You are on page 1of 19

HIDROGRAFI

1.0 Pengenalan “Hidrografi”

Perkataan hidrografi merupakan gabungan dua perkataan iaitu


perkataan hidro (hydro) dan grafik (graphic). Perkataan hydro bermaksud
air manakala graphic memberi maksud lukisan. Gabungan perkataan
hidrografi ini di peringkat awal penggunaannya bermaksud grafik atau lukisan
yang menunjukkan kedalaman air bagi sesuatu kawasan samada kawasan
sungai, tasik, selat mahupun laut. Grafik atau lukisan ini kini dikenali sebagai
carta. Penyediaan sesebuah carta sebenarnya merupakan satu proses kerja
yang panjang. Dalam usaha untuk menghasilkan sesebuah carta, kerja-kerja
pengumpulan data-data perlu dilaksanakan. Kerja-kerja pengumpulan data-
data ini merupakan satu aktiviti yang dinamakan pengukuran hidrografi.

Pengukuran hidrografi merupakan satu bidang yang luas. Menurut


kamus hidrografi terbitan Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa atau
International Hydrographic Organisation (IHO, 1994) pengukuran hidrografi
bermaksud, suatu pengukuran yang bertujuan untuk menentukan data yang
melibatkan jasad air. Ia mungkin melibatkan perolehan data salah satu
daripada kelas-kelas data seperti

i. Batimetri (kedalaman)
ii. Bentuk
iii. Morfologi dasar laut
iv. Kelajuan arus
v. Maklumat pasang surut dan
vi. Kedudukan objek-objek dasar laut

Ianya diperlukan bagi tujuan pengukuran mahupun tujuan navigasi


(pelayaran/rujukan)

1
1.1 Pengkelasan Ukur Hidrografi secara Am

Secara amnya, Ukur Hidrografi boleh dikategorikan kepada 3 (tiga) bahagian


iaitu ;

Jenis Penerangan
Ia merupakan pengukuran hidrografi yang
dilakukan dipinggir pantai seperti;
i. Pembinaan jeti
Hidografi Pinggir Pantai
ii. Kerja-kerja struktur kejuruteraan
(Coastral)
iii. Masalah hakisan pinggir pantai
iv. Penambakan pantai
v. Perubahan pasang surut air laut
Pengukuran jenis ini merupakan
pengukuran yang dilakukan bagi kerja-
kerja pengutipan data bagi kerja-kerja
seperti;
i. Pengurusan alam sekitar
Hidrografi Lepas Pantai
ii. Pengurusan perikanan
(off-shore)
iii. Pengurusan kehidupan dasar laut
iv. Penentuan kawasan pinggir pantai
(continental self)
v. Penjelajahan dan kerja carigali
gas/minyak
Kerja yang dilakukan adalah seperti;
i. Pemetaan dasar laut
Hidrografi Laut Jauh
ii. Kandungan dasar laut
(Oceanic)
iii. Perubahan dasar semasa dasar
laut.

2.0 Perkembangan Bidang Hidrografi Dunia

2
Peranan data-data hidrografi merupakan data terpenting dalam pelbagai
aspek terutamanya pembangunan dan penguatkuasaan maritime. Hal ini
menyebabkan Bidang Hidrografi ini tidak ketinggalan dalam
memperkembangkan kemampuannya samada dari segi peralatan, cara kerja
mahupun hasil yang diperolehi.

2.1 Pengukuran secara Konvensional

Menurut Cohen (1970), data batimetri secara konvesional diperolehi


daripada pelbagai kaedah seperti menghantar penyelam dengan tali ukur,
menggunakan tali bersengat (lead line) dan juga melalui kaedah pancang
kedalaman (sounding pole).

2.2 Mesin Pengukuran dan Pembangunan Sistem Pemerum Gema

2.2.1 Perkembangan Mesin Pengukuran

Mesin pengukuran Kelvin-White (Kelvin-White sounding machine)


telah dibangunkan hasil idea dan usaha Sir William Thompson dan Lord
Kelvin. Mesin Kelvin-White ini menggunakan tali dawai piano dan win
mekanikal. Mesin ini berkemampuan mengukur kedalaman sehingga 100
fatom dalam setiap tujuh minit. Masa tujuh minit tersebut diperlukan kerana
masa untuk pemberat mencecah dasar laut pada kedalaman 100 fatom ialah
satu minit dan empat hingga enam minit diperlukan untuk menarik semula
pemberat tersebut.

Fakta Nombor
- 100 Fatom selama 7 minit

3
- 1 Fatom = 6 kaki

Terdapat beberapa mesin pengukuran telah dihasilkan berdasarkan kepada


prinsip yang sama degan Kelvin-White (Kelvin-White sounding machine)
seperti ;

i. Mesin Singsbee
- mesin yang digunakan diatas kapal BLAKE George Belknap
(Amerika Syarikat)

ii. Mesin Lucas


- mesin yang digunakan diatas kapal HMS EGERNIA (British)

Rajah 1. Mesin Pengukuran Lucas diatas kapal HMS EGERNIA


(sumber : Ritchie, 1967)

2.2.2 Pembangunan Sistem Pemerum Gema (Echo Sounder)

4
Teknologi pengukuran kedalaman air terus berkembang. Prinsip
pengukuran kedalaman mula beralih kepada penggunaan rambatan
gelombang bunyi. Cetusan idea untuk menghasilkan sistem dengan
menggunakan prinsip rambatan gelombang bunyi dikatakan bermula selepas
tragedi kapal SS Titanic pada tahun 1912 dan tekanan untuk menjejaki kapal
selam semasa Perang Dunia Pertama meletus. Antara nama-nama jurutera
yang memainkan peranan utama dalam pembangunan sistem pemerum
gema moden adalah Alexander Behm, jurutera Jerman yang menghasilkan
Echo Lot yang mampu memberi kedalaman sehingga 150 meter. Alexander
Behm telah berjaya mencipta alat yang mengukur kedalaman dengan
menggunakan gelombang bunyi yang berasaskan penggunaan prinsip
mikrofon.

Perkembangan teknologi dengan menggunakan gelombang bunyi ini


diteruskan lagi oleh penemuan R.A Fesseden. Saintis Kanada ini berjaya
menghasilkan pemerum gema Fathometer yang menggunakan pemancar
berserta penerima pada tahun 1922. Nama lain yang turut terlibat di dalam
pembangunan alat pemerum gema adalah jurutera Perancis, Pierre Langevin.
Langevin memperkenalkan pemerum gema berasaskan mekanisma kuarza
piezo-elektrik yang seterusnya menghasilkan pemerum gema supersonik
pertama (supersonic echo sounder) pada tahun 1930. Prinsip alat
supersonik yang diilhamkan oleh Langevin ini merupakan prinsip asas di
dalam pembangunan sistem Single Beam Echo Sounder atau Pemerum
Gema Alur Tunggal (PGAT) yang mula digunakan secara global pada awal
tahun 1930-an.

Pembangunan sistem PGAT menjadi lebih signifikan selepas sistem


yang dikenali sebagai Precision Depths Recorder (PDR) diperkenalkan oleh
University of British Columbia pada tahun 1956. PDR dikatakan mampu
menghasilkan data kedalaman yang lebih tepat. Selisih kedalaman yang
dihasilkan oleh sistem tersebut ialah kurang dari satu peratus kedalaman air.
12 tahun selepas penemuan tersebut, Tentera Laut Amerika Syarikat telah
berjaya membangunkan Sonar Array Survey System (SASS). Berasaskan
hasil ciptaan sistem SASS ini, satu konsep pengumpulan data batimetri yang

5
lebih menyeluruh telah mula dikembangkan. Pembangunan Multibeam Echo
Sounder atau sistem Pemerum Gema Berbilang Alur (PGBA) dikatakan
telah bermula dengan ciptaan ini. Sistem PGBA mula diperkenalkan secara
komersial pada tahun 1982. Sehingga hari ini, pelbagai sistem PGBA telah
berada di pasaran dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Namun penghasilan data kedalaman bagi sistem PGBA lebih rumit dan
kompleks kerana sistem PGBA memerlukan proses tambahan seperti proses
pembentukan alur. Denyutan tenaga akustik yang dipancarkan pula bukan
sekadar pada satu arah seperti PGAT tetapi pancaran denyutan akustik
dipancarkan dalam bentuk kipas. Setiap pancaran denyutan (ping) bagi setiap
alur akan menghasilkan kedalaman. Setiap alur yang diterima pula
menghasilkan masa perjalanan dua hala pergi dan balik. Rajah 2
menggambarkan perbezaan antara sistem PGAT dan PGBA.

Rajah 2. Perbezaan pancaran PGAT dan PGBA

Short note:-

Pembangunan Sistem Pemerum Gema (Echo Sounder)

6
• Echo Lot berkesan pada kedalaman 150m prinsip
Mikrofo
n

• Pemerum Gema Fathometer menggunakan pemancar


dan
Penerima

• Supersonic Echo Sounder menggunakan mekanisma


Kuarza piezo-elektrik

• Single Beam Echo Sounder Supersonic Echo Sounder


(PGAT) sebagai asas penciptaanya

• Precision Depths Recorder PGAT sebagai asas


(PDR)
Pengukuran lebih tepat

Selisih kedalaman < 1%


kedalaman air.

• Sonar Array Survey System konsep pengumpulan data


(SASS) batimetri yang lebih
menyeluruh

• Multibeam Echo Sounder SASS sebagai konsep


pembangunannya

7
Rajah 3. Kaedah Pemerum Gema (gelombang akustik)

3.0 Peralatan Ukur Hidrografi yang biasa digunakan

8
Berikut adalah merupakan beberapa jenis perlatan yang digunakan untuk
pengukuran hidrografi pada masa kini.

3.1 SIDE SCAN SONAR SYSTEM (CM800)

Spesifikasi

• Unique fibre optic tow cable


• Interchangeable with a soft Kevlar/coax two cable
• Unique sonar transducer configuration
• Navigation and data positioning
• Comprehensive display, recording and replay facilities

The CM800 and NMEA 0183 navigation data interface comes as a


standard package of this, also allows the operator to enter the tow fish
layback. The geographical position of any object is available just by pointing
at it with the cursor. Furthermore, the cursor can also be used to directly
measure the dimensions of an object, including its height.

3.2 TIDE GAUGE WATER LEVEL

9
Spesifikasi

• Over 2 years capacity


• Settable sampling
• Delay start feature
• Robust titanium transducer housing
• PC setup software
• Spreadsheet compatible data

Transducer
Druck PDCR 1830 Titanium shelled vented strain gauge, with stainless steel
mounting bracket.

Range
Standard 10dBar (approx 10m).

Accuracy
±0.1% Full Scale

Calibration
Held within logging unit

3.3 HEADING SENSOR (SIMRAD HS50)

10
Spesifikasi

• i. True heading anywhere on earth


• ii. Replaces several instruments with one robust, integrated product
• iii. Heading available in periods of GPS drop-out
• iv. 20Hz update rate on heading and rate of turn measurements
• v. 80°/sec follow-up rate
• vi. Three RS-232 and three RS-422 configurable output serial lines
• vii. Output data on Ethernet
• viii. Only one cable (no coax) between the mast unit and the Processing unit
on the bridge

Simrad HS50 is a GPS compass that provides true heading output with
position, velocity and rate of turn information in addition. This product replaces
several vessel instruments with one compact navigation package;
gyrocompass, GPS system, speed log and Rate of Turn (ROT) indicator. The
HS50 requires no scheduled maintenance or re-calibration. The system offers
flexible configuration of the output variables and interface setup, depending
on the vessel and application. It is easy to operate, install, and align.

11
3.3 GA052Cx/GA-72CD (MAGNETOMETER SURVEY)

Spesifikasi

• Enhanced target detection


• Clear, sharp, detection signal pinpoints the target
• Weights approximately 2 ½ lbs
• Five individual sensitivity settings
• Rugged lightweight case
• Y2K Compliant

The GA-52Cx and GA-72Cd Locators detect the magnetic field of iron
and steel objects and energized power lines. Both provide audio detection
signals that peak in frequency when the locator's tip is held directly over the
target. The GA-72Cd has the option of nulling or peaking.

3.4 SURVEY ECHO SOUNDER (BATHY 500)

12
Spesifikasi

• Built in Digitizer with RS232 and RS422 Data Output Interface Ports
• Advanced, Microprocessor-Based Electronics
• Thermal Recorder
• NMEA 0183 Navigation Input Interface
• Selected DC or AC Input Power
• Automatic Chart
• Remote Mark Input

The Bathy-500 Electronic Survey Instrument used to generate


precision chart recordings and digital data output. Technologically
sophisticated, utilizing modern, microprocessor based electronics and a
thermal chart recorder mechanism.
Digital processing enables the instrument to offer fully automatic
bottom digitising capabilities. When interfaced with a NMEA 0183-compatible
position sensor, the echo sounder provides complete, integrated
hydrographical survey environment.

Performance
• Depth Range : 160m (480ft)

13
• Accuracy ± 0.5%
• Depth Resolution 0.1 unit

Acoustics
• 40 kHz / 200kHz
• 600 Watts Output Power

3.5 TOTAL STATION (SOKKIA SET 300)

14
Spesifikasi

• Sophisticated Dual – Axis Compensator


• Extended memory
• Compact Flash memory card
• RS series Reflective sheets
• Pin pole reflective target RT 50P
• Detachable rotary target RT 90C
• Two – point target 2RT 500
• Reflective staff RF 3
• Electronic Field Books

Total station engineered for top performance at any job site. With
rugged physical enhancement, the SET300 is an undemanding instrument
even under the most demanding conditions. Enhanced technology assures
accuracy and efficiency under any work condition

SET 300 is outfitted with versatile software that enhances any surveying
project.

Ciri-ciri Set 300

15
• Measuring Range 1m to 2000m (6,500ft)
• Display Resolution 1''/0.2 mgon /0.005 mil,
• 5''/1mgon / 0.002 mil,
• Accuracy 3”/1mgon
• [ISO/ DIS 12857.2: 1995) H&V]
• Magnification 30x
• Data storage internal 4000 points memory

16
4.0 KEPENTINGAN SERTA KESIMPULAN YANG DAPAT DIBUAT
BERKAITAN PEMBANGUNAN DAN KEPERLUAN HIDROGRAFI

Sebagai sebuah negara maritim, tidak dapat dinafikan bahawa


ekonomi negara telah banyak dijana oleh aktiviti eksplotasi sumber hasil yang
diperolehi dari wilayah laut. Malah sekiranya dilihat secara global, lebih dari
50 peratus kepadatan penduduk dunia adalah berkisar kepada kawasan
sekitar 60 kilometer dari pantai (Greseir, 2000). Fakta ini membuktikan
bahawa laut merupakan sumber ekonomi terpenting bagi masyarakat global.
Ekonomi negara Malaysia juga banyak dijana oleh aktiviti-aktiviti eksplorasi
dan eksploitasi wilayah laut negara. Sumber gas asli, petroleum, perikanan,
mineral, pelancongan, janakuasa elektrik dan berbagai lagi sumber-sumber
tenaga dan sumber Secara umumnya, keluasan 450,233 km persegi wilayah
laut negara mampu menjanjikan pulangan yang bermakna seandainya aktiviti-
aktiviti eksplorasi dan eksploitasi dioptimumkan dengan sebaiknya.

Malaysia juga telah meratifikasikan sebagai Negara Parti (State Party)


kepada Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu 1982 (UNCLOS 1982) semejak 14 Oktober 1996. Sebagai Negara
Parti, Malaysia turut mempunyai hak dan layak untuk mengemukakan
tuntutan hak pelantar benua melebihi 200 batu nautika tetapi tidak melebihi
350 batu nautika berdasarkan Artikel 76 kepada UNCLOS 1982. Dalam usaha
mengemukakan tuntutan tersebut, data-data saintifik dan justifikasi teknikal
perlu disediakan kepada pihak Commission on the Limits of Continental Shelf
(CLCS). Dalam konteks ini peranan data-data hidrografi amat tinggi dan
memberi impak yang sangat signifikan. Selain daripada keperluan-keperluan
untuk mengemukakan tuntutan hak pelantar benua melebihi 200 batu nautika,
pemilihan asas bagi titik pangkal dan garis pangkal bagi penentuan keluasan
perairan sesebuah negara juga hanya boleh ditentukan melalui pengukuran
hidrografi. Justeru itu, tidak dapat dinafikan bahawa pengukuran hidrografi
merupakan satu elemen penting dalam membantu mengenal pasti keluasan
perairan negara yang seterusnya akan mendorong aktiviti-aktiviti eksplorasi
dan eksploitasi wilayah laut negara.

17
Aktiviti-aktiviti eksplorasi dan eksploitasi kawasan pesisir pantai dan
laut lepas memerlukan data-data yang lebih menyeluruh dan berketepatan
tinggi. Data-data batimetri yang diperolehi sebelum tahun 1960 boleh
dikatakan tidak mampu memenuhi keperluan terkini (IHB, 1997). Malah dari
aspek penghasilan carta nautika juga, piawaian dan spesifikasi terkini
memberi banyak penekanan kepada perolehan data yang lebih menyeluruh
(Spittal, 2000). Ini dapat dilihat berikutan penambahan syarat oleh
Pertubuhan Maritim Antarabangsa atau International Maritime Organisation
(IMO) mengenai keselamatan pelayaran kapal-kapal seperti polisi kelegaan
bawah lunas (under keel clearance). Perkembangan ini menyebabkan
permintaan terhadap data-data yang lebih menyeluruh dan memiliki resolusi
tinggi telah meningkat secara drastik. Keadaan ini seterusnya menyebabkan
data-data dari sistem PGAT agak ketinggalan dalam memenuhi keperluan
tersebut. Selain itu, teknik pengumpulan data dengan sistem PGAT
mengambil masa yang agak lama kerana bilangan garis peruman (sounding
line) yang lebih rapat diperlukan dalam memenuhi piawaian dan keperluan
spesifikasi terkini.

18
Rujukan :-

1. hydro.gov.my

2. http://pkukmweb.ukm.my/~knam/notaUkurkejut/Bab10%2
0Ukur%20Hidrografi.pdf

3. http://navy.mil.gov.my

4. www.hydromappers.com

5. Pengukuran Hidrografi: Sejarah dan Kepentingan Masa


Kini
(Oleh: Lt Kdr Najhan bin Md. Said TLDM)

6. GPS dan Ukur Hidrografi (Dr.Hasanudin Z.Abidin)


Kelompok Keilmuan Geodesi,Institut Teknologi Bandung

19

You might also like