You are on page 1of 3

1.

1 DEFINISI SAINS

Sains boleh didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui cerapan1 serta fahaman
yang lahir daripadanya sendiri . Ia juga boleh diertikan sebagai huraian secara sistematik tentang
fenomena tabii atau alam semulajadi . Menurut Encarta Encyclopedia , sains dalam skop yang
luas bermaksud ilmu – ilmu yang diperolehi secara sistematik berdasarkan pengalaman deria
yang dapat dibuktikan secara objektif . Oleh itu , sains dapat disimpulkan sebagai satu himpunan
ilmu pengetahuan manusia yang dikumpulkan melalui satu proses pengkajian dan dapat diterima
oleh akal .

1.2 DEFINISI SAINS MODEN


Sains moden lazimnya ditakrifkan sebagai suatu cabang ilmu pengetahuan mengkaji
himpunan pernyataan yang terbukti atau fakta – fakta yang dicerap dan disusun secara bersistem
kemudiannya dihimpunkan dalam bentuk hukum – hukum umum . Secara kasar , sains moden
dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Sains Tulen2 , Sains Sosial3 dan Sains Gunaan4 . Dari
segi falsafah alam , falsafah manusia dan falsafah ilmu , mungkin sains moden telah terikat
dengan Sains Islam dan Sains Pra – Moden yang lain . Namun Sains Moden bertitik – tolak
daripada pengetahuan saintifik yang sebahagian besarnya adalah sumbangan daripada tamadun –
tamadun yang beragama , khususnya Tamadun Islam . Paradigma Sains Moden kini adalah
bersendikan sistem falsafah logikal sekular , yang menolak doktrin metafizik dan agama .
1.3 DEFINISI TAUHID
Tauhid menurut istilah ialahmengetahui dengan sebenarnya bahawa Allah S.W.T itu Ada dan
Maha Esa . Menurut bahasa pula , tauhid merupakan satu ilmu yang membentangkan tentang
wujudnya Allah dan membuktikan kerasulan para rasul – Nya dengan sifat – sifat yang wajib ,
mustahil dan jaiz5 . Tauhid merupakan ilmu yang menerangkan hukum – hukum syarak dalam
bidang i’tiqad dan membalas segala hujah terhadap keimanan yang berhubung kait dengan
perkara – perkara sam’iyat melalui daripada dalil – dalil qat’i6 yang berdasarkan kepada
ketetapan akal , Al – Quran dan Hadis – hadis . Tauhid ini tidak terhad kepada persoalan ibadah
semata – mata tetapi turut merangkuni setiap aspek kehidupan termasuklah persoalan hubungan
manusia dan alam sekitar .

1
Analisis menggunakan pancaindera.
2
Ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan alam semesta.
3
Ilmu yang berkaitan dengan kaedah manusia menguruskan hidupnya.
4
Ilmu tentang bagaimana manusia memanfaatkan atau mengeksploitasi kejadian alam itu
untuk kepentingan diri.
5
Harus
6
Dalil – dalil yang pasti.
1.4 SAINS TAUHIDIK
Seperti yang telah disebutkan tokoh sains seperti Einstein kuat berpendapat bahawa sains dan
agama tidah seharusnya dipisahkan . Menurut beliau , sains mempunyai peranan penting untuk
membantu cahaya agama menjadi lebih bersinar . Kedudukan agama akan menjadi lebih kuat
dan kukuh apabila penganut – penganut agama itu menghasilkan pengetahuan dan budaya sains
yang tinggi . Sains membawa banyak manusia zaman moden kepada kesesatan serta
meninggalkan banyak kesan buruk keatas kehidupan manusia dan alam sekitar kerana telah
disalahgunakan . Sains Moden tempang dari segi teori dan amali kerana ia telah
membelakangkan agama . Namun dalam sejarah manusia , sudah terbukti bahawa ilmu tauhid
adalah punca utama kemajuan sains . Pemikiran Tauhidlah yang memberi inspirasi
dalammenghasilkan teori – teori sains yang agung pada kurun ke – 20 ini .
Dalam Tamadun Islam , ilmu tauhid menjadi asas utama dalam pemikiran sains dan begitu
juga sebaliknya . Oleh itu , wajarlah bagi kita mengemukakan konsep “ Tauhid yang berasaskan
Kajian Saintifik ” . Seperti yang diketahui , manusia hanya boleh mengetahui sifat – sifat tuhan
nenerusi pengetahuannya tentang alam . Mereka yang belajar “ Sifat Dua Puluh ” secara
tradisionalnya tentu sedar bahawa alam semesta dan segala isi kandungannya dikemukakan
sebagai dalil atau bukti untuk membenarkan sifat – sifat Tuhan yang berkenaan . Salah satu
prinsip yang kita dapati daripada Tauhid ialah “ Prinsip Kesatuan Tabii ” 7 dimana ianya menjadi
titik – tolak dan juga matlamat dalam Sains Islam .
Semakin banyak pengetahuan sains yang dicapai , semakin benar dan kukuhlah prinsip
kesatuan Alam Tabii . Islam perlu menyuburkan ilmu Tauhid dan menjadikannya sebagai titik
permulaan dalam Pengajian Sains. Dengan demikian , Ilmu Sains tersebut berada diatas landasan
pemikiran yang kukuh dan menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan yang tertinggi . Dalam
erti kata lain , wahyu mengatasi akal kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan
akal terbatas . Apa – apa konklusi yang bercanggah dengan dasar – dasar wahyu dianggap
sebagai konklusi sains yang salah dan apa – apa yang selari dengannya bolehlah diterima .
Sains dalam Islam tunduk kepada prinsip – prinsip yang ditetapkan oleh Allah S.W .T
melalui Rasulnya dan tunduk kepada Al – Quran . Sains berkonsepkan tauhid melahirkan
metodologi atau pendekatan yang mengambil kira syariat . Kepatuhan kepada syariat tidak
menghalang kepada kreativiti dan inovasi kerana keberkesanan untuk mengkaji telah pun
diberikan Islam berdasarkan Sabda Nabi yang bermaksud “ Kamu lebih tahu tentang urusan

7
Prinsip penerimaan kajian saintifik melaui kebenaran kesatuan alam tabii dimana akibatnya
daripada ke Esaan
Allah S.W.T.
duniamu ” . Yang dituntut ialah kepatuhan kepada Prinsip – prinsip Syariat yang akan
mencantikkan lagi sains itu .

You might also like