You are on page 1of 11

SEJARAH SUKAN MEMANAH TOKOH-TOKOH PEMANAH LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

PERALATANPERALATAN CARA MEMANAH KELEBIHAN

SEJARAH SUKAN MEMANAH

Aktiviti memanah telah dijalankan lebih 2000 tahun yang dulu. Para pengkaji sejarah mula dapat mengesan aktiviti memanah apabila menjumpai satu bukti lukisan yang terdapat di gua-gua lama di Sepanyol. Lukisan ini dilukis kira-kira 8,000 tahun sebelum masehi. Pada masa itu, aktiviti memanah digunakan untuk tujuan mencari bahan-bahan makanan. Pada zaman Mesir kuno kira-kira 3500 tahun masehi yang lalu panah digunakan sebagai senjata dalam peperangan. Ukuran alat pada zaman itu hampir tinggi dengan saiz fizikal mereka. Manakala anak panah diperbuat daripada batu dan tembaga. Orang-orang Tartar telah mencipta alat memanah yang diperbuat daripada kulit, tanduk dan kayu yang telah dibengkokkan kira-kira di sekitar 1800 tahun sebelum masehi. Alatan memanah dibuat agak pendek jika dibandingkan pada zaman Mesir kuno. Orang-orang Tartar juga dikenali sebagai pahlawan yang terulung pada zaman itu. Panah terus menjadi senjata dalam peperangan pada zaman kerajaan Rom dan kerajaan Mongolia di sekitar abad ke-11. Penggunaan panah sebagai senjata mula berkurangan pada abad ke-16 dengan terhasilnya bahan-bahan senjata api.

Memanah mula berkembang sebagai salah satu aktiviti sukan di England di sekitar abad ke-16 apabila Raja Hendry VIII mengarahkan Sir Christopher Morris menubuhkan kelab memanah dalam tahun 1537. Pertandingan memanah yang pertama mula diadakan pada tahun 1673 di Yorkshire untuk lelaki dan pertandingan yang pertama untuk wanita bermula pada tahun 1787. Di benua Amerika Utara kelab memanah pertama mula ditubuhkan pada tahun 1828 yang dikenali dengan nama United Bowman of Philadelphia. Memanah mula dimasukkan dalam acara sukan Olimpik pada tahun 1900 di Paris, tahun 1904 di Saint Louis dan tahun 1920 di Belgium. Selepas tahun itu, sukan memanah tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik kerana tidak ada satu peraturan yang tetap mengenai pertandingan sehingga The Federation International de tir a l'arc (FITA) menggubal undangundang pertandingan. Sukan memanah dimasukkan kembali dalam acara Sukan Olimpik pada tahun 1972 di Munich. FITA ditubuhkan pada tahun 1931 bertujuan untuk mempopular dan menggalakkan sukan memanah di seluruh dunia. FITA juga dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan kejohanan-kejohanan memanah peringkat antarabangsa dan dunia dan juga sebagai badan yang menjaga dan mengiktiraf segala rekod dunia dalam sukan memanah. Di Malaysia sukan memanah adalah di bawah kelolaan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM). Di peringkat sekolah sukan memanah adalah di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Pada tahun 1996 buat pertama kalinya sukan memanah dipertandingkan di peringkat MSSM. Dengan adanya kejohanan memanah seumpama ini, diharapkan penglibatan para pelajar dalam sukan ini akan dapat diperluas untuk mencungkil bakat-bakat baru yang bakal mewakili negara di peringkat yang lebih tinggi.

Im Dong Hyun

TARIKH LAHIR : 12 MEI 1986 TEMPAT LAHIR : SEOUL, KOREA SELATAN PENYERTAAN : 2004 - XXVIII Olympiad, Athen 2006 - 15th Asian Games , Doha 2007 - 44th Outdoor Archery World Championship, German 2008 Olympics, Beijing Hobi : Melayari internet dan berbasikal

~Diperbuat daripada jaring nilon sangat elastik. ~Melindungi pakaian daripada tali busur.

~Digunakan untuk menampung berat anak panah dan komponen-komponen lain

~Dipasang pada pangkal anak panah. ~Memudahkan anak panah dipasang pada tali. 5. VANES ~Direka secara specifik ~Digunakan pada pangkal anak panah

~Tempat meletak anak panah.

~Tempat meletakkan anak panah supaya berada dalam keadaan yang baik. ~Tempat dimana pemanah melihat sasaran dengan tepat. ~Boleh dilaras mengikut kesesuaian pemanah dan sasaran.

~Peralatan yang diikat dan dilekat pada tali. ~Contohnya: - string wax - string loops - replacement string

~Digunakan untuk meletakkan bow. ~Terdapat dalam pelbagai bentuk seperti besi dan aluminium

Tempat untuk meletakkan busur, anak panah, sight pin dan sebagainya.

DALAM ISLAM, MEMANAH MERUPAKAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W. BAGINDA PERNAH BERSABDA BERLATIHLAH MEMANAH DAN BERKUDA. DAN JIKA KAMU MEMILIH MEMANAH, MAKA HAL ITU LEBIH BAIK DARIPADA BERKUDA. KEBAIKAN MEMANAH LEBIH MEMBERI PENEKANAN DALAM ASPEK EMOSI DAN MENTAL ANTARA KEBAIKAN MEMANAH IALAH :
MENGASAH

KETAJAMAN FIKIRAN MENINGKATKAN KESABARAN SESEORANG MENGUJI KETAHANAN MENTAL DAN FIZIKAL MENINGKATKAN DAYA KONSENTRASI MENGHAPUSKAN SIFAT GOPOH DAN KURANG SABAR

http://memanahpfs.blogspot.com/2010/12/sejarah-dan-latar-belakang-sukan.html http://www.scribd.com/doc/49109409/Sejarah-Memanah http://jennifernichols.com/biography.html http://www.lookuppage.com/users/imdonghyun/ http://www.2008.nbcolympics.com/athletes/athlete=989/bio/index.html http://saelim.wikispaces.com/file/view/PERALATAN+MEMANAH.ppt http://www.youtube.com/watch?v=r3USab7hj6A https://muhdhazrie.wordpress.com/2011/12/20/kebaikan-menunggang-kuda-memanah-

dan-berenang-bahagian-1/ http://komuniti.iluvislam.com/topic/22560-sukan-memanah/page__st__15 http://www.mrsmgemencheh.com/ijtihadik/mengapa-berkudamemanah-dan-berenang/ http://skudai.wordpress.com/2010/11/02/belajar-memanah/

You might also like