P. 1
SEGAK

SEGAK

|Views: 2,629|Likes:
Published by luffy

More info:

Published by: luffy on Sep 01, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/12/2013

pdf

text

original

1.

0 PENGENALAN Kecergasan yang optimum adalah penting bagi membantu murid melaksanakan aktiviti harian dengan cekap dan berkesan tanpa berasa letih. Selaras dengan itu, aktiviti dan amalan kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang dicadangkan dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Justeru, satu penilaian standard yang dikenali sebagai Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) untuk Murid Sekolah Malaysia telah dirangka untuk dilaksanakan mulai sesi persekolahan 2008 (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2008 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) Untuk Murid Sekolah Malaysia) Menurut Ahmad Hashim (2006), pendekatan pengajaran pembelajaran Pendidikan Jasmani yang mantap perlu melalui proses pengujian dan pengukuran yang piawai dan berterusan serta bersesuaian dengan persekitaran sekolah. Penggunaan prosedur ujian yang piawai dapat menghasilkan skor ujian kecergasan dan kemahiran yang tekal serta mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Hal ini sekaligus berupaya meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Penilaian pula adalah proses mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Penilaian memerlukan prosedur ujian yang baik dan mudah difahami. Sehubungan dengan itu, guru Pendidikan Jasmani dikehendaki merancang dan mengendalikan ujian kecergasan dan kemahiran untuk murid-murid di peringkat sekolah. Instrumen penilaian perlu dibina dan ditadbir oleh guru sama ada melalui pemerhatian, penulisan dan lisan. Hasil penilaian digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Laporan perlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru-guru yang lain (Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani, 1999). 1 1.1 MENYEDIAKAN BATERI UJIAN UNTUK ENAM (6) KOMPONEN YANG HENDAK DIUJI. 1.1.1 DUA (2) Instrumen untuk Mengukur Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan. (i) Bleep Test (ii) Jangkauan Melunjur 1.1.2 DUA (2) Instrumen untuk Mengukur Kecergasan Fizikal Berlandaskan Lakuan Motor. (i) Lompat Jauh Berdiri (ii) Larian Zig Zag Barrow 1.1.3 DUA (2) Instrumen untuk Mengukur Kemahiran (Bola Tampar). (i) Menyangga (ii) Servis 2 1.2 INSTRUMEN UNTUK MENGUKUR KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN KESIHATAN. 1.2.1 UJIAN “BLEEP” / “BEEP” (BLEEP TEST) Pengenalan: Ujian “Bleep” atau ujian “Beep” merupakan satu ujian larian ulang-alik pelbagai tahap yang meningkat secara progresif. Ujian ini telah dicipta di Kanada dan kini merupakan salah satu ujian kecergasan aerobik atau ujian kecergasan daya tahan kardiovaskular yang popular di dunia. Kecergasan kardiovaskular berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular, kecergasan respiratori dan kecergasan aerobik. Semua ini merupakan aspek kecergasan terpenting. Kecergasan kardiovaskular adalah asas kepada sebarang aktiviti fizikal juga faktor utama yang boleh mengurangkan risiko individu dari penyakit kardiovaskular. Contohnya seperti penyakit jantung, penyakit hipokinetik, kematian awal dan penyakit-penyakit yang lain. Kardiovaskular cergas meningkatkan kebolehan melakukan sebarang tugas. Komponen dalam kardiovaskular terdiri daripada jantung, paru-paru, salur darah, darah dan otot. Ia komponen yang terpenting dalam profil fisiologi manusia. Nama Ujian: Bleep Test

Objektif Pengujian: Ujian ini bertujuan untuk menguji daya tahan kardiovaskular iaitu keupayaan sistem kardiorespiratori untuk melakukan kerja bagi satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana. Fungsi Ujian: 1. Memberi persediaan dari segi fizikal dan mental. 2. Membantudalam pengurusan stres dan kemurungan. 3. Mengurangkan risiko penyakit kronik 3 Sejarah Instrumen: Menurut Carrol (1994) dalam Borhan Yusof (2008), kecergasan kardiovaskular adalah keupayaan seseorang untuk melakukan tugas berat secara berterusan bagi satu jangkamasa yang panjang. Ia juga dikenali sebagai aerobik iaitu keupayaan sistem peredaran dan respiratori untuk penyesuaian dan pemulihan kesan daripada aktiviti fizikal seperti berlari, berjalan laju, berbasikal, berenang dan sebagainya. Kecergasan kardiovaskular dikaitkan dengan keupayaan pengambilan isipadu maksima oksigen (VO2 max). Pengambilan isipadu maksima oksigen ialah jumlah isipadu maksima gas oksigen yang digunakan oleh seseorang sewaktu melakukan aktiviti yang meletihkan. American College of Sports Medicine (ACSM, 1999) menyatakan bahawa VO2 max adalah penunjuk yang paling baik untuk menentukan tahap kecergasan kardiovaskular seseorang. Semakin tinggi nilai VO2 max, semakin tinggilah tahap kecergasan kardiovaskular seseorang itu. Ujian Bleep diasaskan oleh Dr Maximillion G. Odoowed Ledgear pada tahun 1982 dan disiarkan dalam European Journal of Applied Physiology. Ujian ini juga dikenali ujian PACER (Progressive Aerobic Cardiovascular Endurance Run) dan ujian multi-tahap yang mana peserta perlu lari ulang-alik 20 meter. Ujian ini digunakan oleh jurulatih olahraga untuk mengira VO2 max pelari. Korelasi kesahan: 0.71 – 0.87 (lelaki : 0.54-0.68, perempuan : 0.51-0.90) Kebolehpercayaan: 0.89 Alatan yang diperlukan: 1. Kawasan Rata 2. Pita Pengukur 3. Kon / Garis Penanda 4. Pita Audio Isyarat Bunyi 5. Pemain Audio / Pembesar Suara 6. Borang Rekod 7. Pencatat 4 Prosedur Pelaksanaan Ujian: 1. Tandakan jarak larian 20 meter di atas lantai dan tandakan setiap hujungnya dengan ‘masking tape’ dan kon penanda. 2. Peserta mendengar arahan dan penerangan daripada penguji. 3. Peserta melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan sebelum melakukan Ujian “Bleep”. 4. Setiap peserta dikehendaki berdiri di belakang garisan permulaan dan seorang pembantu diperlukan untuk merekodkan setiap tahap yang dilalui. 5. Peserta dikehendaki lari ulang-alik sejauh 20 meter mengikut isyarat “bleep” yang akan dibunyikan dari pemain audio / pembesar suara. 6. Peserta bersedia di satu hujung dengan satu kaki berada di belakang garisan yang dibuat dan berlari apabila “bleep” yang pertama kedengaran. Peserta akan berlari ke garisan yang di hadapan semula dan apabila tiba mereka perlu melepasi garisan sama ada dengan sebelah kaki atau kedua-dua belah kaki sebelum isyarat “bleep” berbunyi. 7. Peserta hendaklah menunggu sehingga “bleep” seterusnya kedengaran sebelum berlari ke garisan permulaan. Peserta akan terus berlari sehingga ke tahap maksima yang boleh dicapai dan tidak mampu lagi untuk mengikut bunyi “beep”. 8. Masa antara isyarat “bleep” akan berkurangan setiap tahap. Selaras dengan itu, kelajuan larian perlu ditingkatkan. 9. Ujian ini memerlukan keupayaan sepenuhnya dari setiap peserta. Justeru, peserta perlu berlari sehingga merasa lesu. 10. Ujian “bleep” dikira tamat sekiranya dia tidak dapat melepasi garisan keduadua hujung dua kali berturut-

turut. 11. Tahap terakhir yang dicatat sebelum peserta tamat ujian akan direkodkan sebagai tahap peserta tersebut. 5 Limitasi Pelaksanaan: - Ujian ini hanya untuk mengukur ketahanan kardiovaskular. - Tidak sesuai untuk dijalankan kepada peserta tidak cergas dan tidak mampu, serta yang mempunyai tahap kesihatan tidak memuaskan seperti mempunyai penyakit asma. - Norma yang digunakan dalam tugasan ini telah disesuaikan dengan pencapaian pelajar PISMK 7.01. Rajah 1.1 Litar Ujian “Bleep Test” Norma Ujian “Bleep”: SKALA 5 4 3 2 1 PENCAPAIAN Cemerlang Baik Sederhana Lemah Sangat Lemah LELAKI 13.8 ke atas 11.4-13.7 8.5-11.3 5.3-8.4 0-5.2 PEREMPUAN 12.6 ke atas 9.9-12.5 7.2-9.8 4.6-7.1 0-4.5 6 1.2.2 UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR Pengenalan: Kelenturan adalah kebolehan menggerakkan sendi badan melalui ketegangan pergerakan maksimum yang tidak bersesuaian. Apabila menilai atau menerangkan kelenturan, terma fleksi (kedudukan sendi berkurangan) dan tambahan "extension" (kedudukan sendi bertambah) selalu digunakan. Tisu lembut dan sendi akan mengecut, hilang pertambahan apabila otot mengekalkan dalam kedudukan pendek. Secara amnya, kelenturan lebih berkait rapat dengan tabiat corak pergerakan bagi setiap individu dan setiap sendi lebih kepada usia dan jantina. Ujian jangkauan melunjur adalah ujian yang digunakan untuk mengukur kelenturan bahagian badan yang tertentu iaitu bahagian belakang badan dan bahagian atas paha. Kelenturan merupakan kebolehan pergerakan sendi badan melalui ketegangan pergerakan maksimum yang tidak bersesuaian. Nama Ujian: Jangkauan Melunjur Objektif Pengujian: Menguji kelenturan bahagian belakang badan dan “hamstring” (bahagian atas paha). Fungsi Ujian: 1. Mengukur dan menguji tahap kelenturan seseorang individu. 2. Ujian ini dijalankan untuk mengenalpasti individu yang mempunyai sedikit pergerakan sendi. 3. Ujian ini dijalankan untuk mengenalpasti jika individu mempunyai kelenturan yang lebih di sesetengah sendi. Sejarah Instrumen: Kelenturan ialah keupayaan sesuatu sendi atau bahagian badan yang membolehkan sesuatu pergerakan dilakukan untuk tempoh jangka masa yang panjang tanpa melibatkan kecederaan kepada mana-mana bahagian otot. Anggota badan menjadi lebih fleksibel apabila senaman regangan selalu dilakukan dengan secukupnya. 7 Pengukuran kelenturan telah bermula secara rasminya pada tahun 1941. Cureton memperkenalkan bateri ujian berorentasikan ‘Practical Performance’. Pada tahun yang sama juga, ujian kelenturan untuk pergelangan kaki diperkenalkan. Pada tahun 1942, Jack Leighton memperkenalkan ‘flexometer’ untuk mengukur pelbagai pergerakan sendi. Seterusnya pada tahun 1952, Katherine Wells dan Evelyn Dillion telah memperkenalkan “Sit and Reach Test”. Pada tahun 1966, B.L. Johnson telah mengubah suai ujian Wells and Dillon dari segi skor bacaan. Mereka juga telah memperkenalkan ujian kelenturan untuk empat jenis sukan dan tarian. B.L. Johnson kemudiannya telah memperkenalkan alat ‘flexomeasure’ pada tahun 1972. Seterusnya pada tahun 1975, Myers telah mengubahsuai ‘Sit and Reach Test’ dan menerbitkannya ke dalam YMCA. Pada tahun 1976, Goodin: Pollock pula telah memperkenalkan ‘Trunk Flexion Test’ ke dalam YMCA. Kolerasi Kesahan: Kesahan logikal telah digunakan. Dalam ujian jangkauan melunjur mengesahkan bertentangan daripada sesetengah ujian, jarak koefisien adalah antara 0.80 dan 0.90

Kebolehpercayaan: 70 atau lebih Alatan yang diperlukan: 1. Kotak Pengukur 2. Borang Rekod Prosedur Pelaksanaan Ujian: 1. Peserta dikehendaki melakukan regangan untuk memanaskan badan. 2. Peserta perlu menanggalkan kasut. Letakkan kotak “Sit and Reach” rapat ke dinding. 3. Peserta duduk berlunjur menghadap dinding dengan kedua-dua belah kaki rapat dan menyentuh kotak “Sit and Reach” dengan kedudukan tangan lurus ke hadapan. 8 4. Letakkan tapak tangan bertindih dengan jari kanan bersentuhan dengan jari kiri. Dagu dirapatkan ke dada dan kedua belah jari tangan hendaklah lurus semasa menolak tolok. 5. Bacaan diambil apabila tolok bacaan tidak lagi bergerak. Jangkauan perlu bertahan selama dua saat. 6. Ujian dilakukan sebanyak dua kali secara berturut-turut dan bacaan terbaik direkodkan dalam unit cm. Limitasi Pelaksanaan: 1. 2. 3. Alat ujian harus dielakkan dalam keadaan licin. Peserta tidak boleh memakai kasut. Penguji hendaklah meletakkan tangan di atas lutut subjek untuk memastikan lutut lurus. Rajah 1.2 Ujian Jangkauan Melunjur Norma Ujian Jangkauan Melunjur: SKALA 5 4 3 2 1 PENCAPAIAN Cemerlang Baik Sederhana Lemah Sangat Lemah LELAKI 48cm ke atas 38cm-47cm 27cm-37cm 17cm-26cm 16cm ke bawah PEREMPUAN 41cm ke atas 35cm-40cm 28cm34cm 22cm-27cm 21cm ke bawah 9 1.3 INSTRUMEN UNTUK MENGUKUR KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN LAKUAN MOTOR. 1.3.1 UJIAN LOMPAT JAUH BERDIRI Pengenalan: Ujian lompat jauh berdiri digunakan untuk menguji kekuatan otot individu. Kekuatan otot merujuk kepada keupayaan otot untuk mengatasi rintangan atau bebanan yang dikenakan ke atasnya. Ujian lompat jauh berdiri adalah pengukuran yang diakui untuk mengukur kuasa dalam bentuk pengukuran otot. Kuasa merujuk kepada kebolehan individu melakukan pergerakan pantas yang cepat dalam jangkamasa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi. Kuasa boleh difahami sebagai keupayaan untuk memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif. Kuasa dirujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan otot. Kebiasaannya, kuasa diukur dalam bentuk pengukuran otot dan selalunya dianggap sebagai ciri-ciri untuk menjadi atlet yang bagus. Nama Ujian: Lompat Jauh Berdiri (Standing Long Jump / Standing Broad Jump) Objektif Pengujian: Mengukur kuasa eksplosif kaki secara mendatar Fungsi Ujian: Kebolehan untuk menghasilkan daya yang maksimum dalam masa yang singkat. Sejarah Instrumen: Ujian lompat jauh berdiri (Standing Long Jump/ Standing Broad Jump) telah mula diperkenalkan pada tahun 1900. Ujian ini merupakan salah satu bentuk latihan untuk acara lompat acara. Cara yang digunakan agak sama tetapi dalam ujian lompat jauh berdiri subjek tidak dibenarkan berlari tetapi mesti berada di garisan dan kaki tidak boleh melepasi garisan tersebut. Lompatan pula mesti dibuat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki dan begitu juga semasa mendarat. 10 Bagi mendapatkan lompatan yang baik, subjek mestilah menghayunkan tangan serta membengkokkan lutut sedikit untuk menghasilkan daya tolakan. Lompatan mesti diulang sekiranya subjek jatuh ke belakang atau menggunakan satu kaki semasa mendarat. Subjek diberikan tiga kali percubaan dan bacaan yang terbaik akan direkodkan. Ray Ewry merupakan atlet yang paling jauh membuat lompatan iaitu sejauh 3.47 meter pada tahun 1904 dan mencatatkan rekod dunia. Walau bagaimanapun, rekod dunia tersebut telah dapat dipecahkan oleh Norwegian

Arne Tvervaag, 1968 dengan lompatannya sejauh 3.71 meter. Kolerasi Kesahan: Kesahan paras (0.81) Kebolehpercayaan: Koefisien di antara 0.83 hingga 0.99 Keobjektiviti: 0.96 Alatan yang diperlukan: 1. Kapur 2. Pita Pengukur / Ukuran Berskala (Standing Board Jumps Mats) 3. Borang Markah Prosedur Pelaksanaan Ujian: 1. Peserta melakukan aktiviti warm-up dan regangan selama 10 minit sebelum melakukan ujian ini. 2. Peserta berkumpul dan pendengar penerangan daripada penguji. 3. Tikar ukuran berskala (Standing Board Jumps Mats) dibentangkan di atas lantai yang rata. Pastikan tikar tersebut tidak bergerak dan tidak beralih. 4. Peserta berdiri di belakang garisan permulaan di atas tikar di mana peserta tidak dibenarkan memijak garisan permulaan tersebut. 5. Peserta berdiri dengan tapak kaki selari dan jarakkan beberapa inci mengikut luas bahu dan keselesaan. 6. Sebelum memulakan lompatan, bengkokkan lutut sedikit, dan hayunkan tangan ke belakang untuk menyokong lompatan yang akan dibuat. 7. Peserta melompat ke hadapan dengan sejauh yang boleh dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki. 11 8. Penguji mengambil bacaan dengan menandakan dari tumit yang jatuh paling dekat dengan garisan permulaan. 9. Percubaan dilakukan sebanyak tiga kali dan bacaan jarak yang paling jauh diambil. Limitasi Pelaksanaan: 1. Perlu pengukuran yang tepat. 2. Tempat yang tidak licin. Rajah 1.3 Lompat Jauh Berdiri Skala Ujian Lompat Jauh Berdiri: SKALA 5 4 3 2 1 PENCAPAIAN Cemerlang Baik Sederhana Lemah Sangat Lemah LELAKI 257 cm ke atas 256cm-236cm 235cm-199cm 198cm161cm 160cm ke bawah PEREMPUAN 206 ke atas 205cm-183cm 182cm151cm 150cm-125cm 124cm ke bawah 12 1.3.2 UJIAN ZIG ZAG BARROW Pengenalan Ujian zig zag barrrow merupakan salah satu daripada ujian ketangkasan. Ketangkasan merupakan salah satu daripada komponen yang terdapat dalam kecergasan motor. Kecergasan dan keupayaan motor am seseorang dalam ujian ketangkasan pada peringkat awal mempunyai hubungkait yang rapat. Pengukuran ketangkasan merupakan satu bidang saintifik yang agak baru dan ianya tidak mempunyai latar belakang yang luas jika dibandingkan dengan bidang lain seperti bidang pengukuran daya tahan kardiovaskular dan pengukuran komposisi badan. Royal H. Burpee,Mc Cloy dan Young (1954) telah mencipta ujian Burpee atau dekam lunjur dan mengujinya untuk melihat kesahan dan kebolehpercayaan. Menurut Borhan Yusof et. al (2008), ketangkasan boleh ditingkatkan melalui tunjukan secara langsung dan latihan ketangkasan. Bakat atau baka adalah faktor utama bagi tahap ketangkasan sesetengah individu. Namun, ketangkasan juga bergantung kepada kekuatan, kelajuan, koordinasi dan imbangan dinamik. Ujian ketangkasan selalunya ada tiga jenis iaitu larian menukar arah, menukar kedudukan badan dan menukar arah bahagian badan. Ketangkasan juga boleg difahami sebagai keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat dan amat penting dalam semua aktiviti dan sukan. Nama Ujian: Larian Zig Zag Barrow. Objektif Pengujian: Ujian ini menguji ketangkasan seseorang individu dalam menukar arah antara kon dan larian dalam masa yang tersingkat. Fungsi Ujian: Ujian ini juga boleh digunakan sebagai diagnostik iaitu mengenalpasti individu yang mempunyai ketangkasan yang baik dan kurang baik. 13 Sejarah Instrumen: Ketangkasan tidak mempunyai latar belakang yang lengkap. Ia merupakan

rangkuman daripada beberapa latihan seperti ketangkasan bagi Royal Burpee Test yang diperkenalkan pada tahun 1935 dan digunakan oleh Perkhidmatan Tentera semasa perang dunia kedua dengan nama ‘Squat Thrust Test’ 19301940. Pada lewat tahun 1960-an, ujian ketangkasan telah diubahsuai dan diperbaiki oleh Johnson dan Nelson. Kedua-duanya juga telah mencipta beberapa ujian ketangkasan baru iaitu ujian Lompat Kuadrant, ujian ketangkasan LSU dan ujian ketangkasan SEMO Kirby. Kolerasi Kesahan:0.74 dengan jumlah markah untuk 29 benda ujian diukur bagi lapan faktor. Kebolehpercayaan: 0.80 Keobjektiviti: 0.99 Alatan yang diperlukan: 1. Jam Randik, 2. Litar 3. Kon 4. Pencatat Prosedur Pelaksanaan Ujian: 1. Satu litar berbentuk segi empat tepat (10 kaki x 16 kaki) dibentuk dengan 4 kon diletakkan di setiap penjuru dan satu kon diletakkan di tengah-tengah litar. 2. Peserta akan bermula di garisan permulaan dan berlari mengikut arah yang telah ditetapkan. 3. Peserta perlu berlari seberapa pantas yang boleh dan masa akan dicatatkan apabila peserta sampai ke garisan penamat. 4. Peserta diberi dua kali percubaan dan catatan masa yang terbaik akan diambil kira. 14 Limitasi Pelaksanaan: - Norma yang digunakan dalam tugasan ini telah disesuaikan dengan pencapaian pelajar PISMK 7.01. - Digunakan untuk mengukur tahap ketangkasan pelajar. Rajah 1.4 : Trek Larian Zigzag Norma Ujian Larian Zig Zag Barrow: SKALA 5 4 3 2 1 PENCAPAIAN Cemerlang Baik Sederhana Lemah Sangat Lemah LELAKI 10.79 ke bawah 11.49-10.80 12.60-11.50 13.90-12.61 13.91 ke atas PEREMPUAN 12.60 ke bawah 12.99-12.61 14.59-13.00 15.99-14.60 16 ke atas 15 1.4 INSTRUMEN UNTUK MENGUKUR KEMAHIRAN PERMAINAN 1.4.1 UJIAN SERVIS BOLA TAMPAR Pengenalan: Kemahiran servis dalam permainan bola tampar merupakan kebolehan menghantar bola ke gelanggang lawan secara konsisten yang perlu dilakukan oleh setiap ahli pasukan secara bergilir. Pengukuran kemahiran sukan ini bertujuan menentukan peningkatan atau tahap pencapaian individu di dalam sukan bola tampar. Dengan adanya pengukuran dalam kemahiran sukan, potensi seseorang murid boleh dikenalpasti dan digilap. Nama Ujian: Ujian Servis Bola Tampar Objektif Pengujian: Mengukur kemahiran membuat servis bola tampar rendah dan jauh ke dalam gelanggang lawan. Fungsi Ujian: 1. Menentukan kekuatan dan kelemahan murid. 2. Memberi motivasi kepada murid bagi meningkatkan prestasi dalam sesuatu kemahiran sukan. Sejarah Instrumen: Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan (1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat permulaan, bola keranjang dipukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. 16 Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola

tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896.Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah. Semasa Perang Dunia Pertama, ke tentera Eropah; Amerika Yogoslavia Syarikat (1918), memperkenalkan permainan bola tampar Czechoslovakia dan Poland (1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan antarabangsa dan komisi khas telah bermula. Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia Kedua. Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan. Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan diikuti oleh Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium masing-masing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945 dan 1946. Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama badan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37 tahun. Alatan yang diperlukan: 1. Bola Tampar 2. Jaring Bola Tampar 3. Alat Pengukur 4. Gelanggang dan ukuran yang ditanda di atas gelanggang. 17 Prosedur Pelaksanaan Ujian: 1. Peserta diberi sepuluh percubaan melakukan servis dari tempat yang ditetapkan (bagi murid-murid sekolah rendah bawah 12 tahun, servis dilakukan 6 meter dari jaring). 2. Mata diberi bergantung kepada nilai yang telah ditetapkan bagi sesuatu kawasan di mana bola mendarat dalam gelanggang bola tampar. 3. Jika bola jatuh di atas garisan kawasan, mata yang maksimum mengikut nilai bagi sesuatu kawasan di mana bola mendarat akan diberikan. 4. Skor yang dicapai oleh peserta adalah mengikut jumlah mata yang dipungutnya dalam 10 percubaan yang diberi. Limitasi Pelaksanaan: Perlu mengetahui teknik-teknik membuat servis yang betul Kedudukan Bersedia Hayunan Tangan Ikut Lajak Rajah 1.5 Teknik Melakukan Servis Bola Tampar Rajah 1.6 : Ukuran Gelanggang dan Pembahagian Markah Bagi Ujian Servis 18 Norma Bagi Ujian Kemahiran Servis Bola Tampar: SKALA 5 4 3 2 1 PENCAPAIAN Cemerlang Baik Sederhana Lemah Sangat Lemah LELAKI 34 ke atas 27-33 21-26 14-20 0-13 PEREMPUAN 27 ke atas 19-26 13-18 6-12 0-5 1.4.2 KEMAHIRAN MENYANGGA Pengenalan: Dalam permainan, kemahiran menyangga merupakan cara asas untuk menyambut dan menghantar bola yang memerlukan pemain sentiasa dalam keadaan bersedia. Nama Ujian: Menyangga Objektif Pengujian: Untuk mengetahui tahap kemahiran seseorang dalam menyambut dan menghantar bola pada sasaran yang ditentukan. Fungsi Ujian: 1. Untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan berasaskan kemahiran sukan. 2. Meningkatkan kemahiran dan strategi supaya perlakuan dapat dilaksanakan dengan tepat. Ini adalah unsur utama dalam sukan iaitu perlaksanaan kemahiran dengan cara yang berkesan. 3. Memberi pendedahan

kepada murid-murid kepada kepelbagaian kemahiran sukan Sejarah Instrumen: Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895 oleh William G. Morgan yang merupakan seorang pengarah sukan YMCA, di Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. Nama asal permainan ini ialah ‘minonette’ dan kemudian digantikan dengan nama ‘volleyball’ oleh Dr A. Halstead pada tahun 1896. 19 Alatan yang diperlukan: 1. Bola Tampar, 2. Jaring Bola Tampar 3. Alat Pengukur 4. Gelanggang dan ukuran yang dibuat di atas gelanggang Prosedur Pelaksanaan Ujian (Rujuk Rajah 1.7): 1. Pembantu T akan melambung tinggi bola kepada peserta P yang diuji. 2. Peserta hendaklah menyambut dan menghantar bola dengan cara menyangga dari bawah ke sasaran S yang berukuran 2 meter x 1 meter di penjuru kiri dan kanan dekat garis tengah. 3. Bola itu hendaklah melalui atas jaring (tinggi 3 meter) dan mendarat dalam kawasan S iaitu sasarannya. 4. Peserta diberi peluang 10 kali percubaan di sebelah kiri dan 10 kali percubaan di sebelah kanan. 5. 1 mata merupakan markah bagi 1 hantaran yang berjaya masuk ke dalam kawasan sasaran. Bola yang menyentuh jaring atau yang mendarat di luar sasarannya tidak akan diberi sebarang mata. Maksimum mata yang diperolehi ialah 20 mata bagi seorang peserta. 6. Lambungan bola oleh pembantu T yang tidak sampai di kawasan di mana peserta P berada tidak dikira dan percubaan akan diulang Limitasi Pelaksanaan: 1. Pelajar perlu mengetahui teknik-teknik menyambut dan menyangga dengan betul. 2. Norma yang digunakan telah disesuaikan dengan pencapaian 25 orang pelajar PISMK OUM 7.01. 20 Rajah 1.7 : Ukuran Gelanggang dan Pembahagian Markah Bagi Ujian Menyangga Norma Bagi Ujian Kemahiran Menyangga: SKALA 5 4 3 2 1 PENCAPAIAN Cemerlang Baik Sederhana Lemah Sangat Lemah LELAKI 17 ke atas 13-16 8-12 4-7 0-3 PEREMPUAN 15 ke atas 12-14 711 3-6 0-2 21 Rajah 1.8 Teknik-teknik Menyangga dalam Bola Tampar 22 2.0 PENUTUP Pengujian, pengukuran dan penilaian Pendidikan Jasmani dianggap penting dalam proses pengajaran pembelajaran. Bagi melaksanakan ujian kecergasan yang berkesan ia memerlukan pentadbiran bateri ujian yang piawai. Hasil penilaian prestasi kecergasan murid dapat membantu guru menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Pendidikan Jasmani. Pengetahuan mengenai prestasi kecergasan individu dapat membantu pelajar memilih sukan yang bersesuaian untuk keperluannya sepanjang hayat. Skor yang diperolehi melalui ujian kecergasan dapat membantu guru Pendidikan Jasmani mengetahui tahap prestasi kecergasan motor pelajar. Berdasarkan prestasi tersebut, guru dapat mengenal pasti pelajar yang mempunyai kekuatan dan kelemahan dalam sesuatu kecergasan. Pengetahuan mengenai tahap kecergasan pelajar dapat membantu guru menyediakan bahan pengajaran yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Hasil pengujian dan pengukuran ini juga penting untuk menunjukkan akauntabiliti mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Kecergasan pelajar dapat diukur dan dinilai dengan menggunakan bateri ujian tertentu mengikut prosedur ujian bersistematik. Dengan adanya ujian kecergasan, data ujian boleh diukur secara empirikal. Pengaruh tersebut memberi kesan positif ke atas amalan guru dalam mempertingkatkan minat untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. 23

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->