You are on page 1of 29

Keperluan Pembentukan Gamet Dalam Manusia.

1. Pembiakan seks melibatkan persenyawaan antara gamet jantan dengan


gamet betina.

2. Dalam manusia, gamet jantan (sperma) dihasilkan oleh organ pembiakan


jantan, iaitu testis manakala gamet betina (ovum) dihasilkan oleh organ
pembiakan betina, iaitu ovari.

3. Kedua-dua gamet dihasilkan melalui proses meiosis. Gamet-gamet itu adalah


haploid dan berbeza dari segi genetiknya.

4. Pembentukan gamet penting dalam kehidupan untuk

a) menambahkan zuriat bagi mengekalkan keturunan sesuatu spesies.

b) menghasilkan variasi melalui proses pindah silang dan pengabungan


semula kromosom homolog.

c) mengekalkan keadaan diploid dari generasi ke generasi melalui


penghasilan zigot (2n) daripada percantuman gamet jantan (n) dengan
gamet betina (n).
Proses Pembentukan Gamet

1. Dalam pembiakan seks, gamet yang haploid dibentuk melalui meiosis.

2. Proses pembetukan gamet disebut sebagai gametogenesis.

3. Gametogenesis terbahagi kepada

a) Spermatogenesis, iaitu proses pembentukan sperma dalam testis.

b) Oogenesis, iaitu proses pembentukan ovum dalam ovary.

4. Testis dan penghasilan sperma

a) Testis terdiri daripada salur halus yang dinamakan tubul banyak.

b) Sperma mempunyai saiz dalam bilangan yang sangat banyak.

c) Sperma mempunyai saiz yang sangat kecil

d) Sperma disimpan dalam epididimis untuk menjadi matang.

e) Spema disalurkan keluar dari testis oleh vas deferes dan dikumpulkan di
dalam vesikal semen, yang mengandungi cecair dalam vesikal semen
menyediakan persekitaran yang optimum untuk kemandirian sperma dan
juga adalah medium untuk pergerakan sperma.

Ovari dan penghasilan ovum

a) Gamet betina, iaitu ovum dihasilkan oleh ovari dalam perempuan.


b) Ovum mempunyai saiz yang lebih besar berbanding sperma

c) Ovum mengandungi kandungan sitoplasma yang lebih banyak berbanding


sperma.

d) Tiub Fallopio merupakan satu salur yang membuka ke dalam uterus.


Persenyawaan antara ovum dan sperma berlaku di tiub Fallopio.

e) Uterus merupakan satu ruang yang mempunyai dinding yang tebal dan
berotot. Bahagian dalam uterus terdiri daripada sel-sel endometrium dan
salur darah. Uterus merupakan tempat penempelan embrio dan
perkembangannya.

f) Faraj merupakan satu saluran yang menghubungkan uterus dengan


persekitaran luar melalui serviks. Faraj adalah tempat untuk kemasukan
sperma, laluan aliran haid dan melahirkan anak.

Pembentukan Gamet Jantan (Spermatogenesis)

1. Spermatogenesis berlaku dalam organ pembiakan lelaki, iaitu testis.

2. Setiap testis mempunyai banyak salur halus yang dinamakan tubul semen.

3. Spermatogenesis berlaku pada dinding tubul semen.

4. Setiap tubul semen diselaputi oleh lapisan epitelium germa yang terdiri
daripada sel- sel germa primordium.

5. Proses spermatogenesis

a) Sel germa primordium membahagi beberapa kali secara mitosis untuk


menghasilkan spermatogonium yang diploid (2n).

b) Spermatogonium membesar menjadi spermatosit primer.


c) Setiap spermatosit primer yang diploid membahagi secara meiosis 1
untuk menghasilkan dua spermatosit sekunder yang haploid (n).

d) Setiap spermatosit sekunder melalui meiosis 2 dan membentuk dua


spermatid (n).

e) Spermatid menjalani pembezaan untuk menghasilkan sperma.

Pembentukan Gamet Betina (oogenesis)

1. Oogenesis adalah proses pembentukan ovum dalam ovari.

2. Pembentukan ovum bermula dalam ovary seorang perempuan sebelum


dilahirkan.

3. Dinding luar ovary terdiri daripada lapisan epitelium germa.Lapisan ini


mengandungi sel-sel germa primordium.

4. Proses oogenesis
a) Semasa peringkat fetus, sel germa primordium membahagi beberapa kali
secara mitosis untuk membentuk oogonium yang diploid.

b) Oogonium mengalami pertumbuhan dan berkembang menjadi oosit


primer (2n).

c) Setiap oosit primer diselaputi oleh satu lapisan sel folikel untuk
membentuk satu folikel primer.

d) Apabila dilahirkan, seorang perempuan telah mempunyai berjuta-juta


oosit primer membahagi secara meiosis 1 tetapi berhenti pada peringkat
profasa 1.

e) Semasa seorang perempuan mencapai akil baligh, oosit primer


melengkapkan meiosis 1. Hasilnya ialah dua sel haploid yang berbeza saiz
sebab pembahagian sitoplasma yang tidak sekata. Sel yang lebih besar
disebut oosit sekunder (n) dan sel yang lebih kecil dinamakan jasad kutub.

f) Oosit sekunder yang haploid terkandung dalam folikel sekunder.

g) Folikel sekunder membesar dan membentuk folikel Graaf, iaitu folikel


sekunder yang matang. Folikel Graaf bergerak ke permukaan dinding
ovari.

h) Semasa pengovulan, folikel Graaf pecah dan melepaskan oosit sekunder


dari ovary ke dalam tiub Follopio.

i) Sebaik sahaja persenyawaan berlaku, oosit sekunder melengkapkan


meiosis 2 dan menghasilkan satu ovum haploid dan satu dan satu jasad
kutub haploid.

j) Jasad kutub haploid yang dihasilkan semasa meiosis 1 menjalani meiosis 2


dan menghasilkan dua jasad kutub.

k) Kesemua tiga jasad kutub akhirnya merosot.

Keperluan Kitar Haid.

1) Peringkat baligh merupakan peringkat permulaan kematangan seorang lelaki


dan wanita. Pada masa itu, banyak perubahan berlaku dari segi fizikal, emosi
dan fisiologi.
2) Seorang perempuan akan mengalami kitar haid apabila telah mencapai
peringkat akil baligh.

3) Kedatangan haid dan penghasilan ovum merupakan tanda kematangan dan


kesuburan manusia.

4) Kitar haid ditandakan oleh pendarahan bulanan yang dikenali sebagai haid.

5) Haid disebabkan oleh penguraian dinding uterus dan berlaku selama 4


hingga 5 hari.

6) Kitar haid menyebabkan perubahan struktur dan fisiologi pada system


pembiakan perempuan setiap 28 hari, iaitu:

a) Perubahan pada ovary yang berkaitan dengan perkembangan folikel dan


pengovulan.

b) Perubahan pada dinding uterus.

c) Perubahan pada aras hormone yang terlibat dalam kitar haid.

7) Kepentingan kitar haid

a) Menyediakan uterus untuk penempelan embrio

Semasa kitar haid, dinding uterus menjadi semakin tebal dan kaya
dengan bekalan salur darah . Keadaan ini membolehkan embrio
menempel pada dinding uterus sekiranya persenyawaan berlaku.

b) Menyebabkan pengovulan

Folikel dalam ovari berkembang sehingga folikel matang terbentuk dan


oosit sekunder dibebaskan daripada ovary kira-kira hari ke 14, iaitu pada
pertengahan kitar haid. Oosit sekunder ini akan bergerak melalui tiub
Follopio ke uterus.
c) Menyingkirkan haid

Oosit sekunder yang tidak disenyawakan akan merosot dan disingkirkan.


Akibat kegagalan persenyawaan ovum, tisu lembut pada dinding uterus
akan terurai berserta dengan perdarahan. Semua bahan buangan ini
dikenal sebagai haid dan akan disingkirkan melalui faraj.

d) Merangsangkan penghasilan pelbagai hormone

Empat jenis hormon terlibat dalam kitar haid iaitu hormon perangsang
folikel (FSH) dan hormone pelunteinan (LH) yang dirembeskan oleh
kelenjau pituitary serta hormone estrogen dan progesterone yang
dirembeskan oleh ovari.

Peranan Hormon dalam Kitar Haid.

1) Kitar haid dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu:

a) Peringkat aliran haid (masa tempoh haid, iaitu hari pertama hingga hari
ke-5)

b) Peringkat folikel (dari akhir tempoh haid sehingga pengovulan, iaitu hari
ke-6 hingga ke-14)

c) Peringkat korpus luteum (dari pengovulan sehingga permulaan haid, iaitu


hari ke-15 hingga ke-28)

2) Peringkat aliran haid (hari pertama hingga ke-5)

a) Hormon progestron berada pada tahap yang sangat rendah.

b) Akibatnya lapisan endometrium uterus terurai diikuti dengan pendarahan.


Pengaliran haid bermula.

c) Semasa haid, kelenjar pituitari dirangsangkan untuk merembeskan


hormon FSH untuk merangsangkan perkembangan sel folikel.

3) Peringkat folikel (hari ke-6 hingga ke -14)


a) Folikel primer dalam ovari berkembang membentuk folikel Graaf, iaitu
folikel sekunder yang matang.

b) Perkembangan folikel dalam ovary merangsang penghasilan hormone


estrogen.

c) Penebalan dinding uterus selepas haid. Sel-sel baru terbentuk dan lapisan
dinding uterus (lapisan endometrium uterus) akan menebal serta
dibekalkan dengan satu rangkaian salur darah.

d) Aras estrogen yang semakin meningkat akan merangsangkan kelenjar


pituitari untuk merembeskan hormone peluteinan (LH).

e) LH menyebabkan pengovulan berlaku pada hari ke-14, iaitu oosit


sekunder dibebaskan dari folikel Graaf.

4) Peringkat korpus luteum (hari ke-15 hingga ke-28)

a) Selepas pengovulan, folikel Graaf yang tertinggi akan membentuk korpus


luteum.

b) Korpus luteum merembeskan hormone progesterone.

c) Hormon progestron mengekalkan ketebalan dinding uterus (lapisan


endometrium uterus) supaya bersedia untuk penempelan embrio jika
persenyawaan berlaku.

d) Jika persenyawaan ovum berlaku, korpus luteum akan kekal dan hormone
progestron terus dirembeskan untuk mengekalkan ketebalan dinding
uterus.

e) Hormon progestron juga akan menghalang rembesan hormone


perangsang folikel dan hormone peluteinan.

f) Jika persenyawaan tidak berlaku, korpus luteum akan merosot.Aras


hormone progesterone semakin berkurang. Lapisan endometrium uterus
terurai dan haid bermula.

g) Jika persenyawaan berlaku, korpus luteum kekal dan hormone


progesterone terus dihasilkan. Dinding uterus mengekalkan ketebalannya.

Kesan Ketakseimbangan Hormon pada Wanita.

1) Ketakseimbangan kepekatan hormon boleh mempengaruhi keadaan fidiologi,


emosi, dan kesihatan seseorang.
2) Pada seorang wanita, kegagalan system endokrin berfungsi dan penghasilan
hormone tertentu yang tidak seimbang akan mengakibatkan beberapa
keadaan seperti sindrom prahaid, keguguran, dan putus haid.

3) Sindrom prahaid (PMS)

a) Merujuk kepada gejala yang dialami oleh seoranf wanita sebelum haid
bermula.

b) Perubahan aras hormone estrogen dan progestron sebelum kedatangan


haid akan mengakibatkan perubahan emosi dan mental seorang wanita.

c) Gejala sindrom prahaid akibat perubahan emosi dan mental adalah:

i. Cepat marah

ii. Muram

iii. Gelisah

iv. Mudah tersinggung

v. Pendiam

vi. Mudah letih

vii. Kurang daya tumpuan

viii. Sakit perut

ix. Sakit kepala yang teruk

4) Keguguran

a) Hormon progestron berfungsi bagi mengekalkan ketebalan dinding uterus


untuk penempelan fetus yang kukuh.

b) Kegagalan menghasilkan hormone progestron akan menyebabkan


ketebalan dinding uterus tidak dapat dikekalkan.Akibatnya kedudukan
fetus pada dinding uterus tidak kukuh dan keguguran berlaku.
Putus haid

1) Putus haid berlaku pada wanita yang berumur kira-kira 45 hingga 50


tahun dimana kitar haid berhenti.

2) Pada peringkat ini, ovary akan menjadi tidak aktif dan berhenti
menghasilkan ovum. Keakaan ini menyebabkan hormone FSH dan LH
dikeluarkan dalam kuantiti yang sedikit.

3) Perkembangan sel folikel yang dihadkan menyebabkan rembesan


estrogen dan progestron semakin berkurangan.

4) Pengovulan dan kitar haid menjadi tidak teratur dan akhirnya berhenti.
Wanita itu dikatakan mengalami putus haid.

5) Aras estrogen menjadi semakin rendah sehingga tidak mencukupi


untuk memelihara tisu- tisu yang memerlukannya.

6) Akibatnya terdapat gangguan fisiologi, emosi, dan psikologi pada


wanita yang mengalami putus haid.
7) Masalah kesihatan ini boleh dirawat dengan menggunakan estrogen
terutama dalam terapi penggantian hormon ( hormone replacement
therapy, HRT).

8) Gejala- gejala putus haid adalah

a) Berasa lemah

b) Muram

c) Sakit kepala

d) Berasa panas seluruh badan dan berpeluh

e) Susah hendak tidur

f) Kurang daya ingatan dan penumpuan

g) Berasa sakit di abdomen

h) Buah dada menyusut

i) Tulang dan kulit menipis

j) Ovary menyusut

k) Tisu pelapik faraj menipis dan faraj menjadi kering.

Persenyawaan

1. Semasa hubungan seks dilakukan, kira-kira 100 hingga 500 juta sperma
akan dipancut ke dalam faraj melalui air mani.

2. Dalam faraj, sperma berenang ke dalam uterus dan seterusnya menuju


kea rah tiub Fallopio.
3. Bilangan sperma semakin berkurang. Apabila sperma sampai ke tiub
Fallopio , terdapat beberapa ratus sperma sahaja.

4. Daripada jumlah sperma itu, hanya satu sperma yang akan bercantum
dengan ovum.

5. Dalam tiub Fallopio, sperma yang pertama menemui oosit sekunder


akan memecahkan membrane oosit sekunder. Kepala sperma masuk ke
dalam oosit sekunder.

6. Kemasukan nucleus sperma merangsang oosit sekunder mengalami


meiosis 2 untuk membentuk ovum.

7. Proses percantuman nucleus sperma dengan nucleus ovum dinamakan


persenyawaan. Hasil daripada persenyawaan ialah zigot.

8. Sebaik sahaja persenyawaan berlaku, satu dinding akan terbentuk di


sekeliling ovum yang telah disenyawakan untuk menghalang
kemasukan sperma lain.
Perkembangan Zigot

1. Selepas persenyawaan, zigot akan bergerak melalui tiub Fallopio ke uterus

2. Zigot mengambil masa tiga hingga empat hari untuk sampai ke uterus.

3. Semasa bergerak melalui tiub Fallopio, zigot membahagi berulang kali secara
mitosis sehingga membentuk blastosista

a) Zigot membahagi secara mitosis membentuk peringkat dua sel.

b) Kedua-dua sel kemudian membahagi membentuk peringkat empat sel.

c) Seterusnya mitosis berlaku, membentuk peringkat lapan sel, enam belas


sel sehingga beberapa ratus sel.

d) Apabila sampai ke uterus, satu bebola yang terdiri daripada beratus- ratus
sel yang disebut morula terbentuk.

e) Morula kemudian berubah menjadi struktur bebola dengan satu rongga di


tengah yang diisi oleh cecair.

4. Blastosista terdiri daripada bahagian-bahagian berikut

a) Satu rongga yang berisi cecair amnion.

b) Satu kelompok sel yang tebal di bahagian dalam. Kelompok sel ini akan
berkembang menjadi embrio.

c) Lapisan epitelium yang nipis di luar disebut trofoblast. Lapisan trofoblast


berkembang membentuk vilus trofoblast yang akan menjadi membrane
embrio dan plasenta.

5. Apabila sampai di uterus, blastosista terapung dengan bebas dalam cecair di


uterus untuk beberapa hari.
6. Kira-kira tujuh hari selepas persenyawaan, blastosista akan melekat pada
lapisan endometrium uterus (dinding uterus ) dan terbenam ke dalamnya.
Proses ini dikenal sebagai penepelan.

Pembentukan Anak Kembar

1. Bagi manusia, biasanya satu embrio dihasilkan daripada persenyawaan


antara satu sperma dengan satu ovum.

2. Walau bagaimanapun, kadangkala dua atau lebih embrio boleh terbentuk


dalam satu kehamilan.

3. Anak kembar merupakan dua orang bayi yang dilahirkan pada satu
kehamilan dan pada waktu yang hamper sama oleh seorang ibu.

4. Terdapat dua jenis anak kembar, iaitu:

a) Kembar seiras

b) Kembar tak seiras

Pembentukan kembar seiras

1. Kembar seiras adalah hasil daripada satu ovum yang disenyawakan oleh satu
sperma membahagi dan membentuk dua zigot.
2. Pembahagian zigot berlaku dengan lengkap secara mitosis pada peringkat
awal perkembangannya.

3. Setiap zigot berkembang menjadi embrio yang berada dalam satu


blastosista.

4. Kedua-dua embrio membesar dan menjadi fetus yang berasingan tetapi


berkongsi plasenta yang sama.

5. Kedua-dua anak adalah seiras kerana berasal daripada satu zigot yang
mempunyai kandungan genetik yang sama.

6. Oleh itu, kembar seiras adalah sama dari segi jantina, kumpulan darah, dan
ciri-ciri fizikal.

Pembentukan kembar siam.

1. Kadang kala , zigot tidak membahagi dengan sempurna.

2. Akibatnya, terhasil dua embrio yang bersambung bersama pada sesuatu


bahagian badan yang dikenali sebagai kembar siam.

3. Kembar siam mungkin berkongsi organ-organ tertentu seperti perut, jantung


atau otak. Ada bahagian badan yang mungkin akan melekat antara satu
sama lain. Jika sambungan tidak rumit, kembar siam boleh dipisahkan melalui
pembedahan.
4. Kembar siam mempunyai kandungan genetik yang sama kerana berasal
daripada zigot yang sama.

5. Oleh itu, kembar siam juga adalah sama dari segi jantina, kumpulan darah,
dan rupa.

Pembentukan Kembar tak Seiras.

1. Kembar tak seiras terbentuk apabila dua ovum dibebaskan serentak dalam
satu kitar haid.

2. Setiap ovum masing-masing disenyawakan oleh satu sperma

3. Dua zigot terbentuk dan masing-masing berkembang untuk membentuk dua


embrio yang berasingan. Kedua-dua embrio berkembang menjadi fetus
dalam plasentanya masing-masing.

4. Ciri-ciri bagi anak kembar tak seiras adalah seperti berikut:

a) Mempunyai kandungan genetik yang berbeza sebab berasal daripada dua


ovum dan dua sperma yang berlainan.

b) Wajah dan ciri-ciri fizikal adalah berlainan. Jantina mungkin sama atau
berbeza.

5. Pengovulan banyak kali pada setiap kitar haid boleh berlaku melalui
pengambilan FSH pada dos yang tinggi .

Struktur Plasenta dan Fungsinya


1. Plasenta adalah satu organ sementara yang terdiri dari tisu embrio dan
dinding uterus ibu. ( tisu ibu )

2. Semasa pemenpelan, lapisan luar blastosista membentuk unjuran-unjuran


yang disebut vilus trofoblast untuk memasuki kedalam dinding uterus ibu dan
membentuk plasenta.

3. Dalam setiap vilus trofoblast terdapat satu rangkaian kapilari darah.

4. Kapilari darah ini terpisah daripada kapilari darah dalam dinding uterus ibu
oleh satu membrane nipis.

5. Pertukaran bahan secara resapan berlaku di antara kedua-dua kapilari darah


ini.

6. Plasenta dihubungkan kepada fetus melalui satu salur yang disebut tali
pusat.

7. Dalam tali pusat terdapat vena dan arteri untuk mengangkut makanan,
oksigen dan hasil buangan.

8. Hasil perkumpulan fetus sepertu urea dan karbon dioksida dibawa oleh arteri
tali pusat ke plasenta untuk disingkirkan melalui system perkumuhan ibu.

9. Darah ibu yang mengalir ke plasenta berasal daripada aorta dan kaya dengan
oksigen serta nutrien.

10.Oksigen dan nutrien ( glukosa, asid amino, asid lemak, vitamin, garam
mineral dan air ) meresap keluar dari salur darah ibu ke dalam kapilari darah
dalam vilus plasenta. Seterusnya bahan ini dibawa dari plasenta melalui vena
tali pusat ke fetus.
11.Fungsi plasenta

a) Pertukaran bahan antara ibu dengan fetus. Nutrien dan oksigen terlarut
meresap ke dalam darah fetus daripada darah ibu. Bahan kumuh
bernitrogen seperti karbon dioksida dan urea terlarut meresap ke dalam
darah ibu daripada darah fetus untuk disingkirkan.

b) Membolehkan pelekatan embrio atau fetus pada dinding uterus ibu.

c) Mengakut antibot dari darah ibu kepada fetus. Antibot diperlukan untuk
member perlindungan kepada fetus semasa perkembangannya dan
keimunan pasif semula jadi.

d) Bertindak sebagai organ endokrin yang merembeskan hormon estrogen


dan progesterone. Kedua-dua hormone ini diperlukan untuk mengekalkan
ketebalan dinding uterus semasa fetus berkembang dalam uterus ibu.

12.Penyesuaian plansenta untuk fungsinya adalah seperti berikut:

a) Banyak vilus trofoblast untuk menambahkan luas permukaan dan


memudahkan resapan.

b) Membran yang memisahkan kapilari darah fetus daripada kapilari darah


ibu adalah sangat nipis.

c) Kedua-dua dinding uterus dan plasenta kaya dengan kapilari darah.

13.Darah ibu tidak bercampur dengan darah ferus. Ini penting untuk:

a) Melindungi fetus daripada tekanan darah ibu yang tinggi.

b) Melindungi fetus daripada sesetengah bahan yang berbahaya dalam


darah ibu.

14.Walau bagaimanapun, sesetengah bahan kimia dan microorganism boleh


melalui plasenta ke sistem peredaran fetus dan menjejaskan perkembangan
serta pertumbuhan fetus. Bahan kimia yang boleh melalui plasenta adalah
alcohol, dadah, nikotin daripada asap rokok, plumbum, saki baki pestisid
seperti DDT dan kafein.Mikroorganisma seperti virus HIV dan virus rubella
juga boleh melalui plasenta.

Teknik-teknik Pencegahan Kehamilan

1. Disebabkan faktor-faktor tertentu seperti ekonomi, kesihatan atau kerjaya,


pencegahan kehamilan.

2. Teknik pencengahan kehamilan bertujuan untuk menghalang proses


persenyawaan sperma dengan ovum dan proses penempelan.

3. Terdapat beberapa cara pencengahan kehamilan.

a) Cara semula jadi

b) Cara fizikal

c) Cara kimia

d) Cara kemandulan

e) Cara pengguguran
Cara Semula Jadi

1. Teknik kalendar atau beritma

a) Dalam teknik ini, pasangan suami isteri mengelakan persetubuhan


semasa waktu subur dalam kitar haid isteri. Waktu subur ialah tiga hari
sebelum dan tiga hari selepas pengovulan dijangkakan berlaku.

b) Teknik ini memerlukan ramalan berdasarkan kitar haid yang konsisten.

c) Cara ini tidak begitu popular kerana peratusan kegagalan adalah amat
tinggi.

2. Teknik suhu

a) Teknik ini memerlukan isteri berkenan mencatatkan suhu badannya setiap


hari.

b) Teknik ini berdasarkan suhu badan seorang wanita akan menurun sedikit
sebelum pengovulan, dan meningkat sedikit selepas pengovulan.

c) Untuk mengelakkan kehamilan, persetubuhan hanya boleh berlaku


selepas terdapat kenaikan suhu badan untuk sekurang-kurangnya 3 hari
yang berturut-turut.

d) Kelemahan cara ini ialah suhu badan boleh meningkat disebabkan oleh
penyakit.

3. Teknik mukus.

a) Teknik ini memerlukan isteri berkenaan memeriksa kepekatan mukus yang


dirembeskan.

b) Didapati mukus yang dirembeskan semasa hendak berlaku pengovulan


adalah cair dan kerap tetapi selepas pengovulan mukus menjadi lebih
pekat.

c) Teknik ini sukar diamalkan kerana tidak tahu menentukan sama ada
mukus itu pekat atau cair.

4. Teknik pengunduran
a) Dalam teknik ini, zakar dikeluarkan daripada faraj sebelum sperma
terpancut keluar.

b) Teknik ini tidak selamat kerana sperma mungkin terpancut keluar sebelum
zakar sempat diundurkan.

Cara Fizikal.

1. Penggunaan kondom

a) Teknik ini memerlukan lelaki memakai kondom ( sarung getah plastik )


pada zakar untuk menghalang sperma daripada memasuki uterus semasa
pemancutan sperma.

b) Teknik ini menghalang ovum disenyawakan oleh sperma.

c) Teknik ini juga mengurangkan kebarangkalian penyakit kelamin seperti


AIDS.

d) Kelemahan teknik ini adalah kondok boleh pecah atau bocor. Sperma juga
akan terkeluar daripada kondom yang tidak digunakan dengan cara yang
betul.

2. Penggunaan diafragma

a) Diafragma adalah kubah getah plastic yang dipakai oleh wanita pada
bahagian serviks.

b) Dengan teknik ini, sperma tidak sampai ke tiub Fallopio dan tidak
mempersenyawakan ovum.

3. Penggunaan alat intrauterus (IUD)

a) Alat ini ialah sejenis logam atau plastic kecil yang dimasukkan ke dalam
uterus oleh doktor.

b) Alat ini menghalang penempelan zigot pada dinding uterus walaupun


persenyawaan berlaku.

Cara Kimia

1. Penggunaan spermisid
a) Bahan kimia ini berada dalam bentuk krim, busa, atau semburan dan
disapu pada dinding faraj sebelum persetubuhan

b) Bahan kimia ini boleh membunuh sperma yang dipancut ke dalam faraj.

2. Penggunaan pil pencegah kehamilan

a) Pil pencegah kehamilan mempunyai hormone estrogen dan progestron


dan diambil selama tiga minggu, kemudian berhenti seminggu. Pada masa
itu, haid akan dating.

b) Akibat pengambilan pil ini, aras progesterone meningkat dalam badan dan
menghalang pembentukan ovum manakala aras estrogen yang tinggi
menghalang penempelan zigot.

Cara kemandulan

a) Teknik ini dijalankan melalui pembedahan.

b) Bagi perempuan, kedua-dua tiub Fallopio dipotong dan diikat melalui proses
ligasi supaya sperma tidak sampai ke ovum.

c) Bagi lelaki, kedua-dua duktus sperma dipotong dan diikat supaya sperma
tidak dapat masuk ke dalam zakar. Proses pembedahan ini disebut
vasektomi.

d) Cara pemandulan ini menjadikan seseorang mandul secara kekal. Oleh itu,
seseorang yang ingin melakukan pembedahan ini mesti berfikir dengan wajar
sebelum menjalani pembedahan.

Cara pengguguran

a) Cara ini melibatkan penyingkiran embrio atau fetus sebelum minggu ke-28
melalui pembedahan oleh doktor yang sah.

b) Lebih lama fetus itu berada dalam kandungan, lebih tinggi risikonya kepada
wanita untuk melakukan keguguran.

c) Pengguguran menimbulkan masalah agama, moral serta tidak dibenarkan


oleh undang-undang di kebanyakan Negara.

d) Walau bagaimanapun, sekiranya kesihatan ibu terancam kerana


kandungannya, pengguguran terpaksa dijalankan.
Teknik-teknik Mengatasi Kemandulan

1. Masalah kemandulan pada isteri atau suami mungkin disebabkan oleh:

a) Ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan kegagalan pengovulan.

b) Tiub Follopio yang tersumbat.

c) Sperma yang tak normal atau aktif

d) Bilangan sperma yang rendah

2. Terdapat beberapa teknik untuk mengatasi masalah kemandulan.

a) Bank sperma

b) Pemainan beradas

c) Persenyawaan in vitro

d) Ibu tumpang

e) Pengklonan

Bank Sperma

1. Sperma daripada penderma dijual dan disimpan dalam satu pusat yang
dinamakan bank sperma.
2. Sebelum sperma dapat diterima oleh bank sperma, maklumat latar belakang
genetik dan kesihatan perderma sperma ditapiskan oleh doktor pakar.

3. Sperma dari penderma disejukbekukan dan disimpan sehingga sperma


diperlukan.

4. Oleh itu, bank sperma merupakan satu sumber sperma sedia ada yang boleh
digunakan untuk menolong pasangan suami-isteri yang mempunyai masalah
kemandulan berkaitan dengan sperma.

Permainan beradas

1. Dalam teknik ini, sperma-sperma suami diambil dan dimasukkan ke dalam


faraj isteri semasa pengovulan.

2. Teknik ini membantu sperma mempersenyawakan oosit sekunder isteri.

3. Teknik ini digunakan apabila suami mengalami masalah kemandulan akibat


sperma yang cacat atau bilangan sperma yang rendah.

4. Sekiranya suami mengalami masalah bilangan sperma rendah, beberapa


sampel sperma suami dikumpulkan supaya menjadi pekat dan kemudian
disuntik ke dalam uterus isteri semasa pengovulan.

5. Sekiranya suami mandul atau masalah kemandulannya tidak dapat diatasi,


sperma daripada penderma atau bank sperma disuntik ke dalam uterus
isterinya semasa pengovulan.

Persenyawaan in vitro ( IVF )

1. Persenyawaan in vitro bermakna persenyawaan yang berlaku di luar badan.


2. Teknik ini digunakan apabila isteri mempunyai tiub Fallopio yang tersekat.

3. Dalam teknik ini, isteri akan diberi suntikan hormon untuk mempercepatkan
perkembangan folikel dalam ovarinya dan menghasilkan beberapa folikel
Graaf yang matang.

4. Laparoskop dimasukkan melalui dinding abdomen untuk mengeluarkan oosit


sekunder daripada ovarinya sebelum pengovulan.

5. Sebelum itu, sperma suami diletakkan di dalam satu piring petri yang
mengandungi larutan kultur yang menyerupai cecair dalam tiub Fallopio.

6. Oosit sekunder yang dikeluarkan diletakkan dalam piring petri yang


mengandungi sperma untuk persenyawaan berlaku.

7. Setelah persenyawaan berlaku, zigot yang terbentuk mula membahagi.

8. Selepas 12 jam, zigot-zigot akan dipindahkan ke medium kultur lain untuk


membekalkan nutrient bagi perkembengan zigot selanjutnya.

9. Apabila zigot membentuk peringkat lapan sel, ia dimasukkan ke dalam uterus


isteri melalui serviks dengan menggunakan pipet pemindah.

10.Zigot terus berkembang dalam uterus dan membentuk embrio yang akan
menempel pada dinding uterus.

11.Embrio terus berkembang secara semula jadi dan membentuk bayi.

12.Bayi yang dilahirkan melalui teknik ini digelar bayi tabung uji.
13.Teknik ini sangat rumit dan kebarangkalian kejayaaannya adalah rendah.
Kadangkala beberapa percubaan terpaksa dilakukan sebelum mendapat
kejayaan.

14.Lazimnya semua oosit sekunder yang dikeluarkan dimasukkan ke dalam


kultur yang mengandungi sperma. Akibatnya beberapa zigot akan terbentuk.

15.Satu atau lebih zigot yang membahagi boleh dimasukkan ke dalam uterus
isteri untuk meningkatkan kebarangkalian berjaya. Zigot yang lebih juga
boleh disejubekukan untuk kegunaan masa depan.

16.Teknik ini memerlukan masa dan wang serta kesabaran.

17.Teknik ini juga menimbulkan kontroversi dari segi moral, etika dan agama.
Contoh soalan kontroversi termasuk:

a) Patutkan manusia menggangu proses semula jadi dalam pembiakan?

b) Apakah akan terjadi sekiranya manusia menyalahgunakan teknik ini dan


menggunakan proses ini untuk memilih jantina atau memilih zigot yang
berciri baik untuk menghasilkan manusia yang tunggal?

c) Patutkah manusia menentang takdir Tuhan?

Pemindahan intrafallopian

1. Teknik ini melibatkan pemindahan gamet atau zigot ke dalam tiub Fallopio.

2. Permindahan intrafallopian gamet (GIFT)

a) Teknik ini melibatkan pengumpulan sperma dan oosit sekunder pasangan


suami isteri dalam satu tempoh tertentu.

b) Kemudian sperma dan oosit sekunder itu diletakkan dalam tiub fallopio
isteri.

c) Persenyawaan berlaku antara sperma dengan oosit sekunder dan


kehamilan berlaku.
3. Pemindahan intrafallopian zigot ( ZIFT )

a) Dalam teknik ini, oosit sekunder dan sperma diletakkan dalam piring petri
di mana persenyawaan berlaku.

b) Zigot yang terbentuk dipindahkan ke dalam tiub Fallopio.

Permindahan embrio

1. Teknik ini membolehkan seorang wanita yang gagal menghasilkan oosit


sekunder menjadi hamil.

2. Teknik ini melibatkan pemindahan embrio daripada seorang wanita penderma


oosit sekunder ke uterus wanita yang mandul.

3. Seorang wanita lain yang merupakan penderma oosit sekunder disuntik


dengan sperma suami yang isterinya adalah mandul melalui permanian
beradas.

4. Sekiranya perderma itu hamil, embrio yang terbentuk dalam uterus


penderma dikeluarkan daripadanya dan dipindahkan ke uterus isteri yang
mandul.

Ibu tumpang

1. Dalam kes di mana isteri tidak boleh menjadi hamil, seorang ibu tumpang
digunakan untuk membawa fetusnya.

2. Ibu tumpang adalah seorang perempuan yang sudi menerima sperma


seorang lelaki yang isterinya mandul melalui permanian beradas.
3. Perempuan ini akan hamil dan fetus akan berkembang dalam uterusnya
sehingga bayi dilahirkan. Bayi itu kemudian diserahkan kepada pasangan
suami isteri itu.

4. Teknik ini menimbulkan banyak persoalan moral dan etika sebab kadangkala
ibu tumpang enggan menyerahkan bayi yang dilahirkan kepada pasangan
suami isteri yang menggunakan perkhidmatannya.

Pengklonan

1. Kini ahli sains sedang berusaha menjalankan pengklonan bayi untuk


membantu pasangan suami isteri yang mandul.

2. Teknik ini berdasarkan prinsip yang digunakan dalam pengklonan biri-biri


yang bernama Dolly.

3. Teknik ini melibatkan penggantian nucleus dalam ovum yang tidak


tersenyawa dengan nucleus daripada sel badan seseorang yang diklonkan.

4. Ovum dengan nucleus daripada sel penderma akan berkembang menjadi


embrio dalam bahan kultur.

5. Kemudian embrio ini akan dimasukkan ke dalam uterus isteri dan akhirnya
bayi yang seiras dengan penderma sel akan dilahirkan.
6. Walaupun teknik ini masih dalam peringkat percubaan tetapi banyak
bantahan serta persoalan etika dan moral telah timbul.

Contoh:

a) Patutkah manusia memainkan peranan Tuhan dan mencipta manusia?

b) Apakah akan terjadi kepada klon bayi yang cacat?

c) Perkembangan embrio dalam uterus menjejaskan nyawa ibu tumpang.


Siapakan yang akan bertanggungjawab?

You might also like