You are on page 1of 40

3.

1 KONSEP ALAM BELAJAR

Sejak dari kecil lagi, kita sentiasa mengalami proses pembelajaran yang

berterusan tidak kiralah formal atau tidak formal. Justeru itu, suasana alam belajar

yang kondusif pastinya bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan yang dijalankan oleh guru tidak kiralah di dalam bilik darjah ataupun

di luar bilik darjah. Penglibatan yang aktif dan interaksi yang baik perlu diwujudkan

antara guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Untuk lebih memahaminya lagi,seorang guru perlu tahu konsep alam belajar itu

sendiri dengan lebih mendalam lagi. Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying,

Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), alam belajar merupakan keadaan atau

suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam

mencapai matlamat perubahan tingkah laku.

3.1.1 Tiga aspek utama alam belajar

Terdapat tiga komponen penting dalam membantu pembentukan murid yang

menyeluruh. Pertama ialah psikososial, kedua iaitu fizikal dan ketiga ialah komuniti

pembelajaran.

a) Aspek psikososial

Faktor pertama iaitu psikososial merangkumi 4 elemen iaitu nada suara yang

sesuai, saling berbudi bahasa, tingkahlaku yang diterima dan suasana yang

kondusif. Faktor ini lebih memfokuskan kepada perasaan murid-murid yang

berhubung dengan aspek keselamatan dan keselesaan mereka dengan persekitaran

sekolah. Seorang guru yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudah

didampingi, beramah-tamah, cekap, berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 1


keselamatan dan keselesaan pelajar akan memenuhi keperluan-keperluan

psikososial murid-murid yang diajar.

b) Aspek fizikal

Komponen fizikal meliputi semua keadaan fizikal seperti fizikal bilik darjah,

bahan-bahan pelajaran, kemudahan dalam alam persekitaran (Mok Soon Sang,

2008). Bilik darjah yang kreatif serta kondusif dapat mengembangkan kreativiti

pelajar (Azizi Jaafar, 2009). Bagi menggalakkan pemikiran kreatif, suasana bilik

darjah yang selesa perlu disediakan. Oleh itu, terdapat berbagai-bagai cara

penyusunan bilik darjah yang akan mencerminkan gaya pengajaran kita sebagai

guru.

Antara cara penyusunan bilik darjah menurut Choong (2008) ialah:

i. Gaya auditorium iaitu gaya penyusunan tradisional di mana murid-murid

duduk menghadap guru.

ii. Gaya bersemuka iaitu gaya murid-murid duduk menghadap satu sama lain di

dalam kumpulan seramai enam atau lapan orang.

iii. Gaya Off-set memerlukan tiga atau empat orang murid-murid duduk pada

meja tetapi tidak menghadap sesama mereka.

iv. Gaya seminar iaitu kumpulan murid-murid yang terdiri daripada 10 atau lebih

orang duduk dalam bulatan, segiempat sama atau berbentuk-U.

v. Gaya Kluster terdiri daripada 4 hingga 8 orang murid duduk dalam kumpulan

yang dekat dan rapat (L 1).

c) Aspek komuniti pembelajaran


EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 2
Secara amnya, komuniti memfokuskan sekumpulan manusia yang belajar

bersama dalam persekitaran selesa untuk menggalakkan aktiviti berdialog, maklum

balas, refleksi dan penurunan kuasa. Menurut Choong (2008), ciri-ciri komuniti

pembelajaran merangkumi kolaborasi sesama murid melalui pembelajaran koperatif,

penglibatan murid-murid dalam pengalaman berkolaborasi bersama rakan sebaya

mereka, sumber jaringan sokongan akademik dan sosial dan yang terakhir fokus

kepada pembinaan pengetahuan dan hasil pembelajaran. Menurut McMilan dan

Cavis (1986) pula komuniti mempunyai 4 ciri iaitu keahlian, pengaruh, memenuhi

keperluan individu dan berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan (Noriati,

Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009)

3.1.2 Teori Ekologi Bronfenbrenner

Aspek komuniti pembelajaran sering dikaitkan dengan Teori Ekologi (2004)

Bronfenbrenner. Menurut Mok Soon Sang (2008), teori ini memfokuskan kepada

pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap perkembangan individu dari lahir

hingga dewasa. Terdapat lima sistem ekologi di dalam teori ini iaitu:

a) Mikrosistem

b) Mesosistem

c) Ekosistem

d) Makrosistem

e) Kronosistem (L 2)

Melalui teori Ekologikal Bronfenbrenner, kita dapat menilai dan mengkaji setiap

implikasinya kepada pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Mok Soon Sang

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 3


(2008) menyatakan bahawa peranan-peranan komuniti dan sosiobudaya serta

kedudukan sosioekonomi perlu dikenalpasti kerana ia dapat mempengaruhi

perkembangan kanak-kanak.

3.1.3 Pengalaman Belajar Kanak-Kanak

Pengalaman langsung merupakan belajar melalui proses membuat, mengalami

atau melalui sendiri apa yang hendak dipelajari (Noriati, Boon dan Sharifah

Fakhriah, 2009). Ia berpegang pada prinsip pembelajaran eksperiential John Holt

(1995). Pengalaman langsung boleh dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu belajar

dengan sendiri dan belajar melalui pengajaran guru. Guru bertanggungjawab

mengurus pengalaman langsung dan membuat perancangan rapi hasil penilaian

kendiri pengajarannya (Choong, 2008).

3.2 PERANAN DAN KEPENTINGAN MAIN DALAM PEMBELAJARAN MURID-

MURID

3.2.1 Konsep Main

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 4


Sebagai bakal guru, pernahkah kita terfikir bahawa kanak-kanak amat

memerlukan main dalam perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif. Menurut

Choong (2008), main merujuk kepada sesuatu aktiviti yang bermotivasi intrinsik

serta menyeronokkan kepada individu yang berkenaan. Kamus Webster dalam

Choong (2008) pula menyatakan konsep main sebagai pergerakan laju dan

berubah- ubah sebagai contoh, kanak-kanak berpura-pura menjadi jet pejuang,

kereta lumba. Konsep kedua menyatakan main peranan adalah satu watak sebagai

contoh kanak-kanak berpura-pura menjadi seorang guru, emak, dan sebagainya.

Main juga sebagai rekacipta sesuatu iaitu kanak-kanak mencipta kreativiti mereka

dengan bermain susunan blok. Main juga dikonsepkan sebagai senaman sebagai

contoh bermain ting-ting, konda-kondi dan sebagainya. Ia mencipta keseronokan

atau gurauan seperti permainan sorok-sorok, permainan lari ikat kaki, dan

sebagainya.

Bermain juga mempunyai tiga konsep iaitu main bebas, main terkawal, dan

main terarah (Azizi Jaafar, 2009). Menurut Noriati, Boon, Sharifah Fakhriah (2009),

main adalah simbolik, bermakna, menyeronokkan, sukarela dan bermotivasi

intrinsik, berperaturan dan berbentuk episodik (Fromberg,1987). Main juga ialah

sukarela, penglibatan dan pergerakan fizikal aktif serta kualiti yang melibatkan

imaginasi (Pellegrini,1995).

3.2.2 Kepentingan Main Dalam Pembelajaran

Terdapat tiga aspek yang dilihat dalam mengkaji kepentingan bermain kepada

kanak-kanak iaitu aspek perkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal.

a) Perkembangan Intelek

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 5


Melalui perkembangan intelek, kanak-kanak dapat mengetahui tahap

keupayaan, kesediaan dan kecerdasan untuk belajar. Kanak-kanak juga akan

mempelajari dan mengetahui pelbagai kemahiran sekaligus dapat membantu

mereka berfikir dengan lebih kreatif dan logik. Mereka juga dapat menambahkan

maklumat tambahan ke dalam minda dan akan mengembangkan potensi pemikiran

kanak-kanak dalam mendedahkan mereka cara menyelesaikan masalah.

b) Perkembangan Sosioemosi

Bermain sangat penting dalam memupuk interaksi kanak-kanak dengan rakan-

rakan mereka, guru-guru dan orang-orang di sekeliling mereka termasuklah dengan

ibu bapa. Menurut teori instinct (naluri), alam kanak-kanak merupakan tempoh

persediaan diri untuk ke alam dewasa (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009).

Mereka akan dapat mengenali dan mengetahui bahawa emosi seseorang mungin

berbeza mengikut situasi tertentu dan tahu bagaimana cara untuk mengawal emosi

tersebut. Bermain juga dapat meningkatkan keyakinan dan keberanian diri kanak-

kanak supaya tidak malu untuk bersosial dengan orang lain.

c) Perkembangan Fizikal

Kanak-kanak perlu mengutamakan kesihatan dan keselamatan mereka

semasa bermain. Pendedahan kepada permainan dalaman (indoor game) dan

permainan luaran (outdoor game) perlu diterapkan agar mereka sentiasa diberi

peluang untuk menyertai dan menunjukkan bakat yang terpendam. Melalu bermain,

kemahiran psikomotor dapat dibina dan ia juga dapat meningkatkan kemahiran

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 6


motor halus dan koordinasi mata-tangan serta dapat mengeluarkan perasaan takut

dan bimbang kepada peringkat sedar (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009).

3.2.3 Kategori main

Menurut Choong (2008) dan Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah (2009),

main dapat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu permainan sosial dan

permainan kognitif.

3.2.3.1 Main sosial

Mildred Parten (1932) telah mengkategorikan main sosial kepada enam

peringkat dan empat daripadanya ialah Main Unoccupied iaitu kanak-kanak tidak

bermain apa-apa alatan atau dengan sesiapa pun. Mereka hanya memerhati tanpa

melakukan sesuatu. Main Solitary iaitu kanak-kanak main secara perseorangan.

Mereka bermain tidak melibatkan orang lain yang berhampiran dengannya. Ini

bermakna, kanak-kanak akan mengabaikan apa yang dilakukan kanak-kanak lain

yang ada dalam bilik yang sama.

Main Onlooker iaitu kanak-kanak memerhatikan kanak-kanak lain bermain

tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan. Main Parallel iaitu kanak-kanak

bermain sendirian tetapi menggunakan cara dan alatan yang sama. Walaupun

mereka berkongsi alat permainan tetapi mereka bermain sendiri-sendiri (L 3).

3.2.3.2 Main Kognitif

Terdapat tiga peringkat dan kategori main menurut Piaget (1962) iaitu Main

Latihan yang melibatkan daya motor untuk meneroka rupa bentuk objek dan cuba

memahami apa yang boleh dibuat dengan objek berkenaan. Main Simbolik

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 7


melibatkan kanak-kanak menukar sesuatu objek kepada sesuatu yang lain. Main

yang berperaturan di mana kanak-kanak menggunakan peraturan bagi aktiviti main

mereka.

Menurut Choong (2008) pula, terdapat lima jenis main kognitif iaitu main

fungsian, main konstruktif, main fantasi, main dramatik dan mainan yang

berperaturan (L 4).

3.2.4 Ciri-Ciri Main

Antara ciri-ciri main ialah :

I. Motivasi intrinsik. Ia tidak bergantung kepada ganjaran untuk bermain. Kanak-

kanak suka bermain kerana keseronokan yang dialami.

II. Fokus kepada fungsi. Kanak-kanak bermain dengan menitikberatkan unsur

kegunaan aktiviti main.

III. Penglibatan yang aktif. Kesemua deria dimanfaatkan dalam proses

pembelajaran dan juga ketika mereka bermain.

IV. Bebas untuk memilih. Kanak-kanak berhak memilih jenis permainan yang

mereka suka untuk belajar dan meneroka persekitaran. Main ialah pilihan dan

rekaan kanak-kanak (Garvey, 1991 dalam Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah,

2009).

V. Tidak bermatlamat. Kanak-kanak agak sukar menyatakan tujuan mereka

bermain sesuatu permainan itu.

VI. Mempunyai kesinambungan. Kanak-kanak biasanya terlalu khusyuk bermain

hingga “lupa diri” dan perlu diingatkan untuk makan, mandi dan sebagainya.
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 8
VII. Penerokaan. Kanak-kanak akan meneroka setiap permainan dan proses,

resos, rakan. ia sesuatu yang baharu dan masing-masing mempunyai

kelainannya.

3.3 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS

Teori ini mengutamakan kemahiran berkaitan fizikal. Ini kerana tokoh-tokoh

behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu perubahan dalam

tingkah laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Terdapat dua prinsip

yang dikemukakan dalam teori ini iaitu prinsip pelaziman klasik dan prinsip

pelaziman operan.

3.3.1 Pelaziman Klasik

3.3.1.1 Tokoh Ivan Pavlov (1849-1936)

Kajian Pavlov terhadap prinsip pelaziman klasik berfokus kepada pengeluaran

air liur anjing. Beliau menjalankan eksperimen dengan melatih anjing mengeluarkan

air liur apabila kedengaran bunyi loceng (konsep rangsangan dan gerakbalas).

Hasilnya, Pavlov berpendapat pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara

rangsangan dengan gerak balas. Pavlov menambah lagi, pembelajaran yang

berlaku melalui perkaitan ini dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku

akibat dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Menurut Noriati, Boon
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 9
dan Sharifah Fakhriah(2009), pelaziman klasik merupakan satu bentuk

pembelajaran perkaitan melibatkan rangsangan neutral berkait dengan rangsangan

semula jadi dan menghasilkan gerak balas yang serupa.

Selain mengemukakan konsep rangsangan dan gerak balas, Pavlov juga

mengemukakan konsep generalisasi, diskriminasi dan penghapusan yang boleh

diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.3.1.2 Tokoh J.B. Watson (1978-1958)

Kajian Watson pula banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov

dan berasaskan tingkahlaku haiwan. Eksperimen beliau dikenali sebagai Model

Pelaziman Klasik Watson yang menggunakan seorang bayi berumur 9 bulan

bernama Albert dan seekor tikus putih. Albert pada mulanya tidak menunjukkan

perasaan takut pada tikus itu tetapi apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan apabila

Albert mendekati tikus tersebut, dia mula menjadi takut. Situasi ini diulangi beberapa

kali sehingga menimbulkan perasaan takut Albert kepada tikus tersebut. Hasilnya,

Albert telah mempelajari tingkah laku takut kepada semua benda putih yang berbulu.

Menurut Watson, tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu gerak

balas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Selain tingkah laku, Watson

turut menjalankan kajian terhadap pembelajaran emosi manusia. Menurut beliau,

manusia mewarisi tiga jenis emosi semula jadi iaitu takut, marah dan kasih sayang.

Emosi manusia atau perubahannya dipelajari melalui proses pelaziman.

3.3.2 Pelaziman Operan

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 10


Dikenali sebagai pelaziman instrumental yang merupakan satu bentuk

pembelajaran yang melibatkan kesan akibat tingkah laku seterusnya diulangi,

diteruskan atau dihentikan (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009).

3.3.2.1 Tokoh E.L. Thorndike (1874-1949)

Kajian tentang tingkah laku haiwan. Teori Pelaziman Operan Thorndike turut

dikenali sebagai teori cuba-jaya. Melalui kajiannya, seekor kucing dimasukkan ke

dalam sebuah sangkar dengan makanan diletakkan di luarnya, beliau mendapati

kucing tersebut telah melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar.

Pembelajaran ini dikenali sebagai pembelajaran “cuba jaya”. Melalui pembelajaran

ini, kucing tersebut melakukan pelbagai reaksi sehingga terpijak selak pintu dan

sangkar itu terbuka. Kucing tersebut akan keluar untuk mendapatkan makanan.

Apabila dimasukkan ke dalam sangkar semula, kucing tersebut melakukan lagi

beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar tersebut.

Perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas ini mewakili konsep

pembelajaran. Perhubungan ini berlaku berdasarkan bilangan kali latihan, keadaan

kesediaan individu dan keberkesanan latihan. Thorndike menyarankan,

pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu, yang disebut sebagai hukum

pembelajaran yang terbahagi kepada tiga iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan

hukum kesan. Mook Soon Sang (2002) mentakrifkan Hukum Kesediaan sebagai

keupayaan persiapan individu di dalam kendirinya untuk memulakan sesuatu aktiviti

pembelajaran. Menurut beliau, Hukum Latihan menyatakan bahawa semakin banyak

latihan yang tertentu dijalankan, semakin kukuh ikatan atau asosiasi gerak balas

yang tertentu dengan rangsangan yang berkaitan.

3.3.2.2 Tokoh B.F. Skinner (1904-1990)


EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 11
Beliau mengutarakan juga Teori Pelaziman Operan. Kajian dijalankan

menggunakan Kotak Skinner. Seekor tikus yang sedang melompat-lompat di

sekeliling kotak tiba-tiba tertekan butang yang akan mengeluarkan seketul makanan.

Tanpa membuang masa tikus itu akan mengulangi menekan butang tersebut untuk

mendapatkan makanan.

Menurut pendapat Amir Awang (1986), mengikut Pelaziman Klasik, murid

akan menjadi pasif kerana ganjaran diberikan kepadanya bukan atas usahanya

mendapatkan ganjaran tersebut. Manakala mengikut Pelaziman Operan, pelajar

bertindak aktif kerana ganjaran diperoleh dengan cara berusaha sendiri.Skinner

memperkenalkan lima jenis proses Teori Pelaziman Operan iaitu peneguhan positif,

peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan. Menurut beliau,

dalam teori pelaziman operan, gerak balas boleh diulangi atau dihapuskan jika

diberikan peneguhan sejurus selepas gerak balas ditunjukkan.

3.3.3 Implikasi Teori Behavioris Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Teori ini menekankan peranan persekitaran dalam proses pembelajaran.

Matlamat yang spesifik perlu ditetapkan dan dinyatakan dengan jelas oleh guru

supaya ia boleh dicapai dengan berkesan. Di dalam setiap pembelajaran, guru perlu

menetapkan objektif khusus bagi setiap langkah pengajaran mereka. Guru juga

boleh menyusun aras kesukaran soalan-soalan supaya murid-murid berupaya

menyelesaikannya dengan betul (Lee Shok Mee, 1994). Oleh itu, mereka akan

menerima pengukuhan positif melalui soalan tersebut. Guru juga boleh

mengaplikasikan hukum kesediaan dengan mengaitkan pembelajaran baharu

dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Hukum latihan juga boleh dilakukan dengan

memberi banyak latihan dan pengulangan.

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 12


3.4 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

Teori ini menekankan kepada proses mental kanak-kanak. Teori ini juga

berasaskan prinsip pembelajaran kognitif yang menerangkan bagaimana pelajar

menerima, memproses, menyimpan dan mencari maklumat dalam memori (Ertmer &

Newby, 1993).

3.4.1 Teori Pembelajaran Gestalt

Pengasas psikologi gestalt, Wolfgang Kohler mengemukakan Teori

Pembelajaran Celik Akal yang mengkaji seekor cimpanzi bernama Sultan. Celik akal

bermaksud penyelesaian masalah yang berlaku mendadak dan lengkap. Individu

memerlukan masa untuk berfikir kerana dia perlu melihat unsur-unsur berkaitan di

dalam persekitarannya dan mengaitkannya dengan pengalaman lepas. Pandangan

beliau lebih bertumpu pada tingkah laku yang boleh diperhatikan prinsip yang

berkaitan dengan organisasi persepsi dan penanggapan manusia.

Dalam kajiannya, seekor cimpanzi diletakkan ke dalam sangkar. Di luar

sangkar terdapat sebiji pisang dan beberapa batang buluh yang panjangnya

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 13


berbeza. Sultan menggunakan buluh tersebut untuk mendapatkan pisang tetapi

gagal. Sultan diam seketika, memikirkan cara untuk menyelesaikan masalahnya.

Tiba-tiba dia mendapat idea. Di saat tercetusnya idea itulah yang dikenali sebagai

celik akal. Dia mengambil buluh pendek dan menggunakannya untuk mendapat

buluh panjang dan seterusnya menggunakannya untuk mengambil pisang.

3.4.2 Teori Pembelajaran Penerimaan Ausuble

Teori ini dipelopori oleh David Ausuble (1918-2008). Menurut Kamarudin

(1993), teori ini berfokuskan kepada penguasaan maklumat melalui bahasa yang

bermakna. Aspek yang penting di dalam teori ini ialah Advance Organizer yang

merupakan unit pengajaran yang digunakan sebelum mengajar satu topik baru.

Ausuble berpendapat bahawa manusia memperoleh ilmu kebanyakannya

dalam bentuk pembelajaran resepsi yang dikenali sebagai Model Pembelajaran

Ekspositori. Model ini menekankan keterangan bahan pembelajaran guru dalam

bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan mengikut urutan lengkap.

Penyusunan awal (Advance organizer) terbahagi kepada beberapa jenis iaitu

ekspositori yang memerihalkan bahan, comparative yang membina kaitan luaran

dengan pengetahuan sedia ada, sesuai dengan maklumat baru dan naratif yang

mempersembah bahan baru dalam bentuk cerita. Kaedah ini dapat memudahkan

pembelajaran dari aspek pemahaman, maklumat lengkap dan mengingat kembali.

Ausuble mencadangkan kepada guru supaya menggunakan pembelajaran resepsi

(penerimaan) dan penyusunan awal dalam setiap pengajaran mereka.

3.4.3 Teori Pembelajaran Bruner

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 14


Jerome S.Bruner (1915 hingga kini) mengemukakan perkembangan mental

manusia kepada 3 tahap iaitu peringkat enaktif, berasaskan perlakuan (0-2 tahun),

peringkat ikonik, berasaskan imejan (2-4 tahun) dan peringkat simbolik, berasaskan

bahasa (5-7 tahun). Bruner menghuraikan enam ciri perkembangan kognitif iaitu

keupayaan kawalan emosi, keupayaan menyerapkan peristiwa, keupayaan

penggunaan perkataan dan simbol, pertambahan aktiviti tindak balas, penggunaan

bahasa dan keupayaan menghadapi berbagai situasi. Pembelajaran teori penemuan

ini merujuk kepada bagaimana kita membezakan dan mengkategori benda atau

perkara yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Pembelajaran penemuan merupakan

pembelajaran dalam bentuk inkuiri yang melibatkan situasi penyelesaian masalah

yang dilalui sendiri oleh pelajar (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009).

3.4.4 Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap pengajaran dan

pembelajaran

Guru hendaklah menjadi fasilitator semasa mengajar. Mereka perlu menyusun

maklumat yang ingin disampaikan supaya murid dapat mengaitkan konsep baru

dengan pengetahuan yang sedia ada. Aktiviti dan alatan yang sesuai perlu

dibekalkan kepada murid-murid mengikut tahap kebolehan mereka. Selain itu, guru

perlu mengenalpasti murid-murid yang berada pada mod pembelajaran berbeza

sama ada enaktif, ikonik atau simbolik.

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 15


3.5 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS

Menurut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah (2009), konstruktivis bermaksud

pembinaan pengetahuan. Individu sentiasa membina pengetahuan sendiri

berasaskan premis pengetahuan atau pengalaman sedia ada kepada pengetahuan

dan pengalaman baru. Teori ini terbahagi kepada dua jenis iaitu kognitif dan sosial.

3.5.1 Teori Konstruktivis Kognitif

Teori ini dipelopori oleh Jean Piaget (1896-1980) dan menurut beliau di dalam

Choong (2008), struktur kognitif kanak-kanak semakin kompleks selaras dengan

perkembangan yang dilalui. Sesuatu organisma untuk menyesuaikan diri (adaptasi)

dengan persekitaran dikaji oleh Piaget dan hasilnya, terdapat dua proses membuat

adaptasi iaitu asimilasi dan akomodasi. Proses asimilasi adalah proses

mengintegrasi maklumat atau pengalaman baru ke dalam skema sedia ada dan

akomodasi pula ialah proses mengubah struktur kognitif untuk menerima sesuatu

daripada persekitaran.

Berdasarkan pemerhatian dan kajian Piaget, beliau mendapati perkembangan

kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu

peringkat sensorimotor (lahir-2 tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11

tahun) dan peringkat operasi formal (11 tahun ke atas). Pada peringkat operasi

konkrit, pembelajaran berkesan bergantung kepada objek-objek konkrit dan

pengalaman secara langsung.

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 16


3.5.2 Teori Konstruktivis Sosial

Teori ini menekankan hubungan dan bimbingan orang lain ke atas

pembelajaran individu. Lev Vygotsky adalah pelopor teori ini dan beliau berpendapat

bahawa pembelajaran dapat berlaku melalui bermain, penyampaian formal atau

kerjasama antara pelajar dengan pelajar yang lebih berpengalaman. Persekitaran

yang kondusif dapat memberikan mereka peluang untuk memanipulasi objek sedia

ada dan guru perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dalam proses pembinaan

pembelajaran murid-murid kita.

3.5.2.1 Zon Perkembangan Terdekat

Zon Perkembangan Terdekat (ZPD) merujuk kepada tugasan pembelajaran

yang sukar dilakukan sendiri oleh pelajar, tetapi dapat menguasainya dengan

bimbingan orang lain yang lebih mahir (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009).

Teknik scaffolding dapat membantu pelajar menguasai isi pelajaran mengikut

kemampuan mereka. Teknik yang digunakan untuk scaffolding ialah soal jawab,

penjelasan verbal, prompting dan cueing.

3.5.3 Implikasi Teori Konstruktivis terhadap pengajaran dan pembelajaran

Sebagai guru, kita perlulah membuat perancangan dan melaksanakan strategi-

strategi pengajaran untuk mengajar serta mengambil kira keupayaan pelajar kerana

pembelajaran kini lebih berpusatkan pelajar itu sendiri. Teknik Zon Perkembangan

Terdekat harus digunakan untuk memastikan pembelajaran berkesan berlaku. Guru

perlu mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar di samping penerangan yang

jelas, selaras dengan pemikiran dan laras bahasa pelajar.

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 17


3.6 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Menurut Choong (2008), teori ini berfokuskan kepada pembelajaran yang

berlaku dalam konteks sosial dengan memberi pertimbangan kepada bagaimana

kita belajar sesama kita melalui pembelajaran pemerhatian.

3.6.1 Teori Pembelajaran Pemerhatian

Albert bandura (1925 hingga kini) adalah pakar psikologi yang menghubungkan

pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan. Kajian dilakukan ke atas kanak-

kanak apabila mereka menonton video orang dewasa memukul, mengetuk,

menendang dan duduk di atas patung Bobo sambil menjerit “sockeroo!”. Kemudian,

mereka pergi ke bilik permainan yang terdapat patung Bobo dan mula menunjukkan

aksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton tadi. Bandura menamakan

situasi ini sebagai pembelajaran pemerhatian.

Proses peniruan mempunyai empat langkah tertentu iaitu pemerhatian,

penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Menurut Choong (2008), manusia belajar

melalui pemerhatian atas tingkahlaku orang lain dan hasil tingkahlaku tersebut.

3.6.2 Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Terhadap Pengajaran dan

Pembelajaran

Murid-murid perlu diberi peluang untuk memerhati dan meniru pelbagai jenis

model yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Sebagai guru, kita perlu menjadi

contoh yang baik untuk mereka teladani. Selain itu, persekitaran sosial yang

kondusif perlu disediakan agar tingkahlaku yang baik dapat diterapkan dalam

kalangan murid-murid. Daripada pemerhatian dan peniruan ini, murid-murid dapat

mempelajari sesuatu dengan mudah dan ringkas.

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 18


3.7 PENDEKATAN HUMANIS

Menurut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah (2009), pendekatan ini melihat

pelajar sebagai insan berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan

berkembang. Menurut Choong (2008) pula, pendekatan ini menumpukan kepada

perkembangan konsep kendiri, motivasi intrinsik dan kesedaran kendiri murid-murid.

3.7.1 Teori Pembelajaran Eksperiental

Carl Rogers (1902-1987), pelopor teori ini menganggap manusia pada

dasarnya baik dan bermotivasi tinggi untuk mencapai potensi diri. Beliau juga

percaya bahawa setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar.

Teori pembelajaran eksperiental mengutamakan pelajar terlibat secara langsung

dalam proses pembelajaran. Rogers mengkategorikan teori ini kepada dua bahagian

iaitu pembelajaran kognitif yang mementingkan akademik semata dan pembelajaran

pengalaman yang melibatkan aplikasi pengetahuan. Apabila pelajar berada pada

tahap ancaman rendah, kadar pembelajaran menjadi lebih pantas kerana

pembelajaran tersebut atas usaha mereka sendiri.

3.7.2 Teori Hirarki Keperluan Maslow

Abraham Harold Maslow (1908-1970), menghasilkan peringkat keperluan

manusia untuk mencapai potensi diri masing-masing. Peringkat keperluan ini pula
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 19
terbahagi kepada dua bahagian iaitu keperluan kekurangan dan keperluan

perkembangan. Di dalam keperluan kekurangan terdapat keperluan fisiologi,

keselamatan, kasih sayang dan penghargaan yang perlu dicapai agar pelajar terus

bermotivasi ke arah pencapaian yang lebih tinggi. Dalam keperluan perkembangan

pula, pencapaian intelek, estetika dan penyempurnaan kendiri akan dicapai apabila

keperluan kekurangan dipenuhi. Kita akan berusaha merealisasikan kebolehan kita

agar menjadi manusia yang sempurna.

3.7.3 Implikasi Pendekatan Humanis Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Guru perlu memenuhi keperluan asas murid-muridnya dahulu sebelum

memulakan pengajaran. Kenalpasti setiap kekurangan keperluan asas semasa awal

sesi pengajaran. Peruntukkanlah sedikit masa untuk melakukannya. Guru hendaklah

menerima murid tanpa syarat mengikut keupayaan dan kebolehan mereka. Menurut

Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah (2009), guru hendaklah melayani individu

pelajar sebagai insan, membentuk individu pelajar mengikut potensi masing-masing

dan menyediakan mereka untuk menghadapi zaman dewasa kelak.

4.0 RINGKASAN RENCANA

Bidang sains mendapat perhatian tertinggi dan dianggap bidang yang mampu

“mengekalkan pembangunan ekonomi, memperbaiki mutu hidup dan keselamatan

negara (Dasar Sains Negara)”.

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 20


Sebilangan ibu bapa beranggapan bahawa bidang sains adalah ‘sukar’.

Buktinya, laporan Kajian Kesedaran Awam (2004) menunjukkan 42.3% rakyat

Malaysia berpendapat bahawa bidang sains adalah satu mata pelajaran yang sukar.

“Sukar untuk lulus” atau “sukar untuk difahami”? Bentuk kesukaran ini wajar

dibincangkan dan fokus perlu diberikan kepada bidang sains yang “sukar untuk

difahami” kerana ia mungkin berlaku kesan dari kelemahan kaedah pengajaran dan

pembelajarannya. Buktinya, laporan Kajian Kesedaran Awam (2004) mendapati

32.4% rakyat Malaysia menganggap sains dan teknologi adalah “terlalu akademik”.

Antara kelemahan-kelemahan yang menyebabkan pengajaran dan

pembelajaran sains gagal menarik minat pelajar terutamanya Melayu ialah

kekurangan kemudahan atau bahan bantu mengajar yang tidak menarik. Selain itu,

ia dikaitkan juga dengan bahasa pengantar yang digunakan guru untuk mengajar

tidak begitu lancar kerana kelemahan menguasai bahasa Inggeris dalam kalangan

guru dan pelajar. Pelajar perlu diberi peluang berinteraksi dan memberi maklum

balas ketika sesi pembelajaran, jika tidak mereka akan bosan kerana kaedah

pengajaran yang sama dilakukan setiap kali pengajaran dan pembelajaran

dijalankan.

Satu revolusi perlu dilakukan untuk mengubah kaedah pengajaran dan

pembelajaran sains. Interaksi perlu diwujudkan antara pelajar dengan persekitaran,

guru-guru dan rakan sekelas. Pembelajaran guru digalakkan untuk meneroka

persekitaran dan tidak berpusatkan bilik darjah semata. Pelajar juga perlu diberi

tugasan berkumpulan dan membentangkan hasil tugasan mereka. Ini menggalakkan

daya cipta pelajar dan membina keyakinan diri mereka.

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 21


K.T. Compton menyatakan sains merupakan “sikap ingin tahu, pemerhatian

dan penaakulan mengenai dunia ini”. Perhubungan dengan alam persekitaran akan

merangsang deria pelajar dan pembelajaran sains akan lebih menarik.

5.0 HURAIAN APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN DALAM PROSES

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TAJUK RENCANA

“ Pengajaran dan Pembelajaran Sains yang Menarik” oleh Azrina Binti Sobian.

Dewasa ini, pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran sains amat

dititikberatkan. Hal ini kerana, pembelajaran yang menarik terutamanya dengan

teknologi masa kini dapat membantu pelajar lebih memahami konsep pembelajaran

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 22


sains dengan mudah dan kaedah yang digunakan kini selaras dengan teori

pembelajaran yang dikemukakan oleh ramai pakar psikologi dunia.

Walaubagaimanapun, para pelajar kini sering menganggap bidang sains itu

sukar dan laporan Kajian Kesedaran Awam menunjukkan 42.3% rakyat Malaysia

berpendapat bahawa bidang sains ini adalah bidang yang sukar. Di dalam

memahami konsep alam belajar, seseorang individu itu perlu menjadikan sains

sebagai aset untuk mempercepat perkembangan, keupayaan, kebolehan menguasai

sesuatu yang pada akhirnya membawa kepada perubahan tingkahlaku mereka.

Dengan itu, barulah mereka dapat mengaplikasikan bidang sains dengan konsep

alam belajar seterusnya menjadikan sains itu sebahagian daripada hidup mereka.

Sebagai guru, kita perlulah sentiasa memperbaiki kaedah pengajaran dan

pembelajaran kita kerana ada kemungkinan kaedah pengajaran yang kita gunakan

dalam mengajar mata pelajaran sains kurang menarik dan sekaligus mematikan

minat pelajar untuk memahaminya. Guru perlu pandai mengaplikasikan

pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada pelajar dan sentiasa mengaitkan

bidang sains ini dengan situasi sebenar pelajar. Dengan itu, pasti mereka akan lebih

memahami dan meneroka sendiri ilmu sains dengan menyeronokkan. Apa yang kita

faham melalui pembelajaran yang menyeronokkan? Pasti ia berkaitan dengan

konsep main ketika belajar. Buktinya, menurut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah,

bermain merupakan satu pendekatan terancang dan berstruktur bagi memberi

peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menyeronokkan, bebas dan

selamat kerana ia meliputi aktiviti yang memberikan kegembiraan kepada mereka.

Seperti apa yang kita pelajari dalam teori konstruktivisme, setiap individu itu

perlu sentiasa membina pengetahuan sendiri melalui pengalaman sedia ada kepada

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 23


pengetahuan baru. Pelbagai pendekatan pembelajaran perlu disediakan bagi

memberi peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang

dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan antara idea dan fakta yang

sedang dipelajari.

Kelemahan kaedah pengajaran dan pembelajaran sains yang paling ketara

sekali ialah bahan bantu mengajarnya yang tidak lengkap dan kurang menarik.

Selain itu, bahasa pengantar yang digunakan kemungkinan besar menjadi masalah

dalam penerimaan ilmu pelajar. Hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa

Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains (Utusan Malaysia

bertajuk memartabat BM, memantap BI). Kurangnya aktiviti maklum balas antara

pelajar di dalam kelas menjadikan pembelajaran sains tidak menyeronokkan dan

kaedah pengajaran yang sama setiap kali di dalam kelas pastinya menimbulkan

kebosanan. Ini bermakna, guru tidak menggunakan pendekatan Humanisme

terhadap pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru, kita hendaklah memberi

fokus kepada pelajar, bukannya subjek yang diajar. Guru perlu membuat

perancangan pengajaran dan mengambil kira minat, kecenderungan, kesediaan

belajar dan perbezaan individu untuk menjadikan pengajaran mereka lebih menarik

dan menyeronokkan.

Selain itu, berdasarkan Kajian Kesedaran Awam terhadap Sains dan Teknologi

(2004) mendapati bahawa 32.4% rakyat Malaysia menganggap pengajaran sains

adalah “terlalu akademik”. Sedangkan melalui rencana “Fail profil nilai potensi

pelajar” oleh Anuar Ahmad, beliau menyatakan bahawa jika dilihat dari pandangan

tokoh-tokoh pendidikan seperti Jerome Bruner, Jean Piaget dan Professor Paul

Hirst, mereka menolak penilaian akademik semata-mata kerana sistem ini akan

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 24


merosakkan konsep kendiri kanak-kanak. Begitu juga dengan tokoh psikologi

pendidikan seperti A.M Skinner, Maslow dan Erikson yang mencadangkan agar

kanak-kanak di peringkat pelajaran rendah perlu diberikan peluang untuk mendapat

sebanyak mungkin pengalaman pembelajaran dan tidak perlu dilakukan bentuk

penilaian yang terlalu akademik yang akan merosakkan sistem konsep kendiri

mereka.

Oleh itu, satu ‘revolusi’ perlu dilakukan untuk mengubah kaedah pengajaran

tersebut. Pembelajaran akan lebih menarik jika wujudnya ‘interaksi’ atau maklum

balas yang pelbagai melalui persekitaran mereka. Kenyataan ini benar sekali kerana

menurut Gagne (1916-2002) dalam teori pembelajaran kognitif, beliau lebih

menekankan pembelajaran melalui rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar

yang akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Gagne

menambah lagi, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka

panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-

pengalaman baru untuk memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Kaedah ini

mengalami proses pemindahan pembelajaran dan maklum balas yang perlu dibuat

sebagai pengukuhan untuk mentaksir perlakuan pembelajaran pelajar semasa sesi

pengajaran berjalan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran sains, amat wajar jika pelajar dibenarkan

untuk berinteraksi dengan persekitarannya, dengan guru, dan rakan-rakan sekelas.

Ini dapat membina perhubungan sosial yang baik dalam kalangan mereka. Selain

itu, terdapat juga teori pembelajaran sosial yang dapat diaplikasikan melalui interaksi

yang wujud dalam pembelajaran. Menurut Kamarudin (1993), teori ini menganggap

manusia sebagai makhluk yang aktif dan di dalam proses pembelajaran, pelajar

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 25


harus dapat belajar dalam situasi dan konteks sosial sebenar yang berupaya

memberi peluang mereka berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai. Kita juga

dapat mengaplikasikan prinsip-prinsip konstruktivisme yang menyatakan bahawa

pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain. Interaksi dan pengaruh

sosial dengan persekitaran murid-murid akan membawa kepada pemikiran aras

tinggi mereka.

Pelajar tidak seharusnya duduk di dalam kelas semata-mata. Mereka harus

digalakkan untuk meneroka persekitarannya. Apa yang penting, pembelajaran akan

lebih menarik jika murid-murid tidak hanya duduk di dalam kelas. Sebagai contoh,

guru boleh membenarkan pelajar mencari serangga dari taman di persekitaran

sekolah. Dengan itu, pelajar dapat mempelajari kemahiran meneroka persekitaran

yang menekankan kepada pembelajaran sains yang menyeronokkan dan bermakna.

Ini bererti, konsep bermain sekali lagi amat sesuai diaplikasikan serta diterapkan ke

dalam strategi pengajaran guru dalam mata pelajaran sains. Hal ini kerana,

pengertian main itu bukan sekadar berseronok, tetapi merupakan satu pendekatan

terancang untuk memberi peluang kepada pelajar belajar dalam suasana yang tidak

begitu formal, menyeronokkan, bebas dan selamat. Main dapat digolongkan kepada

empat aspek iaitu main sebagai kemajuan yang melihat main sebagai satu proses

belajar, main sebagai kuasa merujuk kepada pertandingan, main sebagai fantasi

yang berkait dengan kemajuan dan akhir sekali main yang mengutamakan kualiti

pengalaman main itu sendiri (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009). Hasil

daripada aktiviti main, pembelajaran sains akan menjadi lebih menarik kerana

pelajar dapat meneroka setiap aktiviti sains itu melalui aktiviti bermain.

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 26


Menurut rencana lagi, tugasan secara berkumpulan perlu diberikan agar

pelajar dapat membina hubungan baik dengan rakan dan juga membina keyakinan

diri mereka apabila guru meminta mereka membentangkan tugasan tersebut di

hadapan kelas. Melalui tugasan berkumpulan itu, guru dapat mengenalpasti dan

memberi perhatian kepada pelajar yang dapat memberikan maklum balas yang baik

ataupun tidak. Hal ini selaras dengan implikasi pendekatan humanis yang kita telah

fahami bahawa pembelajaran guru fokus kepada pelajar, bukannya subjek. Setiap

pemilihan tugasan pembelajaran dapat merangsang minat dan naluri ingin tahu

dalam kalangan murid-murid dan aktiviti memberi tugasan secara berkumpulan akan

dapat memberi impak kepada mereka sekaligus dapat memotivasikan diri mereka

untuk belajar dan meminati bidang sains.

Oleh itu, pandangan melalui rencana berpendapat bahawa penekanan

terhadap perhubungan atau maklum balas dalam pembelajaran sains adalah sangat

penting. Ini selaras dengan konsep komuniti pembelajaran dalam teori behavioris

yang merujuk kepada sekumpulan manusia yang belajar bersama-sama dalam satu

persekitaran yang selamat dan disertai dengan dialog, maklum balas, refleksi dan

penurunan kuasa (Choong,2008). Tugasan berkumpulan akan dapat mewujudkan

kolaborasi sesama pelajar melalui pembelajaran koperatif.

Menurut rencana lagi, K. T. Compton (seorang ahli fizik terkenal) menyatakan

bahawa sains merupakan “sikap ingin tahu, pemerhatian dan penaakulan mengenai

dunia ini”. Ini bermakna, pembelajaran sains amat mementingkan murid-muridnya

supaya berhubung dengan alam persekitaran untuk membentuk “sikap ingin tahu,

pemerhatian dan penaakulan” agar kemahiran ini dapat merangsang semua deria

mereka. Melalui penyataan tersebut, dapat kita merumuskan bahawa teori

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 27


pembelajaran sosial dan sosial kognitif dapat diaplikasikan dengan jelas. Buktinya,

dalam pembelajaran celik akal Kohler, beliau telah mengemukakan beberapa prinsip

dan salah satu daripadanya ialah konsep berfikir. Sikap ingin tahu murid-murid akan

merangsang mereka berfikir untuk mencari jawapan terhadap apa yang mereka

ingin ketahui. Sebagai contoh, dalam pembelajaran sains. Pastinya murid-murid

mempunyai sikap ingin tahu tentang bagaimana terjadinya gerhana bulan dan

gerhana matahari. Mereka pasti akan berfikir untuk mencari jawapan bagi persoalan

tersebut. Secara amnya menurut Bruner pula, konsep “mengetahui” adalah satu

proses. Apabila murid-murid diberi satu situasi yang agak kompleks, mereka akan

berusaha mencari penyelesaian.oleh itu, amat penting untuk guru merancang

aktiviti-aktiviti penemuan untuk murid-murid.

Bukan itu sahaja, melalui pembelajaran penemuan Bruner, ia dapat

menggalakkan murid-murid untuk menggunakan intuisi, imaginasi dan kreativiti

secara aktif (Choong, 2008). Pendekatan ini telah menggunakan penaakulan induktif

seperti yang dinyatakan oleh K. T. Compton di mana guru akan bermula dengan

sesuatu yang khusus kemudian berakhir dengan yang umum. Sebagai contoh,

dalam mata pelajaran Sains, guru memberi contoh-contoh haiwan yang hidup di

darat dan air, kemudian minta murid-murid pula memberikan contoh-contoh haiwan

yang lain berdasarkan contoh yang telah diberi oleh guru tersebut.

Seterusnya, menurut Bandura, manusia secara semulajadi belajar melalui

proses peniruan atau pemerhatian iaitu dengan cara melihat orang lain melakukan,

mendapat ganjaran daripada perlakuan atau melihat orang menerima hukuman

daripada perlakuan (Noriati, Boon, Sharifah Fakhriah, 2009). Penyataan K. T.

Compton yang menekankan proses pemerhatian dapat dibuktikan melalui penyataan

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 28


Bandura seperti di atas. Proses pemerhatian ini melibatkan individu melihat dan

meniru tingkahlaku orang lain. Sebagai contoh yang kita dapat lihat dengan jelas

melalui kajian Bandura ke atas kanak-kanak tadika. Kajian ini telah diterangkan

dalam huraian teori pembelajaran pemerhatian. Melalui pembelajaran pemerhatian,

terdapat tga bentuk peniruan menurut Bandura iaitu peniruan secara langsung,

peniruan sekat lakuan dan tak sekat lakuan serta peniruan elisitasi.

Oleh itu, amat wajar supaya kelemahan dalam kaedah pengajaran dan

pembelajaran diperbaiki agar tidak mematikan minat pelajar terhadap bidang sains

itu sendiri. Justeru itu, kreativiti guru sangat penting untuk memastikan suasana

pembelajaran sains yang menarik. Perubahan yang dapat dilihat kini ialah guru

banyak menggunakan teknologi maklumat dalam pembelajaran. Akan tetapi, guru

juga perlu berusaha untuk menghasilkan pelbagai kaedah pembelajaran yang

menarik melalui teknologi maklumat tersebut. Di dalam Teori Pembelajaran

Penerimaan Ausuble, beliau telah menghasilkan satu konsep penting dalam

pengajaran dan pembelajaran iaitu Advance Organizer (AO). Melalui AO, guru bukan

sahaja dapat mengaplikasikannya dalam kaedah pembelajaran menggunakan

teknologi maklumat, malah guru dapat memberi idea kepada murid-murid untuk

menghasilkan peta minda yang cantik dan kreatif di dalam buku kerja mereka.

Dengan itu, pembelajaran melalui teknologi maklumat akan lebih menarik dan

bermakna. Ausuble juga berpendapat pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui

penggunaan bahan yang bermakna.

Bukan itu sahaja, selain penggunaan teknologi maklumat, terdapat banyak lagi

kaedah lain untuk menarik minat murid-murid dalam mata pelajaran sains. Sokongan

daripada ibu bapa juga amat penting dalam membentuk minat anak-anak mereka

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 29


dalam bidang sains. Ibu bapa juga punya peranan tersendiri. Mereka boleh

membawa anak-anak mereka meneroka alam persekitaran. Melalui penerokaan itu,

ibu bapa boleh mengaplikasikannya dalam bidang sains dan dapat menyediakan

anak-anak mereka untuk menghadapi zaman dewasa kelak. Selain itu, melalui

penerokaan alam persekitaran juga, ibu bapa boleh menjadi role model seperti yang

dinyatakan oleh Albert Bandura melalui peniruan secara langsungnya. Sebagai

contoh, ibu bapa yang suka menanam bunga di rumah. Ibu bapa akan meletakkan

pasu bunga di luar rumah di tempat yang tanaman tersebut boleh mendapatkan air,

cahaya dan udara. Anak-anak mereka pasti akan melihat dan secara langsung

mereka akan mengikut tindakan ibu bapa mereka ketika hendak menanam pokok

dan mengaplikasikannya dalam mata pelajaran sains.

Kesimpulannya, dalam mendidik anak dan murid, sebagai guru dan ibu bapa,

kita perlu mendengar suara hati mereka. Telah menjadi fitrah kanak-kanak yang

sememangnya suka meneroka persekitaran mereka dan mempunyai sifat ingin tahu.

Oleh itu, guru perlu sentiasa memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran

mereka dan memahami jiwa dan fitrah kanak-kanak, jika tidak kegagalan demi

kegagalan akan kita temui.

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 30


6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan rencana Pengajaran dan Pembelajaran Sains yang Menarik oleh

Azrina Binti Sobian, terdapat beberapa cadangan dan penambahbaikan yang saya

rasa perlu dititikberatkan.

Pertama, untuk “mengekalkan pembangunan ekonomi, memperbaiki mutu

hidup dan keselamatan negara” sebagaimana yang dihasratkan oleh Dasar Sains

Negara, sebagai guru kita perlu prihatin dengan pelbagai usaha yang telah

dijalankan untuk mencapai hasrat tersebut. Adakah usaha kita agar bidang sains

diterima dalam kalangan murid selama ini mencukupi dan cukup berkesan? Pada

pandangan saya, ia belum mencukupi kerana hingga sekarang masih ramai lagi

murid-murid yang menghadapi masalah untuk memahami mata pelajaran tersebut.

Memandangkan pendidikan sains kini telah mengalami transformasi di mana bahasa

Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar, langkah yang terbaik bagi mengatasi

masalah ini ialah guru-guru sains perlu mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi

bahasa Inggeris. Ujian ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan mereka

dalam bahasa Inggeris.

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 31


Kedua, memandangkan jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar

bandar dalam mata pelajaran Sains semakin jauh, pihak kementerian Pelajaran

perlu lebih memberi perhatian terhadap sekolah luar bandar kerana besar

kemungkinan kawasan tersebut mengalami kekurangan kemudahan dari pelbagai

aspek. Keutamaan juga perlu diberikan kepada sekolah luar bandar dan pedalaman

untuk mendapatkan guru terbaik bagi memantapkan lagi penggunaan bahasa

Inggeris dalam kalangan murid-murid.

Seterusnya yang ketiga, dalam memperbaiki kelemahan kaedah pengajaran

dan pembelajaran sains, sebagai guru kita perlulah menyediakan bahan bantu

mengajar yang menarik dan dapat menarik minat murid-murid terhadap pengajaran

kita. Kaedah yang sesuai berdasarkan rencana ialah maklum balas yang pelbagai

perlu diwujudkan antara guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan

persekitarannya. Apa yang ingin saya nyatakan sebagai penambahbaikan ialah,

selain maklum balas dengan persekitaran, murid-murid juga digalakkan untuk

meneroka persekitaran sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Wolfgang Kohler

dalam pembelajaran celik akalnya bahawa kanak-kanak akan memahami konsep

berfikir dengan meneroka segala persoalan yang mereka hadapi dan sikap ingin

tahu ini akan menggalakkan lagi proses penerokaan dengan persekitaran.

Selain itu, untuk memastikan murid-murid tidak bosan dengan pengajaran

sains, cadangan kelima yang ingin saya nyatakan ialah guru perlu merancang

pengajaran mereka supaya lebih sistematik dan menarik. Tunjukkan bahan-bahan

pengajaran yang konkrit supaya mereka lebih faham dan penggunaan Advance

Organizer amat digalakkan bagi menambahkan lagi minat dan pemahaman mereka

dalam mata pelajaran sains. Penyediaan contoh yang banyak dan bahan sumber

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 32


yang bermakna dapat membantu murid membuat perkaitan dan membina

pemahaman baharu. Penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran pada

hari ini masih lagi diragukan sama ada kaedah ini dapat meningkatkan minat murid-

murid terhadap mata pelajaran sains atau tidak. Hal ini kerana, interaksi antara

murid dengan persekitaran tetap diperlukan supaya mata pelajaran sains dapat

menjadi sebahagian daripada hidup mereka.

Di dalam pengajaran dan pembelajaran sains, apa yang penting adalah kaedah

pengajaran yang berpusatkan murid. Justeru, saya bersetuju dengan rencana Azrina

Binti Sobian yang menyatakan bahawa murid-murid sepatutnya diberikan banyak

tugasan secara berkumpulan. Hasil tugasan kemudiannya akan dibentangkan di

hadapan kelas dan secara tidak langsung ia dapat memupuk keyakinan yang tinggi

dalam diri murid-murid. Memandangkan murid-murid belajar melalui proses yang

melibatkan berbagai aktiviti, maka guru hendaklah merancang pengajarannya

dengan teliti serta mengambil kira keupayaan murid-murid mereka. Sebagai

cadangan penambahbaikan yang seterusnya, saya mencadangkan agar guru

sentiasa menggunakan dua kategori peneguhan yang diperkenalkan oleh Skinner

iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Jika hasil tugasan yang mereka

bentangkan baik, berikan pujian dan penghargaan kerana tingkahlaku tersebut akan

diteruskan murid apabila tingkahlaku tersebut diikuti oleh rangsangan yang

menyenangkan. Itulah yang dinamakan peneguhan positif.

Peneguhan negatif pula diberikan sekiranya murid-murid melaksanakan

tugasan dengan sambil lewa. Guru boleh menghukum mereka agar di satu masa

nanti mereka tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi.

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 33


Sebagai penambahbaikan seterusnya, saya berpendapat bahawa bukan guru

sahaja yang perlu memainkan peranan, malahan murid-murid sendiri mempunyai

peranan masing-masing. Murid-murid yang sudah mampu menguasai dan

berkemahiran dalam sesuatu mata pelajaran, mereka bertanggungjawab mengajar

rakan-rakan lain yang masih belum dapat menguasai sesuatu kemahiran tersebut.

Dengan itu, mereka juga dapat membina perhubungan yang berkualiti dan gerak

kerja berkumpulan dapat diwujudkan sesama mereka. Melalui aktiviti sebegini,

mereka juga dapat berkongsi idea, mendapat pemahaman yang lebih jelas dan

mereka tidak malu untuk bertanyakan sesuatu masalah kerana kanak-kanak lebih

mudah berinteraksi dengan rakan yang sebaya dengan mereka.

Selain murid, ibu bapa juga turut mempunyai peranannya. Selain memberi

sokongan dan membawa anak mereka meneroka alam persekitaran, ibu bapa juga

perlu mewujudkan interaksi sosial antara anak-anak dengan masyarakat setemapat

kerana interaksi dan pengaruh sosial akan membawa kepada pemikiran aras tinggi

anak-anak mereka. Ibu bapa juga perlu menambahkan pengetahuan sedia ada

anak-anak mereka dalam segala aspek terutama dalam pembelajaran sains kerana

pengetahuan baharu yang bakal mereka terima bergantung kepada pengetahuan

sedia ada yang anak-anak mereka miliki. Justeru itu, interaksi sosial akan dapat

membantu dan menyokong pembelajaran anak-anak mereka dan melalui

pemahaman serta pengetahuan tersebut sekaligus dapat diaplikasikan ke dalam

kehidupan mereka kelak.

Kesimpulannya, sebagai guru, kita bukan sahaja perlu mendengar suara hati

murid-murid dan memahami fitrah mereka sebagai kanak-kanak, malahan kita juga

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 34


perlu sama-sama menyelami dunia mereka supaya setiap pengajaran yang kita

sampaikan akan bertambah menarik dan menyeronokkan.

7.0 REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjaya

menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek EDU 3103 Murid dan Alam Belajar ini.

Ketika pertama kali mendapat tugasan ini, saya kurang faham dengan

kehendak soalan tetapi setelah beberapa kali berjumpa dengan pensyarah

pembimbing iaitu Pn. Fadhilah Binti Aspar, beliau banyak memberi panduan dan

tunjuk ajar sehingga saya benar-benar faham apa yang dikehendaki soalan tugasan.

Saya berasa bersyukur kerana antara tajuk-tajuk yang perlu dihuraikan merupakan

tajuk pembentangan kumpulan saya di dalam kelas ketika kuliah dijalankan. Tajuk

tersebut ialah berkaitan teori-teori pembelajaran. Jadi, sedikit sebanyak ia dapat

membantu saya untuk lebih memahami konsep di dalam teori-teori pembelajaran.

Ketika memulakan tugasan ini, agak sukar juga untuk menjelaskan konsep

alam belajar dan pengajaran-pembelajaran walaupun banyak maklumat boleh

didapati di mana-mana sumber tetapi saya perlu menunjukkan keaslian hasil kajian

dan sokongan ilmiah. Begitu juga dengan penejlasan tentang kepentingan alam

belajar dalam perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Huraian daripada

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 35


teori-teori pembelajaran utama juga perlu dilaksanakan dan saya harus menjelaskan

implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Huraian utama yang dinyatakan perlulah jelas dan tepat. Pada pendapat saya,

ketiga-tiga tajuk ini mempunyai banyak fakta yang perlu diingat dan difahami. Saya

perlu memahami setiap isi dalam setiap tajuk agar mudah untuk melaksanakan

tugasan memandangkan tugasan menghendaki saya menghuraikan aplikasi teori

pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Apa yang lebih penting di sini, saya telah banyak menghabiskan masa di

perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Selain itu, saya telah dapat

mempelajari kemahiran menganalisis, membanding dan memapar data kajian

secara tersusun. Selain di perpustakaan, saya juga berusaha mencari maklumat

berkaitan melalui internet. Buktinya, saya mendapatkan artikel yang dipilih sebagai

huraian dalam tugasan melalui internet. Kaedah ini dapat menjimatkan masa

walaupun pemilihan artikel tidak harus dipandang ringan kerana artikel itulah yang

akan memberikan sedikit sebanyak maklumat dan penting yang dapat diaplikasikan

dengan ketiga-tiga tajuk yang dikehendaki.

Kemahiran menganalisis, membanding beza telah saya gunakan dalam

mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dengan artikel yang telah saya pilih. Ketika

inilah pemikiran yang tinggi dan kritikal perlu digunakan kerana terdapat banyak

teori-teori pembelajaran yang perlu difahami konsepnya dan ini membuatkan saya

agak keliru walaupun telah banyak membuat analisis berkaitan teori-teori ini.

Walaubagaimanapun, saya tetap juga berusaha mencari maklumat dan idea yang

bernas untuk menghasilkan penulisan laporan yang menunjukkan kefasihan bahasa,

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 36


kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal sebagaimana

yang dikehendaki oleh kriteria-kriteria tugasan yang baik.

Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, pelbagai halangan yang saya

rasakan mempengaruhi perjalanan saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan lebih

awal. Antaranya ialah penggunaan masa yang tidak teratur, terlalu biasa membuat

kerja lewat malam dan lebih gemar menghabiskan masa dengan kawan-kawan yang

lain. Justeru itu, saya mengambil inisiatif untuk menghabiskan masa sepanjang cuti

dengan berada di rumah menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah, saya berjaya juga

menyiapkan tugasan ini dengan lebih awal.

Melalui tugasan KKP ini, banyak kebaikan dan manfaat yang saya dapati ketika

menyiapkannya. Antaranya, ialah saya dapat menjelaskan konsep alam belajar

secara ringkas dan memahami kepentingan alam belajar dalam perkembangan dan

pembelajaran kanak-kanak. Selain itu, sedikit sebanyak saya juga dapat

membanding bezakan setiap teori pembelajaran yang telah dihuraikan dalam

tugasan. Ini menunjukkan bahawa objektif kerja kursus pendek ini telah pun

mencapai matlamatnya yang tersendiri. Sebagai buktinya, Alhamdulillah saya telah

dapat menghasilkan laporan kajian yang merangkumi aspek-aspek yang

dikehendaki.

Akhir sekali, saya amat berharap tugasan ini dapat memenuhi kriteria tugasan

yang baik dan apa yang paling penting ialah semoga segala pengetahuan yang saya

peroleh ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya sebagai bakal guru kelak.

Semoga tugasan ini juga dapat dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang

membacanya. Sekian, terima kasih.

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 37


10.0 BIBLIOGRAFI

Choong Lean Keow (2008). Murid dan Alam Belajar untuk Program Perguruan

Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Subang Jaya, Selangor:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin (1993). Pedagogi 3 Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah.

Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Lee Shok Mee (1994). Asas Pendidikan 2 Psikologi dalam Bilik darjah. Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2008). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Siri

Pendidikan Guru Murid dan Alam Belajar. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar.

Anuar Ahmad (2009). Fail Profil Nilai Potensi Pelajar:Utusan Malaysia. [Online].

Diperoleh:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0721&pub=Utusan_Mal

aysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm [2009, Julai 22].

ARKIB : 09/07/2009. [Online]. Diperoleh:

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 38


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia

&sec=Rencana&pg=re_01.htm [2009, Julai 22].

Azrina Binti Sobian (2009). Pengajaran dan Pembelajaran Sains yang Menarik:

Berita Harian [Online]. Diperoleh:

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?cmd=resetall&grp=2&key=1721&lg=1&opt

=com_article&sec= [2009 Julai 22].

Azizi Jaafar (2009). EDU 3103 Murid dan Alam Belajar. [Online]. Diperoleh:

http://mabjip.blogspot.com/2009/07/teori-pembelajaran.html [2009, Ogos 1].

Amir Awang. Pendekatan Kognitif. [Online]. Diperoleh:

http://www.scribd.com/doc/17064250/Pendekatan-Kognitif [2009, Julai 13].

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 39


11.0 LAMPIRAN

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR 40

You might also like