P. 1
murid dan alam belajar

murid dan alam belajar

1.0

|Views: 19,964|Likes:
Published by hagemaru
huraian konsep alam belajar,kepentingan main dan teori-teori pembelajaran...
huraian konsep alam belajar,kepentingan main dan teori-teori pembelajaran...

More info:

Published by: hagemaru on Sep 01, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/20/2013

pdf

text

original

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TAJUK RENCANA

“ Pengajaran dan Pembelajaran Sains yang Menarik” oleh Azrina Binti Sobian.

Dewasa ini, pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran sains amat

dititikberatkan. Hal ini kerana, pembelajaran yang menarik terutamanya dengan

teknologi masa kini dapat membantu pelajar lebih memahami konsep pembelajaran

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

22

sains dengan mudah dan kaedah yang digunakan kini selaras dengan teori

pembelajaran yang dikemukakan oleh ramai pakar psikologi dunia.

Walaubagaimanapun, para pelajar kini sering menganggap bidang sains itu

sukar dan laporan Kajian Kesedaran Awam menunjukkan 42.3% rakyat Malaysia

berpendapat bahawa bidang sains ini adalah bidang yang sukar. Di dalam

memahami konsep alam belajar, seseorang individu itu perlu menjadikan sains

sebagai aset untuk mempercepat perkembangan, keupayaan, kebolehan menguasai

sesuatu yang pada akhirnya membawa kepada perubahan tingkahlaku mereka.

Dengan itu, barulah mereka dapat mengaplikasikan bidang sains dengan konsep

alam belajar seterusnya menjadikan sains itu sebahagian daripada hidup mereka.

Sebagai guru, kita perlulah sentiasa memperbaiki kaedah pengajaran dan

pembelajaran kita kerana ada kemungkinan kaedah pengajaran yang kita gunakan

dalam mengajar mata pelajaran sains kurang menarik dan sekaligus mematikan

minat pelajar untuk memahaminya. Guru perlu pandai mengaplikasikan

pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada pelajar dan sentiasa mengaitkan

bidang sains ini dengan situasi sebenar pelajar. Dengan itu, pasti mereka akan lebih

memahami dan meneroka sendiri ilmu sains dengan menyeronokkan. Apa yang kita

faham melalui pembelajaran yang menyeronokkan? Pasti ia berkaitan dengan

konsep main ketika belajar. Buktinya, menurut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah,

bermain merupakan satu pendekatan terancang dan berstruktur bagi memberi

peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menyeronokkan, bebas dan

selamat kerana ia meliputi aktiviti yang memberikan kegembiraan kepada mereka.

Seperti apa yang kita pelajari dalam teori konstruktivisme, setiap individu itu

perlu sentiasa membina pengetahuan sendiri melalui pengalaman sedia ada kepada

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

23

pengetahuan baru. Pelbagai pendekatan pembelajaran perlu disediakan bagi

memberi peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang

dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan antara idea dan fakta yang

sedang dipelajari.

Kelemahan kaedah pengajaran dan pembelajaran sains yang paling ketara

sekali ialah bahan bantu mengajarnya yang tidak lengkap dan kurang menarik.

Selain itu, bahasa pengantar yang digunakan kemungkinan besar menjadi masalah

dalam penerimaan ilmu pelajar. Hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa

Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains (Utusan Malaysia

bertajuk memartabat BM, memantap BI). Kurangnya aktiviti maklum balas antara

pelajar di dalam kelas menjadikan pembelajaran sains tidak menyeronokkan dan

kaedah pengajaran yang sama setiap kali di dalam kelas pastinya menimbulkan

kebosanan. Ini bermakna, guru tidak menggunakan pendekatan Humanisme

terhadap pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru, kita hendaklah memberi

fokus kepada pelajar, bukannya subjek yang diajar. Guru perlu membuat

perancangan pengajaran dan mengambil kira minat, kecenderungan, kesediaan

belajar dan perbezaan individu untuk menjadikan pengajaran mereka lebih menarik

dan menyeronokkan.

Selain itu, berdasarkan Kajian Kesedaran Awam terhadap Sains dan Teknologi

(2004) mendapati bahawa 32.4% rakyat Malaysia menganggap pengajaran sains

adalah “terlalu akademik”. Sedangkan melalui rencana “Fail profil nilai potensi

pelajar” oleh Anuar Ahmad, beliau menyatakan bahawa jika dilihat dari pandangan

tokoh-tokoh pendidikan seperti Jerome Bruner, Jean Piaget dan Professor Paul

Hirst, mereka menolak penilaian akademik semata-mata kerana sistem ini akan

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

24

merosakkan konsep kendiri kanak-kanak. Begitu juga dengan tokoh psikologi

pendidikan seperti A.M Skinner, Maslow dan Erikson yang mencadangkan agar

kanak-kanak di peringkat pelajaran rendah perlu diberikan peluang untuk mendapat

sebanyak mungkin pengalaman pembelajaran dan tidak perlu dilakukan bentuk

penilaian yang terlalu akademik yang akan merosakkan sistem konsep kendiri

mereka.

Oleh itu, satu ‘revolusi’ perlu dilakukan untuk mengubah kaedah pengajaran

tersebut. Pembelajaran akan lebih menarik jika wujudnya ‘interaksi’ atau maklum

balas yang pelbagai melalui persekitaran mereka. Kenyataan ini benar sekali kerana

menurut Gagne (1916-2002) dalam teori pembelajaran kognitif, beliau lebih

menekankan pembelajaran melalui rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar

yang akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Gagne

menambah lagi, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka

panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-

pengalaman baru untuk memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Kaedah ini

mengalami proses pemindahan pembelajaran dan maklum balas yang perlu dibuat

sebagai pengukuhan untuk mentaksir perlakuan pembelajaran pelajar semasa sesi

pengajaran berjalan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran sains, amat wajar jika pelajar dibenarkan

untuk berinteraksi dengan persekitarannya, dengan guru, dan rakan-rakan sekelas.

Ini dapat membina perhubungan sosial yang baik dalam kalangan mereka. Selain

itu, terdapat juga teori pembelajaran sosial yang dapat diaplikasikan melalui interaksi

yang wujud dalam pembelajaran. Menurut Kamarudin (1993), teori ini menganggap

manusia sebagai makhluk yang aktif dan di dalam proses pembelajaran, pelajar

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

25

harus dapat belajar dalam situasi dan konteks sosial sebenar yang berupaya

memberi peluang mereka berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai. Kita juga

dapat mengaplikasikan prinsip-prinsip konstruktivisme yang menyatakan bahawa

pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain. Interaksi dan pengaruh

sosial dengan persekitaran murid-murid akan membawa kepada pemikiran aras

tinggi mereka.

Pelajar tidak seharusnya duduk di dalam kelas semata-mata. Mereka harus

digalakkan untuk meneroka persekitarannya. Apa yang penting, pembelajaran akan

lebih menarik jika murid-murid tidak hanya duduk di dalam kelas. Sebagai contoh,

guru boleh membenarkan pelajar mencari serangga dari taman di persekitaran

sekolah. Dengan itu, pelajar dapat mempelajari kemahiran meneroka persekitaran

yang menekankan kepada pembelajaran sains yang menyeronokkan dan bermakna.

Ini bererti, konsep bermain sekali lagi amat sesuai diaplikasikan serta diterapkan ke

dalam strategi pengajaran guru dalam mata pelajaran sains. Hal ini kerana,

pengertian main itu bukan sekadar berseronok, tetapi merupakan satu pendekatan

terancang untuk memberi peluang kepada pelajar belajar dalam suasana yang tidak

begitu formal, menyeronokkan, bebas dan selamat. Main dapat digolongkan kepada

empat aspek iaitu main sebagai kemajuan yang melihat main sebagai satu proses

belajar, main sebagai kuasa merujuk kepada pertandingan, main sebagai fantasi

yang berkait dengan kemajuan dan akhir sekali main yang mengutamakan kualiti

pengalaman main itu sendiri (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009). Hasil

daripada aktiviti main, pembelajaran sains akan menjadi lebih menarik kerana

pelajar dapat meneroka setiap aktiviti sains itu melalui aktiviti bermain.

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

26

Menurut rencana lagi, tugasan secara berkumpulan perlu diberikan agar

pelajar dapat membina hubungan baik dengan rakan dan juga membina keyakinan

diri mereka apabila guru meminta mereka membentangkan tugasan tersebut di

hadapan kelas. Melalui tugasan berkumpulan itu, guru dapat mengenalpasti dan

memberi perhatian kepada pelajar yang dapat memberikan maklum balas yang baik

ataupun tidak. Hal ini selaras dengan implikasi pendekatan humanis yang kita telah

fahami bahawa pembelajaran guru fokus kepada pelajar, bukannya subjek. Setiap

pemilihan tugasan pembelajaran dapat merangsang minat dan naluri ingin tahu

dalam kalangan murid-murid dan aktiviti memberi tugasan secara berkumpulan akan

dapat memberi impak kepada mereka sekaligus dapat memotivasikan diri mereka

untuk belajar dan meminati bidang sains.

Oleh itu, pandangan melalui rencana berpendapat bahawa penekanan

terhadap perhubungan atau maklum balas dalam pembelajaran sains adalah sangat

penting. Ini selaras dengan konsep komuniti pembelajaran dalam teori behavioris

yang merujuk kepada sekumpulan manusia yang belajar bersama-sama dalam satu

persekitaran yang selamat dan disertai dengan dialog, maklum balas, refleksi dan

penurunan kuasa (Choong,2008). Tugasan berkumpulan akan dapat mewujudkan

kolaborasi sesama pelajar melalui pembelajaran koperatif.

Menurut rencana lagi, K. T. Compton (seorang ahli fizik terkenal) menyatakan

bahawa sains merupakan “sikap ingin tahu, pemerhatian dan penaakulan mengenai

dunia ini”. Ini bermakna, pembelajaran sains amat mementingkan murid-muridnya

supaya berhubung dengan alam persekitaran untuk membentuk “sikap ingin tahu,

pemerhatian dan penaakulan” agar kemahiran ini dapat merangsang semua deria

mereka. Melalui penyataan tersebut, dapat kita merumuskan bahawa teori

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

27

pembelajaran sosial dan sosial kognitif dapat diaplikasikan dengan jelas. Buktinya,

dalam pembelajaran celik akal Kohler, beliau telah mengemukakan beberapa prinsip

dan salah satu daripadanya ialah konsep berfikir. Sikap ingin tahu murid-murid akan

merangsang mereka berfikir untuk mencari jawapan terhadap apa yang mereka

ingin ketahui. Sebagai contoh, dalam pembelajaran sains. Pastinya murid-murid

mempunyai sikap ingin tahu tentang bagaimana terjadinya gerhana bulan dan

gerhana matahari. Mereka pasti akan berfikir untuk mencari jawapan bagi persoalan

tersebut. Secara amnya menurut Bruner pula, konsep “mengetahui” adalah satu

proses. Apabila murid-murid diberi satu situasi yang agak kompleks, mereka akan

berusaha mencari penyelesaian.oleh itu, amat penting untuk guru merancang

aktiviti-aktiviti penemuan untuk murid-murid.

Bukan itu sahaja, melalui pembelajaran penemuan Bruner, ia dapat

menggalakkan murid-murid untuk menggunakan intuisi, imaginasi dan kreativiti

secara aktif (Choong, 2008). Pendekatan ini telah menggunakan penaakulan induktif

seperti yang dinyatakan oleh K. T. Compton di mana guru akan bermula dengan

sesuatu yang khusus kemudian berakhir dengan yang umum. Sebagai contoh,

dalam mata pelajaran Sains, guru memberi contoh-contoh haiwan yang hidup di

darat dan air, kemudian minta murid-murid pula memberikan contoh-contoh haiwan

yang lain berdasarkan contoh yang telah diberi oleh guru tersebut.

Seterusnya, menurut Bandura, manusia secara semulajadi belajar melalui

proses peniruan atau pemerhatian iaitu dengan cara melihat orang lain melakukan,

mendapat ganjaran daripada perlakuan atau melihat orang menerima hukuman

daripada perlakuan (Noriati, Boon, Sharifah Fakhriah, 2009). Penyataan K. T.

Compton yang menekankan proses pemerhatian dapat dibuktikan melalui penyataan

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

28

Bandura seperti di atas. Proses pemerhatian ini melibatkan individu melihat dan

meniru tingkahlaku orang lain. Sebagai contoh yang kita dapat lihat dengan jelas

melalui kajian Bandura ke atas kanak-kanak tadika. Kajian ini telah diterangkan

dalam huraian teori pembelajaran pemerhatian. Melalui pembelajaran pemerhatian,

terdapat tga bentuk peniruan menurut Bandura iaitu peniruan secara langsung,

peniruan sekat lakuan dan tak sekat lakuan serta peniruan elisitasi.

Oleh itu, amat wajar supaya kelemahan dalam kaedah pengajaran dan

pembelajaran diperbaiki agar tidak mematikan minat pelajar terhadap bidang sains

itu sendiri. Justeru itu, kreativiti guru sangat penting untuk memastikan suasana

pembelajaran sains yang menarik. Perubahan yang dapat dilihat kini ialah guru

banyak menggunakan teknologi maklumat dalam pembelajaran. Akan tetapi, guru

juga perlu berusaha untuk menghasilkan pelbagai kaedah pembelajaran yang

menarik melalui teknologi maklumat tersebut. Di dalam Teori Pembelajaran

Penerimaan Ausuble, beliau telah menghasilkan satu konsep penting dalam

pengajaran dan pembelajaran iaitu Advance Organizer (AO). Melalui AO, guru bukan

sahaja dapat mengaplikasikannya dalam kaedah pembelajaran menggunakan

teknologi maklumat, malah guru dapat memberi idea kepada murid-murid untuk

menghasilkan peta minda yang cantik dan kreatif di dalam buku kerja mereka.

Dengan itu, pembelajaran melalui teknologi maklumat akan lebih menarik dan

bermakna. Ausuble juga berpendapat pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui

penggunaan bahan yang bermakna.

Bukan itu sahaja, selain penggunaan teknologi maklumat, terdapat banyak lagi

kaedah lain untuk menarik minat murid-murid dalam mata pelajaran sains. Sokongan

daripada ibu bapa juga amat penting dalam membentuk minat anak-anak mereka

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

29

dalam bidang sains. Ibu bapa juga punya peranan tersendiri. Mereka boleh

membawa anak-anak mereka meneroka alam persekitaran. Melalui penerokaan itu,

ibu bapa boleh mengaplikasikannya dalam bidang sains dan dapat menyediakan

anak-anak mereka untuk menghadapi zaman dewasa kelak. Selain itu, melalui

penerokaan alam persekitaran juga, ibu bapa boleh menjadi role model seperti yang

dinyatakan oleh Albert Bandura melalui peniruan secara langsungnya. Sebagai

contoh, ibu bapa yang suka menanam bunga di rumah. Ibu bapa akan meletakkan

pasu bunga di luar rumah di tempat yang tanaman tersebut boleh mendapatkan air,

cahaya dan udara. Anak-anak mereka pasti akan melihat dan secara langsung

mereka akan mengikut tindakan ibu bapa mereka ketika hendak menanam pokok

dan mengaplikasikannya dalam mata pelajaran sains.

Kesimpulannya, dalam mendidik anak dan murid, sebagai guru dan ibu bapa,

kita perlu mendengar suara hati mereka. Telah menjadi fitrah kanak-kanak yang

sememangnya suka meneroka persekitaran mereka dan mempunyai sifat ingin tahu.

Oleh itu, guru perlu sentiasa memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran

mereka dan memahami jiwa dan fitrah kanak-kanak, jika tidak kegagalan demi

kegagalan akan kita temui.

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

30

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->