You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN
Sejak zaman dahulu lagi isu jerebu yang berpunca daripada pencemaran alam
sekitar ini telah menjadi bahan wacana masyarakat. Hal ini disebabkan oleh impak
pembangunan dari segi kualiti hidup dan ia sering dikaitkan dengan faktor pencemaran,
contohnya kajian impak pembangunan terhadap kualiti kehidupan di bandar Kuala
Lumpur.
Hal ini kerana proses kehidupan di bandar lebih terdedah kepada risiko impak
pembangunan yang negatif berbanding di kawasan luar bandar. Malah, bandar merupakan
pusat tamadun manusia yang memerlukan pemantauan tahap kualiti hidup yang
berterusan kerana terdapat pelbagai masalah alam sekitar yang mengiringi setiap
pembangunan, salah satunya ialah masalah jerebu.
Jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain
daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada
manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang. Keadaan atmosfera
dikatakan berjerebu sekiranya terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatan
yang tinggi dan kandungan kelembapan yang rendah . Ini menyebabkan jarak penglihatan
menjadi kabur atau kurang jelas. Di kawasan tropika, kelajuan angin biasanya perlahan.
Bagi tempoh-tempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara
sangat berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan
cuaca kering. Tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan
bahan pencemaran ke udara sama ada daripada punca tempatan atau luar negara akan
menyumbang kepada pembentukan jerebu.
Hal ini termasuklah kandungan udara tulen yang wujud dalam keadaan yang lebih
dari kandungan sepatutnya. Jerebu ini merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud
secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang,
asap kenderaan dan asap pembakaran juga adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu.
Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan
terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai
ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan
menurunkan kadar penglihatan.
Jerebu telah menjadi satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika
dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada
negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kilang dan jumlah kenderaan yang
banyak menjadi penyumbang utama kepada fenomena ini. Selain daripada itu keadaan
cuaca juga memburukkan lagi keadaan, dimana pada tahun 1997, negara telah dilanda
fenomena El- Nino yang membawa cuaca kering dan panas berpanjangan. Jumlah hujan
menurun dan negara mengalami masalah bekalan air dan penurunan tekanan air. Antara
daerah yang mengalami masalah ini di Sabah ialah daerah Kota Merudu, Kota Belud dan
Kudat.
2.0 PUNCA-PUNCA JEREBU /PENCEMARAN
UDARA

2.1 Pembakaran
Kejadian jerebu yang paling teruk dialami pada tahun 1997 adalah disebabkan
oleh pembakaran terbuka oleh negara jiran. Negeri Sabah telah terjejas teruk akibat
daripada fenomena ini. Pembakaran terbuka di Kalimantan nyata telah membawa padah
apabila api sukar dikawal dan menjilat sebahagian besar kawasan hutan. Oleh kerana
Kalimantan agak berdekatan dengan Sabah maka penduduk semakin cemas dan langkah
berjaga-jaga telah dilakukan. Asap akibat daripada pembakaran tersebut telah meliputi
negeri Sabah dan menyebabkan keadaan semakin teruk. Negeri tersebut terpaksa
menghantar bantuan kepada Kalimantan dan Indonesia untuk memadam kabakaran.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri telah menghantar 80 orang anggotanya untuk
tujuan tersebut. Pembakaran ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada negara kita
malah negara-negara lain yang berdekatan seperti Thailand, Singapura, Brunai dan
Filipina juga tercemar dengan teruk. Hasil pembakaran ini telah menghasilkan gas
Karbon Monoksida iaitu gas yang sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika
dihidu dalam suatu jangka masa yang panjang.

Sumber: Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak Darul Ridzuan

2.2 Pembakaran Bahan Api


Pembakaran bahan api seperti arang dan minyak juga adalah punca utama
pencemaran udara Bahan api juga adalah bahan organik dan mempunyai unsur karbon.
Oleh itu, pembakaran yang kurang lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Arang
adalah suatu bahan yang mengandungi sulfur. Apabila terbakar sulfur akan berpadu
dengan oksigen di sekeliling menghasilkan sulfur dioksida melalui persamaan:

S + 2O2-----------SO4
Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap di
udara dan membentuk asid sulfurus. Selain itu, karbon dioksida juga berpadu dengan ion
hydrogen dan membentuk asid karbonat.

Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan

2.3 Proses Perbandaran


Selain itu, wujudnya masalah jerebu ini adalah ekoran daripada proses urbanisasi yang
telah menggalakkan perkembangan sesebuah bandar dan wujudnya lokasi-lokasi
perindustrian yang menyediakan peluang pekerjaan. Masalah ini wujud ekoran daripada
proses pertambahan penduduk samada secara semulajadi atau migrasi. Jadi pertambahan
bilangan perindustrian yang terdapat di sesebuah bandar akan menghasilkan impak positif
dan negatif terhadap kehidupan masyarakat moden kini.

Pelepasan Asap Hitam Dari Cerobong Kilang


Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan

Selain itu, pertambahan perindustrian juga banyak membawa bahan pencemar


yang akan dilepaskan oleh industri melalui proses pembakaran bahan api. Sekiranya
bahan pencemar ini tidak dikawal, kehidupan manusia akan terjejas kerana manusia
berada di sekeliling kehidupan alam sekeliling yang tercemar seperti pengeluaran asap
dari kilang, gas beracun, asap, debu dan sebagainya. Oleh yang demikian, hasil daripada
keadaan ini akan membahayakan kesihatan manusia kerana bahan pencemar tersebut
boleh menyebabkan sesak nafas di kalangan penyakit asma, gatal hidung, pedih mata dan
sebagainnya.

3.0 KESAN-KESAN JEREBU

3.1 Kesihatan
Komponen-komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur
dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk
pada kesihatan manusia terutama kepada golongan kanak-kanak, warga tua dan juga
kepada mereka yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti asma, alahan,
pneumonia dan penyakit paru-paru. Perokok dan para pekerja di kawasan terbuka juga
mempunyai risiko yang tinggi dalam kesihatan mereka. Jadual 1 di sebelah menunjukkan
kesan jerebu kepada kesihatan manusia.

Jadual 1: Kesan pencemaran udara/jerebu terhadap kesihatan manusia.


Bahan Punca Kesan
Pencemar
a)Asap - Pembakaran bahan api -Menggangu pernafasan normal
-Pembakaran sampah sarap - Pembentukkan asbut yang mengganggu
-Cerobong asap kilang penglihatan
-Ekzos kenderaan bermotor
b) Debu -Kilang papan, kuari, -Serangan lelah pada pesakit asma
simen,asbestos,batu kapur -Batuk-batuk
- Sesak nafas
c) Plumbum -Petrol berplumbum - Menggangu keupayaan badan membina sel
-Pembakaran bahan bercat darah baru
- Kerencatan dan kecacatan otak pada kanak
-kanak
d)Karbon -Pembakaran bahan api yang -Menghalang pembentukan oksihemoglobin
monoksida tidak lengkap berpadu dengan hemoglobin untuk membentuk
- Ekzos kenderaan karboksihemoglobin yang akan menggantikan
oksigen dalam darah
-Melembabkan otak
-Boleh membawa maut sekiranya diambil dalam
jumlah yang banyak
e) Oksida -Pembakaran bahan api -Menurunkan rintangan badan kanak-kanak
nitrogen pada suhu tinggi dalam terhadap selsema
kenderaan berat atau kilang -Mengganggu tisu peparu dan menyebabkan
- Tindakan bacteria dalam bronkitis serta kanser
tanah -Bertindak balas dengan hidrokarbon untuk
membentuk pengoksida fotokimia yang
memedihkan mata dan merosakkan tisu peparu
3.2 Sektor Ekonomi
Apabila masalah jerebu ini semakin meruncing, ia mula memberi kesan yang
lebih besar pula. Ia boleh mangacam pendapatan negeri apabila mula menjejaskan sektor
ekonomi negeri Sabah. Industri pelancongan misalnya adalah punca pendapatan yang
paling berpotensi di Sabah, industri ini teruk terjejas kerana para pelancong bimbang
dengan keselamatan mereka.

Sumber : New Straits Times, 25/9/1997, 4/8/1997 & 2/9/1997

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

4.1 Melalui Pendidikan


Pengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program pendidikan alam
sekitar iaitu samada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga boleh
dijalankan oleh JAS dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukan
kepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanak
sekolah. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam
sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Aktiviti ini dianggap
penting kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar.
Selain itu juga melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan tahap kesedaran
orang ramai kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam
sekitar atau terhadap implikasi sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan
mengenai soal alam sekitar adalah didapati kurang maju jika dibandingkan dengan rakyat
di negara lebih maju. Bahagian Alam Sekitar memainkan peranannya sebagai kuasa
perimbangan, antaranya ialah dengan berusaha memberi pendidikan yang mana boleh
dilakukan melalui sebaran am seperti surat khabar, penerbitan Bahagian Alam Sekitar,
‘Sekitar’ dan penubuhan Unit Maklumat dan Pendidikan Bahagian Alam Sekitar, sebaran
radio, televisyen, kursus dan seminar.
4.2 Larangan Pembakaran Terbuka
Untuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulang semula,
kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan menggariskan beberapa peraturan yang
harus diikuti kepada semua warganegara Malaysia. Kerajaan telah melarang pembakaran
terbuka kerana asap adalah penyumbang utama kepada jerebu. Selain daripada itu
pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal
contohnya seperti yang berlaku di hutan Indonesia yang berpunca daripada aktiviti
pembakaran hutan oleh golongan petani sara diri da ia telah merebak ke Malaysia dibawa
oleh angin lazimnya monson barat daya (Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, 2003: 120).
Sikap golongan yang dinyatakan di atas ini telah mewujudkan masalah kepada alam
persekitaran sehinggakan Malaysia terpaksa mengisytiharkan darurat jerebu pada 23-24
September 1997.

4.3 Pembenihan Awan


Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda
negara. Keadaan ini telah memburukkan lagi keadaan, oleh yang demikian kerja
pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering,
suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, titisan yang sangat ringan ini tidak
dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh yang demikian iodin perak ataupun ais kering
akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan
semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi
titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh membantu
keadaan apabila ia membawa bersama jerebu jatuh ke bumi.

4.4 Kempen Hijau


Kerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakkan penanaman pokok di
rumah, pejabat, sekolah mahupun di tempat membeli-belah. Pokok-pokok hijau
mambantu menyerap karbon dioksida di udara. Hutan mempunyai nilai yang amat besar
kepada alam sekitar kita kerana ia mempunyai fungsi-fungsi yang amat penting seperti
dapat mengukuhkan tanah, membenarkan peredaran air, berfungsi mengawal komposisi
atmosfera, menghadkan perubahan iklim serta melindungi flora dan fauna. Namun kerana
proses urbanisasi yang tidak terkawal menyebabkan berlakunya kemusnahan alam sekitar
yang serius pada masa kini. Justeru itu pihak kerajaan sepatutnya mengambil inisiatif
dengan melakukan penggezetan hutan yang sedia ada (Sham Sani, Abdu Samad Hadi,
1990: 442).
Contoh hutan simpan yang telah di gezetkan ialah Taman Negara, Hutan Belum,
Taman Endau Rompin, dan Hutan Simpan di Cameron Higlands mestilah di luaskan dan
digezetkan untuk memelihara dan mengekalkannya. Contohnya seperti yang dilakukan
oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menggezetkan hutan simpan Pantai Aceh
sebagai Taman Negara untuk tujuan menebat banjir (Chan dan Wan Ruslan, 2000).

4.5 Penggunaan CFC


Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am
Freon dan pemusnahan lapisan ozon ini adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-
bahan aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi.
Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC
digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan
rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api. Sebenarnya, pemusnahan
lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu
memusnahkan 1000 molekul ozon. Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk
menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) (Abdul
Latif Ibrahim, 1992: 57) .

4.6 Perundangan Dan Dasar Kerajaan


Semua agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, pihak swasta dan sebagainya boleh
memainkan peranan yang berkesan dalam menangani masalah jerebu. Jabatan Alam
Sekitar ( JAS) telah menjalankan program pengawasan kualiti udara di seluruh Negara.
Parameter yang diawasi termasuklah Karbon Monoksida, Sulfur Dioksida, Nitrogen
Dioksida, ozon dan habuk terampai (PM10). Selain itu, pelbagai undang undang digubal
dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar.
Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan
Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar. Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan
perlepasan asap,1977). Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu
dihadkan kepada 50 HDU.

Seterusnya, Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978) Di bawah


peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter
(Chan Ngai Weng, 2002: 43). Jabatan Alam Sekitar juga telah merancang satu Indeks
Pencemar Udara yang juga dekenali sebagai (IPU). IPU adalah satu sistem yang
dibangunkan bagi memaklumkan kepada orang awam tentang tahap kualiti udara dan
impaknya terhadap kesihatan mereka dengan cara yang termudah. lanya juga suatu sistem
kepekatan pencemar yang diukur pada skala antara 0-500.

INDEKS PENCEMAR UDARA (IPU)

Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan


Selain itu, menurut bab X1 dalam Rancangan Malaysia Ketiga berdasarkan satu
kenyataan yang telah di buat secara ringkas oleh kerajaan, satu dasar kerajaan Malaysia
berkaitan pembangunan dan alam sekitar telah ditetapkan. Kualiti hidup rakyat dapat di
tingkatkan dengan adanya pembangunan yang pesat dalam sektor perindustrian dan
pertanian, malah secara tidak langsung dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan
sosial. Walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti ini sebenarnya boleh menyebabkan
kemerosotan kualiti alam sekitar. Oleh itu yang paling penting sekali dalam dasar ini
ialah keseimbangan dalam kedua-dua proses tersebut iaitu wujudkan “Pembangunan
Tanpa Kemusnahan”. Untuk mencapai matlamat ini kerajaan Malaysia telah menetapkan
bahawa Dasar Alam Sekitar Malaysia yang bersifat pragmatik dan bertujuan untuk
mengurangkan kesan-kesan buruk alam sekitar dan memelihara berbagai-bagai ekologi.

4.7 Tanggungjawab Orang Ramai


Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa, orang
awam haruslah bertangungjawab dan sama-sama menjaga alam sekitar ini. Antara
tindakan yang boleh dibuat ialah elakan mengunakn kenderan persendirian sebaliknya
gunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik
kenderaan tersebut hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap
hitam dengan mengambil langkah-langkah yang ideal contohnya hantar kereta ke bengkel
untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak
supaya berada dalam keadaan baik. Orang awam juga boleh membuat aduan kepada Polis
DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang
terdekat jika terdapat pembakaran sisa pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada JAS
mengenai sebarang pembakaran terbuka yang dilakukan oleh industri, tred dan ladang-
ladang.

5.0 CARA MENCEGAH PENYAKIT


AKIBATJEREBU
Perkara utama yang harus diambil berat ialah dengan menjaga system pernafsan
iaitu penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang
motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk
dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi. Bagi prerokok ynag mempunyai
anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, jangan merokok di dalam
rumah kerana orang yang menghidu akan menghadapi kesan yang lebih buruk
berbanding dengan perokok tersebut. Selain itu, aktiviti sukan di luar rumah haruslah
dikurangkan dan orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan
bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Bagi mereka yang
mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau
penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan
penyakit bertambah buruk. Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di
luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya
di kawasan mereka.

6.0 PENUTUP
Secara amnya masalah alam sekitar dan khususnya jerebu ini bukan lagi menjadi
isu di peringkat sesebuah negara tetapi sudah menjadi isu di peringkat global. Masalah
alam sekitar yang terbit daripada proses urbanisasi perlu di pandang serius oleh pihak-
pihak tertentu dalam cuba mengawal dan merancang supaya aktiviti-aktiviti yang
dilakukan tidak merosakkan alam sekitar. Dalam mengejar arus pembangunan manusia
tidak searusnya mengorbankan alam sekitar untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.
Tanpa mereka sedar di sebalik arus pembangunan tersebut tersirat kesan yang amat
menakutkan iaitu impak negatif terhadap kualiti hidup mereka berdasarkan pencemaran-
pencemaran dan bencana yang telah di nyatakan. Manusia perlu sedar ada cara yang lebih
baik untuk berinteraksi dengan alam sekitar dalam membentuk satu ikatan yang harmoni
di antara manusia dan alam sekitar. Manusia perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan
yang telah dilakukan oleh mereka sendiri. Hal ini disebabkan tidak akan wujud lagi satu
alam sekitar fizikal yang baru sekiranya alam sekitar yang ada terus di musnahkan. Setiap
kata-kata Mahatma Gandhi haruslah dihayati dengan seadanya iaitu “kita bukan mewarisi
alam ini daripada datuk nenek kita tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita”.

LAMPIRAN 1

Gambarajah 1: Seluruh kawasan dilanda jerebu


LAMPIRAN 2

Gambarajah 2: Jerebu di Kuala Lumpur pada 2006


Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu

LAMPIRAN 3

Pembakaran sisa pertanian

LAMPIRAN 4

Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan

You might also like