You are on page 1of 25

SOAL JAWAB PENGURUSAN HARTA PUSAKA

KECIL

BAHAGIAN I:

DEFINASI

1.Soalan: Apakah yang dimaksudkan sebagai harta pusaka?

Jawapan: Harta pusaka adalah semua harta dan kepentingan si mati yang
kematiannya telah dapat dibuktikan.

2. Soalan: Apakah yang dimaksudkan sebagai harta pusaka kecil?

Jawapan: Harta pusaka kecil alah harta yang terdiri daripada harta tak alih
dan harta alih yang jumlah keseluruhan nilai semasanya tidak melebihi RM
600,000 dan si mati tidak meninggalkan wasiat di bawah Akta Wasiat 1958(
tidak termasuk orang Islam)

3. Soalan: Apakah yang dimaksudkan sebagal harta tak alih?

Jawapan: Harta tak alih ialah tanah atau kepentingan di atasnya. Bangunan
kekal adalah meliputi takrif harta tak alih.

4. Soalan: Apakah yang dimaksudkan harta alih?

Jawapan: Harta alih ialah harta yang selain daripada harta tak alih seperti
wang tunai, saham, akaun simpanan bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP), insurans, kenderaan, senjatapi, barang kemas dan sebagainya

5. Soalan: Adakah permit dan lesen seperti lesen pendudukan sementara (TOL),
lesen perniagaan, permit pengangkutan awam boleh dijadikan sebahagian
daripada harta pusaka?

Jawapan: Tidak boleh kerana lesen dan permit tidak boleh diwarisi dan ianya
akan luput setelah kematian pemilik asal.

6. Soalan: Bolehkah “Surat Ikatan Amanah” (Deed of Trust) dianggap sebagai


sebahagian daripada harta pusaka si mati?
Jawapan: Ya, sekiranya nama si mati merupakan sebahagian daripada orang-
orang yang kepada mereka amanah tersebut dipegang. Sekiranya si mati
adalah pemegang amanah, ianya tidak boleh dianggap sebagai harta si mati.

7. Soalan: Sebelum berkuatkuasa Kanun Tanah Negara 1965, terdapat beberapa


hakmilik sementara seperti SuratAkuan (Kedah) dan Tanah AA (Approved
Application). Apakah kedua-dua jenis hakmilik ml boleh boleh dijadikan harta
pusaka Si mati?

Jawapan: Ya, kedua-dua jenis hakmilik di atas adalah sebahagian daripada


harta pusaka si mati sebagaimana hakmilik-hakmilik jenis lain.

8. Soalan: Apakah tanah pajakan lombong (mining lease) yang didaftarkan atas
nama si mati boleh dijadikan harta pusaka si mati?

Jawapan: Boleh, tanah pajakan lombong adalah hakmilik muktamad dan


kerana itu ianya adalah sebahagian daripada harta pusaka si mati yang boleh
diturunmilik kepada waris.

9. Soalan: Bolehkah tanah “daftar pegangan” (register of holdings) di bawah


Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 termasuk di dalam
takrif harta pusaka?

Jawapan: Ya, tanah daftar pegangan adalah termasuk dalam takrif harta pusaka si
mati.

10. Soalan: Bolehkah pembeli menuntut harta pusaka yang dibelinya melalui
surat perjanjian walaupun urusan jual beli tersebut belum lagi disempurnakan
sepenuhnya?

Jawapan: Pembeli boleh membuat permohonan pembahagian pusaka berdasarkan


perjanjian jual beli tersebut. Sekiranya baki harga pembelian masih ada ianya boleh
dijelaskan kepada waris si mati semasa perbicaraan dijalankan.

BIDANG KUASA

1. Soalan: Di manakah permohonan pembahagian harta pusaka kecil boleh


dibuat?

Jawapan: Permohonan pembahagian harta pusaka kecil boleh dibuat di


Pejabat Tanah atau Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil yang terdapat di
daerah di mana harta tidak alih itu berada.
2. Soalan: Sekiranya si mati memiliki beberapa bidang tanah di daerah yang
berlainan di manakah permohonan perlu dibuat?

Jawapan: Permohonan hendaklah dibuat di daerah di mana harta tidak alih


yang nilaiannya paling tinggi berada.

3. Soalan: Bolehkah permohonan pembahagian pusaka yang telah didaftarkan


di satu-satu daerah dipindahkan ke daerah lain untuk kemudahan ahli waris?

Jawapan: Boleh, walau bagaimanapun pemohon hendaklah membuat


permohonan bertulis kepada Pentadbir Tanah Daerah berkenaan menyatakan
tujuan mengapa permohonan pemindahan tersebut dibuat. Permohonan akan
dipanjangkan untuk kelulusan Pengarah Tanah dan Galian Negeri sekiranya
ianya melibatkan pelangkauan daerah dalam negeri yang sama dan Ketua
Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan sekiranya ianya melibatkan
pelangkauan negeri.

4. Soalan: Bolehkah permohonan pembahagian pusaka yang melibatkan harta


alih sahaja (tiada harta tak alih) dibuat di Pejabat Tanah atau Unit
Pembahagian Pusaka?

Jawapan: Tidak boleh, melainkan jika permohonan tersebut sebahagian


daripadanya mengandungi harta tak alih (tanah) atau kepentingan yang wujud
dari mana-mana tanah seperti wang imbuhan pengambilan balik tanah,
Sekiranya si mati hanya meninggalkan harta alih sahaja, permohonan
hendaklah dibuat di pejabat Amanah Raya Berhad.

5. Soalan. Bagi harta si mati yang telah mempunyai penama (nominee) apakah
masih perlu dibuat permohonan pembahagian pusaka?

Jawapan: Tidak perlu, namun tertakluk kepada arahan institusi berkenaan.


Penama pada kebiasaannya akan dibayar terus harta berkenaan yang
dinamakan kepadanya. Sebagai contoh simpanan dalam KWSP, insuran nyawa
dan sebagainya. Penama bagi orang Islam hanyalah sebagai pentadbir dan
perlu difaraidkan kepada waris yang berhak

6. Soalan: Bolehkah tuntutan pusaka harta tak alih dan harta alih dikemukakan
secara berasingan dengan tujuan supaya pembahagian harta alih dapat
dilakukan lebih awal?

Jawapan: Tidak boleh, permohonan kedua-dua jenis harta tersebut hendaklah


dikemukakan dalam satu permohonan sahaja.
7. Soalan: Adakah seorang Pentadbir (Administrator) yang dilantik oieh
Pentadbir Tanah mempunyai kuasa menjual harta yang ditadbirkannya?

Jawapan: Ya, Pentadbir yang dilantik boleh menjual tanah yang ditadbirnya
dengan syarat mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pentadbir Tanah
atau Mahkamah Tinggi.

8. Soalan: Permohonan awal telah dibuat di Mahkamah Tinggi dan Surat Kuasa
Tadbir (Letter of Administration) telah dikeluarkan. Bolehkah penyelesaian
seterusnya dibuat di Pejabat Tanah atau di Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil?

Jawapan: Pada dasarnya tidak boleh. Walau bagaimanapun sekiranya pihak


Mahkamah Tinggi memberi kebenaran ianya boleh dilakukan.

9. Soalan: Si mati seorang Islam, telah mati meninggalkan wasiat. Bolehkah


penerima wasiat membuat permohonan pembahagian pusaka di bawah bidang
kuasa harta pusaka kecil sekiranya nilaian harta yang diwasiatkan kurang dan
RM 600,000.00?

Jawapan: Boleh, kerana wasiat bagi orang-orang Islam tidak tertakluk kepada
Akta Wasiat 1958. Walau bagaimanapun penerima wasiat hendaklah terlebih
dahulu mengesahkan wasiat tersebut di Mahkamah Syariah. Keputusan
Mahkamah Syariah akan diterima pakai dalam perintah pembahagian harta
pusaka kecil.

PERMOHONAN

1. Soalan: Siapakah yang layak memohon pusaka?

Jawapan: Waris terdekat seperti suami, isteri, bapa, ibu, anak dan lain-lain
waris yang boleh mewarisi harta si mati, pemiutang, pemegang gadaian,
penerima wasiat, baitulmal, penghulu, pegawai penempatan, pemegang
amanah (trustee) penerima amanah, pemegang surat kuasa wakil (Power of
Attorney), Amanah Raya Berhad dan pembeli.

2. Soalan: Bagaimanakah permohonan pembahagian harta pusaka dibuat?

Jawapan: Pemohon dikehendak mengisi borang permohonan (borang A) dan


menyertakan sekali dokumen sokongan seperti salinan sijil kematian, sijil
carian rasmi, hakmilik tanah, perjanjian jualbeli tanah atau rumah, surat
pengesahan harta alih yang dituntut, salinan kad pengenalan waris atau sijil
kelahiran waris yang belum dewasa, sijil perkahwinan, penyata hutang dan
lain-lain dokumen yang berkaitan dengan harta si mati.

3. Soalan: Sekiranya sijil kematian hilang dimanakah boleh diperolehi salinan


sijil tersebut?

Jawapan: lanya boleh diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara.( Perlu


nyatakan nama simati, nombor kad pengenalan, tarikh serta tempat kematian)

4. Soalan: Hakmilik (geran) tanah telah hilang dalam simpanan. Bolehkah


permohonan pembahagian pusaka dibuat?

Jawapan: Boleh, pemohon hendaklah mendapatkan carian rasmi dari Pejabat


Tanah di daerah berkenaan untuk mengesahkan pemilikan tanah bekenaan.(
Perlu nyatakan nombor hakmilik, nombor lot –boleh didapati pada resit cukai
tanah)

5.Soalan: Sekiranya kematian tidak didaftarkan bolehkah ía dibuktikan dengan


dokumen lain?

Jawapan: Pemohon perlu mengemukakan Surat Akuan Bersumpah yang


disediakan mengikut kehendak Akta Akuan Bersumpah 1960 (Statutory
Declarations Act 1960) atau Perintah Anggapan Kematian (Order of
Presumtion of Death) dari Mahkamah Tinggi sekiranya si mati telah didapati
hilang bagi tempoh yang melebihi 7 tahun.

6. Soalan: Siapakah yang boleh menyaksikan surat akuan bersumpah?

Jawapan: Ia boleh disaksikan oleh 2 orang saksi bebas yang kenal dengan Si
mati dan menyaksikan kematian si mati tersebut.

7.Soalan: Siapakah saksi bebas?

Jawapan: Saksi bebas ialah orang yang tiada kaitan keluarga terdekat dengan
si mati dan tidak berhak mewarisi harta peninggalannya.

8. Soalan: Adakah pendaftaran permohonan pembahagian harta pusaka


dikenakan sebarang bayaran?

Jawapan: Setiap permohonan dikenakan bayaran pendaftaran Sebanyak RM10.00.

9. Soalan: Bolehkah borang permohonan pembahagian pusaka dihantar melalui


pos?
Jawapan: Boleh. Pemohon hendaklah menyertakan kiriman wang pos / wang
pos sebanyak RM10.00 atas nama Pentadbir Tanah, Pejabat Tanah berkaitan
bagi maksud pendaftaran, bersama-sama lain-lain dokumen yang diperlukan.

10. Soalan: Berapa lamakah sesuatu permohonan dapat diselesaikan?

Jawapan: Bagi permohonan yang tidak bermasalah tempoh penyelesaian


sesuatu kes ialah dalam lingkungan 4 1/2 bulan.

11. Soalan: Sekiranya si mati, mati tanpa meninggalkan waris, siapakah yang
boleh memohon pembahagian harta peninggalannya?

Jawapan: Bagi harta pusaka yang tidak mempunyai waris, Baitulmal Majlis
Agama Islam Negeri, Penghulu, Pegawai Penempatan dan Amanah Raya
Berhad boleh menjadi pemohon pusaka.

12. Soalan: Bagaimanakah Baitulmal boleh mewarisi harta si mati?

Jawapan: Baitulmal akan menjadi waris sekiranya si mati tidak meninggalkan


waris yang boleh “menghabisi” seperti anak lelaki, bapa, saudara lelaki seibu
sebapa, anak saudara lelaki seibu sebapa si mati dan sebagainya. Dalam
keadaan di mana si mati tidak langsung meninggalkan waris kesemua harta Si
mati akan diwarisi oleh Baitulmal. Dalam keadaan lain Baitulmal akan
menerima baki setelah bahagian ahli waris lain diperuntukan.

13. Soalan: Adakah permohonan pusaka perlu disertakan dengan Sijil Faraid?

Jawapan: Tidak perlu. Sijil Faraid boleh disediakan kemudian Sekiranya perlu.

14. Soalan: Di manakah Sijil Faraid boleh diperolehi?

Jawapan: lanya boleh diperolehi daripada Mahkamah Syariah melalui


permohonan waris si mati.

15. Soalan: Bilakah permohonan pembahagian pusaka wajar dilakukan?

Jawapan: Secepat yang mungkin, sebaik-baiknya dalam tempoh 3 bulan dan


tarikh kematian. Permohonan awal adalah penting bagi mengelakkan
berlakunya kematian kepada waris yang mungkin meramaikan lagi waris
pengganti, sehingga akhirnya proses penyelesaian menjadi rumit dan sukar
untuk diselesaikan.
16. Soalan: Adakah denda dikenakan sekiranya permohonan pembahagian
pusaka lewat dibuat?

Jawapan: Tiada sebarang denda dikenakan.

17. Soalan: Bolehkah pemohon mendapatkan khidmat peguam atau Amanah


Raya Berhad dalam menguruskan permohonan?

Jawapan: Waris boleh mendapat khidmat guaman atau Amanah Raya Berhad
tetapi tidak digalakkan kerana ianya melibatkan yuran guaman yang tinggi.

PERBICARAAN

1.Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan perbicaraan?

Jawapan: Perbicaraan ialah satu siasatan yang dijalankan oleh Pentadbir


Tanah untuk menentukan kedudukan waris bagi sesuatu permohonan. Selain
daripada itu ia juga untuk memutuskan segala tuntutan yang timbul dan
seterusnya mengeuarkan perintah pembahagian.

2. Soalan. Di manakah tempat perbicaraan dijalankan?

Jawapan: Perbicaraan pembahagian pusaka dijalankan di Pejabat


Pembahagian Pusaka Kecil atau Pejabat Tanah daerah di mana permohonan
didaftarkan. Ia juga boleh diadakan di mana-mana tempat sepert di balai raya,
dewan orang rarnai, pejabat penghulu dan Iain-lain tempat yang difikirkan
sesuai oleh Pentadbir Tanah.

3. Soalan: Bagaimanakah waris dihubungi untuk menghadiri perbicaraan


pembahagian pusaka?

Jawapan: Pemohon dan setiap seorang daripada ahli waris akan diserahkan
notis perbicaraan (borang D) secara serahan tangan. Bagaimanapun sekiranya
serahan tangan tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab tertentu, notis
perbicaraan boleh dihantar secara pos berdaftar bersama kad akuan
penerimaan. Notis perbicaraan juga akan dipamerkan di tempat-tempat awam
seperti masjid, surau, balairaya dan sebagainya dengan tujuan untuk
mernaklumkan kepada orang ramai sekiranya ada bantahan atau tuntutan.

4.Soalan: Sekiranya terdapat waris yang gagal diserahkan notis perbicaraan


kepadanya, apakah perbicaraan yang dijalankan menjadi tidak sah?
Jawapan: Walaupun waris tidak menerima notis untuk hadir ke dalam
perbicaraan, ianya tidak boleh menjadikan sesuatu perbicaraan itu tidak sah,
melainkan jika pada pandangan Mahkamah Tinggi telah berlaku ketidak adilan
(injustice) terhadap pihak berkenaan.

5. Soalan. Siapakah yang perlu hadir pada hari perbicaraan?

Jawapan: Semua waris dewasa (berumur 18 tahun dan ke atas), orang


berkepentingan dan saksi-saksi, termasuk penghulu sekiranya kehadiran
mereka dikehendaki.

6. Soalan: Perlukah waris kanak-kanak (belum dewasa) hadir perbicaraan?

Jawapan: Waris kanak-kanak (bawah 18 tahun) tidak perlu hadir kerana penjaga

(guardian) telah dilantik mewakili diri mereka.

7. Soalan: Bolehkah pihak awam turut menghadiri perbicaraan?

Jawapan: Perbicaraan bersifat terbuka dan boleh dihadiri oleh orang awam.

8. Soalan: Bolehkah peguam menghadiri perbicaraan?

Jawapan: Boleh, dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pentadbir


Tanah terlebih dahulu.( Seksyen 31 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)
1955

9. Soalan: Sekiranya seseorang waris tidak dapat menghadiri perbicaraan


apakah tindakan yang seharusnya dilakukan?

Jawapan: Waris dewasa yang tidak dapat menghadiri perbicaraan


dikehendaki mengemukakan borang persetujuan pembahagian yang
ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah, Majistret atau Pentadbir
Tanah. Borang tersebut akan menyatakan apakah bentuk pembahagian yang
dikehendaki oleh waris berkenaan.

10. Soalan: Apakah dokumen yang perlu dibawa ketika menghadiri


perbicaraan?

Jawapan: Dokumen asal seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil


kematian, hakmilik tanah, sijil saham, buku wang simpanan dan lain-lain
dokumen berkaitan harta si mati.

11. Soalan: Apakah tujuan perbicaraan?

Jawapan: Perbicaraan adalah untuk menentukan pewarisan, pembahagian


dan memutuskan tuntutan daripada pihak yang berkepentingan.

12. Soalan: Siapakah yang boleh mewarisi harta si mati?

Jawapan: Sekiranya si mati seorang Islam, waris-waris ialah sebagaimana


ditetapkan dalam faraid seperi bapa, ibu, isteri, suami, anak lelaki, anak
perempuan, cucu lelaki, cucu perempuan dan sebagainya.

Bagi si mati bukan seorang Islam, waris adalah sebagaimana dinyatakan


dalam Akta Pembahagian 1958 (Distribution Act 1958) iaitu seperti ibu,
bapa, suami, isteri, anak-anak dan zuriat / keturunan (issues) yang ke bawah.

13. Soalan: Jika si mati ialah warga negara dan mati meninggalkan waris bukan
warga negara bolehkah waris tersebut mewarisi harta peninggalan si mati?

Jawapan: Waris yang bukan warga negara tidak terhalang dari mewarisi harta
si mati. Walau bagaimanapun tertakluk kepada Peraturan Tanah Negeri yang
sedang berkuatkuasa, pendaftaran untuk mendaftarkan nama waris warga
asing hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu.

Sekiranya permohonan diluluskan, bayaran pendaftaran mungkin


dikenakan.(Hanya negeri yang tertentu)

PERINTAH PEMBAHAGIAN

1. Soalan: Bilakah perintah pembahagian dikeluarkan?

Jawapan : Perintah pembahagian dikeuarkan selepas sahaja selesai


perbicaraan, namun perintah bertulis (borang E) hanya akan dikeluarkan 14
hari kemudian. Tempoh 14 hari ini merupakan tempoh rayuan di mana di
sepanjang tempoh tersebut mana-mana pihak yang tidak berpuas hati bolehlah
membuat rayuan.

2. Soalan: Apakah bentuk perintah pembahagian yang boleh dikeluarkan?


Jawapan: Perintah pembahagian yang boleh dikeluarkan adalah berdasarkan
fakta, keterangan dan persetujuan ahli waris semasa perbicaraan. Ianya
mungkin merupakan penurunan milik langsung kepada waris, pelantikan
pentadbir ataupun perintah jualan.

3. Soalan: Sekiranya seorang waris (pemohon) sahaja yang hadir perbicaraan


bolehkah perintah pembahagian dikeluarkan?

Jawapan: Boleh, sekiranya pembahagian di buat mengikut hukum faraid


atau Akta Pembahagian 1958. Bagi perintah lain selain daripada itu adalah
terhad kepada pengeluaran Surat Kuasa Tadbir sahaja.

4.Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan penjaga (guardian)?

Jawapan: Penjaga ialah orang yang dilantik bagi pihak waris yang belum
dewasa atau hilang upaya untuk bertindak bagi pihak waris tersebut, dalam
sesuatu perbicaraan yang dijalankan.

5. Soalan: Apakah tanggungjawab penjaga?

Jawapan: Penjaga bertanggungjawab ke atas semua kepentingan waris yang


belum dewasa atau hilang upaya dan di beri kuasa di bawah undang-undang
untuk menentukan pembahagian kepada orang yang dijagai.

6. Soalan: Siapakah yang boleh menjadi penjaga?

Jawapan: Pelantikan penjaga adalah berdasarkan budibicara Pentadbir Tanah.


Walau bagaimanapun pada kebiasaannya, waris terdekat seperti ibu, bapa,
saudara mara, datuk nenek adalah mereka-mereka yang biasa dilantik.

7. Soalan: Siapakah yang dimaksudkan dengan pemegang Surat Kuasa Tadbir?

Jawapan: Pemegang Surat Kuasa Tadbir atau biasa juga disebut “pentadbir”
(administrator) ialah orang yang dilantik oleh Pentadbir Tanah melalui
perbicaraan pembahagian pusaka. Tugas mereka ialah untuk mentadbir harta
si mati dengan menyediakan inventori, menerima dan membuat pembayaran
bagi pihak waris, sehinggalah perintah pembahagian yang selanjutnya
dikeluarkan. Jumlah pentadbir adalah di antara 1 hingga 4 orang.

8.Soalan: Sekiranya “pentadbir” tidak amanah dalam menjalankan tugasnya,


bolehkah pelantikannya dibatalkan dan dilantik yang lain?

Jawapan: “Pentadbir” yang dilantik boleh dibatalkan pelantikannya oleh


Pentadbir Tanah atas permohonan mana-mana waris dengan menggunakan
borang Permohonan Yang Kemudian (Borang P). Pentadbir Tanah berkaitan
juga boleh melantik “pentadbir” baru sekiranya difikirkan sesuai.

9. Soalan: Apakah penama (nominee) yang beragama Islam berhak sepenuhnya


kepada wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji dan
Insuran Si mati?

Jawapan: Sebagai penama, mereka berhak mengeluarkan wang-wang


tersebut. Namun Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa penama
adalah wasi yang bertanggungjawab untuk membahagikan wang yang
dinamakan kepadanya, kepada waris yang berhak mengikut hukum faraid.

10. Soalan: Mengapakah tanah-tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan


Penempatan Berkelompok) 1960 tidak boleh dibahagikan terus kepada waris-
waris?

Jawapan: Tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok)


1960 tertakluk kepada Seksyen 16 Akta tersebut yang hanya membenarkan
turunmilik dilakukan kepada 2 (dua) orang waris sahaja.

11. Soalan: Bagaimanakah cara menebus (pembelian balik) bahagian yang


diperolehi oleh Baltulmal?

Jawapan: Setelah dipersetujui nilai tebusan oleh pihak Baitulmal,


pembayaran boleh dilakukan secara tunai atau ansuran.

12. Soalan: Bolehkah waris belum dewasa (minor) menyerahkan bahagian


mereka kepada waris lain ketika perbicaraan sedang dijalankan?

Jawapan: Boleh, sekiranya dipersetujui oleh penjaga dengan syarat pada


pandangan Pentadbir Tanah, penyerahan tersebut tidak mendatangkan
ketidakadilan kepada waris berkenaan.

13. Soalan: Bolehkah pemegang Surat Kuasa Tadbir menjual harta yang di
tadbir?

Jawapan: Boleh, melalui pertintah pembahagian yang diberi oleh Pentadbir


Tanah atau Mahkamah

14. Soalan: Adakah apa-apa bayaran perintah dikenakan bagi mendapatkan


perintah pembahagian pusaka?

Jawapan: Bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM10.00 dan jika salinan
pendua dikehendaki bayaran tambahan sebanyak RM 2.00 dikenakan bagi
setiap salinan.
15. Soalan: Adakah bayaran lain dikenakan?

Jawapan: Bayaran lain yang mungkin dikenakan ialah duti harta pusaka
sekiranya kematian berlaku sebelum 1 November 1991. Jumlahnya tertakluk
kepada Enakmen Duti Harta Pusaka 1941. Kematian selepas tarikh tersebut
adalah dikecualikan daripada duti harta pusaka.

16. Soalan: Bagaimanakah duti harta pusaka ditentukan?

Jawapan: Duti harta pusaka dikira berasaskan nilai aset si mati pada tarikh
kematiannya, setelah ditolak belanja pengkebumian. Kadarnya adalah
berbeza-beza dan tahun kesetahun diantara 1% hingga 4%.

17.Soalan: Bagaimanakah harta pusaka orang yang bukan beragama Islam


dibahagikan?

Jawapan: Pembahagian harta pusaka bagi orang bukan Islam ialah


berdasarkan kepada Akta Pembahagian 1958 (Akta 300) Walau
bagaimanapun pembahagian secara muafakat dibenarkan sekiranya mendapat
persetujuan semua waris.

18. Soalan: Jika waris bermastautin di luar Malaysia siapakah yang boleh
menyaksikan Borang Persetujuan Pembahagian?

Jawapan: Penyaksian boleh dilakukan oleh Notari Awam (Public Notary) atau
Perwakilan Malaysia di negara berkenaan.

19.Soalan: Apakah tindakan yang boleh diambil untuk menyelesaikan


pembahagian pusaka sekiranya terdapat waris si mati yang hilang dan tidak
dapat dikesan?

Jawapan: Kehilangan waris berkenaan boleh diiklankan di akhbar-akhbar.


Selepas ternpoh tertentu perbicaraan boleh diteruskan dan pembahagian akan
dibuat berdasarkan hukum faraid bagi yang beragama Islam dan Akta
Pembahagian 1958 bagi yang bukan beragama Islam. Seterusnya “pentadbir”
akan dilantik bagi mentadbirkan bahagian waris tersebut. Sekiranya perintah
penjualan dikeluarkan, hasil jualan bahagian waris yang hilang tersebut akan
disimpan di Amanah Raya Berhad.
RAYUAN PERINTAH

1.Soalan: Siapakah yang boleh membuat rayuan?

Jawapan: Rayuan boleh dibuat oleh ahli waris atau mana-mana pihak
berkepentingan yang tidak berpuas hati dengan keputusan pembahagian yang
dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah dalam mana-mana perbicaraan di bawah
Akta (Pembahagian) Pusaka Kecil 1955.

2. Soalan: Dimanakah rayuan boleh dibuat?

Jawapan: Rayuan hendaklah dilakukan di Mahkamah Tinggi di negeri di


mana permohonan pembahagian harta pusaka dirnasukkan dan mestilah
dibuat melalui Unit Pembahagian Pusaka Kecil yang menguruskan
permohonan harta pusaka tersebut.

3. Soalan: Bilakah rayuan boleh dibuat?

Jawapan: Rayuan boleh dibuat dalam tempoh 14 hari dan tarikh perintah
pembahagian dikeluarkan.

4. Soalan: Bagi permohonan pembahagian pusaka yang telah lama selesai


apakah rayuan masih boleh dilakukan?

Jawapan: Rayuan masih boleh dibuat, namun perintah perlanjutan tempoh


rayuan hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Mahkamah Tinggi.

5. Soalan: Sekiranya perayu masih tidak berpuashati dengan perintah yang


dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi apakah beliau masih boleh membuat
rayuan lanjutan di Mahkamah Persekutuan?

Jawapan: Perintah Mahkamah Tinggi adalah menjadi muktamad di bawah


Akta (Pembahagian) Pusaka Kecil 1955 dan tidak boleh lagi di rayu di
mana-mana mahkamah lain.

6.Soalan: Perlukah waris menggunakan khidmat peguam bagi urusan rayuan?

Jawapan: Pemohon perlu menggunakan khidmat guaman bagi membantu


mereka menguruskan rayuan.

7.Soalan: Adakah rayuan dikenakan apa-apa bayaran?


Jawapan: Ya. beberapa bayaran dikenakan seperti:-

Yuran rayuan - RM50.00

Deposil - RM1500.00

Yuran guaman – ditentukan oleh peguam

PERMOHONAN KEMUDIAN

1.Soalan: Mengapakah permohonan kemudian perlu dilakukan?

Jawapan: Permohonan kemudian perlu dilakukan apabila waris atau mana-mana


pihak

berkepentingan dalam sesuatu permohonan pembahagian pusaka yang telah


selesai, mendapati:

a. Masih terdapat harta si mati yang ketinggalan dimasukkan dalam


permohonan awal.

b. Perlu membatalkan perintah pelantikan Pentadbir (administrator)


yang dilantik dalam permohonan awal.

c. Perlu membatal pelantikan pemegang amanah

d. Perlu meantik pentadbir dan pemegang amanah yang baru


menggantikan yang sedia ada atas sebab-sebab tertentu.

2. Soalan: Bagaimanakah perrnohonan kemudian dilakukan?

Jawapan: Ianya dilakukan dengan mengisi borang P yang boleh didapati


dimana-mana Unit Pembahagian Pusaka atau Pejabat Tanah dan
menyerahkannya semula di Unit Pembahagian Pusaka atau Pejabat Tanah
berkenaan.
3. Soalan: Adakah permohonan kemudian dikenakan apa-apa bayaran?

Jawapan: Ya, permohonan kemudian dikenakan bayaran pendaftaran


sebanyak RM10.00 dan bayaran perintah sebanyak RM 1000 yang perlu
dijelaskan selepas perbicaraan selesai.

4. Soalan: Bolehkah perintah pembahagian permohonan kemudian dirayu


sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati?

Jawapan: Boleh, rayuan hendaklah dibuat ke Mahkamah Tinggi melaui Unit


Pembahagian Pusaka berkaitan

5. Soalan: Berapa lamakah tempoh penyelesaian sesuatu permohonan


kernudian?

Jawapan: Tempoh penyelesaiannya adalah bergantung kepada keadaan dan


tujuan sesuatu permohonan berkenaan. Namun pada kebiasaannya tempoh
penyelesaian ialah di antara 2 hingga 4 1/2 bulan.

6. Soalan: Sekiranya selepas perrnohonan kernudian selesai, masih terdapat


harta yang ketinggalan, bolehkah permohonan kemudian dibuat semula?

Jawapan: Boleh, ianya boleh dibuat berulangkali sekiranya perlu.

WASIAT

1.Soalan: Apakah wasiat?

Jawapan: Wasiat ialah pemberian harta daripada seseorang yang masih hidup
kepada mana-mana orang atau badan, dan ianya dilaksanakan hanya setelah
orang tersebut meninggal dunia. Bagi orang bukan Islam wasiat tertakluk
kepada Akta Wasiat 1958 manakala bagi orang Islam ianya hendaklah selaras
dengan beberapa penentuan syarak.

2. Soalan: Bolehkah seorang Islam mewasiatkan hartanya kepada anak-anak?

Jawapan: Tidak boleh, wasiat bagi seorang Islam tidak sah sekiranya
penerima wasiat tersebut adalah ahli waris yang berhak menerima pusaka
secara faraid. Sebagai contoh, anak, isteri/ suami, ibu/bapa kepada Si mati
tidak boleh menerima wasiat daripada si mati tersebut.

3. Soalan: Apakah bentuk wasiat yang dibolehkan dalam Islam?


Jawapan: Di dalam Islam seseorang itu hanya boleh mewasiatkan harta
bendanya kepada orang-orang yang bukan ahli waris yang boleh mempusakai
hartanya secara faraid. Sebagai contoh si mati boleh mewasiatkan hartanya
kepada anak angkat, orang-orang yang tiada hubungan waris atau badan-badan
yang diluluskan oleh syarak.

4. Soalan: Bolehkah seseorang itu mewasiatkan kesemua hartanya?

Jawapan: Tidak boleh, kadar harta yang boleh diwasiatkan ialah tidak lebih
daripada 1/3 daripada jumlah keseluruhan hartanya. Bakinya hendaklah
ditinggalkan untuk diwarisi oleh ahli waris

5. Soalan: Bolehkah harta pusaka si mati yang berwasiat diselesaikan di bawah


bidang kuasa pusaka kecil sekiranya nilai keseluruhan harta tersebut kurang
dan RM600,000.00?

Jawapan: Bagi harta pusaka si mati yang berwasiat samada diwasiatkan


kesemuanya atau sebahagiannya sahaja, ianya tidak ditakrifkan sebagai harta
pusaka kecil, walaupun nilaian harta berkenaan kurang dan RM600,00.00
Penyelesaian harta pusaka berwasiat adalah terletak di bawah jurisdiksi
Mahkamah Tinggi.

6. Soalan: Bagaimakah pula kedudukan wasiat seorang Islam?

Jawapan: Sekiranya pemberi wasiat adalah seorang Islam, pengesahan wasiat


tersebut hendaklah dibuat di Mahkamah Syariah dan perintah Mahkamah
tersebut akan digunapakai dalam menentukan pembahagian pusaka di bawah
Akta (Pembahagian) Pusaka Kecil 1955.

HARTA SEPENCARIAN

1.Soalan: Apakah yang dimaksudkan harta sepencarian atau harta syarikat?

Jawapan: Harta sepencarian atau dikenali sebagai harta syarikat ialah harta
yang diperolehi atau dikumpulkan bersama oleh suami isteri disepanjang
tempoh perkahwinan mereka. Kebiasaannya ia ditentukan ketika pasangan
suami isteri bercerai. Bahagiannya tidak ditentukan syarak namun ianya tidak
melebihi 1/2 daripada keseluruhan harta.

2. Soalan: Bolehkah seorang isteri menuntut harta sepencarian di atas harta


pusaka suaminya yang telah meninggal dunia?
Jawapan: Boleh, walau bagaimanapun tuntutan tersebut hendaklah dibuat di
Mahkamah Syariah ( tertakluk kepada peraturan negeri) dengan
mengemukakan bukti-bukti yang boleh menyokong tuntutan tersebut. Dalam
hal ini sumbangan isteri dalam perolehan atau pengumpulan harta berkenaan
akan diambilkira sebagai asas dalam menentukan jumlah yang layak
diperuntukan.Perintah dan Mahkamah Syariah akan digunapakai dalam
pembahagian harta pusaka si mati.

3. Soalan: Bolehkah seorang suami menuntut harta sepencarian di atas harta


pusaka isterinya yang telah meninggal dunia?

Jawapan: Boleh, asas hukumnya adalah sama sebagaimana tuntutan yang


dibuat oleh seorang isteri.

4. Soalan: Bagaimana hak pewarisan seorang isteri/ suami yang telah


diperuntukan harta sepencarian kepadanya?

Jawapan: Walaupun telah diperuntukan bahagian harta sepencarian atau harta


syarikat, namun isteri/suami masih boleh mewarisi baki harta si mati secara
faraid bersama-sama waris-waris lain.

5. Soalan: Apakah konsep harta sepencarian turut digunapakal dalam


pembahagian harta pusaka si mati yang bukan beragama Islam?

Jawapan: Tidak. harta sepencarian tidak berlaku dalam pembahagian pusaka


si mati yang bukan beragama Islam. Bagaimanapun “matrimonial asset”
adalah harta yang dibahagikan di antara suami dan isteri ketika perkahwinan
dibubarkan, namun ianya tidak wujud selepas kematian suami atau isteri.

HARTA PUSAKA BERKAITAN JUAL BELI

1. Soalan: Siapakah yang dianggap sebagai pembeli di bawah Akta


(Pembahagian) Harta Pusaka Kecil 1955?

Jawapan: Seksyen 2 Akta (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil, 1955


menjelaskan pembeli sebagai seorang yang pada tarikh permohonan atau
pembahagian pusaka dibuat samada oleh dirinya sendiri atau orang lain,
menduduki (in Occupation) mana-mana tanah atau kepentingan yang
didaftarkan atas nama si mati, melalui perjanjian jualbeli di antara dirinya
denqan si mati.

2. Soalan: A telah membeli tanah milik B semasa B masih hidup. Disebabkan


hakmilik tanah berkenaan pada ketika itu telah hilang, A dan B telah membuat
perjanjian jualbeli mengikut Akta Kontrak 1950. B kemudiannya telah
meninggal dunia tanpa sempat memindahmilik tanah berkenaan kepada A.
Sebagai pembeli (purchaser) layakkah A membuat permohonan pembahagian
pusaka si mati B?

Jawapan: Sebagai pembeli (purchaser), A dibenarkan di bawah Akta


(Pembahagian) Harta Pusaka Kecil 1955 untuk memohon pembahagian harta
pusaka. Sekiranya perbicaraan harta pusaka yang dijalankan memutuskan
bahawa “kontrak” jualbeli di antara A dan B adalah sah, tanah yang dibeli
boleh diturunmilik terus (direct transmission) kepada A.

3. Soalan: Sekiranya A turut meninggal dunia kemudiannya dan jualbeli masih


belum sempat disempurnakan, apakah C, iaitu anak kepada A boleh memohon
pembahagian pusaka?

Jawapan: C tidak layak memohon pembahagian pusaka harta B kerana tidak


mempunyai “ locus standi’. C dikehendaki terlebih dahulu memohon
pembahagian pusaka si mati A (kepentingan C di atas tanah yang dibeli
berdasarkan perjanjian jual beli di antara A dan B). Setelah surat kuasa tadbir
harta pusaka A diperolehi. barulah C layak membuat permohonan.

4.Soalan: Sekiranya perjanjian jual beli di antara A dan B berlaku secara lisan
(verbal agreement), ataupun telah hilang dan simpanan, bolehkan A memohon
pembahagian pusaka selepas kematian B?

Jawapan: Boleh, tetapi A mestilah mempunyai lain-lain bukti (evidence) yang


boleh menyokong tuntutannya kerana ketiadaan perjanjian bertulis
(documentary evidence).

5. Soalan: Sekiranya dokumen perjanjian jualbeli di antara A dan B tidak


disetemkan (stamping), apakah perjanjian tersebut boleh digunakan oleh A
untuk membuat permohonan pembahagian pusaka B?

Jawapan: Dokumen perjanjian yang tidak disetemkan tidak boleh dianggap


sebagai dokumen yang sah (valid). Kerana itu A tidak boleh memohon
pembahagian pusaka B. Bagaimanapun setem boleh dilakukan pada bila-bila
masa walaupun bukan pada tarikh sebenar perjanjian dibuat. Setelah
disetemkan A boleh membuat permohonan.

6. Soalan: Ahmad telah membeli seunit pangsapuri menerusi satu perjanjian


jualbeli (sales and purchase agreement) dengan pemaju.Dalam tempoh
menunggu pengeluaran hakmilik strata, Ahmad telah meninggal dunia.
Bolehkah surat perjanjian jual beli tersebut digunakan oleh waris Ahmad untuk
memohon pembahagian harta pusaka si mati?

Jawapan: Perjanjian jualbeli di antara Ahmad (si mati) dan pemaju telah
menunjukkan wujudnya kepentingan (interest) beliau di atas pangsapuri
berkenaan. Kepentingan si mati boleh disifatkan sebagai harta si mati. Oleh
yang demikian, waris Ahmad boleh menggunakan surat perjanjian jual beli
berkenaan untuk tujuan permohonan pembahagian pusaka.

7. Soalan: Bolehkah plot-plot bangunan yang belum dikeluarkan hakmilik strata


diturumilik kepada waris?

Jawapan: Boleh, bagaimanapun bentuk perintah pembahagian hanyalah


terhad kepada pengeluaran “surat kuasa tadbir” kepada ahli waris tertentu
yang kemudiannya akan membuat permohonan kemudian setelah hakmilik
strata dikeluarkan. Ketika itu barulah pembahagian sebenar kepada waris-
waris dapat dilaksanakan.

LAIN-LAIN MASALAH

1.Soalan: Apakah waris yang beragarna Islam boleh mewarisi harta pusaka si
mati yang bukan beragama Islam?

Jawapan: Tidak boleh. Mazhab Syafi’e telah menetapkan orang Islam tidak
boleh mewarisi harta pusaka orang yang bukan beragama Islam, begitu juga di
sebaliknya di mana orang bukan Islam tidak boleh mewarisi harta orang
Islam.

2.Soalan: Si mati seorang Islam, mempunyai anak angkat yang dipelihara sejak
kecil. Sijil kelahiran anak angkat tersebut mencatatkan nama si mati sebagai
bapa kandung (lawful-father). Bolehkah anak angkat tersebut menerima harta
pusaka si mati?

Jawapan: Anak angkat kepada seseorang yang beragama Islam tidak boleh
mewarisi harta bapa angkatnya walaupun pada sijil kelahiran menyatakan si
mati sebagai bapa kandung (legal farther). Sekiranya ada pertikaian, ianya
akan dirujuk ke Mahkamah Syariah yang akan mengesahkan kesahihan
pengangkatan tersebut.

3. Soalan: Apakah anak angkat kepada si mati yang bukan beragama Islam
layak menerima harta pusaka si mati berkenaan?

Jawapan: Ya, anak angkat kepada si mati yang bukan beragama Islam boleh
mewarisi harta si mati jika status pengangkatannya didaftarkan secara sah di
bawah Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).

4. Soalan: Sekiranya perkahwinan tidak didaftarkan mengikut Akta


Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 apakah
balu/duda layak mewarisi harta pusaka salah seorang daripada mereka
sekiranya berlaku kematian?

Jawapan: Walaupun perkahwinan mereka dianggap tidak sah di bawah Akta


berkenaan, namun balu/duda masih layak mewarisi harta pusaka salah seorang
daripada mereka, sekiranya dapat dibuktikan bahawa perkahwinan di antara
mereka berdua telah sebenarnya berlaku mengikut adat dan amalan
masyarakat mereka.

5. Soalan: Bolehkah “Surat Ikatan Amanah” (deed of trust) dianggap sebagai


sebahagian daripada harta pusaka si mati?

Jawapan: Ya, sekiranya nama si mati merupakan sebahagian daripada orang-


orang yang kepada mereka amanah tersebut dipegang. Sebaliknya jika si mati
adalah pemegang amanah, “surat ikatan amanah” tersebut tidak boleh
dianggap sebagai harta si mati.

FARAID

1.Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan “faraid”?

Jawapan: Faraid ialah hukum pewarisan dan pembahagian harta pusaka bagi
orang-orang Islam berdasarkan syariat Allah dalam Al-Quran dan Hadis Nabi.

2. Soalan: Apakah hak anak luar nikah terhadap pewarisan harta?

Jawapan: Anak luar nikah boleh mewarisi harta ibunya tetap tidak boleh
mewarisi harta bapanya

3. Soalan: Apakah hak seorang isteri yang diceraikan?

Jawapan: Seorang isteri yang diceraikan berhak menerima harta sepencarian


hasil usaha mereka bersama sepanjang tempoh perkahwinan. Sekiranya dalam
tempoh iddah, bekas suaminya meninggal dunia, isteri yang diceraikan berhak
mewarisi 1/8 daripada harta bekas suaminya tersebut.

4. Soalan: Sekiranya si mati adalah seorang perempuan/lelaki yang belum


berumahtangga, siapakah yang berhak mewarisi harta pusaka?

Jawapan: Waris yang berhak ialah:


Bapa si mati - 2/3 bahagian dan

Ibu si mati - 1/3 bahagian

Saudara/i si mati, walaupun ada tidak dapat mewarisi harta si mati.

5. Soalan: Siapakah yang berhak mewarisi harta seorang isteri yang telah
meninggal dunia?

Jawapan: Waris yang berhak ialah:

Bapa - 1/6bahagian

Ibu - 1/6 bahagian

Suami - 1/4bahagian

Anak-anak - baki harta

6.Soalan: Seorang suami telah meninggal dunia meninggalkan 4 isteri dan


beberapa orang anak. Berapakah bahagian yang diperolehi oleh setiap isteri dan
anak?

Jawapan: Setiap isteri – 1-32 bahagian

Anak – 31/32 bahagian

7.Soalan: Berapakah bahagian anak lelaki berbanding bahagian anak


perempuan?

Jawapan: Anak lelaki akan mendapat 2 bahagian, manakala anak perempuan 1


bahagian.

8. Soalan: Si mati belum berkahwin. Semasa mati hanya meninggalkan seorang


saudara perempuan seibu sebapa sebagai waris. Bagaimanakah harta itu
dibahagikan?

Jawapan: Saudara perempuan - ½bahagian

Baitulmal- ½ bahagian

9. Soalan: Apakah perkara-perkara yang perlu diselesaikan oleh waris sebelum


harta pusaka si mati dibahagikan?
Jawapan: Imam Nawawi dalam kitabnya ‘Minhaj-EI-Tolibin’ telah
menjelaskan bahawa 3 perkara yang perlu diselesaikan oleh ahli waris ialah:

a. Belanja pengkebumian

b. Hutang Si mati

c. Wasiat

AKTA PEMBAHAGIAN 1958

1.Soalan: Mengapakah Akta Pembahagian 1958 diwujudkan?

Jawapan: Akta ini dugubal bertujuan untuk menjelaskan hak-hak pewarisan si


mati yang bukan beragama Islam serta bahagian-bahagian setiap seorang
daripada mereka Akta ini terpakai sekiranya si mati tidak meninggalkan
wasiat.

2. Soalan: Bolehkah ibu/bapa mewarisi harta pusaka anak?

Jawapan: Akta Pembahagan 1958 memperuntukan hak ibu/bapa (parents) di mana


sekiranya si mati tiada waris lain, bapa akan mendapat ½ bahagian dan ibu ½
bahagian. Jika ada waris lain bapa akan mendapat 1/8 dan ibu 1/8.

3. Soalan: Si mati meninggalkan isteri, ibu, bapa dan anak-anak. Bagaimana


harta dibahagikan?

Jawapan: Bapa - 1/8bahagian

Ibu 1/8 bahagian

Isteri - 2/8 bahagian

Anak-anak - 4/8 bahagian

4.Soalan: Sekiranya si mati hanya meninggalkan isteri/suami (spouse), ibu/bapa


dan anak-anak tiada, berapakah bahagian yang boleh diwarisi oleh suami/isteri
tersebut?

Jawapan: Isteri atau suami akan mendapat kesemua bahagian harta si mati
5.Soalan: Si mati tidak mempunyai waris, Siapakah yang berhak terhadap
hartanya?

Jawapan: Sekiranya tiada waris yang berhak. Akta memperuntukan harta si


mati kembali kepada kerajaan.

6. Soalan: Bolehkah anak kepada waris yang telah mati terdahulu dan si mati
mendapat pusaka simati?

Jawapan: Tidak boleh kerana Akta menyatakan waris yang hidup (surviving
issues) sahaja layak mendapat harta.

PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA BERKAITAN TANAH

ADAT (CUSTOMARY LAND)

1.Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan tanah adat (customary land)?

Jawapan: Tanah adat merupakan tanah di bawah hakmilik Pejabat Tanah yang
diwartakan di bawah Enakmen Pegangan Adat, Bab 215 dan Enakmen
Pegangan Adat (Tanah Lengkongan) 1960 dan ianya diwarisi secara turun
temurun oleh sesuatu suku kaum secara berkelompok. Dalam sijil daftar tanah
tersebut tercatit nama suku atau kaum berkenaan. Tanah adat terdapat di
Negeri Sembilan dan Melaka.

2. Soalan: Di daerah manakah di Negeri Sembilan dan Melaka terdapat tanah


adat tersebut?

Jawapan: Tanah adat banyak terdapat di daerah Jelebu, Rembau, Kuala Pilah,
Jempol. Tampin dan Gemas di Negeri Sembilan. Alor Gajah dan Jasin di
Melaka. Keluasan keseluruhan tanah adat di Negeri Sembilan ialah 34.550
ekar.

3. Soalan: Apakah peruntukan yang di gunapakai dalam menyelesaikan harta


pusaka tanah adat ini?

Jawapan: Terdapat beberapa peruntukan yang digunakan — Enakmen


Pemegang Tanah Adat Bab 215, dan Enakmen Pemegangan Adat (Tanah
Lengkongan) tahun 1960.
4. Soalan: Bagaimanakah permohonan pembahagian harta pusaka
dilaksanakan?

Jawapan: Untuk tanah adat di Negeri Sembilan permohonan boleh


dikemukakan di Pejabat Tanah Daerah di mana tanah tersebut terletak
mengikut peruntukan Seksyen 10 EPA Bab 215 dan EPA (Tanah Lengkongan)
1960. Permohonan harta pusaka untuk tanah adat dan bukan tanah adat perlu
dilakukan secara berasingan. Untuk negeri Melaka prosedur permohonan
pembahagian pusaka tanah adat sama seperti yang bukan tanah adat.

5. Soalan: Siapakah waris yang berhak mewarisi tanah pusaka adat mengikut
Enakmen Pegangan Adat Bab 215?

Jawapan: Secara umumnya waris-waris yang berhak adalah yang dan


keturunan perempuan (female issue) yang sama sukunya dengan pemilik tanah
adat itu. Secara khususnya mengikut giliran adalah sebagamana berikut:

a. Anak-anak perempuan si mati dan cucucucu perempuan daripada


anak-anak perempuan tidak kira samada anak perempuan itu
meninggal dunia lebih dahulu atau kemudian daripada si mati, dan
keturunan setrusnya dan pihak perempuan.

b. Ibu simati.

c.Saudara perempuan seibu sebapa dan seibu kepada si mati dan


keturunannya dan pihak perempuan (sanak saudara)

d. Saudara perempuan seibu sebapa dan seibu kepada Si mati dan


keturunannya danpihak perempuan (sanak ibu)

e.Wan si mati (ibu kepada ibu si mati) dan,

e. Saudara perempuan seibu sebapa dan seibu kepada wan (ibu kepada
ibu si mati) dan keturunannya dan pihak perempuan (sanak datuk).

6. Soalan: Apakah sistem perwarisan mengikut adat ini berbeza dengan sistem
perwarisan mengikut undang-undang Islam (faraid) dan sejauh manakah
pemakaianya?

Jawapan: Memang terdapat perbezaan dalam sistem pewarisan tanah adat


terutama dan segi waris-waris yang berhak dan bahagian waris-waris tersebut.
Walau bagaimanapun pemakaiannya hanyalah terbatas di bawah Enakmen
Pegangan Adat Bab 215 dan Enakmen Pegangan Adat (Tanah Lengkongan)
1960 yang mempunyai jumlah keluasan sebanyak 13,981 hektar.

You might also like