P. 1
pengistilahan bahasa melayu

pengistilahan bahasa melayu

|Views: 11,841|Likes:
Published by wjluv

More info:

Published by: wjluv on Sep 03, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/21/2013

pdf

text

original

pengistilahan bahasa melayu

PENGENALAN Pembakuan dalam bidang peristilahan berkait rapat dengan proses pemodenan bahasa dan kemajuan masyarakat. Ini disebabkan istilah perlu dihasilkan apabila sesuatu bidang ilmu itu diwujudkan. Dalam konteks pembentukkan budaya ilmu, penggubalan istilah dalam pelbagai bidang ilmu juga menjadi penanda berlakunya proses intelektualisasi dalam Bahasa Melayu. SEJARAH RINGKAS ISTILAH BAHASA MELAYU Pembinaan istilah Bahasa Melayu bermula di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1957. Jawatankuasa Istilah, jawatan dan jabatan ditubuhkan untuk mencipta nama jabatan dan jawatan kerajaan yang digunakan di seluruh Tanah Melayu. Jawatankuasa ini telah mengadakan sesi kerja kali pertamanya pada 15 Januari 1957. Hasilnya buku Istilah Jawatan dan Jabatan telah diterbitkan pada tahun 1960 dan terciptalah 2514 istilah baru. Kerja peristilahan secara terancang atau sistematik bermula pada tahun 1975. Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (PUPIBM) hasil kerjasama kebahasaan Malaysia Indonesia menerusi Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Bahagian Peristilahan terus dipertanggungjawabkan untuk mengumpul, membentuk, menggubal, memperbanyakkan istilah dan menerbitkan istilah Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu. Tanggungjawab tersebut dilaksanakan dengan melantik ratusan profesional yang terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang ilmu di seluruh negara. Dianggap sebagai pakar bidang mewakili Institusi Pengajian Tinggi, sektor swasta, sektor awam, dan sektor pendidikan negara. Sehingga kini, Bahagian Peristilahan telah menerbitkan 207 daftar glosari istilah dengan sejumlah 1002438-Istilah telah dibentuk dalam pelbagai bidang. Penubuhan MABBIM di peringkat serantau juga turut bertanggungjawab menyelaraskan sejumlah 123885 istilah ilmu

pengajian tinggi dan profesional untuk pengguna bahasa di ketiga-tiga negara anggota MABBIM. PERISTILAHAN BAHASA MELAYU Proses menggubal kata-kata untuk bidang ilmu yang tertentu. Peristilahan menjadi salah satu aspek penting dalam pembinaan Bahasa Melayu. Istilah dan perkataan baharu dicipta untuk memperkayakan kosa kata Bahasa Melayu. Kekurangan istilah menjadi masalah pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada peringkat awal. Menyedari akan keperluan dan kepentingan istilah ini, melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), istilah-istilah dalam pelbagai bidang ilmu telah digubal sebanyak mungkin untuk memenuhi keperluan penggunaannya dalam bidang-bidang berkaitan. Penggubalan istilah ini dilakukan melalui sistem Mesyuarat Jawatankuasa Istilah yang ahlinya dilantik oleh DBP daripada pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi dan Pusat Pendidikan. Walaupun peristilahan berkembang seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi, tetapi peristilahan Bahasa Melayu agak terkemudian daripada perkembangan ilmu dan teknologi itu sendiri. Keadaan ini berlaku disebabkan penggubalan istilah dalam Bahasa Melayu lebih merupakan penggubalan istilah sekunder. Penggubalan istilah-istilah dalam Bahasa Melayu dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu seperti pinjam langsung, pinjam suai dan pinjam terjemah. Dengan kaedah pinjam suai pula, istilah-istilah asing dipinjam dengan beberapa penyesuaian, sama ada suai bentuk penuh. KONSEP DASAR DALAM PEMBENTUKAN ISTILAH

Beberapa konsep dasar digunakan dalam pembentukan istilah : Takrif Istilah Istilah ialah kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu. Contohnya cecair, hablur, inflasi, budaya, medan magnet, metamofosis, dan lain-lain lagi Tataistilah dan Tatanama Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah (termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). Tatanama ialah kumpulan peraturan yang menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkan) Istilah dan Kata Umum Istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa. Namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah. Morfem dan Proses Peristilahan Morfem ialah unit atau unsur terkecil dalam bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah pengimbuhan, penggandaan dan

penggabungan.

1. Kata Akar : Kata yang belum dapat imbuhan misalnya rumah, asid, pekat, mentah

2. Imbuhan dan Pengimbuhan : Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan. Misalnya, ber- (berkomunikasi), -an (siaran), peN-.an (pendebungaan)

3.

Penggandaan : Ulangan kata dasar sama ada sebahagian ( rambut atau seluruh ( kacang kacang-kacang ) untuk membentuk istilah.

rerambut )

4. Gabungan : Cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses penggabungan. Contohnya setiausaha, warganegara, bumiputera dan lain-lain.

DEFINISI ISTILAH

1.

Istilah boleh diertikan sebagai perkataan atau rangkai kata yang mempunyai erti yang jitu dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian) Kamus Dewan Edisi Ketiga

2.

Istilah ialah kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu. Buku Bahasa Melayu Tinggi

LANGKAH PEMBENTUKAN ISTILAH

Konsep (makna, proses, keadaan, ciri)

Kata dalam Bahasa Melayu (umum + dialek)

Kata dalam bahasa-bahasa serumpun dengan Bahasa Melayu

Kata dalam Bahasa Inggeris

Kata dalam bahasa-bahasa lain

Kata yang tepat Kata yang tidak berkonotasi buruk atau sebutannya sumbang Kata yang paling singkat

Penyesuaian ejaan Penyerapan dengan menyesuaikan ejaan dan sebutan Penyerapan tanpa perubahan Penterjemahan: Terjemahan hendaklah tepat, singkat, memudahkan penyelarasan. Makna umum yang bersistem secara bersistem Istilah

LANGKAH 1

LANGLAH 2

LANGKAH 3

LANGKAH 4

KONSEP PERISTILAHAN, CIRI-CIRI DAN MASALAH

Perbezaan Antara Kata dan Istilah

Konsep merupakan asas dalam pembentukan kata dan istilah. Kata dan istilah pula merupakan simbol yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu konsep. Kata dan istilah mempunyai perkaitan yang sangat rapat biarpun mempunyai perbezaan.

Kekeliruan tentang kata dan istilah berlaku sejak kegiatan peristilahan di negara ini. Kumpulan yang terlibat dalam peristilahan adalah Pakar Bidang, Ahli Bahasa, Pegawai Peristilahan. Pengguna tidak dapat melihat perbezaan ini dengan jelas sehingga kata dan istilah seringkali digunakan secara selari dan ditukarganti.

Bagaimana Istilah Diperolehi

Istilah dapat dibentuk daripada kata atau gabungan kata.

Penggunaan kata yang sedia ada untuk menggambarkan sesuatu konsep baru, tidak menjadikan kata itu sebagai istilah menjadi suatu kata.

Konsep Peristilahan

Pertumbuhan konsep yang pesat dalam semua bidang kegiatan mausia telah menimbulkan masalah komunikasi yang begitu serius.

Konsep yang tidak terhitung jumlahnya telah mewujudkan komunikasi yang taksa dan sekaligus memberikan kesan yang tidak sedikit terhadap komunikasi antara orang mesin, mesin mesin atau individu individu.

Walaupun istilah seringkali dapat dikaitkan dengan kata, tetapi kata pula tidak sentiasa dapat dikaitkan dengan istilah kerana tidak semua kata adalah istilah.

Perbezaan antara kata dan istilah ini diperlihatkan dalam huraian tentang kata dan istilah daripada beberapa sumber.

Istilah dan kata dapat dibezakan melalui kekhususan sesuatu makna. Kata mempunyai pelbagai makna bergantung kepada konteks penggunaannya.

Istilah mempunyai makna khusus dan tidak berubah maknanya walaupun digunakan dalam konteks yang berlainan.

Setiap konsep baru harus dilambangi dengan kata-kata yang dapat diperoleh dengan menggunakan kaedah yang tertentu, seperti : a. : Lejas daripada jelas Legap daripada gelap Jerap daripada serap b. Membentuk kata baru dengan menggabungkan bahagian kata. Contohnya: Asbut daripada asap dank abut Puyam daripada puyuh dan ayam Selembu daripada seladang dan lembu c. Dengan meminjam kata asing. Contohnya : Proses Material Membentuk kata baru dengan mengubah bunyi kata yang sedia ada. Contoh nya

Hos

Hasil daripada penelitian di atas maka dapat disimpulkan bahawa konsep merupakan asas dalam pembentukan kata dan istilah. Kata dan istilah merupakan simbol yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu konsep.

Kata dan istilah mempunyai perkaitan yang sangat rapat. Istilah terdiri daripada kata, singkatan, huruf, lambing grafik dan sebagainya.

Kata mempunyai pelbagai makna yang bergantung pada penggunaannya, sedangkan istilah mempunyai makna khusus dan tidak terikat pada konteks penggunaan.

Ciri-ciri Pembentukan Istilah

Ciri konsep membantu kita menjelaskan konsep dan membina sistem konsep.

Bagi penyelarasan, perkara ini amat berguna untuk melihat hubungan benda dengan benda menerusi bentuk, saiz, reka bentuk, fungsi, kedudukan dan kegunaannya.

Jumlah kata akar dalam bahasa kecil berbanding dengan jumlah konsep yang ingin dibentuk istilahnya. Justeru, kebanyakan istilah hanya boleh berupa gabungan unsur perkataan atau istilah terpindah. Gabungan kata dan kata terbitan merupaka kombinasi unsur perkataan.

Ketika membentuk istilah, hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut : a. Sebarang kesamaran istilah hendaklah dielakkan. Kekeliruan boleh wujud sekiranya satu istilah diperuntukaan kepada dua atau lebih konsep sedangkan ia berbeza antara satu sama lain.

b.

Sebarang sinonim hendaklah dielakkan. Sinonim boleh membebankan ingatan dan mewujudkan tanggapan yang salah, iaitu lebih daripada satu konsep. Bagaimanapun, istilah kebangsaan dan antarabangsa sebagai sinonim hendaklah dibenarkan. Ini kerana, istilah itu memudahkan komunikasi yang luas.

c.

Penggunaan istilah yang mantap hendaklah diteruskan; tidak boleh ditukar istilahnya tanpa alasan yang cukup kuat.

d.

Juzuk-juzuk istilah hendaklah menggambarkan ciri konsep yang paling diperlukan.

e.

Istilah-istilah hendaklah berbentuk luaran supaya boleh mewujudkan kata turunan.

Kerapkali perkataan atau unsure kata daripada bahasa asing dipinjam untuk pembentukan istilah. Dalam pendekatan yang digunakan ialah melalui : a. Pemindahan secara langsung seperti atom dalam Bahasa Inggeris dipindahkan kepada atom juga bagi Bahasa Melayu. b. Penterjemahan secara literal. Contohnya, guide line dalam Bahasa Inggeris diterjemah ke dalam Bahasa Melayu secara literal iaitu garis panduan.

Untuk melancarkan komunikasi, kadang-kadang perlulah disingkatkan istilah itu. Penyingkatan yang perlu dibuat seharusnya tidak melanggar peraturan linguistik.

Syarat-syarat umum istilah baku seharusnya tidak samar, sebaliknya harus tepat, ringkas, mudah dieja sesuai untuk pembentukan istilah terbitan dan ahli suatu sistem istilah.

SUMBER ISTILAH

Istilah dicipta dari kata / gabungan kata. Kaedahnya : Bentuk kata baru

Gabungkan bahagian kata

Peminjaman

CARA PEMBENTUKAN ISTILAH

Tujuh cara pembentukan istilah dalam bahasa Melayu adalah : 1. Kata bahasa Melayu yang lazim dan difokuskan maknanya. Contohnya :

Gaya

Garis pusat

Tapak

Hasil keluaran

Daya
2. Kata bahasa Melayu yang kurang lazim. Contohnya :

Peka

Cerakin

Mendap

Hablur

Jisim

3. Kata bahasa Melayu sekeluarga / dialek Melayu yang lazim. Contohnya : Dermaga ( klasik )

Labur ( Negeri Sembilan )

Gambut ( Banjar )

Mangli ( Kedah )

4. Kata bahasa Melayu sekeluarga / dialek Melayu yang tidak lazim. Contohnya :

Dening ( Kelantan )

Riam ( Johor )

Engkabang ( Iban )

Nyeri ( Sunda )

5. Kata / istilah daripada bahasa Inggeris. Contohnya :

Atom

Koine

Artikel

Frasa

Klausa

Sintaksis

6. Kata / istilah daripada bahasa lain. Contohnya :

Welstanchauung

Esprit de corp

Ad hoc

In toto

De facto

7. Pemilihan yang terbaik antara langkah 1-6 berdasarkan beberapa kemungkinan

Dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu yang menggunakan ketujuh-tujuh cara di atas, ada empat syarat yang perlu dipatuhi iaitu : a. Ungkapan yang paling singkat b. Ungkapan yang maknanya tidak menyimpang c. Ungkapan yang tidak berkonatasi buruk d. Ungkapan yang sedap didengar

PROSES PEMBENTUKAN ISTILAH

Istilah dalam bahasa Melayu dibentuk melalui dua proses iaitu pinjam terjemah dan peminjaman terus. Secara gambarajah, hal ini dapat diperjrlaskan seperti berikut :

Proses Pembentukan Istilah

Pinjam Terjemah terjemah langsung dose sukatan humidity kelembapan

Peminjaman Terus dengan penyesuaiaan geography geografi structure struktur

gabungan dua kata umum honeymoon bulan madu

tanpa perubahan linear linear

right angle sudut tepat

export eksport protein protein

ciptaan kata baru up date kemas kini subsidence antaman

peluasan makna biji bijirin gelap legap

ciptaan baru dengan gandaan separa radius jejari capillary - rerambut

KESIMPULAN

Menurut Kamus Dewan, istilah boleh diertikan sebagai perkataan atau rangkai kata yang mempunyai erti yang jitu dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian). Istilah ini seharusnya dilakukan secara berterusan supaya tidak berlaku ketandusan istilah. Tanpa istilah bahasa itu dianggap tidak berkembang dan mati.

Mendokong sesuatu konsep bagi bidang tertentu (satu konsep satu bidang). Istilah dan kata tersebut sesuai dengan konteks penggunaannya. Ianya mestilah dilakukan dengan teliti dan produktif ke arah memartabatkan Bahasa Melayu.

Pembentukan peristilahan berkait rapat dengan proses pemodenan bahasa dan penting dalam pembinaan budaya ilmu. Terdapat beberapa konsep dasar dalam peristilahan iaitu takrif istilah, tataistilah dan tatanama, istilah dan kata umum, morfem peristilahan dan bentuk istilah.
http://blogs.myspace.com/index.cfm?fuseaction=blog.ListAll&friendId=14735874

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->