You are on page 1of 11

PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER

UNIT 5 : PENGENALAN KEPADA SISTEM


KOMPUTER
Objektif am : Mengenali istilah komputer yang terdiri dari perkakasan dan perisian.
Objektif khusus : Di akhir unit ini pelajar sepatutnya dapat :
• Menerangkan Istilah Komputer
• Menyatakan kepentingan system pengoperasian DOS dan Windows
dan komponennya.
• Memasang system komputer yang lengkap.
• Mengesan masalah yang disebabkan oleh perisian komputer.
• Mengesan masalah kehilangan dan pemulihan data.

5.0 PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER

5.1 Istilah Perisian dan Perkakasan:

5.1.1 Perisian

Perisian merupakan aturcara (program) yang berfungsi untuk menjalankan komputer. Aturcara
tersebut akan diproses oleh mikroprosesser mengikut bahasa yang difahami dan seterusnya
melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh arahan tersebut Sistem-sistem pada komputer perlu
arahan perisian untuk ia berfungsi. Ia boleh di kelasifikasi kepada beberapa jenis aturcara antaranya
seperti ; Pengoperasian Sistem ( DOS, UIX,CPM ), aturcara pengguna (pemproses perkataan,
helaian elektronik, data base dan lain-lain), aturcara utilities (PCTOOL,NORTON), aturcara
diagnosis QAPLUS,CHECKIT,DIAGNOSIS).

5.1.2 Perkakasan

Perkakasan merupakan alat atau komponen elektronik yang di pasang pada papan litar tercetak dan
membentuk kad atau sebuah mesin. Ia boleh di lihat secara fizikal. Hasil penyambungan kad atau

E3005 /UNIT 5/1


PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER

mesin tersebut membentuk sistem yang static. Contoh perkakasan komputer adalah seperti ;Papan
Litar Utama, Kad - kad pilihan, Pemacu Cakera, Paparan, Pemcetak dan lain-lain( Sila lihat Rajah
5.1)
Kombinasi perisian dan perkakasan ini membentuk satu mesin atau komputer yang berkeupayaan
melaksanakan berbagai kerja mengikut kehendak pengguna. Ia berbeza dengan mesin elektronik
yang lain, kerana mempunyai aturcara yang boleh melakukan berbagai - bagai kerja.

Rajah 5.1 : Gambarajah Perkakasan Sistem Komputer IBM PC Serasi

5.2 Jenis dan Keupayaan

Kemampuan , jenis dan kegunaan komputer adalah di pengaruhi oleh keupayaan manusia sesuatu
tamadun atau zaman tersebut. Dimana bermulanya komputer abacus adalah di sebabkan oleh
bermulanya manusia berfikir untuk memperbaiki cara membuat pengiraan dan mempercepatkan
proses tersebut. Bermula dari sinilah maka evolusi kearah system
komputer yang lebih canggih bermula.Evolusi komputer bolehlah di bahagikan kepada empat
zaman atau tamadun iaitu ;-

a. Zaman komputer ABACUS


b. Zaman komputer Mekanikal
c. Zaman komputer Elektro-mekanikal
d. Zaman Komputer Elektronik Digital/Komputer Diskrer (IC)

E3005 /UNIT 5/2


PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER

Sejarah komputer boleh dikatakan bermula pada tahun 1940an. Tempoh ini boleh diagih kepada
beberapa kategori seperti Jadual 5.1

Generasi Tahun
Pertama 1943-1956
Kedua 1957-1964
Ketiga 1965-1971
Keempat 1972-1989
Kelima 1990- now

Jadual 5.1: Generasi kewujudan komputer.

Penemuan IC (litar bersepadu) generasi baru yang menggantikan tiub vakum dan transistor telah
telah megubah dimensi peranti komputer. Dimana dengan teknik ini beribu hingga berjuta transistor
dapat dibentuk dalam satu chip. Dengan ini ruang simpanan, memori dan kelajuan proses data
bertambah. Sebagai contoh, IC Pentium 4 mempunyai kelajuan 1.7 GigaHz dan bus data sebanyak
64 bit tetapi saiz IC tersebut cuma sebesar tiga susun jari. Sila lihat Rajah 5.2 untuk mengetahui
kedudukan komponen utama dalam ‘motherboard’.

E3005 /UNIT 5/3


PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER

Rajah 5.2: Litar asas papan litar utama


5.3 Sistem Operasi DOS dan Windows
Sistem operasi komputer adalah sumber utama bagi menggurus perkakasan komputer seperti
mendefinasikan antaramuka (peripheral) pengguna, berkongsi perkakasan diantara pengguna,
berkongsi data pengguna, menyediakan kemudahan input/output dan mengelak berlakunya
kesilapan. Sumber-sumber utama yang diuruskan oleh system operasi adalah seperti ;
i. Processor
ii. memori (storage)
iii. peranti input/output.
iv. data.

Selain itu sistem operasi berupaya untuk menghubungkan perkakas komputer dengan modul-modul
berikut :

E3005 /UNIT 5/4


PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER

i. operator
ii. perisian penggunaan(applications program)
iii. sistem aturcara(sistem programmers)
iv. aturcara
v. perkakasan
vi. pengguna
Jadi system operasi (os) disimpulkan melakukan 2(dua) fungsi utama dalam kebanyakan masa,
iaitu:
i. berkomunikasi dengan pengguna
ii. berkomunikasi dengan perkakasan.

Pada masa kini system operasi yang biasa atau kerap digunakan adalah MS-DOS,UNIX, LINUX,
dan Windows, malah dua system utama iaitu MS-DOS dan Windows ini berkerjasama sesebuah
komputer untuk menjalan pelbagai fungsi komputer. Seterusnya kita akan lihat komponen-
komponen (perisian) yang menjalankan system operasi MS-DOS.

5.3.1 Sistem Operasi MS-DOS

Sistem operasi MS-DOS dan Windows kerap digunakan dalam komputer. Sistem ini diwujudkan
oleh Microsoft Corp. untuk komputer peribadi dimana ia mempunyai empat komponen utama iaitu:
i. Boot Record
ii. Antaramuka BIOS Read Only Memory(IBMBIOS.COM)
iii. Aturcara DOS fail.(IBMDOS.com)
iv. Command Processor (COMMAND.COM)

i. Boot Record

Boot record adalah aturcara permulaan untuk memulakan system. Sekiranya boot record tiada atau
kerosakan berlaku dalam disket tersebut maka isyarat kesalahan ‘Non System

disk’ akan dipaparkan. Bagi boot record pada cakera keras, ia berada pada track 0, sector 1, side 0
pada semua disket storan DOS.

E3005 /UNIT 5/5


PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER

ii. BIOS Read Only Memory (fail IBMBIOS.COM)

Dalam MS-DOS aturcara antaramuka BIOS ini dipanggil IO.SYS dan dan bagi IBM ia dipanggil
IBMBIO.COM. Ia adalah ‘hardware-independent’ modul yang berfungsi menyediakan antaramuka
paras tinggi diantara pengguna dengan komputer. IBMDOS.COM mengandungi aturcara
pengurusan fail, data blok untuk disket dan juga beberapa fungsi yang lain yang dapat boleh dicapai
oleh pengguna dengan senang.
MSDOS.SYS menerima permintaan logical 1/0 (logical 1/0 request) dari aturcara pengguna atau
modul OS yang lain dan memperterjemahkan kepada fizikal 1/0 command yang dihantarkan kepada
IO.SYS, Yang mana hanya IO.SYS sahaja berhubung secara terus kepada perkakasan komputer.

iii. Aturcara DOS (fail IBMDOS.COM)

Aturcara operating system bagi MS-DOS dipanggil MSDOS.SYS dan IBM asli adalah
IBMDOS.COM. Ia adalah ‘hardware-independent’ modul yang berfungsi menyediakan antaramuka
paras tinggi diantara pengguna dengan komputer. IBMDOS.COM mengandungi aturcara
pengurusan fail, data blok untuk disket dan juga beberapa fungsi yang lain dimana boleh dicapai
oleh pengguna dengan senang.MSDOS . SYS menerima permintaan logical i/o (input output) dari
aturcara pengguna atau modul operating system

yang lain dan menterjemah kepada fizikal i/o command yang dihantar kepada IO.SYS. Dimana
hanya IO.SYS sahaja berhubung secara terus kepada perkakasan komputer.

iv. Command Processor ( fail Command.com)

Command processor mempunyai tiga bahagian utama, iaitu :


i. resident portion memory.
ii. initialization portion.

E3005 /UNIT 5/6


PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER

Resident portion memory – berada dalam lokasi RAM selepas IBM.COM yang berfungsi sebagai
pengambil dan melaksanakan fail-fail yang mempunyai sambungan .com dan . exe dan juga
menjalankan DOS ‘error’ . Arahan untuk resident portion memory terdiri dari BREAK, CLS,
COPY, DATE, ERASE, EXIT, GOTO, FOR REM, TYPE dll.
Initialization portion – ia mengandungi set-up routine untuk melaksanakan AUTOEXEC.BAT

5.4 Memasang Komputer

Dengan merujuk gambarajah sistem blok umum pada Rajah 5.3 anda dapat mengetahui secara
kasar kedudukan komponen sistem komputer . Sebagai permulaan untuk memasang komputer anda
perlulah menghilang tenaga elektrik static yang tedapat pada bahagian tangan (badan) anda dengan
cara mendiscaskannya. Maka apa yang anda perlu buat adalah pasang gelang tangan pembumi
(antistatic) atau sekurang-kurangnya memegang pada badan komputer berbumi(grounding) untuk
menghilangkan cas elektrik static pada badan anda. Cuba elakan menyentuh bahagian sambungan
kad (cooper) semasa memegang kad kerana tenaga elektirk static yang terdapat pada badan kita
mampu untuk merosakan komponen yang terdapat dalam papan litar dan tangan yang berminyak
boleh menyebabkan sentuhan kad dengan slot menjadi kurang baik.

Rajah 5.3 : Kedudukan komponen sistem komputer

E3005 /UNIT 5/7


PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER

Langkah pertama yang anda perlu buat adalah menyediakan kerangka yang diperlukan seperti pada
Rajah 5.4 . Dimana kebanyakan kerangka XT dan AT tidak memerlukan banyak persediaan kerana
kerangka tersebut hampir siap dan begitu juga dapatkan tapak untuk badan kerangka CPU(ic
Central Processing Unit) dimana ia juga memainkan peranan utama untuk memerangkap getaran
dari pemacu cakera, kipas dan sebagainya.

Rajah 5.4 : Kerangka (chasis) computer

Sila perhatikan Rajah 5.5 menunjukan system susunan hubung (jumper) untuk paparan kelajuan .
Dimana LED untuk paparan akan dilekatkan pada ‘casing’ dimana ‘jumper’ digunakan untuk
menghubungkan 2(dua) pin. Kadangkala banyak pin perlu dihubung (jumper) untuk menetapkan
kelajuan komputer yang hampir dengan kelajuan ic CPU. Ingat paparan tersebut tidak mempunyai
kaitan secara langsung dengan kelajuan tapi cuma untuk paparan sahaja.

Rajah 5.5 : Sistem susunan jumper untuk paparan kelajuan

E3005 /UNIT 5/8


PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER

5.4.1 Langkah Pemasangan Perkakasan

Sekarang kita lihat langkah-langkah yang perlu dibuat untuk proses pemasangan(installations) yang
lengkap untuk mewujudkan sebuah komputer dari cebisan kerangka dan kad pilihan.
1. Jika casing tersebut mempunyai paparan kelajuan, pasangkan jumpers untuk lampu display
yang menunjukan paparan kelajuan hampir dengan kelajuan CPU.
2. Pasangkan tapak getah pada casing .
3. Pasangkan suis bekalan dan pembesar suara jika perlu.
4. Pasangkan kad RAM pada papan litar utama (mother board).
5. Setkan jumper pada papan litar utama untuk RAM dan video.
6. Sebelum langkah di atas, anda hendaklah memasang papan utama (mother board) dalam
casing ini termasuklah memasang wayar suis bekalan , pembesar suara begitu juga jika
terdapat ‘turbo swicth’. Cuba perhatikan contoh kedudukan papan utama pada Rajah 5.6

Rajah 5.6 : Kedudukan papan litar utama

7. Pasangkan kotak bekalan kuasa (buat langkah ini selepas memasang papan utama kerana ia
memberi ruang untuk memudahkan memasang kotak bekalan). Hubungkan wayar bekalan
dari kotak bekalan ke papan utama seperti Rajah 5.7.

E3005 /UNIT 5/9


PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER

Rajah 5.7 : Penyambungan wayar ke papan utama

8. Hubungkan wayar bekalan papan system.


9. Pasangkan papan kunci dan perhatikan punat penyambung papan kunci bertanda bertala ke
atas dan juga skru dengan kemas slot penyambung pada casing keluaran komputer.
10. Selitkan kad paparan video dalam slot penghubung dan biasanya kad video diletak paling
jauh dari kotak bekalan kuasa (cuba lihat gambarajah kedudukan kad video pada Rajah 5.8
di bawah ).

Rajah 5.8 : Gambarajah kedudukan kad video

11. Seterusnya sambungkan kabel isyarat monitor ke kad video.


12. Begitu juga sambungkan kabel bekalan au diantara kotak bekalan ke monitor dan hidupkan
suis pada monitor.

E3005 /UNIT 5/10


PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER

13. Pasangkan kad kawalan pemacu cakera liut (lihat Rajah 5.9). Biasanya kad ini dislotkan
dalam slot I/O. Kad ini boleh terdiri dari :-

i. dual kad pemacu cakera liut.


ii. Kad gabungan kawalan liut dan keras.
iii. Kad I/O multi.

Rajah 5.9 : Pemasangan kad kawalan pemacu cakera liut

14. Pasangkan kad adaptor pencetak, modem, joystik, pengimbas optical dan peripheral yang
lain
15. Begitu juga pasangkan pemacu. Maka keseluruhan system telah dipasang dan bersedia
untuk berfungsi. Biasanya pemacu cakera tidak diformat atau diformat pada tahap rendah
oleh itu pemacu cakera keras perlu diformat semula sebelum aturcara penggunaan
dimasukan.
16. Untuk meningkatkan tahap sistem , wujudkan fail AUTOEXEC.BAT dan CONFIG.SYS
mengikut arahan disket install yang digunakan.

E3005 /UNIT 5/11

You might also like