik Seberang Perai, Jabatan Kejuruteraan Elektrik,

117

You might also like