You are on page 1of 6

Panduan membeli (memilih) gitar.

Antara masalah utama beginners adalah


berkenaan pilihan gitar itu sendiri. Aku dapat banyak email dari readers yang
bertanya pendapat : How to buy a guitar? Nak main gitar, berminat untuk
cuba, boleh main gitar tapi tak ada gitar sendiri, nak beli tapi tak tahu nak
mula dari mana, dah beli tapi macam tak best – adalah antara contoh
keluhan keluhan bakal guitarist yang selalu aku dengar.

Jadi untuk panduan semua, dan untuk menjimatkan masa aku menjawab
email setiap orang, aku nak share sedikit kat sini apa homework yang perlu
korang buat sebelum beli gitar. Nak kata tips berguna tu tak lah jugak dan
cara di bawah ini mungkin bukan yang terbaik, setiap orang ada cara masing
masing. Tapi aku harap dengan adanya tutorial/guide/teknik (?) ringkas ni
semoga dapat menolong sedikit sebanyak korang sebelum beli gitar.

Langkah pertama : Belanjawan negara

Bukak buku bank, tengok ada berapa baki duit dalam


bank, darab dengan 0.1, banyak itu lah budget yang anda harus guna…
Walau pun penting sebenarnya untuk tidak over-spending, tapi tak payah la
sampai kena kira macam tu.

Untuk permulaan aku cadangkan budget duit sekitar RM75-200. Tak perlu
beli gitar mahal mahal dulu. Ada jugak yang berlagak terus sambar fender
RM6K, chewah konon nak terus jadi power. Tak payah beli mahal-mahal
sampai 4 5 ribu. Sebabnya; A) Mahal sangat, baik makan sedap atau
sedekah kat orang susah, B) Mahal TAK semestinya elok. C) Korang akan
lebih appreciate beli gitar yang lebih mahal dari first guitar SETELAH dah
power main.

Tapi JANGAN terlalu sengkek. Kalau ada 20 inggit je aku nasihatkan sabar aje
dulu. Kerja keras sikit lagi, kumpul lagi 55 inggit. Dah cukup duit baru
sambung baca tutorial aku ni. Bukan apa, selalunya gitar yang murah ni
(atau nama glamer gitar kapok) bahannya sangat murah – kayu getah dan
gam gajah. Aku pernah beli gitar harga RM25 masa aku student. Kalau cium
dalam hole gitar tu memang bau getah skrap. Cukup 3 bulan, neck
melengkung, bridge tersembul. Padan muka aku.

Kesimpulan :Sediakan budget yang cukup.

Langkah Kedua : Thomas Alva Edison, Woody Allen or


Beethoven?

Ada pelbagai jenis gitar dan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Di
sini aku nak bincang 3 jenis gitar yang paling umum iaitu electrical (gitar
elektrik), acoustical (gitar akustik atau lebih popular dengan gitar kapok) dan
classical (gitar klasik). Baca pro dan cons di bawah dan pilih gitar mengikut
genre yang sesuai dengan anda.

A) Electric Guitar – Seperti nama, gitar yang


memerlukan elekrtik untuk berbunyi. (kalau takde letrik pun bunyi jugak, tapi
bunyi macam nyamuk la) Kebanyakan genre lagu moden hari ini
menggunakan gitar letrik. Rock, Metak, Punk, Alternative, Blues, R&B
misalnya antara genre yang tak sah kalau takde electric guitar.

Kelebihan gitar elektrik:


(i) Senang dimainkan kerana fretboard (fingerboard) yang kecil dan nipis
serta lebar string yang lebih halus dari tali untuk gitar elektrik.
(ii) Skop music yang lebih luas kerana boleh ditambah dengan effect seperti
distortion, reverb, delay, wah etc.
(iii) Banyak variasi bentuk gitar elektrik. Antara body type yang biasa dilihat
seperti stratocaster dan telecaster type (Fender) atau Les Paul dan Fliying-V
type (Gibson). Ada jugak gitar yang unik seperti double-neck (twin) guitar, 7-
string guitar etc.
(iv) Mudah dari segi maintenance dan repair. Masalah yang selalu dialami
oleh gitar elektrik seperti pickup tidak berfungsi, volume knob tak betul
misalnya, selalunya kurang masalah body berbanding gitar akustik. Nak
tukar electrical parts lebih mudah dan tidak mahal.

Kelemahan gitar elektrik:


(i) Kena ingat kalau nak beli gitar elektrik, kena beli jugak guitar amp. So
kena masukkan amp dalam budget (rujuk Langkah Pertama). Bagaimanapun,
guitar amp kecil (10W-30W) dalam lingkungan harga RM50-250 biasanya
sudah cukup bagus untuk permulaan.
(ii) Guitar elektrik dan guitar amp adalah seperti irama dan lagu – tak dapat
dipisahkan. Portable-wise, gitar elektrik bukan lah satu pilihan yang tepat
seperti untuk bawak pegi pantai dengan member misalnya. Kena pikir jugak
kat mana nak cucuk plug untuk amp.
(iii) Sesetengah gitar elektik terutama yang terlalu murah, mudah lari tune
walaupun tak semua. Masalah lari tune adalah syarat wajib yang harus
dielakkan semasa main gitar.

B) Acoustic Guitar – Juga merupakan jenis gitar yang


popular. Di Malaysia gitar jenis ini lebih glamer dengan panggilan “gitar
kapok” dan selalu dimainkan untuk “rock kapak”. Banyak orang yang tidak
faham perbezaan antara akustik dan klasik. Perbezaan gitar akustik dengan
gitar klasik antaranya terletak pada jenis tali (string) yang diguna. Tali gitar
akustik adalah steel-base string manakala tali gitar classic (termasuk
flamenco dan bossa-nova) menggunakan nylon-base string (tali 1-3
walaupun ada menggunakan steel, tapi disalut pada tali base nylon).

Kelebihan gitar akustik:


(i) Boleh dimainkan tanpa amp.
(ii) Boleh dibawa dan dimain di mana-mana (kecuali tempat-tempat tertentu
seperti masjid, tanah perkuburan, musium dsbg.)
(iii) Walaupun tak perlu amp, bunyi yang keluar dari gitar akustik cukup kuat
untuk main sambli nyanyi ramai ramai semasa berkelah misalnya, sebab
gitar akustik pakai steel strings.
(iv) Variasi muzik yang luas dan selalunya gitar akustic “masuk” untuk
dimainkan apa apa genre.
(v) Selalunya gitar akustik tidak mudah lari tune kerana lebar string yang
lebih besar berbanding gitar eletrik kecuali masalah loose nut atau
dimainkan dibawah pengaruh matahari atau pencahayaan yang kuat.
Kelemahan gitar akustik:
(i) Memerlukan penjagaan yang lebih dan kos repair yang agak mahal. (Kalau
nak tahan lama la – sebab aku tengok ramai yang reti beli aje gitar tapi tak
reti bela)
(ii) Believe it or not, secara purata gitar akustik lebih mahal terutama yang
sudah dimasukkan ke kategori vintage seperti Martin Guitars.
(iii) Kebanyakan beginner give-up tengah jalan sebab alasan – susah nak
main, tali keras, jari saya kecik, tekan tak kuat..
(iv) Sesetengah gitar mempunyai fretboard dan body yang besar.

C) Classic Guitar – Konsep yang hampir sama dengan


gitar akustik, tetapi menggunakan string nylon.

Kelebihan gitar klasik:


(i) Sesuai untuk lagu lagu klasik, spanish style flamenco, bossa nova dan
fingerstyle-technique.
(ii) Tali nylon walaupun tebal, tetapi lembut dan mudah dimainkan.
(iii) Bunyi gitar yang lebih lembut dan romantik tapi passionate.

Kelemahan gitar klasik:


(i) Genre muzik yang agak terhad.
(ii) Jarak antara string dan antara fret yang besar, justeru fretboard yang
lebih lebar. Gitar ini susah dimainkan oleh mereka yang mempunyai jari yang
kecil dan comel.
(iii) Memerlukan penjagaan yang lebih dan kos repair yang agak mahal.
(iv) Kebanyakan gitar klasik yang elok mempunyai harga yang jauh lebih
mahal dari akustik dan elektrik. Ada gitar vintage klasik yang mencecah
jutaan RM.

Kesimpulan : Pilih gitar yang sesuah mengikut gaya, citarasa dan genre
anda. Kalau masih belum pasti, aku nasihatkan cuba gitar akustik. Gitar
akustik memang sukar dimain pada permulaan. Tetapi selepas banyakkan
latihan, dan setelah biasa dengan gitar akustik, lepas tu 99.9% anda dijamin
takde masalah untuk main gitar elektrik. Kalau biasa sangat main gitar
lembut sekali kena akustik jari krem. Gunakan gauge yang lebih halus.
Biasanya pada kotak set tali gitar akustik tu ada tulis “Heavy”, “Medium”,
“Light”, “Extra Light” etc. Pilih tali “Extra Light”. Tali jenis ini lebih senang
nak main. Cuma bunyinya tidak sekuat berbanding kalau guna medium atau
heavy gauge strings. Pilih juga gitar yang mempunyai body yang lebih kecik
seperti OOO- (triple O) type atau OO- (double O) type. Elakkan D-type atau
Jumbo type.

Langkah Ketiga : Pesta Beli Belah

Dah cukup budget, dah tahu nak beli gitar jenis apa, sudah tiba masa untuk
beli gitar… BELUM LAGI… masih ada persediaan yang perlu buat sebelum
beli gitar.

GETTING READY

1. Banyakkan pengetahuan gitar dulu. At least belajar pegang gitar,


petik-petik sikit, belajar kod kod gitar etc. Kalau boleh pinjam gitar
member dulu. Lebih baik, beli dulu buku panduan asas gitar. Ambil
kelas gitar kalau perlu. Belajar melalui buku atau forum online sahaja
tak cukup untuk belajar teknik yang betul.
2. Try window shopping dulu. Pergi ke kedai gitar dekat tempat anda,
“ushar” gitar gitar kat situ. Tengok brand gitar, dan kemasan (finishing)
gitar tu, bandingkan dengan harga. Tengok gitar paling mahal,
bandingkan dengan gitar yang lain yang lebih murah. Lagi banyak
anda survey cara ini, lama kelamaan korang akan dapat feel kenapa
gitar itu mahal kenapa gitar ni murah. Kenapa gitar ni walaupun
nampak cam mahal tapi murah or vice versa. Cuba try kalau tak caya.
Sembang-sembang dengan orang kedai tu, mana-mana lah tahu dapat
info yang menarik, kenyit-kenyit sikit nanti manalah tahu kalau nak beli
dapat murah (hanya sesuai untuk perempuan menggoda). Tapi useful
tips; IGNORE annoying salesman…
3. Mintak kebenaran cuba main gitar kat situ. Cakap secara jujur dengan
tuan kedai, “Saya ni baru nak belajar main gitar, tapi datang sini bukan
nak beli terus. Saya tengah pikir pikir try try feel ni gitar apa yang
sesuai nak beli. Kalau gitar kat sini boleh memuaskan nafsu serakah
saya nanti boleh la saya beli kat sini…” etc.. Keep in mind, kalau anda
cakap tak nak beli, tapi orang kedai tu layan jugak maknanya kedai tu
okay la. Berbanding kalau cakap tanak beli lagi tapi orang kedai layan
cam pundek tu memang niat nak untung aje la kedai tu. Cari kedai
lain.
4. Survey gitar kat tempat tempat lain jugak.
5. Survey harga gitar di Internet. Bandingkan dengan harga pasaran.
Adakah lebih mahal atau lebih murah. Aku tak galakkan beli dari
Internet. Memang lebih murah, tapi you never know what you’’ll get.
So gunakan sebaik mungkin info yang ada kat internet seperti jenis
kayu yang diguna untuk body, saiz fret, jenis pikap dan sebagainya.

TODAY WE BUY ONE!


1. Ajak member yang biasa dengan gitar. Nanti member anda boleh
tolong decide gitar mana yang sesuai. Juga untuk mengelakkan
daripada korang kena tipu dengan salesman. Salesman biasalah kalau
tanya gitar mana elok mesti tunjuk yang mahal aje..
2. Cuba dulu gitar yang nak beli tu. Jangan tengok ambik terus bayar.
Kalau gitar elektrik, try cucuk ke amp dulu. Pikap nye okey ke tak.
Mintak orang kedai tunekan gitarnye, try petik tengok fretnye ade
bunyi lari ke tak.
3. Tanya warranty kalau ada. Warranty penting kalau kalau ada masalah
dengan gitar tu nanti. Gitar yang ada brand seperti Fender, Gibson,
Ibanez, Martin, Yamaha etc MESTI ada warranty card. Check dulu
dengan kedai. Tengok jugak brand betul ke tak. Ada jugak gitar yang
tengok dari jauh macam logo Fender, tapi kalau dah dekat dia tulis
Tender. Gitar cilok memang takde jaminan la.
4. Beli juga aksesori gitar seperti guitar case (soft case or hard shell
case), guitar strap dan guitar strings set spare (Tali 1 hingga 6). Jika
perlu boleh beli pic, guitar strap, guitar tuner etc. Tapi tak perlu
berlebih lebih. Kalau rasa perlu nanti boleh beli lagi.

So sedikit sebanyak aku dah senaraikan list yang korang perlu timbang
before beli gitar. Tak rugi tanya pendapat orang lain. Banyak lagi resource
lain kat internet yang cerita tips dan panduan untuk beli gitar untuk beginner
mahupun advanced guitarist.

Apa tunggu lagi? Selamat berjaya dan semoga berjumpa dengan gitar
idaman anda..

You might also like