P. 1
Logam Ferum

Logam Ferum

|Views: 1,760|Likes:

More info:

Published by: mohd hakimee bin md nasir on Sep 07, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial
List Price: $1.00 Buy Now

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

11/24/2012

$1.00

USD

BAHAN-BAHAN KEJURUTERAAN

LOGAM BUKAN FERUS

Logam bukan ferus tidak mempunyai unsur besi. Contoh logam bukan ferus ialah aluminium, kuprum dan timah. Aluminium yang diperoleh daripada bijih bauksit merupakan logam yang paling meluas penggunaannya di dunia selepas keluli. Kebaikan dan keburukan logam bukan ferus bergantung pada kegunaanya, Selain logam bukan ferus tulen terdapat juga aloi logam bukan ferus. Loyang yang mengandungi 65% kuprum dan 35% zink adalah antara contoh aloi logam Logam bukan ferus merupakan logam yang lain daripada logam besi dan keluli. Terdapat 38 jenis logam yang lain yang diketahui manusia dan dicatitkan di dalam Jadual Perkalaan Unsur. Di antara logam-logam lain yang sering digunakan di dalam bidang kejuruteraan adalah seperti berikut :a) Aluminium d) Plumbum g) Zink j) Molydenum b) Perak e) Timah h) Kromium k) Magnesium c) Kuprum f) Nikel i) Emas l) Kobalt

m) Manganese dan lain-lain lagi.

pembalik cahaya.1 Aluminium Aluminium merupakan logam yang banyak sekali di mukabumi ini. berwarna putih kelabu dan mempunyai permukaan yang berkilat apabila digilap ataupun dimesin. 1. barangan perhiasan serta salutan untuk menahan kakisan. Aluminium adalah sejenis logam yang ringan. h) Pengalir haba dan elektrik yang baik. iaitu di dalam bentuk bijih aluminium jenis Bauksit.1.1. i) Pembalik haba dan cahaya yang baik. .6 g/cm3 g) Lapisan Aluminium Oksida yang terbentuk di atas Aluminium memberikannya satu daya ketahanan terhadap kakisan atmosfera dan air.1 Sifat-sifat utama Aluminium tulin. Aluminium di dalam bentuk tulinnya jarang digunakan di dalam bidang kejuruteraan kerana kekuatan dan kekerasannya adalah rendah. a) Kekuatan tegangan b) Kekuatan mampatan c) Kekerasan d) Kemuluran e) Suhu lebur f) Ketumpatan 100 N/mm2 100 N/mm2 40 (NKB) Nombor Kekerasan Brinell 30% pemanjangan 660o C 2. Kebanyakan aluminium tulin digunakan untuk membuat pembalut.

14%. Fe-0.1 Aloi Aluminium-Magnesium Ia mengandungi campuran logam-logam yang berikut iaitu Cu-0.0%.5%. Aloi ini senang dikerja sejuk serta dikerja panas dan dengan ini ianya mudah digunakan untuk membuat membuat berbagai-bagai jenis bentuk barangan. tetapi dengan satu kelebihan iaitu ianya 3 kali lebih ringan daripada keluli. . berbagai-bagai jenis bekas takungan dan juga untuk membuat badan bas dan lori.5% dan Mg-5. Di antara aloi aluminium yang ada ialah seperti yang berikut :1. Aloi aluminium adalah keras dan kuat semacam keluli. Si-0.1.1.2.2 Aloi Aluminium-Manganese Ia mengandungi 1.7%.1. Aloi jenis ini banyak digunakan untuk membuat bumbung rumah. Kekuatan aloi ini adalah 3 kali ganda lebih kuat daripada Aluminium tulin dan mempunyai kekerasan 80 NKB. Cr-0. 1.5% manganese yang menambahkan kekuatan tegangan 200 N/mm2 tanpa kehilangan sifat kemulurannya.2 Aloi Aluminium Kebanyakan aluminium yang digunakan adalah didalam bentuk aloinya.2. Aloi jenis ini selalu digunakan untuk membuat badan kapal dan ianya disambung menggunakan rivet ataupun kimpalan TIG.1.

1. Oleh kerana kekuatan aloi ini tinggi ianya banyak digunakan untuk membuat blok injin kelajuan tinggi untuk kereta dan kapalterbang.1.1. dawai.1.5% .0%. 1. Kegunaannya ialah di dalam pembuatan badan kapalterbang.1.2.3 Duralmin Ia adalah aloi aluminium yang mengandungi 4% Kuprum.4 Aloi Aluminium-Silikon Ia mengandungi 10% hingga 13% silikon. Aloi ini adalah kuat dan mempunyai kekuatan tegangan sebanyak 400 N/mm2 selepas ianya melalui proses rawatan haba. Aloi jenis ini mempunyai daya ketahanan kakisan terhadap air garam dan atmosfera. Aloi ini selalu digunakan didalam proses tuangan untuk membuat blok injin kapal dan injin kereta. .2. aci dan kotak engkol. kotak giar. Aloi ini apabila diberi rawatan haba akan mempunyai kekuatan tegangan sebanyak 650 N/mm2. kepingan logam dan juga bekas acuanan. Kekuatan tegangannya ialah 230 N/mm2.4. rivet.2. Duralmin mempunyai kekuatan seperti keluli tetapi ianya lebih ringan.5 Aloi Aluminium-Kuprum Jenis Tuangan Ia mempunyai kandungan kuprum diantara 1.

1083 oC 8. . bekas memasak. 1.1. paip air. peralatan untuk televesyen dan radio. bahan pateri. Kegunaan utama kuprum ialah untuk membuat kabel. a) Kekuatan tegangan b) Kekuatan mampatan c) Kekerasan 215 N/mm2 300 N/mm2 80 NKB ( jenis tuangan ) 90 NKB ( kerja sejuk ) 66 NKB (kerja sejuk dan disepuh lindap ) d) Kemuluran dari segi pemanjangan 25% (jenis tuangan ) 55% ( sepuh-lindap ) 3% (kerja sejuk ) e) Suhu lebur f) Ketumpatan h) Pengalir elektrik yang amat baik. suis. Kuprum mempunyai warna merah.9 g/cm3 g) Ketahanan daripada kakisan atmosfera dan air. bahagian-bahagian kapal dan lain-lain lagi.2.2 Kuprum Kuprum merupakan logam yang banyak digunakan di dalam bidang kejuruteraan terutamanya dibidang industri elektrik.coklat apabila terdapat lapisan oksid di permukaannya tetapi apabila digilap warnanya ialah merah-keemasan.1 Sifat-sifat utama kuprum.

2. Terdapat berbagai jenis gangsa seperti yang berikut :- 1.2. Mempunyai kekuatan tegangan sebanyak 350 N/mm2 dan boleh ditingkatkan lagi melalui sepuh-lindap ke 700 N/mm2.2.1.2.5% Tin.0%-8. bahagian-bahagian alatan elektrik dan giar.1 Gangsa Phosphor Tempaan Ia mempunyai kandungan 3. keras mempunyai ketahanan kakisan yang tinggi dan mempunyai pekali geseran yang rendah. kipasturbin.3% Phosphor.1 Gangsa Ia merupakan aloi antara kuprum dan timah tetapi bahan yang utamanya ialah kuprum.2. dan selebihnya ialah kuprum. 1. Gangsa adalah kuat. 0. . Diantara aloi kuprum yang boleh didapati ialah gangsa dan loyang tetapi kuprum merupakan bahan aloi yang utama untuk logam-logam yang lain. Gangsa ini digunakan untuk sebagai bahan galas.2 Aloi Kuprum Kuprum jarang sekali digunakan di dalam bentuk aloi.1.1%0.

Aloi jenis ini dapat beroperasi pada suhu yang tinggi serta mempunyai sifat ketahanan kakisan yang tinggi. Gangsa ini mudah mengalir semasa dileburkan dan dengan ini ianya sesuai untuk proses tuangan.2.2.2 Loyang Ia adalah campuran kuprum dangan zink dalam nisbahnisbah yang tertentu.3%-1.1. Kekuatannya ialah sehingga 300 N/mm2. acuan pam dan injap. Lain-lain loyang yang didapati adalah seperti yang berikut . Aloi jenis ini selalu digunakan di dalam proses penarikan.1.2. skru. 1.3 Gangsa Aluminium Ia mengandungi diantara 5%-11% aluminium serta sedikit besi dan nikal.2. 0.2 Gangsa Phosphor Tuangan Ia mengandungi 9% -13% Sn. Ianya juga mempunyai sifat kalis kakisan kimia dan air garam.1. proses penekanan dan untuk kerja sejuk.2. Contohnya ialah loyang 65/35 menunjukkan kandungan kuprumnya ialah 63% dan zink 35% dan dikelaskan sebagai loyang biasa.2.0% P. Aloi jenis ini mempunyai kemuluran yang tinggi serta kekuatan tegangan sebanyak 650 N/mm2. Aloi ini selalu digunakan untuk bearing. 1.

15 N/mm2 5 NKB-10 NKB (tuangan) 232 C 7. Timah senang dipotong.3 Timah Adakah anda tahu Timah merupakan satu logam yang mempunyai sifat kalis kakisan yang baik. Oleh kerana timah adalah logam yang tidak beracun ianya selalu digunakan sebagai penyadur tintin makanan.1 Sifat-sifat utama timah.1.3. a) Kekuatan tegangan b) Kekerasan c) Suhu lebur d) Ketumpatan e) Pengalir elektrik dan haba yang baik. Pewter merupakan aloi utama timah dimana campurannya ialah 1%-3% kuprum dan 2%-4% antimoni. dituang dan dikerja sejuk.3 g/cm3 . Timah mempunyai warna putih-keperakan dan akan menghasilkan satu lapisan penyudahan yang berkilat apabila digunakan sebagai saduran didalam proses celupan panas. Timah digunakan sebagai aloi dengan kuprum untuk menghasilkan gangsa. mulur dan mempunyai nilai kekuatan yang rendah. 1. Timah juga digunakan sebagai bahan pateri. Timah tulin adalah lembut.

4. a) Kekuatan tegangan b) Kekerasan c) Suhu lebur d) Ketumpatan 60 N/mm2 80 NKB ( aloi zink ) 420 C 7. Warna zink ialah putih-keperakan apabila digilap. Aloi utama yang dihasilkan dengan zink ialah loyang.1. Zink juga digunakan di dalam bateri kereta. Kegunaan zink kebanyakannya ialah untuk penyaduran lapisan kalis kakisan untuk barangan keluli seperti rantai besi. bahan penampal gigi bahan asas untuk membuat cat.1 Sifat-sifat utama Zink. alatan dapur dan tangki air.4 Zink Zink merupakan satu logam yang banyak digunakan sebagai bahan penyadur untuk keluli supaya ianya kalis kakisan. bumbung rumah.1 g/cm3 . 1.

1 Sifat-sifat utama plumbum. Plumbum ditambah pada bahan galas jenis gangsa untuk menambahkan sifat keplastikannya supaya ia boleh beroperasi di dalam keadaan kering jika sistem pelincirannya rosak.5. pembalut kabel. dikerja sejuk dan boleh menjalani proses extrusi. lembut serta mempunyai daya ketahanan kakisan yang baik. a) Kekuatan tegangan b) Kekerasan c) Suhu lebur d) Ketumpatan 18 N/mm2 4 .5 Plumbum Logam ini mempunyai ketumpatan yang tinggi. Plumbum senang dipotong. pancaran radiaoaktif di dalam loji nuklear. salutan untuk bekas kimia. dituang. Plumbum digunakan untuk membuat paip air.8 NKB 327 C 11 g/cm3 .1. 1. Permukaan plumbum kelihatan kelabu kerana ianya disaluti oleh satu lapisan oksid dan apabila digilap ianya kelihatan biru-keperakan. Plumbum juga digunakan sebagai bahan aloi dengan timah untuk dibuat logam pateri. berat timbang. pelindung daripada pancaran-x. Plumbum juga merupakan pengalir yang baik untuk elektrik dan haba.

Bahan galas jenis ini banyak digunakan untuk operasi beban yang tinggi.2 Bahan Galas Jenis Gangsa Phosphor Ia adalah seperti yang terdapat di dalam 7. Sesetengah bearing mempunyai bahan galas gangsa yang poros supaya bahan pelincir dapat meresap kedalamnya dan dengan ini memanjangkan lagi tempuh kegunaan bearing tersebut.1. Jenis-jenis bahan galas yang selalu digunakan adalah seperti yang berikut :- 1.5 %. Di masa yang sama bahan tersebut mestilah kuat.1 Bahan Galas Jenis Logam Putih Bahan galas jenis ini terdiri daripada logam asas timah ataupun plumbum.15% untuk mendapatkan logam putih. Oleh kerana sifat-sifat bahan galas ini adalah banyak maka percampuran antara berbagai bahan dibuat supaya mendapat sebatian yang sesuai untuk bahan galas ini. 1.6.51. .6 Bahan Galas/Bearing Bahan galas mestilah merupakan bahan yang keras dan mempunyai daya ketahanan hakisan yang tinggi serta mempunyai pengkali gelinciran yang rendah. tahan daya hentakan serta mulur untuk menjalani proses larian alatan untuk tujuan penjajaran alatan tersebut. Timah merupakan bahan asas yang utama dicampur dengan antimoni diantara 3.6.

6. Bahan isian yang sering digunakan ialah gangsa.T.T. Jenis grafit di dalam bentuk gentian adalah lebih kuat dan dapat digunakan pada pergerakkan yang lebih laju.E) Ia merupakan bahan bukan metalik utama yang di gunakan sebagai bahan galas.F. Bearing jenis ini adalah jenis kering dan selalu digunakan pada peralatan penyiapan bahan makanan di mana tiada pencemaran terdapat daripada percikan bahan pelinciran. Grafit mempunyai pengkali gelinciran yang rendah dan digunakan pada pergerakan yang rendah kelajuannya.E adalah lemah jadi ianya dicampurkan dengan bahan isian lain untuk menguatkan lagi sifatsifatnya. dan kombinasi ini boleh beroperasi sehingga suhu 300 oC. Di dalam keadaannya yang tersendiri P.3 Politetrafluoroethane (P.6. 1. Grafit digunakan di dalam kajilogam serbuk untuk membuat bearing dan bearing jenis ini tidak perlu ditambah bahan pelinciran kerana grafit di dalam bearing tersebut merupakan bahan pelincirnya.F.4 Bahan Galas Jenis Grafit Ia terdiri daripada karbon jenis graphit juga digunakan untuk membuat bearing. . Pengkali gelincirannya adalah yang rendah sekali dibandingkan dengan segala logam yang ada.1.

2.2.2. Ianya juga banyak di gunakan di dalam proses penarikan untuk membuat kelongsong peluru dan dengan itu ianya dinamakan loyang kelongsong. Loyang jenis ini banyak digunakan untuk membuat dawai. Kekuatan tegangannya ialah 600 N/mm2 di dalam keadaan keras dan 320 N/mm2 setelah dikerja sejuk dan disepuh lindapkan.4 Loyang 70/30 Jenis ini sangat mulur dan boleh ditarik sehingga 70% pemanjangan.1. paip dan rod.3 Loyang 62/37 Ia adalah sesuai untuk proses tuangan dan kerja panas. Aloi ini adalah rapuh apabila dikerja sejuk tetapi iannya boleh dibentuk secara tuangan acuan. penggelekan panas dan proses ekstrusi. tempaan. Kekerasannya ialah 60 NKB di dalam keadaan sepuh lindap dan 130 NKB apabila ianya telah melalui proses penarikan.2. . 1.

. Kekuatan tegangannya ialah 450 N/mm2 dan mempunyai nilai kemuluran yang rendah serta susah sedikit untuk dimesin.5 Loyang 60/40 Mengandungi 60% kuprum dan 40% zink dan dikenali sebagai logam Muntz.2.2. Loyang ini sesuai untuk kerja panas seperti hentakan dan tempaan panas. 1% timah ditambah ke dalam loyang ini untuk membuatnya lebih kalis kakisan.1.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->