You are on page 1of 13

Pemasangan Komponen Komputer

Setelah selesai ujian awal, peringkat seterusnya, memasukkan papan induk ke dalam kotak
komputer. Pemacu CD-ROM juga dipasang di peringkat ini, memandangkan kebanyakan
perisian datang dalam bentuk cakera padat (CD-ROM).

Ujian kali kedua ini untuk memastikan perkakasan seperti tetikus, papan kekunci dan pencetak boleh beroperasi.
Sambungan bekalan kuasa papan induk dan sambungan kipas CPU dibuka untuk memudahkan pemasangan
seterusnya. CPU, RAM, kad video serta jumper telah diuji di atas papan induk berkenaan dan tidak perlu diusik
lagi. Langkah-langkah pemasangan seterusnya (secara ringkas) seperti di bawah.

• Penutup kotak komputer telah dibuka, keluarkan bahagian badan kotak


komputer (petak alas) melalui beberapa skru A.

• Lekatkan penebat merah (insulator) di antara papan induk dan petak alas dan skrukan dengan kemas
seperti dalam rajah yang akan ditunjukkan nanti. Tujuan penebat digunakan bagi mengelakkan litar
pintas antara papan induk dan badan kotak komputer yang boleh membawa kepada kerosakan papan
induk.

• Pasang kabel-kabel reben cakera keras, pemacu CDROM dan pemacu cakera liut di slot masing-
masing di atas papan induk. Pasang sambungan kabel-kabel reben COM1, COM2 dan sambungan
kabel pencetak LPT1 di tempat yang dicadangkan seperti dalam manual.

• Masukkan balik bahagian badan kotak komputer dan skru dengan kemas. Setelah semua
perkakisan dimasukkan ke dalam kotak komputer, sambungkan kabel-kabel reben dengan
perkakasan-perkakasan tersebut. Pastikan kedudukan pin 1 semua perkakasan seperti cakera keras,
pemacu cakera liut dan pemacu CDROM dipasang mengikut peraturan.

• Sambung semula bekalan kuasa P8 dan P9 ke papan induk jenis AT dan pastikan susunannya adalah
betul. Setelah itu sambungkan papan kekunci di peryambungnya dan tetikus di port COM1 .

 Susun kabel-kabel reben dan baki penyambung bekalan kuasa agar kelihatan
kemas dan rapi. Yang penting laluan udara kawasan CPU dan unit bekalan
kuasa tidak dihalang.

 Lekatkan kabel signal monitor ke kad video dan satu kabel lagi ke kotak bekalan kuasa komputer.

 Sambungkan kabel kuasa dari komputer ke bekalan elektrik di dinding.

Panduan Memasang Perkakasan Sistem Komputer


Seperti yang sedia maklum, penebat dipasang bagi memastikan papan induk tidak mengalami litar pintas yang boleh
mengakibatkan kerosakan. Cara yang paling baik untuk melekatkan penebat (insulator) merah di papan induk
dengan menggunakan pita cellophane. Penebat tidak akan mudah terjatuh semasa membuat pemasangan di
bahagian petak alas. Sekiranya ada cara lain yang lebih baik, teruskan ikut kreativiti masing-masing.

Selepas dilekatkan penebat merah itu, pusingkan papan induk dan lekatkan di bahagian kotak komputer untuk
diskrukan.
Sesetengah bahagian komputer mempunyai plag plastik siap menunggu, cuma letak papan induk dan tekan sedikit
untuk melekatkannya.

Rajah A menunjukkan keadaan


sebenar penebat dipasang secara
grafik. Biasanya penebat dipasang
di dua posisi iaitu C dan D papan
induk dan yang lainnya dilekatkan
dengan plag plastik seperti dalam
rajah B.

Sambungan Kabel-
Kabel Pringkat Awal
Di Atas Papan Induk

Setelah papan induk siap diletakkan di


atas bahagian kotak komputer, sediakan
kabel-kabel reben seperti dalam rajah di
atas, Ada tiga kabel yang boleh dipassng
iaitu kabel reben untuk pemacu cakera
liut di slot FDC dan dua lagi kabel reben
untuk cakera keras di slot IDE 0 dan
pemacu CD-ROM di slot IDE 1.

Kabel reben 40 pin untuk pemacu CD-ROM harus dibeli secara berasingan walaupun kedua-
dua pemacu boleh disambung pada satu kabel. Kelebihan memasang pemacu CD-ROM di
slot satu lagi, sistem tidak akan mengalami kelambatan kerana berkongsi satu laluan data.

Selain kabel-kabel reben, CPU, RAM, sambungan COM 1 dan sambungan LPT 1 sudah siap
dipasang sebelum dimasukkan ke dalam kotak komputer bagi memudahkan kerja.
Dalam masa yang sama, persediaan perkakasan
dalam kotak komputer harus dilakukan.
Penutup panel depan dibuka untuk ditempatkan
pemacu CD-ROM. Pasang pemacu CD-ROM
dalarn slot di ruang seperti ditunjukkan dalam
rajah di atas. Skrukan pemacu dengan skru
yang dibekalkan bersama pemacu tersebut.
Skru yang tidak sesuai boleh mengganggu
operasi dan boleh merosakkan pemacu CD-
ROM berkenaan.

Cakera keras dan pemacu cakera liut


dimasukkan dari sisi di slot masing-masing dan
diskru dengan kemas. Kini sudah siap di
bahagian kotak komputer untuk tindakan
selanjutnya.

Pemasangan Pemacu Cakera Liut


1

Pasang pemacu cakera liut di slot depan


komputer dan skru dengan kemas. (Yang telah
dilakukan terdahulu).

2 Lekatkan kabel reben 34 pin di pemacu cakera liut serta pastikan kedudukan pin 1.
Hujung kabel riben sebelah lagi sudah sedia terpasang di slot FDC sebelum ini.

3 Sambungakan bekalan kuasa.

Nota:

Pernasangan pemacu cakera liut diletakkan di kabel reben bahagian A. Jika ada satu lagi
pemacu cakera liut dipasang di penyambung B, ia akan dinamakan pemacu B dan
susunannya mesti dipatuhi,

Pemasangan jumper cakera keras: Master atau slave?


Ketetapan (setting) jumper perlu diubah sekiranya ingin
menukarkan cakera keras ke Utama (Master) atau Kedua
(Slave). posisi jumper dalam rajah C menunjukkan cakera
keras sebagai Master. Dengan bantuan playar muncung
tirus, jumper dikeluarkan seperti dalam rajah D untuk
cakera keras dijadikan sebagai Slave.

Salah satu cakera keras harus ditukarkan sebagai slave


sekiranya ada dua cakera keras disambungkan pada satu
kabel reben 40 pin di slot IDE 0. Biasanya sistem operasi
akan dipasang di cakera keras Utama (Master) yang
bertindak sebagai laluan masuk dan cakera keras kedua
(Slave) akan dimuatkan data-data penting dan
sebagainya.
Pemasangan Cakera Keras
Panduan pemasangan cakera keras seperti di bawah.

1. Untuk pemasangan ini, setkan jumper ke Master.


2. Cakera keras sudah tersedia di slot khas dalam
kotak komputer dan pastikan kedudukannya
kemas.
3. Sambungkan kabel reben 40 pin dan beri perhatian
pada kedudukan pin 1. Hujung kabel reben sebelah
lagi sudah tersedia dipasang di slot IDE 0.
4. Sambungkan bekalan kuasa.

Nota:

Cakera keras boleh dipasang di kabel reben di


penyambung A atau B.

Pemasangan Kad-kad Dalam Kotak Komputer


Pemasangan kad-kad (B) seperti kad video,
kad bunyi, modem dalam dan kad rangkaian
hampir sama semuanya. Yang harus diambil
perhatian, sama ada slot-slot tambahan
mencukupi atau tidak. Kepingan logani
penutup (A) di panel belakarg, dikeluarkan
selari dengan slot tambahan yang hendak
digunakan.

Untuk kad grafik AGP, slot AGP rrenampung kad


berkenaan. Baki slot biasanya dari jenis PCI sebanyak
empat atau lima slot dar slot ISA mungkin satu atau dua
dibekalkan.

Pemacu Optikal: CD-ROM & DVD-ROM

Teknologi CD telah diperkenalkan oleh Sony dan Philips pada tahun 1982 untuk muzik, dimanfaatkan pula oleh
komputer pada tahun 1984. Pemacu CD-ROM sekarang sudah menjadi satu kemestian Untuk semua komputer bagi
menjalankan aplikasi-aplikasi yang datang dalam bentuk CD-ROM. Muatan storan CD-ROM sebanyak 650MB
pelbagai data atau 74 minit data audio bersamaan 450 keping disket. Pemacu CD-ROM kini dalam kelajuan
setinggi 52X yang bererti penghantaran data sepantas itu. Kelajuan 1X bersamaan kadar kelajuan penghantaran data
(transfer rate speed) sebanyak 150 KBps (Kilobyte per second) dan ini bererti pemacu CD-ROM 52X ialah
7800KBps. Walau bagaimanapun, pemacu baru DVD-ROM (digital versatile disc-read only memory) telah mula
mengambil tempat, yang dapat membaca data storan sehingga tujuh kali ganda dari CD-ROM biasa. Pemacu
tersebut cuma dapat membaca cakera DVD-ROM sahaja melainkan dibuat untuk boleh membaca CD-ROM dan
DVD-ROM.
Pemilihan sama ada
membeli pemacu
CD-ROM atau
pemacu DVD-Rom
akan menjadi satu
perkara yang berat.
Nampaknya
keluaran pemacu
CDROM berhenti
pada kelajuari 52X
dan kelajuan itu
sudah mencukupi
untuk pengguna
biasa. Harganya
juga berpatutan setakat ini. Pemacu DVD-ROM sudah mula dibekalkan dalam penjualan komputer Desktop
kebelakangan ini. Harga pemacu DVD-ROM agak tinggi dan perisiannya agak terhad.

Semasa memegang cakera padat (CD-ROM), jangan sentuh permukaan cakera dan masukkan ke dalam bekasnya
untuk mengelakkan dari kesan-kesan jari atau calar.

Pemasangan Pemacu CD-ROM


1. Setkan jumper ke Master dan pastikan nanti disambungan ke IDE 1. Sekiranya ada cakera keras di kabel
reben slot IDE 1, buatkan pemacu CD-ROM sebagai 'Slave' dan cakera keras sebagai 'Master'.
2. Pemacu CD-ROM sudah tersedia dipasang sebelum ini dan periksa sekali lagi kedudukannya adalah
kemas. Pasangan yang senget boleh menjejaskan operasi pemacu CD-ROM.
3. Lekatkan kabel reben 40 pin di pemacu CD-ROM dan pastikan kedudukan pin 1. Kabel reben sebelah lagi
sudah dipasang di papan induk sebelum ini.
4. Pasang kabel sambungan kuasa di pemacu.
5. Kabel audio akan disambungakan ke kad bunyi bila siap pemasangannya nanti.

Bagaimana Pemacu
CD-ROM bekerja?
Rajah isi hati dalam pemacu
CD-ROM
A - Motor memusingkan CD-ROM pada kelajuan mengikut kemampuan pemacu dan mengimbangi
putaran luar CD-ROM yang luas dan kawasan dalam CD-ROM yang kecil,
E3 - Pancaran laser mengena dataran kilat permukaan CD-ROM,
C - Permukaan kilat CD-ROM mengandungi data dalam bentuk binari 1 dan 0 (pit dan land),

D - Data yang dibaca


ditukarkan kepada denyut'sinar yang difahami oleh komputer.

Sambungan Tiga cakera keras dan satu pemacu CD-ROM

Mengikut kemampuan papan induk yang


mempunyai dua slot sambungan IDE, ia
boleh menampung sebanyak empat
perkakasan storan iaitu tiga cakera keras dan
satu cakera optik (tidak semestinya dalam
susunan ini).
Panduan susunan cakera keras di tunjukkan
seperti rajah di sebelah. Cakera keras yang
ditambah adalah di bahagian Primary Slave
(E) dan Secondary Master (D). Cakera keras
C dan pemacu CD-ROM F adalah dua
perkakasan asal semasa pemasangan awal
sebelum ini. Terdahulu pemacu CD-ROM
disetkan ke Secondary Master dan setelah
tambahan cakera keras di slot IDE 1, ia
ditukarkan ke Secondary Slave. Cakera keras
yang diletakkan di slot IDE 1 mengambil alih
Secondary Master untuk operasi yang lebih
berkesan. Nama-nama susuan pemacu
cakera keras seperti di bawah.

Sambungan Papan Kekunci dan Tetikus

Ditunjukkan sambungan-sambungan papan


kekunci dan tetikus jenis bersiri dan PS/2.
Papan kekunci dan tetikus bersiri, biasanya
terdapat pada sistem AT. Jenis perkakasan-
perkakasan PS/2, biasanya digunakan pada
sistem berjenama dan ATX.

Kod warna digunakan untuk membezakan perkakasan


bagi mengelakkan kesilapan semasa membuat
penyambungan di panel belakang komputer.

Penyambung papan induk (ungu), Penyambung tetikus


(Hijau), Penyambung VGA (Biru Tua), Port LPT1
(Merah) , Port Permainan (Oren).
Kad Bunyi – Laluan Mikrofon (Merah Jambu), Lalauan
Pembesar suara (Hijau Muda) dan Lalauan Line-in (Biru
Muda).

Pemasangan Suis dan Lampu Panel depan PC

Lampu-lampu panel PC diperlukan bagi


panduan PC sedang beroperasi. Lampu panel
'Power' akan sentiasa menyala berterusan
bila komputer dipasang. Lampu 'HDD' akan
menyala dan padam untuk menunjukkan
cakera keras sedang membaca, menulis atau
memadam sesuatu. Butang 'Reset'
digunakan bila keadaan memerlukan untuk
komputer dibut semula (reboot).
Sambungkan kabel-kabel kecil ini
dipenyambung yang dikhaskan seperti rajah
di bawah. Di hujung kabel-kabel berkenaan
ada dilabelkan nama-nama komponen seperti
HDD LED, RESET dan POWER untuk
memudahkan keda-kerja penyambungan.
Rujuk manual untuk mendapatkan
sambungan yang betul,
Rajah samburgan
perkakasan di atas papan
AT induk bertujuan
sebagai rujukan lebih
jelas.

Aktiviti papan
induk semasa
ujian
Sebelum memasang
suis komputer,
ulang periksa sekali
lalu bagi
menentukan semua
perkakasan yang
telah disambung itu
betul
kedudukannya.
Kotak komputer
jangan ditutup lagi
untuk melihat
aktiviti di atas
papan induk.
Pasang suis
komputer dan
perhatikan skrin
monitor sambil
menekan kekunci
Del berulang-ulang
untuk mendapatkan
CMOS setup. Yang paling penting setakat ini, pastikan kipas CPU dan kipas unit bekalan
kuasa berfungsi. Sekiranya kedua-dua kipas tidak berpusing, tutup suis dan cari kerosakan
sebelum meneruskan ujian.
Nota:

Dengan
adanya
paparan CMOS
setup, ini
bererti papan
kekunci
berfungsi.
Sekiranya
paparan CMOS
setup seperti
setakat
paparan skrin
sahaja, cuba
periksa
sambungan
papan kekunci
di papan induk
atau gantikan
papan kekunci dengan yang lain.

You might also like