You are on page 1of 3

Chicken Pox

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut
dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan
amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada
kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan
adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan
juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian
atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh


merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus
menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping.
Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di
masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala

Penghidap chicken pox akan mengalami demam


dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan
muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chicken pox akan
timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah
ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi
air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk
menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa,
letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari
sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi

Ruam atau cacar air chicken pox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada
komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan
komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi
teruk:
Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian
chicken pox.
Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup
berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox
seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta
membahayakan nyawa pada bayi.
Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV,
barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi.
Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).
Komplikasi akibat chicken pox:
Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat
muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing,
mulut kering dan dahaga.
Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit
kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak
sedarkan diri.
Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas,
pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

Rawatan

1. Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat
berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan
mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa
mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang
sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS
serta rawatan steroid).
2. Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru
memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah
dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
3. Rawatan di rumah

Sapu losyen calamine.


Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
Panadol untuk demam

Pencegahan

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat,


diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima
hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1
dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5
tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.

Chicken pox atau jintungan, panggilan orang sini, sangat mudah berjangkit.. pesakit yang kena jangkitan
Virus Varicella Zoster ini kan demam diikuti dengan bintik kemerahan yang akan membentuk lepuh lepuh
kecil yang mengandungi cecair jernih yang kemudiannya keruh. Selepas sehari dua, lepuh akan pecah
dan membentuk crusted-??kuping..

Ketika ini demam akan reda tapi akibat tumbuhnya lepuh itu, pesakit akan rasa gatal miang dan pedih
sekali gus. Mujurnya chicken pox, seperti kebanyakan jangkitan virus yang lain, tanpa rawatan, ia akan
sembuh dengan sendirinya selepas seminggu dua. Kalau ikut pantang orang tua, chicken pox, measle-
campak, dan segala demam yang ada ruam, jangan di beri ubat untuk pastikan semua ruam dan lepuh tu
keluar..biar bisa penyakit keluar dari badan dan ubat ubat akan menyekat proses ini.

Untuk chicken pox ni, ada anti virus yang boleh diambil, tapi ubat anti virus ni harus mula diambil dalam
tempoh 24 jam bila lepuh ni keluar, baru boleh berkesan.. Kesan anti virus ni antaranya mengurangkan
risiko jangkitan kepada orang lain, mengurangkan bilangan lepuh yang keluar dan megurangkan rasa
sakit dan miang chicken pox ni.

Tanpa rawatan, akan ada 100-300 biji lepuh diseluruh badan…tapi bila ambil anti virus ni, hanya akan
ada sedikit sahaja yang tumbuh. Selain tu, ubat demam boleh diambil untuk kurangkan demam dan sakit,
sapu lepuh dengan calamine lotion, ambil jugak anti histamine untuk kurangkan rasa gatal. Mandi 3-4 jam
sekali untuk kurangkan rasa miang, elakkan menggaru untuk cegah jangkitan bacteria.

Ada imunisasi/pelalian untuk chicken pox ni…kanak kanak yang mengambil pelalian ini, InsyaAllah tidak
akan mendapat penyakit ini…jadi sesiapa yang tak nak anak dapat chicken pox, sila ke klinik
berhampiran untuk pelalian , harganya rasa RM 100+++. Untuk perempuan yang belum pernah dapat
chicken pox, rasanya bagus ambil pelalian ini, sebab kalau chicken pox menyerang ketika awal
mengandung, anak dalam kandungan akan cacat dan jika serangan di akhir kandungan, anak yang lahir
akan dapat chicken pox yang teruk.

Chicken pox selalunya hanya sekali dalam hidup dan tidak merbahayakan tapi komplikasi teruk
boleh jugak berlaku seperti lepuh lepuh menjadi nanah- biasanya akibat menggaru dan komplikasi
paru paru.

You might also like