You are on page 1of 7

KERTAS CADANGAN PROJEK KEROPOK IKAN

DAN MADU LEBAH ASLI

KEPADA :

JABATAN PERTANIAN NEGERI


SELANGOR

NAMA
ALAMAT
Grow Management & Services

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN............................................................................ 3
2. KEADAAN SEMASA PESERTA.................................................... 3
3. OBJEKTIF PROJEK & PERLAKSANAAN ..................................... 3
4. BIODATA PESERTA ................................................................... 4
5. BUTIRAN MODAL YANG DIPERLUKAN ...................................... 5
6. LATIHAN DAN BIMBINGAN ........................................................ 6
7. PENUTUP .................................................................................. 6
8. LAMPIRAN ................................................................................. 7

2
Grow Management & Services

KERTAS CADANGAN
PROJEK KEROPOK IKAN DAN MADU LEBAH ASLI

1. PENGENALAN

Perancangan menjalankan projek keropok ikan dan madu lebah asli ini
adalah sebahagian dari projek industri kecil & sederhana yang dicetuskan
hasil dari pemerhatian dan kreativiti salah seorang peserta program usahawan
asnaf yang bersungguh-sungguh untuk menjalankan projek ini, beliau bercita
– cita untuk menjadi pembekal keropok lekor dan madu lebah asli yang
terkenal bagi memenuhi kehendak pasaran dalam dan luar negara.

2. KEADAAN SEMASA PESERTA

Peserta projek ini iaitu ___________________merupakan seorang


usahawan asnaf yang menjalankan perniagaan keropok ikan dan madu lebah
asli. Beliau menjalankan perniagaan ini di Pasar Rakyat Asnaf Seksyen 3,
Shah Alam pada setiap hari Sabtu. Manakala pada hari-hari lain pula beliau
menjalankan perniagaan di Pasar Bandar Baru Sg Buluh. Beliau menyewa
sebuah kedai dan sebuah stor untuk menyimpan barang-barang jualan beliau.

3. OBJEKTIF PROJEK & PERLAKSANAAN

3.1 OBJEKTIF

Objektif utama projek ini adalah untuk bersama memajukan industri


kecil & sederhana yang boleh mendatangkan keuntungan berpanjangan
dan dapat membuka peluang pekerjaan serta membantu menambahkan

3
Grow Management & Services
pendapatan usahawan IKS. Selain itu, projek ini juga bertujuan untuk
menyahut seruan kerajaan untuk menambahkan bilangan usahawan
bumiputera yang mampu bersaing di dalam dan luar negara.

3.2 PERLAKSANAAN

• Projek ini akan melahirkan seorang usahawan IKS yang menjadi antara
pembekal utama keropok ikan dan madu lebah asli di Lembah Klang.
• Bekalan keropok ikan dan madu lebah asli diperolehi dengan cara
memborong dari pemborong keropok ikan dan madu lebah asli di
Terengganu.
• Keropok ikan dan madu lebah tersebut akan disimpan di dalam stor
sebelum diletakkan di kedai untuk dijual bersama barangan lain.
• Projek ini dijangka memiliki nilai komersial yang tinggi, berdaya saing
dan berkualiti kerana keropok ikan dan madu lebah asli mendapat
permintaan yang tinggi terutama di kawasan bandar.
• Memberikan motivasi dan keyakinan kepada bakal usahawan agar lebih
berani menonjolkan diri membawa pendekatan atau perancangan yang
memberi impak yang besar pada ekonomi negara atau masa depan
sendiri.

4. BIODATA PESERTA

Nama :
No I/C :

Alamat :

No Telefon :
Produk Diniagakan : Keropok ikan, madu lebah asli dan lain-lain

4
Grow Management & Services

5. BUTIRAN MODAL YANG DIPERLUKAN

BIL PERKARA JUMLAH


1 MODAL KERJA (RM 15,000.00)

Pembelian keropok ikan RM 5,000.00


Pembelian madu lebah asli RM 5,000.00
Kos sewa kedai RM 5,000.00

2 MODAL PERALATAN (RM 15,000.00)

Pembelian rak-rak barang RM 8,000.00


Pembelian mesin kira,meja dan lain-lain RM 7,000.00

JUMLAH BESAR RM 30,000.00

5
6. LATIHAN DAN BIMBINGAN

Untuk melancarkan lagi perjalanan projek ini, peserta perlu diberi latihan dan
bimbingan pihak berwajib seperti Jabatan Pertanian dan MARA. Latihan dan
bimbingan ini perlu dari masa ke semasa bagi meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran beliau semasa menjalankan projek ini. Antara latihan yang
diperlukan ialah :

1. Program Latihan Keusahawanan MARA


2. Kursus asas peruncitan
3. Kursus pelabelan dan pembungkusan

7. PENUTUP

Projek ini merupakan projek usahawan bumiputera 100% yang


dijangka dapat menyaingi usahawan-usahawan bumiputera dan
bukan bumiputera yang lain.
Selain itu, barangan yang dijual adalah halal kerana ianya dihasilkan
oleh usahawan bumiputera Islam.
Projek ini dijangkakan mempunyai pasaran yang luas kerana
permintaannya meningkat dari masa ke semasa.
Secara tidak langsung, projek ini dapat meningkatkan ekonomi
usahawan khususnya bumiputera Islam supaya dapat bersaing
dalam pasaran semasa dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan
ekonomi negara.
Akhirnya produk ini diharapakan dapat menambah bilangan
usahawan bumiputera untuk mencapai sasaran 30% pegangan
bumiputera dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagaimana yang
digariskan oleh kerajaan.

“REZEKI BERKAT KERANA MUAFAKAT”


Grow Management & Services
8. LAMPIRAN

Gambar 1: Gambar 2:

Gambar 3: Gambar 4:

You might also like