You are on page 1of 52

StudIo Amali

2 D EKSPRESIF (SSS1032)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FOLIO PROJEK 1
( Catan )

Disediakan oleh:

KUMPULAN A
AT 23
D20071029673 MOHAMAD AFIFFUDDIN B. MOHAMAD TAKIUDIN

Disemak oleh: DR . MOHD FAUZI BIN SEDON @ M.DOM

1
Bil. Perkara Muka
surat
1 Pengenalan kepada catan: 1
• Maksud catan
• Aliran seni
2 Sejarah Catan Tanah Air: 6
• Latar belakang sejarah
• Kronologi perkembangan seni lukis moden tanah air
• Stail seni lukis moden di Malaysia
• Pelukis. Pertubuhan seni dan karya tempatan
3 Bahan dan teknik: 14
• Kajian bahan(warna)
• Bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan catan
• Teknik menghasilkan catan

4 Kajian komposisi karya catan: 28


• Aspek kritikan seni karya seni visual
• Karya latif maulan
• Charles becker
• Natalja Picugina
• Betty Ann Hogan
• Keith Mallet
5 Perkembangan Proses 39

2
Maksud Catan.

Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment" terlarut dalam pelarut


(atau medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) seperti kertas,
kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh pelukis; takrif ini digunakan terutamanya jika ia
merupakan kerjayanya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding
penggunaan tulisan. Perkataan lukisan digunakan sebagai bererti lukisan gambar
seterusnya dalam rencana ini. Lebih khusus lagi, rencana ini tentang lukisan pada
permukaan untuk sebab artistik, dianggap salah satu pekara penting dalam bentuk seni.

Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau
cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan
seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta
susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman
Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang
digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman
kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco
dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang
mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak

3
Aliran-Aliran Dan Perkembangan Seni Catan Di Barat.

Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba dan ia digunakan untuk
menggambarkan kisah-kisah keagamaan.

• Zaman Pertengahan. Aliran Seni Kristian, Seni Romantik, Seni Medievel.


• Zaman Renaissanse: Zaman kemuncak seni lukis di Eropah. Aliran Romantik,
Klasik, Naturalisme.
• Zaman Baroque dan Rococo. Aliran Barroque, Dutch Painting.
• Abad ke-18. Aliran Romantisme.
• Abad ke-19. Aliran Realisme, Naturalisme, Impressionisme, Post-
Impressionisme, Seni Nouveau.
• Abad ke-20. Aliran Kubisme, Ekspresionisme, Fauvisme, Futurisme, Dadaisme,
• Surealisme dan Abstrak Ekspresionisme.
• War Art. Aliran Enviroment Art, Happenings, Seni Poo, Seni Op, Seni Minimal,
Seni Konseptual, Seni Landskap.

4
Apakah yang ditampilkan dalam setiap aliran dan gaya-gaya catan
tersebut??

Aliran Realisme.

Pada era realisme, Setiap karya yang dihasilkan memerlukan fokus dan kreativiti
yang tinggi bagi menghasilkan sebuah karya yang bermutu tinggi dan mempunyai nilai
estetiknya yang tersendiri.Setiap karya yang dihasilkan membawa maksud sebuah seni
yang serius dan mendalam.Ini bermaksud setiap karya pelukis ketika itu dihasilkan
dengan mempunyai agenda yang tersendiri dan bukan dihasilkan semata-mata untuk
hiburan atau untuk satu produk yang boleh dinilaikan dengan wang. Pada masa itu
diselitkan dengan mesej perjuangan dan keinsafan,lukisan pada masa itu menjadi medium
untuk menyampaikan mesej dan propaganda pelukis pada masyarakat umum pada masa
itu

Kiubisme:
Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti. Menganggap seni sebagai
satu konsep kearah penciptaan dan menolak peniruan. Cuba menyelesaikan permasalahan
3 dimensi dalam ruang 2 dimensi. Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri. Seperti
pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar. Warna yang bertenaga.

Ekspressinisme:
Menolak cirri-ciri tradisi klasik. Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi
pelukis. Menyingkir subjek dan objek serta menolak peniruan alam. Penggunaan warna
yang terang bagi menyampai mesej. Penggunaan warna yang
dramatik. Kadang kala tidak ada imej yang jelas dan bersifat organik. Kesan berus yang
kasar, kadang kala tidak menggunakan berus.

5
Impressionisme:
Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat. Warna tidak
dicampur dengan warna hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas. Warna bertindih-
tindih. Tidak melukis secara detail. Mementingkan keserasian warna/cahaya serta watak-
watak alam. Mengutamakan suasana yang dilihat misalnyapagi, petang, malam. Aliran ini
condong kepada aliran naturalisme. Palitan warna spontantentang apa yang dilukis.

Pos-Impressionis:
Mencipta bentuk bukan meniru. Seni adalah kejelasan logik bukan tentang struktur.
Karya seni bukan sains tulen tetapi seni. Berlandaskan hukum pembalikan cahaya tetapi
harus memberi ruang penyataan diri

Seni Baraque dan Rococo:


Zaman ini juga dikenali sebagai zaman Renaissance Tinggi. Baroque membawa
maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah. Karya menumpukan kepada
komposisi, aksi, warna dan cahaya. Latar belakang karya berwarna gelap. Karya
tertumpu kepada objek.

Pos-Ekspressionisme:
Menumpukan kepada percubaan dan penerokaan pelukis terhadap media dan bahan.
Ciri-ciri lain sama dengan aliran ekspressionisme.

Futurisme:
Mengemukakan aliran seni yang berdasarkan teknologi. Dinamik. Pergerakan yang
dinamik.

Surealisme:
Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar
minda pelukis. Imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak

6
logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan kesan misteri. Objek diletakkan
pada tempat-tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantumkan.

Dadaisme:
Kumpulan perantaran antar aliran futurisme dengan surealisme. Konsep tanpa
kongkongan. Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni semata-mata. Seni adalah
medium untuk melepaskan perasaan. Berpegang kepada konsep ‘kemusnahan juga
merupakan penciptaan’.

Seni Pop:
Berasaskan kepada persekitaran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi
kotaraya New York dan London. Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan
populariti. Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna. Pelukis seni pop
terkenal juga dengan panggilan New Realist. Ciri-ciri yang penting dalam karya Pop
ialah ialah warna yang terang pada permukaan yang berbidang besar. Konsep New
Realist merupakan kebangkitan kehidupan moden yang mirip kepada kesesuaian zaman
sains dan teknologi.

7
Jika melihat kembali kepada sejarah tanah air kita (Malaysia), kita akan mendapati bahawa
terdapat tiga faktor utama yang telah mempengaruhi perkembangan awal seni lukis moden
Malaysia, iaitu penjajahan Inggeris, penghijrahan ‘bangsa dagang’ dan status pendidikan.
Seni lukis moden pula disifatkan sebagai karya yang berbeza daripada mana-mana
konvensyen artistic yang tradisional. Ia lebih menekankan cirri-ciri individualistic daripada
manifestasi sesuaru budaya yang menyeluruh dalam sesebuah masyarakat.
Kelahiran seni moden tanah air berkaitan dengan proses pemodenan negara.
Malahan, pemodenan merupakan salah satu isu terpenting dalam membicarakan
perkembangan kebudayaan Malaysia, termasuklah seni visual, seni kartun dan sastera.
Pemodenan sering kali dilihat sebagai suatu proses pembaratan, sama ada dari segi bentuk
ataupun makna sesuatu objek budaya atau tingkah laku manusia. Bahagian ini berhasrat
memberi suatu gambaran umum tentang faktor-faktor awal yang telah mempengaruhi
perkembangan stail seni lukis moden Malaysia serta menghubungkanya dengan fenomena
pemodenan atau pembaratan.

Latar Belakang Sejarah

Pengelibatan Inggeris di Tanah Melayu bermula di Pulau Pinang pada tahun 1786.
dalam tahun 1826, Inggeris kemudiannya membentuk Negeri-negeri Selat yang terdiri
daripada Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura. Pengelibatan Inggeris dalam hal ehwal
pentadbiran mencerminkan usaha-usaha mereka untuk merubah sosiobudaya negara, dan
situasi ini boleh disifatkan sebagai asas kepada kemunculan bangsa Malaysia moden
(Andaya L. Y., 1982; Piyadasa,1994)

8
Penguasaan Inggeris dalam bidang ekonomi dan sosiopolitik Malaya bertambah
kukuh pada abad ke-19 menerusi polisi mereka dengan membawa masuk kaum pendatang
dari India dan China untuk bekerja di sektor perladangan dan perlombongan bijih timah.
Kedatangan ‘bangsa’ dagang ini dilihat sebagai pencerobohan hak orang Melayu yang mana
boleh ,e,bawa kepada konflik budaya. Ketidak puashatian ini tercermin dalam akhbar seperti
Warta Malaya yang sering mengkritik kaum pendatang dan meyeru agar orang Melayu
bersatu serta mengguanakan kuasa mereka untuk mempertahankan hak dan kedaulatan
bangsa.

Ekoran daripada itu, sistem pentadbiran serta polisi Inggeris telah


menyebabkan krisis ekonomi dan politik di kalangan bangsa Melayu. Penjajahan Inggeris
dilihat sebagai suatu ancaman terhadap masa depan orang Melayu, baik dari segi budaya
mahupun dari aspek politik. Banyak kartun Melayu pada dekad 1930-an yang melahirkan
rasa kebimbangan terhadap kesan penjajahan ke atas orang Melayu. Contohnya karya Abd.
Manan yang berjudul ”Barat Tinggal di Barat, Timur Tinggal di Timur” (Warta Jenaka, 23
November, 1936) telah menggambarkan Melayu yang bersifat kebaratan adalah ibarat kacang
lupakan kulit.

Meskipun begitu, kemunculan para pelukis dari China pada tahun-tahun 1930-
an telah mencetuskan suasana berbeza dalam seni lukis moden Malaysia. Melalui
pembentukan Akademi Seni Halus Nanyang di Singapura pada tahun 1938, para pelukis ini
telah memainkan peranan besar dalam memperkayakan stail catan tempatan dengan
menggabungkan ciri-ciri Timur dan Barat, di samping membentuk asas pendidikan seni di
negara ini.

Selain itu, sistem pendidikan Inggeris juga memainkan peranan penting dalam
proses pembaratan. Sejak tahun1830-an, sekolah-sekolah yang beraliran penyebaran agama
Kristian telah diperkenalkan, di samping sekolah-sekolah Inggeris yang dibentuk kerajaan
bagi menyediakan tenaga kerja pengurusan dan pengkeranian bawahan dalam sektor
pentadbiran kerajaan. Menerusi sekolah-sekolah seperti inilah pengetahuan tentang sejarah,
perundangan serta nilai-nilai budaya Inggeris diperkenalkan kepada para pelajar selain

9
membina sikap ketaatan kepada pemerintah. Sistem pendidikan yang dikatakan terbina di
atas dasar-dasar saintifik dan empirikal iru diperkatakan telah menggalakkan para pelajar
untuk menangani ilmu pengetahuan dari sudut yang lebih pragmatik, analitik dan
individualistik; berbeza daripada pandangan hidup masyarakat tradisional. Malahan,
kemunculan pendekatan seni lukis yang bersandarkan kepada ciri-ciri ekspresi
individualisme, ekspresif serta naturalistik dianggap terhasil daripada sistem pendidikan
tersebut. Fenomena ini seterusnya menjadi landasan kepada lahirnya pendekatan seni lukis
moden dan kebaratan sejak awal abad ke-20 dan seterusnya, terutama sekali di kawasan
bandar.

Kronologi Perkembangan Seni Lukis Moden Di Malaysia

Sejarah Catan Di Malaysia.

Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an iaitu apabila terciptanya
karya – karya awal oleh Abdullah Ariff, Yong Mung Sen, O. Don Peris dan lain – lain.
Mereka ini telah diisytiharkan sebagai Bapa Seni Lukis Malaysia ( Yong Mun Sen), Bapa
Seni Potret ( Mohd Hoessein Enas) Bapa Seni Batik (Chuah Thean Teng). Yong Mun Sen
merupakan pelukis cat air terbaik kerana beliau telah menandingi dari negara penjajah
dan orang inggeris amat hairan dengan kebolehannya. Dia juga telah dikatakan sebagai
pelukis catan moden pertama di Malaysia. Selain itu lukisan yang dihasilkan oleh Yong
Mun Sen kelihatan di seluruh negara tidak seperti pelukis lain seperti Abdullah Ariff dan
juga Syed Ahmad Jamal.

1. Tahun 1930-an dan 1940-an

Seni halus (lukisan, catan, cetakan, arca dll) bermula pada tahun 1930-an dengan
terciptanya catan awal oleh Yong Mun Sen, Abdullah Ariff. Pelukis Malaysia bebas
daripada sebarang kongkongan kerana belum terdedah kepada aliran dari barat.

10
Pendedahan hanya tertumpu kepada penghasilan rakan seperjuangan. Karya mereka
mentah dan tidak halus kerana tiada bimbingan.

2. Tahun 1950-an

Awal tahun 1950-an, Malaysia mula mempunyai pelukis yang berkedudukan dan
dedikasi seperti Yong Mun Sen, Abdullah Ariff, Cheong Soo Pieng, Khaw Sia. Alam seni
halus Malaysia masih suram dan kurang memberangsangkan. Ketibaan Mohammed
Hoessein Enas dari Indonesia telah membawa era baru dalam aliran naturalis dengan
melukis figura manusia kepada pelukis tempatan.Tay Hooi Keat yang baru pulang dari
United Kingdom memperkenalkan asas seni lukis seperti bentuk, garisan, rupa, warna,
jalinan dan sebagainya.

3. Tahun 1960-an

Era 1960-an dikatakan merupakan penghasilan karya yang matang dari pelukis-pelukis
Malaysia. Pelukis-pelukis bukan sahaja menganut aliran impresionis malah lebih berani
dalam aliran ekspresionis, pop, konseptual, op dan lain-lain.

4. Tahun 1970-an

Pelukis seperti Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng
dan Joseph Tan telah menggegarkan dunia seni lukis tempatan dengan
ungkapanungkapan yang mencabar.Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan
tanpa isyarat yang dipelopor oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck Kan
telah menjadi ikutan. Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan baru dalam
lukisan.Karya catan masa ini mengandungi nilai ikon dengan tegasan monolitik.

5. Tahun 1980-an

Awal tahun1980-an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik
dengan munculnya catan pemandangan yang naïf, sambungan akademik aliran realisme

11
dan karya-karya yang berprinsipkan mitos dan legenda yang kaya di rantau ini. Terdapat
juga pelukis yang mendekatkan diri kepada subjek-subjek yang berkaitan dengan keadaan
dan peristiwa yang berlaku dalam negara, warisan budaya serantau, sosial dan politik
yang berkontekskan Islam.

Stail Seni Lukis Moden Malaysia

Tidak seperti seni moden barat yang berkembang menerusi tradisi seni arca,
fresco dan catan yang hebat dan panjang, seni lukis moden Malaysia lahir menerusi
eksplorasi untuk mencari pendekatan baru dalam menggambarkan alam sejagat. Syed Ahmad
Jamal menulis bahawa ketiadaan tradisi bergambar yang hebat telah menyebabkan seni lukis
Malaysia bebas dari sebarang penyekatan. Kebebasan menjadi faktor tersirat yang
memungkinkan para seniman begitu asyik dengan usaha untuk membebaskan mereka
daripada sesetengah batasan lama.

Sejarah seni lukis moden Malaysia bermuala pada awal sekitar tahun 1930-an
menerusi karya-karya Abdullah Ariff, Yong Mun Sen, O. Don Peris dan pelukis-pelukis cat
air Pulau Pinang yang lain. Kumpulan perintis ini telah memperkenalkan pendekatan stail
baru dalam tradisi visual tempatan dengan menggunakan kaedah seni catan easel barat untuk
mempersembahkan subjek mereka. Sebelum ini, seni visual Malaysia dikuasai oleh
penghasilan karya-karya seni tradisional seperti ukiran kayu, batik, tenunan,dan anyaman.
Berbeza daripada kesenian tradisional yang secara umumnya bersifat abstrak dan simbolik,
golongan perintis seni moden Malaysia manggambarkan alam sejagat menerusi representasi
figuratif. Perubahan stail dan konsep karya seni ini merupakan titik peralihan menandakan
kelahiran seni lukis moden di negara ini.

Oleh kerana karya seni moden Malaysia menerima inspirasinya daripada


tradisi barat melalui penjajahan, penghijrahan dan sistem pendidikan, maka tidak hairan lah
jika sesetengah penulis menyifatkannya sebagai manifestasi kebudayaan Barat serta
penjajahan intelektual ke atas seni lukis Malaysia.

12
Pelukis , Pertubuhan Seni Dan Karya Tempatan.
Antara tokoh penting dalam dunia seni visual moden Malaysia ialah Abdullah Ariff yang
sangat dikenalai dengan lukisan-lukisan cat airnya. Beliau dilahirkan pada bulan Jun 1905 di Pulau
Pinang. Bertugas sebagsi guru Seni Lukis di Sekolah Anglo Chinese, Pulau Pinang, beliau banyak
memberi sumbangan sebagai penyelia seni, pengerusi bahagian kesenian Kesatuan Guru Pulau
Pinang pada tahun 1949 serta ahli Penang Impressionist tahun 1932. beliau telah berkhidmat
sebagai Kaunselor Majlis Bandaran Pulau Pinang dari ahun 1955-1957. beliau juga adalah satu-
satunya seniman pelukis tempatan yang terpilih dan dicatatkan di dalam buku The Leader of Malaya
and Who’s Who 195,6 sehingga lima tahu berturu-turut oleh pelukis dan penerbit oleh J. Victor
Morais. Karya-karyanya elah dipemerkan di Singapore, Hong Kong, Austria, Australia, Amerika,
England,India dan Norway. Di Amerika pengkritik seni telah mengitiraf karya-karyanya dengan
gelaran Ariff Style. Karya-karya catan cat airnya telah banyak dianalisis oleh pengkritik seni di
Malaysia seperti T.K Sabapathy, Piyadasa, Zakaria Ali dan Muliayadi Mahamood.

Wednesday Art Group.

Penglibatan guru – guru dalam pertubuhan seni di Pulau Pinang telah diakui
menyemarakkan lagi kesedaran visual di utara tanah air. Dalam hal ini kuala lumpur
juga tidak ketinggalan melibatkan kaum pendidik seni dan golongan yang lain bergiat

13
di bawah satu bumbung persatuan yang dikenali sebagai Wednesday Art Group. Peter
Harris selaku penyelia seni di Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur telah
bertanggungjawab menubuhkan persatuan tersebut pada tahun 1952.

Penang Teachers’ Art Circle dan Wednesday Art Group yang muncul pada tahun
yang sama mempunyai banyak kesamaannya. Antara lain ialah pengasasnya
mendapat latihan pendidikan seni di luar negara, kebanyakan ahli – ahlinya terdiri
daripada guru –guru seni serta beroperasi pada tahun yang sama, 1952. Malah hala
tuju persatuan tersebut juga menggambarkan hasrat bagi membetulkan kaedah dan
tatacara pembelajaran pendidikan seni di tanah air.

Sungguhpun Wednesday Art Group sebagai pertubuhan seni mula beroperasi pada
tahun 1952 tetapi secara rasminya ia didaftarkan lewat di bawah Pendaftar
Pertubuhan pada tahun 1956 dengan rujukan ARS/ SL & NS 113/56. Manakala tujuan
pertubuhan ini mengikut Peter Harris ialah untuk mengeluarkan masyarakat yang tahu
melukis, mewarna dan dapat meluahkan perasaan melalui seni. Di dalam pertubuhan
ini terdapat dua konsep yang diutarakan iaitu Relax Into Art dan Express And Relax
Into Art.

Penubuhan Wednesday Art Group banyak memberi sumbangan kepada


perkembangan seni di Malaya sehingga ke hari ini. Antara sumbangan yang diberi
ialah mempersembahkan pelbagai media baru dalam menghasilkam karya seperti
gouche. Memberikan kebebasan kepada ahli – ahlinya menikmati ‘rasa keseronokan
dengan seni’. Selain itu Wednesday Art Group telah memperbaiki tatacara pengajaran
Pendidikan Seni di sekolah – sekolah serta merta dapat meningkatkan mutu
pengajaran Pendidikan Seni di sekolah – sekolah di tanah air.

Penang Impressionist.

Aliran dan gaya impresionisme yang muncul di Perancis dan tersebar di Eropah
telah memberi kesan dan impak yang besar kepada penubuhan sebuah persatuan seni

14
di Pulau Pinang. Aktiviti melukis di luar studio secara berkumpulan yang menjadi
teras kepada aliran itu menjadi ikutan kepada ahli – ahli persatuan ini. di Malaya,
Penang Impressionist adalah pertubuhan seni yang awal telah ditubuhkan oleh orang
– orang inggeris di Pulau Pinang, malah pertubuhan seni yang pertama ditubuhkan di
Malaya.

Pertubuhan ini didaftarkan di Pulalu Pinang mengikut ordinan No. 116


( pertubuhan) seksyen 5 pada 2 ogos 1899. Ini bermakna pertubuhan ini adalah
pertubuhan seni yang pertama di Malaya yang mula bergiat pada akhir abad ke – 19
lagi. Pebubuhan Penang Impressionist dikatakan telah ditubuhkan pada tahun 1920
atau 1928 tetapi tiada rekod yang menunjukkan penubuhan tersebut.

Kemunculan Penang Impressionist sebagai satu pertubuhan seni awal di Malaya


pada akhir abad ke 19 yang mengadakan pameran karya seni antara tempoh Perang
Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua menandakan bermulanya satu kegiatan seni
secara berkumpulan di Malaya. Ahli – ahlinya terdiri daripada suri rumah tangga
pegawai – pegawai kolonial British di Pulau Pinang. Kegiatan mereka ialah
merakamkan panorama kecantikan Landskap pantai dan darat di pulau tersebut.

15
A. KAJIAN BAHAN (WARNA)

Jenis-jenis Warna.

Warna Asas

Tiga warna asas. Dari kiri: Merah,Biru,kuning

Warna asas adalah warna-warna yang paling hebat kuasanya. Ia juga adalah warna
yang utama dalam pembentukan warna-warna yang lebih pelbagai. Warna asas juga
dikenali sebagai warna primer. Warna asas terdiri daripada 3 warna iaitu merah, biru dan
kuning.

Warna Sekunder

16
Warna Sekunder merupakan warna yang terhasil daripada campuran dua warna asas. tiga
warna sekunder tersebut ialah:

Warna Asas 1 Campuran Warna Asas 2 Hasil Warna

Merah + Kuning Jingga

Kuning + Biru Hijau

Biru + Merah Ungu

Warna Tertier

Warna tertier adalah campuran satu warna asas dengan warna sekunder di sebelahnya.
Warna tertier terdiri daripada 6 warna.

Warna Asas Campuran Warna Sekunder Hasil Warna

Kuning + Hijau Kuning Hijau

Kuning + Jingga Kuning Jingga

Merah + Jingga Merah Jingga

Merah + Ungu Merah Ungu

Biru + Ungu Biru Ungu

Biru + Hijau Biru Hijau

Tona Warna

Ton Warna disebabkan oleh kesan pancaran terang atau gelap sesuatu warna. Ia
dihasilkan melalui campuran warna asal dengan putih atau hitam mengikut kadar tertentu.
Warna lebih terang jika dicampurkan dengan warna putih. Warna menjadi gelap apabila
dicampurkan dengan warna hitam Jika menggunakan cat air, lebih air dicampurkan untuk

17
mendapatkan warna cera. Untuk mendapatkan ton warna gelap, warna ditindihkan lapisan
demi lapisan. Ton warna merupakan jenis warna yang berguna untuk mencipta ruang dan
bentuk tiga dimensi dalam seni tampak.

Olahan Warna

Sewarna

Sewarna adalah kesan gubahan satu warna dalam beberapa ton.Ia juga dikenali
sebagai warna monokrom Nilai warna lebih rendah jika dicampurkan dengan lebih warna
putih. Nilai warna akan terus meningkat jika dicampurkan dengan warna hitam. antara
kelebihan sewarna atau warna monokrom ini ialah:

• Dapat menimbulkan suasana yang harmoni dan selesa


• Boleh menimbulkan gambaran ruang dan perspektif dalam catan
• Sesuai untuk ciptaan tekstil, hiasan dalaman, ubin, perabot dan sebagainya

Warna Kroma

Kroma adalah nilai ukuran kuasa warna. Ia dihasilkan melalui campuran warna
tersebut dengan penggenapnya. Nisbah campuran dengan warna penggenap akan
menentukan nilai kuasanya.kuasa warna kroma boleh dibahagikan kepada tiga peringkat,
iaitu cerah, sederhana dan pudar warna kroma menggambarka kesan yang lebih pudar
daripada warna asalnya.hasil karya catan yang menggunakan warna kroma dapat
menimbulkan perasaan rindu, sunyi, sedih dan nostalgia

Warna Neutral

18
Warna ton antara putih dan hitam

Warna neutral adalah pelbagai jenis warna kelabu yang tonnya terletak diantara putih
dan hitam. Warna neutral juga merujuk kepada warna kroma campuran dua warna
penggenap dengan nisbah tertentu dan menghasilkan warna baru yang telah hilang nilai
kedua-dua warna asalnya. Contoh warna seperti ini ialah perang, khaki, warna kulit ,
sawo matang dan sebagainya.

B. Bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan catan

Bahan Hasilkan Catan.

Cat Akrilik

Cat akrilik boleh didapati dalam bentuk tiub. Ia mengandungi pengilat larut air dan
bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya
menggunakan cat akrilik ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis
‘cartridge’ yang tebal ataupun kanvas boleh digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk
menghasilkan campuran warna.

Cat Air

Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia
bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan
menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas
yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah

19
jenis lembut dan beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh
warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk
mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.

Cat Poster

Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan
bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya
menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis
‘cartridge’ yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan
untuk menghasilkan campuran warna.

Cat Tempera

Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Ia
mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan
karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut
atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah
disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna
rata dan licin.

Cat Minyak

Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak
ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy
atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet,
kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah
teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut.

20
Bahan dan alat yang dipilih dalam menghasilkan projek catan ini.

1. cat akrilik.

Warna akrilik merupakan pigment


warna yang digunakan dalam
menghasilkan catan. Warna
akrilik digunakan dengan
bahantara iaitu air.

Cat akrilik kanvas

2. Berus.

21
Berus merupakan alatan yang begitu penting dalam
menghasilkan catan. Berus mempunyai pelbagai
fungsi dan pelbagai saiz. Iaitu berus yang bersaiz
besar adalah sesuai digunakan untuk mewarna
bahagian latar belakang bagi sesebuah karya kerana
kelebaran berus dapat memudahkan warna disapu
secara rata ataupun menggunakan teknik – teknik
tertentu. Berus ini juga dapat mengelakkan daripada
warna yang digunakan tersangkut dan tidak rata.
Manakala berus yang bersaiz sederhana dapat
digunakan di bahagian objek yang tidak begitu
besar. Seterusnya berus yang bersaiz kecil iaitu
berus leper dan berus berbulu tajam dapat digunakan
untuk proses memperhalusi atau memperkemaskan
3. Palette.
objek – objek yang dilukis.

Palette berfungsi sebagai alat


yang dapat mengisi warna serta alat
yang membolehkan pigmen warna
akrilik di campurkan untuk
mendapatkan tona warna sebelum di
sapu di atas permukaan kanvas.

4. Masking tape.

22
Masking tape berfungsi untuk
menghasilkan satah dan objek
bersudut tepat dalam proses
mewarna terutamanya dalam teknik
hard edge.

C. Teknik yang boleh digunakan dalam menghasilkan catan

1. Teknik Berus Kering.

Ciri-ciri

Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas.
Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang
telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.

Campuran warna

23
Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu
dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah
dibancuh.

Cara

Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna
disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering.
Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak
bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin
menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna
yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.

2. Teknik Kecatan.

Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub.


Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.
Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran.
Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi
dan spontan.

Campuran warna

Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna


terus dari tiub atas kertas. Jika hendak menggunakan
air, hanya gunakan sedikit sahaja.

Cara

Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada


permukaan kertas lukisan. Campuran warna yang kedua
ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa
menunggu
24 warna itu kering. Kertas sentiasa basah
sehingga catan selesai dibuat.
3. Teknik Gurisan.

Penggunaan teknik gurisan pada catan artcard


menimbulkan kesan yang menarik dan mewujudkan
corak tertentu pada permukaannya. Penggunaan minyak
masak, minyak linsid, minyak poppy atau minyak
kacang, turpetine, aresol, super gloss lacquer, holografik
dust serta gold foil glazes sebahagian bahantara utama
campuran warna menimbulkan kesan yang menarik pada
subjek kajian. Dalam teknik ini, untuk mendapatkan
kesan sesuatu gambaran maka cat harus digosok,
distensilkan, dipercikan serta diguris sehingga
meninggalkan kesan tertentu pada permukaan artcard.
Penyelidik menggunakan kaedah negatif kepada positif
bagi mendapat kesan yang menarik pada permukaannya.
Penggunaan bahan-bahan kimia lain juga turut digunakan
bagi melihat tindakbalas serta kesan jalinan yang wujud
pada permukaan kertas tersebut. Hasil dari penemuan
kajian ini, ianya menimbulkan kesedaran bahawa terdapat
bahan-bahan lain serta kepelbagaian teknik boleh
digunakan bagi mewujudkan bentuk-bentuk karya catan
seni rupa yang baru pada masa akan datang.

25
4. Teknik Scambling

Scambling merupakan penggunaan berus yg


terkawal serta secara lembut penggunaan pada satu
lapisan nipis di atas warna latar. Ia menimbulkan
kesan lutsinar pada warna latar. Teknik ini diguna
untuk mendapatkan kesan tekstur yang halus pada
suatu latar permandangan.

26
5. Teknik Pointilisme.

Titik (Pointilisme) dihasilkan dengan


menggunakan berus dengan sapuan cara
menegak dan bersistematik di atas kertas
artcard. Penggunaan berus cat yang keras di
hujungnya dan kawalan campuran minyak dan
cat sangat penting bagi mendapat kesan latar
yang sesuai dan menarik.

6. Teknik Impasto.

Teknik Impasto merupakan teknik ini


menggunakan warna terus daripada tiub dan
disapu dgn pisau palet. Biasanya hasil catan ini
mempunyai warna yang tebal dan legap. Namun
penggunaan minyak pada permukaan kertas
dapat menimbulkan jalinan-jalin yang menarik
terutama kesan batu dan juga pergerakan air.

7. teknik Alla Prima

Teknik ini dilakukan dengan menyapu cat minyak hanya sekali iaitu terus dari tiub
dan melukis. Banyak tempelan cat perlu disapu hingga warna yg dikehendaki diperolehi.

8. Renjisan dan percikan


Teknik yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan
renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang
dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas dan kain.

27
9. Teknik Hard - edge
Teknik ini melibatkan proses memisahkan warna menggunakan masking tape bagi
menghasilkan kesan sudut tepat dan garis lurus.

28
29
A. Aspek-Aspek Kritikan Karya Seni Visual:

Setiap karya seni visual dikaji dari aspek berikut:

30
1. Hal benda
Mengenal pasti pelbagai hal benda (figura, objek alam, objek buatan
manusia dll) yang digunakan dalam karya seni visual. Memahami penampilan
imej dalam karya seni visual dalam konteks aliran dan stail yang berbeza.
Memahami dan membezakan imej realistik, abstrak dan non-objektif dalam karya
seni visual.

2. Komposisi:
Mengenalpasti asas seni reka yang terdapat dalam setiap karya seni visual.
Mengkaji penggunaan asas seni reka sebagai bahasa seni visual dan memahami
sifat-sifat ekspresif asas seni reka dalam menyatakan maksud. Memahami
bagaimana asas seni reka diolah dan diadun dalam sesuatu hasil karya seni.
Mengkaji penggunaan pelbagai media dan teknik untuk hasilkan kesan ekspresif
dalam karya seni visual.

3. Kandungan:
Memahami pelbagai tema yang menjadi pilihan bagi menyampaikan maksud
dan pengertian dalam karya seni visual.

CONTOH-CONTOH PENGKARYA DAN KARYA CATAN AKRILIK –


Gubahan alam benda........
1. Abdul Latif Maulan.

Abdul latif maulan dilahirkan di Pahang di perkampungan Lebu pada tahun


1974. Beliau memulakan pendidikan awal di sekolah rendah pada tahun 1981 dan
kemudiaanya meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong di benus.
Beliau belajar dalam aliran sains tulen tetapi lebih berminat kepada seni dan akhirnya
menukarkan alirannya kepada seni tulen dan tamat persekolahan pada 1991. Beliau dapat
melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti tetapi terpaksa melupakan hasratnya kerana

31
menghadapi masalah kewangan. Beliau pernah belajar tentang dunia seni dan mendapat
nasihat daripada pelukis terkenal tanah air seperti Khalil Ibrahim, Ismail Latif dan Yusuf
Ghani dan beberapa orang pelukis lagi

Pengkarya menjadikan senaskhah al-Quran di atas


rehal sebagai objek fokus pada karya ini. Penelitian
(detailing) dilakukan pada setiap objek dari segi,
sifat objek, isipadu, jalinan dan warnanya bagi
memastikan karyanya kelihatan sebenar. Melihat
kepada aspek pencahayaan, pengkarya berjaya
meletakkan kesan cahaya dan baying dengan tepat.

Title: Setelah Bertasbih II Cahaya datang dari hadapan di sebelah kanan. Jadi
(Siri Al-Quran) Karya di sebelah dihasilkan menggunakan media akrilik
Medium: akrilik dan minyak atas kanvas
baying objek akan jatuh ke arah belakang sebelahdi
atas kanvas. Melihat dari segi karya
kiri. Keseluruhannya, hal benda, karya
adalah menampilkan
seimbang dari
Karya di atas dihasilkan
gubahanaspek objek-objek buatanTerdapat
komposisinya. manusia pemberatan
iaitu timbapada dan
menggunakan media akrilik dan
mangkuk dan objek
kedua-dua alam kiri
bahagian semula jadi iaitu
dan kanan karya.sayur-sayuran
Misalnya,
minyak di atas kanvas. Objek-objek
(peria dan cili benggala).
walaupun di sebelah Setiap objek
kiri karya ditampilkan
terdapat secara
lebih banyak
pada karya adalah objek ciptaan
realisticobjek
dengan proportion
iaitu yang tepat
gelas, tasbih, jag sama
air, ada
dan dari segi
pelita,
manusia yang ditampilkan dalam
bentuk, pengkarya
komposisi, danmenyeimbangkan
bijak pewarnaan. Pengkarya
karyanya membuat
dengan
gaya realisme yang terdiri daripada
perincian yang sejadah
adanya teliti bagi menonjolkan
berwarna merah sifat
yangsetipa objek.
memberi
al-quran, rehal, gelas, tasbih, jag air,
Misalnya jalinan corak
pemberatan padapada permukaan
bahagian peria selain berjaya
kanan karya.
pelita dan sejadah.
memberikan isipadu bagi setiap objek. Susunan dan reka letak
objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang
baik. Sama ada ruang antara objek mahupun ruang pada objek
itu sendiri misalnya ruang dalam pada timba dan mangkuk.
Melihat aspek pencahayaan pula, kesan cahaya berjaya
ditimbulkan oleh pengkarya. Cahaya datang dari atas di
sebelah kiri dimana memberi kesan bayang yang jatuh di
permukaan meja condong ke bahagian kanan. Secara
keseluruhannya, komposisi karya ini adalah seimbang di
mana walaupun ianya tidak berkeseimbangan simetri, tetapi
reka letak yang tepat dengan mengaplikasikan aspek
pemberatan pada karya telah membuatkan karya kelihatan
seimbang.
32
Tajuk: Peria
Medium: akrilik atas kanvas
koleksi peribadi, KL

33
Tajuk : Tepak Sireh II
Medium: Akrilik atas kanvas

Karya di atas dihasilkan menggunakan media akrilik di atas kanvas. Melihat dari segi hal
benda, karya menampilkan gubahan objek-objek buatan manusia iaitu tepak sirih dan kain
pelikat dan objek alam semula jadi iaitu daun sirih dan buah pinang. Setiap objek
ditampilkan secara realistik dengan kadar banding yang tepat sama ada dari segi bentuk,

2.komposisi, dan pewarnaan. Pengkarya membuat perincian yang teliti bagi menonjolkan
Charles Becker:
sifat setiap objek. Misalnya jalinan corak pada permukaan kain pelikat dan daun sirih.
Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik.
Sama ada ruang antara objek mahupun ruang pada objek itu sendiri misalnya ruang dalam
pada tepak sirih dan lipatan kain pelikat. Melihat aspek pencahayaan pula, kesan cahaya
berjaya ditimbulkan oleh pengkarya. Cahaya datang dari atas di sebelah kiri dimana
memberi kesan bayang yang jatuh di permukaan meja condong ke bahagian kanan. Secara
keseluruhannya, karya ini adalah seimbang di mana walaupun ianya tidak
berkeseimbangan simetri, tetapi reka letak yang tepat dengan mengaplikasikan aspek
pemberatan pada karya telah membuatkan karya kelihatan seimbang.

2. Charles Becker

34
Charles Becker merupakan seorang artis yang berasal dari California, AS. Karya-karya
beliau kebanyakkannya bertemakan still life realism. Beliau merakamkan objek seharian
ke atas kanvas beserta dengan emosi serta kepekaan yang mendalam sehinggakan ianya
kelihatan ‘hidup’ dan ‘teranimasi’ pada kanvas.

Setiap objek ditampilkan secara realistic dengan


proportion yang tepat sama ada dari segi bentuk,
komposisi, dan pewarnaan. Pengkarya membuat
perincian yang teliti bagi menonjolkan sifat
setiap objek. Misalnya jalinan corak pada
permukaan strawberi selain berjaya memberikan
isipadu bagi setiap objek. Susunan dan reka letak
objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang
Karya di sebelah dihasilkan
ilusi yang baik. Sama ada ruang antara objek
menggunakan media akrilik di atas
mahupun ruang pada objek itu sendiri misalnya
kanvas. Melihat dari segi hal benda,
ruang dalam pada gelas. Melihat aspek
karya menampilkan gubahan objek-
pencahayaan pula, kesan cahaya berjaya
objek buatan manusia iaitu gelas
ditimbulkan oleh pengkarya. Cahaya datang dari
wine dan objek alam semula jadi
atas di sebelah kanan dimana memberi kesan
iaitu buah-buahan (anggur dan
bayang yang jatuh di anggur selain berjaya
strawberi).
menghasilkan pantulan imej pada gelas dan
meja.

35
Karya di sebelah dihasilkan menggunakan media akrilik di atas kanvas. Melihat dari segi
hal benda, karya menampilkan gubahan objek-objek buatan manusia iaitu kain , meja dan
jag dan objek alam semula jadi iaitu buah-buahan. Setiap objek ditampilkan secara realistic
dengan proportion yang tepat sama ada dari segi bentuk, komposisi, pewarnaan mahupun
sifat objek. Pengkarya membuat perincian yang teliti bagi menonjolkan sifat setiap objek.
Misalnya kesan meja yang berkilat dapat dilihat melalui pantulan imej objek di atas meja
pada permukaannya. selain berjaya memberikan isipadu bagi setiap objek. Susunan dan
reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik. Sama ada ruang
antara objek mahupun ruang pada objek itu sendiri misalnya ruang dalam pada gugusan
anggur. Ruang antara setiap biji anggur berjaya ditimbulkan. Melihat aspek pencahayaan
pula, kesan cahaya berjaya ditimbulkan oleh pengkarya. Cahaya datang dari atas di sebelah
kanan dimana memberi kesan bayang yang jatuh di permukaan meja dan kain condong ke
bahagian kiri. Secara keseluruhannya, komposisi karya ini adalah seimbang di mana
walaupun ianya tidak berkeseimbangan simetri, tetapi reka letak yang tepat dengan
mengaplikasikan aspek pemberatan pada karya telah membuatkan karya kelihatan
seimbang.

36
Karya di atas dihasilkan menggunakan media akrilik di atas kanvas. Melihat dari segi hal benda,
karya menampilkan gubahan objek-objek buatan manusia iaitu jag, pemegang lilin dan pinggan
dan objek alam semula jadi iaitu buah-buahan. Setiap objek ditampilkan secara realistic dengan
kadar banding yang tepat sama ada dari segi bentuk, komposisi, dan pewarnaan. Pengkarya
membuat perincian yang teliti bagi menonjolkan sifat setia objek. Misalnya kesan lutsinar jag
yang berisi air selain berjaya menampilkan pantulan imej bagi setiap objek pada objek yang
berkilat. Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik.
Sama ada ruang antara objek mahupun ruang pada objek itu sendiri iaitu dengan penggunaan
warna yang tepat. Melihat aspek pencahayaan pula, kesan cahaya berjaya ditimbulkan oleh
pengkarya. Cahaya datang dari atas di sebelah kanan dimana memberi kesan bayang yang jatuh di
permukaan meja dan dinding ke sebelah kiri. Secara keseluruhannya, komposisi karya ini adalah
seimbang di mana walaupun ianya tidak berkeseimbangan simetri, tetapi reka letak yang tepat
dengan mengaplikasikan aspek pemberatan pada karya telah membuatkan karya kelihatan
seimbang.

37
3. Natalja Picugina:

Nama sebenarnya ialah Natasha Picugina.


Berketurunan Russia . lahir di Latvia. Belajar
mengenai seni dari artis di Latvia, Russia and Eropah
Timur. Beraliran realisme kontemporari.

Karya di sebelah dihasilkan menggunakan media akrilik di atas kanvas. Melihat dari segi hal
benda, karya menampilkan gubahan objek-objek buatan manusia iaitu pasu bunga, keju dan
piring dan objek alam semula jadi iaitu bunga. Setiap objek ditampilkan secara separa
realistic dengan gaya ala impressionis Pengkarya membuat perincian bagi menonjolkan sifat
setiap objek. Misalnya jalinan susunan kelopak bunga selain berjaya memberikan isipadu bagi
setiap objek. Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi
yang baik. Sama ada ruang antara objek mahupun ruang pada objek itu sendiri misalnya
ruang antara keju dia atas piring dengan pasu bunga. Melihat aspek pencahayaan pula, kesan
cahaya berjaya ditimbulkan oleh pengkarya. Cahaya datang dari atas di sebelah kiri dimana
memberi kesan bayang yang jatuh di permukaan meja condong ke bahagian kanan. Secara
keseluruhannya, komposisi karya ini adalah seimbang di mana walaupun ianya tidak
berkeseimbangan simetri, tetapi reka letak yang tepat dengan mengaplikasikan aspek
pemberatan pada karya telah membuatkan karya kelihatan seimbang.

38
Karya di atas dihasilkan menggunakan media akrilik di atas kanvas.
Melihat dari segi hal benda, karya menampilkan gubahan objek-objek
buatan manusia iaitu pasu , botol kaca dan objek alam semula jadi iaitu
bunga. Setiap objek ditampilkan secara separa realistik dengan gaya ala
impressionis. Pengkarya membuat sedikit perincian bagi menonjolkan
sifat setiap objek. Misalnya pantulan cahaya pada botol kaca selain
berjaya memberikan isipadu bagi setiap objek. Susunan dan reka letak
objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik.. Melihat
aspek pencahayaan pula, kesan cahaya agak kurang jelas ditimbulkan
oleh pengkarya.. Secara keseluruhannya, komposisi karya ini adalah
seimbang di mana walaupun ianya tidak berkeseimbangan simetri, tetapi
reka letak yang tepat dengan mengaplikasikan aspek pemberatan pada
karya telah membuatkan karya kelihatan seimbang.

39
4. Betty Ann Hogan

Betty Ann Hogan lahir di Queens, New York, AS.

Pendidikan:

Masters Degree, Hunter College, New York City


Bachelor of Arts, Queens College, New York City
High School of Music and Art, New York City

Still Life With Plant


Leaves And Flowers

Karya di atas dihasilkan menggunakan media akrilik di atas kanvas. Melihat dari
segi hal benda, karya menampilkan gubahan objek-objek buatan manusia iaitu
pasu dan objek alam semula jadi iaitu bunga. Setiap objek ditampilkan secara
dengan gaya ala impressionis. Iaitu seolah-olah hanya merakam kesan cahaya
pada objek. Pengkarya membuat sedikit perincian bagi menonjolkan sifat setiap
objek. Misalnya kesan lutsinar pada pasu kaca selain berjaya memberikan isipadu
bagi setiap objek. Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan
kesan ruang ilusi yang baik.. Melihat aspek pencahayaan pula, kesan cahaya
berjaya jelas ditimbulkan oleh pengkarya. Walaupun tidak secara realistik. Secara
keseluruhannya, komposisi karya ini adalah seimbang di mana walaupun ianya
tidak berkeseimbangan simetri, tetapi reka letak yang tepat dengan
mengaplikasikan aspek pemberatan pada karya telah membuatkan karya kelihatan
seimbang.

40
5. Keith Mallet

Bagi Keith Mallet, catan adalah suatu perjalanan spiritual. Perjalanan hidupnya sebagai
seorang artis bermula sejak kecil hingga sekarang. Beliau bekerja sebagai pelukis dan
artis seramik. subjek matter beliau meliputi figuratif, still life dab abstrak. Beliau lahir di
Pennsylvania pada tahun 1948, Keith mempelajari teknik catan di Art Students League
and Hunter College di New York City dan LA Valley College di. Los Angeles.

African bowl

Karya di atas dihasilkan menggunakan media akrilik di atas kanvas. Melihat dari segi hal
benda, karya menampilkan gubahan objek-objek buatan manusia iaitu pasu, buyung dan kain
dan objek alam semula jadi iaitu bunga. Setiap objek ditampilkan secara realistic dengan kadar
banding yang baik sama ada dari segi bentuk, komposisi, dan pewarnaan. Pengkarya membuat
perincian bagi menonjolkan sifat setiap objek. Misalnya corak pada pasu dan buyung selain
berjaya menampilkan isipadu bagi setiap objek. Susunan dan reka letak objek-objek berjaya
menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik. Sama ada ruang antara objek mahupun ruang pada
objek itu sendiri iaitu dengan penggunaan warna yang betul. Melihat aspek pencahayaan pula,
kesan cahaya kurang berjaya sepenuhnya ditimbulkan oleh pengkarya. Kerana cahaya datang
dari tingkap berjeriji di sebelah belakang kiri objek dimana memberi kesan bayang yang jatuh
di permukaan meja dan dinding ke sebelah kanan. Sepatutnya akan terhasil bayang jeriji
tingkap pada permukaan meja dan pasu. Melihat pada aspek keseimbangan, karya ini adalah
seimbang di mana walaupun ianya tidak berkeseimbangan simetri, tetapi reka letak yang tepat
dengan mengaplikasikan aspek pemberatan pada karya telah membuatkan karya kelihatan
seimbang.

41
Proses – Proses.
1. Proses Melakar Di Atas Kanvas.

Kanvas yang kosong dilukiskan dengan objek atau gambaran Still life yang telah
ditentukan oleh pensyarah. Lakaran yang dibuat mestilah memenuhi aspek ruang,
bentuk serta mempunyai kadar banding yang tepat. Selain itu lakaran hendaklah
dibuat di bahagian sudut yang dipilih serta sesuai dan mempunyai objek yang
ditentukan oleh pensyarah. Semasa melakar terdapat bahagian yang tidak menepati
kadar banding iaitu di bahagian pasu dan telah dibetulkan semula.

42
2. Proses Mewarna

Setelah proses melakar selesai proses mewarna dilakukan dengan menggunakan cat
akrilik dan bahantara air. Bahagian yang mula – mula diwarnakan ialah pasu
dibahagian hadapan sekali. warna yang digunakan ialah campuran warna kuning,
merah dan sedikit putih. Campuran warna tersebut akan menghasilkan kesan warna
jingga pada pasu tersebut. Sedikit warna putih digunakan secara nipis bagi
menimbulkan kesan jalinan pada permukaan pasu silinder itu.

43
Mewarna pasu

Seterusnya, pasu di bahagian atas yang berwarna merah pula diwarnakan. Bagi
menghasilkan warna yang dikehendaki, campuran warna yang terlibat ialah warna
merah, kuning, putih dan biru. Mula-mula sekali warna merah disapu menggunakan
stroke berus pendek di bahagian yang gelap. Bagi menghasilkan kesan yang lebih

44
gelap, warna biru digunakan pada bahagian yang betul-betul gelap iaitu bahagian
kanan pasu serta ruang antara bibir pasu dengan badan pasu.

Sedikit warna kuning disapu pada warna merah yang masih belum kering
secara nipis dengan stroke berus pendek bagi menimbulkan warna merah keperangan.
Seterusnya sedikit warna putih disapu bahagian yang terang pada pasu iaitu sebelah
kiri pasu.

Mewarna buyung:

45
Seterusnya ialah buyung yang berbentuk bujur. Buyung ini pada asasnya berwarna
kemerah jambuan. Jadi warna yang digunakan adalah merah dan putih pada awalnya.
Akan tetapi, ianya kelihatan pucat dan ‘kelabu asap’ apabila menggunakan kedua
warna tersebut sahaja.

Jadi, sebagai penyelesaian, sedikit warna kuning digunakan pada bahagian


pasu tersebut bagi memberi sedikit pengaruh cahaya padanya. Warna merah mentah
digunakan pada bahagian yang gelap iaitu di bahgian kanan buyung. Seterusnya
disapu sedikit warna biru bagi memberi kesan yang lebih gelap pada bayang buyung
tersebut.

46
Mewarna botol dan kain:

Seterusnya ialah bahgian botol yang berwarna hijau dan kain yang menutupi
sebahagian darinya. Botol tersebut berwarna kehijauan dengan terdapat kesan separuh
botol tersebut berwarna agak gelap yang disebabkan oleh isi botol tersebut. Campuran
warna yang digunakan ialah warna biru, kuning, putih dan sedikit merah.
Pada awalnya botol tersebut saya warnakan agak kebiruan. Setelah pengamatan
semula dibuat, saya membuat sedikit perubahan dengan menambahkan sedikit lagi warna
kuning. Bagi bahagian botol yang lebih gelap, saya menggunakan warna biru dengan
lebih banyak dan mencampurkan sedikit warna merah (juga untuk membezakan jarak
antara botol dengan pasu silinder di hadapan).Bahagian kain pula diwarnakan dengan
warna kuning, biru, putih dan sedikit merah.

47
Mewarna daun:

Kemudian daun pula diwarnakan. Warna yang digunakan ialah kuning, biru, putih dan
sedikit merah. Dimulakan dengan warna gelap bagi hijau iaitu biru. Seterusnya ianya
dicampur dengan warna kuning bagi memberi kesan warna hijau. Sedikit warna putih
dicampurkan bagi memberi kesan tona cerah warna pada daun (dicampur sedikit warna
kuning agar tidak kelihatan pucat).

Pada asalnya, saya menggunakan cara yang campuaran yang sama bagi setiap
daun. Jadi ia menjadikan kurangnya kesan ilusi ruang antara daun-daun tersebut. Jadi
sebagai penyelesaian, saya mengkaburkan sedikit daun yang terletak di bahagian yang
lebih belakang.

Mewarna tikar:

48
Mewarna tikar adalah bahgian yang paling sukar kerana ianya melibatkan penghasilan
jalinan yang banyak, perspektif warna dan bentuk. Warna-warna yang terlibat ialah warna
biru, merah, putih, dan kuning.

Seterusnya saya mewarnakan meja. Campuran warna yang terlibat ialah warna putih,
biru, sedikit merah dan kuning.

Mewarna latar belakang

49
Warna latar awal (sebelum diubah)

Pada awalnya, saya menggunakan latar yang agak kebiruan. Disekeling luaran imej, saya
menggunakan warna yang gelap. Jadi ianya seolah-olah imej objek pada lukisan saya ini
terletak di hadapan dinding di mana terbentuk bayang-bayang di belakangnya.

50
Oleh itu, latar belakang diubah kepada warna
yang lebih terang. Warna yang digunakan ialah
biru, putih , kuning dan sedikit merah.
Di bahagian latar diwarnakan biru dengan
sedikit warna kuning yang agak samar dan juga
warna putih dibahagian atas latar (dicampur
sedikit warna biru dan kuning yang nipis dan
minima agar memberi kesan samar-samar).

51
52

You might also like