You are on page 1of 11

 SOLAT BERJEMAAH

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tunaikanlah sembahyang, keluarkanlah zakat dan
rukuklah (sembahyang) bersama-sama orang yang rukuk”.
(surah Al-Baqarah: 43)
 SOLAT JEMAAH
 Solat jemaah adalah solat yang dilakukan tidak kurang daripada 2 orang atau
beramai-ramai yang dipimpin oleh seorang yang dipanggil imam dan yang
mengikut ma’mum.
 Ada pelbagai solat yang boleh dilakukan secara jemaah antaranya ialah:

➢ Solat 5 waktu (Subuh,Zohor,Asar,Maghrib dan Isyak)

➢ Solat Jumaat

➢ Solat Tarawikh, Aidilfitri, Aidiladha dsbgnya.

 Illustrasi Solat Berjemaah

 Bagaimana untuk melakukannya?

 Berniat di dalam hati untuk melakukan solat kemudian diikuti ingin menjadi
makmum atau imam.
 Ma’mum hendaklah mengikuti imam dan tidak dibenarkan mendahului imam.

 Imam dan ma’mum harus berada dalam satu jarak yang tidak terputus oleh
sungai atau tembok.
 Imam hanyalah seorang dan mempunyai syarat-syarat untuk menjadinya.

Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Muslim


Dari Abdullah bin Masud,dia berkata:Rasulullah S.A.W bersabda:”menjadi imam
dari suatu kaum ialah mana yang lebih baik bacaan Al Qurannya.Bila semuanya
sama bagus hendaklah diimamkan yang paling alim akan sunnah Rasul.Kalau
semuanya sama alim maka dahulukan mereka yang lebih dulu hijrah.Kalau
mereka sama dulu hijrah maka imamkanlah mereka yang lebih tua usianya”.

Syarat-syarat berimam
 Ada persamaan sembahyang antara dua pihak.

 Sembahyang fardhu boleh berimam dengan orang yang sembahyang sunat.


 Ma’mum mesti mengikut Imam dan tidak mendahului Imam.

 Kedudukan ma’mum hendaklah dibelakang Imam.

 Ma’mum berniat mengikut Imam.

 Janganlah Imam kurang kebolehannya daripada ma’mum.

 Imam adalah seorang lelaki.

 Imam hendaklah orang yang berdiri sendiri dan tidak ma,mum sebagai orang
lain.
 Imam mestilah bersih daripada hadas dan najis.

Kedudukan saf dalam solat jemaah

Hadis al-bukhari, muslim dan abu daud


Daripada Anas r.a. berkata “Adapun Nabi s.a.w. akan melihat kepada kami
sebelum memulakan solat seraya berkata: Rapatkanlah (saf) dan luruskan
barisan kamu sekelian”. al-Bukhari & Muslim
Anas r.a. juga meriwayatkan bahawa Nabi bersabda: “Luruskan barisan kamu
(kerana) barisan yang lurus itu daripada kesempurnaan solat”. Abu Daud

HIKMAH SEMBAHYANG
BERJEMAAH
➢ Allah SWT mensyariatkan agar umat Islam berkumpul pada waktu-waktu tertentu

➢ Untuk beribadat kepada Allah dalam bentuk jemaah

➢ Dapat berkasih sayang dan cinta-mencintai(mahabbah)

➢ Kenal-mengenali antara satu sama lain

➢ Dapat melahirkan suatu lambang kebesaran Islam

➢ Bagi melahirkan kemuliaan dan kehebatan orang-orang Islam

➢ Mengajari orang-orang yang tidak mengetahui agama

➢ Memberi galakan kepada orang yang tidak sembahyang berjemaah

➢ Mengembalikan umat Islam hidup bersatu padu

➢ Mengembalikan manusia kepada pengawalan diri

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH


 Mendapat ganjaran lebih daripada Allah S.W.T

 Sembahyang berjemaah melebihi sembahyang seorang diri dengan 27 darjat


(Riwayat Al-bukhari dan Muslim)
 Melatih diri bersifat disiplin
 Mengeratkan tali persaudaraan dan bertukar fikiran

 Menunjukkan kekuatan dan kesepaduan islam

 Menimbulkan perasaan sama rata sesama orang islam

 Melatih sikap bekerjasama dalam melakukan sesuatu kebaikan

PENGERTIAN MUWAFIQ DAN MASBUQ

MUWAFIQ
Muwafiq ialah makmum yang dapat takbiratul ihram bersama imam dan mempunyai
masa yang cukup untuk membaca Al-Fatihah bersama imam dengan bacaan yang
sederhana. Jika sekiranya ia (muwafiq) masih belum selesai membaca Al-Fatihah
sedangkan imam telah rukuk, maka hendaklah ia menghabiskan Al-Fatihah itu
sehinggalah imam selesai sujud dan bangun dari sujud yang kedua.
Sekiranya makmum masih tidak selesai juga sedangkan imam sudahpun bangun berdiri
ataupun duduk tahiyat akhir, maka hendaklah makmum itu memilih sama ada berpisah
dengan niat mufaraqah (berpisah) ataupun terus mengikut perbuatan imam dan rakaat
itu tidak diambil kira. Kalau tidak berbuat salah satu di antara kedua hal tersebut, maka
batallah sembahyangnya.
Cara duduk dan bacaan tahiyat:
Makmum yang masbuq hendaklah duduk mengikut rakaat yang ia berada ketika itu.
Sekiranya ia berada pada rakaat yang kedua atau yang ketiga, maka hendaklah ia
duduk iftirasy walaupun imam duduk tawarruk.
Dan mengenai tahiyat pula, makmum yang masbuq bolehlah membaca sehingga akhir
tahiyat supaya ia tidak meluangkan masa. Ia boleh berbuat demikian walaupun ia tidak
berada dalam tahiyat akhir.

BILA MUWAFIQ
BERLAKU?
 Ia boleh berlaku ke atas
seseorang ma’mum kepada
empat rakaat sama ada pada rakaat pertama, rakaat kedua, rakaat ketiga, dan
seterusnya pada rakaat keempat.
HUKUM ORANG MUWAFIQ
 Hukum bagi orang muafiq dimaaf kepadanya tertinggal jarak tiga rukun yang
panjang daripada imamnya. Tidak termasuk rukun yang pendek. Contoh rukun
panjang seperti rukuk dan sujud. Manakala rukun yang pendek seperti iktidal,
duduk istirehat, duduk tasyahud awal dan duduk antara dua sujud.
CONTOH DAN GAMBARAN MUWAFIQ
 Seorang ma’mum yang muafiq sedang solat berjemaah, sebelum imam berdiri
tegak daripada sujud yang kedua, dia sudah rukuk. Maka ma’mum berkenaan
mendapat rakaat itu kerana ketinggalan daripada imam belum masuk kepada
rukun keempat.
 Seorang ma’mum yang muafiq sedang berjemaah sebelum imam duduk
tasyahud akhir ma’mum berkenaan sudah rukuk, hukumnya dia juga mendapat
rakaat itu.
 Kedua-dua contoh menunjukkan bahawa ma’mum berkenaan masih lagi berada
dalam jarak tiga rukun daripada imamnya, belum lagi masuk ke rukun keempat.
Sebagaimana contoh-contoh itu bahawa rukun-rukun yang jarak antara ma’mum
dengan imam ialah tiga rukun yang dikira daripada:
 Rukuk
 Sujud yang pertama
 Sujud yang kedua

MASBUQ
Masbuq ialah makmum yang ketinggalan (tidak sempat takbiratul ihram bersama imam)
dan tidak mendapat masa yang cukup untuk membaca Al-Fatihah bersama imam. Ini
disebabkan semasa ia masuk berjamaah, imam sedang rukuk atau hampir-hampir akan
rukuk.
Orang yang berkeadaan begini sekiranya ia dapati imam sedang rukuk, maka
hendaklah ia terus bertakbir serta niat sekali dan setelah berdiri sebentar, (lamanya
dalam kadar bacaan Subhanallah) teruskan rukuk bersama imam.
Sekiranya dapat berhenti sejenak bersama imam semasa rukuk, maka itu adalah dikira
satu rakaat walaupun tidak membaca Al-Fatihah kerana orang yang masbuq Al-
Fatihahnya ditanggung oleh imam.
Sekiranya ia berkesempatan berdiri bersama imam dalam masa yang singkat, maka
hendaklah ia membaca Al-Fatihah sekadar mana yang dapat dan teruskan mengikut
imam di dalam rukuk dengan syarat dapat berhenti bersama di dalam rukuk itu.
Ringkasnya, dapatlah dikatakan bahawa orang yang masbuq itu ialah orang yang
mempunyai kesempatan yang sedikit untuk membaca Al-Fatihah ataupun tidak
mempunyai peluang langsung kerana imam sudah pun rukuk ketika kita sampai untuk
mengikutinya.
Orang yang masbuq ini tidak wajib membaca Al-Fatihah melainkan kalau ia
berkesempatan untuk membacanya, maka hendaklah ia membacanya sekadar mana
yang mungkin sehingga imam rukuk.
Cara duduk dan bacaan tahiyat:
Makmum yang masbuq hendaklah duduk mengikut rakaat yang ia berada ketika itu.
Sekiranya ia berada pada rakaat yang kedua atau yang ketiga, maka hendaklah ia
duduk iftirasy walaupun imam duduk tawarruk.
Dan mengenai tahiyat pula, makmum yang masbuq bolehlah membaca sehingga akhir
tahiyat supaya ia tidak meluangkan masa. Ia boleh berbuat demikian walaupun ia tidak
berada dalam tahiyat akhir.
HUKUM ORANG MASBUQ
 Ma’mum yang masbuq hukumnya dimaafkan meninggalkan bacaan fatihah,
kerana fatihah yang belum dibaca atau sempat dibaca sebahagian sahaja oleh
ma’mum itu dikira semuanya ditanggung oleh imamnya.
Dari Sahal bin Saad r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Imam yang menanggung
pembacaan, apabila baik bacaannya maka pahalanya untuk dirinya dan untuk mereka
(ma’mum), dan jika rosak bacaannya maka dosanya di atas dirinya sendiri dan bukan
atas mereka”.
(hadis riwayat Ibnu Majah dan Hakim)

CONTOH DAN GAMBARAN MASBUQ


 ma’mum itu pada mulanya dia adalah muwafiq, di dalam menunaikan peraturan-
peraturan solatnya ia terlewat, belum sempat ia berdiri tiba-tiba imam telah rukuk
atau hampir rukuk, hukum ma’mum itu ialah orang masbuq. Jika ia sempat qiam
dan terus rukuk sebelum imamnya bangkit daripada rukuk maka ia mendapat
rakaat itu, dan diamaafkan dia meninggalkan bacaan fatihah.
CONTOH-CONTOH MASBUQ
 Imam terlalu cepat membaca bacaan di dalam solat. Apabila ma’mum berdiri
daripada sujudnya didapati imamnya sudah rukuk dan ia tidak sempat
menghabiskan bacaan Al-Fatihah, maka hukumnya wajib ke atas ma’mum itu
rukuk bersama-sama imamnya kerana ia seperti orang masbuq dan dia
mendapat rakaat itu.
 Jika seorang makmum masbuq rukuk terkemudian daripada imam sebab ia
membaca al fatihah hingga imamnya bangkit daripada rukuk, maka luputlah
rakaat itu dan wajib ke atasnya tambah satu lagi rakaat selepas salam imamnya.

MASBUQ JUMAAT
 Solat jumaat diwajibkan dengan berjemaah. Oleh itu, tidak sah jumaat kecuali
dengan berjemaah sekurang-kurangnya dengan 40 puluh orang yang berakal,
cukup umur(baligh), merdeka dan bermastautin.
 Bagi seorang ma’mum masbuq yang ingin mendapat jumaat, dia hendaklah
sekurang-kurangnya sempat rukuk bersama imam pada rakaat yang kedua serta
mempunyai tamakninah. Kemudian dia hendaklah menambah satu lagi rakaat
selepas salam imam dan disunatkan membaca fatihah dan bacaan ayat qur’an
yang sunat dengan nyaring.
 Jika ia tidak sempat mendapatkan rukuk bersama imam pada rakaat kedua itu,
maka hendaklah ia menyempurnakan solat itu sebagai solat zohor iaitu dengan
menambahkan empat rakaat selepas salam imam. Bacaan fatihah serta ayat
yang sunat selepasnya hendaklah dengan perlahan.
 Bahan Rujukan

Ahmad & Mohd Farid. (2008). Islam Agama Rabbani: Dasar Pendidikan Islam Teras.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Abdul Al-Qari. (2003). Kewajipan & Keunggulan Sembahyang Jemaah: menurut Al-
Quran & As-sunnah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.
Hanafi Mohamed. (1999). 40 Fadhilat Sembahyang Berjemaah. Kuala Lumpur: Al-
Hidayah Publishers.
Hassan Ahmad. (1990). Masalah Muwafiq dan Masbuq. Kota Bharu: Syarikat Jaafar
Rawas.

You might also like