P. 1
Folio Pemakanan

Folio Pemakanan

5.0

|Views: 28,531|Likes:

More info:

Published by: mohd hakimee bin md nasir on Sep 07, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial
List Price: $1.00 Buy Now

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

02/19/2015

$1.00

USD

BAB 1 MAKANAN DAN PEMAKANAN

MAKANAN.
Makanan, pakaian, dan tempat tinggal merupakan keperluan asas setiap individu. Pengambilan makanan yang betul dapat membantu tubuh manjadi sihat dan cergas. Kesihatan individu bergantung kepada pengetahuan dalam mengimbangkan pengambilan nutrien-nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas. Keperluan asas yang diperoleh dapat membantu memenuhi keperluan sekunder seperti psikologi dan sosial.

Definisi Makanan.
Makanan ialah satu bahan yang boleh dimakan dalam bentuk pepejal atau cecair. Makanan mempunyai ciri-ciri seperti bentuk, rupa, warna, bau, rasa, dan tekstur yang berbeza. Makanan mengandungi tenaga, zat makanan (nutrien) dan komponenkomponen lain yang memberi kesan kepada kesihatan. Kita memerlu tenaga dan zat makanan yang penting sebab badan tidak dapat mengeluarkan sendiri dan mesti diambil dari makanan. Ada lebih 40 zat makanan yang dikumpul dalam enam jenis zat makanan utama iaitu karbohidrat, lemak, protein, vitamin, garam galian dan air. Makanan yang diambil setiap hari hendaklah seimbang dan membekalkan nutrien yang diperlukan mengikut keperluan individu. Nutrien yang diperlukan terdiri daripada kumpulan makanan yang berikut : Makanan pembina tubuh iaitu protein. Makanan pembekal tenaga dan haba iaitu karbohidrat, lemak dan protein. Makanan pencegah penyakit iaitu vitamin dan garam mineral.

Definisi Pemakanan.

Pemakanan ialah kajian yang berkaitan dengan pengambilan makanan untuk proses pertumbuhan, pemulihan, dan pengawalan kesihatan. Nutrien, air, dan pelawas penting dalam proses tersebut.

Konsep Makanan Dan Pemakanan.
Makanan yang berlainan membekalkan kombinasi tenaga (kalori) dan nutrien (seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan gentian) yang berbeza. Memakan pelbagai jenis makanan adalah cara yang terbaik untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien anda untuk membesar, berkembang, bergerak, bekerja, bermain, berfikir dan belajar. Kepelbagaian boleh dicapai dengan mengambil diet yang menggabungkan kesemua kumpulan makanan dalam Piramid Makanan. Di dalam setiap kumpulan makanan, pelbagaikan jenis makanan yang diambil. Makanan yang diambil seharian sepatutnya dipilih lebih banyak daripada paras Piramid yang paling bawah, manakala paling sedikit daripada puncak Piramid. Ini membantu menjaminkan keseimbangan dalam pemakanan anda. Kesederhanaan harus diutamakan untuk mengelakkan daripada makan terlampau banyak. Panduan Piramid Makanan menyarankan jumlah (atau hidangan) yang boleh dimakan dari setiap kumpulan makanan setiap hari untuk individu yang normal dan sihat.

Makanan dan Pemakan.

Tubuh menjadi lemah. KESAN KEKURANGAN Kelaparan KESAN BERLEBIHAN Karbohidrat akan ditukar menjadi glikogen dan di simpan di dlam hati . KESAN BERLEBIHAN KARBOHIDRAT. lesu dan kurang Protein berlebihan dalam bentuk asid amino diurai menjadi nitrogen dan karbon.KESAN KEKURANGAN DAN KELEBIHAN MAKANAN PROTEIN KESAN KEKURANGAN Tumbesaran di kalangan kanak-kanak terganggu. Tubuh kurang daya tahan terhadap penyakit. Karbon ditukarkan kepada lemak dan disimpan di dalam hati. cergas. letih. Jika ini berterusan. Nitrogen akan dikumuhkan melalui air kencing dalam bentuk urea. akan mengakibatkan penyakit kwasyiorkor Luka dan penyakit kulit lambat sembuh.

penyakit kardiovaskular LEMAK. kasar. KESAN KEKURANGAN Kesejukan kerana kekurangan penebat di bawah kulit KESAN BERLEBIHAN Mengakibatkan obesiti kerana lemak berlebihan di simpan dalam tisu adipos . diabetis.Kulit menjadi kering. dan mengecut Ditukar menjadi lemak dan disompan di lapisan bawah kulit sebagai tisu adipos Pertambahan berat badan Kegemukan Kebuluran Penyakit tekanan darah tinggi.

Berat tubuh menurun Berat badan bertambah Kulit menjadi kering Penyakit kardiovaskular .

karbohidrat. .BAB 2 DIET DIET SEIMBANG. DEFINISI DIET SEIMBANG Diet seimbang bermaksud pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien seperti protein. dan pelawas dalam kuantiti yang diperlukan. lemak. air. vitamin. garam mineral.

Diet sihat membantu tumbesaran kanak-kanak. aktiviti yang dijalankan. Diet sihat boleh mengurang faktor risiko utama untuk penyakit kronik – faktor seperti kegemukan. Kanak-kanak dan remaja memerlukan nutrein pembina tubuh kerana mereka sedang membesar. Makanan memboleh manusia bekerja FAKTOR YANG MEMPENGARUHI DIET SEIMBANG. saiz badan. Golongan tua pula lebih memerlukan nutrein untuk memelihara . sebahagian kanser. dan tahap kesihatan. tekanan darah tinggi dan tinggi kolesterol dalam darah. Pengambilan makanan untuk mengawal kesihatan yang baik bergantung pada keperluan fisiologi setiap individu seperti umur. Pilihan makanan membantu mengurang risiko penyakit kronik seperti sakit jantung. jantina. mampu dibeli dan dinikmati oleh sesiapa sahaja. Orang dewasa dan remaja yang cergas memerlukan nutrein pembina tubuh kerana mereka sedang membesar. Diet sedemikian boleh didapati dari pelbagai makanan yang mudah didapati.KONSEP DIET SEIMBANG Diet sihat mengandungi semua zat makanan (nutrien) yang penting dan tenaga yang perlu bagi mencegah kekurangan dan kelebihan zat makanan dan menjaminkan kesihatan. secara produktif dan merasa selesa. strok dan osteoporosis (reput tulang). Keperluan Fisiologi. penyakit kencing manis.

Contohnya setelah mempelajari cara pengambilan diet yang betul. Ini disebabkan aktiviti yang di jalankan oleh mereka berbeza. Geografi. Makanan mahal boleh di gantikan dengan makanan yang lebih murah tetapi berkhasiat. Individu yang mempunyai saiz tubuh yang besar juga memerlukan lebih makanan pembekal tenaga.kesihatan. manakala si pulih memerlukan makanan pembina tubuh yang mudah dicernakan. kerana kedua-dua ikan itu mengandungi kandungan nutrien yang sama dan merupakan sumber protein nilai biologi tinggi. . Pengetahuan pendidikan terhadap pemilihan diet boleh menjadikan kita lebih prihatin untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Contohnya ikan tenggiri yang mahal boleh di gantikan dengan ikan sardin. Pendidikan. Dari segi tahap kesihatan pula. Ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan mempengaruhi kualiti dan kuantiti diet yang di ambil Pendapatan keluarga. Keluarga yang berpendapatan rendah masih boleh mengamalkan diet seimbang. Kaum lelaki memerlukan lebih makanan pembekal tenaga daripada wanita kerana mereka lebih aktif dan mempunyai lebih tisu otot. Kaum wanita pula memerlukan lebih nutrein ferum untuk mengantikan kehilangan darah melalui haid dan bersalin. kita dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Pendapatan keluarga merupakan faktor yang mempengaruhi secara langsung dalam pemilihan makanan mengikut kemampuan masing-masing. seorang pesakit mungkin memerlukan diet jenis cecair sahaja. Keperluan makanan seorang pekerja buruh berbeza daripada seorang kerani pejabat.

diet dipengaruhi oleh iklim dan kemudahan infrastruktur.Dari segi geografi. Iklim Malaysia sesuai untuk menghasilkan sumber makanan tempatan seperti beras. . Beras dan hasil beras menjadi bahan utama sajian harian. Diet vegiterian tulen mengandungi makanan protein daripada sumber tumbuhan seperti kacang soya dan hasilnya bagi menggantikan sunber protein daging. Mereka digalakkan supaya mengambil makanan panas untuk memanaskan tubuh. kelapa dan pisang. Cina. Agama. Kebudayaan pelbagai kaum di Malayasia turut mempengaruhi pemilihan makanan dalam sajian harian. manakala makanan “sejuk” seperti timun dan lobak putih. Kebudayaan. Ibu yang baru bersalin tidak di galakkan mengambil makanan sejuk kerana boleh menjejaskan kesihatan. Agama Buddha dan Hindu menggalakkan amalan diet vegiterian tulen atau vegiterian lakto. Pelbagai hidangan disediakan pada hari perayaan kaum di Malaysia. ketupat.dan India memepercayai wujudnya kumpulan makanan “panas” seperti halia dan minyak bijan. Kemudahan infrastruktur membolehkan sumber makanan diperoleh sepanjang masa. di haramkan memekan daging babi dan meminum arak. Makanan istimewa orang Melayu pada Hari Raya Puasa seperti lemang. Amalan pemakanan penganut agama yang berbeza akan mempengaruhi pemilihan diet seseorang. Kebanyakan agama mempunyai beberapa pantang larang. Kaum Melayu. Bagi penganut agama Islam pula.

dan makanan berkaleng semakin meluas penggunaanya. Dengan penciptaan alat penjimat masa seperti pengisar. pemproses makanan. nasi berwarna-warni. minuman tuak. dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik. di hidangkan untuk saudara mara dan tetamu. Gawai Dayak di raikan oleh kaum Iban dan Bidayuh yang menamakan pesta ini “gawia sowaa”. Keperluan Sosial. dan efisien. tetapi juga telah mengubah corak pengambilan diet generasi baru. Penggunaan makanan mudah seperti mi segera. kuih bangkit dan lain-lain disediakan untuk menyambut tetamu pada hari perayaan ini. Pelbagai jenis biskut seperti kuih kapit.dan nasi himpit yang boleh di makan dengan serunding dan kari daging turut digemari oleh kaum lain. makanan kering. idli. Salad sayuran beraneka jenis dan warna bernama “Loh Sang” dimakan pada malam Tahun Baru Cina. kerja memasak menjadi lebih cepat. bersih. Penjimatan masa dan tenaga membolehkan kita berehat. makanan sejuk beku. . Kemajuan teknologi kini bukan sahaja memudahkan cara penyeiaan makanan. itik. Kemajuan teknologi. dan apam yang dihidang bersama kari. iaitu sejenis masakan nasi pulut. dan ketuhar gelombang mikro. ayam. masakan babi. pengadun. Kunjungan ke rumah kaun India pada Hari Deepavali disambut dengan masakan enak tose. memberi lebih tumpuan kepada ahli keluarga. Makanan seperti pogang.

dan hari ulang tahun. perayaan agama dan budaya. Pelbagai jenis makanan kaun yang berbeza mungkin di gemari oleh kaum lain seperti nasi lemak. Piramid makanan membahagikan jenis-jenis makanan kepada kumpulan berasaskan kandungan nutrien dan fungsinya. kuetiau goreng. Pengambilan diet dipelbagaikan dengan kuantiti yang berpatutan kerana tiada satu pun makanan yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. DEFINISI PIRAMID MAKANAN Piramid makanan ialah suatu panduan bagi pemilihan makanan dalam amalan pemakanan yang sihat. Makan bersama-sama akan meningkatkan interaksi antara individu untuk memenuhi keperluan sosial. Makanan dan minuman menjadi semakin penting dalam kebanyakan upacara seperti hari jadi. . roti canai.Keperluan sosial di negara kita telah mengubah corak pengambilan diet. nasi dagang. Ahli korporat yang melayani pelanggannya makan di restoran hotel dan penghantaran juadah ke rumah jiran untuk mengeratkan hubungan kejiranan juga mempengaruhi diet. dan sebagainya. PIRAMID MAKANAN.

CONTOH PIRAMID MAKANAN .

dan sebagainya. kentang.CONTOH 2 CONTOH 3 ARAS 1. bijirin dan produk bijirin. jagung. mee. bubur. protein. keladi. Sumber karbohidrat kompleks utama. bihun. Tenaga / kalori kandungan zat makanan : karbohidrat. dan ubi-ubian. pasta. Contoh makanan : nasi. roti. mi. Nasi. Bijian penuh nisbah : separuh dari hidangan. roti. mineral dan serat. bijirin. keledek. Sayur – sayuran dan buah-buahan. ubi kayu. ARAS 2. . capati. vitamin.

ikan) Sumber protein utama. (Telur. Kesan: . mineral dan serat / fiber / gentian. mineral (terutama kalsium) Penting terutama bagi golongan kanak-kanak dan orang tua. Kandungan zat makanan. tiada kolesterol dan sedikit lemak / serat / fiber / gentian. ayam. bijian. ikan dan kekacang (Susu dan hasil tenusu) Susu segar.‘bulk’ & kenyang . lemak. daging. pencuci mulut dan jus. daging.dapat mencegah sembelit ARAS 3. ubi. Hasil tenusu. keju.Sayur-sayuran import atau tempatan termasuk salad & ulam-ulaman. bijirin. vitamin. 2 jenis : insoluble / kasar : serat sayuran. Soluble / halus : jus buah-buahan & sayur-sayuran. . telur. buah-buahan. ayam. Kepentingan : melambatkan kadar penghadaman makanan kepada glukos. tairu / dadih / yogurt Kandungan zat makanan : protein. Merupakan sumber utama : vitamin (vitamin A dan vitamin C).

hijau. lemak tak tepu. ayam. daging. vitamin. pistachio. tanah. cream. lemak tepu. marbling. soya. santan dan lain-lain Lemak tersembunyi : karipap. mineral (terutama besi). tallow. merah dll) : asid amino-protein. Lemak. vitamin (terutama vitamin B) dan mineral. K . lard dan lain-lain Kandungan zat makanan : asid lemak. mentega. dripping. kulit ayam dan makanan bergoreng. trans-fatty acid. Sumber haiwan (terdapat kolesterol) dan tumbuhan. lemak beku.Telor. minyak. D. ais krim dan lain-lain Lemak (pepejal) / minyak (cecair) : kalori / tenaga padat (9 kalori/gm) Nama lain : lelemak. cis-fatty acid. mineral. vitamin A. Terdapat dalam pelbagai masakan / makanan. ARAS 4. daging berlemak. Lemak semula jadi : minyak. ikan : asid amino-protein. majerin. Kekacang (kacang dhal. minyak sapi. magnesium dan kolesterol. zink. E. kek. hydrogenated fat. suet. gula dan garam Ambil sedikit – untuk kesihatan dan menyedapkan rasa. gajus. shortening.

Makan berlebihan : mengakibatkan kegemukan (obesiti). bunga matahari. dekstros. Di kedai : gula pasir / merah / batu / apong. Gula semulajadi : tumbuhan. diabetis. majerin. Kandungan zat makanan : kalori / tenaga (4 kcal/gm) . Label produk atau makanan. minyak sapi. GULA. maltos. sayuran berkanji.biji sawi. bijan. dll. majerin lembut. Karbohidrat ringkas. Peningkatan kolesterol mempunyai hubungkait dengan darah tinggi. fruktus. buahan. Terdapat 2 jenis : (a) mono tak tepu : minyak – zaiton (olive). (b) poli tak tepu : minyak – jagung. Merangkumi : gula mentah. Lemak Tepu (Saturated Fat). kekacang. Pengambilan secara berlebihan menyebabkan peningkatan paras kolesterol di dalam darah. Struktur kimia : glukos. Lemak Tak Tepu(Polyunsaturated fat). Produk dari tumbuhan. soya. lemak kelapa sawit. sirap pekat. kanser dan sakit jantung KATEGORI LEMAK. Beku / keras pada suhu rendah. Gula tersembunyi : makanan terproses seperti kuih muih. gula-gula dll. galaktos / sukros. madu manisan dll. santan. mentega. Produk haiwan dan beberapa tumbuhan / sayuran : lemak daging / kulit. Lemak / cair pada suhu rendah. sirap jagung. susu. laktos. hasil tenusu. minuman. kelapa sawit.

sehinggakan semua orang akan mengagumi anda! Ikuti Panduan Piramid Makanan. monosodium glutamat Penting dalam kehidupan : amaun sedikit (3 gm @ ½ sudu teh) Imbangan cecair badan. Pengambilan secara berlebihan dari makanan diproses. Pengambilan gula berlebihan mengakibatkan kegemukan (obesiti). semasa memasak & semula jadi. sakit jantung. diabetis. a) Bijirin Dan Ubi. Senang sahaja – mula dari bawah piramid dan naik ke puncaknya. Piramid ini mengesyorkan kuantiti makanan yang anda perlu makan daripada setiap kumpulan makanan. CARA MAKAN YANG BETUL. Cara pemakanan yang sihat akan memastikan anda tidak mudah jatuh sakit dan juga akan membantu anda mencapai kecemerlangan di sekolah. Ini akan membantu anda mendapat jumlah nutrien yang diperlukan. ikuti cara makan yang sihat. GARAM. karies gigi. sodium fosfat. Ada juga yang makan bagaikan tiada hari esok untuk makan lagi. Mengekalkan tekanan darah dalam badan. Label produk : sodium nitrit. Ada sesetengah orang yang makan hanya untuk mengisi perut mereka.Badan juga menghasilkan gula (glucose) dari makanan yang dimakan. Natrium klorida / sodium klorida – 40:60. Kesan buruk : meningkatkan tekanan darah. Fungsi otot dan saraf. diawet. Jangan ikuti tabiat seperti ini!! Sebaliknya. . Ia merupakan satu cara yang seronok dan senang untuk mendapatkan diet yang seimbang.

susu biasa atau susu berperisa. roti dan makanan bijirin lain mengandungi karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada badan dan minda anda.Nasi. dipanggil serat. Makanan seperti ini harus menjadi sumber tenaga anda yang utama. pastikan anda minum susu dan dapatkan khasiatnya setiap hari. Susu membekalkan kalsium. d) Sayur-sayuran. atau sepaket di sekolah. boleh membantu luka cepat sembuh. Susu bukannya hanya untuk bayi sahaja. Sayur-sayuran mentah. kacang hijau. iaitu sejenis mineral yang boleh membentuk tulang yang kuat dan padat supaya tidak mudah patah. . Sama ada anda minum susu segar atau susu tepung. Kekacang seperti ini juga membekalkan serat yang penting untuk kesihatan anda. Ubi seperti keledek dan kentang juga merupakan pilihan yang bagus. vitamin serta mineral-mineral yang penting. Vitamin C dalam jambu. yang amat penting untuk kesihatan anda. segelas di rumah. iaitu makan sayur-sayuran yang pelbagai warna. dikukus atau ditumis adalah pilihan yang paling bagus untuk diambil. e) Susu. Kekacang adalah sumber protein yang baik. bentuk dan saiz. Seperti makanan tumbuhan lain. misalnya. b) Kekacang. kacang merah dan kacang soya. Makanlah banyak buah-buahan dan minum jus buah-buahan untuk menjadi lebih sihat. Buah-buahan juga mengandungi serat. Jadi makanlah pelbagai jenis kekacang. mi. Sayur-sayuran juga mengandungi banyak vitamin dan mineral yang boleh membantu badan anda berfungsi dengan sempurna. Anda memerlukan susu juga kerana ia mengandungi zat protein untuk membina badan. betik dan oren. sayur-sayuran juga tinggi kandungan serat. c) Buah-Buahan. Buah-buahan membekalkan vitamin dan mineral yang boleh melindungi badan anda daripada penyakit dan jangkitan biasa. Buatlah pilihan bijak. Makanan ini juga mengandungi sejenis karbohidrat khas. Anda boleh memilih pelbagai jenis kekacang seperti dhal.

zat besi. Jika anda menggemari makanan yang manis. gula dan bahan pengawet. tetapi juga membantu memperbaiki pencapaian fizikal dan mental anda. Ia juga membekalkan nutrien-nutrien lain yang penting seperti asid lemak dan vitamin. h) Garam. manakala pengambilan terlalu banyak gula pula boleh menambahkan berat badan anda. Gula & Bahan Pengawet. Jadi. dan sesetengah bahan pengawet dikatakan boleh menyebabkan penyakit kanser. Keduanya.f) Daging. Lemak adalah penting kerana ia adalah sumber kalori yang penting untuk memenuhi keperluan tenaga anda. Pertamanya. lemak haiwan (dari daging lembu. g) Lemak. anda harus mengetahui ini. ikutilah nasihat ini : Pilih makanan yang kurang garam. Mengambil terlalu banyak lemak adalah buruk untuk kesihatan anda. Nikmatilah rasa yang segar dan semulajadi! . kambing atau khinzir) dan lemak dari sesetengah tumbuhan (seperti kelapa) boleh membawa kesan buruk kepada jantung anda dan lama-kelamaan mungkin akan mengakibatkan anda diserang penyakit jantung. lemak mengandungi terlalu banyak tenaga sehingga boleh menambahkan berat badan anda. ayam. Daging dan ikan mengandungi protein untuk membina otot dan tisu-tisu lain dalam badan anda. masin atau diproses. Akan tetapi. anda hanya memerlukan lemak dalam kuantiti yang sedikit sahaja. magnesium dan zink yang bukan sahaja penting untuk kesihatan anda. Terlalu banyak kuantiti garam adalah buruk untuk tekanan darah anda. Daging juga merupakan sumber vitamin B.

0 13.0 40.2 6.0 11.0 15.0 8.5 1600 29 23.0 11.7 0.0 1900 36 1950 46 2100 56 2500 58 2650 49 2100 49 1750 49 1900 56 1950 46 2150 41 kalori protein kalsium besi 0.5 0.5 0.8 0.19 20 .39 .0 0.0 1.0 47.0 17.0 53.5 0.0 55.7 0.0 45.15 16 .2 0.0 42.0 18.8 0.5 0.0 +2 vitamin C 20 20 20 20 30 30 30 30 30 30 30 30 30 30 + 20 1710 41 + 285 + 9 8 3500 + 2 + 500 .60 10 .4 1.6 0.0 870 20 11.12 13 .39 .ID keterangan 1 Bayi 2 3 Kanakkanak 4 5 Remaja lelaki 6 7 8 Dewasa lelaki 9 10 Remaja perempuan 11 12 13 Dewasa perempuan 14 15 Wanita hamil golongan berat umur 0.7 0.5 0.9 + 0.2 1.5 0.9 0.15 16 .5 0.1 1.0 32.7 0.6 0.5 0.0 1.12 13 .6 0.0 14.9 0.4 1.6 10 10 10 10 10 18 15 9 9 12 24 24 12 vitamin A 1200 1500 1800 2400 3450 4000 4000 4000 4000 3450 3500 3500 3500 thiamin riboflvin niasin 0.0 47.0 10.60 badan 8.2 1.0 13.1 1.2 0.0 1-3 4-6 7-9 10 .9 1.5 1210 23 16.0 55.8 1.0 30.8 0.3 1.0 15.8 0.0 14.4 0.6 0.9 0.5 0.19 20 .7 + 0.1.0 13.5 .6 0.2 1.

Sebagai contoh.9 mg. ibu yang mengandung. RDA mempunyai fungsi yang penting dalam memelihara kesihatan kita. KEGUNAAN RDA.3 + 0. kuantiti makanan dalam dietnya akan disediakan mengikut keperluan tiamina yang dicadangkan dalam RDA. iitu sebanyak 0. dan ibu yang menyusukan anak. . Peruntukan Diet Seharian yang disarankan ialah satu jadual yang menunjukkan tahap keperluan nutrein harian yang sihat mengikut jantina. Kesihatan rakyat memainkan peranan yang penting dalam menonjolkan imej positif negara.3 +3 +3 vitamin C + 20 + 20 PERUNTUKAN DIET SEHARIAN YANG DIPERUNTUKKAN RDA. Dengan ini.3 + 4 + 2500 + 0. Jadual ini menunjukkan contoh RDA untuk kegunaan rakyat Malaysia.ID keterangan 16 Wanita menyusu 17 golongan berat umur tahun I tahun II badan kalori protein kalsium besi + 500 + 17 + 400 + 13 0. Jadual ini di sediakan untuk menggalakkan amalan pemakanan yang baik di kalangan penduduk Malaysia supaya kita dapat mengekalkan kesihatan.6 vitamin A + 4 + 2500 + 0. umur.6 0. seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun yang mengalami beri-beri sedang menerima rawatan.3 thiamin riboflvin niasin + 0. RDA dapat di gunakan sebagai alat pengukur untuk menilai kuantiti suatu makanan berhubung dengan kesihatan. Dietnya harus mengandungi tiamina yang mencukupi.

Kita harus bersyukur kerana bekalan makanan bagi penduduk Malaysia mencukupi. Ahli pemakanan menggunakan RDA bagi merancang menu untuk individu yang mempunyai keperluan berbeza-beza seperti ahli sukan atau pesakit. harian kesihatan. Menilai kuantiti Membuat label Garis panduan makanan Merancang menu berhubung makanan. Pengiraan Nilai Tenaga Makanan . kita dapat merancang menu harian sendiri. dengan penggubalan polisi. Pengusaha industri makanan menggunakan RDA untuk membuat label makanan. Jadual Komposis Nutrien dalam makanan diperlukan untuk mengira nilai tenaga makanan.RDA dijadikan garis panduan untuk menggubal polisi oleh pihak kerajaan. Dengan pengetahuan ini. Nilai Tenaga Makanan Ialah kuntiti yang terdapat dalam makanan untul melakukan sesuatu ativiti.

Kenal pasti berat makanan ii. iii.Kenal pasti E.P makanan ialah 100%.P perlu dikira dahulu sebelum mengira nilai tenaga.P) dalam kandungannya. i. 1 Kkal ialah jumlah haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1KG air sebanyak 1°C.P kurang daripada 100%. lemak dan karbohidrat sahaja. .0 g lemak ➢ 34. kira terus nilai tenaga makanan.2g protein ➢ 10. Jika E. Contoh mengira nilai tenaga 100g roti telur. Kiraan Nilai tenaga Makanan menggunakan jadual Komposisi Nutrien dalam makanan bermula dengan mengenal pasti berat makanan dan % Edible Portion (E.P di dalam Buku Komposisi Zat Dalam Makanan Malaysia. Jika E. E.2g karbohidrat. Pengiraan perlu dibuat untuk protein. ➢ 9. Tenaga disukat dalam unit Joule (J) atau unit Kalori (K).P makanan.Tenaga adalah kuasa untuk melakukan sesuatu aktiviti.P makanan boleh diketahui dengan merujuk ruang % E. Langkah-langkah pengiraan Nilai Tenaga Makanan bagi sesuatu makanan.Mengira Nilai Tenaga Makanan. E.

Bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anak memerlukan lebih tenaga untuk kesihatan diri dan bayi mereka.2g x 17KJ = 581.Makanan 100g roti telur Pengiraan Nilai Tenaga Protein 9.2g x 17KJ = 156.4 KJ Lemak 10. jantina dan keperluan harian. Individu yang aktif dan sering melakukan aktiviti sukan memerlukan tenaga yang lebih daripada individu yang melakukan aktiviti jenis sedentari. Umur membezakan keperluan tenaga kerana pertumbuhan dan kadar pertumbuhan adalah berbeza bagi setiapnindividu.8 KJ Keperluan Tenaga Keperluan tenaga adalah berbeza antaraindividu dari segi fizikal. umur. .4 KJ Jumlah Nilai Tenaga = 1117.0 KJ Karbohidrat 34. NUTRIEN.0g x 38KJ = 380. Keperluan tenaga mareka adalah jauh berbeza dari wanita lain.

MEMBINA SEL TUBUH. TUMBESARAN DAN PEMULIHAN FUNGSI PENYERAPAN NUTRIEN KEPADA TUBUH BADAN. Terdapat lima kumpulan nutrient iaitu protein. Air dan pelawas juga diperlukan untuk menyempurnakan nutrien. karbohidrat. vitamin dan garam mineral.Merupakan komposisi kimia dalam makanan. . lemak. Nutrien Tambahan.

PROTEIN. pakar diet atau seseorang yang profesional dalam bidang perubatan. mengandung. Ini bermakna anda tidak perlu mengambil nutrien tambahan kecuali jika anda mempunyai keperluan nutrien khusus seperti sedang pulih dari sesuatu penyakit. Risiko ketoksikan adalah lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak berbanding dalam kalangan orang dewasa.Dengan memakan pelbagai makanan setiap hari berpandukan Panduan Piramid Makanan. Vitamin dan mineral tambahan tidak boleh membekalkan komponen lain dalam makanan yang penting untuk kesihatan. Mengambil nutrien tambahan secara berlebihan boleh membawa kepada peningkatan kadar toksik bagi sesetengah nutrien (seperti zat besi dan vitamin A). Sesetengah nutrien tambahan mungkin membuat tuntutan kesihatan atau pemakanan yang belum dibuktikan. INFO ANDA PERLU DIKETAHUI TENTANG NUTRIEN TAMBAHAN Nutrien tambahan tidak boleh diambil untuk menggantikan hidangan makanan yang tetap. . anda akan dibekalkan semua tenaga dan nutrien (zat) yang diperlukan tubuh badan. Nutrien tambahan sepatutnya diambil menurut nasihat pakar pemakanan. menyusu atau sudah lanjut usia.

Membekalkan tenaga dan haba. hidrogen. FUNGSI : Membina sel tubuh untuk tumbesaran. dan nitrogen. Membentuk sistem pertahanan. . Terdapat asid amino yang mengandungi sulfur. ASID AMINO. Asid amino terbentuk daripada unsur karbon. oksigen. Membantu dalam pengedaran oksigen dan nutrient.Protein terdiri daripada cantuman pelbagai jenis asid amino. Memulihkan sel yang rosak.

ASID AMINO PENTING ASID AMINO TAK PENTING Arginina Alanina Sistina Glisina Tirosina Asid glutamik Asid aspartic Sisteina Boleh disentesis oleh tubuh Protein tak lengkap Protein nilai biologi rendah Histidina Leusina Metionina Triptofan Isoleusina Fenilalanina Treonina Valina. Tidak boleh disentesis oleh tubuh Protein lengkap Protein nilai biologi tinggi. Jenis asid amino yang dibentuk bergantung kepada cara percantuman rantai sisi asid amino.Protein dibentuk dalam asid amino yang berlainan. . Struktur yang terbentuk akan menentukan peranan yang berbeza.

lemak akan diuraikan menjadi gliserol dan asid lemak sebelum boleh diserap oleh tubuh. hidrogen. makanan karbohidrat dibentuk melalui proses fotosintesis. Gliserol ialah struktur utama untuk satu unit lemak. 2. Hidrogen dan oksigen unsur ini membentuk asid lemak dan gliserol yang menjadi komposisi lemak. Dalam tumbuh-tumbuhan. Terbentuk daripada tiga unsur iaitu karbon. Lemak terdiri daripada satu unit gliserol dan tiga unit asid lemak. Untuk membekalkan tenaga dan haba. Penggunaan karbohidrat dalam penghasilan tenaga dapat menjimatkan penggunaan protein. mentega ) Asid palmatik ( lemak haiwan ) .KARBOHIDRAT. 3. Manusia perlu mengambil karbohidrat untuk mendapatkan bekalan haba dan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan. LEMAK. Apabila makanan berlemak dicernakan dalam tubuh. Mengandungi unsur karbon. dan oksigen. Karbohidrat dapat mengelakkan kekurangan nutrien dalam tubuh dengan mengawal metabolisme lemak dan protein. Jenis-jenis asid lemak dalam makanan: Asid butarik ( susu. FUNGSI KARBOHIDRAT: 1.

menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng. minyak kelapa ) Asid oleik ( minyak zaitun ) Asid linoleik ( minyak jagung. 4. • Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan. Lemak dalam diet harus menyumbang kira-kira 20% hingga 30% jumlah keperluan tenaga harian.Asid laurik (hasil tenusu. tokoferol dan menadion. Pembekal tenaga dan haba. 2. Lapisan pelindung untuk organ tubuh. • Memilih daging tanpa lemak. mentega. 3. • Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja. 2. krim dan mayonis). • Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar. minyak kacang ) Asid linolenik ( canola. serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam) • Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin. walnut. minyak salad. . Fungsi Lemak: 1. kalsiferol. 1. Penebat dan mengawal suhu badan. Pelarut retinol. Elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan : • Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol. kacang soya ) PENGAMBILAN LEMAK YANG DIINGINI.

SOSEJ DLL KRIM SALAD. MASAM. MENTEGA. MI. KEKACANG BIJIRIN SARAPAN SUSU RENDAH LEMAK KEJU RENDAH LEMAK SAYURAN. 1. KELAPA. BIJI-BIJIAN KRIM SALAD RENDAH LEMAK.SENARAI MAKANAN TINGGI DAN RENDAH LEMAK. REBUS. KAMBING. SANTAN BURGER. MAYONIS LEMAK RENDAH TAUHU. TEMPE. BUAHAN IKAN NASI. JUS LIMAU.Kurangkan makanan bergoreng . LEMAK TINGGI DAGING LEMBU. BAKAR. DADIH LEMAK MASAKAN MINYAK SAPI. ROTI. CUKA MAKANAN BERGORENG MAKANAN KUKUS. KHINZIR DAGING BERLEMAK SUSU PENUH KRIM KEJU. . PANGGANG CARA MENGURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK.

Kolesterol juga penting untuk pembentukan hormon-hormon tertentu yang penting untuk proses dalaman badan yang sihat dan teratur. dan menyempitkan dinding salur darah. Minyak masak yang tidak mempunyai kolesterol dibuat daripada sumber tumbuhan. menjadi keras. kalsiferol dan lapisan membran sel. HDL membawa kolesterol dari darah ke sel tubuh. 4.lipid. Kolesterol yang diperlukan oleh badan kita diperbuat oleh hati (liver). iaitu LDL ( low-density lipoprotein ) dan HDL ( high-density lipoprotein ).Semasa penyediaan makan. asid lemak. Kolesterol boleh disentesis dalam tubuh untuk menghasilkan garam hempedu untuk pencernaan lemak dan membentuk hormon. KOLESTEROL. otak dan saraf. kolesterol mendap.2. 3. Lemak yang dicernakan akan diserap ke dalam saluran darah dan menghasilkan dua jenis lemak. LDL membawa kolesterol ke hati untuk dikumuhkan. . Lemak dan kolesterol adalah dari keluarga yang sama .Semasa memasak. Kolesterol ialah sebatian lemak yang hanya terdapat dalam lemak haiwan. ikan dan ayam tanpa kulit. Oleh itu sekiranya ada orang yang mengatakan bahawa semua kolesterol itu tidak baik. Keadaan ini menyebabkan penyakit jantung koronani. Dalam proses itu. fosfolipid dan sterol. Pilih daging kurang lemak. Kolesterol terbentuk daripada gliserol. jangan mempercayainya. Ia berguna untuk membina lapisan kulit sel.

KANDUNGAN KOLESTEROL BAGI SETIAP 100 mg YANG BOLEH DIMAKAN OTAK HAIWAN HATI HAIWAN DAGING AYAM BERKULIT DAGING 800 mg 300 mg 85 mg 80 mg .

dan menadion manakala vitamin larut air termasuk asid askorbik dan vitamin B kompleks. Tanpa vitamin. nutrien yang diambil tidak dapat diserap oleh tubuh. Vitamin/Mineral Sumber Peranan Pada Tubuh . Vitamin merupakan nutrien yang diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang kecil untuk mengawal kesihatan badan. niasin. riboflavin.IKAN BILIS KERING (TANPA KEPALA) UDANG. Vitamin larut lemak terdiri daripada retinol. kalsiferol. vitamin larut air. kobalamin dan asid folik. KETAM SEGAR TELUR AYAM. ITIK KUNING (PUTIH) MENTEGA KEJU SUSU RENDANG HATI SATAY IKAN SAYUR-SAYURAN BUAH-BUAHAN 385 (60 mg) 130 mg 1480 (0 mg) 120 mg 90 mg 15 mg 218 mg 90 mg 20 mg 0 mg 0 mg VITAMIN. iaitu yang pertama vitamin larut lemak dan kedua. Vitamin boleh dikelaskan kepada dua kategori berdasarkan ciri kimianya. SOTONG. tokoferol. Vitamin B kompleks terdiri daripada tiamina. piridoksin.

bijirin diperkaya. mengalami tekanan perasaan. kacang tanah. untuk mendapatkan dos yang besar perlu terlebih dahulu mendapat nasihat pakar kesihatan). mee yang diperkaya dan kulat atau cendawan Cendawan. Membantu membina sel darah merah . Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisma semua jenis makanan dan mengeluarkan tenaga dan sel-sel. makanan dari Tiamina (Vitamin B1) bijirin dan Perlu untuk metaboliesma karbohidrat dan otot. merubah makanan kepada tenaga. hilang selera makan. Niasin (Vitamin B3) . B2) bayam. Piridoksin (Vitamin bayam. dos yang tinggi ia boleh membantu Terdapat dengan Asid Pantotenik (Vitamin B5) banyaknya dalam tisu-tisu haiwan dan bijirin Lemak haiwan. kekejangan otot dan beriberi yang teruk terutamanya bagi penagih alkohol. Niasin ditukarkan kepada niasimid dalam tubuh. (Perlu diingat. kekacang kering menyebabkan seseorang itu sentiasa Riboflavin (Vitamin Hati. Meningkatkan fungsi saraf dengan sempurna. ikan tuna. Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisme dan penyerapan protein dan juga metabolisme karbohidrat.kulat. daging. Diperlukan oleh vitamin B6 dan niasin. histeria. Diperlukan oleh enzim-enzim yang Membantu mengekalkan sistem perkumuhan dan saraf yang sihat. Kekurangan vitamin ini boleh berada dalam kebimbangan. ayam. Pada mengurangkan kolesterol. susu. Diperlukan untuk mengeluarkan hormon adrenal dan bahan kimia yang mengatur fungsi sistem saraf. brokoli B6) dan pisang Mengubah makanan kepada bentuk molekul.Biji bunga matahari.

Membina bahan genetik dan membantu pembentukan sel darah merah. hijau.dan meningkatkan fungsi sistem saraf Hanya boleh Sianokobalamin (Vitamin B12) didapati daripada hasilan haiwan Keju. Asid Askorbik (Vitamin C) strawberri. bahan genetik dan juga metabolisme protein serta pembentukan sel-sel darah merah. kuning telur. menyatukan sel-sel tubuh dan menguatkan dinding saluran darah. brokoli. ia juga boleh mengurangkan kesan selsema. Asid Folik daging organ dan taugeh. dan lada mengekalkan kesihatan gusi dan . Mengandungi antioksidan. dan otak. Membantu Buah sitrus. Nota:Antioksidan dalam zat ini berkemungkinan boleh mengelakkan atau mengurangkan risiko sesetengah kanser. membantu dalam penyerapan zat besi oleh usus. Penting untuk pembentukan bahanSayur berdaun hijau. bunga Biotin kobis dan mentega kacang. Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisme glukos dan pembentukan sesetengah asid lemak. Nota: Pengambilan secara mencukupi semasa peringkat pertama kandungan boleh mengurangkan risiko kecacatan bayi. jus oren.

Air juga mengawal suhu badan kekal sehingga 37ºc. iodine dan sulfur. Bahan buangan perlu dikumuhkan dalam bentuk peluh. perkumuhan dan pernafasan. Garam mineral tersebut termasuklah kalsium. perkumuhan dan pernafasan. Garam mineral diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk memelihara kesihatan tubuh. air kencing dan hembusan nafas. peredaran darah. dan melembapkan saluran pernafasan. AIR DAN PELAWAS. Garam mineral yang diperlukan melebihi 100 mg sehari adalah jenis makro. fosforus. .pencernaan. Pelincir membran sendi. Keperluan garam mineral yang kurang daripada 100 mg sehari digelar garam mineral jenis mikro. natrium. melicinkan membran sendi. salur pernafasan dan salur pencernaan. Air ialah bahan asas dalam semua bendalir tubuh dan memainkan peranan penting dalam peredaran darah. ferum. iaitu fluorin dan zink.GARAM MINERAL. magnesium. Fungsi air dalam tubuh: Mengawal suhu badan Membantu proses pencernaan.

sayursayuran. protein. Sebaliknya. Keperluan kita berbeza sepanjang hayat. Keperluan Kalori (Tenaga) dan Zat Makanan. bergantung kepada perubahan fisiologikal yang berlaku dalam badan seperti pembesaran diperingkat kanak dan semasa mengandung dan menyusu anak. misalnya minum teh. Memasak sayuran terlalu lama boleh menghapuskan vitamin. alkohol dan merokok boleh menghapuskan beberapa nutrien dalam badan kita. Oleh yang demikian makanan mengandungi banyak lemak tinggi kalori. bijirin dan kekacang. Dengan cara ini pelawas merangsangkan pergerakan peristalsis dan membantu dalam perkumuhan. dan lemak. Nilai tenaga dalam makanan diukur dalam unit kalori. Dewasa lanjut usia memerlu kurang makanan kerana aktiviti yang berkurangan dibanding dengan individu yang lebih muda dan aktif.Pelawas ialah sejenis gentian polisakarida yang tidak dicernakan atau diserap oleh tubuh. Lemak menghasilkan kalori terbanyak mengikut berat – 9 kalori bagi setiap gram. Dalam sistem pencernaan. KALORI. makanan tinggi kandungan air. Nutrien lain tidak memberi kesan kepada nilai tenaga makanan. Keperluan juga bergantung kepada cara hidup. mengembang lalu menambahkan isipadu dalam usus besar. . pelawas menyerap cecair. Alkohol mengeluar 7 kalori/gram. Sumber pelawas terdiri daripada buah-buahan. Kandungan kalori dalammakanan bergantung kepada kandungan karbohidrat. kopi. Kekurangan air dan pelawas boleh mengakibatkan sembelit dan penyakit divertikula. taraf kesihatan dan aktiviti yang dilakukan. seperti sayuran rendah kalori.

Bagi setiap 3. Sekiranya kita mengambil lebih tenaga dari yang diperlukan.Jadual Keperluan Tenaga/Kalori untuk Sehari (Malaysia).500 kalori yang disimpan. kita boleh berfungsi dengan menggunakan simpanan lemak ini). Umur (tahun) Remaja lelaki Remaja perempuan Dewasa lelaki (Sederhana aktif) 10 – 19 10 .19 20 – 39 40 – 49 50 – 59 > 60 20 – 39 Dewasa Perempuan (Sederhana aktif) 40 – 49 50 – 59 > 60 1 trimester Perempuan Mengandung Perempuan Menyusu +550 2–3 trimester 55 55 55 55 50 50 50 50 Berat (Kg) Keperluan Tenaga/Kalori 2600 – 2580 2300 . jika berat badan akan naik lebih kurang 1 lb (450 gram). mengguna lebih tenaga dari yang dibekal. bilangan kalori yang perlu bagi mengekal berat badan . Walaubagaimanapun.2100 2530 2400 2280 2020 2000 1900 1800 1600 +150 +350 Imbangan Kalori dan Berat Badan. badan akan menyimpan lebihan sebagai lemak di dalam hati dan otot-otot dalam bentuk glykogen dan di bawah kulit dalam bentuk lemak. Bersamaan ini. (Jika kelaparan berlaku. berat badan boleh dikurangkan. Orang dewasa perlu menentukan pengambilan dan penggunaan tenaga seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan.

bergantung kepada umur, saiz, cara hidup (terutama senaman dll), komposisi badan dan keturunan.

Jadual Keperluan Kalori Harian Mengikut Status Aktiviti dan Berat Badan. (Kalori bagi Setiap Kilogram Berat Badan).
Kategori Berat Badan Berlebihan Berat Badan Berat Normal Kurang Berat Badan Aktiviti Ringan 20 – 25 30 35 Aktiviti Sederhana Aktif 30 35 40 Sangat Aktif (Berat) 35 40 45 - 50

BAB 3 PEMILIHAN DAN

PENYIMPANAN MAKANAN

PEMILIHAN DAN PENYIMPANAN MAKANAN Makanan yang telah dikeringkan secara dijemur atau menggunakan Makanan yang belum haba panas. dimasak atau diproses.

SAYUR-SAYURAN Mengandungi vitamin dan garam mineral yang menambahkan rasa dan warna dalam sajian. Meliputi beberapa bahagian tumbuhan yang boleh dimakan seperti daun, batang, bunga, pucuk, buah, biji dan akar. Klasifikasi dan contoh sayur-sayuran.

S A Y U R S A Y PEMILIHAN DAN PENYIMPANAN SAYUR-SAYURAN U R A Klasifikasi Pemilihan N Penyimpanan .

Simpan Berdaun Bunga Berwarna merah (bunga kantan. Simpan didalam beg politena yang berlubang kerana peredaran udara dapat mengeringkan kelembapan. Simpan didalam beg politena yang berlubang atau beg kertas supaya sentiasa kering.jant ung pisang) atau hijau (brokoli) yang segar dan cerah. Berbau segar .Berwarna hijau yang segar dan cerah. Bersih Tidak perlu dicuci sebelum disimpan kerana sayur yang lembap akan mempercepat kerosakan oleh bakteria. Simpan dibahagian khas untuk sayuran didalam peti sejuk. Suhu yang betul untuk menyimpan sayursayuran adalh 7°C – 10°C dan suhu terlalu rendah boleh merosakkan tisunya. Tidak layu atau berlendir. Rangup pada daun dan batangnya.

Tidak diselaputi tanah Tidak ada tunas Berkeada an pejal Ubi atau keras Bersaiz sederhana Tidak ada tanda lebam Tidak Buah kecut Bentuknya elok Tidak kecut atau lebam dibahagian khas untuk sayuran didalam peti sejuk. Hendaklah disimpan di rak yang mempunyai peredaran udara yang baik. gelap dan kering. ditempat sejuk. Jauhkan daripada makanan yang berbau kuat kerana sayuran ubi mudah menyerap bau makanan lain. Pucuk paku jika disimpan lama akan bertukar warna menjadi hitam. Simpan didalam beg politena yang berlubang . Sayuran batang disimpan di dalam beg politena dan dibahagian khas untuk sayuran didalam peti sejuk.Tidak lembik Tidak ada kesan kekuninga n Berwarna segar dan muda. Rangup dan keras Batang dan pucuk Bentuknya elok Tidak berlendir atau layu Tidak bertukar warna perang.

Kacang pea sesuai disimpan di dalam peti sejuk beku Petai yang berbau Biji kuat hendaklah disimpan di dalm beg politena atau bekas kedap Kulit luar berkilat Tidak lembap atau berlendir Tidak bertunas Pejal udara Simpan didalm bakul pada suhu bilik Simpan ditempat kering dan gelap supaya tidak bertunas Jangan campurkan bebawang lama dengan yang baru Buangkan yang busuk Segar dan rangup Simpan didalam beg politena yang Bebawang Kacang Tidak patah Saiz yang .Tidak ada sebarang calar pada lapisan kulit Segar dan rangup Tidak kecut Muda dan segar di bahagian khas untuk sayuran di dalam peti sejuk.

.sederhana dan muda berlubang supaya sentiasa kering Simpan dibahagian khas untuk sayuran didalam peti sejuk.

ikan Tubuh lembut dan bawal kembung.ikan tenggiri.udang.bawal putih.ikan parang.ikan dilindungi Ikan merah.ikan kekek.kerang.ikan dengan ikan. siput. Rasa sedap tetapi kulit keras. hitam. sedapmempunyai tubuh memanjang.Terbahagi kepada LAUT Isi berwarna putih. senangin.pesakit dan kanak-kanak. 240kal. terubuk.sotong. iaitu kelabu IKAN BERMINYAK KARANGAN 2 kerana IKAN ISI krustacea dan moluska. Contoh : sembilang.tiram. Contoh : Ketam.lala. Moluska Contoh : mempunyia tubuh Sesuai untuk untuk orang yang lembut dan diselaputi tua. .ikan oleh cangkerang. Tidak mudah dihadam. cangkerang.ikan cencaru. Kurang sedap rasanya.ikan tongsan. Ikan selar.ikan sekutang-kurangnya 1 Nilai kalori ialahtongkol.ikan 80kal. minyak terdapat diserata isi. jelawat. diliputi cengkerang. Lemak tersimpan didalam PUTIH Krustacea tetapi susah Rasa hati. Nilai kalori ialah Mudah dihadam.iakn kurau.iakn Isi lebih kasar disbandingikan salmon.kaki bercantum dan dihadam.

Pemilihan dan penyimpanan ikan isi putih dan ikan berminyak. .

( krustacea dan moluska) DAGING .Pemilihan dan penyimpanan karangan laut.

mengurangkan kandungan air dikeringkan secara menjemur kekacang. rempah dan boleh dalam makanan supaya panas.Diklasifikasikan untuk Tujuannya adalahkepada Makanan yang telah bijirin dan hasil bijirin. atau menggunkan haba sayursayuran. BIJIRIN . disimpan lama.

oat.barli.KLASIFIKASI DAN CONTOH MAKANAN KERING Bijirin . beras. gandum. jagung. rai. millet .

lobak. kacang tanah Sayur-sayuran kering . tepung gandum. sawi .Hasil bijirin . kacang soya. tepung beras. kacang hijau. kacang mata hitam.kacang merah.mihun Kekacang .tepung jagung. kacang tanah .kum chum. pasta.

Rempah . buah pelaga. cili kering.rosemary. bay leaves . kayu manis Herba .buah pala. basil. asam keeping. lada putih.

 Tepung hendaklah disimpan di dalam bekas bertutup tetapi tidak terlalu ketat untuk mengelakkan daripada menjadi Hasil bijirin ➢ Keri ng ➢ T epu ng pero i. tida k pad .KLASIFIKASI Bijirin PEMILIHAN ➢ Tidak berulat ➢ Kering ➢ Tidak ada bubuk ➢ Bersih PENYIMPANAN  Simpan di dalam bekas bertutup  Beras perang dimasukkan ke dalam bekas plastik bertutup dan simpan dibahagiam sayur didalam peti sejuk.

➢ Tida k berb au hap ak ➢ T epu ng gan dum seg ar ber war na kek unin gan dan tepu ng bera s kelih atan lembap dan berkulat.at. sejuk dan kering.  Jangan campurkan bahan baru dengan yang lama agar tidak tercemar. . bert ekst ur kes at.  Bekas berisi tepung harus disimpan di tempat yang bersih.

. Kekacang ➢ Tidak berulat ➢ Berbentuk elok dan tidak kecut  Simpan di dalam bekas kedap udara.  Simpan didalam peti sejuk jika hendak menyimpannya Rempah/herba ➢ B erbe ntuk elok dan berb au seg ar ➢ Tida k pec ah terut ama nya bua h pela ga. ➢ Jika lebih lama.  Jangan simpan terlalu lama kerana akan hilang kesegarannya.  Simpan didalam bekas kedap udara.puti h bers ih war nan ya.

PEMILIHAN DAN PENYIMPANAN MAKANAN KERING . Berwarna segar dan kekuningan  Simpan didalam beg politena yang longgar pada suhu bilik.serb uk. pero i dan tida k berk Sayur-sayuran kering etul.

HASIL BERAS GAND UM H A S I L G .

A N D U m .

BERAS PULUT B E R A S .

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN MAKANAN SEGAR DAN MAKANAN KERING . ketupat dan pulut kuning. beras pulut hitam berwarna hitam bercampur coklat tua. Beras pulut hitam digunakan untuk memasak manisan seperti bubur. H Beras pulut putih digunakan untuk memasak lemang. Mengandungi protein dan kanji nyang tinggi.U T I Tidak dijadikan makanan harian. Berbentuk panjang. Beras pulut putih berwarna putih menyerlah.

Mudah disimpan pada suhu bilik. Perlu dibersihkan dan ditus kering sebelum dipek di dalam beg atau bekas yang sesuai sebelum disimpan. Boleh disimpan lama. Mempunyai rasa atau manisan semulajadi dan tidak perlu ditambah perisa.JENIS Makanan segar KEBAIKAN Sayuran segar boleh dimakan mentah dan mengandungi vitamin dan garam mineral. Tidak membazir kerana makanan yang banyak boleh digunakan pada masa berkurangan. Warnanya pelbagai dan menarik. lembap dan berair. Makanan kering KELEMAHAN Tidak boleh disimpan lama. Memberi variasi dalam tekstur makanan. Ti da k bo le h di m ak an de ng an ba ny ak se pe rti ik an m as in ke . Kandungan vitamin akan hilang jika disimpan lama. Mengandungi nilai makanan yang sama kecuali asid askorbik dan vitamin B. Perlu disimpan dibahagian khas di dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama. Mempunyai kepelbagaian tekstur seperti rangup. Contohnya ikan mengandungi nilai protein yang sama. Makanan bermusim boleh diperoleh diluar musim.

ra na ba ny ak m en ga nd un gi ga ra m. M en ga m bil m as a le bi h la m a un tu k dil e m bu tk an da la m m as ak an se pe rti pa .

st a da n ke ka ca ng . Ti da k m en ga nd un gi as id as ko rbi k da n vit a mi n B. P erl u m as a ta m ba ha n da la m pe ny ed .

ia an ke ra na pe rlu dir en da m la m a se pe rti ka ca ng ku da da n ka ca ng so ya . M A K A .

MAKANAN MUDAH YANG ADA DI PASARAN KLASIFIKASI. CIRI DAN CONTOH MAKANAN MUDAH KLASIFIKASI Makanan separa proses CIRI Telah sedia : Dikup as Diseju kbeku Dicab ut tulang Diber sihka CONTOH Udang basah Daging Ikan Perut lembu Nangka muda Filet .

Santan segera Sayur asin Roti pratha Sayur campur Tepung berperisa Makanan sedia untuk dimasak Makanan sedia masak untuk dipanaskan Keropok lekor Popia Pau Pizza Sosej Nugget Roti canai Makanan sedia masak untuk disaji Makanan yang sedia dipek : Buahbuahan dalam tin Biskut Roti Jem Makanan telah dimasak : Lauk pauk Mi rebus Sate Pisang .n Telah sedia : Dipot ong Dipor si Disteri l Diawe t Dican ai Didehi drat Diban cuh Disad ur Diben tuk Telah sedia Direb us Digor eng Dikuk us Dibak ar Telah melalui penyediaa n yang lengkap Boleh terus dimakan tanpa dimasak atau dipanaska n.

goreng Fish and chip Burger Makanan tidak berubah rasa Makanan tidak berlendir atau basi .

Simpan di bahagian menyimpan sayur-sayuran di dalam peti sejuk. tidak berubah warna KLASIFIKASI CONTOH Po to ng an ay a m F ilet ika n Ke ra ng Na ng ka m ud a Ja gu ng m ud a Makanan sedia untuk dimasak Kari pap seg era Roti prat ha seju k bek u KLASIFIKASI. Makanan atau menggelembung.Makanan belum beku telah mencapai Makanan sejuk melepasi tarikh luput. Bekas makanan tidak rosak. Masukkan kedalam peti sejuk beku Separa proses Masukkan dalam pembungkus plastik atau bekas kedap udara. Dikekalkan dalam pembungkus asalnya atau dimasukkan ke dalam bekas bertutup Simpan di dalam peti sejuk . kemek. berkarat takat beku. CONTOH DAN CARA MENYIMPAN MAKANAN MUDAH CARA MENYIMPAN Bungkus dengan cling wrap atau disimpan dalam bekas bertutup.

Baki hen dakl ah disi mpa n di dala m bek as bert utup di dala m peti seju k .F ucu k M ihun C end awa n keri ng Simpan di tempat yang kering dan bersih. Makanan sedia masak untuk dipanaskan S imp an di tem pat yan g keri ng dan bers ih.

Makanan sedia masak untuk disaji .

.

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN MAKANAN MUDAH KEBAIKAN Senang disimpan. . sama ada di dalam KELEMAHAN Lebih mahal daripada makanan segar.

almari. Mudah disediakan kerana tidak Kehilangan sebahagian nutrien semasa pemprosesan. Dapat di nikmati sepanjang tahun kerana boleh di simpan lama. cabinet atau peti sejuk. . Berguna sewaktu kecemasan atau menerima tetamu secara tiba-tiba. Mempelbagaikan jenis makanan di pasaran. Nutrien tambahan di dalamnya meningkatkan nilai pemakanan. Tahan lama dan mengurangkan pembaziran. Lebih selamat jika diproses oleh industri. Mudah dibawa dan diangkut kemanamana. garam dan gula yang tinggi. Menjimatkan masa dan tenaga kerana kurang langkah persediaan. Mempunyai kandungan lemak. Mempunyai bahan aditif yang tinggi dan ia boleh menjejaskan kesihatan.

.memerlukan banyak kemahiran.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->