You are on page 1of 6

TAJUK :

BERDASARKAN KEADAAN SEMASA DI MALAYSIA, APAKAH POLISI YANG


BERSESUAIAN YANG BOLEH DIAMBIL OLEH KERAJAAN UNTUK MENAGANI
MASALAH INFLASI.

1.0 PENGENALAN

1.1 KEADAAN EKONOMI SEMASA

Pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia

memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.00 peratus.

Keadaan ekonomi global bertambah buruk pada suku pertama tahun 2009, manakala keadaan

sistem kewangan antarabangsa masih belum kembali normal. Walaupun terdapat tanda-tanda

awal kadar penurunan yang lebih perlahan dalam beberapa penunjuk ekonomi sejak beberapa

bulan kebelakangan ini, ekonomi negara-negara maju utama masih mengalami penguncupan

ekonomi yang makin mendalam. Negara serantau juga mencatat penurunan pertumbuhan

ekonomi yang ketara pada suku pertama. Meskipun prospek ekonomi dalam jangka terdekat

akan terus lemah, pelaksanaan langkah-langkah rangsangan yang besar oleh beberapa negara

telah meningkatkan prospek untuk keadaan ekonomi yang lebih baik pada separuh kedua tahun

ini. Kemajuan berterusan dalam penyelesaian sektor kewangan telah dicapai dalam beberapa

ekonomi maju utama. Kejayaan penyelesaian ini merupakan prasyarat penting untuk keadaan

ekonomi dan kewangan kembali stabil.

Perkembangan global yang sangat buruk telah menyebabkan kemerosotan yang ketara

dalam eksport dan pengeluaran perindustrian Malaysia, yang seterusnya memberikan kesan

kepada aktiviti sektor swasta dan keadaan pasaran pekerja. Oleh itu, ekonomi dijangka

mencatat penguncupan yang nyata pada suku pertama tahun 2009 dan keadaan ini dijangka
berterusan pada suku kedua tahun ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tanda

penyederhanaan dalam tahap kemerosotan aktiviti ekonomi. Penilaian semasa menunjukkan

bahawa ekonomi dalam negeri akan lebih baik pada separuh kedua tahun 2009, disokong oleh

penstabilan dalam keadaan ekonomi global dan dorongan yang lebih besar daripada

pelaksanaan langkah-langkah rangsangan fiskal. Sementara itu, inflasi menurun kepada 3.5

peratus pada bulan Mac, dan dijangka terus menurun dalam keadaan permintaan yang lemah

dan tekanan harga luaran yang lebih rendah. Melangkah ke hadapan, pelaksanaan langkah-

langkah rangsangan fiskal dan persekitaran monetari yang akomodatif berikutan pengurangan

OPR sebelum ini akan menyokong aktiviti ekonomi dalam negeri. Sistem kewangan Malaysia

terus kukuh dan proses penyampaian monetari berfungsi untuk memberikan kesan rangsangan

dasar terhadap ekonomi. Pelaksanaan langkah-langkah fiskal yang lebih pesat akan

meningkatkan prospek ekonomi Malaysia kembali mencatat pertumbuhan positif yang lebih

awal. Penilaian semasa yang dibuat menunjukkan langkah-langkah dasar monetari secara

keseluruhannya mencukupi untuk menyokong permintaan dalam negeri. Perhatian akan terus

diberikan pada usaha memastikan aliran kredit yang mencukupi kepada semua segmen

ekonomi. Di samping itu, akses kepada pasaran bon oleh sektor swasta akan terus

dipertingkatkan dengan wujudnya Institusi Jaminan Kewangan. Mudah tunai dalam sistem

kewangan terus mencukupi untuk menyokong permintaan terhadap pembiayaan oleh sektor

swasta dan awam.

1.2 KITARAN PERNIAGAAN

Definisi yang diterima umum mengenai kitaran perniagaan telah diasaskan oleh

Arthur F. Burns dan Wesley C. Mitchell kira-kira 60 tahun yang lalu. Mereka menulis

"Kitaran Perniagaan ialah satu bentuk turun naik yang terdapat dalam aktiviti ekonomi

aggregat bagi negara yang merancang kerja mereka terutamanya dalam perniagaan

enterprise: satu kitaran mengandungi pengembangan yang berlaku serentak dalam


banyak aktiviti ekonomi, diikuti dengan kemerosotan, penguncupan dan pemulihan

secara umum di mana ia membentuk fasa pengembangan pada kitaran yang

berikutnya; jujukan perubahan ini ber ulang tetapi tidak berkala; tempoh sesuatu kitaran

perniagaan berbeza daripada lebih setahun kepada sehingga sepuluh kedua puluh

tahun ...". Kitaran perniagaan adalah dipengaruhi oleh kitaran turun naik bagi banyak

aktiviti ekonomi atau proses, dan aktiviti ekonomi atau proses ini boleh mempunyai

tempo perhubungan yang amat berbeza terhadap kitaran perniagaan. Sebilangan besar

aktiviti ekonomi ini dapat diukur oleh siri masa ekonomi. Bagi sesetengah siri ini, tarikh

titik pusing kitaran mungkin berbeza sedikit sahaja daripada titik pusing aktiviti

perniagaan keseluruhan; untuk yang lain, pusingan kitaran mungkin berlaku secara

sistematik lebih awal atau terkemudian terhadap aktiviti perniagaan secara umum;

manakala yang lain, mungkin tidak mempunyai hubungan yang tetap.

Gambar rajah1.2 : Kitaram Perniagaan.

1.2.1 KITARAN PERTUMBUHAN


Kitaran pertumbuhan ialah gelagat turun naik yang berulang dalam siri yang

menyimpang daripada arah alirannya : ia tiba ke puncak apabila gelagat aktiviti

perniagaan secara umum lebih tinggi daripada tingkat arah aliran dan mencecah kawah

apabila di bawah daripada tingkat arah aliran. Pendekatan penunjuk kitaran ialah teknik

yang diterima umum digunakan untuk menganalisa situasi ekonomi semasa dan

prospek. Pendekatan ini mengenalpasti penunjuk ekonomi secara khusus yang mana

kitaran perubahannya atau pergerakannya bersifat mendahului (lead), serentak

(coincide) atau menyusul (lag) dalam aktiviti perniagaan. Setiap penunjuk yang terpilih

untuk dimasukkan ke dalam sistem penunjuk pelopor seharusnya mempunyai rasional

dari sudut teori bagi kecenderungannya untuk mendahului aktiviti ekonomi secara

sistematik. Prinsip yang sama digunakan bagi penunjuk yang terpilih sebagai

sebahagian daripada siri penunjuk susulan, iaitu perlu mempunyai rasional dari segi

teori bagi sifatnya sebagai penyusul. Tambahan pula, penunjuk dipilih untuk menunjuk

dan digunakan dalam hubungan sistematik yang diperoleh dari tempoh masa yang

lama dan perubahan keadaan ekonomi.

1.2.2 PENUNJUK PELOPOR, SERENTAK DANSUSULAN

Penunjuk ekonomi Malaysia terdiri daripada indeks komposit bagi penunjuk

pelopor, serentak dan susulan.2 Indeksindeks, ini adalah ringkasan ukuran yang

dibentuk untuk menghasilkan isyarat perubahan tentang haluan aktiviti ekonomi

Malaysia. Setiap indeks mengukur gelagat agregat bagi kumpulan aktiviti ekonomi yang

menunjukkan tempoh yang selari dengan pusingan kitaran perniagaan tetapi mewakili

aktiviti yang berbeza.


Penunjuk serentak merupakan ukuran komprehensif untuk prestasi ekonomi

keseluruhan. Ia memberitahu di mana kita berada. Penunjuk pelopor ialah sejenis

ukuran jangkaan atau komitmen baru terhadap aktiviti yang akan memberi kesan

kepada ekonomi keseluruhan untuk bulan-bulan akan datang. Ia memberitahu ke mana

arah kita tuju. Antara tanda awal bahawa pengembangan mungkin mula menurun ialah

penurunan yang berterusan oleh kadar pertumbuhan indeks pelopor. Penunjuk susulan

memberitahu apa yang sebenarnya telah berlaku. Ia mengukur prestasi pergerakan

kitaran bagi penunjuk pelopor dan penunjuk serentak. Oleh kerana jarang terdapat

penunjuk yang boleh dipercayai sepenuhnya dalam menjangka pusingan kitaran jika

digunakan secara individu, penunjukpenunjuk tersebut harus disatukan kepada

komposit indeks. Oleh itu, penunjuk-penunjuk pelopor disatukan kepada komposit

indeks pelopor, penunjuk-penunjuk serentak disatukan kepada komposit indeks

serentak dan juga penunjuk-penunjuk susulan disatukan kepada komposit indeks

susulan. Pada umumnya komposit lebih berupaya menghasilkan isyarat titik pusing

berbanding penunjuk secara individu.

1.2.3 KADAR PERTUMBUHAN

Kadar pertumbuhan pelopor, serentak dan susulan Malaysia adalah perubahan

terlicin enam bulan pada kadar tahunan. Kadar tahunan 6-bulan terlicin adalah

berasaskan kepada nisbah indeks bulanan semasa terhadap purata indeks ke atas dua

belas bulan sebelumnya.

You might also like