P. 1
nota mekanikal

nota mekanikal

|Views: 3,301|Likes:

More info:

Published by: mohd hakimee bin md nasir on Sep 07, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial
List Price: $1.00 Buy Now

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

01/16/2013

$1.00

USD

KAKISAN

J3022/ 10/ 1

KAKISAN

OB JEKT IF AM

10

Uni t

Memahami jenis-jenis kakisan dan kaedah pencegahannya.

OB JEKT IF KH US US

Di akhir unit ini anda dapat : Menjelaskan maksud kakisan. Menerangkan jenis kakisan pengoksidaan terus. Menerangkan jenis kakisan elektrokimia. Menerangkan kaedah pencegahan kakisan.

INPUT

kita telah membincangkan tentang logam ferus yang antaranya mempunyai sifat rintangan kepada kakisan yang kurang baik. unit ini akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang kakisan dan cara-cara untuk mengatasinya. logam yang mengalami kakisan dikatakan telah berkarat seperti Gambarajah 10. Apa itu kakisan? Kakisan adalah satu proses penurunan logam daripada keadaan yang boleh digunakan kepada keadaan yang tidak boleh digunakan. perubahan rupa dan bahannya berkurangan setelah berlakunya tindakbalas kimia. Kakisan Pengoksidaan Terus b.1 : Gambar foto logam yang mengalami kakisan 10. Gambarajah 10. Kebanyakan logam mengalami kakisan kering disebabkan tindakbalas kimia dengan gas oksigen di dalam atmosfera. Dalam istilah harian. Apakah yang anda faham tentang rintangan kepada kakisan? Apakah kesannya kepada logam terutamanya logam ferus? Untuk itu.KAKISAN J3022/ 10/ 2 Pengenalan Dalam unit 3 sebelum ini. lama kelamaan ianya akan mengkakis kesemua logam tersebut.1 Kakisan Pengoksidaan Terus Kakisan jenis ini dikenali juga sebagai kakisan kering. Sesetengah logam . Apabila logam-logam itu bertindakbalas dengan oksigen. Ini terjadi apabila logam itu mengalami kerosakkan. satu lapisan oksida terbentuk di atas permukaannya. Jikalau lapisan ini tidak dibuang.1 yang ditunjukkan di bawah. Kakisan Galvanik/Eletrokimia. Kakisan boleh dikelaskan kepada dua bentuk yang utama iaitu : a.

yang menyebabkan kerosakkan logam secara perlahan tetapi berkesan. Dalam proses ini logam akan berubah menjadi ion atau sebatian kimia dan dengan bantuan eletrolit.05 -0. Kakisan ini melibatkan kedudukkan sesuatu logam di dalam siri elektrokimia.KAKISAN J3022/ 10/ 3 seperti zink akan membentuk lapisan oksida apabila terkakis. Pada besi juga jika ianya dipanaskan bersama dengan gas oksigen di dalam relau.25 Lebih Katodik .13 -0.2FeO 10. Logam seperti besi tidak boleh terkakis dengan tindakan udara sahaja.1 : Siri-siri elektrokimia mengikut susunan potensi elektrod Jenis Logam Emas Platinum Perak Kuprum Hidrogen (bahan rujukan) Besi Plumbum Timah Nikel Potensi Elektrod +1.2 Kakisan Eletrokimia Kakisan ini yang juga dikenali sebagai kakisan basah berlaku pada suhu biasa (suhu bilik) dalam suasana kehadiran lembapan atau elektrolit.52 0. Proses kakisan besi akan berterusan selagi permukaan besi tersebut tidak dilindungi.1 di bawah menunjukkan siri eletrokimia mengikut susunan potensi elektrodnya.00 -0. Lapisan bahan kakisan yang di atas besi adalah poros dan berkecai-kecai dan satu lapisan karat lain akan terbentuk di bawah lapisan karat yang pertama menyebabkan lapisan pertama mengelupas.86 +0.50 +0. Kakisan ini adalah disebabkan oleh perpindahan ion +ve dan ion -ve di antara dua logam yang berlainan potensi. Jadual 10. ia menjadi satu larutan yang mengalirkan arus elektrik iaitu ion +ve dan -ve.14 -0. Kebanyakkan logam terkakis melalui kakisan jenis ini. Jadual 10.80 +0. 2Fe + O2 ---------. maka akan terjadi satu tindakbalas kimia yang mana hasil dari proses ini sisik-sisik hitam akan wujud pada logam tersebut. tetapi lapisan zink oksida adalah tinggi ketumpatannya dan secara tidak langsung ia mencegah kakisan zink yang lain yang berada di bawah lapisan zink oksida tersebut. tetapi melalui kombinasi udara dan lembapan.

2 : Kakisan elektrokimia Kakisan eletrokimia juga berlaku terhadap bahan yang sama apabila terdapatnya titik air daripada yang berada di bawah bahagian tengah titik air tersebut.76 -1.40 -0. Permukaan besi perbezaan tumpuan oksigen.74 -0. begitulah seterusnya. asid atau alkali. Oleh kerana terdapat bahagian anodik dan katodik.KAKISAN J3022/ 10/ 4 Kadmium Kromium Zink Aluminium Magnesium -0. di antara logam emas dan kuprum. Contohnya ialah jika terdapat setitik air di atas permukaan besi maka tumpuan oksijen adalah lebih pada permukaan besi di bawah bahagian tepi yang kurang tumpuan oksigen adalah anodik dan besi yang mempunyai lebih tumpuan oksigen adalah katodik. maka bahagian tengah permukaan . Kakisan ini adalah disebabkan oleh perpindahan ion +ve dan ion -ve di antara dua logam yang berlainan potensi.66 -2.37 Lebih Anodik Jadual di atas menunjukkan logam mana yang lebih anodik dan katodik secara relatif. Dalam proses ini logam akan berubah menjadi ion atau sebatian kimia dan dengan bantuan eletrolit. ia menjadi satu larutan yang mengalirkan arus elektrik iaitu ion +ve dan -ve. Contohnya ialah apabila zink disambung dengan kuprum dan direndam di dalam bahan eletrolit seperti air garam. kuprum adalah katodik dan plumbum adalah anodik. emas adalah katodik dan kuprum adalah anodik. di antara kuprum dan plumbum. Apabila terdapat dua jenis logam di dalam eletrolit maka bahan yang lebih anodik akan terhakis melalui proses eletrokimia. Gambarajah 10. logam nikel dengan aluminium. Sebagai contoh. nikel adalah katodik dan aluminium adalah anodik.

3 menunjukkan keratan rentas bentuk kakisan tumpuan. Loyang yang mengalami kakisan zink akhirnya menjadi rapuh dan lemah. Di dalam aloi ini kuprum adalah katodik dan zink adalah anodik. katod elektrolit katod anod Gambarajah 10.KAKISAN J3022/ 10/ 5 besi mengalami kakisan. Kakisan ini selalunya bermula pada permukaan logam dan akan melarat cepat kedalam disebabkan oleh struktur dalaman yang tidak elok. Kakisan Tumpuan Kakisan ini berlaku pada satu-satu tempat atau lubang pada permukaan logam. Kakisan Antara Bijian Kakisan ini terjadi disepanjang sempadan bijian yang sensitif kepada kakisan. Ini akan menyebabkan logam akan menjadi lemah pada tempat tersebut.3 Bentuk Kakisan Kakisan boleh dikelaskan mengikut keadaan logam yang telah menjadi kakis seperti berikut: a. Titik air di dalam proses kakisan ini bertindak sebagai bahan eletrolit. . TIPS! Kakisan elektrokimia berlaku apabila wujudnya elemen-elemen berikut:Anod – tempat dimana berlakunya kakisan Elektrolit – bahantara kakisan Katod – pelengkap proses kakisan 10. ia berlaku disebabkan oleh potensi yang berbeza diantara atom pada satu sempadan dengan sempadan yang bersebelahan dan akan mewujudkan sempadan anod dan katod. Bahagian kecil yang lemah ini akan menjadi anodik. lama kelamaan zink di dalam loyang akan terkakis disebabkan kakisan eletrokimia. contohnya ialah aloi loyang iaitu aloi kuprum dengan zink. manakala bahagian yang besar akan menjadi katodik. Bahan eletrolit di dalam kakisan jenis ini kelembapan atmosfera yang membentuk suatu lapisan di atas permukaan loyang.Pada amnya.3 : Kakisan Tumpuan b. Rajah 10. Di antara aloi-aloi logam terdapat juga kakisan eletrokimia.

Kakisan Tegasan Jenis kakisan eletrokimia yang keempat pula melibatkan logam yang sejenis tetapi mempunyai kawasan-kawasan tegasan yang berlainan di dalam barangan tersebut. Bahagian-bahagian barangan yang tinggi nilai tegasannya adalah anodik dan bahagian lain adalah katodik. Kakisan jenis ini dapat dielakkan melalui rekabentuk baik dan sesuai yang boleh mengelakkan daripada terdapatnya perbezaan kawasan tegasan yang ketara.5 : Kakisan Celahan d. .KAKISAN J3022/ 10/ 6 Gambarajah 10. Apabila barangan ini terdedah kepada bahan elektrolit maka bahagian yang tinggi tegasannya akan terhakis di mana sebuah bekas air yang disebabkan oleh perbezaan kawasan tegasan. Kakisan Celahan Biasanya terjadi pada bahagian yang retak atau dicelah pertemuan dua permukaan yang terpasang.4 : Kakisan Antara Bijian c. Kakisan ini boleh terjadi pada celahan permukaan logam yang sama atau berbeza. Gambarajah 10.

i.2 Apakah yang dimaksudkan dengan kakisan. ii. diantara logam-logam berikut yang mana akan terkakis terlebih dahulu. 10. kakisan berlaku pada elektrod _______________________. Dalam kakisan pengoksidaan terus tindakbalas kimia antara logam dengan oksigen akan membentuk ___________________________ pada permukaannya.KAKISAN J3022/ 10/ 7 ?????… ok Adakah saya faham? Untuk menguji kefahaman anda sila ikuti aktiviti berikut AKTIVITI 10A 10. Kuprum dan Zink : Keluli lembut dan Timah: ___________________ ___________________ . 10. 10.1 10.5 Berdasarkan siri elektrokimia.3 Kakisan elektrokimia berlaku pada suhu biasa dengan kehadiran ______________________.4 Dalam kakisan elektrokimia.

perubahan rupa dan bahannya berkurangan setelah berlakunya tindakbalas kimia.2 Lapisan oksida 10. Ini terjadi apabila logam itu mengalami kerosakkan.KAKISAN J3022/ 10/ 8 iii. Keluli Lembut dan Zink: Gangsa dan aluminium: ___________________ ___________________ MAKLUM BALAS 10A 10.3 Elektrolit/kelembapan 10.5 i. Keluli lembut iii. 10. Zink iv. Aluminium . Zink ii.4 Anod 10. iv.1 Kakisan adalah satu proses penurunan logam daripada keadaan yang boleh digunakan kepada keadaan yang tidak boleh digunakan.

 Gantikan kaedah sambungan rivet dengan sambungan kimpalan.KAKISAN J3022/ 10/ 9 INPUT 10.2 Rekabentuk Kakisan boleh dielak dengan memilih rekabentuk yang sesuai. Rekabentuk mestilah mengambil kira faktor-faktor berikut: Elakkan daripada menggunakan bahan yang berlainan untuk mencegah daripada berlakunya kakisan galvani.  Elakkan daripada kehadiran retakkan. kuprum. pilih logam yang mempunyai potensi yang terhampir dalam siri elektrokimia. Walaubagaimanapun. kromium. perak.4. Untuk tujuan ini. Jenis-jenis bahan penyadur yang selalu digunakan ialah emas.  Pepenjuru yang tajam perlu dielakkan pada komponen kerana ini akan menyebabkan berlakunya tegasan. penyemburan logam dan penyaduran elektroplat.3 Salutan Logam Penyalutan sesuatu barangan dengan logam yang tertentu juga boleh menghalang kesan kakisan.1 Pemilihan Bahan Pemilihan bahan adalah peringkat yang paling awal dan mudah dalam mencegah kakisan. cadmium. Penyalutan dibuat melalui beberapa proses seperti celupan ke dalam logam panas. 10. kedudukan bahan dalam siri elektrokimia perlu diambil perhatian. faktor rintangan kepada kakisan yang tinggi perlu diambil kira dalam memilih bahan.4. Selain daripada kos yang rendah. jika terpaksa menggunakan bahan yang sama.4 PENCEGAHAN KAKISAN 10. .4. 10.

Ianya terdiri dari bahan organik dan bukan organik. Proses ini di buat secara celupan panas ataupun melalui semburan bahan perintang kakisan tersebut. ii.KAKISAN J3022/ 10/ 10 timah dan zink. Contohnya ialah penyaduran zink digunakan untuk keluli di dalam pembuatan bumbung. aluminium dan plumbum. Salutan logam boleh dikelaskan kepada dua: i. tar. Salutan jenis ini tidak akan melindungi logam asas jika terdapat lubang-lubang pada salutan. Ianya bertidak melindungi permukaan logam dari bersentuh dengan oksigen ataupun memberikan perlindungan aasas dengan salutan bahan yang setabil yang tidak mudah ditembusi oleh kelembapan. Salutan Nobel Dalam penyalutan nobel. 10. Ini adalah kerana logam asas akan menjadi anod. . Lapisan jenis oksida ini adalah tinggi ketumpatannya dan dengan ini dapat menghalang oksigen serta air daripada menghakisnya. logam asas dilindungi dengan mengorbankan logam salutan yang bertindak sebagai anod.4. Contoh salutan kaedah ini ialah penyaduran atap yang di perbuat daripada keluli dengan lapisan zink. 10. Contoh salutan organik ialah cat. Lapisan oksida juga dapat digunakan sebagai satu bahan saduran ke atas barangan logam.4 Salutan Bahan Bukan Logam Menyalut logam dengan bahan bukan logam juga dapat menghalangnya daripada terkakis. Contoh salutan jenis ini ialah Cu. Plastik serta minyak ialah di antara dua bahan bukan logam yang utama digunakan sebagai bahan penyalut. Zink bertindak sebagai lapisan penghalang unsur-unsur kakisan daripada terkena atap keluli.5 Lapisan Oksida Lapisan oksida seperti lapisan oksida zink dan aluminium adalah diantara bahan-bahan perintang kakisan. Cr. di mana zink akan membentuk satu lapisan oksida. minyak dan varnis. Walaupun sesetengah daripada logam salutan yang digunakan adalah lebih katodik tetapi tindakbalas kimianya adalah tidak aktif dan setengahnya pula boleh membentuk lapisan oksida. Ni. kaedah ini masih melindungi logam asas walaupun terdapat lubang padanya.4. salutan adalah bersifat nobel terhadap logam asas. Lapisan oksida selalunya terdapat pada barangan yang sememangnya di buat daripada zink. Tidak seperti salutan nobel. Salutan Korban Manakala pada salutan korban pula. Manakala salutan tak organik ialah enamel.

Badan kapal akan terhakis disebabkan sifat anodiknya.6 Perlindungan Katodik Perlindungan ini bermaksud bahan yang perlu dilindungi dari kakisan ditukar menjadi katod oleh kerana logam anod yang mengalami kakisan.4. Kepingan zink diletakkan kepada badan kapal supaya semasa proses kakisan eletrokimia berlaku hanya zink sahaja yang terkakis disebabkan ianya adalah yang paling anodik.KAKISAN J3022/ 10/ 11 10. Kepingan zink ini perlu digantikan dari masa kesemasa kerana kehausan disebabkan kakisan seperti gambarajah. Gambarajah 10. jadi untuk mengatasi masalah ini satu bahan yang lebih anodik daripada gangsa dan keluli digunakan sebagai perintang kakisan iaitu logam zink.7 Pengaloian Logam-logam juga dapat di buat supaya tahan kakisan dengan mengaloikannya dengan logam-logam yang lain. Keluli adalah anodik manakala propelarnya adalah katodik dan kedua-duanya berada di dalam air laut yang merupakan suatu bahan eletrolit. Keluli selalunya dialoikan dengan logam kromium dan mangnese untuk mendapatkan keluli tahan karat. Contohnya pada badan kapal selalunya diperbuat dari keluli dan propelarnya di buat daripada gangsa. .6 : Perlindungan katodik 10.4.

10. iv.6 __________________adalah peringkat yang paling awal dan mudah dalam mencegah kakisan. Nyatakan samada logam salutan berikut salutan nobel atau korban apabila disalutkan kepada keluli lembut: Kromium Zink Timah Tungsten Apakah yang dimaksudkan dengan salutan nobel. iii.7 10. .8 i.KAKISAN J3022/ 10/ 12 Untuk menguji kefahaman anda sila ikuti aktiviti berikut AKTIVITI 10B 10.10 Senaraikan EMPAT (4) bahan yang digunakan dalam salutan bukan logam. ii. 10.9 Namakan DUA (2) jenis salutan. 10.

6 10.7 10. nobel Salutan yang mempunyai potensi elektrod yang lebih tinggi daripada logam asas yang akan dilindungi. minyak dan plastik. 10. nobel ii.9 10. tar. Cat. korban iii.KAKISAN J3022/ 10/ 13 MAKLUM BALAS 10B 10.8 Pemilihan bahan Salutan logam dan salutan bukan logam i.10 PENILAIAN KENDIRI . nobel iv.

Apakah yang dimaksudkan dengan Perlindungan Katodik dan berikan contohnya. 5. 2. Terangkan perbezaan antara salutan nobel dan salutan korban. 3. Terangkan secara ringkas tentang kakisan Elektrokimia.KAKISAN J3022/ 10/ 14 1. 4. Nyatakan EMPAT (4) bentuk kakisan elektrokimia dan terangkan DUA (2) daripadanya. Cadangkan satu cara bagaimana melindungi sebatang paip yang ditanam didalam tanah dan diperbuat daripada keluli melalui kaedah Perlindungan katodik. MAKLUM BALAS .

Contohnya pada badan kapal selalunya diperbuat dari keluli dan propelarnya di buat daripada gangsa. Kakisan ini yang juga dikenali sebagai kakisan basah berlaku pada suhu biasa (suhu bilik) dalam suasana kehadiran lembapan atau elektrolit. ia menjadi satu larutan yang mengalirkan arus elektrik iaitu ion +ve dan -ve. Kakisan ini melibatkan kedudukkan sesuatu logam di dalam siri elektrokimia.Apabila terdapat dua jenis logam di dalam eletrolit maka bahan yang lebih anodik akan terhakis melalui proses eletrokimia. Dalam proses ini logam akan berubah menjadi ion atau sebatian kimia dan dengan bantuan eletrolit. Badan kapal akan terhakis disebabkan sifat anodiknya. ia menjadi satu larutan yang mengalirkan arus elektrik iaitu ion +ve dan -ve. jadi untuk mengatasi masalah ini satu bahan yang lebih anodik daripada gangsa dan keluli digunakan sebagai perintang kakisan iaitu logam zink. yang menyebabkan kerosakkan logam secara perlahan tetapi berkesan. Kebanyakkan logam terkakis melalui kakisan jenis ini. 2. Kakisan ini adalah disebabkan oleh perpindahan ion +ve dan ion -ve di antara dua logam yang berlainan potensi. asid atau alkali.KAKISAN J3022/ 10/ 15 1. Perlindungan ini bermaksud bahan yang perlu dilindungi dari kakisan ditukar menjadi katod oleh kerana logam anod yang mengalami kakisan. Dalam proses ini logam akan berubah menjadi ion atau sebatian kimia dan dengan bantuan eletrolit. Keluli adalah anodik manakala propelarnya adalah katodik dan kedua-duanya berada di dalam air laut yang merupakan suatu bahan eletrolit. Kakisan ini adalah disebabkan oleh perpindahan ion +ve dan ion -ve di antara dua logam yang berlainan potensi. Contohnya ialah apabila zink disambung dengan kuprum dan direndam di dalam bahan eletrolit seperti air garam. Kepingan zink diletakkan kepada .

3. Rajah menunjukkan bentuk kakisan tumpuan. . • • • • Kakisan tumpuan Kakisan antara bijian Kakisan Celahan Kakisan tegasan a.Pada amnya. Kakisan Antara Bijian Kakisan ini terjadi disepanjang sempadan bijian yang sensitif kepada kakisan. Kakisan ini selalunya bermula pada permukaan logam dan akan melarat cepat kedalam disebabkan oleh struktur dalaman yang tidak elok.KAKISAN J3022/ 10/ 16 badan kapal supaya semasa proses kakisan eletrokimia berlaku hanya zink sahaja yang terkakis disebabkan ianya adalah yang paling anodik. Ini akan menyebabkan logam akan menjadi lemah pada tempat tersebut. katod elektrolit katod anod b. Kakisan Tumpuan Kakisan ini berlaku pada satu-satu tempat atau lubang pada permukaan logam. ia berlaku disebabkan oleh potensi yang berbeza diantara atom pada satu sempadan dengan sempadan yang bersebelahan dan akan mewujudkan sempadan anod dan katod. manakala bahagian yang besar akan menjadi katodik. Bahagian kecil yang lemah ini akan menjadi anodik. Kepingan zink ini perlu digantikan dari masa kesemasa kerana kehausan disebabkan kakisan seperti gambarajah.

Contoh salutan jenis ini ialah Cu. Permukaan bumi . logam asas dilindungi dengan mengorbankan logam salutan yang bertindak sebagai anod. Contoh salutan kaedah ini ialah penyaduran atap yang di perbuat daripada keluli dengan lapisan zink. Salutan Nobel Dalam penyalutan nobel. Salutan jenis ini tidak akan melindungi logam asas jika terdapat lubang-lubang pada salutan. 5. salutan adalah bersifat nobel terhadap logam asas. Salutan Korban Manakala pada salutan korban pula. i. Dengan ini magnesium akan bertindak sebagai anod dan menjadikan paip keluli sebagai katod. Ini adalah kerana logam asas akan menjadi anod. Tidak seperti salutan nobel. Dalam masalah ini. Ni. Zink bertindak sebagai lapisan penghalang unsur-unsur kakisan daripada terkena atap keluli.KAKISAN J3022/ 10/ 17 4. Cr. ii. kaedah ini masih melindungi logam asas walaupun terdapat lubang padanya. satu plat magnesium boleh digunakan dan disambungkan kepada paip keluli tersebut dengan menggunakan dawai zink.

KAKISAN J3022/ 10/ 18 Dawai kuprum Paip Keluli Plat magnesium BERJAYA !!!SAYA PERLU MENDALAMI UNIT BERIKUTNYA APAKAH TAJUK BERIKUTNYA ? .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->