You are on page 1of 14

PENGENALAN

Global Positioning System (GPS) adalah system satelit artificial yang


menggantikan system TRANSIT Doppler. GPS juga di kenali sebagai Navigation
Satellite Timing And Ranging (NAVSTAR) yang dihasilkan oleh Jabatan
Pertahanan Amerika pada tahun 1973, iaitu hasil gabungan program ketenteraan
Amerika. Navy’s Timation dan Air Force’s 621B. Satelit GPS pertama dilancarkan
pada tahun 1978. Pada peringkat awalan, teknologi pengukuran GPS digunakan
khusus untuk tujuan militari tetapi kini telah digunakan untuk kegunaan awam
khususnya untuk tujuan navigasi dan penentududukan. Dengan wujudnya sistem
satelit yang berteknologi tinggi seperti GPS, pelbagai aplikasi saintifik dan
ketenteraan telah berkembang dengan pesatnya.

Keistimewaan sistem GPS berbanding dengan Sistem Doppler ialah


sistem ini merupakan satu sistem multi-satelit untuk memberikan operasi secara
berterusan 24 jam sehari (siang dan malam) pada sebarang keadaan cuaca.
Teknik pengukuran GPS memberikan informasi kedudukan sesuatu titik dalam
koordinat 3 dimensi (3D) yakini dalam komponen ufuk dan tegak secara serentak
(tidak berasingan). Keistimewaan yang paling ketara di dalam sistem GPS ialah
sistem ini tidak memerlukan stesen yang saling nampak seperti titik-titik yang
konvensional triangulasi atau trabas yang kerap kali tertakluk kepada bentuk
topografi kawasan pengukuran. Pengukuran GPS juga mewujudkan pelbagai
tahap ketepatan penentududukan yang diperlukan oleh pengguna iaitu dari julat
decameter (navigasi) hingga ke millimeter (geodetic). Ketepatan pengukuran
GPS tergantung pada kejituan data, geometri satelit, kaedah pengukuran
(penentududukan) dan juga kaedah pemprosesan data.
Sistem rujukan GPS adalah bersifat global iaitu geosentrik kerana titik
tengah rujukan elipsoidnya adalah bersentindihan dengan jisim bumi. Datum
geodetic bumi ini dikenali sebagai World Geodetik System 1984 atau WGS 84.
Berbanding denganteknik konvensional (terrestrial) yang lain seperti trabas dan
trilaterasi, kos penggunaan sistem GPS agak rendah denagan penurunan harga
(dari masa ke semasa) alat penerima satelit dan kos perkhidmatan percuma.
Oleh kerana itu, pada masa kini sistem GPS merupakan sistem sokongan yang
popular dan telah mula digunakan secara meluas bagi kerja-kerja geomatik yang
berkejituan tinggi, pemetaan, GIS, hidrografi, navigasi di lautan, udara dan
daratan, rekreasi, operasi mencari dan menyelamat dan kegunaan istimewa
yang lain.
TIGA KOMPONEN GPS

1. Segmen Kawalan

 Mempunyai satu sistem stesen pemantauan yang terletak seluruh


dunia. Stesen utama terletak di Pangkalan Udara Falcon, Colorado
yang mengukur isyarat daripada setiap satelit.
 Hitungan dibuat menggunakan modul untuk data orbit dan
pembetulan waktu setiap satelit.
 Setiap Stesen kawalan menghantar ephemeris dan data waktu ke
satelit. Satelit akan memancarkan sebahagian data ephemeris ke
penerima GPS melalui isyarat radio.

2. Segmen Angkasa

 Dimana ia mempunyai 24 satelit yang memancarkan isyarat radio


ke bumi.
 Altitud orbit ditentukan supaya satelit melewati jarak dan
konfigurasi yang serupa pada setiap 24 jam. Terdapat 6 satah
orbit, selang setiap 60 darjah dan sendeng 55 darjah terhadap
satah katulistiwa. Ini membolehkan pengguna boleh menerima 5 –
8 isyarat satelit ini.
3. Segmen Pengguna

 Dimana ia mempunyai penerima GPS dan komuniti pengguna.


 Empat satelit diperlukan untuk mengira kedudukan 4 dimensi X, Y,
Z (kedudukan) dan masa. Antena penerima isyarat GPS ini
mempunyai pelbagai bentuk, daripada bentuk piring (pelbagai saiz)
ke bentuk paling
 Penerima GPS menukarkan isyarat satelit keanggaran kedudukan,
kelajuan dan masa.
 Ia mempunyai Antena penerima isyarat GPS ini mempunyai
pelbagai bentuk, daripada bentuk piring ( pelbagai saiz ) ke bentuk
paling kecil. Rekabentuk penerima & antenna ini bertujuan
mendapatkan bacaan kedudukan pada ketetapan yang
dijangkakan.
TAJUK :
 Ukur GPS (Global Positioning System)

TUJUAN:
 Untuk mendapatkan nilai koordinat dalam bentuk RSO (Longitud/Latitud)
Atau (north/east) di stesen triangulasi dan di setiap stesen
kawalannya.

OBJEKTIF:
 Ukur GPS dipelajari adalah

1) Untuk mengetahui penggunaan menu-menu dalam alat GPS.


2) Untuk mengetahui tujuan penggunaan GPS.
3) Untuk melakukan transformasi koordinat dari RSO ke Cassini.

4) Untuk Mempelajari bagaimana alat GPS dikendalikan .

KEGUNAAN GPS

1) Kegunaan di darat

2) Kegunaan di udara

3) Kegunaan di laut

4) Kegunaan di angkasa

5) Kegunaan ketenteraan

KAEDAH PENGUKURAN GPS

1) Julat Sumu
2) Fasa Pembawa

TEKNIK PENGUKURAN

1) Kaedah Statik

2) Kaedah Kinematik

3) Pengukuran Rapid-Statik
ATURCARA KERJA GPS DIJALANKAN :
Mengambil nilai bacaan pada stesen dan setiap stesen kawalan Triangulasi
dikawasan padang Politeknik Ungku Omar dengan mengambil nilai bacaan
dalam bentuk RSO.
• Alat Handheld GPS hendaklah dipastikan berada dalam keadaan yang
baik.

Bateri dipasang dan dipastikan alat boleh beroperasi.

• Proses penjejakansatelit GPS perlu dilakukan. ( sekurang-kurangnya


memakan masa dalam 5 – 15 minit )

• Pastikan keadaan kawasan terang dan tiada gangguan isyarat satelit

• Tekan ‘New Location’ pada opsyen menu kemudian gunakan mape page
untuk mendapatkan lokasi satelit GPS. Pada menu tekan butang setup
untuk mengeluarkan paparan unit.

• Tukarkan system koordinat WGS 84 (Latitud/Longitud) pada system


koordinat RSO East Malaysian Kertau (North/East) meter.

• Tekan butang enter dan tunggu isyarat satelit, koordinat akan dipaparkan
pada skrin alat Handheld.

• Koordinat RSO dilakukan proses transformasi kepada koordinat cassini.

• Perbandingan dibuat antara koordinat Cassini menggunakan GPS dan


juga koordinat terabas kawalan berdasarkan pelan. ( Rujuk jadual
transformasi ).
PERALATAN:
Alat GPSMAP 76CS (Garmin)

Spesifikasi Alat
• 12 parallel channel

• Colour screen

• Auto Routing

• Timbul dalam air

PENGOPERASIAN ALAT HANDHELD GPS


• Alat GPS boleh menghasilkan data lokasi dalam bentuk X,Y,Z

• Satu titik GPS boleh membemtuk satu POI atau point of interest manakala
beberapa titik GPS boleh disambung menjadi linear future seperti
sungai,jalan,

dan sebagainya atau menjadi polygon jika disambung ketitik permulaan.

PENJAGAAN ALAT HANDHELD GPS


• Lap alat mengunakan kain.Kain lembap jika kotor.

• Dilarang menggunakan cecair pembersih kimia.

• Alat GPS ini kalis air sehingga piawaian IPX-7 (boleh direndam dalam air
sedalam satu meter selama 30 minit)

• Keluarkan bateri jika tidak digunakan selama beberapa bulan.


KELEBIHAN GPS BERBANDING KAEDAH KONVENTIONAL

• Stesen mestilah saling nampak.

• GPS menggunakan frekuensi radio untuk memancarkan isyarat, sistem ini


tidak bergantung kepada pengaruh keadaan cuaca.

• Lokasi dan prosedur pembentukkan data yang sama digunakan ketepatan


kedudukan merupakan fungsi bagi jarak antara stesen dan tidak bagi
bentuk jaringan dan geometri.

• Ketepatan ukur GPS adalah homogeny perancangan jaringan geodetic


secara klasik dan tidak lagi releven.

• Titik-titik ditempatkan pada lokasi yang diperlukan. Contohnya di lembah


dan lebuh raya tidak perlu diletakkan diatas puncak bukit untuk
membolahkan saling nampak yang memerlukan jaringan geometri.

• Ia tidak memerlukan stesen-stesen yang saling Nampak, atau tidak perlu


mengikut strategi jaringan konvensional, ukur GPS merupakan teknik
penentududukan yang lebih efektif, lebih mudah disesesuaikan.

• GPS boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja (24 jam).

• GPS memberikan maklumat dalam tiga dimensi. Ketetapan yang tinggi


boleh dicapai tanpa memerlukan usaha yang, tidak seperti teknik
konvensional.

• Peralatan GPS dan perisian pemprosesan yang sama dapat memberikan


kejituan yang dikehendaki sama ada satu bahagian dalam 104 dan 1
dalam 106.
KELEMAHAN UKUR GPS

• GPS memerlukan persekitaran yang tidak boleh menghalang isyarat


seperti dahan-dahan atau struktur.

• Koordinat GPS adalah berdasarkan sistem koordinat bumi yang


ditakrifkan oleh satelit (sistem WGS84 apabila menggunakan efemeris
siaran).

• Keberkesanan penggunaan GPS terjejas kerana masa perjalanan


diantara stesen lebih lama berbanding dengan masa depan.

• Hasil GPS lebih tepat berbanding kawalan yang ditubuhkan dari teknik
terre

• Dua stesen saling nampak perlu ditubuhkan dengan GPS untuk


memenuhi keperluan data azimuth yang digunakan oleh kaedah ukur
conventional
MASALAH

• Signal satelit tergangu akibat daripada keadaan persekitaran yang


menghalang isyarat seperti dahan-dahan ataupun struktur-struktur
bangunan.

• Koordinit GPS perlu ditukarkan kepada koordinit tempatan secara manual


disebabkan tiada perisian yang sesuai mengikut origin negeri (Cassini)

• Ketepatan koordinit tidak memenuhi koordinit tempatan disebabkan oleh


pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran sedikit

PENYELESAIAN

• Pelajar-pelajar perlu merancang stesen triangulasi mereka supaya tiada


halangan atau ganguan isyarat satelit (kawasan lapang dan bebas
daripada gangguan persekitaran)

• Pelajar-pelajar haruslah diberi pendedahan untuk menggukur perisian


transformasi koordinit selain daripada menggunakan kaedah manual.

• Latihan yang bersepadu perlu dijalankan untuk menambahkan


kemahiran pelajar dalam mengendalikan alat dan juga perisian computer
seperti GARIMIN MapSource.
KESIMPULAN

Daripada amali penggunaan alat GPS yang kumpulan kami jayakan, di


dapati koordinat tempatan (Sistem Cassini) yang telah dilakukan transformasi ke
koordinat RSO adalah boleh dikatakan tepat kerana nilai yang diberi oleh alat
GPS adalah dalam anjakan yang diterima (antara 0-10m).
Dalam melakukan pengukuran triangulasi konvensional penyelidikan titik
kawalan yang jitu boleh dilakukan dengan menggunakan alat GPS mengikut
klasifikasi triangulasi. Proses kerja dengan menggunakan GPS dapat membantu
kerja ukur tringulasi bermula dari peninjauan persiapan stesen cerapan,
pengukuran seterusnya kepada proses perhitungan. Daripada kelebihan GPS
yang ditunjukan diatas, GPS boleh memberikan maklumat dalam bentuk 3D
dimana ketepatan yang tinggi boleh diperolehi tanpa memerlukan usaha yang
banyak seperti teknik konvesional.peralatan dan perisian GPS yang sama dapat
memberikan kejituan yang dikehendaki dalam ukur triangulasi.
Oleh yang demikian, jelaslah bahawa penggunaan GPS dalam kerja-kerja
ukur terutamanya kerja yang berskala besar seperti kerja triangulasi amatlah
sesuai dan praktikal. Ini kerana kelebihan-kelebihan yang terdapat pada alat gps
itu sendiri.
HASIL KERJA
KOORDINAT-KOORDINAT

Nilai Koordinat Setiap Stesen

Titik
Koordinat Cassini Koordinat RSO

N 103588.294 507884.368
A E 34229.213 348202.629
N 103657.949 507954.829
B E 34016.828 347990.540
N 103661.359 507958.317
C E 33996.401 347970.129
N 103724.908 508021.407
D E 34112.894 348086.852

You might also like