You are on page 1of 2

Laporan Program Bulan Bahasa anjuran Persatuan Bahasa Melayu

Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan Bulan Bahasa pada bulan Jun

2009. Pelancaran Program Bulan Bahasa telah dirasmikan oleh Puan Pengetua,

Puan Hjh Zariyah Bte Daud. Persembahan mendeklemasikan puisi, nyanyian

lagu solo dan sketsa klasik diadakan dalam pelancaran program Bulan Bahasa.

Sepanjang bulan Jun beberapa aktiviti dan pertandingan diadakan untuk para

pelajar. Kegiatan -kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik.

Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah Peraduan Menulis Cerpen dalam

Bahasa Melayu. Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat

menggalakkan.Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tingkatan

Lima Sains Dua.Kami juga menganjurkan ceramah tentang Keindahan Bahasa

Melayu.Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaya. Selain

itu, kami juga menganjurkan Kuiz Bahasa Melayu untuk pelajar-pelajar bukan

melayu. Kuiz ini menguji pengetahuan mereka dalam Bahasa Melayu. Ramai

pelajar telah mengambil bahagian. Tiga puluh buah hadiah berupa buku cerita

Bahasa Melayu telah diberikan kepada pemenang. Pada pertengahan bulan

Jun, kami mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebagai hasil

lawatan ini, kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan dan

pembangunan yang dijalankan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk

memartabatkan Bahasa Melayu. Sebagai kemuncak Bulan Bahasa,

pertandingan debat diadakan bagi kategori Menengah Rendah dan Menengah

Atas. Sebanyak sepuluh kumpulan telah mengambil bahagian bagi setiap

kategori. Kumpulan ‘Sinaran’ bagi kategori Menengah Rendah dan Kumpulan


‘Great Stars’ bagi kategori Menengah Atas meraih hadiah bernilai seratus ringgit.

Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan -kegiatan yang kami

jalankan .Kami juga berterima kasih kepada jawatankuasa Persatuan Bahasa

Melayu yang banyak memberikan kerjasama dalam menjayakan Progam Bulan

Bahasa.

Disediakan oleh, 25 Julai 2009

Azmi

_______________

(AZMI SULAIMAN)

Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu

Sekolah Kebangsaan Darau,Jerteh,Terengganu.

You might also like