You are on page 1of 9

KEMAHIRAN ASAS BADMINTON

MEMEGANG RAKET

• Pada peringkat awal,penting bagi seseorang pemain itu mengetahui cara


memegang raket dengan betul,rasionalnya,permainan seseorang pemain itu
bergantung kepada cara pegangan raket badminton.cara pegangan raket
yang salah akan menimbulkan kesan yang tidak baik kepada pemain seperti
kecederaan pada pergelangan tangan.
• Terdapat 3 pegangan asas iaitu :
1. pegangan depan(forehand grip)
2. pegangan kilas (backhand grip)
3. pegangan rata (flatgrip)
• pegangan 1 dan 2 sering digunakan manakala pegangan 3 tidak sesuai
kerana pegangan dibuat pada tapak tangan dan tidak pada jari.
PEGANGAN DEPAN

• pegangan depan ialah memegang raket pada tangan yang tidak


bermain(tangan kiri jika anda menggunakan tangan kanan)pada bahagian
tengah pemegangnya dengan bahagian kepala menegak dan pegang pada
bahagian pemegang dengan tangan kanan seperti berjabat tangan.Jangan
pegang terlalu erat pada bahagian pemegangnya;gunakan jari dengan
bahagian yang rata pada sisi pemegang raket selari dengan bentuk V antara
ibu jari dengan jari telunjuk(rajah 3.1a dan 3.1b)
• jari yang tidak memegang raket akan memberikan kekuatan pada
pergelangan tangan bagi medapakan aksi pukulan yang baik serta kekuatan
yang diperlukan.Jika raket dipegang denga kuat,akan menghadkan
pergerakan pada pergelangan tangan dan kekuatan berkurangan
• berlatihlah memukul bulu tangkis ke depan dan kebelakang bersam
pasangan anda menggunakan kilasan pergelangan tangan bagi
mendapatkan pegangan yang selesa untuk pukulan atas kepala dan pukulan
bawah.
PEGANGAN KILAS

• digunakan untuk memberi pergerakan yang baik pada perrnukaan kilas raket
serta memudahkan pergerakan raket pada sisi kilas
pemain.Caranya,memusingkan sedikit raket di dalamjari mengikut arah
putaran jam(jika anda pemain tangan kanan)untuk membawa ibu jari kepada
bahagian rata pemegang raket(rajah 3.2)

PEGANGAN MENDATAR/RATA

• dilakukan dengan menegakkan raket di depan anda pada tangan yang tidak
bermain dengan kepalanya berdepan dengan jaring.Letak tangan yang
bermain ke depan dan pegang mengikut pegangan seperti dalam rajah
3.3.Ramai pemain yang menggunakan pegangan ini bagi membolehkan
meletak bulu tangkis ke bawah,berdekatan jaring serta dengan sedikit
pukulan belakang.
• Bentukkan pegangan sendiri.berlatih selalu kerana tujuannya untuk
membolehkan anda memukul bulu tangkis dari mana-mana bahagian
gelanggang anda dengan penuh kuasa.
• Penting ; 1.pegang raket pada jari tetapi jangan terlalu kuat
2.gunakan pergelangan tangan untuk melepaskan kepala

raket ke arah bulu tangkis.

Pegangan rata atau mendatar


MELAKUKAN SERVIS

• Peraturan melakukan servis :


1. pemain dalam keadaan tenang dan sedia
2. kedudukan kaki hendaklah sejarak bahu,manakala berat badan adalah
pada kaki.
3. lutut dibengkokkan dengan sebelah kaki ke depan sedikit.
4. perhatikan kedudukan lawan dan pada masa yang sama perhatikan juga
pada bulu tangkis yang anda pegang
5. lakukan servis dengan yakin dan jangan tergopoh-gopoh.
6. bersedia dengan mengawal setipa bahagian gelanggang.

• Servis dikira batal dalam keadaan seperti berikut :


1. kaki pembuat barisan servis memijak mana-mana garisan gelanggang.
2. pemain mengangkat kaki semasa mebuat servis
3. memberhentikan pergerakan dalam membuat servis dengan tujuan
memerangkap lawan.
4. memukul bulu tangkis melepasi pinggang
5. raket melepasi jaring semasa membuat pukulan.

CARA MEMBUAT SERVIS

• kedudukan badan dan kaki


1. berdiri dengan kaki kiri ke depan sedikit
2. kedua-dua kaki pada sudut 45’ke garis dengan bahu kiri ke depan jaring.
3. lutu dibengkokkan sedikit
4. berat badan adalah sama pada kedua-dua kaki
• memegang raket
1. pegang raket mengikut keselesaan sendiri
2. dalam pegangan depan,ibu jari pada sebelah depan raket.
3. dalam pegangan kilas,ibu jari di sebelah sisi raket
4. pastikan cengkaman yang sesuai agar raket dapat digerakkan dengan bebas.

• memegang bulu tangkis


1. pegang pada hujung bulu tangkis
2. gunakan di antara tapak tangan dengan jari telunjuk
3. tangan yang memegang raket hendaklah bersedia untuk memukul.

• membuat pukulan
1. kepala raket berada di bawah aras tangan
2. raket hayun ke belakang dan dibawa ke bawah siku yang dibengkokkan
3. pergelangan tangan menegak apabila gerakan hampir tamat.
4. lengan kanan diayun sehingga raket dapat menggerakkan bulu tangkis
5. permukaan raket terkena bulu tangkis didepan badan pemain.

JENIS SERVIS

• servis rendah
• servis tinggi

• servis rendah depan


1. cara melakukan servis rendah depan ialah dengan menolak bulu tangkis
melepasi jaring serendah dan serapat yang boleh.
2. cara melakukan servis rendah ini ialah seperti
berikut:

1. berdiri di belakang garis depan dan hampir dengan garis tengah


kawasan sendiri.
2. Kaki kiri didepankan sedikit dan badan menghala ke jaring.
3. Pegang bulu tangkis pada tangan kiri dan lepaskan secara menjunam
4. Arahkan raket pada bulu tangkis dan pukul dengan tolakan ke depan
5. Pastikan kepala raket menghala ke bawah dan di bawah pemegang
raket semasa memukul.
6. Arahkan servis ke kawasan depan petak lawan iaitu sama ada ke kiri
atau ke kanannya
7. Berlatih membuat servis ini dari kedua-dua petak servis iaitu di kiri dan
kanan.

Servis rendah kilas

Objektif servis rendah kilas ini sama dengan servis rendah depan.Cara melakukan
servis rendah kilas ini ialah :

3. pemain berdiri berhampran dengan garis depanpetak servisnya


4. badan dan kedudukan adalah hampir mengiring jaring.
5. bahagian pemegangraket mengarah ke atas,jari pada belakang pemegang raket
akan memberikan tenaga dan tekanan untuk kilas.
6. bulu tangkis tidak berada diatas pinggang semasa memukul.
7. pegang bulu tangkis pada hujung bulunya dan lepaskan untuk segera di[ukul
dengan cara menguisnya.

Servis tinggi
Pemain akan menghantar bulu tangkis ke hujung gelanggang lawan.Bulu tangkis akan
meluru jauh dan tinggi melepasi lawan dan jatuh menjunam.Servis ini sesuai untuk
acara perseorangan dan juga beregu.cara melakukan servis ini ialah :

1. tangan yang memegang raket akan membuatsatu pusingan penuhlengan dan raket
dengan pergelangan melepaskan kunci tangan sebelum bulu tangkis dipukul.
2. ayunkan tangan bersama raket untuk memukul bulu tangkis yang dilepaskan pada
bahagian kepalanya ke bawah.
3. kedudukan kaki dan badan adalah seperti dalam servis deras
4. pastikan bulu tangkis melepasi gelanggang dan dibelakang gelanggang
lawan.jabgan hantarkan di tengah atau didepan gelanggang
Pukulan Hadapan

- Pandang bulu tangkis.


- Ayun raket ke belakang.
- Sebelah tangan lagi diluruskan.
- Ayun raket dengan tangan lurus.
- Pukul bulu tangkis pada jangkauan yang tinggi.
- Ikut lajak.
-
Pukulan Kilas

- Pandang bulu tangkis.


- Kaki kanan menyilang ke kiri.
- Kilas raket separas bahu.
- Pukul bulu tangkis.
- Ikut lajak.
Pukulan Lob

Kemahiran pukulan hadapan boleh digunakan untuk melakukan pukulan lob. Pukulan
ini digunakan untuk memaksa pihak lawan bergerak jauh ke belakang gelanggang.

Pukulan Smesy

Pukulan smesy boleh dilakukan ketika bulu tangkis berada tinggi di udara. Ia digunakan
untuk menamatkan rally atau mencipta ruang. Sasarannya ialah ke ruang kosong
gelangang lawan.

- Pandang bulu tangkis.


- Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
- Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok.
- Sebelah tangan lagi lurus ke atas.
- Ayun raket ke hadapan dengan lengan lurus.
- Pukul bulu tangkis pantas.
- Ikut lajak.

You might also like