You are on page 1of 9

1.

MAKSUD AGAMA

1.1. Dari segi bahasa


Dari segi bahasa agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan,atau
sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa dan juga amalan dan institusi yang
berkait dengan kepercayaan tersebut.Setiap bahasa di dunia mempunyai kata nama
tersendiri yang memberi makna seerti dengan agama.

1.1.1.Bahasa Melayu
Perkataan agama berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud sistem
kepercayaan dalam agama Hindu/Buddha(Shukri, 1988).Ada pendapat yang
mengatakan perkataan agama berasal dari perkataan “gam” dalam bahasa
Sanskrit yang bermaksud jalan.

1.1.2.Bahasa Inggeris
Perkataan agama disebut sebagai religion.Religion berasal dari bahasa Latin iaitu
“religere” atau “religare” yang bermaksud berhati-hati.Maksudnya ialah manusia
harus berhati-heti terhadap yang Kudus atau Yang bersifat suci.Selain
itu,perkataan religion juga berasal dari perkataan Lig yang bermaksud mengikat
ataudengan kata lain suatu perhubungan di antara manusia dengan Yang Agung
atau Tuhan(Bouquet,AC,1954).

1.1.3.Bahasa Arab
Perkataan agama disebut sebagai din.Din adalah perkataan yang merujuk kepada
agama Islam.Jika diperincikan asal-usul perkataan din ini,terdapat empat maksud
utama yang boleh dikaitkan dengannya iaitu keadaan
terhutang,ketundukan,kecenderungan semula jadi dan kuasa kehakiman atau
kebijaksanaan(al-Attas, 1995:42).Kempat-empat elemen ini sebenarnya
mempunyai makna yang cukup lengkap untuk menterjemahkan maksud
din.Terdapat tiga dasar dalam din iaitu dari sudut akidah, syariah dan akhlak.

1.2. Dari segi istilah


1.2.1.Dari istilah umum

Menurut Learners Dictionary,agama merujuk kepada dua perkara iaitu aspek


kepercayaan kepada Tuhan sama ada kepercayaan kepada satu atau banyak
Tuhan. Kedua, aktiviti keagamaan yang mempunyai kaitan dengan
kepercayaan terhadap keagamaan tersebut.
1.2.2.Dari istilah Sosiologi Barat

Para ahli Sosiologi Barat telah memberikan pentakrifan agama sebagai suatu
jelmaan pemikiran manusia semata-mata.

1.2.2.1.Tylor dan Spencer


Menganggap hal sedemikian sebagai dengan menganggap agama sebagai
suatu hasil pemikiran manusia dan hasratnya untuk mengetahui.

1.2.2.2.Hans Joachim Schoeps


Dalam buku beliau iaitu The Religion of Mankind telah mendefinisikan
agama sebagai hubungan yang wujud di antara manusia dengan kuasa
terbesar/agung yang dipercayainya(manusia) dan manusia itu merasai
adanya kebergantungan dengan kuasa agung itu.Menurut beliau terdapat
tiga perkara manusia dengan kuasa agung iaitu kepercayaan,ketakutan dan
kepatuhan serta menterjemah kepercayaan melalui upacara-upcara
tertentu(pemujaan).

1.2.2.3.Nottingham
Menyatakan agama suatu pegangan berkaitan dengan manusia untuk
mengukur dalamnya makna dari kewujudan alam semesta.
• Menimbulkan sifat khayal
• Membangkitkan kebahagiaan kebatinan
• Menampilkan dunia lain(akhirat)
• Alam-alam ghaib
• Melepaskan manusia dari belenggu adat yang usang

1.2.3.Dari istilah Sarjana Islam

Para ahli sosiologi Islam telah mendefinisikan agama sebagai sebagai suatu
kepercayaan dan peraturan.Apabila dihubungkitkan dengan agama Islam,
definisi agama merujuk kepada peraturan Tuhan yang mesti diyakini dan
diamalkan.Misalnya Syeikh Ibrahim Al-Baijuri mendefinisikan agama Islam
sebagai sesuatu kepercayaanyang diturukan olehAllah melalui utusanNya
meliputi juga peraturan-peraturan tertentu.Dinamakan agama kerana manusia
tunduk kepada Tuhan dan di bawah peraturan Tuhan(Tuhfat al-Murid:12).

2. ASAL-USUL AGAMA
Banyak pendapat dan teori yang menyebut mengenai asal-usul agama.Antaranya seperti
yang dikemukakan oleh sarjana sosiologi Barat dan Sarjana Islam.
2.1. Sarjana Sosiologi Barat

Terdapat beberapa teori mengenai kemunculan agama dikalangan manusia.Tetapi


pandangan beberapa sarjana sosiologi Barat berbeza dengan pandangan sarjana
Islam.Ahli antropologi dan sejarah Barat telah mengetengahkan pendapat bahawa
kepercayaan terhadap agama telah muncul sejak ratusan ribu tahun yang
lalu.Berdasarkan penemuan arkeologi,didapati agama wujud sejajar dengan umur
kewujudan manusia.Pengkaji sejarah Barat seperti penulis The Ancient City
berpendapat kemunculan agama berkait rapat dengan perasaan dalaman iaitu hasil
rangsangan psikologi manusia dan dari ungkapan pelbagai pengalaman dalaman
yangcukup subjektif.Selain itu,agama juga muncul dari sumber luaran iaitu hasil
tindak balas manusia terhadap kekuatan alam.Fenomena alam seperti
ribut,petir,gunung berapi dan sebagainya merupakan kekuatan alam yang
menyebabkan manusia mencari kuasa yang lebih agung daripada mereka untuk
berlindung(O’dea,1954).

2.1.1.Teori Tylor
Pada peringkat awal manusia,mereka mempercayai adanya makhluk halus atau
semangat roh(spirits) yang mendiami serta menguasai semua benda seperti alam
semesta.Semangat-semangat ini disebut sebagai animae.Kepercayaan ini
akhirnya dikenali sebagai animisme atau kepercayaan bahawa segala benda
dikuasai roh atau semangat.Kepercayaan dicetus oleh manusia apabila menemui
fakta dalam mimpi.

2.2. Ahli sosiologi Islam.

Ahli sosiologi Islam termasuk Ibn Khaldun, mengakui bahawa manusia yang pertama
di dunia ialah Nabi Adam a.s.Nabi Adam a.s merupakan manusia yang meyakini dan
menyembah Tuhan yang Maha Esa.Nabi Adam a.s menerima wahyu daripada
Allah.Agama Nabi Adam adalah serupa dengan kepercayaan yang disampaikan oleh
Nabi Muhammad S.A.W iaitu agama Islam meskipun peraturan hidup berbeza.Islam
juga mengakui bahawa Islam bukan hasil dari sustu evolusi dalam perkembangan
fikiran terhadap Tuhan.Tetapi ia adalah agama yang diwahyukan melalui setiap fasa
manusia sehingga diakhiri dengan wahyu terakhir kepada Nabi Muhammad
S.A.W.Walau bagaimanapun,perkembangan sejarah manusia dari zaman berzaman
menyebabkan manusia menyimpang daripada kepercayaan “semulajadinya” iaitu
Islam.Hal ini berlaku kerana beberapa sebab eperti daya khayal manusia yang ingin
sesuatu yang aneh, pengalaman hidup mereka dan keinginan yang menyimpang
untuk mencari gambaran tentang rupa Tuhan.

3. FUNGSI AGAMA
Dari segi pragmatisme,seseorang itu menganut sesuatu agama adalah disebabkan oleh
fungsinya.Istilah fungsi, merujuk kepada sumbangan yang diberikan agama untuk
mempertahankan(keutuhan) masyarakat yang merupakan suatu usaha yang aktif dan
secara berterusan(Nottingham, 1985).

3.1. Memberi pandangan dunia kepada satu-satu budaya manusia.


Agama dikatakan memberi pandangan dunia kepada manusia kerana ia sentiasa
memberi penerangan mengenai dunia(sebagai satu keseluruhan),dan juga kedudukan
manusia dalam dunia.Contohnya,agama Islam menerangkan kepada umatnya bahawa
dunia adalah ciptaan Allah S.W.T dan manusia harus mentaati Allah S.W.T.

3.2. Menjawab pelbagai soalan yang tidak mampu dijawab oleh manusia.

Sesetengah soalan yang sentiasa ditanya oleh manusia merupakan soalan yang tidak
terjawab oleh akal manusia sendiri.Hal ini kerana akal yang ada tidak dapat
menjawab persoalan-persoalan kehidupan secara komprehensif dan memuaskan
hati.Contohnya soalan kehidupan selepas mati, matlamat hidup,soal nasib dan
sebagainya.Bagi kebanyakan manusia, soalan-soalan ini adalah menarik dan untuk
menjawabnya adalah perlu.Oleh itu, agama berperanan menyumbang idea dan
maklumat menjawab segala permasalahan yang abstrak tersebut.

3.3. Dapat memberi rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok manusia.

Agama merupakan satu faktor dalam pembentukan kelompok manusia.Ini adalah


kerana sistem agama menimbulkan keseragaman bukan sahaja kepercayaan yang
sama, malah tingkah laku, pandangan dunia dan nilai yang sama.

3.4. Memainkan fungsi kawalan sosial

.Kebanyakan agama di dunia adalah menyaran kepada kebaikan.Dalam ajaran agama


sendiri sebenarnya telah menggariskan kod etika yang wajib dilakukan oleh
penganutnya. Maka ini dikatakan agama memainkan fungsi kawalan sosial.
4. JENIS-JENIS AGAMA
Agama-agama yang ada di dunia ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu agama-
agama langit (revealed religion) dan agama budaya (natural religion).Orang ramai biasanya
menjeniskan agama kepada agama yang sahih dan agama sesat.Perjenisan mudah ini adalah
subjektif, malah boleh mendatangkan perasaan tidak puas hati dalam masyarakat yang
berbilang kaum dan agama.Dengan itu,agama haruslah dijeniskan berdasarkan kriteria yang
zahir.
4.1. Agama Langit

Agama-agama langit adalah agama yang mendapat ajaran dan peraturan agama
melalui wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada utusanNya.Antara agama-agama
langit yang dapat dikategorikan di sini ialah Islam, Kristian, Yahudi.
Misalnya,penurunan kitab suci Taurat kepada Nabi Musa membentuk ajaran agama
asal kepada masyarakat Yahudi.Penurunan kitab Injil kepada Nabi Isa didakwa
sebagai asal kemunculan agama Kristian.Agama Islam yang berdasarkan wahyu
Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W yang dinamakan al-Quran.Ciri-ciri agama
langit ialah mengganggap alam bukan Tuhan.Alam yang ada tidak mempunyai sifat-
sifat keajaiban atau penuh dengan kuasa suci.Sebaliknya alam adalah seperti manusia
juga.Ia merupakan makhluk Tuhan dan Tuhan adalah pencipta kepada alam dan
bersifat Maha Suci dan Maha Berkuasa.Selain itu,agama langit mengakui kitab suci
masing-masing yang menjadi pedoman dan ikatan dalam memahami ajaran
agama.Ajaran agama yang diamalkan merupakan suatu peraturan yang bukan
diciptakan oleh proses alam sebaliknya merupakan suatu ketetapan yangmesti
diterima.Ajaran-ajaran ini adalah wahyu daripada Tuhan melalui utusan Tuhan
kepada seluruh penganut agama masing-masing.Agama langit terdiri daripada dua
kumpulan iaitu bersifat immanent (penjelmaan Tuhan dalam diri manusia tertentu)
dan bersifat transcendent (pemisahan mutlak antara Tuhan dan bukan Tuhan).Agama
langit bersifat immanent ialah agama Yahudi dan agama Kristian.Mereka meyakini
Tuhan adalah satu namun masih mengaitkan diri manusia dengan rupa bentuk dan
kuasa Tuhan.Manakala agama langit bersifat transcendent ialah agama Islam.Agama
ini memisahkan ketuhanan dengan segala rupa alam secara mutlak.Islam melarang
memberikan kuasa ketuhanan kepada alam bahkan perlakuan sedemikian boleh
dinamakan sebagai syirik atau mempersekutukan Allah.Islam memberikan perbezaan
yang mudah di antara Tuhan dengan bukan Tuhan.Tuhan adalah Maha Pencipta,yang
tunggal,tidak mempunyai keturunan dan isteri serta tiada kuasa setaraNya.

4.2. Agama Budaya

agama budaya meliputi agama-agama yang mendakwa Tuhan dan alam ini hanya
dapat dibeza dalam fikiran.Pada hakikatnya, Tuhan dan alam adalah satu dan
sama.Pada agama ini, alam ini sebenarnya juga merupakan Tuhan.Meskipun
demikian terdapat perbezaan antara beberapa kepercayaan di kalangan agama-agama
ini,Antaranya terdapat kepercayaan agama yang mempercayai Tuhan boleh menjelma
dalam segala benda yang wujud di dalam alam ini.Antara agama yang menerima
ajaran ini ialah penganut agama kuno di Afrika dan agama Hindu Veda.Mereka
hampir sekata mempercayai bahawa haiwan di hutan adalah Tuhan tetapi Tuhan tidak
binasa dengan matinya haiwan.Sebaliknya Tuhan terus wujud dalam jenis haiwan
yang sama.Selain itu,terdapat juga kepercayaan agama yang mempercayai Tuhan dan
unsur-unsur berhubungan dalam bentuk penjelmaan tertentu.Di mana-mana juga
terdapat usaha menghubungkaitkan Tuhan dengan alam tabii.Lazimnya hubungan ini
diperlihatkan dalam bentuk mitos.Oleh sebab itu,mitos amat sesuai dengan
penegasan mengenai setiap ajaran agama-agama ini.Mitos merupakan kisah-kisah
suci keagamaan yang menerangkan permulaan pembentukan alam,kejadian
alam,perjalanan alam,kejadian manusia yang keseluruhannya menghubungkan
penjelmaan Tuhan dalam rupa bentuk bentuk alam.

You might also like