You are on page 1of 12

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka

Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka.
Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka

Ambil tepung ubi kayu dan me ntimun. Timun itu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih
dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata
dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian
basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di
muka dan menjadikan kulit kita segar...

Menyerikan Wajah

Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan
amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan
air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghaluskan Kulit

Buah toma to dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan
pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam.
Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu
bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan
halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi
dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat
tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut.

Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam
dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut
dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan sela ma dua
minggu.
Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu
tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit
sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata


Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan
selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa,
kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit ai r. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada
tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam
sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan
campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata
dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci
dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke
muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap
pagi.

Merawat Senggugut
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila
halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan
hilang.

Kulit Cerah dan Licin


Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh
badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut Lebat
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg
masih basah itu segera dilap atas rambut

Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah
beberapa minit sebelum tidur.
Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu
kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan
mengering dan luruh sendiri.

Mengempiskan Perut
1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Sebatikan lalu disapu pada perut
kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak
mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.

2. Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok
paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak
perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah
selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat
mengelakkan perut buncit.

Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu,
untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah,
dibuat air mandi ataupun minuman. Menghasilkan Kulit Cantik, Amalkan meminum air
campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang
senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang
menakjubkan berkat izin Allah .

1. Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak
antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid.

Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih
kurang 2 biji sekali makan.Tapi kenalah cepat menelannyasebelum ia lembik. Sekali makan
anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman
saya.

2. Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi
saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.
Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat Rebus segenggam biji kani (manjakani
atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan
pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu
sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang
jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih


Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan
masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata
sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai
perubahannya.

Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika.
Anda akan berasa kesegarannya selepas itu. Menaikkan Seri Muka Basuhkan muka anda
dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah
sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia , tumbuk lumat dan tempelkan pada
tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur


Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan
hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.
Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Mengurangkan Air Pada Faraj


Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan
minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika
tengah malam

Sihat Tubuh Badan


Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa
memakai kasut (Mandi embun). Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air
limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai
berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit


Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.
Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut.
Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga
sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya
pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak


Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas
mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa
jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam.
Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Rambut Gugur
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit
kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di
samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala


Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam
sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda
akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilang Ketumbit Mata


Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan
sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan


1. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan
air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan
dan sebelum tidur.

2. Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas
yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari
atau selepas makan malam.
Mengatasi Tumit
Pecah Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit
kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Awet Muda
1. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan
Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

2. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini.

Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali.
Amalkan setiap hari urutan ini.

Mudah Bangun Pagi


Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w. Niat dalam hati
utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

Menghilangkan Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan dimuka dan di
tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan Rambut Kerinting


Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan
pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk
disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1
jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting
akan lurus sedikit demi sedikit.

Menghaluskan Kulit Muka


1. Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi
larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih
kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.

2. Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu
disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih. Hilangkan Pecah-
pecah Di Tumit Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air
suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh
semula

Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insya
allah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.
Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin.
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada
waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri
seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga
kali. Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga.
Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Menghilangkan Bau Mulut


Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian
gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

Menghilangkan Lebam Mata


Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman.
Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki
Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang
mula timbul. Amalkan selalu.

Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan, rasa
lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan
makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi
berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui
angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Meminimakan Gangguan Semasa Tidur


Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat
merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang
itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda
seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum
tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu
adalah ibadat.

Menghilangkan Sakit Kepala


Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi
akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan
tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna
merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Amalan Bulan Syakban


FADHILAT BULAN SYAKBAN

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat
ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja
masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk
maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam)


Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman &
pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa


2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api
neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu
sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah
orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang
meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima
taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang
yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan
kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa
kita.

Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti
berikut :-

1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam,
gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari
hingga luka sembuh.
2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada
hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum
airnya atau sapukan di tempat yang luka.
4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi
sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan
tersebut. Amalkan setiap hari.
5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun
pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang
ditumbuk halus.

Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin


Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin,
amalkan petua ini:-

1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api
sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut
hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam.
Minum dua kali sehari.
4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.

Memerahkan Bibir

1. Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir perlahan-lahan setiap hari.
2. Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur.

Rawatan Anak Demam Panas


Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun bunga raya, dua helai daun rambutan dan
sedikit daun jambu batu dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.
Demam Panas
Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak
tiga kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.

Apabila Terkena Air Panas


Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga
bahagian yang melecur tidak sakit lagi.

Memulihkan Tenaga Lelaki

1. Kisar satu batang lobak merah, ibu kunyit sebesar jari dan setengah gelas air. Tapis
dan campurkan dengan kuning telur ayam kampung. Setelah itu campurkan pula
gula batu dan satu sudu makan madu. Minum tiga kali seminggu.
2. Makan sebiji telur ayam kampung dengan madu setiap hari. Kemudian diikuti
dengan meminum akar kayu.

Cairkan Lendir di Tekak


Makan anggur tiga kali seminggu untuk mencairkan lendir di tekak.

Mengurangkan Tekanan
Ubat untuk anda mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda.
Campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja.

Mencantikkan Kulit Bayi


Campurkan tiga suku tepung kanji dengan air suam. Kacau kemudian mandikan bayi.
terus lapkan badan bayi tanpa bilasan air lain.

Menajamkan Penglihatan

1. Jika anda ingin menajamkan penglihatan, satu tindakan yang baik ialah dengan
kerap memandang sesuatu yang hijau.
2. Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah
ibu, suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkan memakan benda yang
manis.
3. Bercelak ketika hendak tidur.
4. Kerap duduk mengadap kiblat.
5. Makan lobak putih selalu.

Senang Bersalin
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu
sebelum waktu untuk melahirkan anak.

43. Memerahkan Bibir Yang Hitam


Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah
airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan
insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi
Petua dan tips daripada Dr.Fatma..

(From Dr. Fatma's tafsir Al-Quran class How to use the Surah Al Fatihah)

1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time :
* Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.

2. For terminal diseases:


* Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.

3. For the mentally ill:


* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night,
everyday without fail.

4. When in extreme pain:


* Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.Then, read the Al-Fatihah while
rubbing the area that is in pain.

5. For babies who cry at night or at any time:


* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door
* Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your
mouth and rub it onto the injured area.

All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:


* Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
* Read it with full "khusyuk"
* Tawakal to Allah
* Use it with GOOD "niat" /intentions.

Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan


penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye):

* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat
* lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita
* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas
sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar" dilaungkan, terus lah angkat tangan dan
berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
* Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut.

Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.

Notes taken fm Ustazah Fatma's last lecture session taken by her closest friend, Ani:-

Untuk awet muda both internal & external.


1.Zikir - Baca
" Ya Badiyah " 1 x
" Ya Nur " 1 x
" Ya Hadi " 1 x
" Ya Allah " 3 x

Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari.

2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan
minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)

3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.
4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan.

Muka kasar dan berbintik-bintik hitam


Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda
sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada
sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.

Menghilangkan kesan jerawat


Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering
sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.

Untuk mendapat anak


Ramuannya;3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebah secukupnya. Kesemua
hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan.Sebelum itu, hendaklah meminum air suam
yang telah disimpan semalaman sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Bacalah
selawat sebelum meminum air tersebut.

1. Surah Yaasin, Ayat 29

Untuk mengelakkan diri dari difitnah dan kejahatan mulut orang.

• Untuk diguna jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya diri kita.

2. Surah Yaasin, Ayat 44

• Agar dijauhkan fitnah dalam hidup.

3. Surah Yaasin, Ayat 76

• Untuk mententeramkan diri dari fitnah orang.


• Bila rasa sedih, sebak dan kecewa; baca ayat ini sambil memegang dan mengurut dada.

[1] Untuk mendapatkan zuriat: Amalkan zikir "Ya Khaliq", " Ya Bari' " dan "Ya
Musawwir" semasa 'bersama'. Baca dalam hati daripada awal hingga akhir.

[2] Semasa 'pancutan', niatkan untuk mendapatkan anak. Zikir dan doa ini untuk
suami atau isteri atau kedua-duanya amalkan.

Wallahu a'lam.

You might also like