P. 1
Apa Itu Bola Sepak

Apa Itu Bola Sepak

|Views: 2,254|Likes:
Published by tawak84

More info:

Published by: tawak84 on Sep 02, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial
List Price: $5.00 Buy Now

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

11/06/2012

$5.00

USD

pdf

text

original

Apa itu Bola Sepak?

Bola sepak (association football atau soccer) ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA, atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (B. Inggeris: International Federation of Association Football, B. Perancis: Fédération Internationale de Football Association). Sejarah Bola Sepak Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini. Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti. Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-

1

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA). lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur. badan pentadbir bola sepak. bola sepak mula dimainkan di Malaysia sebelum tahun 1920-an lagi. Ianya dibawa ke Tanah Melayu oleh pegawai-pegawai British yang bertugas di sini. malah negara. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya. Sejarah Bola sepak Malaysia. Berdasarkan catatan sejarah. Pada tahun 1921 kejohanan Piala Malaya mula dipertandingkan. FAM bergabung dengan Konfiderasi Bolasepak Asia (AFC) pada tahun 1954 dan Fédération Internationale de Football Association (FIFA) dua tahun kemudian. Penyertaan Malaysia pada pusingan akhir Piala Asia bermula apabila layak buat kali pertama pada tahun 1976 di Iran dan kemudian tahun 1980 di Kuwait. Sehingga tahun 1951 . yang diterbitkan dalam musim bunga 2001. komuniti tempatan. Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat. Pasukan Malaysia belum pernah melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia dan pencapaian terbaik skuad kebangsaan di peringkat tertinggi ialah layak ke Sukan Olimpik Munich (1972) dan Sukan Olimpik Moscow (1980).bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Pada tahun 1933 Persatuan Bolasepak Malaya (FAM) telah ditubuhkan. oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. FAM telah diterajui oleh presiden berbangsa Eropah dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan presiden anak tempatan pertama. Taktik 2 .

4-3-3. extra time) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang 3 .pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang. tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti. Satu gol adalah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. bagi menentukan pemenang. kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama.pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh.Peraturan perlawanan tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol. Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. yang kedua adalah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga adalah bilangan penyerang. 3-5-2. perlawanan itu dianggap sama (draw). tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan. Bagaimanapun. ➢ pemain tengah . semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini. masa 30 minit (masa berlebihan. Dalam pertandingan kalah mati. sebilangan pemain yang spesifik telah berubah. ➢ penyerang . 3-4-3 dan 45-1. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki. Cara permainan Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Untuk menggambarkan satu formasi tiga nombor digunakan. Mereka termasuklah: ➢ pertahanan . Namun.pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol. Formasi yang popular dalam bola sepak moden termasuklah 4-4-2.

Kejohanan antarabangsa Pertandingan antarabangsa terbesar di dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA yang diselenggarakan oleh FIFA. Perlawanan peringkat akhir ini biasanya berlangsung selama empat minggu dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Piala Dunia diadakan setiap empat tahun sekali. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan. Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. sepakan penalti akan diadakan. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan. 4 . Lebih dari 190 negara bertanding di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya di dalam Piala Dunia dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali.asal.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->