You are on page 1of 18

ISI KANDUNGAN

Subtopik Muka surat

ABSTRAK i

Penghargaan ii

Abstrak 1

Pengenalan 2

Objektif Kajian 3

Persoalan Kajian 3

Batasan Kajian 3

Tinjauan Literature 5

Metodologi 5

Analisis Data 7

1
Kecenderungan Responden Dalam Ponteng
Kelas Mengikut Ceraian Punca Ponteng Kelas 10

Tinjauan Persepsi Responden Tentang Cara


Menangani Masalah Ponteng Kelas 11

Implikasi dan Cadangan 12

Kesimpulan 12

Rujukan

Lampiran

ABSTRAK

2
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah faktor-faktor seperti masalah
pelajar, latar belakang keluarga, pengaruh rakan sebaya, suasana sekolah dan persekitaran
mempengaruhi masalah gejala ponteng di kalangan pelajar-pelajar di Sk seri Chempaka Kota
Bharu, Kelantan. Seramai 20 orang pelajar dikaji yang dikenalpasti dalam gejala ponteng.
Hasil kajian menunjukkan pengaruh persekitaran merupakan faktor utama yang mendorong
gejala ponteng di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di daerah Kota Bharu. Selain
faktor persekitaran, faktor-faktor lain yang turut menjadi pendorong terhadap kegiatan
ponteng ialah masalah diri pelajar, diikuti dengan masalah keluarga, pengaruh rakan sebaya
dan peranan sekolah. Hasil kajian mencadangkan beberapa langkah perlu diambil oleh
kesemua plhak yang terlibat iaitu ibu bapa, sekolah, masyarakat dan kerajaan dallam usaha
menangani gejala ponteng yang semakin serius jika tidak dibendung.

3
ABSTRACT (ENGLISH)

The study presents the latest findings on truancy among secondary schools in di Sk seri
Chempaka Kota Bharu districts. The study examined the relationship between truancy and
disciplinary problems, school atmosphere, family background, peer groups, and the general
environment itself The respondents for this study are 20 samples problematic students. The
results of his study showed that the environment factor as major influence to truancy among
the problematic students. Beside -that, the study also found that, other factors such as
disciplinary problems, school atmosphere, family background, peer groups do influence
truancy problems among tlhe students. Therefore, this study recommends few suggestions to
overcome this truancy problem where, all the party including parents, schools, society as well
as government have to cooperate each other to overcome these truancy problems.

PENGENALAN

Keberkesanan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada tahap disiplin pelajar di sekolah
berkenaan. Ini bermaksud disiplin pelajar akan mempengaruhi pencapaian dan juga imej

4
sesebuah sekolah. Disiplin pelajar merosot boleh merangkumi semua aspek perlanggaran
peraturan sekoloh (Disiplin Sekolah) dari segi salah laku pelajar di sekolah. Terdapat Surat
Pekelilingi dan Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru
(Kementerian Pendidikan Malaysia,1988) yang telah menggariskan dengan jelas setiap
bahagian atau kategori disiplin pelajar di sekolah. Dalam kes disiplin dalam persekitaran
sekolah termasuklah merokok, bergaduh, bertumbuk, ponteng sekolah, ponteng kelas,
mencuri dan sebagainya.

Dalam tinjauan kajian ini hanya tertumpu kepada kes ponteng kelas pelajar sekolah rendah di
salah sebuah sekolah rendah Daerah Kota Bharu. Tinjauan ini dilakukan di atas sebab
pengkaji mendapati kes ponteng kelas pelajar tahap 2 di sekolah yang berkenaan begitu
ketara dan merunsingkan (berdasarkan bilangan kes oleh guru-guru mata pelajaran dan
kelas).

Terdapat juga pelbagai rungutan dan aduan daripada guru-guru yang mengajar mengatakan
bahawa bilangan pelajar yang ponteng kelas amat serius dan sudah mencapai tahap yang
membimbangkan. Masalah ponteng kelas ini telah terserlah apabila diperhatikan ramai
pelajar yang berkeliaran dan merayau-rayau di kawasan sekolah mahupun ketidak hadiran
sekolah berkenaan pada waktu pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.

Oleh itu, kajian ini merupakan salah satu langkah proaktif guru di sekolah berkenaan dalam
menangani masalah ponteng . Semoga maklumat tentang punca-punca dan cara mengatasi
masalah ponteng kelas dapat difahami dengan lanjut, menyeluruh dan mendalam. Dengan
adanya panduan ini kelak bolehlah mengambil langkah-langkah yang positif dan lebih
berkesan dalam menangani masalah ponteng kelas di sekolah yang dikaji khasnya dan
sekolah lain amnya.

Maklumat tentang kekerapan ponteng kelas pelajar diperolehi dan dikumpul dengan melalui
pertama, rekod Buku Kawalan Kelas dari setiap tingkatan seperti yang dicatatkan oleh guru-
guru mata pelajaran yang mengajar kelas berkaitan. Kedua, berdasarkan maklumat yang
dikumpul, sebilangan pelajar atau di sini dikenali sebagai responden akan menjalankan ‘pilot-
test’. Seterusnya, senarai semak dan borang soal selidik diberi kepada responden yang
terlibat dalam kes ponteng kelas. Analisis data yang akan dikumpul akan digunakan untuk
mengukuhkan sumber maklumat yang berkaitan dengan punca-punca dan cara mengatasi
ponteng kelas di kalangan pelajar menengah atas. Di samping itu juga pemerhatian dengan
tindak-tanduk pelajar ponteng kelas juga diambil kira dalam kajian ini.

Oleh yang demikian, maka kajian ini ingin mengenal pasti dan mendalami sejauh manakah
tahap kecenderungan punca-punca masalah ponteng kelas ini menular. Ianya dikaji dari
perspektif pelajar. Diharapkan daripada dapatan ini agar dapat menyenaraikan cara-
cara/langkah-langkah untuk mengatasi masalah ponteng kelas dan seterusnya pihak pentadbir
sekolah akan mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengatasi masalah ponteng kelas ini
pada masa akan datang.

Keberkesanan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada tahap disiplin pelajar di sekolah
berkenaan. Ini bermaksud disiplin pelajar akan mempengaruhi pencapaian dan juga imej
sesebuah sekolah. Disiplin pelajar merosot boleh merangkumi semua aspek perlanggaran
peraturan sekoloh (Disiplin Sekolah) dari segi salah laku pelajar di sekolah. Terdapat Surat
Pekelilingi dan Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru

5
(Kementerian Pendidikan Malaysia,1988) yang telah menggariskan dengan jelas setiap
bahagian atau kategori disiplin pelajar di sekolah. Dalam kes disiplin dalam persekitaran
sekolah termasuklah merokok, bergaduh, bertumbuk, ponteng sekolah ponteng kelas,
mencuri dan sebagainya.

Kes ponteng kelas bagi pelajar rendah menjadi satu yang amat serius. Dapatan kajiian kes
tersebut amat membimbangkan di peringkat sekolah yang berkenaan. Oleh itu, kajian ini
merupakan salah satu langkah proaktif guru dalam megesan punca dan langkaj mengatasinya
di sekolah berkenaan. Semoga maklumat tentang punca-punca dan cara mengatasi masalah
ponteng kelas dapat difahami dengan lanjut, menyeluruh dan mendalam. Dengan adanya
panduan ini kelak dapat mengambil langkah-langkah yang positif dan lebih berkesan dalam
menangani masalah ponteng kelas di sekolah yang dikaji kahsnya dan sekolah lain amnya.

Objektif Kajian

1. Mengenal pasti kekerapan ponteng kelas pelajar

2. Mengenal pasti punca-punca ponteng kelas pelajar menengah atas di salah sebuah
sekolah menengah Daerah Sarikei.

3. Mengenal pasti cara mengatasi masalah ponteng kelas pelajar

Persoalan kajian

1. Sejauh manakah kekerapan ponteng kelas

2. Apakan di antara punca kadar ponteng kelas pelajar?

3. Sejauh manakah tahap kecenderungan ponteng kelas pelajar atas mengikut faktor
berikut:
a. Faktor diri (minat)
b. Faktor Guru
c. Peranan rakan sebaya
d. Keceriaan Keluarga
e. Factor persekitaran

4. Apakah persepsi pelajar terhadap cara mengurangkan masalah ponteng kelas pelajar

Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara berikut:


i. Responden pelajar yang terlibat dalam ponteng kelas di sekolah yang dikaji.
ii. Lokasi kajian hanya melibatkan salah sebuah sekolah rendah kebangsaanyang
terletak di kota bharu
iii. Pemerhatian dilakukan berdasarkan kelas yang banyak pelajar yang terlibat kes
ponteng kelas.

6
iv. Maklum balas instrumen bergantung kepada kesungguhan dan ketelusan
responden bergantung kepada skala likert.
v. Oleh kerana kajian ini perlu disiapkan dalam tempoh yang singkat sahaja, maka
bilangan responden yang terlibat hanya 20 orang sahaja.

Tinjauan Literature

Di sekolah, ponteng kelas memang merupakan salah satu masalah disiplin yang tidak boleh
dielakkan. Ponteng kelas adalah disiplin yang dianggap sebagai suatu penyakit berjangkit.

Berdasarkan Panduan bagi Mengikut Mengatasi Ponteng di Sekolah (KPM:1994)


mendefinisikan ponteng kelas:

‘……sebagai perbuatan keluar atau tidak berada di dalam kelas


tanpa kebenaran daripada guru.’

Abdullah (2005:18) menjelaskan bahawa ponteng kelas adalah tindakan seseorang pelajar
yang tidak mengikut sesuatu pelajaran pada waktu yang sepatutnya pelajar itu wajib
mengikutinya di dalam bilik darjah.

Ismail (1992:3) menjelaskan bahawa masalah ponteng kelas boleh menyebabkan pelajar-
pelajar ketinggalan dalam pelajaran.

Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1995 (5 Sept. 1995) telah menjelaskan bahawa:

‘Laporan salahlaku pelajar sekolah …ponteng sekolah dan ponteng kelas


merupakan salahlaku yang tertinggi peratus penglibatan di kalangan pelajar….’

Begitu juga,
‘……jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah dan ponteng kelas sehingga
menjadi tabiat dan amalan, ianya boleh membawa kesan negatif…
ketinggalan dalam pelajaran …… tindakan yang sewajar perlu
diambil bag ’ membanteras salahlaku ponteng di sekolah…’

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986 (1 Ogos 1986) menjelaskan langkah-langkah


keberkesanan disiplin sekolah. Dalam pekeliling ini dinyatakan bahawa :

‘…tugas kita seharusnya tertumpu kepada faktor sekolah yang boleh kita
kawal dan ubah, seperti mewujudkan iklim yang baik dalam sekolah
dan bilik darjah….’

Dalam Surat Pekeliling Ikthsas Bil. 18/1998 (2 Sept. 1998) telah menyarankan tentang
penggunaan budi bicara ketika mengambil tindakan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 (24 Sept 2001) memaklumkan bahawa dalam
menyelesaikan masalah disiplin di sekolah, semua guru adalah guru disiplin. Setiap guru
hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib.

Namun keseriusan kes ponteng kelas masih lagi berterusan. Dengan itu kajian ini dilakukan
demi untuk mengenalpasti pelbagai punca dan cara penyelesaian ponteng kelas mengikut

7
pandangan pelajar menengah atas. Jadi apakah faktor kecenderungan mengikut kadar
ponteng kelas? Menurut persepsi pelajar, apakah cara penyelesaian terhadap ponteng kelas
adalah paling berkesan di sesebuah sekolah?

Berdasarkan Abdullah (2005:110), sikap pelajar yang mudah bosan mendorong salah laku
disiplin di bilik darjah. Teknik pengajaran dan pembelajaran perlu diubah supaya seiring
dengan perkembangan minda pelajar pada masa kini supaya tiada tekanan dan bosan.
Kaedah yang menarik akan dapat menarik pemerhatian pelajar agar memberi respons positif
dan berminat dengan mata pelajaran yang diajar.

Dalam Panduan bagi Mengatasi Masalah Ponteng di sekolah (1994:5-9) telah menjelaskan
bahawa faktor yang menyebabkan salah laku ponteng kelas termasuklah diri sendiri, guru,
kemudahan bilik darjah dan pengurusan sekolah. Manakala langkah-langkah bagi mengatasi
ponteng kelas adalah faktor guru dan peranan pentadbir. Kerjasma antara guru dengan pihak
pentadbir (pengetua, PK pentadbiran, PK HEM dan juga PK KK) yang erat dapat
mempertingkatan dan mencorakkan budaya dan iklim sekolah yang akan memberangsangkan
pelajar datang ke sekolah dan menjauhi salah laku ponteng.

Metodologi

Maklumat tentang kekerapan ponteng kelas pelajar diperolehi dan dikumpul melalui rekod
Buku Kawalan Kelas (Jan-Apr) 2009 dari setiap tingkatan seperti yang dicatatkan oleh guru-
guru mata pelajaran yang mengajar kelas berkaitan. ‘Pilot-test’ dijalankan berdasarkan alat
kajian tertentu, iaitu soal selidik dan temubual. Kemudian maklumat dalam soal selidik telah
dimurnikan dan diubahsuaikan. Seterusnya, borang soal selidik diberi kepada responden
yang terlibat dalam kes ponteng kelas.

Responden yang terlibat dalam kajian semuanya pernah ponteng kelas. Antaranya responden
juga didapatkan daripada senarai pelajar yang dirujuk kaunseling atas sebab ponteng kelas.
Respon terhadap soal selidik adalah dikumpul semasa menghadiri sesi kaunseling dan juga
semasa pengkaji “sit-in” dalam kelas yang berkaitan. Responden diberi penerangan satu demi
satu semasa menjawab borang soal selidik ini.

Analisis Data

Data yang dikumpul dianalisis dengan bantuan pengisian perkomputeran. Diskritif statistik
seperti peratus, min dan sisihan piawai dapat dikonstruk dan mengenal pasti tahap
kecenderungan punca ponteng kelas pelajar dan menentukan peratusan persepsi pelajar dalam
cara menangani ponteng kelas di sekolah.

Jadual 1: Pengelasan Ponteng kelas Responden Kepada Sangat Kerap, Kerapkali, dan Sekali-
sekala.
Sangat Kerap -11 kali dan ke atas

Kerapkali - 5 – 10 kali

Sekali-sekala - 4 kali dan ke bawah

8
Jadual 2: Perbezaan Peratusan Kekerapan Ponteng Kelas Mengikut tahun
Kekerapan
Sangat Kerap Kerapkali Sekali sekala Peratus
darjah Keseluruhan
darjah 6 18 75.0% 3 12.5% 3 12.5% 24 100%
darjah 5 8 66.7% 1 8.3% 3 25.0% 12 100%
darjah 4 0 0.0% 4 80.0% 1 20.0% 5 100%
Jumlah Besar 26 63.4% 8 19.5% 7 17.1% 41 !00%

Berdasarkan Jaduai 1, petunjuk skala di atas menunjukkan bahawa apabila seseorang pelajar
yang ponteng kelas lebih daripada 11 kali adalah dikategorikan dalam sangat kerap ponteng
kelas. Pelajar yang dikatakan kerapkali ponteng kelas adalah ponteng kelas antara lima
hingga 10 kali dalam tempoh berkenaan. Manakala pelajar yang ponteng empat kali dan ke
bawah dikategori ponteng kelas sekali-sekala.

Sehubungan itu, maklumat tersebut adalah berkaitan dengan peratusan kekerapan ponteng
kelas pelajar mengikut tingkatan yang dipetikan daripada Buku Kawalan Kelas sesi
persekolahan dari bulan Januari hingga April 2006. Ianya melibatkan kelas tingkatan empat,
lima dan enam atas. Seramai 41 responden dipilih daripada 177 populasi yang terlibat dalam
ponteng kelas. Semua responden yang terlibat pernah ponteng kelas dalam tempoh
berkenaan. Responden dipilih secara rawak dari setiap kelas. Antara responden ini, 15 orang
daripada tingkatan empat, 21 orang daripada tingkatan lima dan 5 orang daripada tingkatan
enam atas.

Hanya 41 responden yang dipilih adalah disebabkan kesuntukan masa dalam mengumpul
data. Ini menyebabkan pengkaji tidak sempat memberi borang soal selidik untuk pelajar
yang lain. Begitu juga terdapat responden yang tidak mahu memberi pendapat dalam kajian
ini. Kumpulan pelajar ini merasa ragu-ragu dan takut tindakan diambil terhadap mereka
walaupun pengkaji menjelaskan bahawa nama mereka tidak akan didedahkan.

Berdasarkan analisis Jadual 2, secara keseluruhannya peratusan kekerapan ponteng kelas


mengikut tingkatan menunjukkan bahawa responden adalah dianggap sangat kerap ponteng
kelas. Antaranya didapati pelajar tingkatan empat mempunyai peratus kekerapan ponteng
kelas paling tinggi, iaitu 75.0% berbanding dengan 66.7% bagi tingkatan 5. Didapati juga 4
orang pelajar tingkatan 6 atas yang kerapkali ponteng kelas. Secara keseluruhannya, terdapat
17.1% pelajar yang sekali sekala ponteng kelas. Daripada analisis data tersebut, jelaslah
terdapat perbezaan kadar kekerapan ponteng kelas mengikut tingkatan. Fenomena ini
mungkin disebabkan pelajar tingkatan 4 yang berumur 17 tahun merupakan alam aliran
pertukaran dari segi fisiologi dan mereka belum lagi menyesuaikan diri dengan suasana
sekolah menengah atas. Manakala pelajar tingkatan 6 atas sudah berfikiran lebih matang
maka kadar kekerapan ponteng kelas jelas kurang secara perbandingan.

Antaranya yang melibatkan 15 orang responden perempuan dan 26 orang responden lelaki.
Analisis kajian ini menunjukkan bahawa responden lelaki adalah lebih kerap ponteng kelas
berbanding dengan responden perempuan (sila rujuk Lampiran 1).

Berdasarkan analisis kajian ini (sila rujuk Lampiran 1) menunjukkan bahawa dalam tempoh
empat bulan ini responden kekerapan ponteng kelas yang paling tinggi ialah sebanyak 41

9
kali, ,manakala yang paling kurang ponteng kelas adalah dua kali. Maklumat ini adalah
berdasarkan maklumat yang tercatat dalam buku kawalan kelas oleh guru mata pelajaran.
Responden yang dicatat lewat 15 minit masuk kelas tanpa alasan adalah dianggap ponteng
kelas dalam kajian ini.

Daripada maklumat yang didapati, waktu yang paling kerap responden ponteng kelas adalah
waktu ketiga dan waktu kelapan, iaitu masing-masing 102 kali dalam tempoh empat bulan.
Waktu itu adalah waktu akhir bagi kelas tingkatan 4 yang berkaitan dalam kajian ini.
Manakala waktu kesembilan adalah waktu akhir bagi tingkatan 5. Apabila diteliti dalam
catatan Buku kawalan Kelas, didapati hanya sesetengah guru yang mencatatkan pelajar yang
ponteng kelas, begitulah diberitahu oleh ketua tingkatan apabila ditanya (sila rujuk
Lampiran1).

Daripada analisis data yang dikumpul, boleh dikatakan bahawa kekerapan ponteng kelas bagi
pelajar tingkatan menengah atas di sekolah yang dikaji berada di tahap yang tinggi. Maka
faktor-faktor yang mendorong pelajar ponteng kelas juga disoal selidik dan dianalisis sebagai
tindakan proaktif bagi mengenal pasti punca-punca ponteng kelas.

Kecenderungan Responden Dalam Ponteng Kelas


Mengikut Ceraian Punca Ponteng Kelas

Untuk menjawab soalan kajian :


Sejauh manakah tahap kecenderungan ponteng kelas pelajar menengah atas mengikut faktor
berikut:
a. Faktor Budaya dan Persekitaran
b. Faktor Guru
c. Peranan Pentadbir
d. Keceriaan Kelas
e. Keberkesanan Sistem Merit Demerit

Analisis dibuat berdasarkan soal selidik yang telah diberikan kepada pelajar yang pernah
ponteng kelas dari tingkatan 4 (15 orang), Tingkatn 5 (21 orang) dan 6 atas (5 orang). Kajian
ini adalah merujuk kepada persepsi pelajar yang pernah ponteng kelas sebagai responden.
Ianya terdiri daripada pelbagai etnik seperti Melayu, Melanau, Cina, Iban dan Bidayuh di
salah sebuah sekolah menengah di Bahagian Sarikei.

Data ini boleh memberikan maklumbalas kepada pihak sekolah tentang faktor-faktor yang
mendorong pelajar ponteng kelas memandangkan kes ponteng kelas yang kian menular. Jadi,
ia akan memberikan amanat sejauh manakah faktor-faktor yang dikenalpasti dapat membantu
pihak sekolah dalam menangani kes ponteng kelas.

Dalam soal selidik yang berkaitan adalah berdasarkan Skala Likert dari tidak setuju kepada
sangat setuju. Singkatan yang digunakan seperti berikut:

TS = Tidak Setuju
KS = Kurang Setuju
SD = Sederhana
S = Setuju
SS = Sangat Setuju

10
Konstruk 1: Kecenderungan Responden Dalam Ponteng Kelas Mengikut Ceraian Punca
Ponteng Kelas

Bil Faktor Min Sisihan Tahap


Piawai Kecenderungan
1 Faktor Budaya dan Persekitaran
B1a. Ponteng kelas kerana mudah terpengaruh dengan rakan. 3.73 1.43
B1b. Pelajar ponteng kelas kerana ingin mencari keseronokan/ 3.85 1.15
bermain. Sederhana
Min Purata 3.58 2.52
Taburan Rendah=1-2.34; Sederhana=2.35-3.68; Tinggi=3.69-5.00
2 Faktor Guru
B2a. Pelajar ponteng kelas kerana konflik dengan guru-tidak
suka guru berkenaan. 3.68 1.45
B2b. P&P membosankan menyebabkan pelajar ponteng 3.88 1.17 Tinggi
kelas.
Min Purata 3.78 1.31
Taburan Rendah=1-2.17; Sederhana=2.18-3.34; Tinngi=3.35-4.50
3 Peranan Pentadbir
B3a. Tindakan disiplin tidak adil yang diambil oleh guru
menyebabkan pelajar ponteng kelas. 3.90 1.11
B3b. Sistem pentadbiran tidak konsisten dalam mengambil Tinggi
tindakan disiplin menggalakkan pelajar ponteng kelas. 3.90 1.17
B3c. Pihak pentadbir sekolah jarang meronda menjadikan
pelajar berani ponteng kelas. 3.41 1.41
Min Purata 3.74 1.24
Taburan Rendah=1-2.22; Sederhana=2.23-2.45; Tinggi=2.46-3.68
Keceriaan Kelas
4 B4a. Suasana dalam kelas tidak memotivasikan menyebabkan
pelajar ponteng kelas. 3.32 1.25
B4b. Fasiliti atau kemudahan dalam kelas yang rosak dan Sederhana
buruk tidak menggalakkan pelajar belajar. 3.10 1.24
Min Purata 3.21 1.24
Taburan Rendah=1-2.34; Sederhana=2.35-3.68; Tinggi=3.69-5.00
5 Keberkesanan Sistem Merit-Demerit
B5a. Sistem merit-demerit tidak berkesan dalam menangani
kes ponteng kelas. 3.93 1.17 Tinggi
Min Purata 3.93 1.17
Taburan Rendah=1-2.33; Sederhana=2.34-3.67; Tinggi=3.68-5.00
Scale Reliability: 0.749
Cara pengiraan tahap kecenderungan berdasarkan Lau (2005)*
___________________
*Faktor 1: Nilai maksimum - nilai minimum, iaitu 10-2=8; 8÷3=2.67 yang akan digunakan untuk menentukan
sempadan kelas untuk tiga tahap kecekapan tukaran seperti dinilai oleh responden. Nilai sempada kelas: Rendah=2
- 4.67; Sederhana=2.34 - 4.34; Tinggi=2.18 - 4.18. Min taburan skor diperolehi dengan membahgikan nilai
sempadan dengan bilangan item. Jadi min taburan skor bagi kes ini ialah: Rendah=1-2.34; Sederhana=2.35-3.68;
Tinggi=3.69-5.00.

Faktor 2: Nilai maksimum - nilai minimum, iaitu 9-2=7; 7÷3=2.33. yang akan digunakan untuk menentukan
sempadan kelas untuk tiga tahap kecekapan tukaran seperti dinilai oleh responden. Nilai sempada kelas: Rendah=2-
4.33; Sederhana=4.34-6.67; Tinggi=6.68-9.01. Min taburan skor diperolehi dengan membahgikan nilai sempadan
dengan bilangan item. Jadi min taburan skor bagi kes ini ialah: Rendah=1-2.17; Sederhana=2.18-3.34;
Tinggi=3.35-4.50.

Faktor 3: Nilai maksimum - nilai minimum, iaitu 14-3=11; 11÷3=3.67. yang akan digunakan untuk menentukan
sempadan kelas untuk tiga tahap kecekapan tukaran seperti dinilai oleh responden. Nilai sempada kelas: Rendah=3-
6.67; Sederhana=6.68-7.35; Tinggi=7.36-11.03. Min taburan skor diperolehi dengan membahgikan nilai sempadan
dengan bilangan item. Jadi min taburan skor bagi kes ini ialah: Rendah=1-2.22; Sederhana=2.23-2.45;
Tinggi=2.46-3.68

11
Faktor 4: Nilai maksimum - nilai minimum, iaitu 10-2=8; 8÷3=2.67. yang akan digunakan untuk menentukan
sempadan kelas untuk tiga tahap kecekapan tukaran seperti dinilai oleh responden. Nilai sempada kelas: Rendah=2-
4.67; Sederhana=4.68-7.35; Tinggi=7.36-10.03. Min taburan skor diperolehi dengan membahgikan nilai sempadan
dengan bilangan item. Jadi min taburan skor bagi kes ini ialah: Rendah=1-2.34; Sederhana=2.35-3.68;
Tinggi=3.69-5.00

Faktor 5: Nilai maksimum - nilai minimum, iaitu 5-1=4; 4÷3=1.33. yang akan digunakan untuk menentukan
sempadan kelas untuk tiga tahap kecekapan tukaran seperti dinilai oleh responden. Nilai sempada kelas: Rendah=1-
2.33; Sederhana=2.34-3.67; Tinggi=3.68-5.00. Min taburan skor diperolehi dengan membahgikan nilai sempadan
dengan bilangan item. Jadi min taburan skor bagi kes ini ialah: Rendah=1-2.33; Sederhana=2.34-3.67;
Tinggi=3.68-5.00

Data yang dikumpul dari soal selidik adalah dianalisis untuk menentukan tahap
kecenderungan pelajar ponteng kelas melalui pengiraan min taburan skor seperti konstruk 1
di atas. Dalam kajian ini, punca-punca ponteng kelas telah dibahagikan kepada 5 kategori
utama, iaitu budaya dan pengaruh persekitaran, faktor guru, peranan pentadbir, keceriaan
kelas serta sistem merit-demerit. Antara setiap punca tersebut diceraikan kepada ceraian
tertentu.

Berdasarkan analisis kajian, didapati bahawa faktor yang mempunyai tahap kecenderungan
yang paling tinggi ponteng kelas adalah sistem merit-demerit yang dikatakan tidak berkesan
(purata min=3.93). Faktor guru dikatakan kurang memberi dorongan kepada pelajar untuk
ponteng kelas (purata min 3.78). Ini kerana konflik / tidak suka dengan guru berkenaan,
seterusnya responden tidak minat dengan subjek berkenaan dan juga pengajaran dan
pembelajaran yang membosankan. Seperti yang dijelaskan oleh Abdullah (2005) bahawa
guru bukan sahaja mengajar di dalam kelas dan memberi nota semata-mata. Mempelbagaikan
kaedah mengajar dan juga aktiviti dapat memotivasikan pelajar untuk belajar.

Faktor lain yang mempunyai tahap kecenderungan tinggi dalam mempengaruhi responden
ponteng kelas adalah peranan pentadbir berdasarkan analisis min taburan skor, 3.74. Peranan
pentadbir di sini merujuk kepada sistem pentadbiran tidak konsisten dalam mengambil
tindakan disiplin dan tindakan disiplin tidak adil yang di ambil oleh guru terhadap responden
juga menggalakkan pelajar ponteng kelas. Di samping itu juga pihak pentadbir yang jarang
meronda menjadikan responden berani ponteng kelas. Abdullah (2004:11) menjelaskan
bahawa pihak pentadbir perlulah bertindak adil dan tegas serta menguatkuasakan kuasa yang
ada pada mereka dengan sebaiknya.

Faktor budaya dan persekitaran (purata min =3.58) dimana pelajar mudah terpengaruh oleh
rakan sebaya dan juga sifat pelajar yang ingin mencari keseronokan / bermain. Seterusnya
keceriaan kelas (purata min =3.21) juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan
pelajar ponteng kelas. Ini disebabkan oleh suasana dalam kelas tidak dapat memotivasikan
pelajar menyebabkan mereka ponteng kelas. Di samping itu, fasiliti atau kemudahan dalam
kelas yang rosak dan buruk tidak menggalakkan pelajar belajar. Ini selaras dengan pendapat
Abdullah (2004:39), beliau mengatakan bahawa pengaruh rakan sebaya adalah ketara dan
dapat mempengaruh nilai-nilai seseorang pelajar. Sekiranya personaliti rakan sebaya
cenderung kepada negatif, maka begitulah sikap pelajar berkenaan. Pendek kata, rakan
sebaya memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan pandangan
seseorang pada diri sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata kumpulan
masyarakat sekelilingnya.

12
Begitu juga dengan pendapat Mohamed (2004:8) menjelaskan bahawa remaja
berkecenderungan menolak piawaian yang ditentukan oleh ibu bapa dan guru kerana mudah
terpengaruh oleh rakan sebaya. Mereka suka bercuba-cuba untuk membebaskan diri,
berdikari dan membina keyakinan diri. Atas sebab inilah mendorong pelajar suka ponteng
kelas kononnya untuk mencari identiti sendiri.

Tinjauan Persepsi Responden Tentang Cara Menangani Masalah Ponteng Kelas

Kajian ini juga ingin mengenalpasti persepsi responden tentang cara mengurangkan masalah
ponteng kelas. Untuk itu, tinjauan penyelesaian cara dikategorikan kepada 5 cara utama dan
diceraikan kepada ceraian kecil tertentu. Taksiran data adalah berdasarkan pengiraan
peratusan dan seterusnya membandingkan peratusan dalam tiga kategori iaitu cenderung
(sangat setuju dan setuju), neutral (sederhana ) dan tidak cenderung (kurang setuju dan tidak
setuju). Di sini peratusan yang tinggi menunjukkan lebih ramai responden cenderung
menggunakan cara penyelesaian itu dan sebaliknya. Bagi kategori sederhana bermakna
pendapat responden boleh jadi cenderung ataupun sebaliknya.

Konstruk 2: Meninjau Persepsi Responden Tentang Cara Menangani Masalah Ponteng


Kelas

PERATUS (%)

ITEM Sangat Setu JUM- Seder- Kurang Tidak JUM-


(N=41) Setuju -ju LAH hana Setuju Setuju LAH
1. Pengurusan dan Pentadbiran
C1a. Berjumpa dengan pihak pentadbir sekolah
berkesan dalam menangani kes ponteng kelas. 19.5 34.1 53.6 19.5 17.1 9.8 26.9
2. Peranan Pentadbir
C2a. Peraturan sekolah perlu diketatkan lagi 34.1 29.3 63.4 9.8 12.2 14.6 26.8
bagi mengelakkan pelajar ponteng kelas.
C2b. Mengadakan pemeriksaan mengecut yang
lebih kerap dapat mengurangkan pelajar ponteng 29.3 24.4 53.7 12.2 17.1 17.1 34.2
kelas
C2c. Pihak pentadbir perlu memantau aktiviti
pelajar agar mengelakkan pelajar dari ponteng 31.7 34.1 65.8 9.8 9.8 14.6 24.4
kelas.
3. Peranan Guru
C3a. Kaedah P&P harus dipelbagaikan dapat 41.5 24.4 65.9 22.0 7.3 4.9 12.2
memotivasikan pelajar dan mengurangkan
pelajar ponteng kelas.
C3b. Program Keagamaan / Kemoralan sangat
perlu dijalankan bagi memotivasikan pelajar dan 22.0 24.4 46.4 26.8 17.1 9.8 26.9
mengelakkan kes ponteng kelas
4. Program Motivasi
C4a. Program Keagamaan/ kemoralan sangat 22.0 24.4 46.4 26.8 17.1 9.8 26.9
perlu dijalankan bagi memotivasikan pelajar dan
mengelakkan ponteng kelas.
C4b. Kem motivasi boleh mengelakkan pelajar
ponteng kelas. 41.5 24.4 65.9 22.0 12.2 0.0 12.2
5. Keceriaan Kelas
C5a. Peningkatan keceriaan bilik darjah tidak 29.3 24.4 53.7 19.5 7.3 19.5 26.8
dapat memupuk suasana belajar dalam kelas
bagi mengelakkan pelajar ponteng kelas.
57.2 Neu- 24.1
tral
(18.7)
Scale Reliability: 0.849

13
Jika diteliti, dapatan menunjukkan peranan pentadbir khasnya guru dalam kelas memainkan
peranan yang amat penting dalam menangani masalah ponteng kelas (65.9%). Untuk
mengelakkan ponteng kelas, pelajar lebih cenderung kepada memperbaiki kaedah P&P oleh
guru dalam kelas. Ini selaras dengan pandangan Abdullah (2005:29) bahawa kelpelbagaian
teknik-teknik yang dititikberatkan oleh guru dapat menarik minat pelajar belajar. Guru yang
tidak berwawasan akan menyebabkan pelajar mengambil jalan ponteng.

Begitu juga responden inginkan motivasi bagi mengelakkan ponteng kelas yang juga
memperolehi sebanyak 65.9 peratus seperti dalam data analisis. Faktor ini secara langsung
berkaitan dengan pihak pentadbir melalui pemantauan aktiviti pelajar dan memberi galakan
positif dari semasa ke semasa (65.8%). Seterusnya, peraturan sekolah perlu juga diketatkan
lagi bagi mengelakkan pelajar ponteng kelas. Sebanyak 63.4% responden cenderung
mengetatkan lagi peraturan sekolah dalm menyelesaikan masalah ponteng kelas. Seterusnya,
pemeriksaan mengecut dengan lebih kerap dan peningkatan keceriaan bilik darjah
dipersetujui oleh kebanyakan responden (53.7%) untuk mengurangkan pelajar ponteng kelas.

Secara keseluruhannya, melebihi lima puluh peratus (57.2%) responden setuju dan
berkeinginan untuk mendapat cara yang sesuai untuk menangani masalah ponteng kelas.

Tafsiran persepsi di atas adalah selaras dengan pendapat Abdullah (2004:30) bahawa pihak
sekolah dengan kerjasama guru perlu prihatin dan sentiasa mengambil tahu mengenai para
pelajarnya. Peraturan yang ketat dan pengawalan yang berterusan ke atas para pelajar adalah
penting. Di sekolah, guru dan pengetua/guru besar hendaklah bertindak dalam satu pasukan
dan bukan menjadi pemerhati atau mengambil pendirian “Itu bukan tugas aku” untuk lari
daripada tugas (Rajaguru, 1982:272).

Implikasi Dan Cadangan

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kekerapan ponteng kelas pelajar di salah
sebuah sekolah menengah atas di Bahagian Sarikei memandangkan kes ponteng kelas yang
dirujuk kepada guru kaunseling adalah begitu ketara sehingga menjadi satu Implikasi
daripada fenomena ini secara langsung telah mengganggu P&P dalam kelas dan seterusnya
menggugat pencapaian akademik. isu. Diharapkan dengan adanya analisis data ini dapat
memberi sedikit impak kepada pihak sekolah supaya kes ponteng kelas dapat dikurangkan
sehingga minimum.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar sedar akan faktor-faktor yang mendorong
mereka ponteng kelas. Mungkin kerana mereka tidak pandai dalam menangani masalah yang
dihadapi, maka ponteng kelas menjadi jalan pintas bagi mereka mengelakkan diri daripada
masalah. Akan tetapi, pelajar tahu menahu tentang cara yang berkesan dalam menyelesaikan
masalah ponteng kelas seperti yang disenaraikan dalam borang soal selidik.

Melalui kajian ini dapat mengetahui sedikit sebanyak suara hati atau masalah yang dihadapi
oleh pelajar dan seterusnya dapat mengetahui di manakah kelemahan sistem pengurusan dan
pentadbiran di sekolah. Dalam membendung masalah disiplin seperti ponteng kelas saya
percaya daya kepepimpinan seseorang pengetua yang berkesan ‘can make an difference’.

14
Keputusan kajian dapatan diharapkan dapat dilanjutkan kelak. Begitu juga dengan hasil
kajian ini dapat memberi cadangan kepada pihak sekolah agar:

1. lebih bijak semasa mengambil tindakan disiplin.


2. guru perlu mempelbagaikan keadah pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar.
3. profesionalisme perguruan perlu dihargai oleh semua pendidik dan menjalankan
amanat mendidik dengan cemerlang.
4. pihak pentadbir sekolah perlu lebih peka terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar
dan guru.
5. keceriaan bilik darjah perlu dijaga.

Kesimpulan

Tinjauan persepsi tentang ponteng kelas pelajar menengah atas di sekolah dijadikan tajuk
kajian ini adalah berdasarkan keseriusan kes ponteng kelas pelajar yang dirujuk untuk
kaunseling di sekolah. Merujuk kepada rekod kaunseling didapati bahawa pelbagai alasan
dan sebab yang menyebabkan pelajar ponteng kelas. Maka penyebab ponteng kelas seperti
yang didapati daripada pelajar dianalisis menjadi salah satu persoalan kajian. Perbandingan
min taburan skor digunakan untuk mengenalpasti kecenderungan pelajar dalam ponteng kelas
mengikut ceraian faktor ponteng kelas. Analisis menunjukkan bahawa sistem pengurusan dan
pentadbiran sekolah perlu dipertingkatkan contohnya keberkesanan sistem merit-demerit,
budaya sekolah, fasiliti dan kemudahan dalam kelas perlu diprihatin. Keunikan dalam kajian
ini ialah semua hasil kajian adalah berdasarkan pandangan pelajar yang pernah ponteng kelas
semata-mata.

Perbandingan peratusan dalam tinjauan persepsi pelajar tentang cara menangani masalah
ponteng kelas menunjukkan kebanyakan pelajar berpendapat bahawa peranan pentadbir
(pengetua, PK pentadbiaran, PK HEM, PK KK, guru disiplin) merupakan hero dalam
menangani kes ponteng kelas, seperti mengetatkan lagi peraturan sekolah, kekerapan
pemeriksaan mengejut dan seterusnya pemantauan aktiviti pelajar dengan lebih berkesan.
Jika sistem pengurusan dan pentadbiran berkesan dan lebih sistematik, keharmonian sekolah
dapat dipupuk.

Dapatan adalah berdasarkan min taburan skor sebagai tinggi, sederhana dan rendah. Data
yang dikumpul melalui penglibatan 41 responden yang pernah ponteng kelas dalam tempoh
berkenaan. ‘Pilot test’ dijalankan dan diikuti dengan pemurnian soal selidik di bawah
pimpinan Dr. Lau.

Berdasarkan rekod dalam Buku Kawalan Kelas 2006 (Jan-Apr) dan temu bual dengan ketua
tingkatan, didapati ramai guru tidak membuat rekod pelajar yang ponteng kelas ketika itu.
Malah maklumat menunjukkan bahawa kekerapan ponteng kelas yang tinggi adalah waktu
terakhir dan waktu ketiga. Ini mungkin berkaitan dengan guru mata pelajaran. Didapati
hanya ketika sesetengah guru sahaja pelajar ponteng kelas, khasnya waktu ketiga yang
mencatat rekod 102 kali pelajar ponteng kelas. Diharap dengan dapatan ini, masalah ponteng
kelas dapat dikurangkan kelak.

15
Bibliografi

Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar.Penang:Rhythm Industries Sdn.


Bhd..

Rajaguru, Mohd Daud Saad dan Ibrahim Saad. (1982). Pengamatan Terhadap Masalah
Disiplin. Isu Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur:DEB.

SMK Bandar Sarikei. (2006). Buku Kawalan Kelas (Tingkatan 4, 5 dan 6Atas). Sarikei: SMK
Bandar Sarikei.

Ee Ah Meng. (1997). Pedagogi Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (Semester II):Siri
Diploma Perguruan. Selangor Darul ehsan:Percetakan Polygrafic (M) Sdn. Bhd..

16
KPM. (1994). Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Kelas. Kuala Lumpur:Percetakan
Watan Sdn. Bhd..

Mohamed Htta Shaharom. (2004). Psikologi & Kaunseling Remaja:Panduan Remaja


Membimbing Diri Sendiri. Kuala Lumpur: PRIN-AD Sdn. Bhd..

Sufean Hussin dan che Zainon Omar. (2002). Masalah Remaja Daripada Keluarga Ibu
Tunggal:Siri Laporan Kajian Masyarakat. Kuala Lumpur:Tinggi Press Sdn. Bhd..

Surat Pekeliling

KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986. (1 Ogos 1986). Langkah-langkah


Keberkesanan Disiplin Sekolah.

KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1995. (5 September 1995). Menangani Masalah


Ponteng Kelas.

KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 18/1998. (2 September 1998). Penggunaan Budu


Bicara Ketika Mengambil Tindakan.

KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 10/2001. (24 September 2001). Semua Guru Adalah
Guru Disiplin.

Lampiran 1
Analisis Data

Konstruk 1: Input Spesifik Tentang Kekerapan Ponteng Kelas Responden Dari Buku
Kawalan Setiap Kelas (Januari hingga April 2006)

17
Ting- Jan- Responden Kekerapan Ponteng Kelas Mengikut Waktu Jumlah
katan tina
1 2 3 4 R 5 6 7 8 9
6A L 1 2 4 6
6A L 2 1 1 2
6A L 23 2 1 2 1 2 8
6A L 24 1 2 1 1 1 6
6A L 25 2 3 5
5 L 35 4 1 2 2 1 10
5 P 36 4 2 1 1 8
5 P 37 7 1 3 4 3 1 1 20
5 L 38 2 2 1 1 1 1 3 3 2 16
5 L 39 1 1 9 7 1 7 3 1 30
5 P 40 3 3 2 1 1 1 1 12
5 P 41 2 6 2 3 2 15
5 P 7 4 3 4 5 1 1 18
5 L 8 2 1 1 1 1 6 12
5 L 9 1 2 3
5 P 10 1 5 2 6 5 3 2 2 15 41
5 P 11 2 1 4 4 1 1 4 17
5 L 12 4 2 1 1 2 10
5 P 13 1 4 3 12 7 17
5 P 14 2 3 4 4 1 2 16
5 P 15 1 1 1 3
5 L 16 2 2
5 L 17 1 1 3 1 3 3 12
5 L 18 3 4 5 2 6 5 25
5 P 19 1 2 1 2 5 1 12
5 L 20 1 1 1 1 4 5 13
4 L 21 5 4 3 1 9 6 28
4 L 22 1 3 2 6 4 16
4 P 3 1 1 2
4 P 4 1 1 2
4 P 5 1 1 2
4 L 6 2 2 2 4 2 2 11 25
4 L 26 1 1 1 2 2 7
4 L 27 4 1 1 3 4 1 14
4 L 28 2 2 2 2 1 5 5 19
4 L 29 1 1 2 2 1 1 7 6 21
4 L 30 2 4 2 2 1 1 4 3 19
4 L 31 1 1 1 3 1 4 3 14
4 L 32 2 4 8 4 1 1 4 3 27
4 L 33 4 2 10 4 4 1 7 5 37
4 P 34 1 1 5 1 1 1 7 7 24
48 46 10 82 48 31 91 10 43
2 2

Sumber: Buku Kawalan Kelas bagi Tingkatan 4, 5 dan 6Atas pada sesi persekolahan Januari hingga April 2006.

18

You might also like